Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

12
0 FALKULTI OF EDUCATION AND LANGUAGES OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS SEPTEMBER 2012 Kebaikan dan kesan kemudaratan internet terhadap pelajar Semester SEPTEMBER 2012

description

OUMH1103 LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS.pdf

Transcript of Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

Page 1: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

0

FALKULTI OF EDUCATION AND LANGUAGES

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

SEPTEMBER 2012

Kebaikan dan kesan kemudaratan internet terhadap pelajar

Semester SEPTEMBER 2012

Page 2: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

1

Isi kandungan

Isi Muka surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Manfaat penggunaan internet kepada pelajar 3

3.0 Kesan memudaratkan internet kepada pelajar 5

4.0 Cadangan logik untuk menggurangkan kesan memudaratkan

penggunaaan internet dikalangan pelajar 8

5.0 Penutup 10

6.0 Rujukan 10

Page 3: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

2

1.0 Pengenalan

Pada zaman ini, teknologi maklumat berkembang dengan semakin pesat dan pantas

menjadikan dunia berhubung tanpa sempadan dan batasan. Perkembangan mendadak informasi

teknologi maklumat atau secara ringkasnya ICT (Information Communication Technology),

membawa perubahan yang besar dalam gaya hidup masyarakat yang sedang membangun ini.

ICT juga sering dikaitkan dengan internet. Masyarakat sering menyebut perkataan internet,

apakah makna perkataan internet ini ? Internet atau 'International Network of Networks' ialah

sebuah rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu

rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50

juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ).

Terdapat kepelbagaian sumber di dalam rangkaian Internet ini , yang jumlah bilangannya

adalah berjuta-juta maklumat. Sumber ini terdiri daripada artikel, majalah, dokumentari, perisian

komputer, gambar, video dan sebagainya. Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi

yang digunakan secara meluas. Dulu penggunaan Internet hanya bergantung pada sebuah

komputer, kini Internet juga mampu diakses dengan menggunakan telefon bimbit yang

mempunyai perisian perkhidmatan Internet tanpa wayar (Wireless).

Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Internet tanpa wayar yang terdapat di mana-mana

sahaja seperti di kafe, restoran, lapangan terbang, hotel dan pusat membeli belah memudahkan

pengguna mengakses Internet. Lantaran wujudnya syarikat yang menyediakan perkhidmatan

Internet tanpa wayar dan jalur lebar dengan harga yang begitu murah seperti syarikat Celcom dan

Maxis merupakan salah satu faktor meningkatnya jumlah pelayar siber. Dari semasa ke semasa

harga langganan perkhidmatan Internet tanpa wayar dan jalur lebar semakin menurun dengan

kadar yang munasabah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan bersaing untuk menarik perhatian

pengguna Internet untuk melanggan. Justeru itu , kebanyakannya penduduk di bandar mahu pun

bukan bandar sudah memiliki sendiri perkhidmatan Internet terutamanya jalur lebar bagi

membolehkan mereka mengakses Internet di mana dan pada bila-bila masa sahaja yang mereka

mahu.

Hakikatnya, teknologi Internet memberikan banyak maklumat bagi para pelajar sebagai

sumber pembelajaran, rekreasi, penyelidikan, analisis, rujukan dan bahan- bahan lain yang

Page 4: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

3

berfaedah. Para ilmuwan seperti penyelidik, guru dan pelajar universiti adalah di antara

kumpulan yang sangat beruntung dengan perkembangan Internet. Meskipun demikian,

penggunaan Internet yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Penggunaan

Internet yang bijaksana perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan

dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan. Oleh sebab itu, kepantasan pelajar terhadap

penggunaan kemudahan internet amat diperlui di dalam mendapatkan maklumat yang berkesan,

khasnya terhadap pelajar-pelajar di peingkat universiti.

Di sini saya akan bincangkan empat kebaikan dan empat keburukan penggunaan internet

dikalangan pelajar di Malaysia. Kebaikan yang dibincangan di sini adalah seperti sumber

maklumat yang tidak terbatas, kemudahan dan keselesan pembelajaran, komunikasi, dan

perkongsian ilmu. Manakala empat kesan memudaratkan internet kepada pelajar pula adalah

terdedah jenayah, ketagihan, plagiarisme, dan berkurangan kemahiran sosial dan interaksi secara

bersemuka.

2.0 Manfaat penggunaan internet kepada pelajar

Melalui carian internet pelajar akan mendapat pelbagai sumber maklumat. Kepelbagaian

maklumat ini adalah dalam bentuk teks, gambar, vedio, dan juga audio. Segalanya telah

mengubahkan keadaan perpustakaan awam yang telah dibina oleh kerajaan. Kalau dilihat dengan

hanya menaip perkatan atau satu fasa ayat sahaja pengguna akan dibentangkan dengan berpuluh

hasil yang boleh dapat dalam satu paparan . Ini masih belum lagi paparan yang ke 2, 3, atau

seterusnya. Bahkan pengguna akan keletihan mencari dan membaca dengan maklumat yang

dibekalkan.

Jika dilihat di sini perkhidmatan internet telah menjadi pilihan utama kepada pelajar

dalam mencari bahan pembelajaran seperti buku, majalah, surat khabar, dan sebagainya. Bukan

itu sahaja tetapi ianya memenuhi keperluan dan kesediaan belajar bagi pelbagai perbezaan

individu. Ada individu yang suka membaca teks, tetapi tidak kepada individu yang lain. Melalui

carian di internet individu boleh mencari maklumat yang disukainya sama ada dalam bentuk

teks, vedio, suara dan sebagainya. Jadi di sini jelas menunjukan bahawa perkhidmatan dan

capaian internet adalah perpustakan yang mudah, cepat, dan murah. Sumber-sumber maklumat

Page 5: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

4

yang boleh perolehi pula sebahagaian besar adalah secara percuma. Bayaran oleh pengguna

hanya bayaran kepada pembekal capaian internet, yang paling minium adalah sekitar RM 28

sebulan. Di peringkat pengajian tinggi juga banyak menyediakan bahan pembelajaran yang

dikenali e-library, e-book, dan sebagainya. Di OUM ( Universiti Terbuka Malaysia) adalah

contoh institusi pengajian tinggi swasta yang menyediakan kemudahan seperti yang disebut tadi.

Kebaikan yang kedua ialah kemudahan dan keselesan pembelajaran kepada setiap

pelajar. Setiap pelajar mempunyai perbezaan personaliti dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Jika di dalam bilik darjah dan bilik kuliah atau makmal sains, pelajar perlu menumpukan

perhatian apa yang disampaikan oleh guru. Penumpuan ini harus diberi perhatian kerana

keciciran menerima maklumat atau suara dan intonasi yang kurang menarik akan mengurangkan

kefahaman pelajar. Amat berbeza dengan bahan pembelajaran di internet, ianya boleh diulang

tayang sekerap mana yang dingin oleh pelajar. Ianya juga boleh dimuat turun sama ada dalam

bentuk teks, audio, vedio dan animasi. Setelah dimuat turun pelajar boleh menyimpan di dalam

peranti masing-masing seperti komputer perbadi, komputer riba, telefon.

Dengan adanya peranti ini pelajar boleh belajar mengikut gaya tersendiri. Jika yang suka

suasana yang tenang dan berseorangan tidak ada masalah untuk belajar. Hanya di rumah sahaja

mereka sudah mempunyai berbagai maklumat dan sumber. Mereka juga tidak perlu membuang

masa semasa menunggu bas, komuter dan menunggu untuk sampai ke destinasi tetapi boleh diisi

dengan membaca bahan pembelajaran atau sumber maklumat. Semua keadaan ini memberikan

kemudahan dan keselesaan yang semaksimum mungkin pada diri pelajar. Pelajar juga tidak

mengalami tekanan untuk pergi ke kelas atau bilik kuliah. Pelajar juga boleh membuat pelbagai

latihan akademik seperti di laman sesawang Zoom-a Pembelajaran Interaktif.

Kebaikan yang ketiga pula ialah kebebasan berkomunikasi dengan pelbagai pihak.

Pelajar boleh berhubung dengan rakan, guru, saudara mara atau individu yang agak sukar mereka

ketemui. Contoh laman sesawang yang digemari oleh pelajar untuk berhubung adalah seperti

Twitter, hi-5, Facebook, dan banyak lagi di dalam capaian internet. Mereka boleh ‘bersembang’

di laman sosial ini dengan ramai rakan dalam sekali pertemuan. Pertemuan mereka ini pula tidak

perlu dibimbingi oleh ibu bapa kerana ianya berlaku di dalam rumah dan tidak ada perkara yang

negatif boleh berlaku seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Page 6: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

5

Jika pelajar kolej dan universiti, mereka boleh menghantar e-mail kepada pensyarah

untuk berbincang mengenai topik pelajaran dan juga tugasan yang kurang difahami. Mereka

telah menjimatkan masa dengan tidak perlu pergi bersemuka dengan pensyarah. Pensyarah juga

tidak diganggu dengan kedatangan pelajar yang tidak tentu masa. Tugasan yang diberikan boleh

dihantar kepada pensyarah hanya dalam masa beberapa saat sahaja melalui internet walau pun

jarak perhubungan beratus kilometer. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan artis kegemaran,

pemimpin negara, pakar motivasi dan sebagainya dipertemuan dalam laman sesawang.

Kebaikkan yang keempat pula ialah perkongsian maklumat yang tidak terbatas. Contoh

Ramai penulis blog yang suka berkongsi pendapat dan kajian mereka. Perkongsian ini langsung

tidak dikenakan bayaran kepada pembaca di internet. Laman sesawang sosial juga boleh

digunakan oleh pendidik untuk berhubung dengan pendidik di tempat lain untuk bertukar-tukar

pandangan dan boleh juga digunakan bersama pelajar mereka bagi menyampaikan maklumat dan

bahan pengajaran berguna. Satu lagi cara baru penggunaan laman web sosial seperti Facebook

ialah boleh digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul data kajian melalui temuramah secara

maya. Walaupun cara berkenaan belum dikatakan sah untuk membuat kajian, ia adalah satu cara

alternatif yang boleh difikirkan. Setiap benda di dunia ini pasti mempunyai kelebihan dan

kelemahan. Maka, penggunaan laman web sosial ini boleh menjadi sesuatu yang positif mahupun

sebaliknya bergantung kepada si pengguna.

3.0 Kesan memudaratkan internet kepada pelajar

Dengan wujudnya rangkaian internet, individu dan organisasi boleh memaparkan

sebarang maklumat dengan mudah. Rangkaian Internet boleh juga menjadi saluran tidak sihat

untuk melakukan jenayah.Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk

tujuan yang tidak baik maka ia akan membawa pengaruh yang negatif terhadap kehidupan

pengguna internet lain. Contohnya, pengeboman di bandar Oklahoma dipercayai hasil sebaran

maklumat melalui Internet (Meyer, 1999). Di dalam laman web YouTube vedio terdapat cara

membuat bahan letupan dan uji kaji yang merbahaya. Ini juga menyumbang kepada pengguna

untuk cuba melakukan pekara tersebut.

Page 7: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

6

Selain itu, Internet juga membawa maklumat-maklumat lucah yang boleh menyebabkan

masalah sosial terutamanya jenayah. Che Wan Badrul Alias (2010), menyatakan laman web seks

dan ponografi kekal di tempat tertinggi, iaitu pada tempat keempat dan kelima daripada 100

laman web yang kerap dikunjungi oleh kanak-kanak dan remaja sepanjang 2009. Lambakan

vedio lucah juga mengundang jenayah rogol. Sering kali dilihat di akbar tentang jenayah rogol

yang dilakukan oleh remaja. Remaja ini pula kebiasaannya adalah pelajar yang terangsang

dengan melihat vedio lucah di internet.

Kemudaratan yang kedua adalah ketagihan internet. Penggunaan Internet semakin meluas

sehinggakan ada beberapa pihak yang mengalami ketagihan yang agak membimbangkan

terutama remaja sekolah. Tambahan pula, kebiasaannya pelajar sekolah yang gemar

menggunakan Internet dengan tujuan untuk mendapatkan hiburan dengan cara bersembang di

rangkaian sosial atau chat, memuat turun lagu, klip video, dan gambar. Terdapat pelajar kurang

memberi tumpuan dalam pelajaran disebabkan pelajaran mereka terganggu disebabkan tiada

banyak masa untuk mengulangkaji. Tambahan lagi, sikap pelajar yang sanggup ponteng sekolah

untuk ke kafe siber disebabkan ketagihan Internet turut menjejaskan kesihatan diri, dan

pelajaran. Malahan negara juga turut mendapat impak besar akibat gejala yang tidak sihat gara-

gara ketagihan Internet.

Faktor ekonomi yang berubah dan bertambah maju menjadikan golongan keluarga sudah

mampu memiliki sistem komputer dan mudah menyediakan talian Internet di rumah. Faktor ini

disokong berdasarkan kajian dari luar negara oleh Patricia et. al. (2000), yang mendapati pelajar

dari semua bangsa dan etnik, yang mempunyai komputer di rumah keluarga mereka, cenderung

untuk menggunakan Internet berjam lamanya pada setiap minggu berbanding mereka yang

dibesarkan dalam keluarga tanpa komputer. Bagi ibu bapa yang berkerja mendorong pelajar dari

peringkat kanak-kanak lagi sudah menggunakan capaian internet untuk menghilangkan

kebosanan di rumah.

Kemudaratan yang ketiga adalah plagiarism. Mengikut Kamus Dewan perkataan

plagiarism membawa maksud 'perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan

karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri.' Dari segi bidang

akademik pula bermaksud ‘gejala menciplak’ dikalangan pelajar. Dalam satu kajian ke atas

50,000 siswa oleh Center of Academic Integrity pada Jun 2005 di kalangan mahasiswa di

Page 8: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

7

Amerika Syarikat berpendapat bahawa, ". . . . 70% pelajar-pelajar kolej terlibat dalam budaya

plagiat; iaitu seramai 77% pelajar-pelajar kolej tidak fikir bahawa plagiarisme adalah satu isu

yang serius. Ini membimbangkan bahawa masalah dalam terma-terma dalam internet dan budaya

disalah anggap, melalui "The digital revolution is creating a generation of cut-and-paste burglars

who view all content on the internet as common property". Kemudaratan plagiarism ini juga

mula merebak dikalangan pelajar-pelajar di negara Malaysia.

Budaya ini seolah-olah mendidik pelajar mengambil jalan mudah dalam menyiapkan

tugasan. Sikap ini dikhuatir akan mempengaruhi hingga mereka berkerja nanti iaitu tidak boleh

menjalankan kerja yang memerlukan cabaran dan ushaa untuk menyiapkannya dengan sebaik

mungkin. Hasilnya akan menjadikan sebuah organisasi itu mempunyai pekerja yang tidak

mempunyai komitmen dengan tugas masing-masing. Akhirnya organisasi ini akan beroperasi

dalam tahap yang tidak memenui kepuasan pelanggan jika berurusan dengan mereka. Seterusnya

memberi imej buruk kepada negara kerana terlalu banyak berlaku pelanggaran dalam etika

penulisan. Rakyat semua tidak sedar bahawa negara banyak memerlukan kepada hasil kerja yang

dilakukan oleh pelajar terutamanya dari institusi pengajian tinggi. Sekiranya pelajar gemar

melakukan plagiat maka negara tidak akan mengalami kepesatan dari melahirkan idea-idea baru

bagi meningkatkan dan memajukan negara pada masa hadapan.

Kesan kemudaratan yang keempat pula adalah penggunaan laman web sosial juga

menyebabkan interaksi secara bersemuka dan kemahiran sosial berkurangan dikalangan pelajar.

Mungkinkah ini juga penyebab ramai graduan Malaysia sukar mendapat pekerjaan kerana salah

satu faktor yang dikenalpasti oleh Kementerian Sumber Manusia ialah kurangnya kemahiran

sosial dalam kalangan graduan di Malaysia. Terdapat juga pernyataan yang mengatakan laman

web sosial boleh menyebabkan institusi kekeluargaan runtuh disebabkan semua ahli keluarga

lebih suka berkomunikasi dengan rakan di alam maya berbanding keluarga sendiri.

Dengan alasan hanya berkomunikasi secara maya sahaja tetapi akhirnya bersemuka

dengan kenalan. Ini menimbulkan pelbagai masalah rumah tanggga yang akhirnya menjejaskan

prestasi pelajar di dalam sesi pembelajaran. Ramai juga pelajar masa kini kurang adap pertuturan

di antara masyarkat sekeliling. Kebiasanya pelajar ‘bersembang’ di laman sosial dengan

menggunakan perkataan yang kurang sopan dan bebas menulis apa saja dalam perbualan mereka.

Page 9: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

8

Penggunaan bahasa yang kurang sopan ini sudah menjadi rutin, yang mana akhirnya terbawa

dalam pertuturan secara bersemuka dengan individu lain.

4.0 Cadangan logik untuk menggurangkan kesan memudaratkan penggunaaan internet di

kalangan pelajar.

Penyalahgunaan terhadap Internet walaupun belum sampai ke tahap membimbangkan,

ianya perlu diberikan perhatian serius dan tindakan awal. Kini, seolah-olah sudah wujud satu

rangka rujuk dalam masyarakat , bahawa dengan melayari multimedia itu, pelbagai perkara yang

kononnya cuba disembunyikan, dapat diketahui ramai. Internet menjadi medan untuk

memburukkan siapa saja yang tidak disukai sama ada pemimpin, tokoh terkemuka, ahli korporat,

mahu pun orang perseorangan.

Kerajaan sememang tidak bertolak-ansur menangani gejala ini. Penggubalan Akta

Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1997 menunjukkan kepekaan

kerajaan untuk menyekat kegiatan tidak bermoral itu terus mempengaruhi rakyat yang hanya

memerlukan maklumat membina untuk memajukan negara. Dengan tindakan undang-undang

yang tegas tanpa mengira kedudukan individu dalam masyarakat sedikit sebanyak dapat

mengurangkan kemudaratan internet. Umum mengetahui ada segelintir rakyat Malaysia di luar

negara yang menyalahgunakannya bagi menyalurkan berita palsu mengenai kerajaan bagi tujuan

menghasut. Masyarakat berharap dengan ada kes yang dihadapkan ke mahkamah kerana

menyebarkan berita yang boleh menjejas ketenteraman negara menerusi Internet, akan

menyedarkan ramai pihak mengapa perbuatan itu perlu dibanteras.

Cadangan kedua adalah pengawalan dari ibu bapa terhadap pengguna internet dikalangan

anak-anak mereka. Oleh kerana kebanyakan maklumat di internet sangat mudah untuk diakses

oleh anak-anak, ibu bapa perlu berusaha untuk mengawal aktiviti mereka ketika berada dalam

atas talian. Laman sesawang yang amat dikhuatiri akan dilawati oleh anak-anak bukan sekadar

laman sesawang yang boleh menjangkitkan virus kepada komputer anda melalui perisian-

perisian yang dimuat turun secara percuma tetapi yang amat perlu diawasi ialah portal yang

mengandungi unsur lucah , keganasan, penyelewangan agama dan laman sosial yang tidak

terkawal. Ibu bapa boleh wujudkan peraturan-peraturan tertentu berkenaan penggunaan internet

Page 10: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

9

di rumah kepada anak-anak. Beri nasihat kepada mereka supaya berhati-hati dengan rakan atas

talian yang baru dikenali. Tunjukkan dengan contoh peristiwa-peristiwa buruk yang telah berlaku

kepada anak-anak remaja yang menerima nasib malang setelah berkenalan dengan orang asing.

Ibu bapa harus menyediakan ruang untuk menggunakan seperti ditempatkan di ruang tamu

ataupun di dalam bilik yang sama dengan tempat ibu atau ayah membuat kerja. Ini membolehkan

aktiviti anak-anak lebih mudah dipantau. Jangan komputer di dalam bilik yang terasing dari

pandangan keluarga.

Cadangan ketiga pula adalah ketiga menghentikan budaya plagiarism. Semua pihak turut

bertanggugjawab dalam usaha mencegah plagiarisme dalam mengambil bahan berbentuk ilmiah

iaitu universiti dan kolej, pensyarah dan para pelajar. Pihak institusi pengajian tinggi haruslah

mengkuatkuasakan undang-undang berkenaan budaya palgiarisme dan maklumkan kepada

semua pensyarah dan juga pelajar bahawa ianya merupakan kesalahan dan kesan negatifnya.

Pihak universiti juga perlu mewujudkan bengkel penulisan tugasan dan juga kaedah penulisan

sumber rujukan atau bibliografi yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang

plagiarisme. Para pensyarah juga memainkan peranan penting dalam membimbing dan

membantu menghindari konsep plagiarisme kepada para pelajar bukan sekadar dalam penulisan

tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan, pembentangan dan sebagainya. Pensayarah juga

perlu tegas mangambil tindakan terhadap pelajar yang masih degil membuat tugasan akademik

secara plagiat. Mereka boleh meminta pelajar memperbetulkan tugasan tersebut atau

melaporkannya kepada pihak universiti atau kolej.

Cadangan yang seterusnya yang keempat ialah kempen kesedaran kepada semua lapisan

masyarakat. Gerak kempen ini boleh dilakukan oleh semua pihak terutamanya Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan Penerangann Malaysia, dan pelbagai agensi kerajaan dan juga

badan-badan bukan kerajaan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka

perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas

yang kuat untuk mendisiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

Di peringkat kanak-kanak ini mudah guru berikan kesedaran di dalam bilik darjah. Pada masa

kini diperingkat tahap satu sekolah rendah telah wujud mata pelajaran Dunia Sains dan

Teknologi. Maka para guru boleh menerapkan unsur-unsur kempen kesedaran keburukan

internet yang perlu dielakkan oleh pelajar. Selain itu kerajaan boleh menjalankan kempen ini

Page 11: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

10

melalui media televisyen. Melalui kaedah ini semua lapisan masyarakat dapat diberikan

maklumat tentang kesedaran ini dengan pantas dan meluas.

5.0 Kesimpulan

Setiap benda di dunia ini pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan. Maka, penggunaan

laman internet ini boleh menjadi sesuatu yang positif mahu pun sebaliknya bergantung kepada

penggunnya. Gunakanlah kemajuan maklumat teknologi ini dengan cara yang betul agar

pengguna internet menjadi manusia yang bijaksana. Melalui perbincangan di atas terdapat empat

kebaikan yang di kemukakan iaitu pelajar memperolehi sumber maklumat yang tidak terbatas,

kemudahan dan keselesan pembelajaran di rumah atau di mana sahaja, berkomunikasi dengan

pelbagai pihak, dan perkongsian ilmu yang sungguh banyak. Manakala empat kesan

memudaratkan internet kepada pelajar pula adalah terdedah dan keterlibatan dalam jenayah,

ketagihan yang mendorong kepada kemerosotan prestasi akademik , budaya plagiarisme yang

meningkat, dan kurang kemahiran bersosial dan interaksi secara bersemuka serta beradap sopan.

Namun untuk mendapatkan kesan positif sepenuhnya adalah satu pekara yang mustahil. Dengan

melaksanakan program kesedaran penggunaan internet secara positif adalah satu usaha sahaja.

Fenomena ini semuanya bergantung kepada rasa kesedaran kendiri dari pengguna sendiri. Jika

pengguna memilih untuk kebaikan, maka implikasinya juga baik dan sebaliknya.

6.0 Rujukan

Ahmad Johari Sihes dan Norbaizura Sani (2010). Perlaksanaan E-Pembelajaran Dikalangan

Pelajar Fakulti Pendidikan Dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Ismail Zain (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah Ke Alam Siber (1st ed.). Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kamala Ramkrishman (2003). Penggunaan Internet Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Dari

Sekolah Bestari Di Daerah Kuala Lumpur. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Azis Ngah (2010). Risiko Internet. Berita Harian. [atas talian] sumber dari:

http://www.rahsiasiber.com/berita-siber/risikointernet. html [10 November, 2012]

Page 12: Kebaikan internet dan plagiat dikalangan pelajar

11

Raja Maznah Raja Hussain (1998). “Internet Pemangkin Pendidikan: Guru Pensiswazahan Di

Alam Siber”. Kertas Kerja Konvensyen Teknologi Malaysia Ke-11. Kota Bharu.

Rozinah Jamaludin (2007). Internet dalam Pendidikan. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains

Malaysia.