KEBAIKAN KSSR

9
Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau dikenali sebagai KSSR diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula pada sesi persekolahan tahun 2010 bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Kebaikan-kebaikan KSSR dapat dilihat dari aspek berikut: Kerohanian, Sikap Dan Nilai Aspek ini melibatkan penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan, dapat memupuk akhlak yang baik dan nilai-nilai murni di dalam diri setiap murid. Penghayatan ini dapat diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam. Hal ini kerana ianya dapat menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan kepercayaan dan kesyukuran kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling

Transcript of KEBAIKAN KSSR

Page 1: KEBAIKAN KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah atau dikenali sebagai KSSR diperkenalkan

sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk

memastikan setiap murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan

untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula

pada sesi persekolahan tahun 2010 bertujuan untuk meningkatkan minat murid

terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris.

KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan

dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui

dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai, manakala standard pembelajaran ialah penetapan kriteria atau

petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard

kandungan. Kebaikan-kebaikan KSSR dapat dilihat dari aspek berikut:

Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Aspek ini melibatkan penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama,

kepercayaan kepada Tuhan, dapat memupuk akhlak yang baik dan nilai-nilai murni di

dalam diri setiap murid. Penghayatan ini dapat diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras

melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan

Moral bagi murid yang bukan beragama Islam. Hal ini kerana ianya dapat menyedarkan

murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan kepercayaan dan kesyukuran kepada

Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni supaya

mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan

dapat membentuk jati diri yang Muslim yang sebenar.

Selain itu, kurikulum pendidikan juga telah menggabungkan jaringan unsur nilai

moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah

menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui kokurikulum. Hal ini kerana

bagi melahirkan pemimpin yang adil pada suatu hari nanti memerlukan pengetahuan

serta panduan yang bermula pada masa kini. Kurikulum yang sama digunakan di

semua sekolah di Malaysia. Perkara ini bertujuan untuk menguatkan hubungan sosial

Page 2: KEBAIKAN KSSR

antara masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil

dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan tiada unsur kepentingan bagi

sebelah pihak. Perkara ini sangat penting dalam perkembangan individu yang bakal

menjadi generasi yang dapat menjunjung inspirasi negara.

Keterampilan Diri

Melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah

seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah dapat memupuk keterampilan murid

yang berkepimpinan dan bersahsiah. Selain itu, penglibatan murid yang aktif dalam

persatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang

dan berkeyakinan serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk

menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan

datang. Sikap inilah yang perlu ada pada seseorang pemimpin. Seorang pemimpin yang

baik haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada

setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang

dipimpin. Sebagai contoh pemimpin terbaik sepanjang zaman adalah nabi Muhammad

S.A.W.. Baginda merupakan pemimpin yang mempunyai ciri yang terbaik dari segala

aspek.

Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu

sama lain. Oleh itu, KSSR telah menekankan keterampilan dalam diri setiap murid.

Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan diri yang baik, sudah pasti

dirinya akan dihormati. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi

yang akan datang. Hal ini seterusnya dapat melahirkan muslim sejati yang dapat

membangunkan dan mengharumkan nama negara di persada dunia.

Fizikal Dan Estetika

KKSR memberi penekanan kepada aspek fizikal dan estetika. Hal ini kerana

kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi

penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang

cerdas. Melalui kecergasan tubuh badan, ianya dapat menyerapkan nilai- nilai positif

dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan

Page 3: KEBAIKAN KSSR

seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan

luas serta jauh.

Tambahan lagi, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, dan bakat amat penting

dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan

murid cergas dan sihat, pemikiran mereka juga dapat diasah agar lebih kreatif dan

berinovasi berbanding sekiranya badan lemah dan tidak bermaya. Secara tidak

langsung, kita juga dapat mengasah bakat yang terpendam dalam diri murid melalui

pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam mahupun di luar

sekolah.

Literasi Sains Dan Teknologi

Antara kelebihan KSSR adalah ia menekankan aspek literasi sains dan teknologi

dalam pembelajaran. Hal ini kerana pengetahuan dan penguasaan sains merupakan

pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang

wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para

murid mengenai ilmu. Seterusnya adalah untuk menyediakan mereka dalam kehidupan

mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar.

Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan murid sekolah

rendah, maka peranan pendidikan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat

untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Literasi sains dan teknologi adalah

kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains, mengenal

teknologi serta kesannya. Selain itu adalah masyarakat yang lahir dari KSSR mampu

mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan

produk teknologi yang sederhana dan mampu membuat keputusan dalam memilih nilai

yang berkuailiti.

Penggunaan Portfolio

Antara perkara baru yang diperkenalkan oleh KSSR adalah penggunaan portfolio

oleh setiap murid. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja

mereka disimpan dalam portfolio ini. Dokumen ini merekodkan kegiatan dan

pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Page 4: KEBAIKAN KSSR

Selain itu, ia turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai

perkembangan pembelajaran anak mereka dengan tepat dan mengesan kekuatan atau

kelemahan murid secara berterusan. Melalui pendekatan baru ini, ia membolehkan

guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya

menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam

secara teratur.

Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada

murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band

berikutnya. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk

menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan mereka. Guru-guru

juga dapat memikirkan cara-cara mengatasi kelemahan mereka dengan menggunakan

yang berkesan. Maka, ia dapat melahirkan murid yang mempunyai daya saing yang

tinggi seterusnya mampu meningkatkan kesungguhan mereka untuk berjaya dengan

cemerlang.

Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid

Proses penilaian KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan

bakat yang ditonjolkan murid dalam kelas walaupun ujian bertulis masih lagi

dilaksanakan seperti dulu. Proses penilaian ini akan dijalankan oleh pihak sekolah.

Mereka akan sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan

yang lain. Oleh itu, murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain

untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian

mereka. Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang

menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas.

Mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan

sesuatu praktikal berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat semulajadi yang ada

dalam diri mereka. Murid-murid juga akan lebih berfikiran kritis dan kreatif kerana dapat

melakukan sesuatu yang mereka minati dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan

oleh guru sahaja.

Page 5: KEBAIKAN KSSR

Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu

yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada. Pada masa yang

sama, ianya juga memberi peluang yang luas kepada murid-murid untuk memperoleh

kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur

melalui bahan pembelajaran yang telah disediakan.

Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi

Keupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke-21 kini

memerlukan masyarakat yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat

menghasilkan idea-idea baru agar dapat berada di peringkat paling atas dalam

perlumbaan mengejar kemajuan. Oleh itu, dalam usaha untuk memperoleh inovasi

tersebut, usaha ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem

pendidikan.

Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen kreativiti

dan inovasi perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya

proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih dinamik dan menarik kepada

pelajar. Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan dalam amalan pengajaran dan

pembelajaran, sudah tentu pelajar akan mula hilang minat terhadap matapelajaran

tersebut.

Oleh itu, jika guru tidak menerapkan elemen inovasi dalam pengajarannya dan

masih mengekalkan cara pengajaran tradisional yang membosankan, sudah tentu

pelajar akan hilang minat terhadap sesuatu matapelajaran dan melihat ia sebagai

subjek yang kurang menarik. Maka daripada penerapan elemen kreativiti dan inovasi

ini, lahirlah murid-murid yang dapat berfikiran jauh seterusnya dapat membawa

perubahan dalam hidupnya dan juga kepada negara.

Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat Kepada Murid-Murid

Melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti

mata pelajaran sejarah, ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat

patriotik dan kenegaraan. Secara tidak langsung, ia dapat melahirkan individu yang

sentiasa cinta akan tanah air. Semangat perpaduan dan kekitaan antara kaum juga

Page 6: KEBAIKAN KSSR

dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal tentang sejarah yang

berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa

dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga

dan mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Selain itu, murid tahap satu iaitu murid tahun satu hingga tahun tiga juga akan

diajar mengenai pendidikan seks yang diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan.

Melalui subjek ini, murid-murid akan diberi pendedahan awal mengenai perkembangan

manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan

dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

Maka, murid-murid akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap pergaulan

mereka di dalam mahupun di luar sekolah. Hal ini kerana mereka sudah mengetahui ia

akan menyebabkan natijah yang buruk dan akan mencemarkan maruah individu

tersebut yang berpunca daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Secara tidak langsung, mereka akan sentiasa mengamalkan akhlak yang mulia dan

menjaga peribadi mereka untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga.

Penggabungan Beberapa Mata Pelajaran

Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, ianya akan

memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi secara praktikal

kepada murid-murid. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah.

Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan,

sebaliknya didedahkan kepada murid tahun satu sebagai elemen kreativiti dan inovasi

murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem

teknologi.

Selain itu, sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-murid kepada

pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di

alam ini supaya murid-murid menjadi lebih akrab dengan alam persekitaran. Perkara ini

dapat memupuk semangat cinta kepada alam sekitar seterusnya dapat melatih murid-

murid untuk sentiasa memelihara dan memulihara flora dan fauna. Sains fizikal pula

adalah berkaitan dengan semua jenis deria kurniaan Allah kepada manusia dalam

kehidupan. Manakala sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari

Page 7: KEBAIKAN KSSR

yang merangkumi reka bentuk bahan bercorak sebuah inovasi baru yang membantu

memudahkan segala aktiviti seharian kita seiring dengan zaman yang lebih mencabar

ini.

Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka dalam proses pembelajaran

yang menyeronokkan melalui kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan

menarik iaitu secara praktikal terus. Hal ini dapat membantu perkembangan minda

murid-murid menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang

bernas dan bijak seterusnya dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai fikiran

yang tajam dalam sesuatu perkara.

Penggunaan Modul

KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Sebarang

pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan

keseluruhan modul. Secara tidak langsung, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana setiap guru mempunyai pilihan untuk

menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang sepadan

dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid.

Penggunaan modul akan menggantikan penggunaan buku teks. Ia dapat

menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan di dalam kelas. Pelbagai aktiviti yang menarik dan dapat

mengembangkan minda murid-murid supaya menjadi lebih kreatif dan kritis

dilaksanakan. Contohnya adalah seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

perbuatan yang aktif daripada pelajar. Hal ini akan memudahkan murid-murid untuk

mempelajari, memahami dan mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka

disertai dengan aktiviti-aktiviti praktikal. Selain itu, ianya juga dapat menarik minat murid

untuk terus meminati sesi pembelajaran dan sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu

masalah yang dihadapi dengan cara yang terbaik.

Penggunaan KSSR di sekolah juga banyak membantu memudahkan perjalanan

dalam pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke

tahun-tahun seterusnya. Melalui langkah seperti ini, murid-murid tidak akan berasa

tertekan dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Malah mereka sentiasa

Page 8: KEBAIKAN KSSR

berasa tertarik dengan teknik pengajaran guru-guru selain pendekatan yang lebih

mesra dan bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Seterusnya dapat

menyumbang ke arah pembentukan jati diri muslim yang diinginkan oleh syarak.