Kebaikan sukan

download Kebaikan sukan

of 2

Transcript of Kebaikan sukan

Kebaikan sukan Presentation Transcript

1. SUKAN 2. KERANGKA KARANGAN Pendahuluan : Ayat takrifan/definisi Ayat semasa (2) Ayat pendapat/bukti Ayat kehendak soalan Isi-isi penting: Ayat topik Ayat huraian Ayat semasa Ayat contoh Ayat penutupan isi. Kesimpulan: Ayat rumusan isi penting Ayat pendirian terhadap tajuk

3. PETA MINDA KELEBIHAN SUKAN KEPADA REMAJA Kesihatan Mengisi masa lapang Memartabatkan Negara Mengeratkan hubungan Menghilangkan tekanan

4. kesihatan Sukan merupakan aktiviti riadah untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Dewasa ini, masyarakat berhadapan dengan pelbagai penyakit moden' seperti kolesterol, darah tinggi dan sebagainya akibat tabiat pemakanan dan kurang bersenam. 'otak yang baik terletak di badan yang sihat'. Jika badan dan otak sihat maka selesalah melakukan apa juga pekerjaan dan kegiatan. Kerja yang dihasilkan juga akan lebih berkualiti dan mantap.

5. memartabatkan negara Para remaja yang mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa dapat mengangkat imej dan martabat negara. Penglibatan remaja dalam sukan amat membanggakan sehingga kini wujud ramai atlet dalam kalangan remaja, misalnya Hafiz Hashim, Shalin Zulkifli, Nicole Ann David. Remaja perlulah menyeimbangkan antara sukan dan pelajaran supaya cemerlang kedua-duanya.

6. menghilangkan tekanan Sebagai remaja, mereka dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi sama ada di sekolah mahupun di rumah Bersukan mampu menghindarkan remaja dari tekanan di

samping berupaya memberikan ketenangan jiwa khususnya kepada remaja. Remaja boleh melakukan aktiviti sukan lasak mahupun aktiviti padang, berbasikal,berenang untuk mengisi minda dengan perkara-perkara yang positif.

7. mengisi masa lapang Memanfaatkan waktu terluang dengan aktiviti yang berfaedah. Melakukan aktiviti sukan atau riadah seperti berjoging,bermain badminton,tenis, dan lain-lain. Remaja tidak akan terdedah untuk melakukan perkara-perkara negatif.

8. eratkan hubungan Dengan bersukan remaja mampu berinteraksi dengan orang lain. Penglibatan dalam sukan dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira bangsa ,agama, mahupun keturunan. Remaja mudah bertukar-tukar pandangan antara satu sama lain,meluahkan segala masalah apabila bersama-sama rakan-rakan sambil melakukan aktiviti sukan

9. Latihan Hasilkan sebuah karangan berdasarkan tajuk yang telah Diberikan iaitu kelebihan Sukan Kepada RemajaKarangan anda mestilah tidak kurang 350 patah perkataan. Karangan yang lengkap perlu ditulis dalam MS Word dan tugasan dihantar melalui e-mel.