kebangkitan semangat nasionalisme

81
1.0 PENGENALAN Dalam konteks Tanah Melayu atau British Malaya seperti yang disebut oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu penjajahan British. Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai kiblat taat setia yang tidak serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap negara india. Maka orang melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah British pada tahap-tahap awal. Secara umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentak dengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu mula sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Dalam pembentukan dan 1

Transcript of kebangkitan semangat nasionalisme

Page 1: kebangkitan semangat nasionalisme

1.0 PENGENALAN

Dalam konteks Tanah Melayu atau British Malaya seperti yang disebut

oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu

penjajahan British.  Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal

kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang

dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai kiblat taat setia yang tidak

serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia

orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap

negara india. Maka orang melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk

membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah British pada tahap-

tahap awal.

Secara umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentak

dengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu

mula sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Dalam

pembentukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan

keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum

kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak

Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan

penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah.

Tujuannya hanyalah satu, kebebasan atau kemerdekaan.

1

Page 2: kebangkitan semangat nasionalisme

Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah

memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada

perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya

menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan

semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di

Tanah Melayu.

Menurut Walter Theimer dalam bukunya, “Encyclopedia of World

Politics” , nasionalisme bermaksud satu sentimen kepuakan yang didasarkan

atas ciri-ciri bangsa terutamanya bahasa dan kebudayaan dengan

kecenderungan menekankan perbezaan antara satu bangsa dengan satu

bangsa yang lain. Secara ringkasnya, Sukarno pula menjelaskan bahawa

nasionalisme ialah suatu cita-cita yang mengingini untuk kebaikan bangsa.

Nasionalisme menurut DBP ialah perasaaan cintakan negara sendiri yang

mendalam dan pergerakan untuk mencapai kebebsan ekonomi dan politik

daripada kuasa asing. Kesedaran kebangsaaan pula yang berkaitan secara

keseluruhan nasional semangat.

Nasionalisme sebenarnya boleh didefinisikan sentimen kecintaan

terhadap sesebuah. Sentimen itu hanya ditumpukan kepada satu negara bangsa

sahaja yang dapat mendorong kepada keinginan untuk berjuang bagi

memebebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing. Semangat

2

Page 3: kebangkitan semangat nasionalisme

nasionalisme ini wujud hasil daripada keinginan unutk menebus maruah bangsa

serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah bangsa dan Negara.

Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada

umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada

cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing.

Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah

seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan

bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti

bangsa yang berbudaya tinggi. Menurut Karl Max, nasionalisme wujud apabila

sesuatu bangsa dijajah, maka di negara tersebut secara automatik akan lahir

dua golongan yang bertentangan, iaitu satu golongan yang menjajah (menindas)

dan satu lagi golongan yang terjajah (ditindas).

Mereka bertentangan kerana golongan yang menjajah mahu

mengekalkan penjajahannya, manakala golongan yang terjajah mahu

membebaskan diri daripadanya. Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah

Melayu tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Cuma apa

yang membezakannya adalah dari segi corak gerakan kebangsaan itu.

Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai beberapa aliran nasionalisme kerana

penduduknya berbilang kaum. Semangat nasionalisme dalam kalangan orang

melayu telah ada sejak campur tangan British pada tahun 1874.

3

Page 4: kebangkitan semangat nasionalisme

Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan

ke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi

sebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh

pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Tok

Janggut,Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan lain-lain lagi

mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini.

Namun begitu, penentangan pembesar-pembesar Melayu gagal

membebaskan Tanah Air daripada belenggu penjajahan British kerana

penentangan pembesar tidak bersifat menyeluruh dan tidak mendapat sokongan

segenap lapisan masyarakat. Selain itu, setiap pembesar menentang semata-

mata untuk menjaga periuk nasi mereka daripada diancam oleh British. Mereka

juga kalah kerana tidak mempunyai pasukan tentera yang dilengkapi senjata-

senjata moden berbanding kerajaan British. Kegagalan mereka tidak mematikan

semangat nasionalisme orang Melayu, sebaliknya orang Melayu

memendamkannya ibarat ‘api dalam sekam’. Pada abad ke-20, semangat

nasionalisme orang Melayu semakin bersemarak. Pasa peringkat ini, strategi

yang digunakan adalah berbeza.

4

Page 5: kebangkitan semangat nasionalisme

Kesimpulannya, nasionalisme adalah satu fenomena sejagat yang

mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri ,

menengakkan kedaulatan rakyat dan menuntut kesetiaan ulung individu

disalurkan kepada negara bangsa itu. Keadaan tersebut digambarkan menerusi

perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap tanah air yang kemudian

mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang bagi

membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa. Oleh itu, semangat untuk

mencapai kemerdekaan bagi negara kita adalah penting agar kita dapat

bernaung dibawah tampuk pemerintahan sendiri dan bukannya dikuasai oleh

kuasa asing.

5

Page 6: kebangkitan semangat nasionalisme

2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN NASIONALISME

2.1 Faktor Luaran

Faktor yang mempengaruhi perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu

dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan juga

faktor luaran. Bagi faktor luaran, ianya merupakan peristiwa-peristiwa yang

tercetus di luar Tanah Melayu tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada

perkembangan semangat nasionalisme orang Melayu di Tanah Melayu. Faktor-

faktor luaran menjadi pemangkin untuk mempercepat kebangkitan semangat

nasionalisme orang Melayu.

Antara faktor luaran ialah Gerakan Pemulihan Islam di Mesir. Gerakan

Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Konsep pan-islamisme

telah mula diutarakan oleh Syed Jamaluddin al-Afghani, seorang pemuda

reformis islam timur tengah yang radikal dan revolusioner pada akhir abad ke 19.

Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani sendiri dan Syeikh

Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun

1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar

dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Syeikh

Muhammad Abduh telah menyesuaikan prinsip-prinsip Islam menurut kehendak

azan moden, tetapi tidak terkeluar dari prinsip dan semangat agama Islam yang

sejati. Ajaran beliau adalah berdasarkan kepada ajaran Allah dan Rasul seperti

6

Page 7: kebangkitan semangat nasionalisme

yang tercatit di dalam al-Quran dan al-Hadis. Yang disesuaikan ialah perkara-

perkara dan hal-hal takwim serta pentafsiran Islam mengenai sesuatu pendapat

atau hukum di dalam al-Quran. Ajaran dan pandangan beliau di anggap baru,

prgresif dan revolusioner dan amat sesuai dengan zamannya.

Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah memperjuangkan

konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,

gerakan ini turut bermatlamat untuk membebaskan agama Islam daripada

kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang

sebenar.Antara lain ialah memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang

terkandung dalam al-Quran dan Hadith. Turut bermatlamat untuk mencapai

kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith dan

yang terakhir ialah membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.

Pada masa itu juga, ramai orang melayu yang telah pergi ke luar negeri,

terutamanya ke timur tengah untuk mempelajari agama islam. Tidak kurang juga

yang pergi menunaikan fardhu haji. Perkembangan reformisme di timur tengah

itu telah mempengaruhi kedua-dua kumpulan tersebut. Mereka mula

menyebarkan gagasan baru kepada masyrakat melayu berlandaskan agama

islam.

7

Page 8: kebangkitan semangat nasionalisme

Konsep Gerakan Pemulihan Islam ini telah memberi ilham kepada pelajar-

pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di

negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke

Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Mereka berusaha

menyatupadukan masyarakat melayu berdasarkan identiti agama islam. Tokoh-

tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh

Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka

menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta

konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam.

Faktor kedua ialah Gerakan di Turki yang dapat dibahagikan kepada tiga

gerakan iaitu Gerakan Pan-Islam, Gerakan Khilafat dan Gerakan Turki Muda.

Bagi Gerakan Pan-Islam, ianya adalah satu gerakan untuk menyatukan umat

Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan

Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan

kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh

Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin

menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan

menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang

mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal.

Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi

8

Page 9: kebangkitan semangat nasionalisme

gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang

kuasa Berikat.

Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan

segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan

peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan

Perancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita

yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-

pejuang Pan-Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan

Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan

dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki

akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India

melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British.

Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya

menakluki Singapura.

Bagi gerakan Khilafat pula, pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam

Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India

membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem

Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British.

Yang terakhir sekali ialah Gerakan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha

9

Page 10: kebangkitan semangat nasionalisme

Kamal Attaturk yang bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda

menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai

Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi

mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan

Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam

dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah

seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut

menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda.

Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda,

iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki

dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan

Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang

ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum

Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di

Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun

1938 untuk bergiat dalam politik.

Faktor luaran yang ketiga ialah pengaruh dari Jepun.Sejak tahun 1868,

Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji

seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun

10

Page 11: kebangkitan semangat nasionalisme

mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya meniru teknologi

Barat, sekaligus membuktikan rakyat Asia bijak. Perkara ini telah mewujudkan Ilham

dan keazaman dalam jiwa rakyat Asia. Antara kemenangan Jepun terbesar ialah apabila

dapat mengalahkan Eropah. Kesan daripada kemenangan ini, orang Asia dan Melayu

mulai sedar akan kepentingan pelajaran, teknologi dan perpaduan. Faktor-faktor inilah

yang menjadikanr akyat kuat menentang penjajah. Dalam masa yang sama, ianya juga

memberi kesan kepada pemikiran tokoh-tokoh awal Tanah Melayu.Dalam peperangan

yang berlaku di antara Rusia dengan Jepun (1904-1905) menyaksikan Jepun

telah memperolehi kemenangan. Kejayaan ini telah memberi ilham dan

kesedaran kepada orang Asia termasuk orang melayu bahawa barat tidaklah

sekuat seperti yang digeruni oleh mereka. Perang tersebut telah membuktikan

bahawa, sesebuah negara tidak mengira saiznya, boleh menjadi kuat seperti

Jepun melalui kemajuan teknologi dan pendidikan.

Pada tahun 1907, seorang tokoh bernama Abdullah Abdul Rahman telah

menghasilkan karya berjudul 'Mataharai Memancar' (The Rising Sun) yang

menceritakan sejarah Jepun. Karya ini telah dialihbahasakan oleh beliau

daripada karya Mustafa Kamal dari Turki yang asalnya daripada bahasa arab.

Menurut Za'ba, karya ini telah berjaya merangsang pembaca serta menimbulkan

perasaan bangga dan harapan untuk membawa pembaharuan di timur dan ini

termasuklah kepada pembaca melayu. Masyarakat melayu mula percaya

bahawa dengan adanya teknologi dan pendidikan, mereka juga boleh

menghalau keluar orang British dari Tanah Melayu. Hakikat ini telah disedari oleh

11

Page 12: kebangkitan semangat nasionalisme

golongan terpelajar di Tanah Melayu. Di antara mereka ialah Syed Sheikh al-

Hadi yang mula menggalakkan orang melayu memajukan diri mereka dalam

aspek ekonomi dan sosial, melalui ajaran Islam. Perkembangan di Jepun

mengalahkan kuasa Rusia telah membawa kesedaran dan keyakinan bahawa

orang melayu juga boleh mempertahankan kepentingan mereka daripada terus

di tindas oleh pihak British. Selain itu, turut timbulnya Gerakan Kesedaran

Kebangsaan China. Pada tahun 1911 berlaku Revolusi China yang dipimpin oleh Dr.

Sun Yat Sen. Beliau telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu dan menubuhkan

sebuah negara republik China. Keadaan ini membangkitkan kesedaran rakyat Tanah

Melayu untuk menentang British.

Faktor luaran yang keempat pula merupakan pengaruh dari Indonesia.

Gerakan kemerdekaan rakyat Indonesia menentang pemerintahan Belanda telah

memberi semangat kepada golongan melayu yang inginkan pembebasan

daripada penjajahan British. Beberapa parti politik telah ditubuhkan ditubuhkan di

Indonesia. Antaranya ialah Sarekat Islam. Sarekat Dagang Islam diasaskan

oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang Islam

ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik

yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar

Said Tjokroaminoto dan Agus Salim.

12

Page 13: kebangkitan semangat nasionalisme

Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia

supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor

ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam

di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap

British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh

Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah

hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan

Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah

Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama

dari Sumatera.

Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed

Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi

mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang di

akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar

Sinaran Zaman di Sumatera. Parti politik yang kedua pula ialah Parti Komunis

Indonesia (PKI). PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada

tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran

komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan

Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil.

Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana

mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat

13

Page 14: kebangkitan semangat nasionalisme

mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.

Yang terakhir sekali ialah   Parti Nasional Indonesia (PNI). PNI diasaskan oleh

Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesia

memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan sosial dan

kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkan

dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah

diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi.

PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan

kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar

dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka

berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu.

Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk

melepaskan diri daripada kuasa penjajah.

Faktor kelima adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan Filipina. Jose

Rizal memimpin perjuangan rakyat Filipina menentang penjajahan Sepanyol.

Beliau telah menubuhkan Liga Filipina untuk memajukan orang Filipina dan

menuntut Sepanyol memberi layanan adil kepada rakyat. Melaului gerakan ini

juga telah member kesedaran kepada openduduk di Tanah Melayu untuk bangkit

dari terus dikuasai oleh kuasa asing.

14

Page 15: kebangkitan semangat nasionalisme

Faktor terakhir adalah Gerakan Kesedaran Kebangsaan India. Gerakan ini

dipimpin oleh Mahatma Gandhi. Tujuan gerakan ini adalah untuk membebaskan

India daripada penjajahan British. Penduduk di Tanah Melayu juga turut

mempunyai keinginan yang sama iaitu ingin membebaskan diri daripada

penjajahan Brirish. Dengan itu, gerakan ini telah memberi semangat serta

kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu untuk terus bangun dari penindasan

yang berleluasa di Negara sendiri.

Kesimpulannya, peranan pengaruh luar merupakan faktor penting

kebangkitan nasionalisme Melayu. Akibatnya, timbul persatuan Melayu pada

tahap-tahap berlainan. Kemudiannya, Kongres Melayu Se Malaya diadakan

pada 9 Ogos 1939 bertujuan memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu.

Antara lain ialah usaha persatuan-persatuan Melayu merintis jalan penubuhan

UMNO pada tahun 1946.

15

Page 16: kebangkitan semangat nasionalisme

2.2 Faktor Dalaman

Faktor-faktor dalaman merupakan peristiwa-peristiwa yang tercetus di

Tanah Melayu dan memberi pengaruh yang sangat besar dalam membangkitkan

dan menyemarakkan semangat nsionalisme orang Melayu. Antara faktor

dalaman ialah agama. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20,

masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak

puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai

sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya

masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang

demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa

perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi

mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-

kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk

memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.

Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk

memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20.

Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkan

peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakat

Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke

Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang

16

Page 17: kebangkitan semangat nasionalisme

mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan

ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini

hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan

terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini

menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan

gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal

abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-

Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari

Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad

al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali.

Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada

awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-

negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam

baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan

khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat

tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan

ortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga

memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh

revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan

penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi

perkembangan pesat.

17

Page 18: kebangkitan semangat nasionalisme

Faktor kesedaran orang melayu tentang kemunduran mereka juga turut

menjadi punca dalaman kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Orang

melayu menjadi penduduk pribumi tetapi masih tertinggal jauh dalam bidang

ekonomi dan sosial. Walaupun ekonomi Tanah Melayu yang berasaskan getah

dan bijih timah berkembang pesat, tetapi orang mealyu tersisih daripada

kegiatan ekonomi komersial tersebut. Kegiatan ekonomi kapitalis dikuasai oleh

orang Cina dan pedagang-pedagang Eropah. Banyak ladang getah dan lombong

bjih timah dimiliki dan diusahakan oleh orang Eropah. Manakala orang cina pula

menguasai sektor ekonomi di kawasan Bandar seperti menjadi peniaga.

Keadaan ini mula disedari oleh peniaga-peniaga keturunan arab yang

tinggal di Negeri-Negeri Selat terutamanya Singapura. Dalam bidang pendidikan

pula, orang Melayu tertinggal jauh kerana system pendidikan melayu tidak

mempunyai nilai untuk meningkatkan taraf dan kedudukan orang melayu dalam

bidang ekonomi. Orang melayu mula sedar bahawa mereka perlu

mempertahankan hak mereka di Tanah Air sendiri apabila orang cina Peranakan

di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mendesak supaya

diberi hak yang sama dengan Melayu daripada kerajaan British. Orang Melayu

sedar permintaan orang Cina tersebut akan menggugat kedudukan mereka

sebagai penduduk pribumi. Situasi ini telah menyemarakkan semangat

18

Page 19: kebangkitan semangat nasionalisme

nasionalisme orang melayu untuk mempertahankan kedudukan mereka di Tanah

Melayu.  

Selain itu, rakyat juga menderita di negara sendiri akibat dijajah bangsa

asing. Kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan

seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang

Melayu bangun dan mewujudkan organisasi anti-Jepun. Maka wujudlah askar-

askar wataniah dan Force 136. Mereka akhirnya menjadi tulang belakang

kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Selain itu,

pemimpin organisasi ini juga telah menjadi orang-orang terpenting dalam

menegakkan nasionalisme Melayu seperti Kapten Hussin Onn. Penipuan dan

tingkah laku pemimpin Jepun dalam dolak dalik mereka untuk memberikan

kemerdekaan kepada Tanah Melayu merupakan satu seksaan batin kepada

pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Dalam hal ini, ia semakin

menebalkan rasa benci dan meningkatkan kadar nasionalisme Melayu. Mereka

akhirnya memberikan kerjasama kepada organisasi-organisasi anti-Jepun

dengan membekalkan maklumat agar dapar mempertingkatkan keberkesanan

penentangan mereka. Selain itu, PETA boleh dikatakan menjadi duri dalam

daging kepada pentadbiran tentera Jepun.

19

Page 20: kebangkitan semangat nasionalisme

Antara lain, dasar penjajahan Barat juga telah menimbulkan semangat

nasionalisme ke dalam jiwa penduduk Tanah melayu. Ketika penaklukan British

ke atas Tanah Melayu, Pihak British telah berpuas hati dengan kaedah

pengukuhan kuasa, pengaruh dan kedudukan ekonomi mereka di tanah melayu.

Pihak british kemudian telah memulakan proses menginstitusikan berbagai

bidang kerajaan yang merangkumi hampir semua aspek kehidupan politik,

ekonomi dan sosial. Usaha mencapai tujuan ini paling pesat dilakukan di negeri-

negeri melayu bersekutu.

Akibat daripada keadaan ini, institusi melayu tradisional dan elit melayu

tradisional mendapati diri mereka terpaksa mengambil peranan yang semakin

kecil dan hal ehwal kerajaan dan pentadbiran. Tambahan pula, pihak British

telah mula membawa masuk imigran cina dan india secara besar-besaran untuk

mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi yang masih belum diterokai oleh

masyarakat melayu dengan sepenuhnya. Keadaan menjadi lebih buruk

menjelang tahun 1921, dimana daripada jumlah 1320000 orang penduduk

negeri-negeri melayu bersekutu, 511000 adalah orang melayu, 495000 orang

cina dan 305000 orang india. Keadaan ini menyebabkan kaum pendatang mula

menguasai ekonomi di tanah melayu. Kaum melayu mulai sedar yang mereka

telah ketinggalan dalam pembangunan ekonomi dan sosial di mana orang bukan

melayu menjadi peserta yang kuat. Langkah-langkah yang di ambil oleh pihak

british ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang melayu,

20

Page 21: kebangkitan semangat nasionalisme

kerana mereka sedar hak mereka sebagai rakyat pribumi sedikit demi sedikit

diambil alih oleh pihak pendatang dan kaum penjajah.

 

Faktor keempat ialah Bahasa dan kesusasteraan . Melalui faktor bahasa

dan kesusasteraan ini,tulisan Jawi telah diperkenalkan sebagai tulisan rasmi

Bahasa Melayu . Pengaruh Arab turut wujud hasil dari peranan golongan agama

dan bagi menggantikan penggunaaan tulisan rumi yang diperkenalkan penjajah.

Ini sebenarnya membayangkan kelunturan budaya Melayu dalam negara sendiri.

Antara lain ialah kewujudan sasterawan yang dilahirkan oleh sekolah-sekolah

Melayu dan MPSI. Dalam pada itu. bahasa Melayu sebenarnya semakin hilang

peranan dalam sistem pendidikan Inggeris dan Jepun. Ini dapat memperlihatkan

hilangnya kewibawaan dan pertuanan Melayu.Bahasa Melayu hanya digunakan

dalam Sekolah Melayu.

Jika dapat kita perhatikan, perbahasan dalam MMN dan MMP

menggunakan Bahasa Inggeris. Perkara ini pernah dibantah oleh Raja Chulan

akan kepinggiran Bahasa Melayu dalam bahasa undang-undang dan juga

penggunaannya dalam MMN dan MMP kerana wakil Melayu tiidak faham apakah

yang dibahaskan. Semua ini telah menyedarkan orang Melayu akan kepinggiran

bangsa dan bahasa Melayu. Jadi, gelanggang bagi orang Melayu melahirkan

ketidakpuasan melalui adalah karya sastera. Secara tidak langsung, dapat

memperkukuhkan perjuangan orang Melayu dalam meletakkan taraf bahasa

21

Page 22: kebangkitan semangat nasionalisme

Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara selepas

merdeka. Dalam puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu

keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan

jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga

puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun

Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang

menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940)

yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban.

Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat

kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi

(1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur

oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad

yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat

cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat

Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang

mencapai kemajuan.Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai

masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan

kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialah Cerita Awang Putat

oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak

Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada

Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang oleh

Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang

22

Page 23: kebangkitan semangat nasionalisme

penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan

mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.

Antara kejayaan orang Melayu dalam bidang sastera pasa masa itu ialah

melahirkan para pejuang sastera dalam Asas 50 dan Asas 66. Penubuhan

persatuan yang memperjuangkan bahasa seperti PASPAM (berjuang bagi

menjadikan dan memperkasakan Bahasa Melayu seperti sebelum penjajahan )

turut diwujudkan. Antara kejayaan lain adalah penubuhan Dewan Bahasa dan

Pustaka yang berperanan sebagai pembina dan pengembang bahasa Melayu

dan alat penyatuan bangsa. Ini dapat menyumbang ke arah pembentukan

bangsa Melayu melalui penggunaan Bahasa Melayu . Dengan itu, Melayu tidak

lagi berpecah dan dikenali dengan keturunan seperti Jawa, Banjar, Bugis dan

lain-lain.

Faktor keempat ialah system pendidikan.Terdapat sekolah-sekolah

pondok, madrasah, sekolah-sekolah melayu dan sekolah inggeris yang

disediakan bagi orang melayu. Sekolah-sekolah melayu telah mula dibuka di

kawasan-kawasan barat dan selatan tanah melayu sejak tahun 1880-an lagi.

Pada dasarnya, tujuan british bukanlah untuk melahirkan golongan cerdik pandai

dikalangan orang melayu. Mereka hanya ingin melihat anak-anak orang melayu

menjadi lebih pandai sedikit daripada ibubapa mereka. Yang belajar di sekolah

23

Page 24: kebangkitan semangat nasionalisme

Inggeris pula ialah anak-anak golongan bangsawan yang ingin dijadikan oleh

orang British sebagai pegawai dan pentadbir bawahan sahaja. Oleh kerana

penyediaan sekolah-sekolah melayu oleh orang inggeris ini bukan satu yang

ikhlas, maka tidak terdapat buku-buku teks dan kurikulum yang sesuai. Maka

surat khabar melayu telah digunakan sebagai bahan pengajaran, umpamanya

'jawi peranakan', 'khizanah al-ilmu' dan taman pengetahuan. R. J. Wilkonson

selaku penyelia sekolah-sekolah (1877-1895) mendapati bahawa surat khabar

melayu bersama pendidikan secara amnya, telah menyumbngkan terhadap

kemajuan intelek dan material orang melayu. Pendedahan kepada dunia luar

melalui surat khabar, telah membuka mata orang melayu, terutamanya

generesai muda terhadap isu-isu yang mempengaruhi orang melayu.

Di samping itu, pendidikan agama yang dijalankan di sekolah-sekolah

pondok dan madrasah telah mendapat sambutan hebat penduduk tempatan.

Melalui sistem pendidikan ini, mereka dapat mempertahankan nilai-nilai

keislaman semasa kemasukan kuasa british dan kemasukan kaum imigran.

Namun demikian sekolah-sekolah seumpama ini kurang memainkan peranan

untuk menanan semangat kebangsaan pada tahap-tahap awal. Walau

bagaimanapun, menjelang tahun 1900, bila islam memasuki era reformasi, maka

barulah sekolah-sekolah pondok dan madrasah telah membuka minda kaum

melayu terhadap masalah-masalah politik yang dihadapi oleh mereka di tanah

melayu. Sukatan dan dasar yang tidak selaras membangkitkan rasa tidak puas

hati orang Melayu terhadap layanan Inggeris.Kesimpulannya, perkembangan

24

Page 25: kebangkitan semangat nasionalisme

pendidikan, terutamanya pendidikan melayu telah memainkan peranan penting

dalam kesedaran kebangsaan di kalangan orang melayu.

Selain itu, kemunculan golongan intelektual juga antara faktor dalaman

kebangkitan semangat nasionalisme. Mereka terpengaruh dengan idea-idea dan

falsafah politik demokrasi, liberalisme, sistem parlimen, perlembagaan dan

nasionalisme. Sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan

peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika

dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang

sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam

bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan

meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek

akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu

pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan

pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan

intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat

dan kesedaran nasionalisme .

Antara golongan terpelajar seperti Raja Chulan, Eunos Abdullah dan Dato’

Onn Jaafar. Dato Onn Jaafar dapat menyatukan persatuan-persatuan Melayu

dan menubuhkan UMNO bagi menentang Malayan Union. Beliau berjuang

melalui akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu dengan membuat bidasan

dan kritikan serta mengadakan rapat umum. Ibrahim Yaakub pula adalah

25

Page 26: kebangkitan semangat nasionalisme

pejuang MPSI yang telah menubuhkan Ikatan Pemuda Semenanjung bagi

mencetuskan ketidakpuasan hati layanan Inggeris terhadap soiso ekonomi orang

Melayu terutama dalam bidang pendidikan. Ahmad Boestaman adalah pejuang

KMM yang mencetuskan idea merdeka pada tahun 1939, tetapi tidak menerima

sambutan. Beliau memperjuangkan ketuanan Melayu dan perkembangan sosio

ekonomi serta politik Melayu.

Selain itu Dr. Buhanudin Al-Helmi juga antara golongan intelektual dan

merupakan pemimpin PKMM yang tidak sehaluan dengan Inggeris dan mencari

kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di

Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di

Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah

agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di

Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor.

Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan

di Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan

kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha

bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar.

Raja Chulan (Raja Dihilir) merupakan ahli Majlis Pusat dan beliau

perjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Beliau juga mengenengahkan

isu kepinggiran Bahasa Melayu. Di samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar

dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertanggungjawab dalam

26

Page 27: kebangkitan semangat nasionalisme

membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-guru dari

MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka

berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru

orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka.  Graduan MPSI

menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 bagi menggalakkan

pertumbuhan sastera dan membangkitkan semangat nasionalisme .

Seterusnya, perkembangan media massa turut memainkan peranan yang

penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Idea nasionalisme lahir

melalui surat khabar, majalah, novel dan rencana. Surat khabar digunakan

sebagai medan untuk menyedarkan masyarakat melayu terhadap keadaan

mereka di tanah air mereka sendiri. Satu daripada bahan bacaan terawal ialah

'pengetahuan bahasa', hasil karya raja Ali Haji yang disusun pada tahun 1858.

Karya ini membicarakan budaya melayu yang kian berubah akibat pengaruh

british dan imigran cina, disamping itu karya ini juga memperihatkan peri

pentingnya bahasa melayu dalam budaya masyarakat melayu seagai alat

menyatukan kaum melayu melalui satu identiti bahasa.Sebagai contoh, pada 23

Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan

oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir

Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad

Taha. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-

Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh.

27

Page 28: kebangkitan semangat nasionalisme

Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan.

Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula

ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi

lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta

berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut

menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas,

terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan

sebagainya. Selain itu, kemunculan alat pencetak telah mencetuskan kesedaran

kebangsaan melalui penertbitan akbar, majalah & novel. Dalam masa yang

sama, muncul golongan wartawan yang komited dan sedar akan nasib

bangsanya. Golongan wartawan telah membangkitkan isu-isu kemunduran

masyarakat Melayu dalam semua aspek seperti sosial, pendidikan, ekonomi dan

politik.

Faktor terakhir adalah perkembangan sistem perhubungan. Sistem

perhubungan yang telah dimajukan oleh pihak British adalah demi kepentingan

ekonomi mereka. Walau bagaimanapun ianya telah membantu menyelesaikan

halangan geografi di kalangan masyarakat melayu. Umpamanya, pada tahun

1910, terdapat lebih daripada 2400km jalanraya terturap. Sistem perhubungan ini

dapat membantu merentasi sikap kekampungan, kedaerahan dan kenegerian.

Masyarakat melayu tidak kira dari daerah atau negeri yang berlainan dapat

berhubung di antara satu sama lain. Keadaan ini secara tidak langsung dapat

menyatupadukan penduduk melayu, yang seterusnya mewujudkan identiti

28

Page 29: kebangkitan semangat nasionalisme

kebangsaan. Idea dan pemikiran pemimpin-pemimpin melayu yang

berjiwa kebangsaan tersebar dengan pantas kepada masyarakat di kawasan

perkampungan, melalui sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi.

Kesimpulannya, faktor-faktor dalaman ini mempunyai peranan yang

tersendiri dalam membangkitkan semangat nasionalisme penduduk Tanah

Melayu. Cntohnya ialah agama, system pendidikan, kesedaran tentang

kemunduran orang melayu, bahasa dan kesusasteraan serta perkembangan

media massa, Jadi faktor-faktor inilah antara yang banyak membantu kearah

proses kemerdekaan rakyat.

29

Page 30: kebangkitan semangat nasionalisme

3.0 ASAS PERJUANGAN DAN PERANAN YANG DIMAINKAN

3.1 Asas Perjuangan dan Peranan Majalah

Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3

golongan elit yang mahu membawa perubahan kepada masyarakat melayu, ke

arah yang lebih baik. Kumpulan yang pertama ialah golongan reformis Islam

berpendidikan Arab yang ingin mengetengahkan islam sebagai jalan memajukan

keadaan orang melayu. Golongan ini dipengaruhi oleh reformasi islam yang

berlaku di timur tengah. Kumpulan kedua ialah golongan inteligensia

berpendidikan Melayu, yang cuba menentang penjajahan dengan cara yang

lebih radikal. Kebanyakan mereka terdiri daripada guru dan wartawan. Kumpulan

elit melayu yang ketiga ialah golongan birokrasi berpendidikan, mereka terdiri

daripada kelompok pentadbir dan pegawai am dari kalangan bangsawan melayu.

Perkembangan nasionalisme boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu

Tahap Pertama dan Tahap Kedua.Tahap Pertama lebih kepada penentangan

masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat & tidak berorganisasi.Faktor-

faktor yang diketengahkan ialah isu-isu kebudayaan, agama, & hak

peribumi.Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat & Asia

Barat dan lebih menekankan kesedaran politik. Orang Melayu menuntut hak-hak

mereka dikembalikan & taraf hidup mereka dibaiki. Namun pada tahap ini,

mereka tidak meminta kemerdekaan.

30

Page 31: kebangkitan semangat nasionalisme

Bagi Tahap Kedua pula,Gerakan nasionalisme yang lebih radikal &

berorganisasi. Ini kerana kegagalan dalam sifatnya yang serdehana dalam tahap

pertama. Tahap ini dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta

berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan & ilmu pengetahuan Barat

supaya menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta kesannya

terhadap bangsa & negara. Matlamat mereka ialah menuntut kemerdekaan &

membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

Terdapat empat motif bagi menggerakkan semangat nasionalisme.

Pertama ialah menentang dan cuba manghalau keluar pihak penjajah yang

dianggap membawa masuk unsur yang mengancam struktur politik dan identiti

budaya pribumi. Kedua ialah mewujudkan perpaduan di kalangan penduduk

pribumi. Ketiga ialah mengembalikan tamadun lama dan yang terakhir ialah

menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Selain daripada asas

perjuangan yang diterangkan di atas, majalah turut memainkan peranan yang

penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Hakikatnya , majalah lebih

memfokuskan persoalan untuk memajukan bangsa melalui rencana dan

puisi..Antara lain,ianya turut menyentuh isu-isu kemajuan bangsa dalam semua

aspek. Antara majalah yang diterbitkan ialah Majalah Guru,Pengasuh dan Bulan

Melayu. Dalam majalah guru yang telah dikarang oleh Muhammad Dato’ Muda

Linggi, Yusuf Ahmad dan Mohd Sidin Rashid, isu pendidikan anak-anak melayu

dan membaiki taraf hidup orang melayu telah dibangkitkan. Semangat cinta

akan Negara dan menentang penjajahan telah ditiupkan ke dalam jiwa orang

31

Page 32: kebangkitan semangat nasionalisme

melayu. Majalah ini turut mewujudkan perpaduan dalam kalangan guru sebagai

pemimpin untuk memartabatkan bahasa . Secara tidak langsung majalah ini

dapat memajukan bahasa dan sastera melayu. Majalah pengasuh yang dikarang

oleh Dato’ Nik Mohamad pula telah membangkitkan isu seperti memperluas ilmu

dalam semua bidang dan menggesa orang melayu menjauhi sifat buruk. Majalah

ini turut membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan

ummah serta memberikan penafsiran kepada persoalan orang islam . Antara lain

ialah menggalakkan pendidikan di kalangan orang melayu.

Sebaliknya, Bulan Melayu yang dikarang oleh Zainon Sulaiman telah

membangkitkan isu tentang mendorong wanita menjaga kesopanan dengan

nilai-nilai islam dan budaya timur dan menggalakkan wanita menjadi obor untuk

memajukan bangsa. Secara tidak langsung dapat menggalakkan golongan

wanita mendapat pendidikan tinggi unutk kemajuan diri. Majalah ini juga

menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor . Novel

juga turut memainkan peranan yang hampir sama dengan majalah. Sebagai

contoh ialah novel Keris Melaka. Isu yang dibangkitkan ialah isu menanam

semangat perjuangan menentang penjajah dan menggunakan sejarah sebagai

inspirasi perjuangan. Bagi novel Anak Mat Lela Gila pula lebih kepada

menghargai warisan bangsa. Berlainan dengan novel Melor Kuala Lumpur,novel

ini mengisarkan tentang kebanggaan dengan pencapaian dan kebolehan sendiri.

Bagi novel Putera Gunung Tahan, ianya mengisahkan emansipasi wanita.

32

Page 33: kebangkitan semangat nasionalisme

Kesimpulannya, asas perjuangan adalah titik tolak kebangkitan rakyat

dalam melalui proses mencapai kemerdekaan. Bermula dari asas perjuangan

inilah mereka semakin bersemangat untuk terus bangun tanpa menoleh ke

belakang. Dengan dibantu oleh peranan yang dimainkan oleh majalah, rakyat

menjadi semakin kuat dan saling bantu-membantu dalam usaha murni untuk

keluar dari kepompong penjajah asing.

33

Page 34: kebangkitan semangat nasionalisme

3.2 Peranan Akhbar

Akhbar memainkan peranan penting dalam kebangkitan nasionalisme.

Penulis akhbar di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British

yang menekan orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik

telah dibangkitkan di dalam akhbar. Isu-isu yang dibangkitkan ialah memajukan

pendidikan orang melayu dan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa

rasmi dalam urusan British. Dari segi ekonomi,mereka meminta supaya British

mengurangkan kadar kemasukan orang dagang. Dari segi politik,mereka

menyeru orang melayu bersatu dan mengkritik British kerana mengurangkan

kuasa raja-raja melayu. Antara lain,turut terdapat tulisan Zaaba di dalam Al-

Imam dan Mohd. Eunos Abdullah, yang menjadi penyunting Utusan Melayu versi

sisipan akhbar Inggeris ‘Free Press’. Tulisan-tulisan itu membawa aliran

menyeru orang Melayu supaya bersatu dan membina jati diri masing-masing.

Aliran itu cepat meninggalkan kesan di hati umat Melayu yang sebelumnya

terlowong kosong.

Utusan Melayu versi sisipan itu misalnya, dengan cepat menjadi bahan

bacaan di kedai-kedai kopi, dan ianya dibaca dengan kuat. Tujuannya tentulah

supaya isi yang dibaca itu dapat dikongsi oleh semua Melayu lain yang

mendengarnya. Aliran kesedaran itu bertapak semakin kukuh pada sekitar tahun

1930-an. Banyak tulisan-tulisan Ibrahim Yaakob menyebut bahawa pada dekad

itulah orang Melayu mula sedar akan ancaman yang dibawa oleh pendatang-

34

Page 35: kebangkitan semangat nasionalisme

pendatang asing terhadap hak mereka. Pada waktu itu jugalah perasaan

membenci pada orang asing mula bertunas. Hasil daripada kesedaran itu

muncullah seorang demi seorang nasionalis Melayu, yang kebanyakannya terdiri

daripada kalangan ulama dan mereka yang terlibat dalam bidang persuratan dan

persuratkhabaran. Melalui nasionalis-nasionalis awal ini semangat kebangsaan

mula tersebar. Melalui mereka Melayu mula sedar bahawa mereka berada di

suatu garisan yang menuntut kebangkitan segera. Waktu itu mereka seakan

tidak mempunyai pilihan lagi selain daripada bangun berdiri atau terus lena dan

dipijak lumat. Seruan-seruan yang mengajak Melayu bersatu muncul dengan

banyaknya.

Pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura.

Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh

al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji

Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan menyampaikan

pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat

di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan

menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi.

Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya

diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan

dan Pengasoh. Al-Ikhwan diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi

sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar

menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al-

35

Page 36: kebangkitan semangat nasionalisme

Imam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja

dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa

rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan

sejarah Islam.

Saudara pula mula diterbitkan pada tahun 1928. Tokoh utama akhbar ini

ialah Syed Syeikh al-Hadi juga. Akhbar ini meneruskan seruan menyeru rakyat

memajukan diri. Majlis mula diterbitkan pada tahun 1935 dan tokoh utama

akhbar ini ialah Abdul Rahim Kajai. Akhbar ini merupakan akhbar kebangsaan

yang pertama dan kandungan akhbar ini ditujukan kepada desakan kepada

Inggeris melindungi hak orang Melayu. Warta Malaya iaitu sebuah akhbar yang

memberi kesedaran kepada orang Melayu untuk maju dan ia mengecam dasar-

dasar Inggeris yang tidak memberi perhatian kepada kehidupan orang Melayu.

Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan.

Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula

ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi

lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta

berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut

menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain itu, Warta Sarawak merupakan

lambang kesedaran dan kebangkitan semangat kebangsaan masyarakat Melayu

di Sarawak . Antara lain akhbar ini mendesak kerajaan supaya meningkatkan

36

Page 37: kebangkitan semangat nasionalisme

taraf pendidikan orang Melayu dan menyeru kepada orang Melayu supaya tidak

menjual tanah dan bergiat dalam bidang perniagaan.Selain akhbar yang disebut,

terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak

Lembaga Malaya,Majlis dan sebagainya. Syarikat-syarikat akhbar bagi

menyebarkan berita dalam bahasa Melayu juga ditubuhkan. Contohnya ialah

Jawi Standard , Cahaya Pulau Pinang dan Tanjong Penegeri yang diterbitkan

pada 1900 di Pulau Pinang. Bagi Jawi Peranakan pada tahun 1876 ialah

Nujumu’l Fajar, Shamsu’l Kamar, Sekolah Melayu, Bintang Timor, Warta Melayu

di Singapura, Seri Perak dan Jajahan Melayu di Perak, Khizanah Ilmu dan

Taman Pengetahuan

Terdapat juga akhbar Orang Cina. Orang Cina terbitkan akhbar sebelum

Perang Dunia II. Antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang Siang Pau, Sin Chew Jit

Poh dan Modern Daily News. Pada tahun 1881 akhbar Lat Pau telah diterbitkan.

Ianya melaporkan tentang kegiatan sosial dan ekonomi orang Cina di Tanah

Melayu. Ianya juga menyiarkan peristiwa yang berlaku di negara China. Terdapat

juga akhbar berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh masyarakat Cina

Peranakan (Baba dan Nyonya). Antaranya akhbar Surat Khabar Peranakan,

Bintang Timor, Khabar Uchapan Baru dan Bintang Pra Pranakan. Pada tahun

1884 akhbar Bintang Timor diterbitkan dan merupakan satu-satunya akhbar

berbahasa Melayu yang berani melaporkan berita pemberontakan Dato’

Bahaman di Pahang.

37

Page 38: kebangkitan semangat nasionalisme

Pada tahun 1930 diterbitkan akhbar Bintang Peranakan yang

membicarakan hal ehwal masyarakat Cina peranakan yang menunjukkan taat

setia kepada British sebagai pemerintah Tanah Melayu. Turut tidak ketinggalan

ialah Akhbar Orang India . Akhbar yang diterbitkan ialah akhbar Ulaga Nesan,

Tamil Nesan dan Tamil Murasa. Pada 24 September 1924 akhbar Tamil Nesan

diterbitkan di Kuala Lumpur. Ianya melaporkan berita tentang kegiatan sosial

dan ekonomi orang India di Tanah Melayu dan juga peristiwa yang berlaku di

negara India. Terdapat juga akhbar berbahasa Melayu diterbitkan oleh

masyarakat Jawi Peranakan. Antaranya ialah Jawi Peranakan, Sekola Melayu,

Taman Pengetahuan dan Tanjung Penagri. Pada tahun 1888 akhbar Sekolah

Melayu diterbitkan dan dijadikan bahan rujukan di sekolah Melayu.

Kesimpulannya, akhbar memegang peranannya tersendiri dalam

membangkitkan semangat nasionalisme rakyat di Tanah Melayu. Penulis akhbar

di tanah melayu pada masa itu telah mengkritik dasar British yang menekan

orang melayu. Persoalan tentang pendidikan,ekonomi dan politik telah

dibangkitkan di dalam akhbar. Oleh itu, kebijaksanaan rakyat pada masa dahulu

dengan menggunakan akhbar sebagai sumber untuk membangkitkan semangat

nasionalisme haruslah dikagumi dan dihargai.

38

Page 39: kebangkitan semangat nasionalisme

3.3 Peranan Badan-Badan dan Kesatuan

Persatuan- persatuan yang dibentuk oleh orang melayu bermula pada

abad ke-20. Ianya banyak membincangkan persoalan

ekonomi,pendidikan,bahasa sastera,perpaduan,dan pembelaan politik. Antara

persatuan yang aktif ialah Kesatuan Melayu Singapura (KMS), PASPAM,

Persatuan Negeri, KMM, dan Kongres Melayu. Di Singapura usaha-usaha untuk

membela nasib orang Melayu telah diperjuangkan oleh Mohammad Eunos

Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926,

mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang dianggotai

oleh golongan bangsawan, kakitangan kerajaan, wartawan dan peniaga . KMS

memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam semua

bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu

yang sedikit bilangannya dilindungi.

Matlamat utama kesatuan ini ialah untuk menggalakkan orang Melayu

melibatkan diri dalam pemerintahan.Ia juga sebagai perantaraan antara orang

Melayu dengan penjajah Inggeris. Antara lain ialah menggalakkan orang Melayu

menumpukan perhatian terhadap negeri dan hak-hak mereka serta memajukan

orang Melayu dalam bidang siasah (politik) dan pelajaran. Ianya juga dapat

menggalakkan orang Melayu mendapat pelajaran tinggi dan ilmu pengetahuan

dalam pelbagai bidang. Selain itu, turut menjadi perantaraan bagi orang Melayu

39

Page 40: kebangkitan semangat nasionalisme

menyuarakan kehendak mereka kepada Kerajaan Negeri-negeri Selat dan

menjaga kepentingan orang Melayu di Singapura. KMS menggesa orang Melayu

bersatu-padu dan bekerjasama demi kepentingan orang Melayu. KMS berjaya

mendesak Kerajaan Selat memberikan sebuah kawasan untuk orang Melayu.

Tanah kawasan itu seluas 251 hektar. Kawasan itu telah didirikan Kampung

Melayu. Selain itu, KMS juga mendesak Kerajaan Negeri Selat menubuhkan

Sekolah Pertukangan bagi orang Melayu pada tahun 1929. Kejayaan KMS di

Singapura adalah besar sehingga cawangan-cawangannya ditubuhkan di Pulau

Pinang dan Melaka dalam tahun 1937. Keseluruhannya, penubuhan KMS telah

memberi ilham kepada beberapa orang Melayu untuk memperjuangkan

kebebasan dan kepentingan orang Melayu.Bagi Kesatuan Melayu Singapura,

Eunos tentulah merupakan presiden pertubuhan politik Melayu yang pertama

juga.

Bagaimanapun peranan Eunos dalam meniupkan semangat nasionalisme

tidaklah begitu ketara kerana oleh banyak kalangan, dia dianggap Melayu yang

taat pada Inggeris. Apa juga yang tersirat di sebalik usaha menubuhkan

Kesatuan Melayu Singapura, ia tetap merupakan langkah yang baik ke arah

penyatuan Melayu. Dan langkah itu meninggalkan kesan ke atas perjuangan

Melayu. Walaubagaimanapun perjuangan golongan sederhana itu tidak

berasaskan kepada mana-mana pertubuhan politik. Kegiatan yang bersifat

sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah Inggeris. Kesan

perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila Gabenor

40

Page 41: kebangkitan semangat nasionalisme

Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu

Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap

menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.

Pada penggal kedua 1930-an muncul sebuah lagi organisasi tidak rasmi

yang menjadi tempat Melayu menghimpunkan suaranya. Persatuan Sahabat

Pena Malaya (PASPAM) telah ditubuhkan pada 7 April 1934. Dinamakan

Sahabat Pena, organisasi itu berjaya mengumpulkan belasan ribu ahli, yang

kebanyakannya terdiri daripada anak-anak Melayu dari Tanah Melayu,

Singapura, Sarawak dan Sabah yang menyedari akan pentingnya

mempertahankan hak. Ianya dikendalikan oleh akhbar Saudara yang

menyediakan ruangan untuk ahli-ahlinya menulis, berkenalan dan bertukar

pendapat antara satu sama lain bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.Secara

tidak langsung telah mengeratkan lagi perpaduan antara ahlinya. Kerana itulah

organisasi ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada ahlinya. PASPAM

Merupakan sebuah parti yang menjadi asas kepada kesedaran perpaduan. Pada

tahun 1939 Sahabat Pena dikatakan mempunyai ahli lebih 12,000 orang - jumlah

yang tidak boleh dipandang kecil jika diambilkira latar belakang komunikasi pada

waktu itu.

41

Page 42: kebangkitan semangat nasionalisme

Kesedaran Melayu untuk bangkit dan bersatu itu bukanlah kerana

pendidikan dan bukan kerana ilmu. Majoriti Melayu tidak berpeluang menimba

ilmu sehingga mampu mencetuskan kesedaran sedemikian di jiwa mereka.

PASPAM merupakan pertubuhan Melayu yang pertama meliputi seluruh Tanah

Melayu. Pertubuhan ini membolehkan kaum Melayu dari seluruh negara bertemu

dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum

Melayu. Sebagai satu cara untuk menegaskan kesedaran orang Melayu

terhadap bahasanya, persatuan ini menganjurkan cogan kata “Hidup Bahasa,

Hiduplah Bangsa”. Pada bulan November 1934, PASPAM telah mengadakan

persidangan kebangsaannya yang pertama di Taiping. Persidangan ini

merupakan mesyuarat pertama di peringkat kebangsaan yang diadakan di

kalangan orang Melayu. Sungguhpun tiada sebarang keputusan tetap diambil

dalam persidangan tersebut tetapi ia merupakan pendorong yang membawa

kepada pertambahan anggotanya.

Persidangan seterusnya diadakan di Pulau Pinang, Singapura, Ipoh

dan SerembanMenjelang bulan Mei 1935, PASPAM mempunyai keahlian lebih

daripada 1000 orang di seluruh Tanah Melayu dan ini meningkat kepada hampir

10000 orang ahli menjelang pertengahan tahun 1937 dan seterusnya meningkat

lagi menjadi 12000 orang. Pemimpin-pemimpin utama PASPAM ialah Syed Alwi,

S.M. Zainal Abidin, Syeikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun bin Mohammad

Hashim. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940 perpecahan telah berlaku

42

Page 43: kebangkitan semangat nasionalisme

di kalangan pemimpin PASPAM kerana kebanyakan mereka tidak puas hati

terhadap pemimpin pusat Pulau Pinang yang terdiri daripada mereka yang

berketurunan Arab dan India Islam. Namun demikian, PASPAM telah

memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme Melayu.

Selain itu, pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang

kepada pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat

lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji

Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab Teknik Kuala

Lumpur, Abdul Karim Rashid, Hassan Maran,dan Haji Othman bin

Abdullah,Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, serta Ahmad

Boestamam telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda. di Kuala Lumpur.

Kebanyakan pemimpin-pemimpin ini adalah bekas penuntut MPSI. KMM

merupakan pertubuhan Melayu bersifat politik yang pertama di Tanah Melayu

serta bersifat radikal kerana mengamalkan dasar tidak bekerjasama dan

menyuarakan pertentangan secara terbuka terhadap British.Tujuan Penubuhan

KMM ialah untuk menanamkan semangat perpaduan dan kesedaran di

kalangan orang Melayu serta mempertahankan hak.

Mereka juga berjuang membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan

British. Antara lain bercita-cita menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia

untuk mewujudkan Melayu Raya. Kebanyakan anggotanya terdiri daripada guru

43

Page 44: kebangkitan semangat nasionalisme

lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Mereka mengadakan pakatan

sulit dengan Jepun untuk menentang British. KMM menerbitkan akhbar-akhbar

seperti Warta Malaya, Majlis untuk membangkitkan perasaan anti British dan

memperjuangkan cita-cita KMM. serta menyebarkan dasar tidak bekerjasama

sebagai matlamat perjuangannya. KMM juga mendapat sambutan baik dari

bekas pelajar Melayu yang menjadi guru sekolah Melayu dan guru dan penuntut

sekolah agama dari Madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan dari Ilhaya

Assyariff di Gunung Semanggul, Perak selain mendapat sambutan baik bekas

penuntut MPSI. Hasil dari sokongan mereka, pergerakan KMM telah meluas dan

ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat Melayu.

Pada tahun 1940, beberapa cawangan KMM telah ditubuhkan di tiap-tiap

negeri. Di Selangor, ia dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di Perak oleh Raja

Shariman, di Pulau Pinang oleh Puteh Badri, di Kedah oleh Muhammad Arif, di

Negeri Sembilan oleh Jaafar Sidek, di Melaka oleh Muhammad Isa, di Muar oleh

Haji Abdul Hamid Fadzil, di Batu Pahat oleh Illias Karim, di Singapura oleh Ishak

Haji Muhammad, di Pahang oleh Muhammad Yassin Salleh, di Terengganu oleh

Ibrahim Fikri, di Kelantan oleh Abdul Kadir Adabi dan di Petani oleh Abdul

Rasihd.

44

Page 45: kebangkitan semangat nasionalisme

Pergerakan KMM yang bersifat anti penjajah dan tidak mahu bekerjasama

telah menimbulkan kebimbangan kepada pihak Inggeris. Pemerintahan Inggeris

bertambah curiga apabila melihatkan adanya hubungan rapat antara KMM

dengan pemimpin Indonesia terutama pemimpin komunis. KMM juga mendapat

bantahan daripada golongan yang berpendidikan Inggeris dan golongan

bawahan. Golongan berpendidikan Inggeris membantah KMM kerana KMM

bersikap anti birokrasi. Golongan bawahan membantah KMM pula disebabkan

mereka masih mengharapkan kepimpinan daripada sultan-sultan dan golongan

aristokrat yang dianggap sebagai pelindung masyarakat Melayu dan rakyat jelata

tidak tertarik dengan idea penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia. Ternyata

perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin

KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah

lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran

dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang.Oleh

sebab kegiatan KMM dianggap telah membahayakan kedudukan Inggeris, maka

pada 1941, kira-kira 150 anggota KMM telah ditangkap oleh British dan

dipenjarakan di Singapura. Antaranya ialah Ibrahim Yaacub, Ishak Haji

Muhammad, Hassan Manan, Idrus Hakim, Sutan Jenin dan Ahmad Boestmam

yang akhirnya di bebaskan semasa pemerintahan Jepun. Akhirnya pada tahun

1942 KMM diharamkan oleh Jepun

45

Page 46: kebangkitan semangat nasionalisme

Pada akhir tahun 1930-an banyak persatuan bersifat kenegerian

ditubuhkan seperti Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Pahang

(1938), Persatuan Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Negeri Sembilan

(1938), Persatuan Melayu Pulau Pinang (1937) dan Persatuan Melayu Kelantan

(1939). Lain-lain persatuan adalah seperti Persatuan Melayu Melaka (1937),

Persatuan Melayu Serawak (1939) dan Persatuan Melayu Johor (1939) . Tujuan

utama penubuhan persatuan-persatuan ini adalah untuk meningkatkan ekonomi

dan sosial orang Melayu. Persatuan-persatuan ini dianggotai oleh cerdik pandai

Melayu yang berpendidikan Inggeris dan berkhidmat dengan British manakala

perjuangan mereka bersifat sederhana. Mereka menunjukkan taat setia yang

kuat kepada Raja-Raja Melayu dan bekerjasama dengan British. Ini kerana

mereka dapat mendesak British memberi lebih banyak peluang kepada orang

Melayu dalam pentadbiran kerajaan. Untuk penjelasan yang lebih terperinci,

maklumat bagi setiap persatuan akan dihuraikan serba sedikit.

Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kuala

Lumpur. Pemimpin-pemimpin utamanya berasal daripada golongan pemerintah

yang kebanyakannya berpengetahuan Inggeris. Antaranya ialah Tengku Ismail

bin Tengku Mohammad Yassin, Raja Bon bin Raja Yahya, Raja Yaacob bin Raja

Alang dan Raja Uda bin Raja Mohammad. Pertubuhan ini bergerak sebagai

sebuah pertubuhan politik. Tujuan-tujuannya ialah untuk mendesak Kerajaan

Inggeris supaya menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dan memperbaiki taraf

46

Page 47: kebangkitan semangat nasionalisme

pendidikan,sosial dan kebajikan orang Melayu . Mereka meminta agar

memperuntukkan jawatan-jawatan penting seperti Pendaftar dan Penolong

Pendaftar Mahkamah tinggi untuk orang Melayu.Mereka turut mahu

memperluaskan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi bagi orang

Melayu.

Keanggotaan askar melayu juga mulai bertambah dan menubuhkan

angkatan laut dan udara Tanah Melayu. Persatuan ini juga telah membuat

beberapa bantahan dan permintaan terhadap Kerajaan Inggeris. Antaranya ialah

membantah cadangan Inggeris untuk menubuhkan sebuah universiti pada tahun

1938 kerana orang Melayu yang layak memasuki universiti masih belum

mencukupi.Kemudian, mereka turut membantah Undang-undang Simpanan

Tanah Melayu yang dianggap sebagai satu cara Kerajaan Inggeris untuk

menyekat kegiatan ekonomi orang Melayu.Selain itu, mereka juga mendesak

Kerajaan Inggeris supaya bilangan askar Melayu diperbesarkan lagi sehingga

menjadi 10 batalion dan sebuah angkatan udara dan laut Melayu ditubuhkan.

Dalam usaha menjalankan aktiviti-aktiviti ini, Persatuan Melayu Selangor telah

menumpukan taat setia kepada Raja-raja Melayu dan kepada pemerintahan

Inggeris.

Selain itu, Kongres Melayu Se-Tanah Melayu yang diadakan pada tahun

1939 dan 1940 merupakan kemuncak kepada kesedaran orang melayu di mana

soal kemunduran orang melayu dalam pendidikan dan ekonomi telah

47

Page 48: kebangkitan semangat nasionalisme

dibincangkan. Golongan intelek melayu banyak memberi sokongan selain

daripada akhbar-akhbar melayu. Pada tahun 1939 kongres yang pertama

diadakan di Kuala Lumpur. Ianya dianjurkan bersama oleh Kesatuan Melayu

Singapura dan Persatuan Melayu Selangor. Tujuan diadakan adalah untuk

mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan orang Melayu serta

membincangkan soal layanan pilih kasih British kepada anak negeri. Secara

tidak langsung mereka telah berjaya menghimpunkan wakil daripada semua

persatuan Melayu untuk berbincang memajukan bangsa Melayu. Pada tahun

1940 kongres kedua diadakan di Singapura. Perhimpunan kali ini mereka

berjaya menarik lebih banyak penyertaan persatuan Melayu termasuk dari

Sarawak dan Brunei. Mereka menyarankan semua persatuan Melayu

memajukan orang Melayu di negeri masing-masing. Kongres ketiga tidak dapat

diadakan kerana Jepun telah menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941 .

Kemuncak kesedaran kebangsaan orang melayu adalah ketika menjelang

Perang Dunia Kedua. Melalui kongres ini dapat menggambarkan perpaduan

antara orang melayu yang kuat untuk menyelesaikan permasalahan

sosioekonomi dan politik mereka. Akhirnya,orang melayu dapat mengatasi

perasaan kenegerian yang memisahkan mereka selama ini.

Persatuan Melayu Perak pula ditubuhkan pada 18 September 1939 di

Ipoh oleh 104 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Pemimpin-pemimpin yang utama ialah Wan Mohammad Nur bin Wan Nasir dan

Dr. S. Kassim. Persatuan Melayu Perak merupakan sebuah pertubuhan yang

48

Page 49: kebangkitan semangat nasionalisme

bersifat sederhana. Ia tidak mahu terlibat dalam bidang politik tetapi

menumpukan perhatian terhadap kegiatan untuk membaiki taraf sosial dan

ekonomi orang Melayu di Perak. Tujuan-tujuan utama persatuan ini adalah

untuk menggalakkan kerjasama antara ahli-ahli.Selain itu turut dapat

meninggikan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayu serta menggalakkan

ahli-ahli melahirkan taat setia kepada kerajaan dan raja.Mereka juga

mengadakan kerjasama dengan kerajaan untuk memajukan kepentingan orang

Melayu.Sikap sederhana, dasar kerjasama serta sikap tidak mahu terlibat dalam

hal politik yang didukung oleh Persatuan Melayu Perak dikecam oleh akhbar

Majlis. Akhbar Majlis menyatakan bahawa Persatuan Melayu Perak yang tidak

berbau politik tidak dapat memperbaiki keadaan orang Melayu.

Bagi Persatuan Melayu Semenanjung pula, ianya ditubuhkan dalam tahun

1930,tetapi persatuan ini tidak mendapat sambutan kerana semangat kenegerian

yang terlalu kuat.

Persatuan Melayu Pahang pula ditubuhkan pada bulan Mac 1938 di

bawah pimpinan Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad, seorang kerabat raja.

Tujuan persatuan ini ialah untuk memperjuangkan kemajuan sosioekonomi

orang Melayu dan menyampaikan masalah orang Melayu kepada Kerajaan

Inggeris.

49

Page 50: kebangkitan semangat nasionalisme

Persatuan Melayu Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 9 September

1938. Pemimpin utamanya ialah Tengku Mohammad Nasir dan Raja Nordin bin

Haji Mohammad Tahir. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menjaga dan

memajukan kepentingan orang Melayu di Singapura.

Kemudiannya, Persatuan Melayu Kelantan ditubuhkan pada 20 April 1939.

Pemimpin utamanya ialah Nik Yahya bin Nik Daud, Haji Othman bin Tahir dan

Ahmad Ismail. Anggota-anggotanya terdiri daripada golongan kelas atasan yang

berpendidikan Inggeris. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menyatukan

orang Melayu dan berikhtiar memajukan keadaan ekonomi dan sosialnya.

Sebelum Perang Dunia II orang Cina dan India di Tanah Melayu lebih

menumpukan perhatian kepada keadaan yang berlaku di negara asal. Pada awal

kurun ke-20 terdapat beberapa pertubuhan orang Cina di Tanah Melayu seperti

Hsing Chong Hui dan Chung Ho Tang. Mereka ini menumpukan perhatian

kepada negara China. Terdapat juga orang Cina yang memberi perhatian

kepada politik tempatan terutama oleh orang-orang Cina yang lahir di Negeri-

Negeri Selat atau Cina Peranakan yang menjadi warganegara British. Pada

tahun 1900 Persatuan Orang Cina Peranakan British telah ditubuhkan oleh

orang Cina Peranakan yang berpendidikan Inggeris. Antara tokoh-tokohnya ialah

Tan Jiak Kim, Lim Boon Keng, Song Ong Siang dan Seah Liang Seah

50

Page 51: kebangkitan semangat nasionalisme

Presiden pertama persatuan ini ialah Tan Jiak Kim. Antara pengasas

utama persatuan ini ialah Lim Boon Keng. Tujuan penubuhannya untuk

melindungi kepentingan orang Cina Peranakan di Negeri-Negeri Selat. Selain itu

juga menggalakkan orang Cina Peranakan memperoleh pendidikan tinggi dan

teknikal . Mereka juga menunjukkan taat setia kepada British. Bagi orang Cina

yang dilahirkan di Tanah Melayu atau negeri Selat mereka menubuhkan Strait

Born Chinese British Association pada tahun 1949 untuk menunjukkan kesetiaan

mereka terhadap Tanah Melayu.Pemimpin utama persatuan ini ialah Tan Cheng

Lock.Beliau telah dilahirkan di Melaka serta berpendidikan Inggeris di Sekolah

Tinggi Melaka dan Raffles Institution di Singapura. Pada tahun 1923 hingga

beliau 1934 telah dilantik sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-

Negeri Selat.

Pertubuhan Orang India terpengaruh dengan gerakan kebangsaan

di negara asal sebelum Perang Dunia II. Mereka menubuhkan persatuan

Persatuan Belia India dan pada tahun 1937 mereka juga menubuhkan Persatuan

India Pusat Tanah Melayu(CIAM) dengan tujuan melindungi kepentingan orang

India di Tanah Melayu. Pada awal kurun ke-20 golongan cerdik pandai India

yang berpendidikan Inggeris menubuhkan persatuan India di bandar-bandar

utama seperti Taiping, Kuala Lumpur, Melaka, Klang, Seremban dan Pulau

Pinang. Ianya menjadi perintis kepada pembentukan pertubuhan yang

menyatukan orang India di Tanah Melayu. Pada tahun 1039 pula Persatuan

India Pusat Tanah Melayu ditubuhkan yang dipimpin oleh A.M.Soosay. Ianya

51

Page 52: kebangkitan semangat nasionalisme

merupakan gabungan 12 buah persatuan India dan 4 dewan perniagaan India.

Tujuannya adalah untuk memperjuangkan hak dan kepentingan orang India di

Tanah Melayu.

Di Sarawak dan Sabah,terdapat juga kegiatan-kegiatan politik.Persatuan

Melayu Sarawak telah ditubuhkan pada 1939.Matlamat persatuan ini ialah untuk

memajukan orang Melayu Sarawak dalam segala lapangan, menjaga

kepentingan mereka serta memupuk kerjasama di kalangan orang Melayu

Sarawak.Sementara itu di Sabah pula terdapat beberapa persatuan bersifat

sosio-ekonomi penduduk tempatan . Terdapat juga cawangan PASPAM yang

menumpukan kepada isu-isu pendidikan.

Kesimpulannya, badan-badan serta kesatuan yang ditubuhkan oleh orang

melayu dan bukan melayu banyak membantu dalam membangkitkan semangat

nasionalisme ke dalam jiwa masyarat Tanah Melayu. Persatuan- persatuan yang

dibentuk oleh orang melayu bermula pada abad ke-20 banyak membincangkan

persoalan ekonomi, pendidikan, bahasa sastera, perpaduan,dan pembelaan

politik. Antara persatuan yang aktif ketika itu ialah Kesatuan Melayu

Singapura(KMS),PASPAM,Persatuan Negeri,KMM,dan Kongres Melayu

52

Page 53: kebangkitan semangat nasionalisme

3.4 Peranan Golongan Guru Dan SITC

Perkembangan semangat kebangsaan ini diteruskan oleh golongan

berpendidikan Melayu dan Inggeris kemudiannya namun dalam bentuk

perjuangan yang berbeza. Hal ini kerana melalui pelajar yang mendapat

pendidikan Melayu bentuk perjuangan adalah melalui cara yang lebih radikal di

mana mereka inilah dikatakan sebagai haluan kiri oleh British. Mereka ini terdiri

daripada guru dan wartawan di mana Sultan Idris Teacher College ( SITC )

memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan semangat

kebangsaan ini.     Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang

menyemarakkan alam pemikiran dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah

Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe dalam ucapannya sewaktu

perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut manandakan hari bersejarah

bagi orang-orang Melayu kerana ia (Penubuhan SITC) merupakan titik tolak

dalam perkembangan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang-orang Melayu

merasakan suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tiada tolok

bandingnya bagi peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu .

SITC terdiri daripada guru-guru Melayu yang berperanan sebagai

pemimpin masyarakat. Mereka telah menyedari masalah yang dihadapi oleh

orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan

memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa

dan negara mereka. SITC disifatkan sebagai ‘The Cradle of Malay Nationalism’.

53

Page 54: kebangkitan semangat nasionalisme

Warga SITC berganding bahu dengan golongan cerdik pandai agama untuk

memajukan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Ia dilakukan

melalui penyampaian matapelajaran iaitu melalui syarahan matapelajaran

sejarah. Oleh kerana kekurangan buku untuk dijadikan bahan bacaan maka

buku-buku daripada Indonesia di bawa ke negeri-negeri Melayu menyebabkan

penuntut SITC terpengaruh dengan ideologi Indonesia yang ketika itu sibuk

menentang dan menuntut kemerdekaan daripada Belanda.

Kesannya apabila selesai belajar di SITC penuntut-penuntut ini telah

dihantar ke merata sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu secara tidak

langsung mengembangkan fahaman semangat kebangsaan kepada murid-murid

melalui pengajaran mereka. Antara contoh keluaran SITC adalah Ibrahim Haji

Yaakob yang menubuhkan Kesatuan Melayu Muda ( 1938 ) di mana beliau telah

membeli Warta Malaya di Singapura dengan bantuan wang dari Jepun. Beliau

telah menjadi ketua pengarang dan menerbitkan rencana-rencana yang

mengandungi isu-isu anti-british. SITC turut menerbitkan majalah Cenderama

1923 dan majalah Guru 1924 menyiarkan pendapat penuntut.

Selain itu, graduan-graduan SITC telah menubuhkan Persatuan Sastera

Melayu pada tahun 1923 untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu

melalui novel Melur Kuala Lumpur karya Harun Mohd. Amin. Karya-karya yang

diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan

nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Pada tahun 1929 dan 1930 pula,

54

Page 55: kebangkitan semangat nasionalisme

Ibrahim Yaacob semasa di SITC menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak

politik iaitu “Ikatan Semenanjung-Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”.

Pertubuhan ini telah menyedarkan semangat kebangsaan di kalangan orang

Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka.

Keseluruhannya, kesemua usaha ini telah menimbulkan kesedaran untuk

membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Antara tokoh

nasionalis terkenal ialah Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob dan Abdul

Hadi Hassan. Harun Aminurrashid adalah tokoh pejuang kebangsaan

lepasan SITC. Beliau merupakan guru yang bersemangat kebangsaan.

Beliau juga merupakan penulis yang aktif mempelopori penulisan puisi

bertemakan semangat kebangsaan. Abdul Hadi Hassan pula adalah seorang

pensyarah SITC. Beliau sentiasa menanamkan semangat cinta akan bangsa

dan negara kepada para pelajarnya.

Kesimpulannya, perkembangan pendidikan Tanah Melayu telah

melahirkan satu golongan intelektual yang terpelajar. Golongan terpelajar ini

telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti

demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme..

Jadi, golongan guru dan SITC ini memainkan peranan yang penting dalam

membantu meniup semangat nasionalisme ke dalam diri penduduk Tanah

Melayu.

55

Page 56: kebangkitan semangat nasionalisme

4.0 KESAN TERHADAP PERKEMBANGAN NASIONALISME NEGARA

Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak berjaya

membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan

ini berjaya meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asas kepada

kemerdekaan pada tahun 1957. Kesan yang pertama ialah, fahaman

kebangsaan, kedaerahan dan kenegerian dapat dihapuskan dan diwujudkan

pula semangat kekitaan. Kesan kedua ialah orang melayu amat menyedari

bahawa mereka memang ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka

sindiri berbanding dengan kaum imigran. Seterusnya, mereka menyedari tentang

kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum

petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah

melayu dan inggeris. Kesan akhir dan terpenting ialah kegiatan pergerakan

kebangsaan ini teah diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya yang

berpendidikan inggeris seperti raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga berjaya

mendapat kemerdekaan dari pihak inggeris. Antara lain ialah kemunculan parti-

parti – parti politik yang tersusun seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya

(PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perpaduan

kaum juga dapat diwujudkan kesan daripada perkembangan nasionalisme ini.

56

Page 57: kebangkitan semangat nasionalisme

Kesimpulannya, perkembangan nasionalisme Negara telah membawa

impak yang positif terhadap penduduk Tanah Melayu terutamanya terhadap

proses memerdekakan Tanah Melayu. Walaupun terdapat banyak halangan

serta cabaran yang perlu ditempuhi namun semuanya dapat diharungi

sehinggakan wujudnya kesan-kesan positif terhadap perkembangan

nasionalisme Negara kita.

57

Page 58: kebangkitan semangat nasionalisme

5.0 PENUTUP

Apabila kita melihat sejarah perjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia

(Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatan

penentangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, Datuk

Kelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.

Hakikatnya, penduduk Tanah Melayu tidak pernah memikirkan untuk keluar

daripada kepompong penjajah secara serius sebelum memasuki abad ke-20.

Penentangan terhadap penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifat

individu. Kepentingannya juga adalah kepentingan individu, atau paling lebih

kelompok kecil yang diwakili oleh individu itu,bukannya bangsa Melayu secara

keseluruhan. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana

kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) dan

masalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telah

membawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar dan

membawa kesan yang baik terhadap  proses kemerdekaan. Perlu diingatkan,

kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudah

untuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melalui

satu proses yang sangat panjang.

58

Page 59: kebangkitan semangat nasionalisme

6.0 REFLEKSI

Pada mulanya tugasan ini telah diberikan oleh pensyarah Pengajian

Sosial, Puan Hajah Hanunah binti Ahmad Shah, saya berasa agak ragu-ragu

kerana kurang memahami kehendak soalan. Tetapi, selepas saya berjumpa

dengan Puan Hajah Hanunah bagi memohon penjelasan daripadanya, beliau

memutuskan untuk menjelaskan kesemuanya kepada semua pelajar di dalam

kelas.

Apabila Puan Hajah Hanunah masuk ke kelas kami, beliau telah

menerangkan semua yang berkaitan dengan soalan tugasan. Sesi soal jawab

juga turut berlangsung. Pada hari itu, semua persoalan kami telah terjawab.

Rupa-rupanya tugasan yang diberikan oleh Puan Hajah Hanunah akan dihantar

disemak oleh En. Auzait dan bukannya Puan Hanunah sendiri. Setelah saya

memahami apa kehendak soalan sebenarnya, saya mula mencari bahan-bahan

yang berkaitan daripada pelbagai jenis sumber ilmiah terutama daripada buku

dan internet.

Hal ini dilakukan bagi memudahkan proses membuat draf nanti.

Setelah mengumpul segala bahan rujukan yang diperlukan, saya mula membuat

draf untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dalam proses menyiapkan tugasan,

59

Page 60: kebangkitan semangat nasionalisme

saya banyak berjumpa dan bertanya segala kemusykilan kepada Puan Hajah

Hanunah. Ini bagi mengelakkan segala kesilapan dalam tugasan ini. Puan Hajah

Hanunah pula sentiasa memberikan panduan dan tidak lokek untuk membantu.

Kadangkala, memang tidak dapat dinafikan bahawa saya berasa

agak tertekan semasa menyiapkan tugasan ini kerana dalam masa yang sama

saya seringkali memikirkan tugasan-tugasan lain yang tergendala.

Walaubagaimanapun, segera sahaja saya kikiskan perasaan yang sebegitu.

Setelah tugasan ini disiapkan, saya berasa amat lega kerana

akhirnya usaha saya membuahkan hasilnya. Walaupun saya berpuas hati

dengan hasil kerja saya sendiri belum tentu lagi Puan Hajah Hanunah dan En.

Auzait akan berpuas hati dengannya. Walaubagaimanapun, saya amat berharap

mereka akan berpuas hati dengan kerja yang telah dihasilkan ini.

60

Page 61: kebangkitan semangat nasionalisme

7.0 BIBLIOGRAFI

Barbara Watson dan Leornad Y. Andaya ( 1982 ) Sejarah Malaysia, MacMillan Publishers, Kuala Lumpur, Bab 7.

John Bastin dan Harry J. Benda, 1972,Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,

Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.

R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, 1985, Nasionlisme Satu Tinjauan Sejarah, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya,

Tan Ding Eing, 1975/1979 Sejarah Malaysia Dan Singapura, Penerbit Fajar Bakti,

William R Roof, 1967 The Origins Of Malay Nationalism, Universiti Malaya Press, Kuala Lumpur,

(2004) This is a Title of a Web Page http://z6.invisionfree.com/DRAGONIZER/index.php?showtopic=1414. Accessed on 2 August 2008

61

Page 62: kebangkitan semangat nasionalisme

8.0 LAMPIRAN

GAMBAR FOTO 1.0 -SHEIKH

JAMALUDDIN AL-AFGANI

GAMBAR FOTO 1.1 – SYEIKH MUHAMMAD ABDUH

62

Page 63: kebangkitan semangat nasionalisme

GAMBAR 1.3 - AKHBAR UTUSAN ZAMAN

GAMBAR FOTO 1.4 - SITC

63