KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

19
3K KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008 - 2012 PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA Ke Arah Penggunaan Berhemat Ke Arah Penggunaan Berhemat www.kkk.org.my Penggunaan Penggunaan Berhemat Berhemat FOMCA Terbitan Disokong oleh Consumer Research and Resource Centre (833010-H)

Transcript of KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

Page 1: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

3K

K E M P E N K O N S U M E R KEBANGSAAN 2008 - 2012

PERUBAHANBERMULA DENGAN SAYA

Ke Arah Penggunaan BerhematKe Arah Penggunaan Berhemat

www.kkk.org.my

Penggunaan Penggunaan BerhematBerhemat

F O M C A

Terbitan

Disokong oleh

Consumer Research and

Resource Centre (833010-H)

Page 2: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

PUSAT PENYELIDIKAN DAN SUMBER PENGGUNA (833010H)

Consumer Research and Resource CentreNo. 8, Jalan 14/49, 46100 Petaling Jaya,Selangor Darul Ehsan, Malaysia.Tel : 603-7875 2392Faks : 03-7875 5468Emel : [email protected] Web : www.crrc.org.my

© CRRC 2009

Cetakan Pertama - Mei 2009

Page 3: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

PENGGUNAANBERHEMAT

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)

Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS)

Page 4: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

2 ~ www.kkk.org.my

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008-2012

PENGENALAN

Penggunaan Berhemat merupakan amalan asas dalam KempenKonsumer Kebangsaan atau Kempen 3K. Ia bertujuan untuk mengajaksetiap pengguna untuk merenung kembali corak penggunaan mereka,faktor-faktor luaran dan dalaman yang telah mempengaruhi caramereka membelanjakan wang mereka.

Antara faktor luaran yang mempengaruhi corak penggunaan ialahkeluarga, rakan sebaya, televisyen, internet, budaya dan komuniti.Manakala faktor dalaman yang mempengaruhi corak penggunaanadalah sikap, personaliti, kepercayaaan, emosi dan intelek mereka.

Berdasarkan pemahaman tentang corak penggunaan ini, makaKempen 3K ini dilaksanakan bagi mencabar beberapa faktor yang telahmempengaruhi corak pengunaan seperti kesetiaan kepada jenama,membeli dengan tujuan untuk bersaing dengan orang lain, terlalu sensitifkepada persepsi orang lain terhadap diri sendiri dan berbelanja untukmemenuhi kehendak dan bukannya keperluan diri.

Buku ringkas ini bertujuan untuk mencadangkan beberapa langkahpraktis yang boleh diamalkan oleh para pengguna untuk menjadipengguna yang berhemat

Paul Selva RajPenyelaras 3K

Page 5: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

www.kkk.org.my ~ 3

PENGGUNAAN BERHEMAT

Menjadi Pengguna yang Bijak

Senario dunia masa ini semakin sukar danamat mencabar. Masalah pengangguran,kenaikan harga barang dan masalahjenayah yang semakin berleluasamerupakan sebahagian daripada cabaranyang sedang dihadapi. Krisis ekonomisememangnya akan memberi impakkepada pekerja dan pengguna di Malaysia.Kita sedang menuju ke arah keadaan yangtidak menentu. Tidak ada sesiapapun,malahan pakar ekonomi sekalipun, yangdapat menjangka bila keadaan ini akanpulih.

Sebagai pengguna di Malaysia, apa yang kita akan lakukan? Apa yangsering kita lakukan sebelum ini ialah menuduh pihak lain yangmenyebabkan masalah ini berlaku, mengadu ataupun bersikap putusasa. Ini semua tidak akan membantu kita. Sebaliknya kita akan lebihtertekan, gelisah dan marah.

Faktor kritikal yang pertama perlu kita ketahui ialah kemampuan kerajaanuntuk membantu para pekerja dan pengguna sangat terhad. Kehidupanseharian pengguna Malaysia sebenarnya banyak dipengaruhi oleh ‘WallStreet’, pengguna-pengguna di Amerika dan Eropah, dasar-dasar dariChina dan Rusia, konflik yang berlaku di negara-negara Timur Tengahdan faktor-faktor lain yang telah menyebabkan pembuat dasar diMalaysia mempunyai kuasa yang sangat terbatas. Globalisasi telahmenyebabkan ekonomi dunia bergantung antara satu sama lain. Padaperingkat kerajaan, walaupun mempunyai kuasa tetapi pada asasnyakerajaan hanya mempunyai pilihan yang amat terhad.

Sebenarnya, semua ini bergantung kepada pengguna.

Page 6: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

4 ~ www.kkk.org.my

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008-2012

Dalam menghadapi realiti baru ini, FOMCAdengan kerjasama Majlis KebangsaanPertubuhan Wanita (NCWO), Majlis BeliaMalaysia (MBM), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam(CUEPACS) dan PETRONAS telahmenganjurkan kempen 3K (Kempen KonsumerKebangsaan) untuk tempoh selama empattahun dari 2008 hingga 2012.

Tema kempen ini ialah ‘Perubahan bermula dengan saya’.

Kempen ini memberi tumpuan kepada memberikan kesedaran danmendidik pengguna untuk memahami realiti dunia yang baru,memahami tabiat dan sikap prejudis mereka sendiri yang sebenarnyatelah mempengaruhi corak perbelanjaan dan penggunaan. Selain itu,mereka juga perlu mempelajari kemahiran dan ilmu pengetahuan baruuntuk mengubah cara berfikir, tabiat dan gelagat pembelian.

Pengguna perlu memahami senario dunia yang baru ini. Dalam konteksini, sikap suka menyalahkan orang lain dan suka mengadu bukanlahcara yang efektif. Kaedah yang lebih sesuai ialah kita perlulahbertanggungjawab dan belajar untuk menyesuaikan diri kepadaperubahan-perubahan ini.

Berhemat ialah suatu peringkat di dalam minda yang menyebabkanseseorang menyedari akan segala pemikiran dan perbuatan yanghanya wujud pada ketika itu sahaja. Berhemat memerlukan pemikiranyang jelas, terbuka dan fokus terhadap tugasan yang sedang dijalankan.

Sebagai pengguna yang berhemat, minda kita perlu fokus pada tugasanseharian dalam pengurusan kewangan dan penggunaan. Tugasan iniamat penting kerana ia penuh dengan objektif dan dipimpin denganpedoman yang amat bermakna dan spesifik yang akan menjauhkankita daripada pembaziran dan kemusnahan alam sekitar serta

Page 7: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

www.kkk.org.my ~ 5

PENGGUNAAN BERHEMAT

bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan dan amalanpenggunaan yang lestari.

Penggunaan berhemat adalah mengenai sikap lebih berwaspadakepada kepercayaan dan perwatakan yang mempengaruhi corakperbelanjaan dan penggunaan. Adakah kita membeli barangberdasarkan keperluan sebenar? atau :

….. untuk menunjuk-nunjuk….. bersaing dengan jiran-jiran….. untuk menunjukkan bahawa ‘kita sudah sampai’….. mengikut imej dalam iklan yang menunjukkan ‘saya boleh menjadi

segala-galanya’

….. menggunakan sesuatu produk kerana saya selalumenggunakannya

….. menggunakan barangan yang mahal kerana dikatakan berkualititinggi

Penggunaan yang berhemat sebenarnya mencabar kepercayaan dantabiat kita yang suka membazir dan melakukan kerosakan kepada alamsekitar. Langkah pertama untuk menjadi pengguna yang berhemat ialahdengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip berikut:

• Pengguna berhemat sedar tentang pendapatan danperbelanjaannya

• Pengguna berhemat dapat membezakan antara keperluan dankehendaknya

• Pengguna berhemat memberi perhatian kepada keperluansekarang dan masa depan

• Pengguna berhemat berbelanja mengikut keperluannya

• Pengguna berhemat terbuka kepada idea ke arah penggunaanlestari

• Pengguna berhemat menghormati semua kehidupan dan prosesalam semula jadi

• Pengguna berhemat mencari identiti sendiri bukannyaberdasarkan kepada apa yang dimiliki

Page 8: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

6 ~ www.kkk.org.my

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008-2012

Bagi mengurangkan kesusutan fikiran, kita perlu memahami tentangpersekitaran kita, terutamanya media massa, yang telah banyakmempengaruhi perwatakan dan cara kita berbelanja. Bersikap lebihberwaspada dan memahami pengaruh media akan menyebabkan kitabersikap lebih kritikal terhadap perkara yang menyebabkan pembaziran.Melalui pemikiran kritikal, seseorang boleh belajar untuk mencabarkepercayaannya sendiri dan mempelajari cara yang baru untukmemperbaiki kendiri seseorang. Untuk menjadi pengguna yangberhemat, anda perlu tahu menguruskan status kewangan sendiri.

Penggunaan lestari

Kesan daripada pengeluaran danpenggunaan barang dan perkhidmatan dimuka bumi ini dikatakan sebagaimeninggalkan tapak ekologi. Sebagaipengguna kita perlu mengurangkan kesantapak ekologi yang kita tinggalkan. Olehitu kita perlu mengikut dua panduanberikut: kita perlu menggunakan barangyang mesra alam dan kurangkanpenggunaan.

Menggunakan barang yang mesra alam seperti menggunakan barangorganik, hijau, barang yang dikitar semula dan sebagainya. Inimerupakan permulaan yang baik tetapi tidak cukup untuk menstabilkanekonomi. Ramai yang ingin menjalani kehidupan yang lebih sederhana.Bagi menjaga alam sekitar, kita tidak perlu mengamalkan cara hidupseperti zaman dahulu kala untuk menjaga muka bumi ini. Ini juga tidakmenunjukkan bahawa kita bukannya hendak mencabar etos ‘lagi banyaklagi baik.’

Budaya konsumerisme memastikan kita terus membeli lebih banyakdan bukannya semakin kurang. Ini merumitkan lagi kehidupan kita danmenjadikannya semakin tidak stabil.

Page 9: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

www.kkk.org.my ~ 7

PENGGUNAAN BERHEMAT

Sebagai pengguna yang berhemat, mengurangkan penggunaanbukanlah bermaksud semakin miskin. Ia bermakna kita membeli apayang sepatutnya untuk tujuan ekologi.

Kehidupan yang sederhana memerlukan kepercayaan pada diri sendiri.Kita perlu belajar bagaimana untuk memperbaiki sendiri kerosakan yangasas dan berkongsi sumber dengan masyarakat setempat.

Kehidupan secara bersederhana juga bermakna hidup di rumah yanglebih kecil dan menggunakan tenaga yang lebih cekap.

Merujuk semula kepada prinsip ’lebih banyak lebih baik’, iaitu penggunaharus mempersoalkan nilai dan sikap yang ke arah pembaziran danbelajar untuk memperolehi kemahiran baru bagi menjalani amalan hidupyang lestari.

Terdapat beberapa cadangan yang boleh kita cuba (jika kita tidak pernahmencubanya lagi) atau boleh memperbaikinya lagi (jika kita telahmencubanya) seperti berikut:

1. Membandingkan harga

Membandingkan harga bagi barang yangsama di tempat membeli belah yangberlainan. Semasa membuatperbandingan, pastikan berat dan kualitiadalah sama.

2. Melihat risalah

Kebanyakan rumah di bandar seringmenerima risalah daripada pelbagai pusatbeli-belah. Buat perbandinganberdasarkan risalah-risalah tersebutuntuk mendapatkan tawaran harga yangpaling baik.

Page 10: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

8 ~ www.kkk.org.my

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008-2012

3. Berubah kepada barang generik atau jenama pasar raya

Anda boleh berjimat antara 15%-40% jika menggunakan baranggenerik atau jenama pasar raya besar. Biasanya kualiti baranggenerik dan barang berjenama tidak banyak perbezaannya.

4. Makan di rumah

Kurangkan makan di luar. Makan di rumahbukan sahaja murah tetapi juga lebih sihat.

5. Merancang pembelian

Sebelum membeli-belah, sediakan senaraibarang yang ingin dibeli dan patuhi senaraitersebut.

6. Pergi membeli-belah lebih awal dan bersendirian

Membawa anak-anak ketika membeli-belah mungkin akanmenambah bil perbelanjaan anda. Tinggalkan anak-anak andadi rumah. Ini dapat menjimatkan masa, wang dan tidakmenyusahkan. Membeli-belah pada waktu awal harimenyebabkan anda cenderung untuk membeli dengan lebihcepat dan kurang berbelanja kerana mempunyai kerja-kerja lainyang perlu diselesaikan.

7. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih murah jikadibandingkan dengan barangan yang dibungkus. Banyak makanbuah-buahan dan sayur-sayuran juga lebih menyihatkan.

8. Menyimpan stok barang jualan

Menyimpan bekalan barang yang selalu digunakan apabiladiadakan jualan murah.

Page 11: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

www.kkk.org.my ~ 9

PENGGUNAAN BERHEMAT

9. Mengetahui sistem jualan

Anda perlu mengetahui bila kedai di tempat yang anda selalumembeli-belah, akan mengurangkan harga barang yang akanluput. Ambil peluang ini dan gunakan sebelum tarikh luputberakhir.

10. Mengira kos seunit

Apabila membuat perbandingan harga, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran serta barang yang berbungkus, buatpengiraan berdasarkan kos seunit.

11. Gunakan bakul

Jangan menggunakan troli, tetapisebaliknya, gunakan bakul. Ini bolehmengurangkan pembelian berdasarkangerak hati kerana berat barang yangdibawa menyebabkan andamengurangkan masa untuk melihat-lihat barang lain. Ini dapatmengurangkan pembelian.

12. Menyemak resit – semak jumlahkeseluruhan yang telahdibelanjakan di pasar raya

Ini akan memastikan bahawa andamengetahui apa yang dibelanjakandibandingkan dengan bajet yangtelah disediakan sebelum itu. Andaakan lebih berhati-hati semasaberbelanja. Anda juga boleh menyemak semula barang yangdibeli dengan resit untuk memastikan tiada kesilapan yang dibuatdi kaunter pembayaran.

Page 12: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

10 ~ www.kkk.org.my

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008-2012

13. Membeli secara tunai

Ini adalah cara yang paling efektif untuk mematuhi bajet yangditetapkan. Menggunakan kad kredit selalunya menyebabkan kitauntuk berbelanja lebih.

14. Pandang bahagian rak atasdan bawah

Pasar raya selalunyamenempatkan barang lebihmahal pada paras mataseseorang. Oleh itu lihat barangyang sama pada rak yang dibahagian bawah atau atas yangharganya lebih murah.

15. Elakkan pembelian mengikut gerak hati

Pembelian mengikut gerak hati menyebabkan anda berbelanjalebih. Barang yang ditempatkan di lokasi yang strategik sepertidi kaunter pembayaran akan mempengaruhi kita untuk membelimengikut gerak hati.

16. Bandingkan buah-buahan atau sayur-sayuran siapdibungkus dan yang dijual secara lambak

Bandingkan harga barang secara lambak dengan harga barangyang dibungkus. Berhati-hati dan teliti sekiranya terdapatsebarang kerosakan pada barang tersebut jika telah siapdibungkus

17. Elakkan membeli makanan ringan

Anda boleh menggantikan makanan ringan dengan snek yangmurah. Secara beransur-ansur bertukar kepada makanan yangsihat dan murah.

Page 13: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

www.kkk.org.my ~ 11

PENGGUNAAN BERHEMAT

18. Menanam sayur-sayuran sendiri

Banyak sayur-sayuran danbuah-buahan yang bolehditanam sendiri seperti cili,bendi, betik dan terung.Dengan cara ini, kita bukansahaja dapat berjimat, tetapijuga dapat memakanmakanan yang segar dansihat. Tambahan pula, kitaakan mendapat kepuasan dirikerana memakan sayur-sayuran dan buah-buahanyang ditanam sendiri.

19. Membeli barang yang boleh diguna semula

Membeli barang seperti botol dan bateri yang boleh dicas semula.

20. Jimatkan elektrik

Menutup suis peralatan elektrik yangtidak digunakan. Kebanyakan peralatanelektrik sebenarnya masihmenggunakan elektrik walaupun telahditutup. Gunakan kaedah yang dapatmengoptimumkan penggunaan elektrikdi rumah.

21. Jimatkan air

Tadah air hujan untuk kegunaan menyiramtanaman. Gunakan kaedah yang bolehmeminimumkan pembaziran air di rumah.

Page 14: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

12 ~ www.kkk.org.my

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008-2012

22. Penggunaan petrol

Jika anda dapat menggantikanbeberapa perjalanan yang pendekkepada satu perjalanan yang panjang,anda akan dapat menjimatkan petroldan masa perjalanan. Selenggarakereta anda dengan baik untukmengoptimumkan penggunaan petrol.

23. Menggunakan pengangkutan awam

Jika ada peluang, gunakan pengangkutan awam. Ini akanmengurangkan penggunaan petrol, tol dan bayaran tempat letakkereta.

24. Prinsip 24 jam - Menunggu sehingga 24 jam sebelummembuat keputusan pembelian bagi barang yang sangatberharga

Ini terutamanya bagi barang yang sangat berharga ataupundidesak oleh jurujual. Untuk membeli, selalu katakan bahawaanda ingin pulang dan berfikir. Jangan sesekali mengambilkeputusan pada masa itu juga. Selepas membuat keputusan danfikir masak-masak, sekiranya memang berbaloi untukmembelinya, baharulah anda beli barang tersebut.

25. Gunakan penerbangan tambang murah

Beralihlah kepada penerbangan tambang murah jika anda belumberbuat demikian untuk tujuan melancong.

26. Kurangkan kemewahan

Lihat semula apa yang anda belanjakan. Bezakan antarakeperluan dan kehendak anda. Jika boleh, kurangkan perbelanjaanyang mewah dan barang yang memang anda tidak perlukan,terutamanya apabila ia memakan perbelanjaan yang besar.

Page 15: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

www.kkk.org.my ~ 13

PENGGUNAAN BERHEMAT

27. Membawa bekalan makanan ke tempatkerja atau sekolah

Bawa bekalan makanan ke tempat kerjaatau sekolah. Ini juga dapat menjaminkehidupan yang lebih sihat.

28. Membeli barang sebelum bekalannya kehabisan

Jika anda kehabisan barang, anda mungkin terpaksa membayarpada harga yang tinggi.

29. Patuhi pada bajet yang ditetapkan

Bajet dapat menentukan berapa banyak perbelanjaan yangdilakukan. Anda memerlukan bajet tidak kira sama adapendapatan anda RM1,000 atau RM10,000 sebulan

30. Belilah barang buatan Malaysia

Inilah masanya untuk menyokongpengeluar dan pengilang tempatan.

Page 16: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

14 ~ www.kkk.org.my

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008-2012

FOMCA

Gabungan Persatuan-Persatuan PenggunaMalaysia atau nama akronimnya, FOMCAmerupakan sebuah organisasi bukan kerajaanyang bergerak secara sukarela dan tidakmencari keuntungan, bebas daripada isu-isuperkauman, keagamaan dan sebarang parti

politik. FOMCA telah ditubuhkan pada 10 Jun 1973 sebagai persatuangabungan bagi beberapa persatuan-persatuan negeri pada masaitu. Kini FOMCA mempunyai 15 ahli gabungan di seluruh negara.

Objektif FOMCA ialah menguatkan dan mengukuhkan pergerakanpengguna di Malaysia; meneliti isu-isu serta berjuang untuk hak-hak pengguna; berjuang melalui kuasa beli pengguna berdasarkankeperluan untuk pembangunan yang menjamin sosio ekonomi yangadil dan kualiti alam sekitar yang lebih baik; dan mengkoordinasiserta menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna diMalaysia.

Untuk mencapai objektif tersebut, FOMCA menjalankan pelbagaiprogram pendidikan kepenggunaan dan menerbitkan risalah untukkesedaran pengguna; bertindak memberi perlindungan kepadapengguna di semua peringkat; menyebarkan maklumat kepadapengguna; dan mengkoordinasikan tindakan pengguna melaluikempen dan sebagainya.

Falsafah FOMCA ialah mewujudkan amalan berdikari di kalanganpengguna, dengan merealisasikan moto “Perlindungan PalingBerkesan Adalah Perlindungan Kendiri.”

Page 17: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

www.kkk.org.my ~ 15

PENGGUNAAN BERHEMAT

Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna(Consumer Research and Resource Centre)

Fungsi utama Pusat Penyelidikan dan Sumber Penggunaialah mempengaruhi polisi awam melalui penyelidikan yangberasaskan kepada fakta dan mendidik pengguna

mengenai perlindungan kendiri.

Mempengaruhi Polisi AwamCRRC berusaha untuk mempengaruhi polisi awam yang berkaitan

dengan isu-isu yang boleh menjejaskan perlindungan dan kebajikanpengguna-pengguna di Malaysia. Usaha ini dilakukan melalui penyelidikandan perundingan berasaskan kajian dan fakta.

Selain itu, CRRC juga akan bekerjasama dengan institusi pengajiantinggi dan penyelidik-penyelidik untuk melaksanakan kajian bagi pihakCRRC.

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan, Pusat Penyelidikan danSumber Pengguna dengan kerjasama FOMCA serta agensi-agensi lainyang berkaitan akan memperjuangkan dan berkempen untuk memastikanperlindungan dan kebajikan pengguna yang lebih baik melalui pemantapanundang-undang, polisi-polisi dan program-program.

Kesedaran Pengguna dan Pendidikan Pengguna

Kempen Konsumer Kebangsaan 2008-2012Dalam usaha menangani kenaikan harga bahan makanan dan

ketidakstabilan harga bahan api, Kempen Konsumer Kebangsaan selamaempat tahun telah dilancarkan pada Jun 2008. Kempen ini bertujuan untukmendidik pengguna bagi mengubah gaya hidup mereka dalam menghadapicabaran-cabaran ini. Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna adalahUnit Koordinasi bagi Kempen tersebut.

Sistem Pemantauan HargaPusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna juga telah mewujudkan

satu sistem pemantauan harga yang bertujuan untuk membandingkansekurang-kurangnya tiga pasar raya utama untuk memantau sertamenganalisa harga bahan makanan di Malaysia.

Page 18: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

16 ~ www.kkk.org.my

KEMPEN KONSUMER KEBANGSAAN 2008-2012

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional(National Consumer Complaints Centre atauNCCC)

Latar BelakangPusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) telah dirasmikan oleh Yang

Berhormat Datuk Hj. Mohd Shafie Apdal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan HalEhwal Pengguna pada 13 Julai 2004 sebagai satu inisiatif FOMCA. NCCC diperbadankanpada 17 September 2008.

NCCC bertujuan menjadi pusat aduan setempat bagi membantu para penggunamenyelesaikan masalah dan aduan mereka. NCCC turut bertindak sebagai perantaramempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian. Berdasarkanaduan-aduan yang diterima, didapati para pengguna menghadapi masalah untuk mencaribadan yang sesuai untuk membantu menyelesaikan masalah mereka. Di samping itu,pengguna juga tidak mempunyai maklumat tentang agensi yang sepatutnya dihubungiberkaitan masalah mereka.

NCCC ditubuhkan untuk mengisi ruang keperluan ini. NCCC bekerjasama rapatdengan pihak berkuasa yang berkaitan seperti Bahagian Penguatkuasa, KementerianPerdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tribunal Tuntutan PengggunaMalaysia, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Malaysia, Majlis Peguam, Biro PengantaraanKewangan dan agensi kawalselia lain untuk menyelesaikan aduan-aduan penggunayang diterima.

VisiMembentuk mekanisme kendiri di kalangan pengguna yang berkebolehan dalammenyelesaikan masalah dengan adil, mudah dan efisyen melalui sistem pengantaraan

MisiBerfungsi sebagai badan pengantara antara pihak kerajaan, swasta dan penggunadalam mengenal pasti penyelesaian terhadap sebarang aduan pengguna

Fungsi• Menerima dan merekodkan aduan• Memberikan khidmat nasihat• Membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi

kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual• Menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut• Membuat analisa dan penilaian terhadap aduan yang diterima• Menyalurkan maklumat analisa dan penilaian kepada pihak kerajaan dan umum

Sekiranya anda ada sebarang aduan, sila menhubungi:e-aduan : www.nccc.org.myfax : 03 7874 8097tel : 03 7877 9000email : [email protected] : 013-myaduan / 692 3826

Page 19: KEBANGSAAN 2008 - 2012 Penggunaan Berhemat

Pada 6 Mei 2008, empat buah organisasi peringkat kebangsaan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menganjurkan Kempen Konsumer Kebangsaan, selama 4 tahun, iaitu dari 2008 hingga 2012. Kempen yang dikenali sebagai ”Kempen 3K”' (Kempen Konsumer Kebangsaan) ini turut disertai oleh PETRONAS pada 1 Januari 2009.

Kempen ini diadakan sejajar dengan krisis ekonomi sejagat, yang telah memberikan kesan negatif terhadap gaya hidup pengguna di Malaysia.

• Peningkatan harga bahan makanan

• Harga petroleum yang senantiasa berubah-ubah.

• Cuaca yang tidak menentu.

• Krisis kekurangan bekalan air.

• Krisis kewangan.

Persoalannya, bagaimanakah para pengguna di Malaysia menghadapi situasi ini?

Segelintir penduduk berasa marah dan menuding jari ke arah kerajaan, atau kepada pihak pengeluar minyak atau orang tengah yang bersikap tamak.

Ada pula yang menginginkan kerajaan untuk menambah subsidi supaya mereka dapat menikmati kehidupan mereka seperti sediakala.

Namun hakikatnya, faktor-faktor ini sebenarnya di luar kawalan kerajaan.

Oleh kerana masyarakat Malaysia terlalu leka dengan kehidupan yang selesa, maka sukar bagi mereka untuk menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang baru ini.

Lantaran itu, daripada bersikap mengharapkan pihak lain untuk menyelesaikan masalah ini, maka pendekatan terbaik sebagai jalan keluar ialah dengan mengubah gaya hidup dan tingkah laku masing-masing.

Kita perlu menilai serta dapat membezakan antara keperluan dan kehendak. Dalam masa yang sama membekalkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru untuk menangani situasi ini dan bersedia untuk membuat sebarang perubahan.

Lebih penting lagi, kita harus membuat anjakan minda sejajar dengan senario isu kepenggunaan global ini. Untuk menghadapi cabaran ini, kita perlu mengambil berat tentang tanggungjawab kita. Kita perlu mempelajari untuk mengurus dan merancang kewangan. Kesimpulannya, masyarakat Malaysia perlulah berfikiran lebih terbuka terhadap penggunaan yang berhemat.

Kempen Konsumer Kebangsaan bertujuan untuk menggalakkan pengguna menyahut cabaran ini ke arah penggunaan berhemat. Tema untuk kempen ini adalah “Perubahan Bermula Dengan Saya”

3K

layari

dan ketahui lebih banyak lagi!

www.kkk.org.my

Kempen Konsumer Kebangsaan2008 - 2012