Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

13
KEBERKESANAAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL Pengenalan Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan. Kini, Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara bagi membentuk insan yang boleh bersaing di peringkat global, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025) telah dibentuk.Pelan ini berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, serta identiti nasional. Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. 1

Transcript of Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

Page 1: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

KEBERKESANAAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN

MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah menempa banyak kemajuan sepanjang lebih lima dekad

yang lalu. Hasil daripada Laporan Razak (1956), kemudiannya Laporan Rahman Talib (1960),

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan 1996, sehinggalah yang

terakhir Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), sistem pendidikan kita telah

mencatat beberapa kejayaan yang membanggakan. Kini, Kementerian Pelajaran akan mengorak

langkah dalam menghasilkan suatu sistem pendidikan negara bagi membentuk insan yang boleh

bersaing di peringkat global, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 -2025) telah

dibentuk.Pelan ini berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan

kecekapan.

Di samping itu, pada peringkat murid-murid pula, pelan ini menyasarkan 6 ciri aspirasi

utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika

dan kerohanian, serta identiti nasional. Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf

antarabangsa kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal

dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus.

Sementelahan itu, Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat

saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang

ke hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung kepada

tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan untuk membina

negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai bidang. Oleh itu, pendidikan

menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia juga penting dalam melahirkan generasi yang

mampu menguasai bidang sains dan teknologi yang akan membawa negara menuju ke era

globalisasi.

1

Page 2: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para pendidik dan pelajar sendiri

untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjaya. Namun begitu pada

masa kini, kita dapati masih ramai murid yang tidak seronok atau berminat untuk belajar

walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh guru.

Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar memahami

isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak memilih bahan

yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa

tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu

Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan

elektronik. .

Pernyataan Masalah

Dalam pembelajaran atau penyampaian sesuatu pelajaran, bahan bantu mengajar (BBM) seperti

makmal, radio, televisyen, gambar, pita rakaman, model dan sebagainya adalah satu bahagian

penting yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan. Sebagaimana yang kita semua

ketahui, BBM bukan sahaja wujud pada zaman mutakhir sahaja, malah ianya telah lama wujud

serentak dengan wujudnya dunia ini. Pengajaran yang boleh diambil daripada perbuatan burung

gagak tersebut adalah lebih menjuruskan kepada pengajaran berbentuk demonstrasi (Abdul Fatah

Hasan Al-Bajah, 2000) dan ianya tergolong dalam bahan bantu mengajar.

Menurut Brown J.W (1983) bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang

digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran dalam

bilik darjah. Mengikut pandangan Mok Soon Sang (1991) pula, BBM merupakan intipati dalam

membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar

memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan

kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang

perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan bahan bantu mengajar) bagi

merangsang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum.

2

Page 3: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

Musa Sulaiman (2005) , BBM adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan

murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Menurut Mohd

Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah dan Hajah Asmah binti Abd. Rahman

(2004), melalui penggunaan BBM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak

pergerakan yang dilakukakan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa

menjalankan aktiviti tersebut.

Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar.Menurut Atan Long (1982), bahan-

bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar terdapat pelbagai jenis antaranya dalam bentuk

buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Bahan-bahan yang menyokong penyampaian

pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’.

Bagi Noraziah Abdul Hamid (1981) pula, bahan bantu itu mestilah dianggap sebagai satu

bahagian yang padu dalam proses pembelajaran. Ia bertujuan menambah kelancaran

perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu

mempercepatkan proses pemahaman mereka. Bahan pengajaran adalah perkara yang berkait

rapat dengan pengajaran seseorang guru. Selain pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan

dalam sesuatu pengajaran, bahan pengajaran mempunyai peranan yang besar dalam menentukan

kelicinan dan keberkesanan pengajaran (Leela Mohd Ali dan Graham Thurgood, 1991). Ikhsan

dan Norila (2005) mendefinisikan BBM sebagai bahan yang digunakan oleh guru bagi

menggerakkan proses pengajaran dan pembelajaran ke arah mencapai objektif sesuatu

pengajaran dan pembelajaran. Bagi Musa Sulaiman (2005) pula, BBM adalah segala

kelengkapan yang digunakan oleh guru dan murid untuk membantunya dalam menyampaikan

pengajaran di dalam kelas.

Walau apapun takrifan yang diberikan oleh sarjana terhadap BBM, semua definisi di atas

jelas menekankan bahawa bahan bantu mengajar (BBM) merupakan benda, alat atau bahan yang

digunakan bagi memudahkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bolehlah

disimpulkan bahawa BBM adalah satu alat sokongan guru yang amat penting dalam membantu

mereka menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan ianya

melibatkan penggunaan deria penglihatan dan pendengaran seseorang pelajar.

3

Page 4: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

Objektif Penulisan

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneliti tentang ciri-ciri bahan bantu mengajar

yang dapat mempengaruhi peningkatan pencapaian murid. Selain itu, mengenalpasti hubungan

antara keberkesanan penggunaan bahan bantu mengajar dengan pencapaian murid.

Penentuan kompenan kerangka kajian

Kompenan kerangka teori ini berasasakan kepada, penulisan Allan Ornstein, Thomas Lasley

(2003), seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha mempertingkatkan

prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan serta menitik

beratkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai hasrat itu.

Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk

diketengahkan kepada murid-murid mereka iaitu:-

a.    Kesesuaian

Alat dan bahan yang dibina dan dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar supaya alat atau bahan

tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang atau pun boleh digunakan untuk murid-

murid belajar sendiri.

b.    Kos

Bahan yang dibina atau dibeli sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimana

pun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak pada mahal atau

murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaan akan lebih bererti jika bahan-bahan

tersebut dibina oleh pelajar sendiri.

c.    Ketepatan maklumat.

Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamakan maklumat yang tepat kepada

pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio dan sebagainya. Ketepatan maklumat

juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun,

biru untuk langit dan sebagainya.

4

Page 5: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

d.    Mudah alih

Guru juga harus memastikan sama ada alat yang dipilih itu digunakan di dalam bilik lain atau

tidak, atau pun alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain.

Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan

pelajaran atau bahagian tertentu sahaja.

e.    Jangka masa

Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya

alat atau bahan boleh digunakan semaksimun yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang

pendek, alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku

pembaziran masa.

Penentuan Kerangka Kajian

Di dalam system resource model pula, pencapaian murid akan meningkat apabila guru

mengamalkan ciri – ciri keberkesanan bahan bantu mengajar. Di dalam goal model pula

menerangkan tentang pencapaian pelajar meningkat jika dalam proses PdP guru menggunakan

bahan bantu mengajar mengikut ciri - ciri bahan bantu mengajar yang berkesan.

• Resource – input model

(Ciri – ciri keberkesanan BBM)

• Process model

(Proses PdP)

• Goal model

(Pencapaian murid)

5

Page 6: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

Pembentukan kerangka kajian

Rajah1.1: Kerangka Teori Model Kajian Model Input -Output System dan Goal.

6

Kesesuaian

Kos

Mencabar

Mudah alih

Ketepatan

BBM yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran

Kos bahan sesuai dengan kewangan sekolah

Mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar

digunakan bagi keseluruhan pelajaran atau bahagian tertentu sahaja.

Bahan menepati objektif pengajaran

Bahan menepati objektif pengajaran

Peningkatan pencapaian murid

Page 7: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

Penerangan Kerangka Kajian.

Berdasarkan gabungan ciri-ciri keberkesanan bahan bantu mengajar mengikut Allan Ornstein,

Thomas Lasley (2003), seseorang guru yang proaktif ialah guru yang sentiasa berusaha

mempertingkatkan prestasi pelajarnya mempelajari sesuatu kemahiran bacaan dengan berkesan

serta menitik beratkan penggunaan bahan bantu mengajar sebagai landasan utama bagi mencapai

hasrat itu. Sesuatu ABM yang hendak dibina mestilah mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian

untuk diketengahkan kepada murid-murid mereka.

Model input terdiri daripada kesesuaian, kos, mencabar, mudah alih, ketepatan.

Manakala proses ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah.

Model output terdiri daripada peningkatan pencapaian murid pada akhir proses.

Rumusan

Sebagai kesimpulannya kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang melibatkan

penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya pelajar berpendapat Bantu Bantu

Mengajar yang digunakan oleh guru berupaya menarik minat mereka. Dengan kata lain memang

wujud hubungan positif di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan pencapaian murid .

Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru telah dapat mengelak kebosanan pelajar dalam

kelas dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif terhadap

pengajaran dan pembelajaran. Bahan Bantu Mengajar yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya.

Walau bagaimanapun tidak kira apa jua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalam

pengajaran pembelajaran,yang perlu dipastikan ianya mesti dapat menyediakan suasana

pembelajaran yang memberangsangkan minat murid dan meningkatkan pencapaian murid.

7

Page 8: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

Cadangan

Berdasarkan kepada kesimpulan yang telah didapati, pengkaji cuba memberi beberapa cadangan

dan strategi yang dirasakan sesuai dalam PdP berbantukan Bahan Bantu Mengajar agar dapat

dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Cadangan Untuk Guru.

a. Guru-guru perlulah meningkatkan kemahiran diri dalam menghasilkan dan mengendalikan

Bahan Bantu Mengajar supaya dapat memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. Guru perlu bersedia

menghadiri kursus yang berkaitan dengan Bahan Bantu Mengajar.

b. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar hendaklah

dijalankan dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat kesan positif.

Cadangan Untuk Pihak Sekolah

a. Sentiasa peka dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar berbentuk perisian yang terdapat di

pasaran dan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi mendapatkannya.

b. Menyediakan kemudahan prasarana seperti bilik tayangan dan peralatan terkini terutama

media alat pandangan dengar.

c. Merancang dan mengadakan aktiviti penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang terancang dan

berkesan dengan bantuan guru yang berkenaan.

8

Page 9: Keberkesanaan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Bina Kerangka

Rujukan

Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1)m.s. 22 – 26.

Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan PencapaianAkademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.

Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kitamemahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 –15.

Azman Awang (1988). Imej Guru Matematik : Suatu Kajian Kes Di Sek. Men.Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Muda UTM

Crow dan Crow (1983). Psikologi Pndidikan Untuk Penguruan (TerjemahanHabibah Elias). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rohaya Hassan (2003). Tahap pengetahuan dan kemahiran komputer dari perspektif guruPendidikan Islam di daerah Kuala Trengganu. Latihan Ilmiah Sarjana Pendidikan. Bangi:Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rosini Abu Bakar & Ramlah Hamzah (1998). Pedagogi 1 : Kurikulum Dan Pengajaran BilikDarjah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Seidman, S.A (1986). A survey Of School Teacher Utilization Of Media. EducationalTechnology, Oct. 1986.

Siti Fatimah Ahmad dan Ab. H (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan BantuMengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic andArabic Education 2(2). Hlm. 53-64.

Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir dan Baharuddin Aris . Simulasi Menerusi Web:Persepsi pelajar terhadap pembelajaran WWWS. Fakulti Pendidikan, Universiti TeknologiMalaysia.

Yusup Hashim (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Shah Alam : FajarBakti Sdn. Bhd.

9