Keberkesanan Dan Kejayaan Program RMT

3
Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan. Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit. Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan. Menjaga kebersihan gigi dengan cara yang betul. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul. Membawa balik pengetahuan, sikap dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat. Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan yang seimbang. 3.1 Cadangan Penambahbaikan Program RMT Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan menu makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi. Selain itu, pihak sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan setiap hari.

Transcript of Keberkesanan Dan Kejayaan Program RMT

Page 1: Keberkesanan Dan Kejayaan Program RMT

Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT

Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam

program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah

berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan.

Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama

sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk

mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.

Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan. Menjaga kebersihan gigi

dengan cara yang betul. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk

dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan

menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul. Membawa balik pengetahuan, sikap

dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.

Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan

yang seimbang.

3.1 Cadangan Penambahbaikan Program RMT

Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan menu

makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu

makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi. Selain itu, pihak

sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan setiap hari.

Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan. Ini adalah

untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang

kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat

membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan

makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.

Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci tangan dengan cara

yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara

membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid

Page 2: Keberkesanan Dan Kejayaan Program RMT

yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan

demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.

Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh disampaikan

kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui

tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan

murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan

mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.

Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan untuk murid-

murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin

dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada

murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu

daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.

Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi

kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi. Kajian

mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat

kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri

yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 % murid

RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.

Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak

gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan

peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta

menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.