KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... ·...

24
KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN TAMAN REKREASI KOLAM AIR PANAS DI NEGERI PERAK SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN KESIHATAN FAUZIAH CHE LEH NASIR NAYAN YAZID SALEH MOHD HAIRY IBRAHIM KOD PENYELIDIKAN: 08-06-25-07 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010

Transcript of KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... ·...

Page 1: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN TAMAN REKREASI KOLAM AIR PANAS DI

NEGERI PERAK SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN KESIHATAN

FAUZIAH CHE LEH NASIR NAYAN YAZID SALEH

MOHD HAIRY IBRAHIM

KOD PENYELIDIKAN: 08-06-25-07

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2010

Page 2: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

PENGAKUAN

Kami mengaku Laporan Akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Fauziah Che Leh, Nasir Nayan, Yazid Saleh dan Mohd Hairy Ibrahim kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya kami jelaskan sumbernya.

2 Disember 2010

Fauziah Che Leh

Page 3: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

PENGHARGAAN

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana memberi sokongan moral, kewangan dan masa bagi menjalankan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Fakulti Sains Kemanusiaan yang banyak membantu dan memberi laluan sehingga terhasilnya penyelidikan ini. Penghargaan kami juga kepada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama membenarkan kami membuat rujukan. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pemilik kolam air panas, responden kajian seterusnya pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penyelidikan ini

Page 4: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan menjelaskan aktiviti pelancongan kesihatan berasaskan unsur semulajadi iaitu dengan menggunakan kolam air panas sebagai kaedah merawat penyakit secara luaran yang mula mendapat tempat dalam kalangan pelancong tempatan. Perbincangan akan dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu: kajian semula pola keseluruhan dan status kolam air panas di lokasi sekaligus menjelaskan kepentingan pelancongan kesihatan di beberapa tempat di Negeri Perak. Bahagian kedua akan membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan cabaran dan peluang bagaimana aktiviti pelancongan kesihatan berasaskan sumber semulajadi dapat dipertingkatkan di lokasi kajian. Bahagian seterusnya akan membincangkan aspek yang perlu dipertimbangkan ke arah pembentukan dasar untuk memajukan lagi sektor pelancongan kesihatan di Malaysia. Pembentukan dasar baharu perlu dilaksanakan segera memandangkan perubahan gaya hidup sudah pun meningkatkan kesedaran setiap individu untuk menjaga kesihatan. Perubahan trend di peringkat global telah menghasilkan aktiviti pelancongan jarak dekat khususnya yang dilakukan pada hujung minggu. Keadaan ini telah meningkatkan persaingan dalam kalangan lokasi pelancongan. Setiap tempat perlu memasarkan kelebihan dan keunikan masing-masing terutamanya dari aspek sumber semulajadi dan tarikan yang dibina khusus di lokasi terlibat. Dalam konteks ini, strategi pemasaran tempat perlu kreatif terutamanya dalam mengenal pasti kekuatan tempat bagi menggalakkan pelancong berkunjung. Isu kualiti perlu diselarikan dalam pembangunan aktiviti pelancongan. Ini kerana aktiviti pelancongan yang berkualiti terus menjadi isu utama polisi pelancongan pada peringkat global. Dengan menggunakan analisis SWOT, kedudukan tempat dapat ditentukan berdasarkan kepada faktor yang mempengaruhi pengunjung ke lokasi

iv

Page 5: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

THE EFFECTIVENESS, VARIETY AND FUTURES OF HOT SPRINGS IN PERAK STATE AS A HEALTH TOURISM DESTINATION

ABSTRACT

This research attempts to describe health based ecotourism using hot springs as external treatment popular among local tourists. The discussion will be divided into three parts. First part covers the location and the status of the hot springs as tourist attractions in Perak. Second part covers challenges and potentials of these health base ecotourism attractions. Lastly, discussion will be on areas and potentials for developing policies to promote health related tourism in Malaysia. New policy must urgently be implemented due to fast changing public awareness and attitude towards healthy life. Global trend changes have resulted in increase short distance weekend health-related tourism. Thus, resulting in stiffer competition among the hot springs. Each service provider must increase their marketing creativity to highlight each and every aspect of services and specialties. Quality of services must run in line with tourism development activities. This is due in part to quality of tourism activities will continue to top the list of concern in tourism policy at global level. Using SWOT analysis, the ranking of these hot spring provider will be decided on the factors influencing the visitor arrivals.

v

Page 6: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL xii SENARAI RAJAH xiii SENARAI PETA xiii SENARAI FOTO xiii SENARAI SINGKATAN xvi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Persoalan Kajian 5

1.3 Rangka Kerja Konsep, Orientasi dan Skop Kajian 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Andaian Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Organisasi Penulisan Laporan 13

vi

Page 7: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

BAB 2

PELANCONGAN, PELANCONGAN EKOLOGI, PELANCONGAN KESIHATAN DAN PELANCONGAN LESTARI: SATU SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pelancongan 16

2.3 Geografi Kesihatan 21

2.3.1 Definisi Pelancongan Ekologi 23

2.3.2 Definisi Pelancongan kesihatan 30

2.4 Pembangunan Lestari 37

2.4.1 Pembangunan Pelancongan Lestari 41

2.5 Kesimpulan 48

vii

Page 8: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

BAB 3

KAEDAH KAJIAN

3.1 Pengenalan 49

3.2 Strategi Kajian 50

3.3 Kerangka Persampelan 52

3.4 Pengumpulan Data 52

3.4.1 Soal selidik 52

3.4.2 Temu bual 53

3.5 Kajian Rintis 54

3.6 Penganalisisan Data 56

3.7 Masalah semasa Kajian 58

3.8 Kesimpulan 59

viii

Page 9: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

BAB 4

DAPATAN KAJ1AN

4.1 Pendahuluan 60

4.2 Latar Belakang Kawasan Kajian 61

4.3 Analisis Kawasan 63

4.3.1 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 64 Ancaman Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungkai

4.3.2 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 68 Ancaman Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah

4.3.3 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 71 Ancaman Kolam Perubatan Air Panas Trong, Taiping

4.3.4 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 74 Ancaman Chalet Air Panas Pengkalan Hulu

4.3.5 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 76 Ancaman Kolam Air Panas Kg. Ara Panjang, Kuala Kangsar

4.3.6 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 78 Ancaman Tambun Hot Spring

4.3.7 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 80 Ancaman Kolam Air Panas Slim Village

4.3.8 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 82 Ancaman Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai

4.3.9 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan 85 Ancaman Kolam Air Panas Grik

4.4 Profil Pengunjung Taman Rekreasi Air Panas 87

IX

Page 10: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

Sg. Kiah, Kolam Perubatan Air Panas, Trong dan Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah

4.4.1 Kepenggunaan Taman Rekreasi Air Panas 89 (TRAP) Sungai Klah, Sungkai

4.4.2 Kepenggunaan Kolam Perubatan Air Panas, 103 Trong Taiping

4.4.3 Kepenggunaan Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah 110

4.5 Kesimpulan 115

Page 11: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

BAB 5

PEMATUHAN KONSEP PEMBANGUNAN PELANCONGAN LESTARI

5.1 Pembangunan Pelancongan Lestari di TRAP Sg. Klah, 116 Kolam Air Panas Trong dan Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah: Satu Analisis

5.2 Elemen Pelancongan Lestari Dalam TRAP Sg. Klah, 122 Kolam Perubatan Air Panas Trong dan Hutan Lipur Kuala Woh,

Tapah

5.3 Cadangan dan Implikasi 124

5.4 Kesimpulan 129

XI

Page 12: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

Senarai Jadual

2.1 Impak Pelancongan Secara Umum 27

2.2 Empat Tunjang Utama Pelancongan Lestari (Destinasi) 44

2.3 Prinsip Utama Pelancong dalam Pelancongan Lestari 45

2.4 Petunjuk Utama Pelancongan Lestari 47

4.1 Profil Demografi Pengunjung Taman Rekreasi Air Panas 88 Sg. Klah, Kolam Perubatan Air Panas, TrongTaiping dan Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah (n= 61)

4.2 Tempat Tinggal Responden Kini 90

4.3 Kekerapan Lawatan Responden 94

4.4 Tujuan Lawatan Responden ke Lokasi 94

4.5 Faktor Pilihan Lokasi 98

4.6 Bandar Tempat Tinggal Responden 104

4.7 Pihak yang Mempengaruhi Pilihan Lokasi 105

4.8 Kekerapan ke Lokasi 106

4.9 Tujuan Kunjungan ke Lokasi 107

4.10 Sumber Maklumat Lokasi 108

4.11 Faktor Pilihan Lokasi 109

4.12 Bandar Tempat Tinggal Kini 111

4.13 Bangsa 112

4.14 Pihak yang Mempengaruhi Pilihan Lokasi 112

4.15 Kekerapan Kedatangan Pelancong ke Lokasi 114

5.1 Sumber jaya di Lokasi Kajian 120

xii

Page 13: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

Senarai Rajah

1.1 Rangka Kerja Konsep dan Orientasi Kajian 8

3.1 Aktiviti dan Kaedah Kajian 51

4.1 Sumber Maklumat Lokasi TRAP Sg.Klah 96

Senarai Peta

4.1 Kedudukan Kolam Air Panas di Negeri Perak 62

Senarai Foto

4.1 Sistem jalan raya yang baik menghubungkan TRAP Sg. Klah 65 dengan jalan utama

4.2 Kolam air panas semulajadi yang direntasi oleh jambatan 65

4.3 Setiap kolam air panas mempunyai suhu berbeza 65

4.4 Kolam air panas terbuka 65

4.5 Persekitaran Fizikal Hutan Lipur Kuala Woh 69

4.6 Rama-Rama Rajah Brooke antara daya tarikan lokasi 69

4 J Papan tanda menunjukkan kolam air panas 69

4.8 Kedudukan kolam air panas dalam kawasan kolam gunung 69 menyebabkan ramai pengunjung tidak sedar kewujudannya

4.9 Persekitaran fizikal kolam perubatan air panas, Trong di Taiping 72

Page 14: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

4.10 Pengunjung mengambil kesempatan merendam kaki dalam baldi 72 yang diisi air panas

4.11 Kolam terbuka yang mampu memuatkan hanya sejumlah 72 pengunjung pada sesuatu masa

4.12 Keunikan Kolam Air Panas Trong pernah disiarkan oleh 73 sebuah akhbar melayu tempatan

4.13 Keberkesanan kaedah rawatan kolam air panas Trong 73 pernah disiarkan oleh sebuah akhbar cina tempatan

4.14 Pembangunan di kawasan sekitar menyebabkan suhu 75 kolam menurun

4.15 Lapisan belerang yang melekat pada lantai apabila kolam 75 dikeringkan

4.16 Kolam 'Ibu' yang menjadi punca utama sumber air panas 75

4.17 Lapisan belerang yang tebal dalam kolam jelas kelihatan 75

4.18 Lapisan belerang yang tebal dalam kolam jelas kelihatan 76

4.19 Kolam yang disediakan tak terjaga 76

4.20 Tiada pengunjung ditemui sepanjang lawatan ke lapangan 76 dijalankan

4.21 Peraturan menggunakan kolam dipamerkan di papan 79 kenyataan berdekatan

4.22 Hanya air pancut yang dikeluarkan oleh singa mempunyai 79 suhu 40°C sedangkan keseluruhan kolam mempunyai suhu biasa

4.23 Persekitaran Fizikal Kolam Air Panas buatan manusia 79

XIV

Page 15: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

4.24 Persekitaran Fizikal Kolam Air Panas Slim Village 80

4 25 Pandangan kolam air panas utama 80

4.26 Kolam Ibu' yang mempunyai suhu 104 °C dan merupakan 80 kolam air panas paling tinggi suhu di Negeri Perak

4.27 Lapisan belerang - masalah lazim yang dihadapi oleh kolam 80 air panas

428 Papan Tanda Kolam Air Panas Lubuk Timah 82

4.29 Persekitaran Fizikal Tapak Perkelahan dan Kolam 82 Air Panas Lubuk Timah

4.30 Kolam 'Ibu' yang merupakan punca sumber air panas 84

4.31 Kolam 'Anak' yang mempunyai suhu lebih rendah 84 dan bersih untuk digunakan

4.32 Persekitaran kolam buatan yang menarik 84

4.33 Antara kemudahan asas yang terdapat di lokasi 84

4.34 Persekitaran fizikal kolam yang terbiar 85

4.35 Kolam air panas tertutup 92

4.36 Kemudahan Trek Rawatan Refleksiologi 92

xv

Page 16: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

SENARAI SINGKATAN

PBT Pihak Berkuasa Tempatan

SWOT Strength, Weakness, Opportunities, Threats

TRAP Taman Rekreasi Air Panas

XVI

Page 17: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Pada zaman ini, aktiviti pelancongan telah berkembang menjadi satu

keperluan bagi setiap manusia setaraf dengan keperluan hidup Iain yang diadakan

dengan pelbagai tujuan dan pilihan destinasi. Peningkatan permintaan dalam

sektor ini menyebabkan bidang pelancongan telah berkembang menjadi satu

industri yang penting dan mengambil tempat utama dalam pertumbuhan ekonomi

di sesebuah kawasan. Aktiviti pelancongan bermula apabila terdapatnya trend

pelancongan beramai-ramai ke destinasi tertentu. Pelancongan secara 'beramai-

ramai' dengan pelbagai tujuan ke tempat-tempat popular menyebabkan munculnya

konsep 'mass tourism' sejak tahun 1950-an lagi. Sepanjang tempoh tersebut,

pasaran pelancongan telah melalui pelbagai fasa perubahan dan peningkatan.

Kebanyakan 'mass tourism' yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak mampu

memenuhi kepuasan pelancong kerana permintaan terhadap produk didapati

semakin kompleks.

Setiap individu melancong dengan pelbagai tujuan atau bermotifkan

sesuatu dan kebanyakan alasan untuk mengembara wujud kerana ingin

mengalami pengalaman sebenar di lokasi terlibat Epperson (1983) membina

model yang merangkumi faktor dorongan untuk melakukan perjalanan yang

1

Page 18: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

dikelaskan sebagai 'faktor tarikan' dan cfaktor tolakan\ Faktor tarikan biasanya

tnenjjuk kepada sesuatu yang boleh dirasai dan dilihat oleh pancaindera seperti

keindahan pemandangan dan mendorong manusia ke sesuatu destinasi kekal

menjadi alasan penting mereka melakukan perjalanan. Faktor-faktor tarikan

snerangkumi elemen manusia, tempat dan aktiviti. Misalnya pengaruh rakan-

rakan, sanak saudara, tarikan kawasan, tempat bersejarah, acara sukan, acara

budaya, acara pendidikan serta aktiviti berasaskan rekreasi. Manakala faktor

tolakan merupakan motivasi, keperluan dan cara pemikiran yang wujud dalam diri

kita mendorong untuk melakukan perjalanan seperti melancong bertujuan mencari

cabaran, prestij, pengiktirafan, pengalaman berbahaya, keanehan atau sesuatu

yang baharu, mencari ketenangan atau tujuan beristirehat.

Sejak akhir-akhir ini, aktiviti pelancongan memerlukan penawaran

produk yang bukan sekadar berbentuk pentasan semata-mata kerana

kecenderungan pelancong yang ingin turut serta merasai sendiri dan memperolehi

pengalaman sebenar di lokasi. Misalnya, aktiviti pelancongan berbentuk

'homestay' merupakan antara produk pelancongan yang semakin menarik minat

para pelancong antarabangsa untuk mengenali adat dan budaya pelbagai kaum di

Malaysia. Menurut Krippendorf (dalam Hall & Weiler, 1992), pelancong pada era

baharu memerlukan produk pelancongan sebenar yang meliputi destinasi yang

boleh memberi kepuasan secara mendalam. Kepuasan pelancong akan dipenuhi

dengan kemunculan 'minat pelancong secara khusus' (special interest tourism)

atau pelanggan bertujuan khas. Dalam konteks ini, pelancongan kesihatan

terutamanya kunjungan ke kolam air panas perlu diberi penekanan. Industri

2

Page 19: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

pelancongan yang berkaitan dengan kesejahteraan kesihatan (wellness tourism)

dan kesegaran (fitness) dikatakan sangat berpotensi untuk pertumbuhan dan

perkembangan yang lebih memberangsangkan pada masa hadapan (Standeven

dan Knop, 1999). Pelancongan kesejahteraan memainkan peranan penting

sebagai penyumbang kepada industri pelancongan yang popular dan mempunyai

pasaran global. Sebagai contoh di Negara Cuba, (dikategorikan sebagai sebuah

negara kurang membangun) bidang pelancongan kesihatan sangat dominan

dalam membantu pertumbuhan ekonomi negara kerana sektor ini mendatangkan

pendapatan yang cukup bernilai (NACLA, 1997). Sementara itu, bidang

pelancongan di Malaysia mula dibangunkan sejak tahun 1970-an dan sehingga

kini ia menjadi satu industri penting dan memberi sumbangan besar terhadap

pertumbuhan ekonomi negara.

Malaysia terdiri daripada sebuah negara berbilang kaum dan kaya

dengan pelbagai adat dan budaya yang diwakili oleh adat dan budaya orang

Melayu, Cina dan India. Dengan kelebihan ini, langkah mempromosikan

pelancongan berasaskan perayaan, pelancongan etnik, pelancongan seni dan

warisan, pelancongan sukan, pelancongan alam sekitar dan pelancongan membeli

belah telah diambil sebagai strategi pemasaran produk pelancongan sehingga ke

peringkat antarabangsa. Setakat ini, pelancongan kesihatan belum dipromosikan

secara meluas sebagaimana produk-produk pelancongan yang lain. Dalam kes di

Malaysia, pelancongan kesihatan merujuk kepada pelancongan perubatan

(Malaysia, 1999). Pelancongan jenis ini biasanya dikaitkan dengan usaha merawat

penyakit. Meskipun begitu, bidang pelancongan kesihatan bukan hanya terhad

3

Page 20: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

kepada rawatan sahaja tetapi merangkumi juga pelancongan penjagaan kesihatan

(pelancongan spa), pelancongan kesihatan dengan rekreasi dan perjalanan yang

disertai dengan perkhidmatan kesihatan (Goodrich, 1993). Masyarakat di negara

maju aktif dalam aktiviti pelancongan kesihatan bertujuan mendapat rawatan

terhadap penyakit yang dihidapi di samping meningkatkan taraf kesihatan akibat

kesibukan bekerja, kurang rehat, diet tidak seimbang dan cabaran hidup. Justeru

itu, konsep pelancongan kesihatan telah dibentuk iaitu:

'usaha memperkenalkan kemudahan pelancongan atau

destinasi untuk menarik pelancong melalui promosi

kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan

termasuklah kemudahan tambahan kepada pengunjung

sepanjang tempoh lawatan."

(Goodrich, 1993:36)

Aktiviti pelancongan bukan satu fenomena atau set sampel industri.

Ini kerana ia merupakan aktiviti manusia yang merangkumi perlakuan manusia,

kegunaan sumber dan juga interaksi antara manusia, ekonomi dan alam sekitar

yang melibatkan pergerakan fizikal pelancong ke tempat lain luar daripada tempat

kediaman mereka. Kebanyakan tujuan pelancongan di dunia adalah untuk

berekreasi. Walaupun menunjukkan kegunaan masa lapang individu, sesetengah

pelancongan dilakukan kerana keadaan yang mendesak seperti disebabkan aktiviti

perdagangan dan keperluan kesihatan. Kesedaran penjagaan kesihatan yang

semakin tinggi dalam kalangan penduduk dunia diramalkan merancakkan lagi

4

Page 21: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

perkembangan aktiviti pelancongan berasaskan kolam air panas pada masa akan

datang.

1.2 Persoalan Kajian

Bidang pelancongan kesihatan berasaskan sumber semulajadi

merupakan produk baharu yang mampu menarik minat para pelancong berkunjung

ke sesuatu lokasi pelancongan khususnya yang terletak di pinggir atau luar

bandar. Kawasan rekreasi berkonsepkan sumber kolam air panas semulajadi yang

dipercayai kaya dengan khasiat tersendiri khususnya dalam merawat penyakit

secara luaran seperti strok, sakit kulit, gout, sakit sendi (otot), insomnia dan Iain-

lain. Takungan air yang sentiasa panas dan mempunyai kandungan sulfur boleh

dijadikan sebagai kaedah rawatan penyakit luaran. Secara fizikalnya, kedudukan

Taman Rekreasi Air Panas (TRAP) yang terletak jauh dari kesibukan kota mampu

mewujudkan suasana 'privacy' sesuai untuk menenangkan fikiran. Keunikan TRAP

adalah takungan kolam air panas semulajadi dan kawasan sekitar dikelilingi oleh

kawasan agro pertanian serta hutan simpan kaya dengan pelbagai spesies flora

dan fauna mampu meredakan ketegangan yang dihadapi. Kombinasi ini

menghasilkan destinasi pelancongan kesihatan yang harmoni dan mampu

menenangkan fikiran para pengunjung.

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis, status dan potensi

pelancongan kesihatan di seluruh Negeri Perak dengan merujuk khusus kepada

5

Page 22: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

kolam air panas sebagai daya tarikan lokasi bagi aktiviti pelancongan jenis ini.

Kedudukan setrap TRAP sebagai lokasi pelancongan kesihatan yang terdapat di

seluruh Negeri Perak akan ditentukan seterusnya meramal masa depan destinasi

berdasarkan kepada kelebihan lokasi semulajadi dan juga buatan.

Dalam era globalisasi, persaingan antara tempat pelancongan

rnenjadi semakin sengit dan setiap tempat perlu menonjolkan keunikan dan

kelebihan dengan mengkomodifikasikan sumber tempatan yang dimiliki sama ada

berbentuk sumber semulajadi atau ciptaan manusia agar tempat pelancongan

mempunyai kelebihan daya saing. Perubahan trend pelancongan global kepada

cuti hujung minggu yang pendek tempohnya dan jarak lokasi pelancongan yang

tidak jauh dari tempat tinggal memudahkan pengamal-pengamal kaedah rawatan

tradisional melakukan kunjungan. Unsur semulajadi lokasi rnenjadi pilihan kepada

trend pelancongan kesihatan pada masa kini terutamanya yang belum dikomersial

sepenuhnya sebagai kaedah rawatan kesihatan secara luaran. Elemen ini perlu

diambil kira dalam proses perancangan pembangunan kawasan rekreasi atau

pusat pelancongan kerana pelancong biasanya mencari identiti tempat

berdasarkan kepada kelebihan semulajadi tempat tersebut.

6

Page 23: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi

1.3 Rangka Kerja Konsep, Orientasi dan Skop Kajian

Rajah 1.1 menunjukkan rangka kerja konsep yang dibentuk dalam

usaha menerangkan permasalahan kajian. Walaupun tidak dapat dinafikan

terdapat pelbagai faktor lain turut mempengaruhi aktiviti pelancongan kesihatan di

lokasi, namun dalam kajian ini tumpuan akan diberikan kepada usaha mengenal

pasti jenis, status dan potensi pelancongan kesihatan berasaskan kolam air panas

di seluruh Negeri Perak. Dengan kata lain, kajian ini memfokuskan kepada

elemen keberkesanan, kepelbagaian dan masa depan TRAP sebagai destinasi

pelancongan kesihatan yang popular pada masa hadapan. Kedudukan setiap

TRAP di Negeri Perak sebagai lokasi pelancongan kesihatan akan ditentukan

seterusnya meramal masa depan destinasi berdasarkan kepada kelebihan lokasi

semulajadi dan juga buatan. Persaingan antara tempat pelancongan menjadi

semakin sengit dan setiap tempat perlu menonjolkan keunikan dan kelebihan

dengan mengkomodifikasikan sumber tempatan yang dimiliki sama ada berbentuk

sumber semulajadi atau ciptaan manusia agar tempat pelancongan mempunyai

kelebihan daya saing.

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan kawasan (bagi keseluruhan

lokasi kajian) dan mengedarkan satu set borang soaf selidik (hanya melibatkan

lokasi yang dikunjungi oleh pengamal kaedah rawatan tradisional - TRAP Sg.

Klah, Kolam Perubatan Air Panas Trong dan Hutan Rekreasi Kuala Woh) kepada

responden yang sedang menjalani rawatan dan dipilih secara rawak bagi

mendapatkan data yang sesuai untuk menjawab objektif kajian yang dibina sesuai

7

Page 24: KEBERKESANAN, KEPELBAGAIAN DAN MASA DEPAN …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/451/1/KEBERKESANAN... · Perpustakaan Tun Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia atas kerjasama ... memenuhi