Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

18
KEBERKESANAN KURIKULUM KOLEJ VOKASIONAL DALAM MELAHIRKAN TENAGA MAHIR SEAWAL USIA 19 TAHUN. PENGENALAN Kolej Vokasional (KV) merupakan sebuah institusi yang ditransformasikan dari sistem sekolah menengah vokasional. Ia termasuk dalam Transformasi Pendidikan Vokasional yang mensasarkan Malaysia menuju negara maju menjelang tahun 2020. KV diwujudkan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan mampu untuk menjadi seorang yang mempunyai tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas seharian. Transformasi Pendidikan Vokasional ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahukan pelajar menguasai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (sTeM). Kementerian akan memastikan murid dilengkapi kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia yang sedang berubah dengan pengaplikasian sains, Teknologi, kejuruteraan dan Matematik (sTeM). Kementerian juga akan berusaha meletakkan asas di peringkat sekolah untuk memastikan negara mempunyai bilangan siswazah sTeM yang berkelayakan dan mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja industri untuk memacu ekonomi Malaysia (PPPM, 2013-2015). Kurikulum KV memainkan peranan penting dalam memastikan tahap penguasaan seseorang pelajar. Keupayaan seseorang pelajar

Transcript of Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

Page 1: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

KEBERKESANAN KURIKULUM KOLEJ VOKASIONAL DALAM MELAHIRKAN

TENAGA MAHIR SEAWAL USIA 19 TAHUN.

PENGENALAN

Kolej Vokasional (KV) merupakan sebuah institusi yang ditransformasikan dari sistem

sekolah menengah vokasional. Ia termasuk dalam Transformasi Pendidikan Vokasional yang

mensasarkan Malaysia menuju negara maju menjelang tahun 2020. KV diwujudkan bagi

memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan mampu untuk menjadi seorang

yang mempunyai tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas seharian.

Transformasi Pendidikan Vokasional ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahukan pelajar menguasai bidang Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik (sTeM). Kementerian akan memastikan murid dilengkapi

kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia yang sedang berubah dengan

pengaplikasian sains, Teknologi, kejuruteraan dan Matematik (sTeM). Kementerian juga akan

berusaha meletakkan asas di peringkat sekolah untuk memastikan negara mempunyai bilangan

siswazah sTeM yang berkelayakan dan mencukupi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja

industri untuk memacu ekonomi Malaysia (PPPM, 2013-2015).

Kurikulum KV memainkan peranan penting dalam memastikan tahap penguasaan

seseorang pelajar. Keupayaan seseorang pelajar itu diukur melalui penilaian yang dijalankan

sepanjang tempoh pengajian. KV juga menawarkan kurikulum yang disusun semula dan pada

peringkat sijil dan diploma yang diakreditasi iaitu Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Sijil

dan diploma ini diiktiraf untuk mendapatkan kredit di bawah standard kebangsaan dan

antarabangsa. Kurikulum diploma yang baharu ini mengandungi 70 peratus latihan kemahiran

praktikal dan 30 peratus pendidikan akademik umum. Kurikulum ini juga melibatkan komponen

latihan industri selama enam bulan. Pelbagai rakan kongsi industri dirujuk bagi memastikan

keselarasan dengan standard dan amalan industri.

Page 2: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

Pelajar-pelajar KV diuji dan dinilai setiap semester dari mereka berumur 16 tahun

sehingga 19 tahun. Oleh itu, sejauh manakah keberkesanan kurikulum Kolej Vokasional ini di

dalam melahirkan graduan seawal umur 19 tahun? Adakah ia dapat memenuhi keperluan dan

menyumbangkan tenaga kepada negara menjelang tahun 2020?

LATAR BELAKANG MASALAH

Kurikulum merupakan salah satu perkara penting di dalam sesebuah institusi pendidikan.

Kurikulum ialah dokumen yang mengandungi rancangan Pembelajaran dan Pengajaran (P&P)

yang mempunyai objektif psikomotor, efektif dan kognitif bagi sesuatu subjek. Ia berperanan

sebagaigaris panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Kurikulum

Pendidikan di Malaysia dibina selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu bagi

melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Penyelarasan Kurikulum Kolej Vokasional dengan Negara lain.

Page 3: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

Kurikulum KV yang telah dilaksanakan ketika ini selaras dengan konsep pendidikan

voksional di peringkat antarabangsa. Kurikulumnya yang lebih memberi keutamaan kepada kerja

amali berbanding akademik. Sepanjang sesi pengajian, pelajar-pelajar akan melalui 70 peratus

sesi amali manakala 30 peratus sahaja bagi bidang akademik. Bertepatan dengan konsep

kurikulum KV iaitu meorientasikan pembelajaran berasaskan pekerjaan. Sesi amali yang mereka

jalani ialah seperti latihan-latihan kemahiran mengikut bidang masing-masing. Contohnya,

pelajar dalam bidang elektrik akan lebih banyak membuat latihan berkaitan dengan elektrik

seperti kerja pendawaian, membaikpulih perkakas elektrik, motor elektrik dan sebagainya.

Bidang akademik pula pelajar-pelajar akan mempelajari mata pelajaran teras seperti Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan lain-lain.

Kelayakan pelajar lepasan Kolej Vokasional.

Bagi melayakkan pelajar-pelajar Kolej Vokasional memperoleh diploma, pelajar-pelajar

dinilai dan ditaksir setiap semester. Keseluruhan program ini akan mengambil masa selama 4

tahun iaitu sebanyak 8 semester. 2 tahun pertama pembelajaran merupakan program berasaskan

pra-diploma. Pelajar-pelajar dikehendaki mencapai CGPA sekurang-kurangnya 2.5 bagi

melayakkan mereka meneruskan ke tahun 3 dan 4. Selain itu, pelajar-pelajar perlu menjalani On

Job Training selam 3 bulan di sektor industri. Setelah pelajar-pelajar ini menamatkan pengajian,

mereka akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 dan Diploma Vokasional

Malaysia.

Kebolehan pelajar KV di sektor industri.

Di samping itu, pelajar-pelajar KV juga mampu untuk melakukan kerja-kerja separa

mahir di dalam sektor industri. Ini adalah kerana pelajar-pelajar telah mempinyai kemahiran

yang banyak semasa menuntut di KV. Kerja-kerja yang mereka lakukan juga setanding dengan

mereka yang keluar dari institusi kemahiran yang lain.

Had umur kelayakan bekerja di sektor industri.

Page 4: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

Graduan-graduan kolej vokasional akan menamatkan pengajiannya seawal umur 19

tahun. Umur sebegini ialah peringkat umur yang boleh dikatakan seseorang itu berada pada

peringkat awal dewasa. Umur seseorang yang telah dewasa mengikut undang-undang kontrak

pada umumnya adalah 18 tahun. Penetapan umur dewasa ini terpakai dalam semua bentuk urus

niaga kecuali jika dinyatakan sebaliknya (Muhammad Fathi, 2006). Mengikut Akta Pekerjaan

1955, seseorang yang berumur 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan bekerja di sektor industri.

Ketika pelajar-pelajar menjalani latihan industri atau On Job Training pada semester 7 dan

semester 8, mereka telahpun mencukupi umur 18 tahun untuk membolehkan mereka berada di

sektor tersebut. Ini sekaligus, membolehkan mereka layak untuk bekerja di dalam sektor industri

setelah menamatkan sesi pengajian mereka.

Kerjasama Kolej Vokasional dengan industri dalam negara.

Selain itu, kerjasama yang dijalinkan antara kolej vokasional dengan industri dalam

negara juga dapat memberikan peluang yang lebih banyak kepada pelajar lepasan kolej ini.

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) adalah di antara usaha yang dijalankan dalam

Transformasi Pendidkan Vokasional yang mana ia merupakan sistem yang dijalankan di dua

tempat iaitu 70 peratus di tempat kerja yang sebenar dan 30 peratus di institusi latihan bertauliah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu syarikat di Negara ini menyertai SLDN untuk melahirkan

tenaga kerja berkemahiran tinggi negara menjelang tahun 2020 (S.Anand Kumar,2012). Selain

daripada SLDN, setiap KV mempunyai kolaborasi dengan pihak industri setempat. Sebagai

contoh, Kolej Vokasional Port Dickson telah menandatangi Memorandum Persefahaman (MoU)

antara kerajaan dan syarikat-syarikat automobil seperti Amada Services Centre, Speed Tyre and

Battery Service Centre, Alang Ya'acob Auto Service Centre, FZL Auto Servis, BMV Auto Tech

Sdn Bhd, Miester Technology (M) Sdn Bhd, Awalynn Auto Service dan Weister Solution Sdn

Bhd. untuk menempatkan pelajar-pelajarnya mengadakan latihan industri pada tahun 2016.

Dengan kerjasama sebegini, kedua-dua belah pihak akan mendapat keuntungan dalam

memajukan kedua-dua sektor.

Pengetahuan dan kemahiran yang sama dengan institusi kemahiran lain.

Page 5: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

Kurikulum standard KV juga telah selari dengan Standard Kemahiran Pekerjaan

Kebangsaan (NOSS) di Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). NOSS adalah salah satu

dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang

bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai

ketrampilan tersebut. Kurikulum di KV mengambilkira kemudahan bagi graduan-graduan

lepasannya memiliki peluang pekerjaan yang sama dengan graduan-graduan daripada lepasan

institusi pengajian kemahiran yang lain. Jadi, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang masih menuntut

di KV tidak perlu risau dengan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian.

Page 6: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Memperbanyakan Isi Kandungan Akademik Ke Dalam Kursus- kursus Vokasional

Kaedah ini paling ringkas kerana usaha ke arah ini kadang kadang berlaku secara tidak

formal, di mana guru-guru mungkin memberi latihan-latihan yang bercorak akademik kepada

pelajar mereka. Contohnya membuat esei merentasi kurikulum, membuat pengiraan matematik

asas dalam kerja-kerja dibengkel dan ini dilakukan kerana asas-asas ini adalah di antara asas

yang diperlukan oleh majikan-majikan. Ini merupakan model yang paling biasa didapati di

mana-mana sekolah vokasional sekarang.

Penyatuan Guru-Guru Vokasional Dan Akademik

Bertujuan untuk Meningkatkan Kemahiran Akademik Dalam Pendidikan Vokasional.

Prinsip yang digunakan adalah prinsip team teaching (pengajaran koloboratif). Prinsip atau

konsep ini dijalankan menerusi empat pendekatan atau alternatif iaitu guru akademik mengajar

matapelajaran akademik kepada pelajar vokasional dalam kelas subjek vokasional dengan

menggunakan modul atau pengajaran yang lebih menjurus kepada keperluan bidang kerjaya

pelajar.Bidang akademik ini hanyalah sebahagian daripada keseluruhan topik-topik untuk kelas

tersebut. Kadang-kadang ia bertujuan sebagai pengukuhan sahaja.

Guru akademik hanya membantu guru vokasional dalam menyediakan bahan-bahan

untuk pengajaran sahaja. Pengajaran dilakukan oleh guru vokasional. Guru akademik bertindak

sebagai pembimbing kepada sesetengah pelajar dari kelas vokasional dalam membantu mereka

yang bermasalah secara intensif

Guru akademik memberi pengajaran lebih spesifik kepada aplikasi subjek beliau

terhadap mana-mana bidang vokasional. Pendekatan memerlukan guru akademik mengetahui

Page 7: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

dengan lebih dekat tentang keperluan subjek akademik beliau dalam bidang-bidang vokasional

yang tertentu.

Mengaitkan Kurikulum Akademik Dengan Alam Vokasional Dan Pekerjaan

Isi kandungan akademik digunakan secara nyata untuk menunjukkan aplikasinya.

Pengubahsuaian kurikulum akademik dibuat untuk menepati kehendak kerjaya masa depan

pelajar berbanding dengan pengubahsuaian kurikulum vokasional semata-mata. Pendekatan ini

melibatkan banyak aktiviti-aktiviti makmal (hands-on) dan kerja lapangan yang cuba

menghubungkaitkan diantara subjek-subjek akademik yang lain (interdisciplinary approach).

Dengan pendekatan ini, ibubapa akan lebih yakin dan terus memberikan kepercayaan

kepada aliran Vokasional yang boleh menjamin kejayaan dalam bidang kemahiran dimasa akan

datang. Sektor kemahiran akan berkembang dengan pesat dan menjadi satu bidang yang menjadi

tumpuan ramai terutama bagi anak-anak yang berminat dengan kerja-kerja kemahiran.

Penyelarasan Kedua-dua Kurikulum

Sukatan pelajaran diantara subjek-subjek akademik dan vokasional dirancang bersama

guru- guru dari kedua-dua model untuk supaya apa yang diajar dalam subjek akademik dan

vokasional mempunyai “horizontal alignment”.

Dalam hal ini mungkin guru- guru akademik dapat menggunakan masalah dalam subjek

vokasional yang dipelajari ketika ini sebagai contoh penyelesaian kepada konsep yang

diajarnya. Penyelarasan mungkin secara keseluruhan dan formal tetapi ia juga boleh dilakukan

secara tidak formal dan ringkas seperti hanya topik-topik yang tertentu sahaja yang diselaraskan

mengikut isu-isu yang hendak dibincangkan.

Page 8: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

Integrasi Melalui Projek Tahun Akhir ( Senior Project)

Membolehkan pelajar-pelajar tahun akhir dikehendaki membuat projek yang

menggabungkan antara matapelajaran lain dan penggunaan kemahiran dari bengkel kerja

vokasional. Pembinaan kurikulum untuk pendekatan ini adalah memberi tumpuan kepada

pendekatan penyelesaian masalah sebagai persediaan pelajar untuk projek akhir. Pelajar-pelajar

didedahkan dengan elemen-elemen penyelidikan yang dapat membantu mereka bekerja secara

individu dalam menyiapkan projek tersebut.

Kepelbagaian bidang Vokasional.

Kepelbagaian bidang yang diadaptasi sebagai sekolah dalam sekolah di mana ia terdiri

daripada guru-guru akademik seperti daripada matapelajaran Bahasa Inggeris, matematik dan

sains bersama-sama guru vokasional seperti elektronik, keusahawanan atau pertanian. Pelajar

dan guru akan berada tetap contohnya dalam empat matapelajaran ini yang dipanggil akademi

selama 2 atau 3 tahun. Struktur ini merupakan elemen penting dalam pendekatan akademi.

Bidang kemahiran perlu diperbanyakkan dan ditambahbaik. Contoh bidang yang boleh

ditambah adalah seperti bidang ICT, Penyelenggaraan Komputer, Penyelenggaraan Telefon

Bimbit dan banyak lagi yang boleh diketengahkan. Selain itu juga, jalinan hubungan yang rapat

dengan firma-firma luar yang berkaitan dengan akedemi masing-masing berkaitan teknologi.

Firma-firma ini bertanggungjawab dalam menyediakan motivasi tambahan yang diperlukan

mentor dan juga tempat untuk latihan amali disamping menjadi penaung selaras dengan status

Malaysia menuju Negara maju menjelang 2020.

Sekolah Magnet Dan Sekolah Tinggi (occupational High School)

Kedua-dua mekanisme yang menjurus kepada bidang kerjaya yang akan diikuti oleh

pelajar diperingkat IPT atau apabila di alam pekerjaan.

Sekolah-sekolah ini biasanya mempunyai fokus mereka sendiri seperti keusahawanan,

komputer atau elektronik. Semua guru disekolah ini menjuruskan pengajaran mereka kepada

Page 9: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

aplikasi kepada bidang fokus sekolah mereka. Pelajar diberi pendedahan awal terhadap alam

pekerjaan di tahap rendah persekolahan dan penekanan terhadap alam pekerjaan menjadi

bertambah spesifik atau menjurus apabila pelajar menaiki tahap persekolahan yang lebih tinggi.

Penekanan terhadap kedua-dua mekanisme ini adalah berfokuskan bidang kerjaya yang

luas yang merangkumi banyak pekerjaan dibawah satu bumbung kerjaya. Jika fokus terlalu

sempit terhadap sesuatu bidang maka kesukaran untuk menerapkan konsep integrasi kurikulum

akademik secara nyata akan dihadapi dan ini akan menghasilkan satu sekolah vokasional

tradisional atau berbentuk lama.

Kelompok Kerjaya (Occupational Cluster)

Organisasi sekolah terdiri daripada jabatan-jabatan dari kelompok kerjaya yang tertentu.

Jabatan-jabatan tersebut mungkin terdiri daripada jabatan pertanian, keusahawanan dan industri,

dan perkhidmatan awam. Guru-guru akademik diletakkan di dalam setiap kelompok akademik

yang berasingan. Diperingkat awal, semua pelajar didedahkan kepada pengenalan kepada

kesemua kelompok kerjaya yang ada. Penyatuan guru-guru akademik dan vokasional

merupakan tunggak kepada model integrasi ini.

KESIMPULAN

Setiap negara memerlukan pekerja yang berkemahiran dan berketrampilan dalam

memastikan perkembangan ekonomi dan perindustrian sesebuah negara itu terus berkembang.

Bagi memastikan keperluan ini dapat dipenuhi sesebuah negara memerlukan sistem pendidikan

teknik dan vokasional yang tersendiri bagi mencapai matlamat mereka.

Sistem Pendidikan Aliran Vokasional (PAV) merupakan satu langkah bijak yang diambil

Kementerian Pelajaran Malaysia seawal 13 tahun untuk menyahut kepentingan bidang

vokasional ini. Sistem pendidikan teknik dan vokasional ini merupakan satu dasar kerajaan dan

mempunyai hubungkait diantara PAV dengan Sistem Vokasional sedia ada bagi pelajar tingkatan

empat dan lima dalam melahirkan tenaga mahir. Sekolah-sekolah aliran vokasional ini juga telah

Page 10: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

dinaiktaraf kepada Kolej Vokasional (KV) yang menunjukkan langkah agresif kerajaan kearah

melahirkan tenaga mahir menempuh sasaran status Negara maju menjelang 2020.

Proses pembangunan ekonomi sesebuah negara berkait rapat dengan pembangunan

sumber manusia yang mampu dilaksanakan negara tersebut. Memandangkan negara kita sedang

menumpukan pembangunan ekonomi yang berteraskan industri dan teknologi, maka, adalah

sudah barang tentu harapan yang tinggi diletakkan terhadap peranan bidang pendidikan teknik

dan vokasional. Keupayaan sistem pendidikan teknik dan vokasional ini untuk dilaksanakan

dengan jayanya akan menentukan nasib masa depan wawasan negara bagi mencapai sebuah

negara maju. Dalam usaha untuk menyusun suatu kurikulum yang komprehensif bagi program

latihan dan pendidikan bidang ini sejajar dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia

menjelang tahun 2015, 10% pelajar di Malaysia memilih laluan vokasional manakala 20%

pelajar memilih lauan Vokasional menjelang tahun 2020 sempena Malaysia melangkah ke status

Negara maju.

Maka kerjasama yang erat adalah perlu diwujudkan secara ikhlas serta konsisten di antara

kerajaan dan swasta. Ini adalah perlu bagi memastikan lulusan pendidikan teknik dan vokasional

berupaya mengikuti perubahan teknologi dan memenuhi keperluan pasaran kerja semasa. Oleh

itu, kerjasama semua pihak adalah diharapkan bagi merealisasikan cita-cita negara kita ke arah

menjadi sebuah negara yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.

Page 11: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun

BIBLIOGRAFI

Lankard, Bettina A. 1992. Integrating Academic and Vocational Education : Strategies For

Implementation. Columbus Ohio. U.S

Emery J. Hyslop-Margison. 2000. An Assessment Of The Historical Arguments In Vocational

Education Reform. Simon Fraser University.

Karen Levesque, Mark Premo, Robert Vergun.1995. Vocatioanal Education In The United

States : The Early 1990s. U.S Department Of Education Office Of Education Research

And Improvement. U.S

Patrick N. Foster. 1997. Lessons From History : Industrial Art / Technology Education As a

Case. University Of Missoury – Columbia. U.S

Sonia Jurich. 2000. Vocational And Technical Education, The “ A merican Way”. Knowledge

Enterprise, Inc.

Prof. I. Smirnov. 1999. The Role Of Technical And Vocational Education In the Education

System Of The Russian Federation. UNESCO.

Benson, Charles S. 1997. “New Vocationalism In The United States : Potential Problem And

Outlook “ Economics Of Education Review. U.S

Gordon, Howard R. D. Daggett, Willard R. 2002. Vocational And Technical Education.

Encyclopedia of Education. U.S

Muhammad Fathi Yusoff (2006), Soal jawab Undang-undang Kontrak, ms 75

S. Anand Kumar (2012), Syarikat Wajar Sertai SLDN, Berita Harian 3/10/2012

http://www.slideshare.net/nayiza/konsep-dan-definisi-kurikulum, page 1

http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/transformasi-pendidikan-vokasional

http://www.dsd.gov.my/index.php/ms/profil/bahagian3/bahagian-national-occupational-skills-

standard-noss

Kertas Kerja Pengurusan Sumber Manusia (Mtt 2703) Akta Dan Undang-Undang Pekerjaan Di

Malaysia, Http://Sarjana.Tripod.Com/Undang1.Html

Lapan Firma Automobil ambil pelatih Kolej Vokasional(2013).

http://www.bharian.com.my/

bharian/articles/LapanfirmaautomobilambilpelatihKolejVokasional/Article/index_html

Page 12: Keberkesanan Kurikulum Kolej Vokasional Dalam Melahirkan Tenaga Mahir Seawal Usia 19 Tahun