KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN...
Transcript of KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI … · KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN...
KEBERKESANAN LATIHAN TERHADAP USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN
SEDERHANA (IKS) SABAK BERNAM
Norsela binti A.Manaf, Nurul Ilyana binti Baharudin
Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah
E-mel: [email protected]
Abstrak
Sektor Industri Kecil dan Sederhana di negara ini sedang mengalami transformasi ke arah yang
lebih dinamik dan kompetitif. Sektor ini penting, bukan sahaja kerana ia dapat membantu
menjana pertumbuhan ekonomi negara malahan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
luar bandar. Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berasaskan pembuatan makanan
telah diberi penekanan oleh kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan peluang-peluang
perniagaan dan pekerjaan terhadap masyarakat luar bandar. Kini, permintaan terhadap makanan
semakin meningkat. Walaubagaimanapun, usahawan IKS masih belum dapat menguasai
pasaran. Kajian ini meneroka keberkesanan latihan terhadap usahawan IKS berdasarkan kajian
soal selidik di Sabak Bernam. Data sampel soal selidik usahawan terdiri daripada 30 responden.
Elemen kajian dibahagikan kepada kualiti produk, pengurusan dan keuntungan. Taksonomi
keberkesanan latihan daripada pelbagai dimensi ini dapat digunakan untuk mengenalpasti
keberkesanan latihan yang wujud pada seseorang usahawan dalam usaha meningkatkan dan
mengembangkan perniagaan di dalam sektor IKS.
Kata Kunci: Keberkesanan, Usahawan Industri Kecil dan Sederhana, kualiti produk,
pengurusan, keuntungan
PENDAHULUAN
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan nadi serta enjin pelaburan domestik
dalam menjana ekonomi Malaysia. Peranan dan sumbangan IKS ini menjadi semakin
penting dalam mencapai wawasan 2020 bagi menjadikan negara Malaysia sebagai
sebuah negara perindustrian. Malah IKS boleh dijadikan sebagai asas, tulang belakang
dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan cita-cita wawasan pembangunan ekonomi
negara selepas tahun 2020. Satu pelan perusahaan IKS bagi tempoh 2010 hingga 2020
telah dirangka dan dimasukkan sebagai sebahagian daripada Model Ekonomi Baru
(MEB).
Menurut laman sesawang Jabatan Penerangan Malaysia, IKS ditakrifkan
sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan
berkaitan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan
menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang.
Disamping itu, IKS telah berjaya memberi perubahan yang besar kepada
pembangunan ekonomi terhadap sesuatu kawasan perindustrian terutamanya kawasan
luar bandar. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan penduduk
sesuatu kawasan dan pengeluaran hasil domestic berlakunya peningkatan. Menurut
akhbar New Sabah Times Bahasa, Mei 2014, purata pendapatan pengusaha Kecil dan
Sederhana di antara RM2 000 hingga RM3 000 sebulan.Kebanyakan pengusaha Kecil
dan Sederhana dan memperoleh pendapatan berlipat ganda ketika musim perayaan.
Selain itu, ia membantu dalam melahirkan dan meningkatkan kemahiran dalam
kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja mahupun pada peringkat
pengurusan serta membantu dalam meningkatkan arus pemindahan teknologi asing.
Perkembangan di suatu kawasan IKS telah menjadi salah satu tarikan
perlancongan di Malaysia.Antara kawasan tumpuan Industri Kecil dan Sederhana
adalah kawasan Sabak Bernam, Banting di Selangor dan Batu Pahat, Johor.
Dengan itu melalui Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh Dato' Sri
Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak dapat memacu ekonomi rakyat dengan lebih
tinggi. Dengan cara ini juga menggalakkan pengusaha IKS menjalankan perniagaan
yang lebih kreatif, inovatif dan bernilai tinggi.
Penglibatan agensi kerajaan turut memainkan peranan yang penting dalam
pelaksanaan pembangunan IKS. Diantara agensi kerajaan yang bertanggugjawab
dalam pembangunan IKS adalah Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (SMIDEC), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Jabatan Pertanian
Malaysia. Sebagai usaha untuk membangunkan IKS, kerajaan telah menyediakan
sokongan berbentuk kewangan dan bukan kewangan bagi memajukan IKS di pasaran
tempatan dan antarabangsa. IKS bukan sahaja dapat menarik pengusaha baru untuk
menceburi bidang perniagaan malah turut memainkan peranan dalam membantu
masyarakat dengan memberi peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.
Oleh yang demikian, adalah penting bagi kerajaan untuk memberikan komitmen yang
tinggi ke arah memajukan sektor IKS.
Disamping itu, institusi kewangan turut memainkan peranan yang penting
dalam pemberian bantuan dan khidmat nasihat kewangan kepada pengusaha IKS.
Kesan ketidaktentuan ekonomi semasa memberi impak yang besar kepada pengusaha
IKS. Kebanyakan institusi kewangan akan mengetatkan pemberian pinjaman bagi
mengurangkan risiko terhadapat tahap ketidakstabilan ekonomi. Menurut usahawan
sejuk beku, Mohd Nor Bin Mosnan antara cabaran yang dihadapi pada permulaan
perniaagan adalah untuk mendapatkan bantuan kewangan dan kepercayaan daripada
institusi kewangan. Ini adalah kerana kebanyakan institusi kewangan tidak yakin
dengankekuatan syarikat pada permulaan perniagaan.
Penubuhan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (Bank
SME) pada tahun 2005 telah telah menggalakkan dan menjadi pemangkin kepada
pertumbuhan dan perkembangan IKS di Malaysia. Penubuhan Bank SME dijangka
mampu memberikan kesan besar yang positif kepada pertumbuhan sektor perusahaan
yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan ekonomi negara (Berita Harian,
Disember 2005).
Pada bulan Januari 2015, Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan
Kemudahan Bantuan Khas berjumlah RM500 juta untuk membantu perniagaan yang
terjejas akibat banjir besar yang melanda negara ini pada akhir 2014. Di bawah
Kemudahan ini, perniagaan yang terjejas boleh mendapatkan pembiayaan pada kadar
konsesi daripada apa-apa perdagangan atau Islam bank-bank seperti SME Bank, Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat), BankSimpanan Nasional (BSN)
dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank). (Laporan Kewangan SME
Corporation 2014/15).
Berikut adalah diantara agensi kerajaan yang bertanggungjawab memberi
sumbangan besar terhadap pembangunan IKS negara:
Jabatan Pertanian
Jabatan Pertanian telah ditubuhkan dalam tahun 1905. Diantara objektif penubuhan
Jabatan Pertanian adalah memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan
khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman
makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi
untuk keperluan negara.disamping itu, Jabatan Pertanian turut membimbing dan
mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti
ladang dan pengeluaran pertanian negara. Kursus Keusahawanan Pemprosesan
Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk
melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan
asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, poduk-
produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar
Dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah
badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada
tahun sebelumnya. Program dan insentif yang diberikan oleh MARA untuk memupuk
budaya keusahawanan, melatih dan melahirkan golongan usahawan yang berkualiti dan
beretika dalam kalangan Bumiputera.MARA telah menyediakan bantuan dari aspek
teknikal, khidmat nasihat, kemudahan infrastruktur, kemahiran, ilmu-ilmu yang
berkaitan dengan pendusaha Bumiputera.Semua usaha dan aktiviti yang dilaksanakan
adalah bertujuan untuk meningkatkan penguaasaan ekonomi Bumiputera.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang ditubuhkan
di bawah Akta 539, merupakan sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk
membangunkan industri kecil dan sederhana (IKS). SMIDEC telah berkerjasama
dengan MATRADE untuk membantu IKS mencari peluang-peluang pasaran melalui
penyertaan di pameran perdagangan tempatan dan antarabangsa, misi perdagangan dan
pelaburan serta aktiviti-aktiviti promosi yang lain. Geran ITAF 4 disediakan untuk
tujuan ini. Melalui kolaborasi ini, ia berjaya meningkatkan keupayaan Industri Kecil
dan Sederhana untuk menjadi lebih cekap, kompetitif dan berupaya mengeluarkan
produk berkualiti tinggi dan dapat bersaing dipasaran antarabangsa.
PENYATAAN MASALAH
Pembangunan sumber manusia merupakan elemen yang paling penting di dalam
ekonomi bagi sesebuah negara.Dengan adanya pendedahan ilmu, latihan dan
kemahiran secara tidak langsung dapat mempertingkatkan tahap keupayaan dan
kebolehan bagi soerang pengusaha IKS. Kerjasama antara pihak pihak kerajaan dan
pengusaha kecil dan sederhana yang baik dapat meningkatkan keberkesanan dan
kejayaan program latihan yang dilakasanakan. (Azmanirah Ab Rahman, Ahmad Esa &
Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad, 2010).
Kebanyakan pengusaha IKS mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam
penghasilan sesuatu produk. Kekangan dan kelemahan yang dihadapi oleh kebanyakan
pengusaha IKS adalah ketidakmampuan syarikat memiliki sijil halal, mengembangkan
pasaran produk yang terhad dan pengurusan kewangan yang lemah.
Penyertaan syarikat perusahaan IKS bumiputera dalam industri halal perlu
ditingkatkan bagi mengimbangi penguasaan pengusaha bukan bumiputera.Syarikat
sukar mendapat pembiayaan kewangan untuk menaik taraf perniagaan terutama dari
segi premis bagi memperoleh sijil halal.(Utusan, Disember 2015).Pemberian latihan
dan khidmat nasihat amat diperlukan kepada pengusaha kecil dan sederhana
membolehkan mereka memasuki pasaran luar dan dapat mengawal pengurusan
kewangan yang lebih konsisten.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyasarkan untuk
meningkatkan penglibatan usahawan IKS dalam pasaran eksport sebanyak lima peratus
lagi menjelang 2020. Kerajaan mempunyai banyak program dan inisiatif bagi
membantu orang ramai khususnya generasi muda yang mahu menceburi bidang
usahawan Industri Kecil dan Sederhana. (Portal SME Corporation, Mei 2016).
Penglibatan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC),
Lembaga Pertubuhan Peladang dan sebagainya di dalam kolaborasi bersama Industri
Kecil dan Sederhana (IKS) secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada
perlaksanaan pengurusan yang lebih tersusun berbanding dengan firma besar.
Hal ini memandangkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memiliki sumber
tabungan modal dan sumber pekerja yang terhad dan serta jauh lebih kecil berbanding
dengan firma besar bertaraf multinasional.Justeru itu, IKS lebih memerlukan
perlaksanaan sistem pengurusan yang berkesan bagi mengelakkan sebarang kesilapan
dalam operasi mereka.
Dalam hubungan ini, IKS bukan sahaja memerlukan pengurusan, tetapi
perlaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti tinggi. Usahawan IKS perlu
mengenalpasti keutamaan-keutamaan dari segi pengagihan sumber kepada aspek
operasi yang lebih memerlukan dan merancang aspek yang kurang memerlukan
perhatian bagi perancangan masa depan.
Keberkesanan perlaksanaan pengurusan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
dalam hal ini, banyak bergantung kepada sifat-sifat usahawan yang merupakan kunci
bagi menentukan hala tuju perlaksanaan pengurusan dalam perniagaan IKS.
Faktor dalaman yang merangkumi ciri-ciri keusahawanan dan orientasi
keusahawanan serta pegangan atau ketaatan kepada agama.Manakala faktor luaran pula
meliputi kemahiran pengurusan, pengalaman pengurusan dan industri, perancangan dan
keadaan ekonomi, hubungan sosial, jaringan dan pemasaran serta bantuan dan
sokongan kerajaan. Kedua-dua faktor ini telah dikenalpasti sebagai punca kejayaan di
dalam Industri Kecil dan Sederhana. (Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin,
Muhammad Firdaus Muhammad Sabri, 2014)
Objektif Kajian
i. Mengenalpasti keberkesanan latihan terhadap kualiti produk IKS.
ii. Mengenalpasti keberkesanan latihan terhadap pengurusan IKS.
iii. Mengenalpasti keberkesanan latihan terhadap keuntungan IKS.
Skop dan Batasan Kajian
Bagi mendapatkan butiran yang diperlukan, skop dan batasan kajian adalah seperti
berikut.
1) Dijalankan di sekitar kawasan daerah Sabak Bernam, Selangor.
2) Melihat tahap keberkesanan latihan dari segi tiga sudut iaitu dari sudut Kualiti
produk, pengurusan dan keuntungan.
3) Sasaran responden adalah tertumpu kepada usahawan pembuatan makanan bagi
perusahaan IKS yang dipilih secara rawak.
4) Kajian yang dijalankan berdasarkan pemberian borang soal selidik kepada
responden.
5) Antara batasan kajian adalah kesukaran dalam mendapatkan kerjasama daripada
sesetengah usahawan IKS dalam perkongsian pendapat mereka.
SOROTAN KAJIAN
IKS ditakrifkan sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan
perkhidmatan berkaitan dengan perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak
melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang
(Ibrahim Abu Shah, 1990; Nurulhuda, 2006).
Di Malaysia, sumbangan IKS terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
terus meningkat dari 29 peratus pada tahun 2004 kepada melebihi 30 peratus untuk
masa kini dan dijangka mencecah 41 peratus pada tahun 2020. Sumbangan terhadap
pekerjaan dijangka meningkat dari paras di bawah 60 peratus kini kepada 62 peratus
menjelang 2020.Manakala sumbangan terhadap eksport dijangka mencecah 25 peratus
pada tahun 2020 (Zulkipli, 2015).Tidak dapat dinafikan lagi IKS telah memberi
sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.
Hasil kajian yang dilakukan Abd RahimAbd Rashid (1999), IKS yang paling
pesat membangun adalah industri pemprosesan makanan diikuti oleh industri
pembuatan, industri batu-bata, industri kayu-kayan, industri simen, industri mekanik,
industri pembuatan kasut, industri kraftangan, industri tenunan, industri kejurateraan
ringan, industri alatganti, industri baikpulih komputer dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, banyak kajian yang dilakukan menunjukkan IKS masih
tidak mampu bersaing kerana faktor kekurangan latihan hingga menyebabkan masalah
pengurusan, bebanan hutang dan kualiti produk terjejas (Mohd Herwan, 1998;
Noraizan, 2003; Zaleha, 2004).
Kualiti Produk
Menurut The Oxford Advanced Learner’s Dictionary, kualiti ditakrifkan sebagai
sesuatu penanda aras yang telah ditetapkan apabila ia membuat perbandingan kepada
yang lain. Secara ringkasnya, kualiti menurut pentakrifan konvensional ialah sesuatu
yang dipandang baik.Ukuran baik tersebut pula dilihat dari sudut kebolehniagaan. Ini
bermakna sesuatu produk itu dikatakan berkualiti apabila ia ada nilai-nilai komersil,
sesuai dengan kemahuan pelanggan, kompetitif dan tidak mempunyai sebarang cela
sehingga ia dapat diniagakan dan mendatangkan keuntungan kepada pihak yang
menghasilkannya.
Kebanyakan syarikat IKS tidak mempertingkatkan lagi tahap pengamalan
sistem pengurusan kualiti amalan peningkatan kualiti (APK) setelah mereka mendapat
sijil amalan peningkatan kualiti (APK) daripada SIRIM.Bagi berdepan dengan
persaingan yang berdaya saing dan lebih kompetitif dan di dalam pasaran yang
kompetitif, IKS perlulah meningkatkan lagi tahap pemakaian sistem pengurusan kualiti
keperingkat yang lebih baik dan cemerlang.Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap
kefahaman pihak pengurusan di IKS terhadap sistem pengurusan kualiti perlu
dipertingkatkan lagi. Ini kerana, tahap kefahaman mereka mengenai pengurusan kualiti
masih lagi berada di tahap rendah walaupun setelah menyertai programamalan
peningkatan kualiti (APK). Ini mungkin berlaku disebabkan oleh sikap mereka yang
memandang ringan peranan dan sumbangan sistem pengurusan kualiti terhadap
pengendalian syarikat dan juga tidak mahu mempraktikkan dengan bersungguh-
sungguh ilmu pengetahuan yang telah dipelajari semasa mengikuti program amalan
peningkatan kualiti (APK).(Baba Mohd Deros, Azmi Hassan & Sarimah Othong,
2004).
Bagi sesebuah syarikat yang mempunyai sistem kualiti yang baik, secara tidak
langsung menunjukkan syarikat tersebut mempunyai sistem pengurusan operasi,
pengurusan kewangan, pemasan yang baik dan berinovasi.Berdasarkan analisis
terhadap syarikat yang berjaya dari segi sistem kualiti kajian ini merumuskan bahawa
terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dari aspek sistem kualiti oleh para
usahawan bagi memastikan pengekalan mutu produk yang dihasilkan. Antaranya
termasuk:
1) Kesedaran tentang kepentingan penyediaan dana khusus bagi tujuan
meningkatkan sistem kualiti.
2) Berusaha untuk memiliki sijil ISO dan lain-lain sijil pengiktirafan terhadap
produk yang dikeluarkan.
3) Mempunyai kakitangan teknikal yang mahir dalam menguruskan sistem kualiti.
4) Kesediaan untuk bertindak terhadap maklumbalas yang diterima dari pengguna.
5) Kewujudan sistem pemantauan yang berkesan.
6) Melakukan usaha pembaikan secara berterusan.
7) Berusaha untuk memasarkan produk di pasaran antarabangsa.
8) Selalu mengikuti perkembangan mengenai sistem operasi yang terkini.
Secara kesimpulan, mendapati bahawa usahawan yang pernah mengikuti kursus
mempunyai keupayaan mengurus kualiti dengan lebih baik berbanding dengan
usahwan yang tidak mengikut kursus.Ini menunjukkan bahawa kepentingan kualiti dan
pengurusan kualiti perlu di terapkan kepada usahawan melalui kursus-kursus yang
dijalankan. (Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan, 2009)
Disamping itu, sesebuah organisasi yang menitikberatkan mutu dalam
perkhidmatan ia akan membantu memperbaiki operasi dalaman syarikat, meningkatkan
mutu komunikasi antara pihak luaran dan dalaman kerana adanya deskripsi kerja dan
tanggungjawab yang jelas, menaikkan kesedaran terhadap isu kualiti, meningkatkan
produktiviti, meningkatkan kepuasan pelanggan dan kepercayaan mereka terhadap
produk syarikat (Gotzami dan Tsiotras, 2002; Singels et al., 2001; Mohd Faiz Bin Mat
Nasir1 dan Lee Ming Foong,2011).
Berdasarkan petikan Borneo Post Online (2016) menyatakan bahawa objektif
pihak kerajaan mengadakan kursus adalah untuk melahirkan usahawan yang menceburi
secara serius dalam perniagaan memproses makanan sekali gus menghasilkan produk
makanan berkualiti agar dapat dipasarkan. Pelbagai agensi termasuk Jabatan Pertanian
sentiasa membantu dalam memastikan usahawan kecil berjaya.
Keuntungan
Setiap pengusaha perniagaan menginginkan keuntungan. Keuntungan sesebuah
perniagaan hanya akan diperolehi sekiranya jumlah hasil mengatasi jumlah kos (Nik
Mustapha, 2013).
Selain kepentingan latihan dalam amalan pengurusan, latihan dalam pengurusan
kewangan juga harus dititikberatkan oleh para pengusaha dalam memastikan
keuntungan yang diperolehi berada di tahap maksima. Menurut Ivancevich (1999),
latihan dalam pengurusan kewangan bertujuan untuk:
1) menambah kuantiti output
2) memperbaiki kualiti output
3) mengurangkan kos pembaziran dan kos penyelanggaran peralatan
4) mengurang pusing ganti dan ketidakhadiran pekerja
5) meningkatkan kepuasan kerja dikalangan pekerja
6) meningkatkan produktiviti pekerja
Pendapat yang sama turut diutarakan Ibrahim (1996), yang mana beliau menyatakan
kepentingan program latihan kepada dua pihak:
1) Manfaat kepada organisasi
keuntungan yang lebih tinggi
produktiviti pekerja lebih tinggi
mempertingkatkan imer organisasi
kadar pusing ganti pekerja lebih rendah
pembentukkan budaya organisasi
2) Manfaat kepda pekerja
kepuasan kerja
peluang merealisasikan potensi diri
mempercepatkan proses pembelajaran pekerja
mempertingkatkan kecekapan dan kelayakkan pekerja
berpeluang menikmati kenaikan pangkat dan gaji
Sehubungan dengan itu, Abdul Aziz Yusof (2001) menyatakan kepentingan
pengurusan kewangan kepada usahawan ialah penyimpanan rekod
kewangan.Penyimpanan sistem perakaunan yang teratur adalah amat penting bagi
menentukan keuntungan perniagaan.Hasil kajian Muhd Rushid dan Mohd Dzulfadli
(2010) ke atas pengusaha ladang di Segamat, Johor, mendedahkan bahawa tahap
kesedaran para pengusaha untuk menjalani latihan sebagai pemangkin kepada
keuntungan mereka adalah sederhana.Keputusan kajian ini menyatakan bahawa hanya
63.3% sahaja pengusaha yang telah mendapatkan latihan dalam usaha untuk
memperbaiki sistem tanaman mereka.Muhd Rushid dan Mohd Dzulfadli (2010)
menyatakan sekiranya lebih ramai pengusaha menhadiri kursus atau latihan yang
disediakan, maka sudah pasti kerugian yang berpunca dari kerosakkan tanaman dapat
dikurangkan, sekaligus meningkatkan keuntungan pengusahaan mereka.
Pengurusan
Definasi pengurusan dalam sesebuah organisasi atau perniagaan dapat ditakrifkan
dalam berbagai perpektif. Diantaranya pengurusan dilihat sebagai satu proses di mana
sesuatu sumber dimanfaatkan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki (Abdul Rahim
dan Shahrul Bariah, 1990). Manakala Ramlee Abdullah (2015) pula menafsirkan
pengurusan sebagai proses yang menyeluruh dalam mencapai objektif organisasi
termasuk perancangan, pengorganisasian, penstafan, pengarahan dan pengawalan.
Amalan pengurusan telah lama dipraktikan dalam mana-mana perniagaan untuk
mencapai objektif mereka termasuk IKS. Menurut Asri (2000), amalan pengurusan
merupakan faktor penting dalam membantu perkembangan perniagaan kecil. Faktor
sumber dan simpanan yang kecil dan terhad menyebabkan perniagaan seperti IKS ini
memerlukan amalan pengurusan yang lebih cekap dan sistematik berbanding firma
pernigaan yang besar (Muhd Rashid, 2010).
Malahan kajian-kajian sebelum ini menunjukkan signifikan yang positif
hubungan diantara prestasi sesebuah perniagaan dan sistem amalan pengurusan yang
teratur (Appiah-Adu dan Singh, 1998; Zaleha, 2004).Nor Aishah (2002), Abdul Aziz
(2000), Blawatt (1998) serta Hisrich dan Peters (2002) juga sepakat menyatakan
bahawa amalan pengurusan merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan
kejayaan seseorang usahawan dalam perniagaannya.
Namun begitu, masih banyak lagi pengusaha IKS mengabaikan amalan
pengurusan ini. Hasil kajian Halimah (1996) yang telah dijalankan ke atas 31
pengusaha Bumiputera di luar bandar di negeri Johor , mendapati bahawa pengurusan
kewangan masih dianggap suatu perkara yang tidak penting dalam kalangan usahawan
Bumiputera walaupun usia perniagaan responden telah agak matang. Capaian kajian
yang sama turut dikongsi Mohd Amir Sharifuddin (1984) ke atas 92 orang usahawan
pinjaman Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Kelantan. Beliau menyatakan rekod
amalan pengurusan yang lemah telah menyebabkan ramai usahawan-usahawan telah
gagal dalam perniagaan mereka.
Menurut Beaver (2002), industri kecil gagal kerana pengurusan yang tidak cekap
serta masalah kewangan. Pendapat yang sama juga turut dikongsi Haswel dan Holmes
(1989) yang menytakan kegagalan sesebuah perniagaan kecil kebanyakannya berpunca
daripada amalan pengurusan yang tidak cukup efisien dan kurang berpengalaman.
Mohd Yusop (2000) telah menggariskan aspek-aspek pengetahuan yang diperlukan
oleh usahawan kecil adalah berkaitan dengan:
1) Ilmu pengurusan perniagaan seperti strategi pemasaran, aplikasi komputer,
pengurusan kualiti, pengurusan cara Islam, etika perniagaan, perhubungan dan
komunikasi, penyediaan dokumendokumen yang berkaitan dengan perniagaan,
pengurusan sumber manusia, pembinaan keupayaan berdaya saing, persekitaran
dalam dan luar premis perniagaan yang menarik pelanggan,
2) Ilmu pengurusan kewangan yang merangkumi aspek mendapatkan modal
pusingan, mentadbir kewangan, mengurus perbelanjaan dan perbelanjaan
berhemah,
3) Ilmu perakaunan dalam perniagaan seperti mengira untung rugi, mengira aset
perniagaan, merekod jualan dan mengesan kehilangan aset, serta
4) Latihan kemahiran vokasional yang berkaitan dengan perniagaan mereka.
Sememangnya kekurangan pengetahuan dalam amalan pengurusan menyebabkan
kegagalan pengusaha IKS ini.Maka adalah penting latihan untuk meningkatkan
kesedaran mereka terhadap amalan pengurusan ini diterapkan.Pendapat ini disokong
Sieh (1990) dan Hodgetts dan Kuratko (1992), yang menyatakan pengusaha
menghadapi masalah dalam membuat perancangan untuk pembangunan dan kemajuan
pengeluaran kerana kurang latihan teknikal dan latihan pengurusan.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang dijalankan ialah kajian berbentuk kuantitatif.Data
dianalisis secara deskriptif.Kaedah temubual juga digunakan untuk memperolehi dan
mengumpulkan data dengan cara menterjemahkan masalah kajian dan mengajukan
soalan-soalan ini kepada responden.
Sampel kajian terdiri daripada 30 responden yang dipilih secara rawak. Dalam
kajian ini, pengkaji membahagikan populasi kepada lima kelompok mengikut mukim
di daerah Sabak Bernam yang terdiri daripada Mukim Panchang Bedena, Mukim
Sabak, Mukim Pasir Panjang, Mukim Sungai Panjang, dan Mukim Bagan Nakhoda
Omar dan Sungai Air Tawar.
Manakala sumber untuk mendapatkan data bagi kajian ini terdiri daripada dua
jenis iaitu data primer dan data sekunder.Dapatan kajian yang diperolehi telah
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS
Versi 20.0).
Analisis Skor Min
Dalam kajian ini, skla pengukuran linker digunakan dalam Bahagian B soal selidik.
Data yang terkumpul akan ditafsir ke bentuk skor min sterusnya penyelidik akan
mentafsir skor yang diperolehi sebagaimana yang dicadangkan oleh Ameer (2013) dan
Siti Fatimah, Abd Halim (2010) merujuk kepada Jadual Skala Interpretasi Min.
Jadual 1: Jadual Skala Interpretasi Min
Skor Min Tafsiran Min
1.00 – 2.34 Rendah
2.35 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan dapatan kajian daripada data yang telah dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu dari
segi Analisis Deskriptif dan Analisis Inferensi.
Analisis Deskriptif
Maklumat demografi kajian dinyatakan didalam Bahagian A instrumen soal
selidik.Bahagian ini merangkumi jantina, umur, tempoh penglibatan di dalam industry
IKS, sebab memilih industry IKS, penglibatan dalam menghadiri kursus, kekerapan
menghadiri kursus dan pihak penganjur latihan.
1. Jantina
Jadual 2: Jantina
Jadual dan carta pai di atas adalah hasil analisis yang menunjukkan bahawa responden
perempuan lebih ramai berbanding dengan responden lelaki iaitu seramai 17 orang responden
bersamaan (57%) dan 13 orang responden lelaki bersamaan dengan (43%).
43% 57%
Rajah 1: Jantina
LELAKI
PEREMPUAN
Kuantiti Peratus (%)
Lelaki 13 43.3
Perempuan 17 56.7
Total 30 100.0
13.3 13.3
26.7
23.3
16.7
6.7
25 - 34 35 - 44 45 - 54 55 - 64 65 - 74 >74
Rajah 2: Umur Usahawan IKS
2. Umur Usahawan IKS
Jadual 3: Umur Usahawan IKS
Kuantiti Peratus (%)
25 hingga 34 tahun 4 13.3
35 hingga 44 tahun 4 13.3
45 hingga 54 tahun 8 26.7
55 hingga 64 tahun 7 23.3
65 hingga 74 tahun 5 16.7
74 tahun dan ke atas 2 6.7
Jadual 3 menunjukkan peringkat umur bagi seseorang usahawan IKS. Terdapat enam peringkat
golongan umur iaitu 25 hingga 34 tahun, 35 hingga 44 tahun, 44 hingga 54 tahun, 55 hingga 64
tahun, 65 hingga 74 tahun dan 74 tahun ke atas. Mengikut hasil kajian yang telah dijalankan,
responden yang paling tinggi menjawab soalan adalah kategori umur 45 hingga 54 tahun iaitu
sebanyak 8 orang responden (27%). Manakala bilangan responden yang paling rendah
menjawab adalah kategori umur 74 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 2 orang responden (7%).
3%
7%
33% 30%
27%
Rajah 3:Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS
(Tahun)
1 - 5
6 - 10
11 - 15
16 - 20
>20
3. Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS
Jadual 4: Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS
Hasil daripada analisis data menunjukkan responden yang telah terlibat di dalam industri IKS
dalam tempoh suatu masa. Bagi tempoh penglibatan di dalam industri IKS di antara 1 hingga 5
tahun adalah 3.3%. Peratus penglibatan yang tertinggi adalah diantara 11 hingga 15 tahun iaitu
sebanyak 33.3%. Manakala 26.7% telah teribat di dalam industri IKS melebihi daripada 20 tahun
dan ke atas.
Kuantiti Peratus (%)
1 hingga 5 tahun 1 3.3
6 hingga 10 tahun 2 6.7
11 hingga 15 tahun 10 33.3
16 hingga 20 tahun 9 30.0
20 tahun ke atas 8 26.7
13%
33% 30%
17%
7%
Rajah 4: Sebab Memilih Industri IKS
Perniagaan yang diwarisi
Minat yang mendalam terhadap
industri IKS
Mendapat galakan daripada
keluarga dan rakan
Mempunyai kepakaran terhadap
bidang pembuatan makanan IKS
Tertarik dengan kemudahan
4. Sebab Memilih Industri IKS
Jadual 5: Sebab Memilih Industri IKS
Kuantiti Peratus (%)
Perniagaan yang diwarisi 4 13.3
Minat yang mendalam terhadap
industri IKS 10 33.3
Mendapat galakan daripada keluarga
dan rakan 9 30.0
Mempunyai kepakaran terhadap
bidang pembuatan makanan IKS 5 16.7
Tertarik dengan kemudahan 2 6.7
Jadual 5 menunjukkan hasil analisa sebab-sebab responden memilih industri IKS berbanding
industri yang lain. Seramai 4 orang responden (13%) telah memilih industri IKS kerana ia
merupakan perniagaan yang diwarisi turun temurun. Seramai 10 orang responden (33.3%)
mempunyai minat yang mendalam terhadap industri IKS manakala seramai 9 orang responden
(30%) telah mendapat galakan daripada keluarga dan rakan dalam penglibatan IKS. Disamping
itu, 2 orang responden (7%) telah tertarik dengan kemudahan yang telah disediakan oleh agensi
kerajaan menjadi salah satu faktor penglibatan responden didalam industri IKS.
100%
Rajah 5: Adakah Anda Pernah Menghadiri Kursus?
Ya
5. Adakah Anda Pernah Menghadiri Kursus
Jadual 6: statistik Kehadiran Kursus
Hasil analisis menunjukkan semua responden (100%) menjawab pernah dan telah menghadiri
kursus yang dianjurkan. Usahawan IKS diwajibkan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh
agensi kerajaan apabila usahawan IKS ingin mendapatkan bantuan daripada kerajaan. Diantara
bantuan yang diberikan adalah mesin pembuatan produk, mesin pembungkusan produk, peti
penyejuk beku dan khidmat nasihat.
Kuantiti Peratus (%)
Ya 30 100.0
6.7
3.3
30
16.7
43.3
1 - 5 kali
6 - 10 kali
11 - 15 kali
15 - 20 kali
> 20 kali
Rajah 6: Kekerapan Menghadiri Kursus
6. Kekerapan Menghadiri Kursus
Jadual 7: Kekerapan Menghadiri Kursus
Berdasarkan Jadual 7 menunjukkan jumlah kekerapan responden menghadiri kursus sepanjang
penglibatan mereka di dalam industri IKS. Berdasarkan data menunjukkan bahawa 43.3% telah
menghadiri kursus lebih daripada 20 kali penyertaan. Manakala 3.3% telah menyertai kursus
diantara 6 – 10 kali penyertaan. Disini menunjukkan dimana ilmu dan pembelajaran adalah
sesuatu perkara yang sangat penting. Walaupun terdapat sesentagh usahawan telah terlibat di
dalam industri IKS lebih daripada 30 tahun, namun perkongsian ilmu dan perolehan ilmu-ilmu
yang terkini dapat membantu usahawan IKS dalam menghadapi cabaran perniagaan dengan
dunia luar.
Kuantiti Peratus (%)
1 - 5 2 6.7
6 - 10 kali 1 3.3
11 - 15 kali 9 30.0
15 - 20 kali 5 16.7
Lebih daripada 20 kali 13 43.3
7. Pihak Penganjur Latihan
Jadual 8: Pihak Penganjur Latihan
Kuantiti Peratus (%)
Agensi Kerajaan 16 53.3
Agensi Swasta 0 0
Agensi kerajaan dan swasta 14 46.7
Hasil analisis menunjukkan seramai 16 orang responden (53%) telah menghadiri kursus
yang dianjurkan oleh agensi kerajaan manakala 14 orang responden (47%) telah
menghadiri kursus yang dianjurkan oleh kedua-dua agensi kerajaan dan swasta.
53.3
46.7
Agensi Kerajaan Agensi kerajaan dan swasta
Rajah 7: Pihak Penganjur Latihan
Agensi Kerajaan Agensi kerajaan dan swasta
Analisis Inferensi
Dalam bahagian ini, hasil dapatan kajian dianalisis berdasarkan kepada tiga
persoalan kajian yang dinyatakan.Ketiga-tiga analisis persoalan kajian dilakukan
berdasarkan skor min.
Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Kualiti Produk
No. Item Min Tafsiran
1. Syarikat mempunyai tahap keyakinan yang
tinggi bagi memasarkan produk ke pasaran
luar.
3.40 Sederhana
2. Penghasilan produk syarikat adalah lebih
berkualiti hasil daripada kursus yang telah saya
hadiri.
3.50 Sederhana
3. Syarikat mampu menghasilkan kepelbagaian
produk yang mengikut kehendak pasaran.
3.50 Sederhana
4. Penyertaan kursus dapat melahirkan usahawa
menceburi secara serius dalam perniagaan
sekaligus dapat menghasilkan produk makanan
yang berkualiti.
3.60 Sederhana
5. Syarikat sentiasa memantau pemprosesan
makanan bagi memastikan produk sentiasa
berkualiti.
3.33 Sederhana
6. Syarikat sentiasa berusaha untuk memasarkan
produk di pasaran antarabangsa.
3.37 Sederhana
7. Sijil pengiktirafan seperti ISO, HALAL sangat
penting kepada syarikat.
3.37 Sederhana
8. Syarikat sentiasa mengikut tahap kualiti dan
kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi
kerajaan seperti Jabatan Pertanian.
3.67 Sederhana
Purata Min 3.47 Sederhana
Skor purata min keseluruhan keberkesanan latihan terhadap usahawan IKS dari
segi kualiti produk adalah 3.47.Kajian menunjukkan skala min pada kedudukan
sederhana.Kedudukan min yang teringgi adalah pada item 8 iaitu 3.67.Item 8
menunjukkan dimana syarikat sentiasa mengikut tahap kualiti dan kriteria yang telah
ditetapkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian.
Manakala item 2 dan 3 pada kedudukan pertengahan iaitu diantara yang
tertinggi dan terendah.Min bagi item 2 dan 3 adalah 3.50 pada kedudukan
sederhana.Item 2 mengambarkan penghasilan produk syarikat adalah lebih berkualiti
hasil daripada kursus yang telah saya hadiri.Dan item 3 menunjukkan bahawa syarikat
mampu menghasilkan kepelbagaian produk yang mengikut kehendak pasaran.
Disamping itu, item 5 pada kedudukan yang terendah dari segi faktor kualiti
produk iaitu skor min sebanyak 3.33. Skor min item 5 adalah pada kadar sederhana.
Item 5 menerangkan syarikat sentiasa memantau pemprosesan makanan bagi
memastikan produk sentiasa berkualiti.
Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Keuntungan
No. Item Min Tafsiran
1. Syarikat mampu mengendalikan masalah yang
berkaitan dengan kos operasi perniagaan hasil
daripada kursus kewangan yang telah saya hadiri.
3.43 Sederhana
2. Hasil keuntungan syarikat semakin meningkat
hasil kursus yang telah saya sertai.
3.47 Sederhana
3. Hasil perkongsian ilmu dan pengalaman di antara
peserta dan penceramah, secara tidak langsung
membantu syarikat dalam meningkatkan
keuntungan.
3.53 Sederhana
4. Bantuan latihan yang diberikan oleh agensi
kerajaan dapat membantu meningkatkan ekonomi
perniagaan syarikat.
3.70 Tinggi
5. Syarikat mampu bersaing dengan pasaran luar
samada domestik dan antarabangsa.
3.37 Sederhana
6. Penyertaan di dalam program yang dianjurkan
oleh kerajaan seperti MAHA, Karnival
Keusahawanan, Bazar Ramadhan dapt
meningkatkan keuntungan syarikat.
3.62 Sederhana
7. Syarikat mampu menyediakan anggaran
perbelanjaan yang lebih ekonomik hasil daripada
kursus yang dihadiri.
3.43 Sederhana
Purata Min 3.51 Sederhana
Purata skor min keseluruhan dari segi faktor keuntungan adalah 3.51 iaitu pada
kedudukan sederhana. Kedudukan min yang tertinggi adalah 3.70 pada item 4. Item 4
menunjukkan dimana bantuan latihan yang diberikan oleh agensi kerajaan dapat
membantu meningkatkan ekonomi perniagaan syarikat.
Bagi item 3 adalah pada kedudukan pertengahan iaitu 3.53.Item 3 menerangkan
hasil perkongsian ilmu dan pengalaman di antara peserta dan penceramah, secara tidak
langsung membantu syarikat dalam meningkatkan keuntungan.
Bagi kedudukan yang terendah adalah pada item 5 iaitu syarikat mampu
bersaing dengan pasaran luar samada domestik dan antarabangsa.Skor min bagi item
adalah 3.37.
Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Pengurusan
No. Item Min Tafsiran
1. Pengurusan syarikat lebih baik dan teratur hasil
kursus yang telah saya sertai.
3.40 Sederhana
2. Syarikat telah mendapat sijil halal JAKIM. 2.43 Sederhana
3. Pengurusan syarikat mampu memenuhi
kehandak pasaran luar.
3.20 Sederhana
4. Pengurusan syarikat telah mengikut standard
piawaian pasaran antarabangsa.
2.43 Sederhana
5. Pengurusan syarikat telah mengikut standard
piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi
kerajaan seperti Jabatan Pertanian, FAMA
3.30 Sederhana
6. Latihan yang disediakan mampu memberi
keyakinan kepada pengurusan syarikat untuk
bergerak maju ke pasaran luar.
3.33 Sederhana
Purata Min 2.83 Sederhana
Skor purata min adalah 2.83 iaitu pada kedudukan sederhana.Kedudukan yang tertinggi
adalah pada item 1 iaitu pengurusan syarikat lebih baik dan teratur hasil kursus yang telah saya
sertai. Skor min bagi item 1 adalah 3.40 iaitu pada kadar sederhana. Item 3 adalah pada
kedudukan pertengahan iaitu 3.20.Item 3 menunjukkan pengurusan syarikat mampu memenuhi
kehandak pasaran luar.
Kedudukan yang terendah adalah pada item 2 dan 4 dimana skor min adalah 2.43.Item 2
menunjukkan dimana syarikat telah mendapat sijil halal JAKIM.Manakala item 4
mengambarkan dimana pengurusan syarikat telah mengikut standard piawaian pasaran
antarabangsa.
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, terdapat tiga faktor keberkesanan terhadap
pelaksaaan latihan yang telah disertai oleh usahawan IKS di daerah Sabak Bernam.
Tiga faktor yang dikaji terdiri daripada faktor kualiti produk, kewangan dan
pengurusan.
Purata skor min yang tertinggi adalah faktor keuntungan iaitu 3.51.Ini
menunjukkan bahawa dengan penyertaan latihan dan hasil pembelajaran yang
diperolehi secara tidak langsung dapat meningkat ekonomi bagi perusahaan IKS.Hasil
kajian menunjukkan dimana 53.3% usahawan IKS telah menyertai latihan yang telah
dianjurkan oleh agensi kerajaan. Di antara latihan yang ditawarkan adalah dari segi
pengurusan kewangan syarikat, program latihan keusahawanan dan sebagainya.
Justeru itu, latihan yang diperolehi oleh usahawan IKS dapat memberi satu
transformasi besar kepada perusahaan IKS dalam memperkembangkan lagi pasaran
produk yang lebih meluas. Sebagai contoh; Program Latihan Keusahawanan melalui
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Kommunikasi (ICT) untuk usahawan Industri
Kecil & Sederhana (IKS) di Koridor Utara merupakan sebuahprogram latihan yang
telah membuka peluang kepada warga usahawan IKS bagi mengembangkan perniagaan
IKS dengan lebih efektif dengan pengunaan teknologi terkini melalui kemudahan ICT.
Melalui pelaksanaan program ini, usahawan IKS telah maju kehadapan dalam
mempromosikan produk IKS. Dimana penjualan produk IKS tidak tertumpu dikawasan
setempat sahaja tetapi penjualan produk IKS keserata tempat tanpa sempadan. Secara
langsung, ia dapat mempertingkatkan hasil jualan produk dan keuntungan syarikat. Ini
disokong dengan kajian Muhd Rushid dan Mohd Dzulfadli (2010) menyatakan
sekiranya lebih ramai pengusaha menghadiri kursus atau latihan yang disediakan, maka
dapat dikurangkan, sekaligus meningkatkan keuntungan perusahaan.
Manakala purata skor min yang kedua tertinggi adalah faktor kualiti
produk.Skor min yang diperolehi adalah 3.47. Kualiti produk merupakan salah satu
indikator penting dalam sesebuah perniagaan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
dengan penyertaan kursus yang telah dihadiri oleh usahawan IKS, secara langsung
dapat mempertingkatkan tahap kualiti produk bagi sesebuah perniagaan.
Kajian menunjukkan bahawa seramai 33.3% usahawan IKS mempunyai minat
yang mendalam terhadap industri IKS dan kebanyakan daripada usahawan mempunyai
kepakaran dalam penghasilan produk IKS masing-masing. Walaubagaimanapun, antara
perkara yang menjadi halangan kepada usahawan IKS dalam memasuki pasaran global
adalah memastikan produk yang dihasilkan mempunyai tahap kualiti yang tinggi dan
konsisten. Dengan latihan dan bantuan peralatan dan khidmat nasihat daripada agensi
kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Tekun, MARA dan badan-badan yang berkenaan
secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan bebanan usahawan IKS dalam
memperkembangkan produk IKS diperingkat yang lebih meluas lagi.
Kajian lepas menyatakan usahawan yang pernah mengikuti kursus mempunyai
keupayaan mengurus kualiti dengan lebih baik berbanding dengan usahwan yang tidak
mengikut kursus.Ini menunjukkan bahawa kepentingan kualiti dan pengurusan kualiti
perlu di terapkan kepada usahawan melalui kursus-kursus yang dijalankan. (Nor Aini
Haji Idris & Faridah Shahadan, 2009)
Purata skor min yang terendah adalah faktor pengurusan iaitu 2.83. Kajian
menunjukkan bahawa penyertaan di dalam latihan yang dianjurkan oleh agensi
kerajaan dan swasta dapat mempertingkatkan pengurusan syarikat IKS. Kesemua
responden yang terdiri daripada 30 usahawan IKS telah menghadiri kursus yang
dianjurkan samada agensi kerajaan atau swasta.
Walaubagaimanapun, hasil kajian menunjukkan kebanyakan perusahaan IKS
belum mampu untuk mendapatkan sijil perakuan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Skor min yang diperolehi adalah 2.43. hasil temubual bersama usahawan IKS
menyatakan bahawa anatara halangan untuk memperolehi sijil halal adalah dari sgi
peruntukan kos kewangan yang tinggi.
Petikan akhbar Utusan (2015) turut menyatakan tiga kelemahan usahawan Bumiputera
dalam mendapatkan sijil Halal. Kelemahan yang dikenalpasti adalah tidak memenuhi
syarat kriteria persijilan halal dan tidak mengetahui cara yang betul untuk
memohonsijil halal. Syarikat bumiputera turut sukar mendapat pembiayaan kewangan
untuk menaiktaraf perniagaan terutama dari segi premis bagi memperoleh sijil halal.
CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan yang dibangkitkan hasil daripada kajian yang diperolehi.
Cadangan ini memeberi focus kepada beberapa pihak yang berkenaan iaitu agensi
kerajaan, usahawan IKS dan penyelidik akan datang.
Agensi Kerajaan
Kerajaan telah melantik beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dalam menjayakan
dasar negara dalam mempertingkatkan ekonomi perusahaan IKS. Pengisian latihan
yang disediakan perlulah mengikut keperluan semasa usahawan IKS. Terdapat
beberapa usahawan IKS menyatakan bahawa pengisisan kursus yang dihadiri kurang
bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan oleh mereka. Ia menjadi salah atu
punca dimana usahawan IKS tidak berminat dengan latihan yang dianjurkan oleh
agensi kerajaan.
Usahawan IKS
Usahawan IKS merupakan pihak yang memainkan peranan yang penting dalam
kejayaan industri IKS. Usahawan IKS seharusnya bersedia dalam melangkah pasaran
diperingkat yang lebih tinggi lagi. Usahawan IKS hendaklah sentiasa berusaha mencari
ilmu yang baru dalam perkembangan perusahaan IKS. Disamping itu, usahawan IKS
seharusnya berusaha dalam mendapatkan sijil Halal dari JAKIM. Dengan pemilikan
sijil halal, secara tidak langsung memberi satu jalan dalam memperkembangkan produk
IKS diperingkat antarabangsa.
Penyelidik Akan Datang
Penyelidik akan datang diharap dapat memperkembangkan lagi skop kajian di dalam
bidang ini. Secara tidak langsung, kita akan dapat melihat kesan keberkesanan latihan
bagi keseluruhan industri IKS di Malaysia.
KESIMPULAN
Hasil dapatan yang diperolehi diharap dapat membantu kerajaan dan agensi-agensi
yang berkaitan dalam mengukur tahap keberkesanan latihan yang telah dilaksanakan
kepada usahawan IKS. Disamping itu, diharap kajian ini dapat membantu penyelidik di
masa depan yang ingin mengkaji skop kajian yang sama.
Azmanirah Ab Rahman, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad (2010), Latihan
Kemahiran Di Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Kepada Pelatih Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN), Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan Keusahawanan,
Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Baba Mohd Deros, Azmi Hassan & Sarimah Othon (2004), Tahap Kefahaman Dan
Keberkesanan Skim Amalan Peningkatan Kualiti Di Industri Kecil Dan Sederhana, Jurnal
Teknologi, 40(A) Jun. 2004: 79–96, Universiti Teknologi Malaysia
Berita Sabah. Usahawan IKS Perlu Tingkat Kualiti Produk Untuk Hadapi Persaingan (2016,
May 28),
file:///C:/Users/user/Documents/UM/Usahawan%20IKS%20perlu%20tingkat%20kualiti%20pro
duk%20untuk%20hadapi%20persaingan.html
Laman Web Rasmi 2016, http://www.penerangan.gov.my/
Laman Web Rasmi Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) 2016,
http://www.smebank.com.my/
Laman Web Rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2016,
http://www.miti.gov.my/
Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi 2016, http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru
Mohd Faiz Bin Mat Nasir & Lee Ming Foong (2011), Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti
Perkhidmatan Di Fakulti Pendidikan Teknikal Dari Aspek Kemudahan Dan Fasiliti, Seminar
Pasca Ijazah yang Pertama 2011, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia
Muhammad Rashid Bin Rajuddin & Mohd Dzulfadli Bin Mohamad Saleh (2010), Tahap
Keberkesanan Usaha-Usaha Yang Dijalankan Oleh Penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi
Meningkatkan Sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian, Fakulti Pendidikan,
Muhd Rashid Bin Rajuddin & Fazlee Bin Alias (2010), Tahap Pengurusan Perniagaan Dalam
Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota Bharu, Fakulti Pendidikan,
Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan (2009), Analisis Sistem Kualiti Dalam Konteks Status
Dan Prestasi: Kajian Kes Industri Kecil Dan Sederhana Asas Tani, Prosiding PERKEM IV, Jilid
2 (2009) 135-ISSN: 2231-962X
Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan (2009), Analisis Sistem Kualiti Dalam Konteks Status
Dan Prestasi: Kajian Kes Industri Kecil Dan Sederhana Asas Tani (Analysis On The Quality Of
System In The Context Of Small And Medium Agro-Based Industry Performance), Prosiding
Perkem Iv, Jilid 2 (2009) 135- ISSN: 2231-962X
Portal Rasmi Bank Negara Malaysia 2016, http://www.bnm.gov.my/
Portal Rasmi Jabatan Pertanian Malaysia 2016, http://www.doa.gov.my/
Portal Rasmi MARA 2016, http://www.mara.gov.my/
Portal Rasmi SME Corporation Malaysia 2016, http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/
Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad Firdaus Muhammad Sabri (2014),
Faktor-Faktor Penyumbang Kepada Kejayaan Dan Kegagalan Perusahaan Kecil Dan
Sederhana (PKS) Bumiputera Di Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Muamalah Kolej Universiti
Islam Antarabangsa Selangor.
The Oxford Advanced Learner’s Dictionary (7th
Edition)(2005) Oxford University Press
Zulkiply Omar(2015), Peranan IKS Di Dalam Ekonomi, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia
(MIER)