KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH
description
Transcript of KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KPT 5033: TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
(KUMPULAN D / MAKMAL)
DISEDIAKAN OLEH
NO. NAMA NO MATRIKS
1. JAMAL BIN MOHD YUNUS L20092005588
2. AMIR AZROS BIN ABDUL AZIZ L20092005563
3. SU MOU JANG L20092005562
DISEDIAKAN UNTUK
ENCIK SHAMSUL ARRIEYA BIN ARIFFIN
1
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
“KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM BENTUK FLASH SEBAGAI BAHAN ALAT BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KEPADA BAKAL GURU DI KALANGAN PELAJAR DPLI.”
1.0 Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Penggunaan komputer pada masa kini semakin mendapat tempat dan
perhatian dalam apa jua bidang termasuklah bidang pendidikan. Dengan
perkembangan teknologi komputer juga, ia memberikan satu perubahan
dalam pendidikan dengan penggunaan pelbagai sistem Pembelajaran-
Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang memberikan beberapa
kebaikan berbanding pendidikan tradisional.
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan aplikasi Flash sebagai
bahan alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di
kalangan pelajar DPLI. Dalam kajian ini, kami telah memilih cerita rakyat
yang bertajuk “Sang Arnab dan Sang Kura-kura”. Penggunaan aplikasi ini
adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar tentang sesuatu
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menghilangkan
rasa kebosanan belajar dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
2
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUAN
Sejak dahulu sehingga kini pelbagai teknologi di gunakan dalam
menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Kini teknologi maklumat dan
telekomunikasi sering dikaitkan dengan pendidikan, di mana teknologi ini
memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap
mata pelajaran yang diajar.
Kajian yang dijalankan oleh Funkhouser (1993), Henderson dan
Landersman (1992) serta Al Ghamdi (1978) telah memperolehi hasil
berikut:
a) Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai
kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang
lebih lama dan dapat mengaitkan dengan bidang-bidang lain.
b) Pelajar yang menggunakan komputer mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan
berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
c) Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran akan dapat membantu pelajar memahami
konsep dan prinsip matematik dengan lebih mudah dan
berkesan.
d) Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan
peningkatan yang ketara.
3
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
1.2 Penyataan Masalah
a) Kegagalan guru dalam mencapai objektif menarik minat pelajar-
pelajar bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
interaktif kerana mereka hanya menggunakan bahan pengajaran
buku teks iaitu kaedah tradisional.
b) Pelajar hanya menghafal fakta-fakta, teori-teori, soalan latihan dan
jawapan secara bulat-bulat daripada buku teks atau daripada guru
sahaja dan tidak cuba untuk berfikir sendiri secara inovatif dan
kreatif.
c) Pelajar tidak menumpukan perhatian di dalam kelas kerana tidak
memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru dan
membosankan serta tidak menyeronokkan.
4
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
1.3 Objektif Kajian
Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk menjadikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) iaitu aplikasi Flash sebagai alat bantu mengajar
dan meluaskan penggunaan aplikasi Flash dalam kaedah proses
pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar DPLI.
Objektif Khusus
i. Guru dapat meluaskan penggunaan aplikasi Flash sebagai
bahan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran &
pembelajaran.
ii. Pelajar akan lebih berminat dan tertarik dengan penggunaan
Aplikasi Flash dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iii. Hasil daripada kaedah pengajaran & pembelajaran Aplikasi
Flash ia dapat melahirkan minda pelajar-pelajar DPLI untuk
berfikir secara lebih kreatif dan inovatif.
5
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
1.4 Soalan Kajian
i. Adakah guru dapat meluaskan penggunaan aplikasi Flash sebagai
bahan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?
ii. Adakah penggunaan Aplikasi Flash dapat menarik minat pelajar
untuk belajar dan sama ada pelajar tertarik dengan penggunaan
Aplikasi Flash dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
iii. Adakah Penggunaan Aplikasi Flash dapat melahirkan minda
pelajar-pelajar DPLI untuk berfikir secara lebih kreatif dan inovatif?
1.5 Definisi Konsep
i. Aplikasi Flash
Elemen visual seperti grafik dan ilustrasi digunakan bagi
menerangkan sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan
oleh teks. Ia dapat mempercepatkan penyampaian
maklumat di samping dapat memberi penerangan yang
jelas, tepat dan konsisten. Satu perisian yang digunakan
untuk menghasilkan sesuatu gambar atau grafik. Ia juga
boleh dipaparkan dalam bentuk animasi dalam bentuk siri.
6
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
ii. Cerita Rakyat
Cerita rakyat dapat didefinisikan sebagai ekspresi budaya
suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubungan
langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama
dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi,
sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat
tersebut. Cerita rakyat diwariskan secara turun-
temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya.
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan Kajian Tindakan ini bertujuan untuk mengalakkan dan
meluaskan penggunaan Aplikasi Flash sebagai salah satu alat
bantu mengajar yang berkesan dan menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih menarik secara tidak langsung ianya dapat
melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh
menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang minat
terhadap sesuatu mata pelajaran.
Kajian ini amat penting dari sudut pembelajaran kerana ianya
memberikan peluang kepada murid untuk lebih memahami dan
meminati mata pelajaran ini. Bagi guru pula, kaedah ini dapat
membantu dalam proses pengajaran kerana kaedah ini memberi
peluang untuk murid berinteraksi antara satu sama lain. Lantaran
itu, kaedah ini dapat menarik perhatian murid ketika proses
Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan.
7
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
1.7 Fokus Kajian
Pelajar DPLI Sesi 2009 Kelas Teknologi dalam Pendidikan Universiti
Pendidikan Sultan Idris
1.8 Sasaran Kajian
Sasaran kajian ini adalah di kalangan pelajar-pelajar DPLI tahun Julai
2009. Manakala sampel kajian yang dipilih adalah seramai 20 orang
pelajar DPLI.
1.8 Batasan Kajian
Keputusan hasil kajian ini tidak dapat mencukupi semua perkara atau
boleh memberi penyelesaian kepada semua perkara atau boleh memberi
penyelesaian kepada semua soalan berkaitan. Batasan-batasan yang
wujud adalah seperti instrumen, metodologi, pelaksanaan, masa, logistik,
kewangan, sampel dan kaedah analisis. Selepas melalui proses kajian ini,
kami mendapati beberapa batasan-batasan yang tidak dapat dielakkan.
Antara batasannya adalah:
1) Masa
Dalam tempoh masa yang terhad, kami tidak dapat menyempurnakan
kepada sample yang lebih ramai.
2) Pengalaman
Oleh kerana kami tidak mempunyai pengalaman dalam membuat
kajian, menjadikan ianya batasan terhadap kajian ini.
8
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
1.9 Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang telah kami gunakan bagi mengenalpasti penggunaan
aplikasi ini di kalangan bakal-bakal guru.
Borang Soal Selidik
Soal Selidik digunakan bagi mendapatkan persetujuan responden
terhadap pernyataan minat dengan menggunakan skala pengukur “Ya”
dan “Tidak”. Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada
pelajar DPLI untuk mendapatkan maklum balas tentang penggunaan
Aplikasi Flash dalam Proses pembelajaran dan pengajaran.
2.0 Dapatan Kajian
2.1 Latar Belakang/ Demografi sampel
Kami telah memilih 20 orang daripada pelajar DPLI ambilan Julai 2009,
Universiti Perguruan Sutan Idris, Tanjung Malim.
2.2 Tindakan yang dijalankan
Soal Selidik
Skala Likert digunakan dalam soal selidik bagi mendapatkan persetujuan
responden terhadap pernyataan minat responden terhadap aktiviti
Penggunaan Aplikasi Flash dengan menggunakan skala pengukur “Ya”
dan “Tidak”. Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada
pelajar-pelajar DPLI Sesi 2009 untuk mendapatkan maklum balas mereka
terhadap penggunaan aplikasi Flash sebagai alat bantu mengajar ketika
proses pengajaran dan pembelajaran.
9
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
2.3 Data-data kajian
i. Analisa Soal Selidik
NO SOALAN YA TIDAK
1 Adakah penggunaan aplikasi flash ini dapat
membantu anda sebagai salah satu alat bantu
mengajar selepas anda ditugaskan menjadi guru
kelak?
2 Adakah anda memahami jalan cerita aplikasi flash
yang kami bina?
3 Sekiranya diberi peluang, adakah anda ingin
mempelajari lebih mendalam tentang penggunaan
aplikasi flash?
4 Jika anda seorang murid atau pelajar, adakah
anda mahukan guru anda menggunakan kaedah
pembelajaran yang lebih interaktif agar proses
pembelajaran dan pengajaran lebih menarik?
5 Anda lebih berminat menggunakan kaedah
pengajaran interaktif berbanding kaedah
pengajaran tradisional.
10
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
3.0 Perbincangan
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 1 minggu, iaitu pada awal
bulan Oktober 2009 sebelum peperiksaan akhir pelajar DPLI. Semasa kami
menjalankan kajian ini kami telah memasukkan beberapa unsur motivasi dan
pengajaran agar maklumat yang ingin disampaikan dapat di selami oleh
murid-murid.
Hasil dapatan kajian menunjukkan 85 peratus menyatakan bahawa pengunaan
Aplikasi Flash dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini dapat membantu murid meningkatkan
kefahaman terhadap apa yang dipelajari di samping menjadikan suasana
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) lebih ceria dan menyeronokkan.
Penggunaan Audacity dalam jalan cerita juga dapat menarik minat murid dengan
wujudnya beberapa suara binatang.
11
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
4.0 Kesimpulan dan Cadangan
Kami berharap agar penggunaan aplikasi Flash dengan memasukkan Cerita
Rakyat dapat membantu murid serta guru yang lain untuk meneruskan kreativiti
mereka di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam kelas.
Kami mencadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-
i. Guru-guru digalakkan mengubahsuai kaedah pengajaran didalam
kelas dengan penggunaan ICT, dalam pendekatan proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) di dalam kelas - kelas
tertentu terutamanya kelas sederhana.
ii. Menggunakan teknologi-teknologi seperti gambar yang menarik.
iii. Guru-guru boleh menggunakan kaedah yang tidak membosankan
seperti penggunaan laman web dan sebagainya.
Hasil dari kajian yang dijalankan, kami dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi minat guru dan minat murid dalam proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P & P). Semoga minat pelajar dan guru dalam aktiviti ini boleh
menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses Pengajaran dan Pembelajaran
(P & P) yang lebih menyeronokkan dan berkesan, seterusnya menjadikan
peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan.
12
“Keberkesanan Penggunaan Koswer Dalam Bentuk Flash Sebagai Bahan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kepada Bakal Guru Di Kalangan Pelajar DPLI.”
Perisian ini hanya menawarkan bentuk stand alone, maka bentuk penggunaan
dalam teknologi web juga boleh dicadangkan pada masa akan datang untuk
member kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk menggunakannya dan di
mana-mana sahaja.
Perisian Flash ini juga ingin dilihat keberkesanannya pada peringkat pengajian
lebih tinggi pada mata pelajaran lain dan peringkat di sekolah menengah dan
juga universiti. Dengan sumber kewangan yang terbatas dan tenaga kerja yang
terhad perisian ini tentu ada kekurangannya. Bagaimanapun, ini boleh dianggap
sebagai pembuka jalan untuk pembangunan perisian yang lebih canggih pada
masa akan datang.
13