KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA...

26
KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA, MATA PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5 ABSTRAK  Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta minda bagi meningkatkan tahap kognitif murid terhadap topik Perluasan Kuasa Melaka, Kajian Tempatan Tahun 5. Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian murid yang diajar dengan menggunakan peta minda. Seterusnya, kajian ini juga mengkaji tahap penerimaan murid terhadap peta minda dalam proses pengajaran dan  pembelajaran Kajian Tempatan dan s ejauh mana kesa n penggunaan peta minda dapat meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Parit Buntar, Perak. Kajian tindakan dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 25 orang murid dan seorang guru di sebuah sekolah di Parit Buntar. Kajian ini menggunakan teknik  peta konsep sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan pencapaian akademik sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan dua set ujian aneka pilihan untuk ujian pra dan pasca, borang soal selidik untuk melihat tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta konsep, borang pemerhatian guru, temu bual guru dan murid. Secara keseluruhan, peta minda memberi sumbangan dalam meningkatkan  pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan 

Transcript of KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA...

Page 1: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 1/26

KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN

PENGUASAAN MURID DALAM TOPIK KESULTANAN MELAYU MELAKA, MATA

PELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5

A B S T R A K

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan peta minda bagi meningkatkan tahap

kognitif murid terhadap topik Perluasan Kuasa Melaka, Kajian Tempatan Tahun 5.

Selain itu, kajian ini juga ingin melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian

murid yang diajar dengan menggunakan peta minda. Seterusnya, kajian ini juga

mengkaji tahap penerimaan murid terhadap peta minda dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Kajian Tempatan dan sejauh mana kesan penggunaan peta minda dapat

meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Kajian ini

telah dijalankan di sebuah sekolah di Parit Buntar, Perak. Kajian tindakan dijalankan

secara kualitatif dan kuantitatif dengan sampel kajian terdiri daripada 25 orang murid

dan seorang guru di sebuah sekolah di Parit Buntar. Kajian ini menggunakan teknik

peta konsep sebagai pemboleh ubah tidak bersandar dan pencapaian akademik

sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian ini menggunakan dua set ujian aneka pilihan

untuk ujian pra dan pasca, borang soal selidik untuk melihat tahap penerimaan murid

terhadap penggunaan peta konsep, borang pemerhatian guru, temu bual guru dan

murid. Secara keseluruhan, peta minda memberi sumbangan dalam meningkatkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan

Page 2: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 2/26

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Mata pelajaran Kajian Tempatan bertujuan melahirkan murid yang setia pada negara,

cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh

berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang

harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.

(Sukatan Pelajaran, 2001). Umum mengetahui subjek ini merupakan rangkuman aspek

sejarah dan geografi. Dalam aspek sejarah terdapat pelbagai konsep dan fakta yang

harus diketahui dan difahami oleh murid. Hal ini kerana fakta mempunyai kaitan dengan

konsep. Fakta merupakan maklumat atau data yang membantu membentuk, membinadan mengembangkan sesuatu konsep (Abdul Rahim 2000). Memandangkan

pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses

berfikir, maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan murid

menguasai konsep sejarah dalam mata pelajaran Kajian Tempatan adalah wajar

dilakukan oleh para guru. Justeru, penggunaan peta minda dalam proses pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran kajian tempatan adalah satu teknik pengajaran yang

sangat sesuai. Hal ini kerana penggunaan peta minda akan dapat membantu murid

lebih fokus, boleh membuat interpretasi dan lebih mudah memahami topik yang

dipelajari. Dalam usia murid yang masih lagi dalam peringkat kanak-kanak, berfikir

memerlukan konsep yang konkrit. Konsep ini harus nyata dan jelas menurut persepsi

mereka. Kanak-kanak memerlukan satu medium sebagai kaedah menukar konsep atau

idea yang abstrak kepada sesuatu yang jelas dalam pandangan mereka. Dalam hal ini

peta minda menyediakan kaedah yang sangat diperlukan oleh kanak-kanak.

Penggunaan kaedah ini mampu memperkembangkan potensi dan pemikiran murid-

murid secara aktif dan baik sekaligus mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara

yang mana menjadi matlamat pendidikan negara.

Page 3: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 3/26

1.2 Latar Belakang Masalah Kajian

Kajian Tempatan merupakan mata pelajaran yang membicarakan dan mengkaji tentang

interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya melalui

aktiviti kemahiran belajar, kemahiran berfikir dan kemahiran social (pusat

perkembangan kurikulum, 2001). Mata pelajaran ini diajar secara formal di Tahap II

bagi mengukuhkan lagi pengetahuan, pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai

yang telah disepadukan secara terancang dalam mata pelajaran lain di Tahap I

terutama mata pelajaran bahasa. Pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan

dirancangkan untuk memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan

mencabar melalui penggunaan pelbagai kaedah seperti kaedah inkuiri penemuan,

pembelajaran koperatif dan kolaboratif bagi menanam dan memupuk semangat

kekitaan, jati diri dan berdaya tahan di kalangan murid.

Penggunaan pelbagai sumber terutamanya digalakkan bagi melatih murid menguasai

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi . Melalui mata pelajaran ini juga, sejak

di peringkat sekolah rendah lagi, murid diberi pendedahan pengalaman pembelajaran

untuk menangani cabaran akibat arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat serta

mempunyai wawasan merancang masa depan, mempunyai ketahanan diri yang kental

dan bersemangat patriotik bagi memenuhi matlamat dan aspirasi negara. Mata

pelajaran ini menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan

murid agar berbangga menjadi rakyat Malaysia yang cinta akan tanah air dan sanggup

berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara serta sentiasa mensyukuri

nikmat Tuhan.

Berhubung dengan tajuk “ Kesultanan Melayu Melaka ” di bawah tema Sejarah Negara

Kita , didapati ramai murid tidak dapat menguasainya tajuk tersebut dengan baik. Hal ini

kerana kebanyakan guru mengajar secara kaku, iaitu hanya menggunakan kaedah

tradisional yang kurang sesuai dengan tuntutan zaman. Kaedah chalk and talk,

penggunaan buku teks adalah contoh yang kerap digunapakai oleh guru-guru di dalam

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sedangkan bagi murid-murid kaedah

tradisional ini tidak menarik dan membosankan. Apatah lagi mata pelajaran Pendidikan

Kajian Tempatan bukanlah mata pelajaran yang terlibat dengan peperiksaan. Keadaan

Page 4: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 4/26

inilah yang menyumbangkan kepada murid-murid tidak menguasai pengetahuan,

pemahaman, kemahiran, kesedaran dan nilai yang akan mewatakkan mereka sebagai

generasi yang berhemah dan berakhlak mulia.

Faktor berikutnya, guru-guru dan pentadbir di sekolah-sekolah juga memandang matapelajaran Kajian Tempatan sebagai mata pelajaran ringan yang tidak perlu diberi

penekanan. Biasanya mata pelajaran Kajian Tempatan diagihkan kepada guru-guru

sekadar mencukupkan bilangan masa mengajar seminggu, supaya seimbang dengan

rakan guru yang lain. Malah tidak menjadi perkara pelik dan aneh apabila didapati

semua kelas Kajian Tempatan diajarkan oleh guru besar atau penolong kanan. Hal

demikian berlaku kerana mereka beranggapan mata pelajaran Kajian Tempatan adalah

mata pelajaran yang mudah dan tidak merugikan murid-murid sekiranya guru besar

atau penolong kanan tidak dapat masuk ke kelas disebabkan kesibukan masa dengan

tugas-tugas pentadbiran.

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui mata pelajaran Kajian Tempatan, adalah diharapkan dapat membentuk

keperibadian murid yang seimbang serta dapat memberi sumbangan terhadap

kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara. Seterusnya, usaha ini akan dapat

melahirkan generasi yang peka tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai

warganegara, menghargai perpaduan dan mengapresiasi kepelbagaian budaya

masyarakat Malaysia. Matlamat yang ideal ini adalah untuk melahirkan modal insan

dalam masyarakat seperti yang dicita-citakan oleh pihak kerajaan. Namun, sekiranya

aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dikesampingkan oleh guru-

guru mata pelajaran Kajian Tempatan, harapan dan matlamat tersebut tidak mungkin

akan menjadi kenyataan.

Seterusnya, matlamat mata pelajaran Kajian Tempatan secara umumnya ingin memberi

kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab murid dalam

masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang

bersatu padu, patriotik serta boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat,

negara dan dunia. Matlamat seterusnya ialah untuk melahirkan murid yang setia pada

Page 5: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 5/26

negara, cinta akan tanahair, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta

boleh berinteraksi ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan sejahtera.

Untuk memastikan matlamat tersebut dapat dicapai, murid-murid sepatutnya terlebih

dahulu perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang terdapat dalam

topik mata pelajaran Kajian Tempatan.

Bagaimanapun, melalui pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan, pengkaji mendapati

murid-murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah, tidak dapat

menguasai pengetahuan topik pada tahap yang sepatutnya. Hal demikian dapat

dibuktikan melalui keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang menunjukkan hanya

76% sahaja murid lulus (0%mendapat gred A, 48% mendapat gred B dan 28%

mendapat gred C) manakala 24% murid gagal dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Justeru, pengkaji mengambil langkah untuk melihat kembali perlaksanaan pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan di peringkat sekolah rendah

khususnya di sekolah pengkaji sendiri. Apakah terdapat kaedah yang sesuai untuk

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut secara lebih

berkesan supaya murid-murid dapat belajar dengan berkesan ke arah menguasai

pengetahuan dalam sesuatu topik. Penggunaan kaedah yang sesuai dan berkesan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi perkara yang amat

penting. Oleh itu, pengkaji merasa perlu diberikan penekanan tentang penggunaan

kaedah peta minda semasa mengajarkan tajuk “ Kesultanan Melayu Melaka ”.

Beberapa kajian lepas mendapati bahawa penggunaan kaedah peta minda dalam

pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam

sesuatu mata pelajaran (Altablig bt Ali 2006, Asma binti Ishak 2005, Rusilah Jais et. al

2004, dan Sim Ah Hock et. al 1997). Pengkaji mengharapkan penggunaan peta minda

dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk “ Kesultanan Melayu Melaka ” akan

dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Kajian Tempatan. Seterusnya

pengkaji juga mengharapkan kajian yang akan dijalankan ini akan memberikan hasil

yang positif, untuk memartabatkan mata pelajaran Kajian Tempatan di kalangan murid-

murid.

Page 6: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 6/26

1.4 Tinjauan Literatur

Peta minda telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960-an sebagai kaedah

yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan berkesan. Menurut

Subadrah (2001), penggunaan peta minda semakin penting sebagai satu kemahiran

mengorganisasi maklumat dan menghuraikan konsep atau objektif secara teratur.

Shahabudin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2007) menyatakan, peta

minda membolehkan kita merangka, mencatat nota, merekodkan maklumat atau

peristiwa, merancang aktiviti atau membuat sesuatu persembahan. Peta minda yang

dibentuk biasanya pelbagai dan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat

daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Menurut PohSwee Hiang (2006), peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia

merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama

membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding,

menganlisa dan sebagainya. Peta minda adalah kebiasaannya dibina di atas sehelai

kertas. Idea penting atau idea utama diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea

lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil,

garisan, bongkah geometri, imej, underlining, anak panah, warna dan sebagainya.

Peta minda juga boleh menjimatkan masa dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran.

Dalam proses pembelajaran, seseorang murid itu perlulah menyusun strategi agar

segala isi pelajaran dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Menurut Dilip

Mukerjea (1996), melalui peta minda seseorang itu dapat .... learn more, remember

more, use less paper, invest less effort ... yang membawa maksud penggunaan peta

minda dapat memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan

daya ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga.

Semasa membina peta minda, maklumat penting yang disusun dan dikelolakan dengan

cara keseluruhan. Susunan sedemikian dapat menghasilkan struktur pola yang kreatif

selaras dengan cara otak seseorang memproses maklumat. Penggunaan peta minda

Page 7: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 7/26

lebih mudah untuk dirakamkan dalam ingatan jangka panjang. Poh Swee Hiang (2006)

berpendapat, peta minda membantu anda mencatat nota dengan pantas dan

mengelakkan pengulangan perkataan. Nota tersebut wujud sebagai satu gambaran

mental yang lengkap, bermakna dan senang diingati.

Penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan boleh membantu

mencapai beberapa matlamat. Menurut Ab Fatah Hassan (1994), antaranya

mengorganisasi maklumat, membantu kepada pengekalan ingatan, membuat perkaitan

antara pengetahuan yang baru dengan pengetahuan sedia ada, membantu kepada

pengekalan konsep baru, memperjelas dan mengvisualisasikan struktur kognitif pelajar

dan menggalakkan kreativiti. Faktor tersebut juga boleh menarik minat murid terhadap

proses pengajaran dan pembelajaran guru.

Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajar cemerlang SPM 2006, Nadia

Rohani Malik Panter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul

Ittifaq, Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat 1A dalam kesemua 14 mata

pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut. Pejabat Pendidikan Daerah Besut

(23 Mac 2007) melaporkan, Nadia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar

menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkannya mengulangkaji

dan menghafal pelajaran.

Sasterawan terkenal tanahair, A. Samad Said telah mengadakan pameran “Daerah

Samad – 100 lakaran oleh A. Samad Said” di G aleri Petronas, Suria KLCC. Menurut

Johanna A. Sobrey (25 Jun 2007), manuskrip-manuskrip itu hasil tulisan tangan Pak

Samad sendiri berperanan sebagai peta minda yang mengungkapkan secara intim,

telus dan langsung sejarah pembentukkan karya-karya sasteranya dari mula sampai

tamat. Selanjutnya dijelaskan, disebalik tompokan dan garisan-garisan halus mahupun

cakaran liar, turut tersisip kata-kata puitis dan mesej mendalam yang meneropong

kehidupan, keadaan serta perkara yang berlaku di persekitaran dan pelbagai perkara

yang bermain di minda Pak Samad. Ini menunjukkan kelebihan penggunaan peta

Page 8: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 8/26

minda dalam membuat catatan idea sebelum dikembangkan dalam bentuk penulisan

naratif.

1.5 Definisi Istilah

Keberkesanan

Menurut kamus dewan edisi keempat (2007), keberkesanan ialah perihal berkesan,

berkesannya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): sesuatu tindakan itu dapat dilihat

daripada hasil yang diperoleh sesudahnya: ujian pencapaian sekolah amatlah penting

dari segi menilai pengajaran dan pembelajaran KBSR.

Peta Minda

Peta minda merupakan satu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting

diletakkan di tengah-tengah pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan diluar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna

dan sebagainya.

1.6 KAJIAN DAN TEORI-TEORI BERKAITAN

i) Teori

Selain daripada bukti-bukti kejayaan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan

pembelajaran, terdapat juga beberapa teori serta pandangan yang sesuai atau yang

menyokong penggunaan peta minda dapat memberi manfaat kepada proses

pembelajaran. Antaranya Teori Pembelajaran Gestalt /Kognitif, Teori Ausubel, dan

Teori Pelbagai Kecerdasan (Gardner). Ahli-ahli psikologi gestalt atau kognitif

berpendapat, dalam proses pembelajaran, pelajar membentuk struktur kognitif dalam

ingatannya. Ragbir Kaur (2006) menyatakan, setiap kali seseorang individu itu belajar,

dia akan menyusun segala pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya di dalam

ingatan. Penggunaan peta minda adalah selari dengan pendapat mazhab gestalt yang

berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola,

menyusun, menyimpan dan menggunakan semula segala pengalaman yang tersimpan

untuk membolehkan dia menghubungkaitkan pertalian antara pengalaman tersimpan

dengan masalah dihadapi.

Page 9: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 9/26

David Ausubel seorang ahli psikologi kognitif yang menekankan penguasaan maklumat

melalui penggunaan bahasa yang bermakna. Menurut Ragbir Kaur (2006), maklumat

yang dipelajari secara bermakna dapat diingat dengan lebih lama berbanding dengan

apa yang dipelajari secara hafazan. Dr Ismail Zain (13 Jun 2005) Utusan Malaysia,

telah menyatakan pembelajaran secara hafalan tidak dapat membentuk insan yang

kritis dan kreatif, malah tidak sesuai dengan zaman yang serba maju ini. Selanjutnya

beliau berpendapat penggunaan peta minda dan pengurusan grafik adalah sesuai ke

arah memudahkan otak membuat analisis untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Gardner yang terkenal dengan teori kecerdasan pelbagai menyatakan bahawa

kecerdasan adalah kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah. Menurut

Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun (2006) dalam penyelesaian masalah terdapatpelbagai cara bukan hanya tertumpu kepada satu cara tertentu sahaja dan Gardner

telah mengenalpasti sembilan jenis kecerdasan yang ada dalam diri individu. Dalam

proses pembelajaran menggunakan peta minda adalah amat sesuai terutamanya bagi

murid-murid yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang, kecerdasan bahasa dan

kecerdasan interpersonal. Dalam sesuatu kumpulan pembelajaran yang dibentuk

mungkin terdapat ahli kumpulan yang berbeza kecerdasan. Perbezaan tersebut dapat

membantu murid-murid untuk menghasilkan peta minda yang kreatif dan asli.

ii) Kajian

Kajian-kajian berkaitan dengan penggunaan peta minda telah banyak dijalankan oleh

pengkaji-pengkaji di kalangan pendidik sendiri. Antaranya ialah Altablig bt Ali (2006),

Asma binti Ishak (2005), Rusilah Jais et. al (2004), dan Sim Ah Hock et.al (1997).

Altablig bt Ali (2006) telah menjalankan kajian tentang penggunaan peta minda dalam

mengingati konsep atau fakta sejarah ke atas 35 orang pelajar tingkatan 4 di Sekolah

Menengah Pekan Baru, Parit Buntar. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan

pelajar yang berpencapaian sederhana telah meningkat sebanyak 60% manakala

pelajar yang lemah hanya 6% sahaja. Beliau merumuskan bahawa penggunaan peta

Page 10: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 10/26

minda dapat membantu pelajar-pelajar sederhana mengingat fakta sejarah bagi

mendapat markah terutamanya dalam soalan struktur Kertas 2.

Asma binti Ishak (2005), telah menjalankan kajian ke atas 30 orang murid tahun 4 Arif

di Sekolah Kebangsaan Jelempok. Kajian beliau, penggunaan peta minda dapat

meningkatkan kemahiran mencatat nota. Dapatan kajian beliau menunjukkan berlaku

peningkatan kumpulan pencapaian tinggi dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding

ujian pra 7%. Bagi kumpulan pencapaian rendah pula menurun kepada 3% dalam ujian

pasca berbanding 40% dalam ujian pra. Sehubungan itu beliau berpandangan bahawa

penggunaan peta minda dalam mencatat nota adalah berjaya.

Seterusnya Rusilah Jais et. al (2004) juga telah menjalankan kajian tentangpenggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di kalangan pelajar

perakaunan. Kajian tersebut melibatkan seramai 158 responden di kalangan pelajar-

pelajar matrikulasi. Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan

pelajar yang mendapat gred A sebanyak 26.6% dalam ujian pasca berbanding 7%

dalam ujian pra. Pelajar yang mendapat gred B juga meningkat daripada 7.6% dalam

ujian pra kepada 12% dalam ujian pasca. Bagi gred C menunjukkan penurunan peratus

dalam ujian pasca iaitu 3.2% berbanding 10.1% dalam ujian pra. Rusilah Jais et. al

(2004) merumuskan bahawa penggunaan peta minda dalam mata pelajaran matematik

adalah berkesan.

1.7 Tujuan Kajian

Objektif Umum :

Membantu murid-murid meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam

penguasaan Topik Kesultanan Melayu Melaka, Kajian Tempatan Tahun 5.

Objektif Khusus:

Meningkatkan tahap ingatan murid terhadap topik Kesultanan Melayu Melaka

dengan menggunakan kaedah peta minda.

Page 11: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 11/26

Meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap topic Kesultanan Melayu Melaka

dengan menggunakan kaedah peta minda.

Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap topik Kesultanan Melayu

Melaka dengan menggunakan kaedah peta minda.

1.8 Persoalan Kajian

Persoalan- persoalan Kajian Tempatan murid tahun 5 adalah:

Adakah penggunaan peta minda dapat membantu murid dalam meningkatkan

ingatan mereka terhadap Topik Kesultanan Melayu Melaka?

Adakah penggunaan peta minda dapat membantu murid dalam meningkatkan

pemahaman mereka terhadap Topik Kesultanan Melayu Melaka? Adakah penggunaan peta minda dapat meningkatkan minat murid terhadap

Topik Kesultanan Melayu Melaka?

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada para guru

demi meningkatkan pemahaman murid terhadap pengajaran subjek Kajian TempatanTahun 5. Melalui kajian yang dijalankan, diharapkan guru akan lebih bermotivasi untuk

mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan tidak terikat kepada kaedah

lama iaitu “chalk dan talk ” sahaja. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu

murid-murid untuk lebih memahami subjek ini dengan lebih baik dan diaplikasikan untuk

subjek-subjek lain dalam kurikulum sekolah.

Page 12: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 12/26

BAB 2METODOLOGI

2.1 Reka Bentuk

Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan meninjau penggunaan peta minda untuk

meningkatkan pencapaian murid dalam topik Kesultanan Melayu Melaka dengan

menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data kajian. Menurut

McNiff (1988), kajian tindakan merupakan satu pendekatan untuk membaiki atau

meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi

lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan

tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan. Pengkaji telah menggunakan

model penyelidikan tindakan berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggart (1988).

Model ini menggariskan empat fasa perkembangan iaitu Fasa 1 menyediakan pelantindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku, Fasa 2 bertindak mengikut

pelan tersebut, Fasa 3 mengumpul dan menganalisis data dan Fasa 4 memerhati kesan

daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ia berlaku dan membuat refleksi.

Tempoh penyelidikan tindakan ini dilaksanakan selama 8 minggu.

2.2 Persampelan

Sampel kajian terdiri daripada 25 orang pelajar daripada kelas 5 Amanah Sekolah

Kebangsaan Kampong Kedah. Mereka mempunyai pelbagai latar belakang yang

berbeza dan tahap akademik yang berbeza. Kajian dipilih adalah secara bertujuan.

Menurut Zaenab Hanim (2004) penyelidikan tindakan tidak menggunakan perkataan

populasi disebabkan penyelidikan tindakan tidak memerlukan sampel secara rawak

yang digeneralisasikan daripada populasi.

2.3 Instrumen Kajian

Memandangkan kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan tindakan yang

menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif, pengkaji akan menggunakan pelbagai

bentuk instrumen yang boleh menyokong kajian ini. Instrumen kajian ini terdiri daripada

soal selidik, ujian pra dan pasca, temu bual dan borang pemerhatian.

Page 13: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 13/26

2.4 Pengumpulan data

Sebelum pengajaran menggunakan peta minda dilaksanakan, murid-murid akan

diberikan ujian pencapaian dalam topik Kesultanan Melayu Melaka. Tujuan ujian ini

adalah untuk mengetahui tahap pencapaian awal murid sebelum kajian dijalankan.Pengajaran menggunakan peta minda dalam mata pelajaran Kajian Tempatan telah

dijalankan selama lapan minggu. Pemerhatian semasa pengajaran guru dijalankan

sepanjang kajian ini dilaksanakan. Pada minggu ke lapan, murid-murid akan diberikan

ujian pasca untuk melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian selepas

pengajaran peta minda dilaksanakan dan soal selidik berkaitan tentang tahap

penerimaan murid terhadap penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan

pembelajaran topik. Temu bual secara separa berstruktur turut dijalankan ke atas dua

orang murid yang dipilih secara rawak pada minggu terakhir kajian ini dijalankan bagi

mendapatkan maklum balas tentang pengajaran peta minda dalam mata pelajaran

Kajian Tempatan terutamanya dalam topik Kesultanan Melayu Melaka.

2.4 Analisis Data

Analisis data dilakukan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan deskriptif.

Manakala kaedah yang digunakan pula ialah kaedah tinjauan. Pendekatan ini dipilih

kerana penyelidik harus memerhati dan menganalisa masalah secara intensif untuk

meninjau bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan tahap penerimaan murid

terhadap penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian

Tempatan. Analisis temu bual dan pemerhatian dilakukan dengan membuat rumusan

secara deskriptif. Manakala, analisis keputusan pencapaian murid dalam ujian pra dan

ujian pasca dilakukan secara peratusan.

Page 14: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 14/26

BAB 3HASIL DAPATAN

3.1 Dapatan Kajian dan Analisis

Kajian tindakan ini membincangkan tentang dapatan kajian yang telah dijalankan iaitu

mengenai tahap penerimaan murid terhadap penggunaan peta minda dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan ini, hasil kajian dapat

dilihat menerusi graf-graf yang berikut.

No Item

1Saya suka belajar mata pelajaran Kajian

Tempatan menggunakan peta minda

2Penggunaaan peta minda memudahkan saya

mempelajari Kajian Tempatan

3Pembelajaran berbantukan peta minda amat

menyeronokkan, mudah dan realistik

4

Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep

dan fakta dalam Kajian Tempatan dengan

menggunakan peta minda

5Saya suka membuat latihan menggunakan peta

minda.

6Pengajaran guru dengan menggunakan peta

minda lebih berkesan.

7

Saya lebih mudah mengingati fakta dalam

Kajian Tempatan dengan penggunaan peta

minda dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Kajian Tempatan

JADUAL 1 : Soal selidik tahap penerimaan murid terhadap

penggunaan peta minda

Page 15: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 15/26

Graf 1 : Suka belajar mata pelajaran Kajian Tempatan menggunakan peta minda

Berdasarkan graf, seramai 22 responden menyatakan suka belajar mata

pelajaran Kajian Tempatan menggunakan peta minda manakala 2 respondenmenyatakan tidak suka. Ini bermakna 88% responden bersetuju dan 12% tidak

bersetuju.

Graf 2 : Penggunaaan peta minda memudahkan saya mempelajari Kajian Tempatan

Menurut graf 2, seramai 22 responden menyatakan penggunaaan peta minda

memudahkan mereka mempelajari Kajian Tempatan manakala 3 lagi menyatakan tidak.

Ini bermakna 88% responden bersetuju dan 12% tidak bersetuju.

22

3

0

5

10

15

20

25

Ya Tidak

Suka belajar mata pelajaran KTmenggunakan peta minda

Ya

Tidak

22

3

Peta minda memudahkan saya mempelajari KT ?

Ya Tidak

Page 16: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 16/26

Graf 3 : Peta minda dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam KajianTempatan

Melihat kepada graf 3, sebanyak 23 responden menyatakan peta minda dapat

meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam Kajian Tempatan manakala 2 lagi

menyatakan tidak. Ini bermakna 92% responden bersetuju dan 8% tidak bersetuju.

Graf 4 : Pembelajaran berbantukan peta minda amat menyeronokkan dan mudah

0

10

20

30 23

2

B i l a n g a n

R e s p o n

d e n

Bilangan Hari

pembelajaran berbantukan peta minda menyeronokkan danmudah?

ya

tidak

0

5

10

15

20

2523

2

B i l a a n g a n

R e s p o n

d e n

peta minda dapat meningkatkanpenguasaan konsep dan fakta ?

ya

tidak

Page 17: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 17/26

Merujuk kepada graf 4, seramai 23 responden menyatakan pembelajaran berbantukan

peta minda amat menyeronokkan dan mudah manakala 2 lagi responden menyatakan

tidak. Ini bermakna 92% responden bersetuju dan 8% tidak bersetuju.

Graf 5 : Suka membuat latihan menggunakan peta minda

Berdasarkan graf 5, seramai 21 responden menyatakan suka membuat latihan

menggunakan peta minda manakala 4 responden lagi menyatakan tidak. Ini bermakna

84% responden bersetuju dan 16% tidak bersetuju.

Graf 6 : Pengajaran guru dengan menggunakan peta minda lebih berkesan

21

4 B i l a n g a n

R e s p o n

d e n

suka membuat latihan menggunakan peta minda ?

ya tidak

96%

4%

pengajaran guru menggunakan peta lebih berkesan?

ya tidak

Page 18: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 18/26

Berdasarkan graf 6, seramai 24 responden menyatakan Pengajaran guru dengan

menggunakan peta minda lebih berkesan manakala hanya 1 responden menyatakan

tidak Ini bermakna 96% responden bersetuju dan 4% tidak bersetuju.

Graf 7 : lebih mudah mengingati fakta dalam Kajian Tempatan dengan penggunaan

peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan

Melihat kepada graf 7, 23 responden menyatakan lebih mudah mengingati fakta dalam

Kajian Tempatan dengan penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Kajian Tempatan berbanding hanya 2 responden menyatakan tidak. Ini

bermakna 92% responden bersetuju dan 8% tidak bersetuju.

Ya, 23

Tidak, 2lebih mudah mengingati fakta dengan peta minda?

Page 19: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 19/26

Bagi mengkaji sejauh mana kesan penggunaan peta minda dalam meningkatkan

pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian Tempatan, pengukuran dibuat

berdasarkan pencapaian dalam ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis pencapaian

Kajian Tempatan bagi topik Kesultanan Melayu Melaka adalah seperti Jadual 2.

Gred/Markah Ujian Pra (Bilangan Murid) Ujian.Pasca(Bilanganmurid)

A (80-100) 0 9

B (60-79) 12 10

C (40-69) 7 4

D (0-39) 6 2

Jumlah 25 25

JADUAL 2 : Keputusan ujian pra dan ujian pasca

Berdasarkan analisis dapatan kajian bagi ujian pra dan ujian pasca di atas dalam

Jadual 2 dapatlah dirumuskan bahawa secara keseluruhan pencapaian murid dalam

mata pelajaran Kajian Tempatan telah meningkat setelah proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan peta minda dilaksanakan. Markah lulus untuk kedua-dua

ujian ini ialah 40 ke atas. Peratus lulus mata pelajaran Kajian Tempatan telah

meningkat daripada 76% peratus dalam ujian pra meningkat kepada 92% peratus

dalam ujian pasca. Dapatan ini jelas menunjukkan pengajaran dan pembelajaran

menggunakan peta minda memberi sumbangan positif terhadap pencapaian murid

dalam mata pelajaran Kajian Tempatan selepas pengajaran menggunakan peta minda

dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian yangketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra.

Malahan, hasil pemerhatian turut serta pengkaji terhadap pengajaran guru Kajian

Tempatan yang dipilih dengan menggunakan borang pemerhatian berstruktur, dapatlah

dirumuskan bahawa penerimaan murid terhadap peta minda adalah positif. Murid-murid

Page 20: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 20/26

juga didapati telah menunjukkan pemahaman yang baik terhadap topik-topik yang diajar

menggunakan peta minda. Dapatan temu bual murid turut menjelaskan bahawa

penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan

telah menarik minat murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan. Secara

keseluruhan, murid telah mengetahui banyak kebaikan penggunaan peta minda dalam

pengajaran Kajian Tempatan. Murid telah menunjukkan penerimaan positif terhadap

penggunaan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kajian Tempatan

adalah positif.

Page 21: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 21/26

BAB 4LIMITASI

4.1 Cadangan

Daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat segelintir murid yang kurang berminat

dan bermotivasi untuk melukis peta minda, oleh itu adalah diharapkan sistem token

juga diperkenalkan kepada murid. Sistem token ini digunakan bertujuan untuk

memotivasi dan menggalakkan murid melukis peta minda dan mengulangkaji catatan

nota bentuk peta minda. Guru boleh melakukan pengubahsuaian kaedah dengan

fotostat peta minda buatan guru kepada murid dan meminta murid mewarnakan peta

minda sahaja. Hal ini adalah kerana melalui kajian yang telah dibuat, didapati terdapat

sebahagian murid yang tidak minat untuk melukis dan ini telah membuat mereka rasatidak minat akan penggunaan peta minda untuk mencatat nota.

Selain itu penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah amatlah digalakkan, kerana penggunaan komputer dapat menarik minat murid-

murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih sistematik. Menurut Nor Hayati

(2002), salah satu kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat murid-murid

ialah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, iaitu satu pengajaran yang

dibantu oleh komputer dengan melibatkan perisian-perisian yang sesuai sama ada

dicipta sendiri atau telah dicipta oleh orang lain untuk tajuk-tajuk tertentu. Ahmad Nizar

(1997) pula berpendapat, pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah

satu situasi pembelajaran di mana murid-murid dapat berinteraksi dan dibimbing oleh

komputer melalui satu program pembelajaran terancang yang bertujuan untuk

mencapai matlamat pembelajaran.

Pengajaran dan pembelajaran melalui peta minda berbantukan komputer juga dapat

menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik dan lebih efektif kerana pelajaran

dapat disampaikan dengan cara yang lebih menghiburkan. Antara matlamat yang

dicapai oleh murid melalui pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah

mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah serta lebih banyak mengingati

Page 22: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 22/26

kembali bahan yang dipelajari, memperoleh sikap positif terhadap alat komputer, dapat

berinteraksi dengan komputer dengan lebih aktif dan fleksibel dalam pembelajaran, iaitu

murid menentukan cara menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer.

Penggunaan peta minda melalui bantuan komputer dapat menyusun strategi agar

segala isi pelajaran yang diperolehi dapat diproses oleh otak dengan lebih mudah. Hal

ini kerana beberapa elemen yang dapat merangsangkan fungsi otak dan memudahkan

pemahaman murid seperti yang berikut:-

Teks yang ringkas dan mudah difahami serta saiznya yang tidak begitu kecil

dapat mengelakkan mata berasa letih serta seterusnya mengelakkan diri

seseorang itu berasa bosan untuk membacanya.Bahan grafik seperti garisan anak panah, segi empat dan bulatan dapat

digunakan untuk membentuk jaringan bagi memudahkan pemahaman bagi satu-

satu topik.

Gambar-gambar yang dilukis bagi melambangkan sesuatu isi pada teks dapat

menjelaskan lagi pemahaman serta mengukuhkan daya ingatan dengan cara

mencerdaskan daya gambaran mental yang ada pada setiap individu.

Page 23: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 23/26

Kesimpulan

Secara keseluruhan, penggunaan peta minda sebagai salah satu teknik pengajaran

Kajian Tempatan sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata

pelajaran Kajian Tempatan. Dapatan kajian jelas menunjukkan berlakunya perubahansikap murid terhadap mata pelajaran Kajian Tempatan selepas didedahkan kepada

pengajaran menggunakan peta minda. Pencapaian murid dalam mata pelajaran Kajian

Tempatan telah meningkat dengan ketara selepas diajar menggunakan peta minda.

Kebanyakan murid telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran

Kajian Tempatan yang secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian mata

pelajaran Kajian Tempatan tersebut. Justeru, para guru hendaklah mengambil inisiatif

untuk mendedahkan teknik pengajaran menggunakan peta minda terhadap semua

mata pelajaran sebagai satu kaedah berkesan meningkatkan minat dan pencapaian

murid. Para guru Kajian Tempatan juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam

menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik seiring dengan era

globalisasi.

Page 24: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 24/26

RUJUKAN:

Ab. Fatah Hassan. 1994. Penggunaan minda yang optimum dalam pembelajaran.

Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahim Abd. Rashid. 2000. Model dan pendekatan pengajaran sejarah

KBSM.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abedah Ismail & Norhaini Hassan. 2004. Meningkatkan kemahiran mencari maklumat

mengikut peta konsep bagi tajuk kerajaan awal dalam mata pelajaran sejarah

tingkatan empat. Jurnal kajian tindakan pendidikan guru 2004.

Alias Baba. 1997. Statistik penyelidikan dalam penyelidikan sains sosial. Penerbit

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aminuddin Mansor (10 Mac 2006). Daya ingatan penting Semasa Belajar.

[atas talian] http://www.islam.gov.my/e-rujukan [21 Ogos 2012]

Altablig Ali. 2006. Penggunaan peta minda dalam meningkatkan konsep atau fakta

sejarah-Bab 1 Tingkatan 4. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan. Jabatan

Pendidikan Perak. hlm, 87 – 99.

Asma Ishak. 2005. Meningkatkan kemahiran mencatat isi-isi penting di kalangan murid

tahun 4 dengan menggunakan peta minda. Jurnal Kajian Tindakan Guru. Institut

Perguruan Perlis : 133-145.

Azizi Yahaya et. al. 2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan – teori, analisis &interpretasi data. Kuala Lumpur : PTS Professional.

Dilip Mukerjea. 1996. Superbrain – Train Your Brain and Unleash The Genius Within.

Singapore : Oxford University Press.

Page 25: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 25/26

Ismail Zain, Dr. (tiada tarikh). Kepentingan Penggunaan Peta Minda. [atas talian]

http://www.tutor.com.my [31 Ogos 2012].

Ismail Zain, Dr. (13 Jun 200 5). „Belajar Berkesan dengan Peta Minda‟. Utusan Malaysia.

(Kuala Lumpur)

Johanna A. Sobrey. (25 Jun 2007). „Peta Minda Pak Samad‟. Kosmo. (Kuala Lumpur):

18-19.

Kanagambal. 1997. Keberkesanan PPBK dalam matematik. Kertas projek KSPK Institut

Perguruan Darulaman.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan

Tahun 5. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Laporan Persidangan Dewan Rakyat. (12 April 2005). [atas talian]

http://www.parlimen.gov.my [07 Julai 2012]

Nor Hayati Hj Mt Ali. 2002. Pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan

komputer: Keberkesanan perisian “The Geometer‟s Sketchpad” untuk tajuk

penjelmaan. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pelajar Terbaik SPM 2007 (23 Mac 2007). [atas talian]

http://ppdbesut.net/nuke/modules.php?name=News&file=article&sid=4 [15 Julai

2012]

Poh Swee Hiang. 2006. Kemahiran Berfikir - Kurikulum Kursus Persediaan Program

Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Page 26: KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA MELAKA.docx

7/27/2019 KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TOPIK PERLUASAN KUASA…

http://slidepdf.com/reader/full/keberkesanan-penggunaan-peta-minda-dalam-meningkatkan-penguasaan-murid-topik 26/26

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh. 2006. Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)-Sekolah Rendah dan Menengah.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Ramlan Hamzah & Lily Mastura Harun. 2006. Panduan Ulangkaji Psikologi Pendidikan.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Rusilah Jais et.al. 2004. Penggunaan peta minda bagi mata pelajaran matematik di

kalangan pelajar perakuanan. [atas talian]. http://www.kmph.edu.my/WebRnD/

[11 September 2012]

Shahbudin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2007. Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur : PTS Professional.

Sim Ah Hock, Dr. et. al. 1997. Kesan strategi pemetaan konsep terhadap pemprosesan

maklumat sains dalam tutorial pembelajaran berbantukan komputer. Jurnal

Penyelidikan Pendidikan 1997. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim. hlm, 124

– 141.

Subadrah Madhawa Nair. 2001. Penggunaan peta minda sebagai satu strategi dalam

pengajaran kesusasteraan melayu. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan.

Fakulti Pendidikan UKM.

Tony Buzan. 2006. Mind Mapping - Kick-Start Your Creativity and Tranform Your Life.

England : BBC Active