KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF...

9
KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF PRESTASI KUTIPAN DANA WAKAF DI SELANGOR Dewiyana Binti Saparudin 1 Md Yazid Bin Ahmad 2 ABSTRAK Tujuan utama Kertas kerja ini adalah untuk melihat keberkesanan Wakaf tunai di Selangor atau lebih dikenali dengan “Saham Wakaf” dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf. Keberkesanan wakaf tunai akan dikaitkan dengan peningkatan jumlah kutipan dana wakaf itu sendiri. Sekiranya prestasi kutipan meningkat maka kutipan dana tersebut dikatakan berkesan dan berjaya. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang menyokong keberkesanan wakaf tunai dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf di Selangor. Sampel kajian adalah dari 9 buah daerah di Selangor dan ejen-ejen wakaf yang telah dipilih secara strata berasaskan jenis kutipan dana wakaf. Kategori kutipan dana wakaf tunai adalah wakaf Am dan Wakaf Khas. Kaedah kutipan yang dilaksanakan melalui Skim Infaq, perlantikan ejen-ejen penerangan dan kutipan serta Sahabat korporat. Metode yang digunakan dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah persampelan berstrata, analisis dokumen dan kajian lapangan (temu bual). Ianya digunakan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang faktor-faktor keberkesanan wakaf tunai dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf di Selangor. Hasil kajian mendapati terdapat 6 faktor utama iaitu: perancangan yang rapi di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT), produk-produk wakaf yang terkini dan latihan kakitangan serta jalinan kerjesama “ Smart Patnership” dengan syarikat-syarikat korporat telah menyumbang kepada keberkesanan wakaf tunai di mana prestasi kutipan dana telah meningkat dari tahun-tahun sebelumnya dan seterusnya program pengagihannya mula dapat dikembangkan secara menyeluruh di Selangor. Kata kunci: Keberkesanan, Wakaf Tunai,Prestasi Kutipan Dana Wakaf PENDAHULUAN Keberkesanan sering dikaitkan dengan kejayaan sesuatu organisasi, produk barangan atau keberkesanan teknik-teknik pengajaran di sekolah-sekolah dan sebagainya. Tiada istilah khusus untuk menentukan kayu pengukur sesuatu keberkesanan itu. Ianya akan berlaku bergantung kepada cara dan teknik kajian untuk menilai sesuatu keberkesanan. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), maksud keberkesanan ialah menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu 1 Pelajar Sarjana Pengajian Islam, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah seliaan Ustaz Md Yazid Bin Ahmad.ensyarah Kanan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Transcript of KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF...

Page 1: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF PRESTASI KUTIPAN

DANA WAKAF DI SELANGOR

Dewiyana Binti Saparudin1

Md Yazid Bin Ahmad2

ABSTRAK

Tujuan utama Kertas kerja ini adalah untuk melihat keberkesanan Wakaf tunai di

Selangor atau lebih dikenali dengan “Saham Wakaf” dari perspektif prestasi kutipan

dana wakaf. Keberkesanan wakaf tunai akan dikaitkan dengan peningkatan jumlah

kutipan dana wakaf itu sendiri. Sekiranya prestasi kutipan meningkat maka kutipan

dana tersebut dikatakan berkesan dan berjaya. Oleh yang demikian, objektif kajian ini

adalah untuk melihat faktor-faktor yang menyokong keberkesanan wakaf tunai dari

perspektif prestasi kutipan dana wakaf di Selangor. Sampel kajian adalah dari 9 buah

daerah di Selangor dan ejen-ejen wakaf yang telah dipilih secara strata berasaskan

jenis kutipan dana wakaf. Kategori kutipan dana wakaf tunai adalah wakaf Am dan

Wakaf Khas. Kaedah kutipan yang dilaksanakan melalui Skim Infaq, perlantikan

ejen-ejen penerangan dan kutipan serta Sahabat korporat. Metode yang digunakan

dalam kajian ini ialah menggunakan kaedah persampelan berstrata, analisis dokumen

dan kajian lapangan (temu bual). Ianya digunakan untuk mendapatkan gambaran

keseluruhan tentang faktor-faktor keberkesanan wakaf tunai dari perspektif prestasi

kutipan dana wakaf di Selangor. Hasil kajian mendapati terdapat 6 faktor utama iaitu:

perancangan yang rapi di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT), produk-produk wakaf

yang terkini dan latihan kakitangan serta jalinan kerjesama “ Smart Patnership”

dengan syarikat-syarikat korporat telah menyumbang kepada keberkesanan wakaf

tunai di mana prestasi kutipan dana telah meningkat dari tahun-tahun sebelumnya dan

seterusnya program pengagihannya mula dapat dikembangkan secara menyeluruh di

Selangor.

Kata kunci: Keberkesanan, Wakaf Tunai,Prestasi Kutipan Dana Wakaf

PENDAHULUAN

Keberkesanan sering dikaitkan dengan kejayaan sesuatu organisasi, produk barangan

atau keberkesanan teknik-teknik pengajaran di sekolah-sekolah dan sebagainya. Tiada

istilah khusus untuk menentukan kayu pengukur sesuatu keberkesanan itu. Ianya akan

berlaku bergantung kepada cara dan teknik kajian untuk menilai sesuatu

keberkesanan. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), maksud keberkesanan

ialah menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa

kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu

pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu

1 Pelajar Sarjana Pengajian Islam, Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah

seliaan Ustaz Md Yazid Bin Ahmad.ensyarah Kanan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Page 2: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

339

golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu

kecenderungan atau perasaan dan sebagainya).

Keberkesanan kutipan dana wakaf seringkali menjadi perhatian masyarakat sebagai

penanda aras bahawa organisasi yang menguruskan wakaf prihatin terhadap amalan

berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah. Kertas

kerja ini dihasilkan adalah untuk mengkaji keberkesanan wakaf tunai di negeri

Selangor yang dikenali dengan nama Saham Wakaf Selangor dari perspektif prestasi

kutipan dana wakaf.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan

wakaf tunai di Selangor melalui prestasi kutipan dana wakaf tersebut. Selain itu juga,

kajian ini akan melihatkan instrumen-instrumen wakaf yang digunakan untuk

mencapai keberkesanan wakaf tunai di Selangor.

PERMASALAHAN KAJIAN

Urus Tadbir wakaf di Malaysia terletak dibawah bidangkuasa Majlis Agama Islam

Negeri-negeri (MAIN) dan secara umumnya, ia ditadbir melalui unit-unit kecil di

Baitul Mal. Majlis Agama Islam Negeri merupakan pemegang amanah tunggal bagi

harta-harta wakaf di setiap negeri. Sebagai Pemegang Amanah Tunggal bagi harta-

harta wakaf berkenaan, majlis berhak untuk mentadbir dan menjalankan sebarang

kegiatan pembangunan ke atas harta wakaf tersebut, serta memungut sebarang hasil

daripadanya. Majlis juga berkewajipan mengagihkan hasil yang diperolehi kepada

mereka yang berhak menerimanya. (Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Rashid 1999).

Manakala menurut Shahnaz Sulaiman (2008) di Malaysia, tanggungjawab untuk

memajukan harta wakaf dipelopori oleh MAIN sebagai al-mutawalli atau pentadbir

harta-harta wakaf perlu memainkan peranan yang penting untuk mengurus dan

menggemblengkan harta wakaf melalui pelbagai instrumen moden iaitu melalui

saham wakaf, pengsekuritian aset wakaf menerusi sukuk dan lain-lain. Walaupun

pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan MAIN dalam

usaha untuk membangunkan harta wakaf di Malaysia, namun masih terdapat beberapa

permasalahan yang menyebabkan pembangunan harta wakaf itu terbantut dan

akhirnya tidak dapat untuk diteruskan.

LITERATUR REVIEW

Kajian lepas menyatakan salah satu cara atau mekanisme membangunkan dan

mengembangkan harta wakaf kepada yang lebih optimum dengan cara berwakaf

tunai sebagai satu alternatif (Baharudin Sayin 2011), menggalakkan pemberian

melalui pelaburan dalam bentuk saham mahupun tunai (Mohd Daud Bakar 1999) dan

(Siti Mashitoh 2000), perlunya perlaksanaan Skim Wakaf Tunai di Malaysia (Azri

Ahmad 2008). Di samping itu, menurut kajian Habib Ahmad (2004) pula, peranan

wakaf dalam mengurangkan kemiskinan di beberapa buah Negara termasuk Malaysia

telah merumuskan bahawa harta wakaf yang boleh menyumbang kepada

pembangunan adalah harta wakaf dalam bentuk umum dan mengesyorkan agar harta

wakaf dioptimumkan pembangunan dan penggunaannya dengan mewujudkan model

alternatif seperti wakaf tunai, pelaburan dan lain-lain lagi. Oleh itu, perlaksanaan

wakaf tunai dapat dilihat sebagai satu bentuk alternatif untuk berwakaf bagi

membantu menyelesaikan perkembangan pembangunan harta wakaf di Malaysia.

Page 3: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

340

Menurut kajian Mahmod Zuhdi Hj. Abd. Rashid (1999) pentadbiran harta-harta

wakaf di Malaysia diletakkan dibawah Majlis Agama Islam Negeri MAIN dan

sebagai pemegang Amanah tunggal bagi harta-harta wakaf berkenaan, majlis berhak

untuk mentadbir dan menjalankan sebarang kegiatan pembangunan ke atas harta

wakaf tersebut, juga memungut sebarang hasil daripadanya. Menurut Zainal Abidin

Bin Jaafar 1999). Penyertaan , kesedaran kerjasama semua pihak perlu untuk sama-

sama membanbgunkan harta wakaf. Mohd Daud Bakar (1999) dan Siti Mashitoh

(2000) mencadangkan supaya diwujudkan badan yang boleh menguruskan harta

wakaf dari aspek Pemegang Amanah. Syed Mohd Ghazali Wafa (2010) menegaskan

agar mengambil iktibar daripada sejarah amalan wakaf di dalam tamadun Islam serta

amalan “endowmen” di dunia Barat, mekanisme atau kaedah wakaf tunai (asset cair)

dalam berbagai aplikasi atau produk perlu dilaksanakan dengan segera. Pembangunan

ini dapat dipercepatkan melaalui badan khas di peringkat negeri dan kebangsaan

dengan mengambil pelajaran daripada perkembangan institusi-institusi zakat.

METODOLOGI KAJIAN

Secara keseluruhannya kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Dalam kajian ini,

pengkaji mengguna pakai kaedah kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Namun

demikian, kajian ini lebih cenderung dan tertumpu kepada kajian lapangan untuk

mendapatkan penjelasan. Manakala, kajian lapangan, kaedah temu bual tidak

berstruktur digunakan ke atas beberapa individu yang terlibat secara khusus dalam

pengurusan kutipan dana wakaf, seperti pegawai dan individu terlibat bagi

mendapatkan maklumat berkaitan kutipan dana wakaf dan perlaksanaan kaedah

kutipan yang digunapakai. Maklumat yang telah diterima dan terkumpul akan di

analisis kesahihannya berdasarkan pendekatan deskriptif dan komparatif. Kajian ini

juga menggunakan persampelan berstrata bagi mendapatkan gambaran keseluruhan

tentang faktor-faktor keberkesanan wakaf tunai dari perspektif prestasi kutipan dana

wakaf di Selangor.

WAKAF TUNAI

Secara dasarnya amalan wakaf daripada harta alih pula, perwakafannya adalah tidak

sah berdasarkan kepada analogi keperluan syarat kekal yang menjadi kehendak utama

dalam sesuatu perwakafan. Adalah sukar untuk memastikan harta alih ini kekal abadi

hingga ke akhirnya memandangkan ianya mudah rosak dan binasa. Walau

bagaimanapun, terdapat pandangan yang membolehkan perwakafan daripada harta

alih ini. Imam Syafie sendiri berpandangan bahawa setiap harta yang boleh dijual-beli

boleh juga diwakafkan selagi manfaat yang dinikmati oleh penerimanya dapat

diperoleh secara kekal. Pandangan ini turut dipelopori oleh mazhab-mazhab lain

seperti Hambali dan Maliki (Siti Mashitah Mahamood 2007: 65).

Berwakaf menggunakan wang tunai adalah satu bentuk produk wakaf yang semakin

dikenali di negara-negara dan masyarakat Islam namun masih kurang dieksploitasi

secara meluas dan menyeluruh di Malaysia. Setakat ini, hanya beberapa buah negeri

sahaja termasuk Selangor yang telah melancarkan wakaf berasaskan wang tunai atau

yang dikenali sebagai Saham Wakaf. Dalam konteks ini, perkataan saham adalah

bermaksud merujuk kepada faedah yang akan diterima setelah orang yang berwakaf

meninggal dunia (Hasnol Zam Zam Ahmad 2007: 10).

Wakaf dalam bentuk wang tunai mengikut kemampuan individu dan dilakukan secara

tabarru’ (sumbangan). Saham yang telah dibeli akan distibdalkan (gantian tanah)

Page 4: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

341

dengan harta kekal seperti tanah, bangunan atau projek-projek yang boleh

mendatangkan manfaat kepada masyarakat Islam. Dari aspek hukum, wakaf dalam

bentuk saham ini selaras dengan prinsip dan konsep wakaf yang asal dan dibolehkan

oleh syarak (Abu Bakar Manat, 2007: 56).

FATWA WAKAF TUNAI

Dari aspek hukum, wakaf dalam bentuk saham ini selaras dengan prinsip dan konsep

wakaf yang asal dan dibolehkan oleh syarak. (Abu Bakar Manat, 2007: 56) Ini

bertepatan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di

Kuala Terengganu yang telah memutuskan bahawa berwakaf dalam bentuk wang

tunai adalah dibolehkan dalam Islam.

SAHAM WAKAF SELANGOR

Segala pengurusan dan pentadbiran harta umat Islam diuruskan oleh satu sistem

pengurusan yang mantap melalui Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di bawah

peruntukan undang-undang yang dinamakan Enakmen Wakaf Negeri. Melalui

kaedah wakaf tunai ini, umat Islam dapat menunaikan ibadah wakaf dengan mudah.

Dengan jumlah minima hanya RM 10.00 dan tanpa had maksimum, umat Islam di

Malaysia dapat berwakaf mengikut kemampuan berbanding dengan wakaf-wakaf lain

seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang mempunyai nilai yang tinggi.

Di samping itu melalui wakaf tunai, ganjaran kepada pewakaf sama dengan wakaf-

wakaf lain, iaitu selagi harta yang terkumpul dimanfaatkan, ganjaran kepada pewakaf

berkekalan semasa hidup atau selepas meninggal dunia. Manfaat daripada harta kekal

yang diperoleh daripada dana wakaf tunai dapat dikongsi oleh masyarakat untuk

meningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomi umat Islam. Tambahan pula, pemilikan

aset yang diperoleh daripada dana wakaf tunai dikekalkan supaya dapat dimanfaatkan

dan digunakan berulang kali.

Kini, pihak MAIS telah melaksanakan beberapa perancangan untuk menjadikan

institusi wakaf berperanan dalam membangunkan ekonomi ummah merangkumi

harta alih dan harta tak alih iaitu pengurusan wakaf dengan menggunakan wang tunai

atau lebih dikenali dengan Saham Wakaf. Ia adalah satu kaedah berwakaf melalui

wang tunai iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh MAIS

sebagai pemegang amanah dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selamanya

dengan niat kerana Allah SWT untuk tujuan kepentingan, kemaslahatan dan kebajikan

ummah. Berhubung dengan wakaf tunai, Enakmen Wakaf (Negeri Selangor)

No.7,1999, Seksyen 17(1) menyatakan:-

(1) Majlis boleh menawarkan saham wakaf terhadap apa-apa harta yang

diperolehinya atau yang akan diperolehinya kepada mana-mana orang untuk

saham-saham itu dibeli dan kemudiannya diwakafkan kepada Majlis.

Berdasarkan analisis yang telah dijalankan di Majlis Agama islam Selangor (MAIS)

dari tahun 2003 hingga 2010 Skim Saham Wakaf Selangor berjaya mengumpul dana

wakafnya sebanyak RM 35,140,930.35. Rujuk Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Kutipan Saham Wakaf Selangor Dari Tahun 2003 Hingga 2010

(Wakaf AM dan Wakaf Khas)

Page 5: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

342

Bil

Tahun Jumlah Kutipan

(Rm)

1 2003 4,512,669.74

2 2004 4,546,360.00

3 2005 2,297,923.20

4 2006 1,221,215.08

5 2007 947,344.40

6 2008 1,237,195.80

7 2009 9,106,682.00

8 2010 1,127,1540.13

Jumlah Keseluruhan 35,140,930.35

Sumber: Laporan Tahunan MAIS tahun 2005-20103

PENUBUHAN PERBADANAN WAKAF SELANGOR

Namun begitu, pada tahun 2011 pihak MAIS telah mengorak langkah ke hadapan

dengan melakukan satu transformasi ekonomi iaitu menubuhkan sebuah Perbadanan

Wakaf Selangor (PWS) untuk memastikan pengurusan wakaf di Selangor mendapat

pengiktirafan sewajarnya dan lebih berkesan. Perbadanan Wakaf Selangor (PWS),

MAIS telah ditubuhkan di bawah Seksyen 8 Enakmen Pentadbiran Agama Islam

(Negeri Selangor) 2003 pada 11 Januari 2011.

PWS telah memulakan operasi secara sepenuhnya pada bulan Mei 2011. Fungsi PWS

adalah memberi nasihat kepada Majlis berkenaan dengan dasar , cara dan langkah

yang perlu dilaksanakan dan diambil untuk menggalakkan pembangunan harta dan

produk wakaf. PWS telah memulakan operasi membuat kutipan pada Jun 2011.

Pada tahun 2011 kutipan dana saham wakaf Selangor (am) berjaya di kutip oleh PWS

sebanyak RM 993,341.69. Pada tahun 2012, kutipan dana saham wakaf Selangor telah

menunjukkan peningkatan sebanyak 3 kali ganda berbanding tahun sebelumnya iaitu

sebanyak RM 4,004,452.00. Manakala pada Januari hingga Oktober 2013 kutipan

dana saham wakaf Selangor meningkat lagi 72.9% iaitu sebanyak RM 5,491,400.56

dari tahun sebelumnya.

Prestasi kutipan dari tahun Jun 2011 sehingga Oktober 2013 telah di ambil alih oleh

PWS amat memberangsangkan. Kutipan saham wakaf ini terdiri daripada kutipan ibu

pejabat, kutipan dari 9 buah daerah, kutipan melalui skim infaq atau pemotongan gaji

dan kutipan melalui ejen-ejen yang dilantik. Disamping itu, PWS juga mempergiatkan

usaha bagi meningkatkan lagi jumlah kutipan dengan memberi kesedaran kepada

3 Laporan Tahunan MAIS tahun 2005-2010

Page 6: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

343

orang ramai khususnya melalui program penerangan berkenaan kepentingan berwakaf

seperti Pelancaran Bulan Wakaf, Bulan Mesra Industri (BUMI) dan forum Perdana

Wakaf. 4

4 Laporan tahunan Perbadanan Wakaf Selangor 2012

0.00

500,000.00

1,000,000.00

1,500,000.00

2,000,000.00

2,500,000.00

3,000,000.00

3,500,000.00

4,000,000.00

4,500,000.00

KU

TIP

AN

RM

RM

Page 7: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

344

PWS juga membuat kutipan untuk Saham Wakaf Selangor (khas) bagi sepanjang

tahun 2011 ialah sebanyak RM 1,734,450.80 dan menjadikan kutipan terkumpul bagi

tahun tersebut adalah RM 33,395,954.50. Walau bagaimanapun kutipan wakaf khas

bagi tahun 2012 ialah RM 7,648,764.00 dan kutipan terkumpul sehingga tahun 2012

ialah RM 21,227,220.58. Baki terkumpul wakaf Khas ini menunjukkan penurunan

kerana projek wakaf khas iaitu masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong telah

selesai sepenuhnya dan bayaran telah di buat kepada pihak terbabit.

Faktor Keberkesanan prestasi kutipan dana saham wakaf selangor juga boleh diukur

melalui Pencapaian Prestasi Sasaran Kerja Tahunan (SKT) PWS. Melalui SKT , kita

dapat melihat bagaimana PWS merancang untuk memastikan jumlah kutipan Saham

Wakaf Selangor sentiasa meningkat. Diantara yang disasarkan dalam SKT PWS ialah

seperti Program-program Penerangan,“Smart Patnership“ syarikat-syarikat korporat,

produk-produk baru wakaf, Ejen penerangamn dan kutipan dan Ejen kutipan Bank.

Program penerangan untuk produk wakaf tunai, le tour wakaf dan skim infaq bagi

tahun 2012 PWS telah berjaya membuat 91 program penerangan kepada jabatan

kerajaan, swasta, sekolah kementerian dan sekolah Jabatan Agama Islam Selangor.

Manakala jumlah pewakaf yang telah menyertai skim infaq adalah seramai 6026

orang dan jumlah kutipan adalah sebanyak RM 714,574.00. Bagi tahun 2013 pula,

program penerangan tidak berubah iaitu masih kekal 91 program . Akan tetapi jumlah

pewakaf yang membuat skim infaq telah meningkat dari 6026 orang kepada 8,572

Page 8: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

345

orang dan menjadikan jumlah kutipan melalui skim infaq berjumlah RM

1,606,907.00.5

Smart Patnership dengan syarikat-syarikat korporat (Sahabat Korporat) juga telah

menyumbang kepada peningkatan kutipan dana saham wakaf Selangor . Pada bulan

Januari tahun 2013 PWS telah menjalinkan kerjasama dengan Bank Muammalat

Berhad dengan nama Wakaf Selangor Muammalat dan telah berjaya megumpulkan

dana melalui wakaf Selangor Muammalat adalah sebanyak RM 2,420,057.27.6

Di samping itu juga, PWS telah memperkenalkan produk-produk wakaf yang baru

seperti wakaf emas dan wakaf seni yang mana semua ini telah dilancarkan pada tahun

2013. Pada tahun pertama pelancaran wakaf emas PWS telah berjaya menerima emas

sebanyak 344.57 gram dengan nilai berjumlah RM 34,341.00.7

Selain itu juga, PWS juga telah mewujudkan ejen Kutipan Bank atau dengan kata lain

sistem berwakaf menggunakan perkhidmatan bank. Bank yang pertama bersetuju

dengan cadangan PWS adalah dari Maybank Berhad dengan menggunan

perkhidmatan Auto debit Maybank dan bermula pada Julai hingga November 2013

jumlah penyumbang melalui perkhidmatan ini ialah sebanyak RM 10,540.00 dengan

pewakaf seramai 90 orang. Perkembangan terkini pihak RHB dan Bank Rakyat pula

akan mula menyertai dan menggunakan perkhidmatan auto debit untuk memudahkan

berwakaf di kalangan masyarakat Islam khususnya.8

Peningkatan Prestasi kutipan dana saham wakaf selangor juga dipengaruhi dengan

adanya promosi saham wakaf dimedia-media elektronik dan media cetak. Selain itu

juga, kekuatan yang ada pada negeri selangor dalam mempromosikan amalan

berwakaf, dengan mewujudkan DUTA wakafnya sendiri iaitu Ust Don Danial.

KESIMPULAN

Keberkesanan wakaf tunai dilihat dari perspektif prestasi kutipan dana wakaf di

Selangor dipengaruhi oleh beberapa faktor di antaranya adalah membuat perancangan

yang rapi di dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT), penjenamaan produk-produk

wakaf dan program-program wakaf yang terkini dan latihan kakitangan serta jalinan

kerjasama “Smart Patnership” dengan syarikat-syarikat korporat telah menyumbang

kepada keberkesanan wakaf tunai di mana prestasi kutipan dana telah meningkat dari

tahun-tahun sebelumnya dan seterusnya program pengagihannya mula dapat

dikembangkan secara menyeluruh di Selangor.

RUJUKAN

Azri Ahmad. 2008. Pelaksanaan skim wakaf tunai oleh Yayasan Waqaf Malaysia.

Jurnal Pengurusan Wakaf Zakat dan Haji. 2(2): 87-98.

Asmak Abd. Rahman. 2009. Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat

Islam Dan Aplikasinya Di Malaysia. Jurnal Syariah. Jil. 17(1): 113-152.

5 Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013

6 Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013

7 Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013

8 Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013

Page 9: KEBERKESANAN WAKAF TUNAI: PERSPEKTIF …ukmsyariah.org/terbitan/wp-content/uploads/2015/09/28-Dewiyana... · berwakaf di kalangan masyarakat demi untuk pembangunan ekonomi ummah.

346

Baharudin Sayin, Siti Khadijah Ab. Manan, Asmak Ali dan S.Salahudin Suyurno.

2011. Kefahaman Warga UiTM Di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan

Terhadap Konsep Waqaf. Dalam Isu-Isu Semasa Mengenai Waqaf. Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA). Universiti Teknologi Mara Shah Alam. 1-26

Baharudin Sayin. 2011. Hala Tuju Wakaf Tunai. dalam Isu-Isu Semasa Mengenai

Waqaf. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Universiti Teknologi Mara

Shah Alam. 55-82

Naziree bin Md Yusof, 2010, Saham wakaf Selangor : Hala Tuju Dan Potensi Dalam

Pembangunan Masyarakat, Prosiding Konvensyen Kebangsaan, Perancangan

dan Pengurusan Harta dalam Islam 2010, Bilik Senat bangunan Canselori,

Universiti Kebangsaan Malaysia. 109-125.

Siti Mashitoh Mahamood. 2007. Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif

Syariah Dan Undang-Undang Serta Aplikasinya Di Malaysia. Jurnal Syariah.

15:2 61-63.

http://www.mais.net.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=16%3

Laporan Pencapaian Prestasi Sasaran kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2013

Laporan Tahunan Perbadanan Wakaf Selangor 2012.