Kebersihan 3K Sekolah

7
OBJEKTIF PROGRAM 3K SEKOLAH 1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria. 2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum. 3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan. 4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian. 5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah. DISEDIAKAN OLEH: PN. S. LETCHMY S.J.K.T LADANG RAJA MUSA

description

3k

Transcript of Kebersihan 3K Sekolah

OBJEKTIFPROGRAM 3K SEKOLAH

1. Mewujudkan iklim serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah dan ceria.

2. Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum.

3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang disediakan.

4. Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani kehidupan seharian.

5. Kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah.

6. Meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

KONSEP

Program kebersihan sekolah didefinisikan sebagai lanjutan pendedahan awal tentang kebersihan yang bermula dari rumah, pengukuhan dan pengembangan di sekolah dengan harapan akan menjadi amalan hidup sepanjang hayat oleh setiap insan.

TAKRIFANKEBERSIHAN-Personalitidiriwargasekolahyangcemerlangdan persekitaran sekolah yang bersih, indah dan kondusif dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualitidan berkesan.KESIHATAN-Sihat,cergasdancerdasdarisegijasmani,emosi, rohani dan intelek supaya murid dapat mengawal dan mengurus diri dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah diri.KESELAMATAN- Suasanayangselamatsamaadadi dalamataudi luar sekolah bolehmeningkatkan keyakinan dan kekuatan dalaman diri (jati dirimurid) daripada sebarang pengaruh dan ancaman luar.

SKOP DAN BIDANG TUGAS

1.Bertanggungjawab merancang Pelan Tindakan Pengurusan Kebersihan.1.1 Menentukan program pembangunan kebersihan murid dilaksanakan di sekolah.1.2 Menyelaras aktiviti-aktiviti program kebersihan sekolah dengan agensi-agensi yang berkaitan.1.3 Menentukan keperluan kebersihan untuk kesejahteraan murid-murid di sekolah.1.4 Merancang keperluan sumber kewangan dan tenaga dalam Pendidikan Kebersihan.1.5 Mengenal pasti keperluan latihan kepada warga sekolah.1.6 Memastikan syarat-syarat perjanjian dan bidang tugas berkaitan kebersihan dipatuhi oleh pihak yang berkaitan dengan perjanjian/ kontrak seperti syarikat pembersihan, pengusaha kantin sekolah, pengusaha dewan makan asrama, pembekal makanan RMT dan SBT serta pembekal susu sekolah.

2. Mewujudkan polisi kebersihan dan kepimpinan yang berkaitan dengan pengurusan kebersihan murid.

3. Melaksanakan pemeriksaan, pemantauan serta penilaian kebersihan murid dan sekolah.3.1 Mewujudkan serta melaksanakan manual penjagaan kebersihan murid dan program kebersihan sekolah.3.2 Mengkaji dan menilai keberkesanan program secara berterusan.

4. Menyediakan pelan kontingensi kebersihan untuk menangani kes-kes seperti banjir, jerebu, keracunan makanan dan lain-lain.

5. Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan program kebersihan.

6. Menyediakan dan membuat laporan berkala.

CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Melaksanakan program-program kebersihan1.1 Kebersihan diri- Program Penjagaan Gigi dan Mulut- Program Bebas Kutu- Program Cuci Tangan- Program Penjagaan Kuku- Program Kemas Diri- Program Membasmi Kudis Buta

1.2 Kebersihan Fizikal- Pertandingan Kebersihan Kelas- Pertandingan Landskap Antara Kelab/ Persatuan- Pelaksanaan Kantin Ala Kafeteria- Tandas Angkat Kelas

1.3 Kebersihan Persekitaran- Program Bebas Denggi- Sudut Keceriaan- Sekolah Kawasan Larangan Merokok

1.4 Penghayatan Kebersihan- Pertandingan Melukis dan Mewarna- Pertandingan Kuiz, Pidato, dan Bahas Bertemakan Kebersihan- Pertandingan Melukis Poster- Pameran Bertemakan Kebersihan

S.J.K.T LADANG RAJA MUSA,45000 KUALA SELANGOR

JAWATANKUASA PROGRAM 3K SEKOLAH 2015

PENGERUSIEN. S.S. PANDIAN(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSIPN.C.KAVITHA(GPK HEM)

GURU PENYELARASPROGRAM 3KPN.M.RAJASVARI

AHLI JAWATANKUASA

GURU KESELAMATANGURU KESIHATAN CIK. M. PUNITHA PN.K.KALAIVANI

GURU KEBERSIHANPN. S. LETCHMYDISEDIAKAN OLEH: PN. S. LETCHMYS.J.K.T LADANG RAJA MUSA