Kebersihan diri

7
Apa nak buat cuti ni? Sudahkah anda mengemaskan rumah anda? Bilik anda? Barang-barang anda? Ketahuilah sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. Kebersihan adalah sebahagian keperluan dalam mengendalikan kehidupan dan dituntut oleh Islam untuk diamalkan secara berkekalan oleh umatnya. Malah lebih penting daripada itu, kebersihan mempunyai hubungan rapat dengan iman dan penyebab Allah kasih kepada kita. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan. Firman Allah bermaksud: “…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222). Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim). Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara berhubungan dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar. Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat selayaknya. Rasulullah saw bersabda bermaksud:

Transcript of Kebersihan diri

Page 1: Kebersihan diri

Apa nak buat cuti ni? Sudahkah anda mengemaskan rumah anda? Bilik anda? Barang-

barang anda? Ketahuilah sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian daripada

iman. Kebersihan adalah sebahagian keperluan dalam mengendalikan kehidupan dan

dituntut oleh Islam untuk diamalkan secara berkekalan oleh umatnya. Malah lebih

penting daripada itu, kebersihan mempunyai hubungan rapat dengan iman dan

penyebab Allah kasih kepada kita. Apabila Allah kasih, mudah saja diberikan-Nya taufik

dan bimbingan ke arah jalan kebaikan dan keselamatan.

Firman Allah bermaksud:

“…Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan orang yang membersih

dirinya.”(Surah al-Baqarah, ayat 222).

Sabda Rasulullah saw bermaksud:

“Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim).

Berdasarkan keterangan di atas dapatlah difahami bahawa kesempurnaan seseorang

mukmin selepas beriman ialah menjaga kebersihan, sama ada dirinya dan perkara

berhubungan dirinya seperti rumah, bilik, halaman rumah dan juga tempat belajar.

Orang menjaga kebersihan sewajarnya mendapat perhatian Allah dan diberi rahmat

selayaknya.

Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara

yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar).

Justeru adalah amat wajar kita menjaga kebersihan diri, termasuk dikenakan wangi-

wangian supaya tidak berbau busuk. Begitu juga menjaga kebersihan dalam rumah,

dalam bilik air, luar dan di pekarangan rumah. Kebersihan sebenarnya adalah lambang

peribadi seseorang.

Page 2: Kebersihan diri

Jika diri, rumah atau perkara yang ada hubungan dengan seseorang itu kelihatan tidak

bersih, comot, busuk dan tidak teratur, ia secara tidak langsung menandakan diri dan

jiwanya juga tidak bersih, comot dan tidak teratur. Dengan kata lain, tidak berakhlak

atau berdisiplin.

Pada pandangan Islam, menjaga kebersihan, setidak-tidaknya akan membabitkan

menjaga kebersihan diri, pakaian, tubuh badan, dalam dan luar rumah.

Berpakaian bersih menjadi tuntutan Islam. Orang Islam perlu kelihatan indah dan

menarik pada pandangan orang lain, sama ada zahir (pakaiannya) dan akhlaknya.

Ketika hendak berhadapan sesama sahabat atau bertemu masyarakat, Tidaklah wajar

seseorang Muslim itu berpakaian dalam keadaan comot, tidak kemas dan berbau

busuk.

Nabi Muhammad saw amat mengambil berat soal kebersihan berpakaian, sehingga

baginda dilihat menjadi seorang sentiasa kemas dan bergaya. Sahabat Ibnu Hanzaliah

berkata, bahawa Nabi saw pernah bersabda kepada sahabat dalam perjalanan bertemu

saudara mereka. Sabdanya bermaksud:

 

“Sesungguhnya kamu akan datang (menemui) saudara kamu, oleh itu perbaikilah ar

rihal (alat kelengkapan kenderaan yang diguna ketika menunggang kuda) dan baguslah

semua pakaian kamu sehingga kamu kelihatan menarik, hebat dan berhemah di

kalangan manusia.

Ini kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada busuk dan sangat buruk.” (Riwayat

Abu Daud dan Al Hakim).

Begitulah antara pesanan Rasulullah saw kepada orang yang hendak berhadapan

dengan masyarakat supaya berpakaian menarik dan berbau wangi, supaya menyenang

hati dan menyedapkan mata memandang.

Page 3: Kebersihan diri

Pakaian dan badan boleh berbau busuk sama ada kerana tidak berbasuh atau tidak

mandi. Justeru, Islam menganjurkan supaya sentiasa mandi pada waktu tertentu,

mengenakan bauan sesuai, di samping membersih pakaian. Maka Allah

memerintahkan Nabi saw membersihkan pakaiannya.

Firman Allah bermaksud:

“Wahai orang berselimut, bangun dan berilah peringatan. Dan Tuhanmu hendak kamu

agungkan. Dan pakaian kamu hendaklah kamu bersihkan…”(Surah al-Mudassir, ayat 1-

4).

Di samping berpakaian cantik dan bersih, baginda saw menganjurkan mengenakan

bau-bauan wangi. Ini kerana Rasulullah saw seorang yang amat mementingkan bau-

bauan.

Annas bin Malik berkata:

“Aku tidak pernah tercium bau yang amat harum semerbak bak kasturi, bahkan tidak

ada yang harum lebih daripada itu, kecuali bau Rasulullah saw.” (Riwayat Muslim).

Badan kita boleh berbau busuk kalau tidak mandi. Oleh sebab itu, mandi (selain mandi

hadas besar) menjadi hak badan kita. Siapa yang tidak mandi seminggu bererti tidak

memenuhi hak tubuh badannya. Islam meletakkan sunat mandi pada setiap kali hendak

bersolat lima waktu.

Di samping menjadi sesuatu yang dituntut oleh Islam, kebersihan mencerminkan

perwatakan individu itu sendiri. Adakah individu itu sendiri seorang yang amat prihatin

dalam soal kebersihan atau sebaliknya.

Page 4: Kebersihan diri

MAC ( MINGGU 3 )

Tajuk : BUDAYA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI

1. Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “ Kebersihan sebahagian daripada iman “. Murid-murid yang dikasihi, kebahagiaan dan kesenangan hidup seseorang samada di dunia mahupun di akhirat bergantung kepada perilaku dan adab terhadap diri, kesucian dan kebersihan jiwa. Hal ini berdasarkan firman Allah di dalam Al-Quran Surah As-Syams ayat 9 hingga 10 yang bermaksud :“ Berjayalah orang yang menjanjikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih ( dengan iman dan amal ). Sesungguhnya beruntunglah orang-orang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah bagi orang yang mengotorinya “.

2. Kesucian dalam kebersihan jiwa adalah dipengaruhi oleh kebaikan iman dan amal soleh, dan kerosakan jiwa adalah punca kekufuran dan maksiat. Kita hendaklah berusaha menjaga diri dari membersihkan serta menyucikan jiwa dengan perbuatan yang baik :

2.1. Membaca al-Quran

2.2. Solat sunat

2.3. Mengekaln amalan mahmudah

2.4. Belajar ilmu pengetahuan

2.5. Membersihkan diri ( mandi )

2.6. Bertaubat dan berdoa memohon keampunan Allah Taala

3. Jiwa juga harus dididik dengan meninggalkan perkara-perkara berikut :

3.1. Segala perbuatan dosa atau perkara mazmumah

3.2. Menjauhi diri daripada perkara yang menodai dan merosakkan akidah.

Page 5: Kebersihan diri

4. Murid-murid yang dikasihi, kita harus ingat setiap amalan baik buruk semasa hidup di dunia ini akan dicatat olek malaikat dan akan menerima balasan di akhirat nanti. Oleh itu, anda sebagai murid seharusnya membersihkan diri dari melakukan perkara-perkara keji dan dilarang oleh Allah Taala agar mendapat keberkatan hidup di dunia dan kerahmatan di hari pembalasan nanti.

5. Antara ciri-ciri seorang murid yang baik dan berjaya ialah mereka yang sentiasa menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang tidak baik. Ini kerana dengan melakukan perbuatan buruk menjadi penghalang untuk seorang murid mendapat keberkatan ilmu yang dipelajarinya.

6. Kita juga harus memberi perhatian kepada penjagaan tubuh badan kita seperti mengambil makanan yang berzat dan halal. Membersihkan diri dari sebarang kekotoran agar terhindar dari segala penyakit serta penampilan kita yang menyenangkan orang lain. Bersukan juga boleh membantu kita mengekalkan kecergasan fizikal.

5. Murid-murid yang dikasihi, dengan mengutamakan kebersihan diri secara menyeluruh bukan sahaja kita mampu menjaga kesihatan dan terhindar dari segala penyakit zahir dan batin malah amalan ini juga merupakan ibadat yang mendapat ganjaran Allah Taala jika dilakukann dengan cara yang betul.

9. Dalam melakukan perkara yang baik, kita boleh jadikan para nabi sebagai contoh tauladan kepada kita. Sifat-sifat Mahmudah yang ada pada para nabi sekiranya diamalkan dalam kehidupan kita Insya Allah akan mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.