Kebersihan Notes

24
http://sipenmerah.blogspot.com/2013/03/3-k-kebersihan- keceriaan-dan-keselamatan.html Friday, 8 March 2013 3 K : KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN CONTOH: KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN (3K) DASAR 3K 1. Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL. 2. Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL 3. Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertinkatkan aspek-aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL. 4. Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untuk memastikan tahap peningkatannya di SMKL. 5. Memupuk kerjasama diantara warga SMKL dengan pihak luar dalam membentuk sebuah masyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan sepanjang masa. 6. Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adlaah amalan warga sekolah setiap hari. 7. Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan, kebersiahan, keselamatan dan kesihatan.

description

Kebersihan Notes

Transcript of Kebersihan Notes

Page 1: Kebersihan Notes

http://sipenmerah.blogspot.com/2013/03/3-k-kebersihan-keceriaan-dan-keselamatan.html

Friday, 8 March 2013

3 K : KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN

CONTOH:

KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN (3K)

DASAR 3K

1. Menerapkan budaya kerja berpasukan yang dapat membawa kepada amalan keceriaan,kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL.2. Mengadakan perancangan yang dapat meningkatkan kualiti keceriaan, kebersihan,keselamatan dan kesihatan di SMKL3. Mewujudkan mekanisme yang dapat mempertinkatkan aspek-aspek keceriaan,kebersihan, keselamatan dan kesihatan di SMKL.4. Sentiasa menilai aspek keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan untukmemastikan tahap peningkatannya di SMKL.5. Memupuk kerjasama diantara warga SMKL dengan pihak luar dalam membentuk sebuahmasyarakat yang dapat mengamalkan nilai keceriaan, kebersihan, keselamatan dankesihatan sepanjang masa.6. Menjaga keceriaan, kebersihan, keselamatan dan kesihatan adlaah amalan warga sekolahsetiap hari.7. Cekap, cepat menagani masalah yang berkaitan dengan keceriaan, kebersiahan,keselamatan dan kesihatan.

MATLAMAT ASPEK KECERIAAN DI SMK LAKSAMANA

Page 2: Kebersihan Notes

1. Menimbulkan kesedaran di kalangan murid-murid, warga sekolah, ibu bapa melaluipublisiti yang meluas tentang pentingnya mewujudkan persekitaran yang ceria disekolah.2. Melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar.3. Melatih murid-murid menjalankan kewajiban sebagai khalifah di muka bumi selarasdengan amalan Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.4. Menimbulkan sifat ingin tahu dikalangan murid-murid berkaitan nama pokok dalampanggilan biasa dan saintifik serta niali perubatan yang terkandung.5. Melahirkan murid-murid yang cinta akan sekolah.6. Menceriakan kawasan sekolah dengan membina tapak semaian dan menjalankan kerja-kerja keceriaan.7. Melahirkan rasa cinta akan sekolah disamping menerapkan bertanggungjawab.

MATLAMAT ASPEK KEBERSIHAN DI SMK LAKSAMANA

Menyemai sifat cinta akan kebersihan sekolah dengan mengadakan gotong-royong membersihan persekitaran sekolah dengan aktiviti rondaan kelas bertugas.

Mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan melalui pendidikan.

Meningkatkan rasa tanggungjawab murid terdahap kebersihan berpandukan Buku Spesifikasi Tugas 3K.

Meningkatkan tahap kebersihan sekolah dengan mengadakan jadual tugas untuk murid, guru dan pekarja swasta.

Memantau dan menilai keberkesanan program kebersihan pengadilan yang dibuat berpandukan Borang Penilaian Kebersihan.

Melaksanakan tindakan susulan melalui program penambahbaikan.

PROSEDUR KESELAMATAN DISMK LAKSAMANA

Bertujuan mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan warga sekolah dan komuniti setempat.

Page 3: Kebersihan Notes

Mementingkan aspek keselamatan diri murid semasa perjalanan pergi dan balik sekolah.

Semasa bergerak ke kelas. pelajar digalakkan menggunakan susur gajah @ koridor kelas ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya.

Murid-murid harus masuk ke sekolah melalui pintu masuk melalui gate B.

Murid-murid yang berbasikal @ bermotor perlu menolak basikal @ motor mereka melalui gate B dan meletakkannya di tempat meletak basikal pelajar di tempat letak kenderaan.

Ibubapa/penjaga memberi kerjasama supaya memberhentikan atau menurunkan anak @jagaan mereka di pintu masuk Gate A. Ini adalah untuk mengelakkan kemalangan dan kesesakan jalanraya.

Untuk murid-murid yang balik awal atas sebab-sebab tertentu, sokongan ibubapa/penjaga adalah penting supaya mengikut tatacara keselamatan murid semasa membawa anak mereka keluar dari sekolah.

Murid perlu mengisikan borang kebenaran keluar kawasan.

Ibubapa mendaftar nama murid di buku Pendaftaran Murid Balik Awal.

Ibubapa mendapat tandatangan puhak pentadbir.

Membangunkan kesedaran terhadap aspek keselamatan untuk melahirkan iklim sekolah yang kondusif untuk perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Kesedaran ini akan dilakukan dengan beberapa cara iaitu melalui penerangan semasa perhimpunan, ceramah keselamatan di sekolah dan melalui papantanda.

MATLAMAT ASPEK KESIHATAN DI SMK LAKSAMANA

Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.

Menyedarkan murid tentang bahaya penyakit seperti AIDS, Hepatitis B dan penyakit berbahaya yang lain.

Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti lawatan, ceramah dan pameran.

Page 4: Kebersihan Notes

Menjalankan aktiviti suntikan Anti-Tetanus kepada murid-murid Tingkatan Tiga.

Mewujudkan sistem maklumat kesihatan yang lengkap dan terkini.

3 K KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN

Tandas sentiasa dijaga bersih, kering dan dalam keadaan baik. Terdapat khidmat Sanitari di tandas perempuan dengan membuang tuala wanita yang dibungkus ke dalam bakul sampah yang bersarung.

beg plastik. Sinki dalam tandas sentiasa dijaga bersih dan tidak tersumbat.

3K-PROGRAM SEKOLAH SELAMAT

Sekolah Selamat didefinasikan sebagai:

Persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah berasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar sekolah.Keselamatan Lalulintas Murid

Wadem trafik sedang mengawal lalu lintas pada awal pagi dan waktu lepas sekolah.

Keselamatan Di Pintu Masuk Utama SekolahPintu utama sentiasa ditutup dan dijaga oleh seorang pengawal.Kawalan Pergerakan Murid ketika Berada di Dalam Sekolah

Murid-murid perlu memakai tanda nama pada setiap masa semasa berada di dalam kawasan sekolah.Manakala bagi murid-murid yang ingin keluar kelas mereka perlu memakai pas keluar dan masuk

Peralatan Kecemasan dan Alat Pemadam Api

Page 5: Kebersihan Notes

Peralatan kecemasan sentiasa dalam keadaan yang sempurna dan diletakkan di bilik kecemasan. Alat Pemadam Api dihantar ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak untuk diperiksa/ diuji setiap tahun. Semua alat pemadam api di sekolah telah diperiksa pada 2/02/2009 dan tempoh sahlaku adalah sehingga 1/10/2009.

Page 6: Kebersihan Notes
Page 7: Kebersihan Notes
Page 8: Kebersihan Notes
Page 9: Kebersihan Notes
Page 10: Kebersihan Notes
Page 11: Kebersihan Notes

Tugasan soalan – langkah-langkah untuk memastikan kebersihan kawasan persekitaran sekolah

Idea

i.                     Pemantapan sahsiah muridii.                   Penguatkuasaan peraturan sekolahiii.                  Kempen menjaga kebersihan

Page 12: Kebersihan Notes

Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri,  Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika persekitaran sekolah berada dalam keadaan kondusif kerana anak-anak akan berasa selesa apabila berada di sekolah. Persekitaran yang kondusif ada hubung kait dengan kebersihan kawasan sekolah. Pada pendapat saya, pelbagai langkah boleh dilakukan untuk memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih.

Sahsiah terpuji  atau keperibadian unggul memainkan peranan yang sangat dominan dalam membentuk jati diri yang mapan. Sahsiah murid yang mantap mampu memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Murid-murid yang sering membuang sampah merata-rata merupakan individu yang tidak memiliki sahsiah terpuji. Mereka tidak mempunyai perasaan sayang akan sekolah kerana sahsiah mereka pada tahap rendah. Oleh itu, pihak sekolah perlu memastikan murid-murid mempunyai sahsiah yang unggul agar mereka menunjukkan rasa sayang akan sekolah. Pelbagai program boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji. Sebagai contoh, program seperti Kem Jati Diri mampu memupuk rasa sayang kepada sekolah.  Aktiviti dalam Kem Jati Diri seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah misalnya, mampu memupuk rasa cinta murid kepada sekolah. Murid-murid juga dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa melakukan kerja gotong-royong. Faedah daripada aktiviti ini ialah kawasan sekolah bukan sahaja menjadi bersih tetapi pada masa yang sama juga hubungan antara murid dapat dieratkan seperti peribahasa sambil menyelam minum air. Oleh itu, jelas bahawa sahsiah yang mantap mampu memastikan kebersihan kawasan persekitaran sekolah.

Selain sahsiah yang mantap, penguatkuasaan peraturan sekolah juga mampu memastikan kawasan persekitaran sekolah senrtiasa bersih. Peraturan sekolah digubal adalah untuk memastikan murid-murid dapat mendisiplinkan diri  agar mereka menjadi insan yang berguna. Peraturan supaya murid-murid menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah seperti kantin, padang, kelas, asrama dan sebagainya telah ditulis dalam Buku Peraturan Sekolah. Peraturan ini dirangka supaya murid-murid  menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah dan hukuman akan dikenakan jika mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh, peraturan seperti mengenakan denda kepada setiap murid yang membuang sampah merata-rata perlu dikuatkuasakan oleh pihak sekolah jika mendapati murid-murid telah membuang sampah merata-rata. Denda melakukan kerja amal seperti membersih tandas sekolah perlu dikuatkuasakan untuk menyedarkan murid-murid supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sekali gus menjadikan setiap hukuman yang dikenakan sebagai pengajaran agar tidak mengulangi lagi pada masa depan. Mereka akan berhati-hati jika ingin membuang sampah merata-rata kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan juga mampu memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih.

Page 13: Kebersihan Notes

Di samping itu, kempen juga merupakan wadah yang amat berkesan dalam membina sekolah yang bersih. Kempen yang dilancarkan mampu memberi kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah. Sebagai contoh, kempen Sekolah Rumah Keduaku seperti yang dilancarkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, Kelantan telah menobatkan sekolah tersebut sebagai Sekolah Harapan Negara pada tahun 2010. Menerusi kempen tersebut, warga sekolah telah diberi kawasan angkat dan mereka dikehendaki menjaga kawasan angkat tersebut dengan kreativiti masing-masing. Pada masa yang sama pihak sekolah telah menyediakan insentif berupa wang tunai dan piala pusingan untuk dianugerahkan kepada kawasan angkat yang meraih tempat pertama pada akhir tahun. Inisiatif ini telah menyebabkan murid-murid saling bekerjasama ibarat berat sama dipukul ringan sama dijinjing untuk mencantikkan  kawasan mereka kerana ingin menang. Mereka sanggup menghabiskan masa, tenaga dan wang bagi memastikan kawasan masing-masing menjadi cantik. Jadi jelas menunjukkan bahawa kempen yang sering diuar-uarkan oleh pihak sekolah mampu memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih.

Kesimpulannya, pihak sekolah perlu merancang pelbagai program untuk memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Setiap kejayaan akan bermula dengan perancangan yang rapi. Yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Tanpa usaha kejayaan tidak akan mendampingi kita. Oleh itu, kerjasama yang padu antara warga sekolah mampu memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Kawasan sekolah yang bersih dapat menyediakan suasana yang kondusif kepada murid-murid. Mereka mampu belajar dengan tenang dan akhirnya kejayaan akan menanti mereka pada masa depan.

http://blogcikguazaman.blogspot.com/2012/10/karangan-target-spm-2012-4.html

OALAN : Kamu akan menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid". Tulis syarahan itu selengkapnya. ........................................................................................................ Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk, "Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Murid". Hadirin Sekalian, Sekolah yang bersih menjadi impian para guru dan murid-murid. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh semua pihak untuk memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan bersih.Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah pertandingan kelas terbersih. Selain dapat mewujudkan suasana kelas yang ceria, usaha ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid. Meskipun ada pekerja yang ditugaskan membersihkan kawasan sekolah murid-murid tidak wajar meletakkan tanggungjawab ini kepada mereka semata-mata. Sebagai murid, kita perlu sedar bahawa kawasan yang perlu dibersihkan oleh pekerja itu terlalu luas. Oleh itu, tidak salah jika kita turut sama membantu mereka. Segala kemudahan seperti penyapu dan tong sampah yang mencukupi telah disediakan di dalam setiap kelas. Sebagai murid yang bertanggungjawab, segala kotoran dan sampah-sampah perlu disapu dan dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Sekolah dan kelas yang bersih juga memberi impak kepada pembelajaran murid-murid. Sekiranya persekitaran kotor, keadaan ini akan menzahirkan pemandangan yang kurang enak. Hal ini menyebabkan kita gagal menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tidakkah itu merugikan diri kita sendiri ? Hadirin sekalian,

Page 14: Kebersihan Notes

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada rakan-rakan, marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan di kawasan sekolah. Sesungguhnay menjaga kebersihan merupakan ibadah yang mulia dan harus dimanfaatkan oleh setiap insan. Sekian, terima kasih.

http://panitiabmskbt.blogspot.com/2012/07/karangan-upsr-syarahan-kebersihan.html

Kepentingan Menjaga Kebersihan Kawasan Sekolah

Pentas terbaik anak-anak kita menimbah ilmu yang tidak ternilai ialah sekolah.Sekolah juga ialah platform terbaik seseorang individu mengorak langkah bagi mengisi otaknya bagi mengatasi segala onak dan duri yang bakal menimpa kelak.Kerajaan negara kita yang berprihatin senantiasa mengambil inisiatif yang tidak terhingga bagi mewujudkan sekolah yang sesuai bagi pendidikan anak-anak kita.Kerajaan juga menekankan aspek kebersihan kawasan sekolah bagi kebaikan semua warga sekolah dan membentuk generasi berpendidikan pada zaman akan datang yang sihat dan sejahtera.

Kawasan sekolah yang bersih akan mewujudkan suasana kondusif kepada para pelajar menimbah ilmu tanpa apa-apa musibah.Sampah-sampah yang diuruskan dengan sempurna di dalam kelas memastikan bilik darjah bersih dan kemas sepanjang masa.Sikap pelajar yang menjalankan tugas harian mereka untuk membersihkan kelas secara rutin dan bergilir-gilir akan memastikan bilik darjah sifar sampah.Melalui ini,tumpuan pelajar-pelajar terhadap pelajaran tidak akan terganggu dan mereka akan menguasai pelajaran hari itu dengan lebih berkesan.Guru-guru juga kita tidak akan membazirkan masa pengajaran mereka dengan menyuruh murid membersihkan kelas.Secara tidak langsung,sesi pembelajaran dan pengajaran akan dilaksanakan dengan sempurna.

Seterusnya,kebersihan kawasan sekolah yang ada di paras tinggi akan mengharumkan nama sekolah.Kawasan sekolah yang bebas daripada sebarang kekotoran akan mencerminkan nama baik sekolah di dalam setiap sanubari ibu bapa dan masyarakat luar.Aspek ini juga akan menunjukkan betapa tanggungjawabnya bahagian pentadbiran sesebuah sekolah sehinggakan sekolahnya mengharumkan namanya.Sekolah yang memiliki kawasannya dalam keadaan bersih akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah terdekat dan sekaligus akan mewujudkan suatu perubahan dalam penjagaan aspek kebersihan.Oleh yang demikian,sama-samalah kita mementingkan aspek kebersihan kawasan setiap masa.

Di samping itu,pelbagai penyakit biasa dan berjangkit juga akan dapat dijauhi jika kawasan sekolah bersih selalu.Kawasan sekolah yang bebas sampah-sampahyang boleh bertakung dapat mengelakkan penyakit demam denggiyang dapat membahayakan nyawa anak-anak kita.Longkang-longkang sekolah yang bersih dapat menghindarkan bau busuk manakala semak-samun yang terurus akan mengatasi haiwan-haiwan yang berbahaya.Sistem penyaliran air kumbahan akan memastikan penyakit-penyakit berjangkit tidak mengancamkesihatan anak-anak kita.Suasana sebegini akan membentuk suasana sekolah yang sihat dan bebas daripada sebarang kemungkinan.Oleh itu,usahalah sebaik mungkin bagi mewarnai sekolah-sekolah di negara kita dengan aspek kebersihan yang tinggi.

Page 15: Kebersihan Notes

Tambahan pula,kawasan sekolah yang bersih akan memberi peluang kepada pihak sekolah bagi menganjurkan aktiviti luar bilik darjah dengan selamt.Matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dapat diajar di padang sekolah tanpa apa-apa masalah kebersihan.Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan secara sempurna dengan kewujudan kawasan sekolah yang bersih daripada sampah tanpa sebarang gangguan.Aktiviti perkhemahan dan penganjuran pelbagai pertandingan sekolah dan antara sekolah juga dapat dijalankan sekiranya sekolah berpegang teguh kepada aspek kebersihan.Melalui ini,pelajar akan lebih aktif dalam aktiviti luar bilik darjah selain kokurikulum.

Kesimpulannya,dengan pelaksanaan langkah-langkah yang berterusan seperti mengadakan gotong-royong berterusan bukannya bersifat musim,nescaya kekotoran dan sampah sarap di kawasan sekolah akan dapat diatasi dan sekolah kita sudah pasti akan bersih dan pelajarnya pula sihat sejahtera,bak kata pujangga,'Jiwa yang Suci Terpancar daripada Diri yang Bersih,'.Justeru,marilah kita bersama-sama memastikan kawasan sekolah kita sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat.

Posted by SUNGIRLS at 21:45

http://sungirls98.blogspot.com/2013/06/kepentingan-menjaga-kebersihan-kawasan_27.html

http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-13-cara-cara.html

Page 16: Kebersihan Notes

Anda telah menyertai pertandingan menulis esei sempena Program Bulan Bahasa di sekolah anda.  Tajuk esei anda ialah ‘ Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah’.  Tulis esei anda selengkapnya.

Analisis soalan:Tema/isu    :     keceriaan kawasan sekolahTugasan     :    menulis esei tentang cara-cara menceriakan kawasan sekolah.Format       :     Rencana

Cara-cara Menceriakan Kawasan Sekolah

Oleh:   Muhd Azhar Mohd Yasin

         Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya persekitaran kawasan sekolah yang kondusif akan mempengaruhi keselesaan dan keberkesanan pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran. Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengatur strategi yang berkesan untuk menceriakan kawasan sekolah.

      Salah satu langkah yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan program bergotong-royong. Aktiviti bergotong royong harus diadakan secara berkala untuk membersihkan kawasan sekolah. Aktiviti ini perlu melibatkan seisi warga sekolah. Gotong-royong bertujuan untuk memastikan setiap warga sekolah dapat bekerjasama untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah, bak kata pepatah, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dengan dijinjing. Pada hujung minggu,pelajar sekolah boleh hadir untuk aktiviti gotong-royong. Contohnya, pelajar dikehendaki memungut sampah atau membersihkan longkang.

Page 17: Kebersihan Notes

       Tindakan yang seterusnya adalah mengadakan taman bunga di sekolah. “Program Sekolah dalamTaman” patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Dalam situasi ini, pelajar-pelajar juga boleh membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap sekolah juga patut dilengkapi dengan kolam ikan dan gunung-gunungan serta pondok atau bebalai untuk membaca. Nescaya pelajar lebih selasa dan minat untuk menuntut ilmu dalam persekitaran seperti taman daripada bangunan konkrit yang kaku.

       Di samping itu pihak sekolah boleh mengecat bangunan semula. Mengecat bangunan boleh mencantikkan sekolah. Pelajar juga akan berasa seronok untuk datang ke sekolah yang berseri-seri. Cogan kata ada menyatakan , “sekolahku syurgaku.” Dengan bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, pihak sekolah boleh menyediakan cat dan berus cat. Pelajar juga boleh bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk mengecat pagar dan dinding bangunan sekolah. Kelab atau persatuan kokurikulum juga digalakkan melukis di dinding sekolah. Mereka boleh melukis gambar landskap, pemandangan, lukisan dan corak serta cogan kata. Dalam konteks ini, sekolah kelihatan lebih cantik dan lebih sesuai untuk belajar.

Page 18: Kebersihan Notes

         Dalam pada itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan setiap minggu. Melalui aktiviti ini, setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka, seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan memastikan susunan meja dan kerusi sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan teratur. Guru bertugas harian akan memantau dan menilai kebersihan kelas setiap hari. Nama kelas yang terbersih dan terkotor akan diumumkan dalam perhimpunan mingguan. Kelas terbersih akan diberikan sijil penghargaan sebagai ganjaran.  Sebaliknya kelas terkotor pula perlu diberi hukuman sebagai pengajaran supaya pelajar-pelajar lebih prihatin akan kebersihan kelas mereka pada masa yang akan datang.  Contohnya, antara bentuk denda yang boleh dilaksanakan ialah dengan menjalankan aktiviti pembersihan, seperti mencuci tandas, kantin, membersihkan kawasan padang dan sebagainya.   Memang tidak syak lagi, dengan adanya aktiviti seumpama ini pelajar akan terdidik dan terbiasa untuk sentiasa mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Page 19: Kebersihan Notes

    Selain itu, sekolah juga perlu menjalankan Program 3K. Program 3K bermaksud mengutamakan Kebersihan, Keindahan dan Keselamatan. Dalam program ini, pihak sekolah perlu memastikan kawasan sekolah dalam keadaan yang bersih, indah dan selamat. Hal ini demikian kerana pihak sekolah sentiasa mengadakan pemeriksaan dan penyeliaan dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi, pihak Kementerian Pelajaran akan membuat pemantauan terhadap sekolah tersebut. Hal ini akan menjadi pemangikin dan meniupsemangat pihak sekolah untuk memastikan program berjaya diadakan. Namun demikian, program 3K memerlukan komitmen daripada seluruh warga sekolah. Sebagai impaknya, sekiranya semua warga sekolah bekerja sama dan berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan program ini, impian untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah tempat menuntut ilmu yang indah, bersih dan selamat akan tercapai

    Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah kerana sekolah yang bersih dan ceria akan menyediakan suasana yang sangat kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan.  Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sokongan sekolah perlu melangkah sederap untuk sentiasa menjaga persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.  Sekolah ceria, pelajar gembira, guru bahagia.