Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui...

16
KEBIMBANGAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Nor Haliza Ibrahim Khaidzir Hj. Ismail Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebimbangan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat hubungan antara penghargaan kendiri dan antara tret-tret personaliti (Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness, Neuroticism). Maklumat kajian diperoleh melalui Big Five Personality Inventory, Foreign Language Classroom Anxiety Scale dan Culture Free Self-Esteem Inventory. Perisian SPSS versi 16.0 Windows telah di gunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara sub skala Neuroticism dan Extraversion dengan tahap kebimbangan, manakala sub skala Openness, Agreeableness, dan Conscientiousness, bangsa, dan penghargaan kendiri tidak ada hubungan dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Selain itu tidak terdapat perbezaan tahap kebimbangan dengan jantina. Kajian juga mendapati personaliti adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan tahap kebimbangan dalam menguasai bahasa Inggeris. Pembudayaan membiasakan bertutur dalam bahasa Inggeris adalah bermula sejak awal lagi sama ada di rumah atau di sekolah, tetapi bagi yang baru dan ingin membiasakannya mungkin memberi kesan pada tahap kebimbangan. Peranan Kolej kediaman melalui English Speaking Zone telah membantu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif dalam membudayakan pelajar berkomunikasi antara satu sama lain melalui penggunaan bahasa Inggeris Kata Kunci : Kebimbangan, Kolej Kediaman, Penghargaan Kendiri, Bahasa Inggeris Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010 (73 - 87)

Transcript of Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui...

Page 1: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

73

Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris dalam Kalangan pelajar universiTi

Kebangsaan malaysia

Nor Haliza IbrahimKhaidzir Hj. Ismail

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebimbangan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat hubungan antara penghargaan kendiri dan antara tret-tret personaliti (Openness, Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness, Neuroticism). Maklumat kajian diperoleh melalui Big Five Personality Inventory, Foreign Language Classroom Anxiety Scale dan Culture Free Self-Esteem Inventory. Perisian SPSS versi 16.0 Windows telah di gunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara sub skala Neuroticism dan Extraversion dengan tahap kebimbangan, manakala sub skala Openness, Agreeableness, dan Conscientiousness, bangsa, dan penghargaan kendiri tidak ada hubungan dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Selain itu tidak terdapat perbezaan tahap kebimbangan dengan jantina. Kajian juga mendapati personaliti adalah salah satu faktor yang mempunyai kaitan dengan tahap kebimbangan dalam menguasai bahasa Inggeris. Pembudayaan membiasakan bertutur dalam bahasa Inggeris adalah bermula sejak awal lagi sama ada di rumah atau di sekolah, tetapi bagi yang baru dan ingin membiasakannya mungkin memberi kesan pada tahap kebimbangan. Peranan Kolej kediaman melalui English Speaking Zone telah membantu menyediakan suasana dan persekitaran yang kondusif dalam membudayakan pelajar berkomunikasi antara satu sama lain melalui penggunaan bahasa Inggeris

Kata Kunci : Kebimbangan, Kolej Kediaman, Penghargaan Kendiri, Bahasa Inggeris

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010 (73 - 87)

Page 2: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

74

Abstract

This study was aimed at identifying the presence of anxiety among students of the University Kebangsaan Malaysia in using English Language. In addition, the study also looked at the relationship with self-esteem and between personality traits (Openness ,Conscientiousness, Extraversion, Agreeableness, Neuroticism). Data was gathered through Big Five Personality Inventory, Foreign Language Classroom Anxiety Scale and Culture Free Self-Esteem Inventory. SPSS application version 16.0 Windows had been used to analyze the data. The research finding showed the presence of relationship between sub-scale Neuroticism and Extraversion at anxiety level, whilst sub-scale Openness, Agreeableness, and Conscientiousness, race, and self-esteem has no relationship with the level of anxiety for English Language. Besides, the findings found that there is no difference in the level of anxiety between gender. The findings also found that personality is one of the factors that relates to the level of concerned at mastering English Language. Getting used to speaking the language begins early either at home or at school, but for those who are new to the language might have some effect on the level of concerned. The role of the hostel through English Speaking Zone has helped in providing a conducive environment and surrounding in its effort to allow the students to communicate among them using English Language.

Keywords : Anxiety, Residential College, Self Esteem, English Language

PendAhuluAn

Kepentingan mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris telah lama mendapat perhatian menyeluruh. Kesedaran ini amat berkait rapat dengan permintaan semasa terhadap penggunaan bahasa Inggeris yang amat meluas di peringkat antarabangsa dan juga faktor kesedaran individu atau keluarga dan suasana persekitaran yang memainkan faktornya. Atas kepentingan pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris selain memperkasakan bahasa melayu, pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah menwujudkan satu zon yang dikenali sebagai English Speaking Zone (ESZ) merupakan satu program baru yang di usahakan oleh Pusat Perkembangan Pelajar dan setiap Kolej kediaman telah dipilih untuk mengayakannya yang bertujuan untuk mewujudkan budaya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Nor Haliza Ibrahim & Khaidzir Hj. Ismail

Page 3: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

75

Di Kolej misalnya, kelab ESZ telah merancang pelbagai program. Antara langkah awal yang diambil termasuklah menerusi program Minggu Mesra Pelajar. Antara aktiviti yang dicadangkan termasuklah Antara aktiviti yang dicadangkan termasuklah Movies Marathon, Owl Tutoring, ESZ Career Opportunities, Table Games, Public Speaking, CV Workshop, Self Expression Corner, dan Grooming Sessions.

Menurut MacIntyre & Gardner (1991) pendedahan budaya pertuturan dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan kesan kebimbangan apabila ingin bertutur dan beberapa penyelidik lain (Gardner 1985; Gardner 2005; Clement 1980) mendapati bahawa terdapat korelasi yang tinggi antara tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris dengan kelancaran berkomunikasi. Hal ini adalah lebih menonjolHal ini adalah lebih menonjol dalam konteks sosio-budaya yang pelbagai di mana pelajar diminta untuk mengekspresikan diri mereka dalam bahasa yang mereka kurang mahir (Horwitz, Horwitz & Cope 1986; MacIntyre 1999; Young 1991). Walaupun kadangkala kebimbangan terhadap bahasa Inggeris dilihat sebagai ‘alat’ yang membantu sebagai pendekatan terhadap tugasan yang sangat kompleks, potensi kesan kebimbangan yang membahayakan, yang biasanya dipanggil sebagai “debilitating anxiety” (Brown 1994), tidak mampu disingkirkan dengan mudah dalam konteks pengajaran bahasa Inggeris ini.

Kesan kebimbangan terhadap bahasa Inggeris dalam komunikasi dan pengaplikasinya dalam kalangan pelajar telah dikaji secara meluas di pelbagai negara (MacIntyre & Gardner 1991). Kebimbangan bahasa, sejenis kebimbangan yang berhubung secara khusus dengan konteks pembelajaran bahasa Inggeris boleh wujud daripada pelbagai jenis sumber, bergantung kepada rangka rujukan individu secara unik (Skehan 1989; Young 1991). Horwitz et al. (1986) telah menjelaskan bahawa sebarang penyampaian atau pertuturan dalam bahasa Inggeris mungkin bertujuan mencabar konsep kendiri individu sebagai komunikator yang berkesan, namun ia sebaliknya membawa kepada sifat pendiam, kesedaran kendiri yang rendah, ketakutan, atau panik.

Menurut Wan Zarina et al. (2007), perasaan resah dan bimbang yang dialami terhadap sesuatu perkara yang baru atau asing adalah dianggap normal. Malah, pada masa tertentu, perasaan ini mungkin akan mendatangkan kelebihan kepada para pelajar dalam beberapa aspek yang berkaitan. Walau bagaimanapun, perlu ditekankan bahawa

Kebimbangan Terhadap Penggunaan BI dalam Kalangan Pelajar UKM

Page 4: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

76

tahap kebimbangan yang melampau bakal menimbulkan keadaan yang lebih tidak menentu kepada pelajar dan berkemungkinan besar mempengaruhi prestasi dan keputusan akademik mereka dalam mata pelajaran bahasa Inggeris yang dipelajari itu.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat Casado & Dereshiwsky Casado & Dereshiwsky (2001), kebanyakan kajian yang dijalankan terhadap hubungan antara kebimbangan dengan pembelajaran bahasa Inggeris mengemukakan hasil kajian yang bercampur aduk dan mengelirukan. Keadaan iniKeadaan ini terjadi disebabkan kewujudan beberapa elemen yang dilihat mampu disebabkan kewujudan beberapa elemen yang dilihat mampu mempengaruhi pembelajaran tersebut. Hampir kesemua kajian yang telah dijalankan menjurus kepada sejauh mana faktor kebimbangan boleh mempengaruhi pencapaian dan gred pelajar dalam mata pelajaran bahasa Inggeris ini.

Menurut Foss & �eitzel (1998) dan Price (1991), kebimbangan& �eitzel (1998) dan Price (1991), kebimbangan�eitzel (1998) dan Price (1991), kebimbangan terhadap bahasa asing biasanya dihadapi oleh sebahagian pelajar kolej yang mengambil kursus berkaitan bahasa. Keresahan juga terjadi hasil daripada pemikiran yang negatif sewaktu sesi pembelajaran bahasa (Woodrow 2006; Horwitz et al. 1986; MacIntyre & Gardner 1991).& Gardner 1991).Gardner 1991). Perolehan daripada kajian-kajian ini juga mendapati, bagi mengurangkan kebimbangan di bilik darjah, adalah penting untuk mengkaji sifat individu yang pelbagai yang mungkin akan menyumbang kepada kebimbangan. Berdasarkan pada kajian kebimbangan itu sendiri, Horwitz (1988) dan Young (1991) mendapati bahawa tanggapan mengenai pembelajaran bahasa itu sendiri menjadi faktor kepada kebimbangan terhadap bahasa asing.

Sekiranya pelajar berpegang pada konsep yang kurang tepat atau misconceptions, pembelajaran bahasa ini hanya akan menyumbang kepada kekecewaan dan kebimbangan kerana pembelajaran bahasa ini berkaitan dengan realiti dan kehidupan sebenar. Pelajar mempunyai satu tanggapan negatif terhadap sesuatu perkara baru yang tidak pernah dipelajarinya. Contohnya, pengetahuan pelajar terhadap sesuatu bahasa baru seperti bahasa Jepun adalah terhad tidak seperti bahasa yang digunakan dalam komunikasi sehari-hari kerana ia lahir dari budaya yang berbeza dan laras kata yang berlainan.

Pelajar yang mengambil kelas bahasa Inggeris telah pun mempunyai satu tanggapan umum terhadap mata pelajaran tersebut. Contohnya, mata pelajaran bahasa Inggeris adalah satu subjek yang

Nor Haliza Ibrahim & Khaidzir Hj. Ismail

Page 5: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

77

sukar dipelajari dan difahami. Tanggapan seperti ini akan menghasilkan kebimbangan kerana pelajar mengharapkan dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sebelum dapat mencapai tahap kelancaran yang cemerlang, pelajar akan kerap kali membuat kesilapan asas seperti terlupa sesetengah perkataan bahasa tersebut.

Philip (1991) mendapati bahawa akibat daripada kebimbangan ini, persembahan ujian lisan pelajar yang mana memperoleh skor yang tinggi di dalam Foreign Language Classroom Anxiety Scale cenderung memperolehi gred yang rendah di dalam ujian lisan. Manakala Madsen, Brown & Jones (1991), menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. Mereka juga menguji reaksi pelajar dengan pelbagai jenis ujian dan mendapati pelajar cenderung kepada mencari rencana dan betul-salah menghasilkan sedikit kebimbangan, sementara penterjemahan menghasilkan lebih banyak kebimbangan. Dengan itu artikel bertujuan secara umumnya untuk mengenal pasti kebimbanganbertujuan secara umumnya untuk mengenal pasti kebimbangan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan untuk melihat hubungan dengan penghargaan kendiri dan antara tret-tret personaliti.

Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar UKM. Dalam penulisan ini terdapat tiga hipotesis yang telah diuji dan akan dibincangkan.

Sampel Kajian

Jumlah subjek adalah seramai 160 orang pelajar yang berusia antara 18 hingga 25 tahun. Lapan puluh orang lelaki dan 80 perempuan yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Kajian dijalankan di 8 Kolej di kampus Induk Bangi, Selangor (Jadual 1).

Kebimbangan Terhadap Penggunaan BI dalam Kalangan Pelajar UKM

Page 6: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

78

Jadual 1 : Lokasi kajian dan jumlah sampel mengikut lokasi

Bil Kolej Bilangan Sampel1 Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), 202 Kolej Dato’ Onn(KDO), 203 Kolej Keris Mas 204 Kolej Pendeta Zaaba 205 Kolej �ahim Kajai 206 Kolej Burhanuddin Helmi 207 Kolej Ibu Zain 20

8 Kolej Idris AL-Marbawi 20

Alat Kajian

1. Culture Free Self-Esteem Inventory yang mengandungi 67 item soalan yang merupakan item dengan dua pilihan jawapan sahaja sama ada Ya atau Tidak. Soal selidik ini dicipta oleh Battle (2002). Soalaselidik ini telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Pusat Pengajian Psikologi, FSSK, UKM dan diringkaskan kepada 27dan diringkaskan kepada 27 item soalan sahaja yang meliputi 5 dimensi kendiri iaitu kendiri umum, sosial dan rakan sebaya, keluarga, akademik, dan bela diri.

2. Big Five Personality Inventory yang mengandungi 144 item soalan yang merupakan item berskala Likert dengan lima pilihan jawapan. Soal selidik ini dicipta oleh McCrae & Costa (1982).McCrae & Costa (1982).1982). Dalam kajian ini, soal selidik ini digunakan bagi mengenal pasti jenis tret personaliti yang dimiliki oleh pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris.

3. Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS) oleh Horwitz (1988) dan telah direka dengan tujuan untuk meneliti skop dan ketelusan tahap kebimbangan bagi pembelajaran bahasa Inggeris yang dialami oleh para pelajar. Item-item yang ditonjolkan melaluiItem-item yang ditonjolkan melalui skala ini adalah berhubung kait dengan elemen kebimbangan berkomunikasi, ujian kebimbangan dan perasaan takut terhadap penilaian negatif dalam kelas bahasa Inggeris berkenaan.

Nor Haliza Ibrahim & Khaidzir Hj. Ismail

Page 7: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

79

KePutuSAn dAn PerbincAngAn

Bahagian ini telah menggunakan analisis statistik inferensi untuk menghuraikan hasil kajian dan digunakan dalam menguji hipotesis-hipotesis kajian.

Hipotesis 1 : Tidak Terdapat hubungan antara sub skala Neurotism dan Extraversion dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris

Jadual 2: Pekali Korelasi di antara tret-tret personaliti (Neuroticism & Extraversion) dengan Kebimbangan

Pemboleh ubah Kebimbangan

Neuroticism 0.207*

Extraversion 0.248*

*p<0.05

Nilai Sig. (2-tailed) bagi tret Neuroticism dan Extraversion menunjukkan nilai yang lebih kecil dari aras signifikan 0.05 iaitu masing-masing .011 dan .002. Ini bermakna Neuroticism dan Extraversion mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Pelajar yang mempunyai tahap Neuroticism dan Extraversion yang tinggi akan mempunyai kebimbangan yang tinggi terhadap bahasa Inggeris juga. Sebaliknya, pelajar yang rendah tahap Neuroticism dan Extraversion akan mempunyai tahap kebimbangan yang rendah terhadap bahasa Inggeris (r(N) (150)=.207, p <0.05 (r(E) (150=.248, p <0.05) (Jadual 2).

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara sub skala Neuroticism dan Extraversion dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Pelajar yang mempunyai tahap Neuroticism dan Extraversion yang tinggi akan mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi terhadap bahasa Inggeris.

Nurul Zawani (2006) dalam kajiannya mendapati bahawa terdapatdalam kajiannya mendapati bahawa terdapatmendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tret Neuroticism dan Extraversion dengan tahap kebimbangan. Hal ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri

Kebimbangan Terhadap Penggunaan BI dalam Kalangan Pelajar UKM

Page 8: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

80

dominan yang dibawa oleh tret itu sendiri. Hal ini kerana setiap manusia Hal ini kerana setiap manusia dilahirkan mempunyai persamaan dan perbezaan yang tersendiri seperti mana teori personaliti mendapati bahawa setiap individu adalah unik teori personaliti mendapati bahawa setiap individu adalah unik dan tidak boleh dibandingkan dengan orang lain (Engler 2008).

Tret Extraversion adalah bersifat sosial. Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going”, penuh bertenaga dan biasanya bersikap positif. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri. Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup ini pada kebiasaannya ialah positif. Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman Permainan” mereka.

Semasa berada di dalam kumpulan, mereka suka bercakap, menilai diri mereka dan mendapat perhatian. Dari perincian tret ini, dapat dilihat bahawa, walaupun golongan yang berada dalam tret ini merupakan golongan yang gemar bersosial, namun apabila mereka diminta untuk berkomunikasi dalam bahasa yang mereka kurang mahir, ia akan menyebabkan mereka berasa bimbang. Ini menyebabkan hasil atau dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tret Extraversion dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris.

Manakala tret Neuroticism pula kebiasaannya berpandangan negatif. Mereka yang bertahap tinggi dalam tret ini pada mulanya berasa satu sifat yang negatif yang spesifik. Contohnya seperti kemarahan, kemurungan, ketakutan, ketakutan, atau kebimbangan pada sesuatu isu, tetapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari satu emosi negatif pada satu-satu masa tertentu atau secara serentak.

Mereka yang tergolong dalam tret ini mempunyai emosi yang reaktif. Hal ini dikatakan sedemikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang pada pandangan orang lain adalah biasa. �eaksi mereka terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan. Mereka lebih cenderung untuk memandang sesuatu situasi normal sebagai mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang sangat susah. Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini tidak dapat berfikir secara logik.

Nor Haliza Ibrahim & Khaidzir Hj. Ismail

Page 9: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

81

Berdasarkan ciri-ciri tret yang telah dinyatakan tadi, maka adalah nyata bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tret Neuroticism dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris.

Hipotesis 2 : Tidak terdapat hubungan antara sub skala Openness, Agreableness dan Conscientiousness dengan tahap kebimbangan bahasa Inggeris.

Jadual 3 menunjukkan hubungan di antara tret-tret personaliti dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Bagi tret-tret personaliti, min yang paling tinggi ialah bagi tret Conscientiousness, diikuti dengan tret Agreableness, dan min yang paling rendah adalah bagi tret Openness.

Jadual 3: Pekali Korelasi di antara tret-tret personaliti (Openness,Agreableness,Conscientiousness) dengan Kebimbangan

Pemboleh ubah Kebimbangan Openness 0.128 Agreableness 0.035

Conscientousness 0.000

*p < 0.05

Bagi tretBagi tret Openness, Agreableness dan Conscientiousness, nilai Sig. (2-tailed) menunjukkan nilai yang lebih besar dari aras signifikan .05 iaitu masing-masing .119, .672, dan .997. Hal ini bermakna Openness, Agreableness dan Conscientiousness tidak mempunyai hubungan secara signifikan dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris (r(O) (150) = .128) (r(A) (150) = .035) (r(C) (150) = .000). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nul di atas adalah diterima.

Dapatan ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara sub skala Openness, Agreableness, dan Conscientiousness dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Nurul Zawani (2006) telah mengenal pasti jenis personaliti, kebimbangan dan pencapaian prestasi akademik yang dominan yang dimiliki pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan negatif yang rendah

Kebimbangan Terhadap Penggunaan BI dalam Kalangan Pelajar UKM

Page 10: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

82

antara tret personaliti Openness, Agreableness, dan Conscientiousness dengan kebimbangan pelajar. Hal ini mungkin mempunyai kaitan dengan ciri-ciri trait itu sendiri.

Tret Openness dilihat sebagai suatu tret yang mempunyai sikap keterbukaan. Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempunyai minda atau sikap yang terbuka terhadap sesuatu idea atau pendapat. Di samping itu, mereka ingin sangat terdedah kepada sesuatu pengalaman yang baru. Bagi golongan ini, dunia merupakan “Tempat Pembelajaran” mereka, berbeza dengan tret Extraversion yang menganggap dunia sebagai “Taman Permainan”. Bagi golongan ini, setiap daripada pengalaman yang diterima atau hadir kepada mereka akan digunakan dengan sepenuhnya.

Golongan ini mempunyai sifat ingin tahu (intellectually curious) yang begitu mendalam. Mereka suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir dengan cara tersendiri (individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi. Sikap terbuka (openness to experience) ini pada pandangan ramai ahli psikologi adalah sihat dan lebih matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk mereka. Maka, ciri tret ini yang lebih terbuka dan gemar mempelajari sesuatu yang baru mungkin menjadi faktor kepada ketiadaan hubungan antara tret tersebut dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris.

Tret Conscientiousness pula merujuk kepada golongan yang mempunyai kesedaran dan yang sekiranya kesedaran yang tinggi individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan, atau satu kualiti yang wujud dalam diri seseorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran mindanya. Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat di sekelilingnya.

Kesedaran adalah berdasarkan cara individu mengawal, mengurus, dan cara individu bertindak berdasarkan impuls yang diterima. Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah boleh dipercayai, sanggup bekerja keras untuk sesuatu, menepati masa, kemas dari segi kerja dan keperibadian luaran, berdisiplin, bercita-cita tinggi dan mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur. Ciri-ciri tret ini

Nor Haliza Ibrahim & Khaidzir Hj. Ismail

Page 11: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

83

yang juga lebih dominan kepada unsur positif menjadi faktor kepada ketiadaan hubungan yang signifikan antara tret conscientiousness dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris.

Hipotesis 3 : Tidak terdapat hubungan antara penghargaan kendiri dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris

Jadual 4 menunjukkan korelasi antara penghargaan kendiri dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Nilai Sig. (2-tailed) bagi penghargaan kendiri menunjukkan nilai yang lebih besar dari aras signifikan 0.05 iaitu .433. Ini bermakna bahawa penghargaan kendiri mempunyai hubungan yang negatif dan tidak signifikan dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris (r(150) = .065). Ini menunjukkan bahawa hipotesis nul diterima.

Jadual 4 : Penghargaan kendiri dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris

Pembolehubah Kebimbangan

Penghargaan Kendiri -0.065

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan

antara penghargaan kendiri dengan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Ia adalah berhubungan secara negatif yang mana bermaksud sekiranya penghargaan kendiri individu adalah tinggi, maka tahap kebimbangannya terhadap bahasa Inggeris adalah rendah. Namun, hubungan ini tidak dapat dilihat dari segi kesignifikannya.

Kajian oleh Abdul �ashid & Mohamad Daud (2005) melaporkan tentang pembinaan soal selidik 46 item berkenaan perasaan bimbang dan kajian yang dijalankan untuk menentukan tahap hubungan perasaan bimbang dan penghargaan kendiri di kalangan mahasiswa Melayu. Sejumlah 140 pelajar (63 lelaki dan 77 perempuan) yang berumur antara 20 hingga 36 tahun telah diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Daripada jumlah itu, 56 orang adalah pelajar tahun kedua, 79 orang pelajar tahun ketiga dan 5 orang pelajar tahun keempat. Seramai 43 orang adalah pelajar sains dan 97 orang pelajar sastera. Dapatan kajian

Kebimbangan Terhadap Penggunaan BI dalam Kalangan Pelajar UKM

Page 12: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

84

menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, arah korelasi antara kebimbangan dan penghargaan kendiri adalah negatif. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara penghargaan kendiri dan kebimbangan. Ia adalah selari dengan dapatan kajian ini.

KeSiMPulAn

Dari hasil kajian dan perbincangan berkenaan tahap kebimbangan terhadap bahasa Inggeris, adalah disarankan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia terutamanya apabila berkaitan dengan aktiviti pelajar dalam mempertingkatkan kemahiran berkomunikasi perlulah memberi tumpuan kepada permasalahan kebimbangan terhadap bahasa Inggeris. Antara faktor yang mendatangkan kebimbangan ini termasuklah kebimbangan berkomunikasi, kebimbangan terhadap penilaian negatif, dan kebimbangan umum. Selain itu, faktor penghargaan kendiri,dan faktor tret personaliti Neuroticism dan Extraversion merupakan faktor-faktor lain yang mendorong kepada peningkatan kebimbangan terhadap bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pelbagai usaha harus dipertingkatkan lagi untuk membantu pelajar bagi mengatasi kebimbangan dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan mereka dalam menguasai bahasa tersebut. Usaha yang bersepadu daripada pelbagai pihak dapat membantu mengatasi kemelut ini agar aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang berketrampilan dapat direalisasikan. Walau bagaimanapun, usaha Kolej-kolej kediaman dengan menyediakan program-program kesedaran membuadayakan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris melalui projek ESZ adalah satu usaha yang positif menwujudkan persekitaran yang kondusif bagi membantu pelajar di samping mengekalkan keutuhan penggunaan Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

ruJuKAn

Abdul �ashid Mohamed dan Mohamad Daud Hamzah. 2005. Kajian Korelasi Kebimbangan dengan Penghargaan Kendiri di Kalangan Mahasiswa Melayu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 20: 153-167.

Nor Haliza Ibrahim & Khaidzir Hj. Ismail

Page 13: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

85

Battle, J. 2002. Culture-Free Self-Esteem Inventories Examiner’s Manual. Austin, TX: Pro-Ed.

Brown, H.D. 1994. Principles of Language Learning (3rd ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Casado, Matt A & Dereshiwsky, Mary I. 2001. Foreign Language Anxiety of University Students. College Student Journal, 35(4): 539-548.

Clement, �. 1980. Ethnicity, contact, and communicative competence in a second language. In H. Giles, W. P. �obinson, & P. M. Smith (Eds.), Language: Social psychological perspectives (pp. 147-154). Oxford: Pergamon Press.

Engler, Barbara. 2008 Personality Theories: An introduction (8 edition). New York:Wadsworth Publishing.

Foss, K., & �eitzel, A.C. 1988. A �elational Model for Managing Second Language Anxiety. TESOL Quarterly, 22: 437-454.

Gardner, �. C. 1985. Social Psychology and Second Language Learning: The Role of Attitudes and Motivation. London, GB: Edward Arnold.

Horwitz, E.K. 1986. Preliminary Evidence for the �eliability and Validity of a Foreign Language Anxiety Scale. TESOL Quarterly,20: 559-562.

Horwitz, E.K. 1988. The Beliefs About Language Learning of Beginning University Foreign Language Students. Modern Language Journal, 72: 125-132.

Horwitz, E.K., Horwitz, M.B., & Cope, J. 1986. Foreign language classroom anxiety. Modern language journal, 70: 125-132.

Horwitz, E. K., Horwitz, M. B., & Cope, J. A. 1991. Foreign language classroom anxiety. In E. K. Horwitz & D. J. Young (Eds.), Language anxiety (pp. 27-36). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

MacIntyre, P.D. 1999. Language anxiey: A review for the research for language Teacher. In D.J. Young (ed.), Affect in foreign language and second language Learning : A practical guide to creating a low-anxiety classroom atmosphere. NY: McGraw-Hill.

MacIntyre P.D., & Gardner, �.C. 1991. Language Anxiety: its �elation to Others Anxieties and to Processing in Native and Second Languages. Language Learning, 41: 513-534.

Kebimbangan Terhadap Penggunaan BI dalam Kalangan Pelajar UKM

Page 14: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

86

Madisen, H.S., Brown, B.L., & Jones, �.L. 1991. :Evaluating Students Attitudes Toward Second-Language Tests”. In E.K. Horwitz & D.J. Young (Eds.). Language Anxiety: From Theory And �esearch To Classroom Implications (p.65-86). Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Nurul Zawani Binti Bonyamin. 2006. Hubungan Personaliti dan Kebimbangan Belajar dengan Pencapaian Prestasi Akademik di Kalangan Pelajar-pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Latihan Ilmiah Prasiswazah (Tidak diterbitkan), UTM.

Philips, E. 1991. The Effect of Language Anxiety on Students Oral Performance and Attitudes. Modern Language Journal, 76: 14-25.

Price, M. L. 1991. The subjective experience of foreign language anxiety: Interviews with highly anxious students. In E. K. Horwitz & D. J. Young (Eds.), Language anxiety (pp. 101-108). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Skehan, P. 1989. Individual differences in second-language learning. London: Edward Arnold.

Wan Zarina, Azizah �ajabm Nor Fazila Sayuti, & Nur Al-Huda Hashim. 2007. A Study of The Anxiety Level of Foreign Language Students Towards Foreign Language Learning. Laporan Teknikal : Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Woodrow, L. 2006. Anxiety and speaking English as a second language. RELC Journal, 37, 308-328.

Young, D.J. 1991. Creating a Low-anxiety Classroom Environment: What Does Language Anxiety �esearch Suggest?. Modern Language Journal, 75: 426-436.

Nor Haliza Ibrahim & Khaidzir Hj. Ismail

Page 15: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

87

Nor Haliza Ibrahim (Cik)Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan ManusiaFakulti Sains Sosial dan KemanusiaanUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor. Malaysia

Khaidzir Hj. Ismail (Prof. Madya Dr.)Pusat Perkembangan PelajarUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM Bangi, Selangor. MalaysiaTel: 03-8921 5097Email: [email protected]

Kebimbangan Terhadap Penggunaan BI dalam Kalangan Pelajar UKM

Page 16: Kebimbangan Terhadap penggunaan bahasa inggeris · PDF file... menilai sikap pelajar melalui ujian bahasa Inggeris. ... Jadual 1 : Lokasi kajian dan ... tahap kebimbangan terhadap

Jurnal Personalia Pelajar Bil. 13 Jun/June 2010

88