KEBOLEHAN KOGNITIF.pptx

5
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA NUR FADHZIRAH BINTI ZULKIFLI NURFATIN AQILAH BINTI MOHD TAKRI

Transcript of KEBOLEHAN KOGNITIF.pptx

KEBOLEHAN KOGNITIF

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASANUR FADHZIRAH BINTI ZULKIFLINURFATIN AQILAH BINTI MOHD TAKRIKEBOLEHAN KOGNITIFMerupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Maksud kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan otak mereka serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Menurut Spearritt (1996), kebolehan kognitif telah didefinisikan oleh Caroll (1993) sebagai sebarang kebolehan berkaitan dengan tugas kognitif. Sternberg (1997) mendefinisikan kebolehan kognitif sebagai kapasiti untuk memahami idea kompleks, belajar melalui pengalaman, menaakul, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri.Jean Piaget ( 1896 1980 ) merupakan ahli psikologi Switzerland terkenal yang telah mengasaskan teori Jean Piaget.Antara konsep penting yang diutarakan oleh beliau dalam teori ini ialah perkembangan kognitif merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Sebagai contoh, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan seperti menghisap, memandang, mencapai, merasa dan memegang.SEKIAN..