KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY...

9
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 771 KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY DALAM MEMENUHI KEPERLUAN PEKERJA BINAAN WARGA MYANMAR DI TAPAK BINA Nurul Azita Salleh Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia [email protected] Norazah Mohd Nordin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Abdul Khalim Abdul Rashid Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Kajian yang dilaksanakan ini adalah tertumpu kepada hasil kajian mengenai kebolehbantuan perisian IM-SmartSAFETY yang dibangunkan dari segi perolehan pengetahuan atau maklumat iaitu berkaitan dengan peraturan keselamatan bagi kelengkapan pelindung diri dalam memenuhi keperluan pekerja asing di tapak bina. Tujuan kajian ini adalah membangunkan prototaip perisian multimedia berdwibahasa (IM-SmartSAFETY) sebagai media penyampaian maklumat alternatif kepada pekerja asing iaitu dalam membantu mereka memahami maklumat yang disampaikan di dalam kursus serta menjadi panduan kepada tenaga pengajar menyampaikan maklumat kepada pekerja asing sepanjang sesi pengajaran dalam KIKK. Pelaksanaan kajian adalah menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan disokong oleh kajian kualitatif. Hasil kajian mendapati pekerja binaan warga Myanmar mengetahui mengenai arahan pematuhan pemakaian kelengkapan pelindung diri di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung kepala, pelindung kaki, pakaian pelindung atau jaket keselamatan, pelindung telinga, pelindung muka dan mata, tali pinggang keselamatan, pelindung tangan dan pelindung pernafasan. Hasil temu bual yang dilaksanakan juga mendapati bahawa perisian ini dapat membantu pekerja binaan warga Myanmar mengetahui mengenai denda yang akan dikenakan serta menjadi satu kesalahan sekiranya tidak menggunakan kelengkapan pelindung diri mengikut jenis kerja yang dilakukan seperti yang termaktub di bawah peraturan keselamatan. Bidang Kajian: Kebolehbantuan, pekerja asing, kursus keselamatan, industri pembinaan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pengenalan Menurut Pekeliling Program Kad Hijau CIDB Bil 1/2001 para 3.0 (i-vii), Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (KIKK) adalah merupakan kursus pelaksanaan awal yang wajib dihadiri oleh pekerja tempatan maupun asing sebelum memasuki atau memulakan kerja-kerja di tapak bina. Namun, rentetan daripada kebanyakan tenaga kerja yang bekerja dalam industri pembinaan adalah terdiri daripada pelbagai warganegara, maka situasi ini telah mewujudkan kesan kepelbagaian bahasa. Di Malaysia, fenomena kekurangan tenaga buruh telah menyebabkan Malaysia bergantung kepada tenaga buruh daripada luar di mana pengambilan pekerja asing dalam sektor pembinaan Malaysia adalah bukan satu isu yang baru (Haryati et al., 2009). Kesan kepelbagaian bahasa ini telah menyebabkan arahan kerja sukar disampaikan oleh pihak majikan kerana tidak difahami oleh pekerja. Malah, arahan keselamatan juga sukar dilaksanakan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Abdul Rashid dan Abdul Aziz (2003) di mana masalah komunikasi (bahasa) telah menyebabkan

Transcript of KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY...

Page 1: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 771

KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY DALAM MEMENUHI KEPERLUAN PEKERJA BINAAN WARGA MYANMAR DI TAPAK BINA

Nurul Azita Salleh Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Universiti Utara Malaysia

[email protected]

Norazah Mohd Nordin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Abdul Khalim Abdul Rashid Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian yang dilaksanakan ini adalah tertumpu kepada hasil kajian mengenai kebolehbantuan perisian IM-SmartSAFETY yang dibangunkan dari segi perolehan pengetahuan atau maklumat iaitu berkaitan dengan peraturan keselamatan bagi kelengkapan pelindung diri dalam memenuhi keperluan pekerja asing di tapak bina. Tujuan kajian ini adalah membangunkan prototaip perisian multimedia berdwibahasa (IM-SmartSAFETY) sebagai media penyampaian maklumat alternatif kepada pekerja asing iaitu dalam membantu mereka memahami maklumat yang disampaikan di dalam kursus serta menjadi panduan kepada tenaga pengajar menyampaikan maklumat kepada pekerja asing sepanjang sesi pengajaran dalam KIKK. Pelaksanaan kajian adalah menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan disokong oleh kajian kualitatif. Hasil kajian mendapati pekerja binaan warga Myanmar mengetahui mengenai arahan pematuhan pemakaian kelengkapan pelindung diri di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung kepala, pelindung kaki, pakaian pelindung atau jaket keselamatan, pelindung telinga, pelindung muka dan mata, tali pinggang keselamatan, pelindung tangan dan pelindung pernafasan. Hasil temu bual yang dilaksanakan juga mendapati bahawa perisian ini dapat membantu pekerja binaan warga Myanmar mengetahui mengenai denda yang akan dikenakan serta menjadi satu kesalahan sekiranya tidak menggunakan kelengkapan pelindung diri mengikut jenis kerja yang dilakukan seperti yang termaktub di bawah peraturan keselamatan.

Bidang Kajian: Kebolehbantuan, pekerja asing, kursus keselamatan, industri pembinaan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pengenalan

Menurut Pekeliling Program Kad Hijau CIDB Bil 1/2001 para 3.0 (i-vii), Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan (KIKK) adalah merupakan kursus pelaksanaan awal yang wajib dihadiri oleh pekerja tempatan maupun asing sebelum memasuki atau memulakan kerja-kerja di tapak bina. Namun, rentetan daripada kebanyakan tenaga kerja yang bekerja dalam industri pembinaan adalah terdiri daripada pelbagai warganegara, maka situasi ini telah mewujudkan kesan kepelbagaian bahasa.

Di Malaysia, fenomena kekurangan tenaga buruh telah menyebabkan Malaysia bergantung kepada tenaga buruh daripada luar di mana pengambilan pekerja asing dalam sektor pembinaan Malaysia adalah bukan satu isu yang baru (Haryati et al., 2009). Kesan kepelbagaian bahasa ini telah menyebabkan arahan kerja sukar disampaikan oleh pihak majikan kerana tidak difahami oleh pekerja. Malah, arahan keselamatan juga sukar dilaksanakan. Perkara ini telah dinyatakan oleh Abdul Rashid dan Abdul Aziz (2003) di mana masalah komunikasi (bahasa) telah menyebabkan

Page 2: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 772

pekerja asing sukar memahami arahan kerja selamat, peraturan keselamatan serta sukar mengintrepretasikan tanda isyarat keselamatan sehingga berlakunya kemalangan. Perkara ini telah dibuktikan daripada hasil kajian Haryati et al., (2009) yang mana mendapati 50% kontraktor menyatakan setuju dan 41% daripadanya sangat setuju bahawa wujudnya masalah komunikasi (bahasa) dalam kalangan pekerja asing dalam industri pembinaan yang mana telah menyumbang kepada risiko kemalangan di tapak bina. Di Australia, Loosemore dan Andonakis (2007) turut menjelaskan bahawa wujudnya masalah bahasa yang mana telah memberi kesan kepada sebarang aktiviti yang melibatkan pematuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian Trajkovski dan Loosemore (2006) dalam industri pembinaan di Australia juga mendedahkan bahawa faktor bahasa telah menyumbang kepada kadar kemalangan yang tinggi kepada 85.7% pekerja asing kerana menggunakan bahasa selain dari bahasa Inggeris di tempat kerja termasuk kajian yang dilaksanakan di US oleh O’Connor et al., (2005) mengenai pekerja binaan muda berbangsa latin berdepan dengan risiko kecederaan yang tinggi kerana menerima kurang latihan keselamatan dan kesihatan disebabkan kurang kebolehan berbahasa Inggeris.

Sehubungan itu, isu masalah bahasa ini turut dikenalpasti berlaku terhadap salah satu warganegara dalam kalangan pekerja asing warga Myanmar di dalam KIKK di mana daripada kajian awal yang telah dijalankan mendapati hanya 13.7% (14) memahami dan 43.1% (44) daripadanya tidak memahami maklumat yang disampaikan dalam bahasa Melayu secara lisan di dalam KIKK. Pengkaji turut mendapati 6.9% (7) daripadanya sahaja memahami dan 55.88% (57) pula tidak memahami maklumat yang disampaikan dalam bahasa Melayu secara bertulis. Berhubung kajian awal yang dijalankan terhadap pekerja binaan warga Myanmar ini juga mendapati 43.75% (42) daripada 96 tenaga pengajar kursus menyatakan berlakunya masalah bahasa secara lisan dan 77.1% (74) berlaku sepenuhnya secara bertulis dalam kalangan pekerja asing di dalam kursus. Isu ini timbul apabila 85.4% (82) daripada tenaga pengajar ini menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sepanjang penyampaian maklumat. Walaupun terdapat juga tenaga pengajar menggunakan bahasa Inggeris di dalam kursus iaitu dengan mengikut situasi serta keadaan peserta kursus, namun kajian awal yang telah dijalankan turut mendapati 56.9% (58) pekerja binaan warga Myanmar ini tidak memahami maklumat yang disampaikan dalam bahasa Inggeris secara lisan dan 48.03% (49) pula tidak memahami maklumat yang disampaikan dalam bahasa Inggeris secara bertulis.

2. Tujuan Kajian

Berhubung permasalahan kajian iaitu masih belum ada media penyampaian maklumat yang sesuai digunakan kepada pekerja asing selain pekerja asing warga Indonesia di dalam KIKK dengan penggunaan media penyampaian maklumat sedia ada di dalam KIKK seperti Powerpoint yang bersifat satu hala, kurang interaktif serta menggunakan kebanyakan teks dalam bahasa Melayu bagi menyampaikan maklumat kepada pekerja asing, maka satu prototaip perisian Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan secara multimedia berdwibahasa telah dibangunkan sebagai media penyampaian maklumat alternatif kepada pekerja asing iaitu dalam membantu mereka memahami maklumat yang disampaikan di dalam kursus serta menjadi panduan kepada tenaga pengajar menyampaikan maklumat kepada pekerja asing sepanjang sesi pengajaran dalam KIKK. Kertas kerja ini memfokuskan pada objektif kajian menilai perisian berdwibahasa IM-SmartSAFETY yang dibangunkan dari aspek kebolehbantuan dalam memenuhi keperluan pekerja asing dari segi perolehan pengetahuan atau maklumat di tempat kerja atau tapak bina.

Rasional multimedia di gunakan dalam kajian ini adalah kerana ianya bersifat dua hala di mana hal ini membolehkan pekerja asing memperolehi pengetahuan atau maklumat yang disampaikan dalam bahasa ibunda mereka serta dapat berinteraksi dan mengendalikan perisian bagi membina pengetahuan berdasarkan aktiviti pembelajaran yang disediakan. Hal ini telah dinyatakan oleh Supyan (2000) di mana penggunaan PBBK multimedia yang bersifat dua hala ini mampu memberikan maklum balas dengan kadar segera dan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar. Malah,

Page 3: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 773

penggunaan multimedia dalam kajian ini juga dapat menjadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menjadi lebih menarik, kreatif, interaktif, menyeronokkan serta memberikan motivasi kepada pekerja. Selain itu, penerangan tentang perkara-perkara yang rumit sekaligus dapat disampaikan dengan mudah menerusi gabungan beberapa elemen multimedia bagi memberikan kefahaman kepada pekerja. Duan dan Song (2009) menjelaskan di bawah prinsip multimedia bahawa pelajar dapat belajar dengan lebih baik melalui teks dan gambar berbanding hanya teks semata-mata. Kajian Teoh dan Tse-Kian (2006) juga mendapati 97.5% pelajar menyatakan video dan animasi dapat menambah pemahaman mereka terhadap persembahan melalui perisian multimedia berbentuk cd. Justeru, dengan gabungan beberapa elemen multimedia seperti gambar, animasi dan video kepada teks ini, ianya dapat membantu memperkukuhkan lagi pemahaman pekerja terhadap penerangan yang diberikan.

3. Metodologi dan Sampel Kajian

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kajian kuantitatif dan disokong oleh kajian kualitatif (Creswell & Clark 2011) dengan populasi kajian yang terdiri daripada pekerja asing warga Myanmar yang melaksanakan kerja-kerja binaan di tapak bina dalam industri pembinaan di Malaysia di mana kemasukan pekerja binaan warga Myanmar ini adalah berdasarkan tred atau kategori sebagai pekerja binaan am yang ditentukan di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Subjek utama dalam kajian ini telah disasarkan kepada pekerja asing warga Myanmar yang mana merupakan pekerja asing yang mempunyai jumlah kedua tertinggi bekerja dalam industri pembinaan selepas pekerja asing warga Indonesia iaitu berdasarkan kepada laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia sehingga 31 Disember 2010 melalui Statistik Pengeluaran Pas Pekerja Asing Mengikut Negara dalam Industri Pembinaan di Malaysia. Berhubung temu bual yang telah dilaksanakan dengan Safety Officer pada peringkat kajian awal juga mendapati pekerja asing warga Myanmar adalah menghadapi kesukaran untuk memahami maksud arahan keselamatan atau arahan kerja dengan betul dan jelas berbanding pekerja asing warga Indonesia yang lebih cepat memahami arahan dengan betul. Sampel pula adalah dipilih secara persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana seramai 30 pekerja binaan warga Myanmar dari satu tapak projek telah terlibat dalam pelaksanaan kajian ini.

4. Hasil Kajian

Hasil dapatan kajian kuantitatif memfokuskan kepada kebolehbantuan perisian IM-SmartSAFETY dari aspek perolehan pengetahuan atau maklumat berkaitan peraturan keselamatan bagi kelengkapan pelindung diri di mana pekerja binaan warga Myanmar adalah mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan dengan pelindung kepala, pelindung kaki, pakaian pelindung atau jaket keselamatan, pelindung telinga, pelindung muka dan mata, tali pinggang keselamatan, pelindung tangan serta pelindung pernafasan.

i. Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Kepala

Hasil kajian berdasarkan jadual 1 di bawah menunjukkan bahawa pekerja binaan warga Myanmar mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung kepala selepas penggunaan IM-SmartSAFETY. Majoriti iaitu 21 orang (70%) pekerja binaan warga Myanmar bersetuju dan 9 orang (30%) sangat bersetuju bahawa IM-SmartSAFETY membantu memenuhi keperluan mereka dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung kepala. Nilai p ujian binomial (p<0.001) seterusnya menunjukkan bahawa bilangan pekerja binaan warga Myanmar yang bersetuju adalah jauh lebih tinggi secara bererti (signifikan) berbanding dengan pekerja yang tidak bersetuju

Page 4: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 774

pada aras keertian 0.05. Maka, kajian menyimpulkan bahawa IM-SmartSAFETY dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung kepala yang perlu digunakan ketika bekerja di tapak bina.

Jadual 1: Keputusan Pekerja Binaan Warga Myanmar Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Kepala

Kategori persetujuan

≤ 3 > 3

STS TS TP S SS

Kekerapan 0 0 0 21 9

Peratus 0 0 0 70.0 30.0

Nilai p (Binomial) < 0.001

STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, TP = tidak pasti, S = setuju, SS = sangat setuju

ii. Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Kaki

Jadual 2 di bawah pula memaparkan keputusan dapatan pekerja binaan warga Myanmar mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung kaki setelah menggunakan IM-SmartSAFETY. Hasil analisis menunjukkan bahawa majoriti iaitu 24 orang (80%) pekerja binaan warga Myanmar bersetuju dan 6 orang (20%) sangat bersetuju bahawa IM-SmartSAFETY membantu memenuhi keperluan mereka dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung kaki. Nilai p ujian binomial (p<0.001) menunjukkan bahawa bilangan pekerja binaan warga Myanmar yang bersetuju adalah lebih tinggi secara bererti (signifikan) berbanding dengan pekerja yang tidak bersetuju pada aras keertian 0.05. Oleh itu, kajian menyimpulkan bahawa IM-SmartSAFETY dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung kaki yang perlu digunakan di tapak bina.

Jadual 2: Keputusan Pekerja Binaan Warga Myanmar Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Kaki

Kategori persetujuan

≤ 3 > 3

STS TS TP S SS

Kekerapan 0 0 0 24 6

Peratus 0 0 0 80.0 20.0

Nilai p (Binomial) < 0.001

STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, TP = tidak pasti, S = setuju, SS = sangat setuju

iii. Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pakaian Pelindung atau Jaket Keselamatan

Jadual 3 di bawah juga memaparkan keputusan analisis pekerja binaan warga Myanmar mengenai kebolehbantuan IM-SmartSAFETY dalam membantu memenuhi keperluan pekerja untuk mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pakaian pelindung atau jaket keselamatan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti iaitu 22 orang (73.3%) pekerja binaan warga Myanmar bersetuju dan 8 orang (26.7%) sangat bersetuju dengan keupayaan IM-SmartSAFETY dalam

Page 5: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 775

membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar berkenaan dengan peraturan keselamatan berkaitan pakaian pelindung atau jaket keselamatan. Jelas dilihat bahawa nilai p ujian binomial lebih kecil daripada 0.001, di mana ini menunjukkan bilangan pekerja binaan warga Myanmar yang bersetuju adalah lebih tinggi secara bererti (signifikan) berbanding dengan pekerja yang tidak bersetuju pada aras keertian 0.05. Oleh itu, kajian menyimpulkan bahawa IM-SmartSAFETY dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pakaian pelindung atau jaket keselamatan.

Jadual 3: Keputusan Pekerja Binaan Warga Myanmar Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pakaian Pelindung atau Jaket Keselamatan

Kategori persetujuan

≤ 3 > 3

STS TS TP S SS

Kekerapan 0 0 0 22 8

Peratus 0 0 0 73.3 26.7

Nilai p (Binomial) < 0.001

STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, TP = tidak pasti, S = setuju, SS = sangat setuju

iv. Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Telinga

Keputusan pekerja binaan warga Myanmar berkaitan kebolehbantuan IM-SmartSAFETY dalam membantu memenuhi keperluan pekerja untuk mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung telinga adalah ditunjukkan dalam jadual 4. Berdasarkan dapatan kajian, majoriti iaitu 20 orang (66.7%) pekerja binaan warga Myanmar bersetuju dan 10 orang (33.3%) sangat bersetuju dengan keupayaan IM-SmartSAFETY dalam membantu memenuhi keperluan mereka bagi mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung telinga. Nilai p ujian binomial (p<0.001) menunjukkan bahawa bilangan pekerja binaan warga Myanmar yang bersetuju adalah lebih tinggi secara bererti (signifikan) berbanding dengan pekerja yang tidak bersetuju pada aras keertian 0.05. Oleh yang demikian, kajian menyimpulkan bahawa IM-SmartSAFETY dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung telinga yang digunakan di tapak bina.

Jadual 4: Keputusan Pekerja Binaan Warga Myanmar Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Telinga

Kategori persetujuan

≤ 3 > 3

STS TS TP S SS

Kekerapan 0 0 0 20 10

Peratus 0 0 0 66.7 33.3

Nilai p (Binomial) < 0.001

STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, TP = tidak pasti, S = setuju, SS = sangat setuju

v. Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Muka dan Mata

Jadual 5 pula memaparkan keputusan pekerja binaan warga Myanmar mengenai kebolehbantuan IM-SmartSAFETY dalam membantu memenuhi keperluan pekerja menyampaikan maklumat peraturan keselamatan berkaitan pelindung muka dan mata. Berdasarkan jadual di bawah, di dapati majoriti iaitu 20 orang (66.7%) pekerja binaan warga Myanmar bersetuju dan 10 orang (33.3%)

Page 6: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 776

sangat bersetuju bahawa IM-SmartSAFETY telah membantu memenuhi keperluan mereka dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung muka dan mata. Nilai p ujian binomial (p<0.001) menunjukkan bahawa bilangan pekerja binaan warga Myanmar yang bersetuju adalah lebih tinggi secara bererti (signifikan) berbanding dengan pekerja yang tidak bersetuju pada aras keertian 0.05. Justeru, kajian menyimpulkan bahawa IM-SmartSAFETY membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung muka dan mata.

Jadual 5: Keputusan Pekerja Binaan Warga Myanmar Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Muka dan Mata

Kategori persetujuan

≤ 3 > 3

STS TS TP S SS

Kekerapan 0 0 0 20 10

Peratus 0 0 0 66.7 33.3

Nilai p (Binomial) < 0.001

STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, TP = tidak pasti, S = setuju, SS = sangat setuju

vi. Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Tali Pinggang Keselamatan

Jadual 6 di bawah pula menunjukkan keputusan pekerja binaan warga Myanmar sama ada IM-SmartSAFETY dapat membantu memenuhi keperluan mereka untuk mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan tali pinggang keselamatan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti iaitu 18 orang (60%) pekerja binaan warga Myanmar bersetuju dan 12 orang (40%) sangat bersetuju bahawa IM-SmartSAFETY telah membantu memenuhi keperluan mereka bagi mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan tali pinggang keselamatan. Nilai p ujian binomial (p<0.001) menunjukkan bahawa bilangan pekerja binaan warga Myanmar yang bersetuju adalah lebih tinggi secara bererti (signifikan) berbanding dengan pekerja yang tidak bersetuju. Justeru, pada aras keertian 0.05, kajian menyimpulkan bahawa IM-SmartSAFETY dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan tali pinggang keselamatan.

Jadual 6: Keputusan Pekerja Binaan Warga Myanmar Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Tali Pinggang Keselamatan

Kategori persetujuan

≤ 3 > 3

STS TS TP S SS

Kekerapan 0 0 0 18 12

Peratus 0 0 0 60.0 40.0

Nilai p (Binomial) < 0.001

STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, TP = tidak pasti, S = setuju, SS = sangat setuju

vii. Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Tangan

Keputusan pekerja binaan warga Myanmar berkenaan kebolehbantuan IM-SmartSAFETY dalam membantu memenuhi keperluan mereka dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung tangan adalah ditunjukkan dalam jadual 7. Berdasarkan keputusan kajian, majoriti iaitu 20 orang (66.7%) pekerja binaan warga Myanmar bersetuju dan 10 orang (33.3%) sangat bersetuju bahawa IM-SmartSAFETY telah membantu memenuhi keperluan mereka dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung tangan. Pada aras keertian 0.05,

Page 7: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 777

nilai p ujian binomial (p<0.001) menunjukkan bahawa bilangan pekerja binaan warga Myanmar yang bersetuju adalah lebih tinggi secara bererti (signifikan) berbanding dengan pekerja yang tidak bersetuju. Oleh yang demikian, pada aras keertiaan 0.05, dapat disimpulkan bahawa IM-SmartSAFETY dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung tangan.

Jadual 7: Keputusan Pekerja Binaan Warga Myanmar Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Tangan

Kategori persetujuan

≤ 3 > 3

STS TS TP S SS

Kekerapan 0 0 0 20 10

Peratus 0 0 0 66.7 33.3

Nilai p (Binomial) < 0.001

STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, TP = tidak pasti, S = setuju, SS = sangat setuju

viii. Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Pernafasan

Berdasarkan jadual 8 di bawah pula menunjukkan keputusan pekerja binaan warga Myanmar mengenai kebolehbantuan IM-SmartSAFETY dalam membantu memenuhi keperluan pekerja untuk mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung pernafasan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa majoriti iaitu 19 orang (63.3%) pekerja binaan warga Myanmar bersetuju dan 11 orang (36.7%) sangat bersetuju bahawa IM-SmartSAFETY telah membantu memenuhi keperluan mereka mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung pernafasan. Nilai p ujian binomial (p<0.001) menunjukkan bahawa bilangan pekerja binaan warga Myanmar yang bersetuju adalah lebih tinggi secara bererti (signifikan) berbanding dengan pekerja yang tidak bersetuju pada aras keertian 0.05. Justeru itu, kajian menyimpulkan bahawa IM-SmartSAFETY dapat membantu memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui mengenai peraturan keselamatan berkaitan pelindung pernafasan yang digunakan di tapak bina.

Jadual 8: Keputusan Pekerja Binaan Warga Myanmar Mengetahui Mengenai Peraturan Keselamatan Berkaitan Pelindung Pernafasan

Kategori persetujuan

≤ 3 > 3

STS TS TP S SS

Kekerapan 0 0 0 19 11

Peratus 0 0 0 63.3 36.7

Nilai p (Binomial) < 0.001

STS = sangat tidak setuju, TS = tidak setuju, TP = tidak pasti, S = setuju, SS = sangat setuju

Secara keseluruhannya, hasil kajian kuantitatif mengenai peraturan keselamatan berkaitan kelengkapan pelindung diri ini turut disokong dengan data kualitatif iaitu melalui temu bual yang telah dijalankan ke atas pekerja binaan warga Myanmar di mana pekerja ini mengetahui dengan jelas mengenai peraturan keselamatan yang mewajibkan penggunaan jenis-jenis kelengkapan diri mengikut jenis kerja yang dilakukan di tapak bina melalui perisian yang ditunjukkan dalam bahasa Myanmar. Selain itu, melalui perisian ini juga mendapati pekerja binaan warga Myanmar mengetahui bahawa adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tidak menggunakan kelengkapan pelindung diri mengikut jenis kerja yang dilakukan seperti yang termaktub di bawah peraturan keselamatan. Manakala, pekerja binaan warga Myanmar juga menjelaskan bahawa melalui perisian yang ditunjukkan, mereka dapat mengetahui dengan jelas mengenai denda yang akan dikenakan

Page 8: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 778

sekiranya tidak menggunakan kelengkapan pelindung diri mengikut jenis kerja yang dilakukan di tapak bina iaitu seperti yang telah ditetapkan di bawah peraturan keselamatan.

Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan bahawa dapatan kajian kuantitatif ini adalah selari dengan hasil temu bual yang telah diperolehi di mana perisian ini dapat memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui dengan jelas mengenai peraturan keselamatan berkaitan penggunaan jenis-jenis kelengkapan diri mengikut jenis kerja yang dilakukan di tapak bina.

5. Perbincangan

Kajian ini mendapati bahawa perisian IM-SmartSAFETY yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dari segi perolehan atau maklumat di tempat kerja iaitu di tapak bina. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pekerja binaan warga Myanmar ini telah memberikan maklum balas atau reaksi positif berhubung pembangunan perisian IM-SmartSAFETY ini. Kajian melihat bahawa teknologi multimedia yang digunakan telah memberikan kesan positif kepada pekerja binaan warga Myanmar dan industri pembinaan Malaysia khususnya dalam menangani isu masalah bahasa dalam kalangan pekerja asing.

Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa kajian ini selari dengan hasil kajian yang telah dilaksanakan oleh Coleman et al., (2001) dan Consoli et al., (1995) di mana kumpulan yang menggunakan multimedia telah mencapai peningkatan pengetahuan berbanding dengan kumpulan yang menggunakan kaedah manual dalam latihan. Malah, kajian ini turut disokong oleh Makoul et al., (2009) melalui program pendidikan multimedia di mana pengetahuan pesakit dewasa latin yang berumur antara 50-80 tahun telah meningkat mengenai anatomi, terma-terma perubatan serta pengujian terhadap Colorectal Cancer (CRC) melalui tumpuan utama penggunaan grafik dan audio. Selain itu, kajian Jeste et al., (2008) juga menyokong bahawa melalui kajian percubaan yang telah dilaksanakan secara rawak, di dapati bantuan pendidikan multimedia dalam bentuk video atau berasaskan komputer ini telah dapat meningkatkan pengetahuan atau pemahaman tentang perubatan dan kesihatan individu mengenai maklumat penyakit dan rawatan berbanding kaedah biasa.

6. Kesimpulan

Hasil kajian mendapati bahawa dapatan kajian kuantitatif adalah selari dengan hasil temu bual di mana perisian ini dapat memenuhi keperluan pekerja binaan warga Myanmar dalam mengetahui dengan jelas mengenai peraturan keselamatan berkaitan penggunaan jenis-jenis kelengkapan diri iaitu mengikut jenis kerja yang dilakukan di tapak bina. Di samping itu, ianya juga membantu pekerja binaan warga Myanmar mengetahui mengenai denda yang akan dikenakan serta menjadi satu kesalahan sekiranya tidak menggunakan kelengkapan pelindung diri mengikut jenis kerja yang dilakukan seperti yang termaktub di bawah peraturan keselamatan.

Rujukan

Abdul Rashid Abdul Aziz & Abdul Aziz Hussin. (2003). Construction safety in Malaysia: a review of industry performance and outlook for the future. Journal of Construction Research, 4(2), 141-153.

Bust, P.D., Gibb, A.G.F. & Pink, S. (2008). Managing construction health and safety: migrant workers and communicating safety messages. Safety Science, 46, 585-602.

Coleman, G., Rea, T., Hall, M., Sawyer, A. & Hemsworth, P.H. (2001). Multimedia training in the pig industry. Computers & Education, 37, 257-271.

Page 9: KEBOLEHBANTUAN PERISIAN IM-SMARTSAFETY …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · di bawah peraturan keselamatan yang telah ditetapkan berkaitan pelindung

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 779

Consoli, S.M., Ben Said, M., Jean, J., Menard, J., Plouin, P-F. & Chatellier, G. (1995). Benefits of a computer-assisted education program for hypertensive patients compared with standard education tools. Patient Education and Counseling, 26, 343–347.

Creswell, J.W. & Plano Clark, V.L. (2011). Designing and Conducting Mixed Methods Research. Edisi ke-2. Sage Publications, Inc.

Duan, Lian & Song, Xiu-zhen. (2009). Analysis of applying multimedia for teaching and learning. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Ke-5 Semantics, Knowledge and Grid, p. 464-466.

Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa & Nadia Mohd Ghazali. (2009). Masalah buruh asing dalam industri pembinaan dari perspektif kontraktor: kajian kes di Johor Bharu, Johor. Malaysia Labour Review, 3(1), 163-191.

Jeste, D.V., Dunn, L.B., Folsom, D.P. & Zisook, D. (2008). Multimedia educational aids for improving consumer knowledge about illness management and treatment decisions: a review of randomized controlled trial. Journal of Psychiatric Research, 42, 1–21.

Loosemore, M. & Andonakis, N. (2007). Barriers to implementing OHS reforms – the experiences of small subcontractors in the Australian construction industry. International Journal of Project Management, 25, 579-588.

Makoul, G., Cameron, K.A., Baker, D.W., Francis, L., Scholten, D. & Wolf, M.S. (2009). A multimedia patient education program on colorectal cancer screening increases knowledge and willingness to consider screening among Hispanic/Latino patients. Patient Education and Counseling, 76, 220–226.

O’Connor, Tom, Loomis, D., Runyan, C., Dal Santo, J.A. & Schulman, M. (2005). Adequacy of health and safety training among young latino construction workers. Journal of Occupational and Environmental Medicine, 47(3), 272-277.

Supyan Hussin. (2000). Pembangunan perisian pemelajaran bahasa berbantukan komputer. Dewan Bahasa, 44(3), 358-369.

Teoh, B.S.P. & Tse-kian, Neo. (2006). Innovative teaching: using multimedia to engage students in interactive learning in higher education. International Conference 7th Information Technology Based Higher Education and Training 2006, p. 329-337.

Trajkovski, S. & Loosemore, M. (2006). Safety implications of low-english proficiency among migrant construction site operatives. International Journal of Project Management, 24, 446-452.