Kece Dera An

12
Pengenalan Kecederaan sukan mahupun kecil atau besar memerlukan perhatian. Penjagaan. Kesihatan meliputi aspek meningkatkan prestasi, pencegahan kecederaan sehinggalah kepada bentuk rawatan kecederaan yang holistik. Pengurusan perubatan sukan seharusnya berperanan memberikan rawatan kecederaan sukan kepada mereka yang memerlukannya. Skop utama pengurusan kecederaan sukan adalah seperti berikut: 1. Pengetahuan berhubung mekanisma berlakunya kecederaan. Ini akan membantu membuat diagnosis dan pencegahan kecederaan. 2. Tindakan awal atau segera supaya menghalang timbulnya kesan atau komplikasi yang lebih teruk. 3. Memberikan diagnosis yang tepat dan pilihan rawatan yang paling efektif. 4. Memberikan rawatan awal yang sesuai dan spesifik. 5. Memberikan penilaian secara objektif dan mengukur kemampuan anggota yang cedera untuk kembali bersukan. 6. Memberikan rawatan secara berperingkat sebelum atlet beraksi semula. 7. Mampu memberikan nasihat untuk mencegah atau mengelakkan dari kecederaan tersebut berulang semula. Pada masa-masa tertentu seperti semasa waktu rehat atau di luar waktu latihan, atlet yang cedera mempunyai banyak masa untuk mendapatkan rawatan. Atlet tersebut perlu

description

k

Transcript of Kece Dera An

Page 1: Kece Dera An

Pengenalan

Kecederaan sukan mahupun kecil atau besar memerlukan perhatian.

Penjagaan. Kesihatan meliputi aspek meningkatkan prestasi, pencegahan

kecederaan sehinggalah kepada bentuk rawatan kecederaan yang holistik.

Pengurusan perubatan sukan seharusnya berperanan memberikan rawatan

kecederaan sukan kepada mereka yang memerlukannya.

Skop utama pengurusan kecederaan sukan adalah seperti berikut:

1. Pengetahuan berhubung mekanisma berlakunya kecederaan. Ini akan membantu membuat diagnosis dan pencegahan kecederaan.

2. Tindakan awal atau segera supaya menghalang timbulnya kesan atau komplikasi

yang lebih teruk.

3. Memberikan diagnosis yang tepat dan pilihan rawatan yang paling efektif.

4. Memberikan rawatan awal yang sesuai dan spesifik.

5. Memberikan penilaian secara objektif dan mengukur kemampuan anggota yang

cedera untuk kembali bersukan.

6. Memberikan rawatan secara berperingkat sebelum atlet beraksi semula.

7. Mampu memberikan nasihat untuk mencegah atau mengelakkan dari

kecederaan tersebut berulang semula.

Pada masa-masa tertentu seperti semasa waktu rehat atau di luar waktu latihan,

atlet yang cedera mempunyai banyak masa untuk mendapatkan rawatan. Atlet

tersebut perlu datang ke klinik di mana beberapa nasihat boleh diberikan

sesuai dengan latar belakang dan tahap kompetensi atau status kecederaan.

Page 2: Kece Dera An

JENIS KECEDERAAN DALAM SUKAN

Boleh berlaku pada bahagian tubuh dari kulit sehingga tulang.

KULIT

Abrasion

Laceration

Puncture wound

OTOT

Muscle soreness

Muscle cramp

Muscle strain

LIGAMENT

Ligament sprain

TENDON

Tendon tear/rupture

TULANG

Dislokasi

Patah

Contoh jenis kecederaan yang biasa:

Terseliuh (ligament sprain/muscle strain)

Ketegangan otot (muscle cramp)

Otot terkoyak (muscle tear)

Kecederaan tendon Achilles

Sakit di tulang Tibia akibat stress fracture

Patah tulang (fracture)

Dislokasi

Sakit sendi lutut

Tisu Lembut (Soft tissue)

Page 3: Kece Dera An

Tisu lembut merangkumi kulit, otot, arteri, vena, kapilari, saraf, meniscus, tendon

dan ligamen. Tendon adalah jalur atau bandyang berserat yang menyambung otot

ke tulang. Ligamen adalah struktur yang berserat menyambung dari tulang ke

tulang. Tanda dan simptom kecederaan tisu lembut. Tanda dan simptom

kecederaan tisu lembut bergantungkepada lokasi dan tahap kecederaan. Atlet

mengadu kesakitan dan kesukaran menggerakkan anggota. Anggota yang terlibat

mengalami bengkak, lebam, perubahan warna kulit dan pergerakan yang

terhad.

1.2 Luka

Luka adalah kecederaan kepada tisu lembut (kulit) samada koyakan dalaman atau

luaran.

Jenis-jenis Luka

a) Luka Tersagat(Abrasion)

Kulit tersagat dan terhilang bila bergesel dengan permukaan keras. Pendarahan

minima tetapi perlu dibersihkan sebelum infeksi boleh terjadi.

b) Luka Terkoyak(Laceration)

Luka yang tidak rata, bentuk pelbagai rupa akibat koyakan tisu lembut kerana

kemalangan atau cedera.

c) Luka Tertusuk (Punctured wound)

Ia disebabkan oleh sesuatu bahan yang tajam sepertipin atau paku menusuk ke

dalam anggota tubuh. Walaupun luka kecil pendarahan boleh menjadi besar.

Semua kes kecederaan luka tertusuk memerlukan suntikan anti-tetanus bagi

mengelakkan penyakit kancing gigi.

Rawatan Luka

Sebelum memberi rawatan, tentukan tangan dicuci dengan sebersihnya. Gunakan

sarung tangan. Jika luka dicemari oleh kotoran, bersihkan dengan air yang mengalir

atau gunakan pengelap bebas alkohol.Lap luka sehingga kering dengan

menggunakan kapas. Kemudian sapukan ubat pencuci (antiseptic).Tutup luka

dengan pembalut kasa yang steril.Sekiranya perlu, tinggikan anggota tercedera

melebihi paras jantung.

Page 4: Kece Dera An

1.3 Muscle Strain, Muscle Soreness dan Muscle Cramp

Muscle Strain

Ia berlaku apabila otot meregang secara berlebihan sehingga koyak.Kecederaan ini

sering berlaku pada persimpangan otot dan tendon (tendon menyambungkan otot ke

tulang). Otot menjadi tegang apabila terlebih regangan atau terkoyak atau putus.

Kecederaan yang sakit ini kadangkala dipanggil ‘muscle pulled’ akibat

kemalangan, penggunaan otot yang tidak betul ataupun otot yang terlebih latihan

(overtrained). Punca regangan otot adalah kerana otot atau tendon terpusing,

tertarik atau terkeluar. Ianya boleh berlaku samada secara mendadak atau perlahan-

lahan. Ketegangan yang mendadak seperti kerana kecederaan masa lalu

(chronic), mengangkat benda-benda berat atau otot-otot telah penat.Tanda dan

simptom tegang adalah sakit, bengkak, otot mengeras atau otot menjadi lemah.

Cara pencegahan atau untuk mengelakkan otot tegang adalah dengan mengelak

daripada membuat latihan jika penat atau sakit, mengekalkan berat badan unggul,

memakai kasut yang sesuai serta berlari atas padangyang rata.

Sebab-sebab muscle strain

Muscle strainboleh disebabkan oleh overstretching otot akibat:

warm-up yang tidak mencukupi.

penggunaan peralatan yang tidak betul.

kerap guna otot tertentu (overused).

teknik yang tidak betul.

trauma.

Muscle Soreness

Ini lebih kepada rasa kesakitan yang tidak selesa (nagging pain). Mungkin anda

pernah mengalami sakit otot sebegini. Bagi sesetengah individu, otot yang sakit

Page 5: Kece Dera An

merupakan satu tanda selepas sesi latihan keras (sign after a hard workout). Begitu

juga mereka akan berasa puas bersenam jika otot berasa sakit. Kelesuan otot atau

“sore” sering berlaku dalam sukan, rasa kurang senang, sengal otot dan penat. Ada

yang mengalaminya selepas kerja berat ataupun setelah tamat atau habis

bekerja. Simptom Delayed Onset Muscle Soreness (D.O.M.S) berlaku apabila

seseorang mengadu sakit dan lemah otot sehari atau dua hari selepas

bersukan (24-72 jam). Kadangkala terjadi kerana corak latihan atau senaman

yang bukan rutin di samping intensiti tinggi atau tempoh latihan yang lama.

Sebab-sebab muscle soreness

Latihan bertenaga (energetic workout) menyebabkan pengumpulan asid laktik

dalam otot. Punca adalah disebabkan kesan latihan yang lasak atau intensiti tinggi

di mana terjadinya pengumpulan asid yang menimbulkan rasa sakit dan

kurang selesa pada otot. Jenis kelesuan otot juga dinamakan Delayed Onset

Muscle Soreness(DOMS).

Rawatan muscle soreness

Tiada rawatan spesifik. Ada yang mencadangkan regangan yang ringkas tetapi

satu kajian di Australia (2007) mendapati regangan tidak begitu berkesan. Di

antara lain, cadangan-cadangan berikut boleh dicuba:

‘Active Recovery’gunakan pemulihan aktif.

Rehat dan sejukkan badan

Urutan sukan.

Mandian ais.

Regangan perlahan dan lembut.

Mengambil ubat tahan sakit (N.S.A.I.D).

Muscle Cramp

Muscle Cramp adalah penguncupan otot skeletal secara luar kawal hingga

menyebabkan otot teramat sakit. Otot sukar untuk relaks sehingga kelihatan otot

seperti bengkak. Biasanya berlaku apabila otot mengecut secara tiba-tiba dan boleh

Page 6: Kece Dera An

menyebabkan kesakitan, berlaku semasa atau selepas senaman. Punca muscle

cramp adalah kerana pengaruh saraf ke atas otot. Seringkali dikaitkan dengan

kecederaan pada otot atau saraf, dehidrasi, kurang zat kalsium, magnesium

dan kalium serta kekurangan vitamin seperti vitaminB1, B5 dan B6.

Tanda dan Simptom muscle cramp

Kesakitan

Bengkak

Otot mengeras

Kelemahan Otot

Rawatan muscle cramp adalah merehatkan otot itu dengan cara regangan,

urutan sukan dan aplikasi ais untuk mengurangkan sakit. Rawat punca muscle

cramp seperti rehidrasi, mengganti mineral yang hilang iaitu kalsium.

Pencegahan

Elak bersenam atau bermain apabila letih atau dalam kesakitan.

Kekalkan berat yang ideal

Memakai kasut yang sesuai.

Lari di permukaan rata.

Pencegahan boleh dilakukan dengan regangan sebelum dan selepas bersukan

terutamanya bagi sukan yang lasak. Pastikan membuat aktiviti memanaskan

badan (warm up) dan menyejukkan badan (cool down).

1.4 Ligament Sprain

Kecederaan yang menegangkan ligamen menyebabkan ia terkoyak atau terputus.

Biasa terjadi pada buku lali, lutut dan sendi bahu serta pergelangan tangan.

Apabila ligamen terseliuh, struktur tisu / organ yang berhampiran seperti otot dan

tendon juga boleh cedera.

Tanda dan Simptom

Bunyi pop (crackling).

Gerakan atau koyakan boleh didengari.

Sendi seolah tergelongsor (gives way).

Page 7: Kece Dera An

Kesakitan tiba-tiba.

Bengkak.

Lebam dan panas.

Pencegahan

Warm up danstretching.

Elakkan peningkatan mendadak dalam jumlah dan intensiti latihan.

Pastikan otot atlet kuat dan fleksibel.

Gunakan peralatan yang betul.

Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.

1.5 Patah dan Dislokasi

Patah dan dislokasi tidaklah selalu terjadi pada ahli sukan. Kadang kala kerana

badan yang tidak seimbang atau kurang fleksibel ataupun kerana mungkin akibat

tulang yang rapuh seperti osteoporosis. Patah dan dislokasi lebih kerap terjadi pada

sukan kontak kerana impak atau hentakan yang kuat. Boleh juga berlaku patah

kerana lakuan yang berulang kali atau gerakan anggota badan yang tidak biasa.

Patah

Patah adalah satu rekahan atau pecah pada tulang. Patah terdiri dari jenis yang

tertutup (close fracture) ataupun yang terbuka (open fracture). Patah yang

ringkas (simple fracture) terjadi apabila kulit tidak tembus atau tidak koyak.

Jenis parah sebenarnya dapat membantu kaedah pilihan rawatan yang sesuai

atau berkesan bagi tulang yang terlibat. Patah biasanya dikategorikan berdasarkan

tahap keterukan (severity) dan impak kecederaan tisu sekeliling. Ada yang patah

hanya sebahagian sahaja (incomplete) dan ada yang patah terus (complete).

Jenis-jenis patah

Greenstick fracture - hanya berlaku pada satu jenis tulang sahaja.

kelihatan bengkak tapi tidak patah terus, sering kali terjadipada kanak-kanak.

Page 8: Kece Dera An

Transverse fracture - bila garisan patah melintas garis tengah tulang

dan berkedudukan sudut tepat dengan tulang panjang tengah.

Oblique fracture - patah di mana garisan patah itu dalam penjuru dengan

tulang panjang yang lurus.

Comminuted fracture - patah hingga berlakunya serpihan lebih dari dua

tulang yang seperti berkecai di sekeliling tempat yang patah.

Spiral fracture - patah yang agak kompleks di mana garisan patah itu

berpusing pada tulang.

Compound fracture - patah sehingga tulang menembusi kulit.

Rawatan adalah bergantung pada jenis dan corak tulang yang patah kerana

rawatan tidak semestinya berakhir dengan pembedahan. Di hospital, proses

reductiondilakukan di wad kecemasan atau hanya sekadar dibalut dengan plaster

khas.

Page 9: Kece Dera An
Page 10: Kece Dera An