kecederaan sukan (tajuk 1)
-
Upload
atikah-azmidi -
Category
Documents
-
view
500 -
download
8
description
Transcript of kecederaan sukan (tajuk 1)
KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN
&PRINSIP ASAS PERTOLONGAN
CEMAS
OLEH:NOR ATIKAH BINTI AZMIDI
SITI FATIMAH BINTI ABDULLAH
BAB 1
1.1 SKOP PERTOLONGAN CEMAS1.2 PRINSIP PENGURUSAN SITUASI
KECEMASAN1.3 AMALI PENGAMBILAN KADAR
DENYUTAN NADI
PERTOLONGAN CEMAS??
Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang
diberikan kepada mangsa atau pesakit.
KONSEP
Pertolongan Cemas diertikan sebagai Bantuan Permulaan/Bantu Mula/Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut/tiba-tiba dengan menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.
PRINSIP
Menyelamatkan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
PERATURAN AM
1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
ARAHAN AM
Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang
berhampiran untuk membuat panggilan kepada polis, ambulans, keluarga dll.
TINDAKAN SERTA-MERTA
1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna. (DRABC)
DR ABC
[D] = DANGERKeluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya
[R] = RESPONDPastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil
mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar
[A] = AIRWAYPastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup
atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa
[B] = BREATHINGPastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan
External Air Resuscitation (EAR)
[C] = CIRCULATIONPastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi
karotid atau di leher jika tidak lakukan Cardio Pulmponary Resuscitation (CPR)
DR ABC (cont.)
PENGAMBILAN KADAR NADI
APAKAH KADAR DENYUTAN JANTUNG?
1. Kadar denyutan jantung adalah berapa kali jantung berdegup dalam masa seminit.
2. Kadar denyutan jantung boleh diukur dengan merasa nadi arteri.
3. Kadar nadi bagi setiap orang adalah berbeza-beza.
TEMPAT MENGAMBIL KADAR NADI
1.Di leher (nadi karotid)
2.Di pergelangan tangan (nadi radial)
3.Di tepi telinga (bahagian pipi)
4.Di dada (bawah buah dada kiri/kanan
CARA UKUR DENYUTAN NADI
1. Pusing tapak tangan dengan cara menghadap ke depan.
2. Letakkan jari tengah tangan yang sebelah lagi ke pergelangan tangan sekurang-kurangnya seinci di bawah tapak tangan.
3. Tekan jari anda ke bawah antara gugusan tendon tengah dan luaran. Anda akan merasa denyutan nadi.
4. Kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6.
CONTOH : MENGAMBIL NADI DI PERGELANGAN TANGAN
KADAR DENYUTAN NADI
Kadar denyutan nadi yang normal :Sekiranya kadar denyutan nadi dalam anggaran 60-90 kali seminit, ia boleh dianggap sebagai denyutan nadi yang normal.
Tahap kecergasan fizikal dan tekanan yang dialami boleh mempengaruhi kadar denyutan jantung manusia.
DewasaKanak-kanakBayi
70-80 kali 90-100 kali 100-140 kali
KADAR NADI MAKSIMUM
1. Formula : Ambil 220 dan tolakkan dari umur.
2. Ini akan memberi kadar denyutan nadi ramalan yang maksimum. Sebagai contoh, jika anda 42 tahun, tolakkan (220-42=178).
3. Ini memberitahu limit psikologikal maksimum diri (berapa pantas jantung akan berdenyut dalam masa seminit.)
KADAR NADI PEMULIHAN
Untuk mengukur Kadar Denyutan Nadi Pemulihan (Recovery Heart Rate):i. Ambil kiraan nadi untuk 10 saat sebaik sahaja
selepas bersenam. ii. Tuliskan/ingat nombor tersebut.iii. Seminit kemudian, ambil lagi kadar nadi dan
tuliskan.iv. Tolakkan nombor pada keadaan nadi pertama
dengan kadar nadi ke-2. Maka ini adalah Kadar Denyutan Nadi Pemulihan.
TERIMA KASIH