Kecelaruan Remaja

15
Banyak sebab yang boleh diberikan mengapa kecelaruan identiti berlaku dikalangan remaja. zaman remaja adalah zaman yang amat kritikal dalam hidup seseorang manusia. Remaja mempunyai potensi tinggi yang boleh diarahkan kepada kebaikan. Malah boleh juga terjebak ke arah keburukan. Ia bergantung kepada corak pendidikan yang diterima dan suasana persekitaran yang membentuk. Pembentukan imej, watak dan tingkah laku remaja banyak bersandarkan orientasi didikan yang diterima dirumah, sekolah, masyarakat dan juga sistem. banyak faktor yang menyebabkan kecelaruan ini. Antaranya: 1. Bermula apabila rumah tangga dan keluarga tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam pembentukan watak anak-anak. Masa berkualiti banyak dihabiskan di luar rumah. Anak-anak yang menuntut pengisian, belaian, kasih sayang. perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan kasih. Media elektronik banyak berperanan mengambil tugas mendidik anak- anak. Ramai anak-anak yang mengalami 'keciciran' sejak di awal umur lagi. 2. Ibu bapa tidak mempunyai ilmu dan ketrampilan keibubapaan berkesan dalam mendidik anak-anak. Tidak ramai ibu bapa yang faham proses pertumbuhan minda anak-anak, perkembangan psikik dan emosi mereka dan hubungkaitnya dengan tingkah laku yang diamalkan. Akibatnya wujud kelompangan di hati dan minda anak-anak. Lalu anak-anak membentuk minda, hati dan tingkah laku yang berasaskan pendedahan dan pengaruh persekitaran yang ada. 3. Selalunya sekolah hanya menyediakan anak-anak untuk tujuan peperiksaan. Pembangunan jiwa dan hati tidak diberikan keutamaan. akhirnya pembentukan watak yang holistik tidak berlaku. natijahnya berlakulah 'keciciran' kedua dikalangan anak-anak. Umur yang amat kritikal bagi seseorang manusia dari sudut islam ialah dari hari kelahiran pertama hinggalah ke tahap akil baligh. Sekiranya seseorang manusia terlepas daripada proses didik di tahap ini,

Transcript of Kecelaruan Remaja

Page 1: Kecelaruan Remaja

Banyak sebab yang boleh diberikan mengapa kecelaruan identiti berlaku dikalangan remaja. zaman remaja adalah zaman yang amat kritikal dalam hidup seseorang manusia. Remaja mempunyai potensi tinggi yang boleh diarahkan kepada kebaikan. Malah boleh juga terjebak ke arah keburukan. Ia bergantung kepada corak pendidikan yang diterima dan suasana persekitaran yang membentuk. Pembentukan imej, watak dan tingkah laku remaja banyak bersandarkan orientasi didikan yang diterima dirumah, sekolah, masyarakat dan juga sistem. banyak faktor yang menyebabkan kecelaruan ini. Antaranya:

1. Bermula apabila rumah tangga dan keluarga tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam pembentukan watak anak-anak. Masa berkualiti banyak dihabiskan di luar rumah. Anak-anak yang menuntut pengisian, belaian, kasih sayang. perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan kasih. Media elektronik banyak berperanan mengambil tugas mendidik anak-anak. Ramai anak-anak yang mengalami 'keciciran' sejak di awal umur lagi.

2. Ibu bapa tidak mempunyai ilmu dan ketrampilan keibubapaan berkesan dalam mendidik anak-anak. Tidak ramai ibu bapa yang faham proses pertumbuhan minda anak-anak, perkembangan psikik dan emosi mereka dan hubungkaitnya dengan tingkah laku yang diamalkan. Akibatnya wujud kelompangan di hati dan minda anak-anak. Lalu anak-anak membentuk minda, hati dan tingkah laku yang berasaskan pendedahan dan pengaruh persekitaran yang ada.

3. Selalunya sekolah hanya menyediakan anak-anak untuk tujuan peperiksaan. Pembangunan jiwa dan hati tidak diberikan keutamaan. akhirnya pembentukan watak yang holistik tidak berlaku. natijahnya berlakulah 'keciciran' kedua dikalangan anak-anak. Umur yang amat kritikal bagi seseorang manusia dari sudut islam ialah dari hari kelahiran pertama hinggalah ke tahap akil baligh. Sekiranya seseorang manusia terlepas daripada proses didik di tahap ini, kebimbangan tetap ada bahawa seseorang anak sudah diibaratkan seperti rebung yang sukar dilentur semula.

4. Masyarakat tidak menyediakan suasana yang kondusif untuk remaja membentuk diri dan peribadinya agar peka dengan masyarakat dan alam sekeliling. Sebahagian remaja yang terlibat dengan karenah rakan sebaya yang menampilkan kegiatan-kegiatan negatif dan akhirnya terjebak dengan amalan merokok, ketagih dadah dan pergaulan yang lepas bebas.

5. Sistem kenegaraan sendiri yang tidak mengambil pendekatan sepadu dalam proses pembangunan remaja. Orientasi dalam keluarga dan sekolah sedikit sebanyak menekankan pentingnya adab dan akhlak dalam pembinaan diri remaja. Tetapi media cetak dan elektronik tidak dikawal programnya hingga menyebabkan percanggahan yang ketara antara pendidikan di sekolah dan rumah dengan apa yang ditampilkan oleh media cetak dan elektronik. Akhirnya konflik wujud dikalangan remaja lalu menimbulkan kecelaruan.

Page 2: Kecelaruan Remaja

6. Keadaan diatas diperburukkan lagi dengan isu-isu keagamaan yang dipertikaikan secara terbuka tanpa pendekatan mendidik dan ilmiah hingga menyebabkan sumber rujukan remaja bercelaru. Ada isu-isu yang bercorak keagamaan boleh dibahaskan secara terbuka dan ada yang perlu dibincangkan di kalangan ahli yang pakar. Bayangkan isu-isu agama, imej ulama dan persepsi tentang Islam menjadi polimik yang tidak sihat. Ia boleh mempengaruhi remaja yang sedang mencari identiti diri dan sumber pengetahuan yang boleh dijadikan sandaran pembentukan pemikiran dan keyakinan diri.

Kecelaruan Kebimbangan

            Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan dan kompleks dan ia wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf (Drever 1952).Kebimbangan biasanya terjadi hasil daripada peristiwa pahit dan tidak menyeronokkan  berkenaan sesuatu kejadian lampau atau berdasarkan faktor persekitaran.Perasaan risau yang keterlaluan akan mendatangkan masalah psikologi  dan akan mengganggu kefungsian harian manusia.Walaupun realitinya perkara yang dibimbangkan tidak terjadi,tetapi pesakit akan sentiasa merasa risau dan bimbang walaupun terhadap isu-isu yang remeh-temeh dan normal.Pesakit akan merasa panik dan sering diselubungi kegelisahan dan kerisauan dalam diri.

Memahami identiti dan kecelaruan   remaja

Oleh Nurul Izzah Sidek

Banyak gejala yang merisaukan mengenai identiti sebahagian remaja kini. Remaja pada masa lalu menghubungkan diri dengan isu-isu perjuangan ke arah membangun negara, cenderung mengukuhkan imej keagamaan sebagai landasan membangunkan sistem dan masyarakat.

Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit, kecenderungan sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa mengheret mereka ke arah kerosakan diri, terjebak dengan kemelut sosial yang merisaukan dan terpengaruh dengan pemikiran hedonistik serta alpa kepada tanggungjawab menuntut ilmu.

Lebih ekstrem lagi apabila remaja terjebak dengan kegiatan yang menyesatkan, ketagihan dadah, rokok dan arak yang membimbangkan serta kegiatan jenayah yang membimbangkan.

Lalu, adakah imej yang sedang melanda remaja kini berakibat daripada ketidakmampuan kita mengurus kemajuan dan pembangunan hingga menyebabkan remaja menjadi mangsanya? Adakah ia akibat dari kealpaan masyarakat terhadap peranan mendidik, memberikan pendorong betapa pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara diterjemahkan secara bijaksana dan strategik kepada mereka?

Page 3: Kecelaruan Remaja

Identiti dan kecelaruan

Isu identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej atau personaliti. Imej remaja tidak saja dihubungkan dengan perilakunya tetapi dihubungkan dengan cara berfikir, aliran kegiatan dan dikaitkan dengan potensi hari depan.

Lebih dalam lagi, identiti remaja berkait rapat dengan jenis kepimpinan dan kepengikutan yang bakal mewarisi kepimpinan dan kepengikutan negara, sama ada remaja menjadi pendukung idealisme bina-negara atau menjadi liabiliti kepada masyarakat.

Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan yang hilang pedoman atau hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan.

Lebih menyedihkan lagi kecelaruan dikaitkan dengan remaja yang sudah hilang pertimbangan diri iaitu membina idola yang bukan fitrah sifatnya dan mengagungkan proses pembaratan secara melulu. Sehingga menyebabkan imej dirinya tidak lagi dapat diharapkan sebagai penyumbang berkesan terhadap pembangunan tamadun bangsa. Remaja yang terjebak dengan kecelaruan ini bakal menjadi beban kepada masyarakat dan negara.

Adalah tidak adil jika menganggap semua remaja terjebak dengan masalah kecelaruan ini. Namun, asas kebimbangan dan keresahan ini dibina atas petanda yang ada di sekeliling kita memadai untuk membina rasa bimbang dan resah, iaitu:

1) Gelagat remaja yang amat terpengaruh dengan proses pembaratan yang sedang berjalan; yang mencorakkan gaya hidup dan pemikiran baru menjauhkan daripada akar jati diri dan kabur hala tuju hidup, menjadikan imej kehilangan arah.

2) Makna maju dan moden tidak berjalan dalam acuan nilai yang baik, sebaliknya memajukan gaya hidup dengan pemikiran kebendaan dan semangat berpoya-poya (hedonistik).

3) Hilangnya rasa hormat dan adab terhadap tradisi, hilang malu terhadap orang tua, ibu bapa, guru-guru malah masyarakat.

Punca kecelaruan remaja

Banyak sebab mengapa kecelaruan berlaku di kalangan remaja. Zaman remaja adalah zaman yang amat kritikal dalam hidup seseorang manusia. Remaja mempunyai potensi tinggi yang boleh diarahkan kepada kebaikan malah boleh juga terjebak ke arah keburukan, bergantung kepada corak pendidikan yang diterima dan suasana persekitaran yang membentuk.

Page 4: Kecelaruan Remaja

Membentuk imej, watak dan tingkahlaku remaja banyak bersandarkan kepada orientasi didikan yang diterima di rumah, sekolah, masyarakat dan juga sistem. Banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan ini, antaranya:

1) Kecelaruan bermula apabila rumahtangga dan keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak. Masa berkualiti banyak dihabiskan di luar rumah. Anak-anak yang menuntut pengisian, belaian, kasih sayang, perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan rasa keibuan dan kebapaan.

Media elektronik banyak berperanan mengambil tugas mendidik anak-anak. Ramai anak-anak yang mengalami ‘keciciran’ sejak di awal umur lagi.

2) Ibu bapa tidak mempunyai ilmu dan keterampilan keibubapaan yang berkesan dalam mendidik anak-anak, iaitu tidak memahami proses pertumbuhan minda anak-anak, perkembangan psikik dan emosi mereka dan hubungkaitnya dengan tingkahlaku.

Akibatnya wujud kelompangan di hati dan minda anak-anak. Akhirnya anak-anak membentuk minda, hati dan tingkahlaku berasaskan pendedahan yang ada dan pengaruh sekitar.

3) Sekolah banyak berperanan menyediakan anak-anak untuk tujuan peperiksaan. Membangunkan jiwa dan hati tidak diberikan fokus dan keutamaan. Akhirnya pembentukan watak yang holistik tidak berlaku.

Berlakulah ‘keciciran’ kedua di kalangan anak-anak. Sekiranya seseorang manusia terlepas daripada proses didik di tahap ini, kebimbangan tetap ada bahawa seseorang anak sudah diibaratkan seperti rebung yang sukar dilentur semula.

4) Masyarakat tidak menyediakan suasana yang kondusif bagi remaja membentuk diri dan peribadinya ke arah peka masyarakat dan peka sekeliling secara positif. Sebahagian remaja terlibat dengan kerenah rakan sebaya yang menampilkan kegiatan-kegiatan negatif dan akhirnya terjebak dengan amalan merokok, ketagih dadah dan pergaulan yang bebas.

5) Isu-isu keagamaan yang dipertikaikan secara terbuka tanpa pendekatan mendidik dan ilmiah hingga menyebabkan sumber rujukan remaja menjadi bercelaru. Ada isu-isu bercorak keagamaan boleh dibahaskan secara terbuka dan ada yang perlu dibincangkan di kalangan yang berkeahlian.

Polemik yang tidak sihat boleh mempengaruhi remaja yang sedang mencari-cari identiti diri dan sumber pengetahuan yang meyakinkan.

Merawat Kecelaruan

Ibu bapa boleh berperanan dalam:

Page 5: Kecelaruan Remaja

* Membantu remaja dalam proses pembentukan diri. Memautkan hati remaja kepada asas agama adalah perkara pokok yang harus dilakukan oleh ibu bapa untuk menjadikan anak mereka kental dan mempunyai pertimbangan yang baik terhadap cabaran yang dihadapi masa kini.

lMemberi masa berkualiti kepada anak-anak supaya mereka mempunyai sumber rujukan yang dekat dan benar serta sokongan moral yang padu.

* Memberi panduan terhadap anak-anak akan kepincangan masyarakat dan berkongsi masalah dan cara-cara mengelakkan daripada terjebak dalam permasalahan sosial.

Remaja sendiri pula amat berperanan dalam menuntut ilmu, duniawi mahupun ilmu ukhrawi. Ilmu duniawi amat penting untuk menghadapi arus kemajuan dan pembangunan yang dihadapi, manakala ilmu agama amat penting untuk mengimbangi unsur-unsur atau cabaran yang datang seiring dengan kemajuan.

Berkongsi masalah dan kecelaruan dengan ibu bapa bukan sahaja membantu diri, malah juga membantu ibu bapa dalam memperbaiki keterampilan keibubapaan mereka.

Aspek ketiga yang sangat penting bagi mengurangkan kecelaruan kepada remaja ialah wujudnya simbiosis atau keserasian antara apa yang diajar di rumah dan di sekolah diterjemah baik di dalam masyarakat dan sistem.

Pengaruh sekitar dalam konteks masyarakat dan institusinya, sistem dan pendekatan pembangunannya harus selari dengan cita-cita baik keluarga dan pendidik. Ketika ini banyak masa terbazir kerana sesetengah pihak di luar sekolah tidak mengambil kira hasrat pendidik dan ibu bapa terhadap program-program di media elektronik dan bahan-bahan di media cetak hingga menyebabkan rangsangan-rangsangan negatif mudah menjebak jiwa remaja yang kosong dan berada dalam pencarian.

Kesimpulan

Islam mengambil pendekatan pencegahan lebih baik dari mengubati. Pencegahan dalam pengertian yang luas ialah usaha-usaha membina dan menyuburkan diri remaja supaya ada kesediaan yang baik untuk menghadapi zaman dewasa yang cabarannya adalah besar dan lebih kompleks.

Sekiranya remaja dipersiapkan dengan kesedaran, ilmu dan keterampilan yang baik menghadapi zaman dewasanya, pendekatan pencegahan sudah diambil kerana dari kekuatan diri, ilmu dan akhlak ia bakal menjadi benteng terhadap perkara-perkara yang boleh menimbulkan kecelaruan.

ARKIB : 26/10/2008

Sejahterakan hidup dengan motivasi doa

Page 6: Kecelaruan Remaja

SOALAN: Adakah Allah SWT menerima doa yang diungkapkan sedangkan saya tidak faham berdoa dengan bahasa Arab? Bagaimana berdoa dengan cara yang diterima Tuhan?

- Haji Yaakub, Kusial, Tanah Merah, Kelantan.

JAWAPAN: Imam Shafi'I Rahimahullah pernah menyeru umat Islam agar belajar bahasa Arab. Sudah tentu beliau tidak berhajat menjadikan kita pakar dalam bahasa Arab. Apa yang dikehendaki beliau agar umat Islam faham apa yang dibaca dalam sembahyang dan apa yang diungkapkan dalam doa.

Salah satu kelemahan umat Islam, walaupun mereka membaca al-Quran tetapi ramai tidak memahaminya. Bagaimana dapat berkesan pembacaan yang tidak mereka fahami? Saya juga selalu berfikir, bagaimana Tuhan menerima sesuatu doa tanpa kita memahaminya? Hanya jiwa saya optimis, Tuhan itu faham dan Dia tahu apa yang kita inginkan. Hanya bagi pihak kita, samalah dengan seseorang yang membaca surat setiap masa tetapi tidak memahami isinya. Maka tidak peliklah banyak ayat Tuhan kita abaikan dan arahannya kita tidak pedulikan. Doa kita sepatutnya menjadi motivasi untuk mencapai apa yang kita ingini. Lalu kita semua diajar oleh al-Quran dan sunnah agar berdoa: "Tuhan kami, berikan kami kebaikan (hasanah) di dunia dan kebaikan (hasanah) di akhirat,''

Dalam bulan Syawal yang berkat ini, saya ingin berkongsi doa yang boleh dijadikan motivasi kehidupan di dunia hingga akhirat. Sebaik-baiknya sebelum berdoa berwuduklah dan menghadap Kiblat. Mulakan dengan memuji Allah dan berselawat akhiri doa dengan selawat dan memuji Tuhan.

"Tuhan ku, kami memohon lidah kami yang basah menyebut (mengingati)Mu, hati yang khusyuk mensyukuri nikmat-Mu, badan yang ringan lembut mudah mentaati-Mu, Tuhan ku, kami memohon iman yang sempurna, kami memohon hati yang khusyuk

Kami memohon ilmu yang bermanfaat, kami memohon keyakinan yang benar (jujur). Kami memohon agama yang lurus. Kami memohon terlepas daripada segala bala bencana

Kami memohon kaya sempurna daripada memerlukan manusia lain

Berikan kami hakikat iman yang sebenar kepada-Mu hingga kami tidak perlu takut dan mengharap kepada yang lain daripada-Mu dan tidak kami menyembah yang lain daripada-Mu.

Hulurkan tangan Mu terhampar ke atas kami, kepada keluarga dan anak pinak kami dan mereka yang bersama kami; Jangan sama sekali melupakan kami walau sekelip mata dan tidak lebih singkat daripada itu, Wahai Tuhan penerima Doa.

Page 7: Kecelaruan Remaja

Jika doa ini dibacakan ia memberi motivasi untuk sentiasa ingat dan menyebut nama Tuhan setiap masa. Hatinya sentiasa segar mensyukuri nikmat Tuhan. Lalu mudahlah baginya mentaati perintah Allah.

Mereka yang ada motivasi diri yang tinggi tidak akan terheret dalam sebarang polemik murahan kerana berebut sekangkang kera harta dunia kerana yakin pada Allah masih banyak rezeki lain yang tidak perlukan mereka berebut-rebut. Doa ini juga menjadikan kita tidak perlu taksub kepada sesiapa kerana Tuhan akan menunjuk jalan yang betul dengan ilmu bermanfaat yang ada pada dirinya.

Mereka yang berdoa dengan doa ini akan ada kekuatan dan keberanian kerana Tuhan akan sentiasa bersamanya. Payung Tuhan lebih lebar daripada segala payung yang ditawarkan manusia lain. Semoga semua doa kita diterima Allah SWT. Apa yang penting berdoalah dengan penuh ikhlas dan rasa syukur.

Sekali lagi diperingatkan doa itu bukan sekadar ungkapan kosong, berjela, mendambakan bahasa Arab yang fasih, tetapi lebih penting ia datang dari lubuk jiwa yang murni bersalut takwa dan keimanan. Saya tidak bersetuju dengan mereka yang mengada-gada dalam berdoa apa lagi di depan orang ramai. Ada pula sekarang dianggap doa komersial yang dilakukan oleh mereka yang mencari keuntungan dunia atas nama agama. Jauhilah diri daripada nifak dan riyak. Wallahualam.

ARKIB : 19/01/2006

Kecelaruan identiti remaja banyak sebabnya

Oleh DR. SIDEK BABA

ISU identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej. Imej remaja tidak saja dihubungkan dengan perilakunya tetapi dikaitkan dengan idealisme, aliran kegiatan dan ada kaitan dengan potensi hari depan. Lebih jauh daripada itu, identiti remaja berkait rapat dengan jenis kepimpinan dan golongan yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Ia menentukan sama ada remaja adalah pendukung idealisme bina negara atau menjadi beban yang berpanjangan kepada masyarakat.

Ada petanda yang merisaukan banyak pihak mengenai identiti sebahagian remaja kini. Remaja pada masa lalu menghubungkan diri dengan isu-isu perjuangan ke arah membangunkan negara. Imej remaja sejak 30 tahun lalu cenderung mengukuhkan imej keagamaan sebagai landasan membangunkan sistem dan masyarakat.

Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit, sebahagian remaja terjebak dalam zon selesa yang mengheret mereka ke arah kerosakan diri, terjebak dengan kemelut sosial yang merimaskan dan terpaut dengan pemikiran hedonistik yang mengasyikkan dan alpa kepada tanggungjawab bina-ilmu dan bina-negara dan lebih ekstrem lagi ialah terjebak dengan kegiatan black-metal yang menyesatkan.

Page 8: Kecelaruan Remaja

Statistik remaja yang terjebak dengan ketagihan rokok, dadah, arak, zina dan jenayah amat membimbangkan dan jumlah yang menjadi mangsa kepada gejala AIDS/HIV semakin menakutkan. Apakah imej yang sedang melanda remaja kini akibat daripada ketidakmampuan kita mengurus kemajuan dan pembangunan? Adakah mereka menjadi mangsa atau akibat daripada kealpaan kita tentang peranan mendidik, memberikan idea-idea pendorong betapa pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara? Adakah kita gagal menterjemahkannya secara bijaksana dan strategik kepada mereka?

Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan yang hilang pedoman. Ia juga dikaitkan isu hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan dalam konteks perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma-norma positif dalam kehidupan.

Lebih pedih lagi kecelaruan dikaitkan dengan remaja yang sudah hilang pertimbangan diri iaitu membina idola dan ‘diva’ yang bukan fitrah sifatnya, mengagumi proses pembaratan secara melulu dan hilang pertimbangan kenegaraan hingga menyebabkan imej dirinya tidak lagi dapat diharapkan sebagai penyumbang berkesan terhadap pembangunan tamadun bangsa. Remaja yang terjebak dengan kecelaruan ini bakal menjadi beban kepada masyarakat dan negara.

Kecelaruan

Amat tidak adil jika tanggapan dibuat bahawa semua remaja terjebak dalam masalah kecelaruan ini. Tetapi petanda yang ada di sekeliling kita memadai untuk kita membina rasa bimbang dan resah. Asas kebimbangan dan keresahan ini dibina atas alasan berikut:

1. Gelagat remaja yang amat terpengaruh dengan proses pembaratan yang sedang berjalan.

2. Proses pembaratan yang mencorakkan gaya hidup dan pemikiran baru menjadikan mereka tercabut daripada akar jati diri dan kabur hala tuju hidup, menjadikan imej mereka semakin suram dan kehilangan arah.

3. Kehidupan beragama sedang menjadi pertikaian antara ‘halal-haram’ pelanggaran salah-benar dan maaruf-mungkar.

4. Memburu makna maju dan moden tidak dalam acuan nilai yang baik, sebaliknya memajukan gaya hidup dengan pemikiran kebendaan dan semangat berfoya-foya (hedonistik).

5. Hilangnya rasa hormat dan adab terhadap tradisi, hilang malu terhadap orang tua, ibu bapa, guru-guru malah masyarakat.

6. Tiadanya cita-cita besar untuk bina-bangsa, bina-umat dan bina-tamadun hingga menyebabkan pudar azam dan cita-cita besar membina umat dan negara.

Page 9: Kecelaruan Remaja

Banyak sebab mengapa kecelaruan berlaku di kalangan remaja. Zaman remaja adalah zaman yang amat kritikal dalam hidup seseorang manusia. Remaja mempunyai potensi tinggi yang boleh diarahkan kepada kebaikan malah boleh juga terjebak ke arah keburukan. Ia bergantung kepada corak pendidikan yang diterima dan suasana persekitaran yang membentuk.

Membentuk imej, watak dan tingkah laku remaja banyak bersandarkan kepada orientasi didikan yang diterima di rumah, sekolah, masyarakat dan juga sistem. Banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan ini:

1. Kecelaruan bermula apabila rumah tangga dan keluarga tidak memainkan peranan yang wajar dalam pembentukan watak anak-anak. Masa berkualiti banyak dihabiskan di luar rumah. Anak-anak yang menuntut pengisian, belaian, kasih sayang, perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan rasa keibuan dan kebapaan. Media elektronik banyak berperanan mengambil tugas mendidik anak-anak. Ramai anak-anak yang mengalami ‘keciciran’ sejak pada awal umur lagi.

2. Ibu bapa tidak mempunyai ilmu dan ketrampilan keibubapaan yang berkesan dalam mendidik anak-anak. Tidak ramai ibu bapa yang faham proses pertumbuhan minda anak-anak, perkembangan psikik dan emosi mereka dan hubungkaitnya dengan tingkah laku yang diamalkan.

Akibatnya wujud lompang dalam hati dan minda anak-anak dan akhirnya anak-anak membentuk minda, hati dan tingkah laku berasaskan pendedahan yang ada dan pengaruh sekitar yang terdapat.

3. Sekolah banyak berperanan menyediakan anak-anak untuk tujuan peperiksaan. Membangunkan jiwa dan hati tidak diberikan fokus dan keutamaan. Akhirnya pembentukan watak yang holistik tidak berlaku. Berlakulah ‘keciciran’ kedua di kalangan anak-anak.

Umur yang amat kritikal bagi seseorang manusia dari sudut Islam ialah dari kelahiran hari pertama hinggalah ke tahap akil baligh. Sekiranya seseorang manusia terlepas daripada proses didik di tahap ini, kebimbangan tetap ada bahawa seseorang anak sudah diibaratkan seperti rebung yang sukar dilentur semula.

4. Masyarakat tidak menyediakan suasana yang kondusif untuk remaja membentuk diri dan peribadinya ke arah peka masyarakat dan peka sekeliling secara positif. Sebahagian remaja terlibat dengan kerenah rakan sebaya yang menampilkan kegiatan-kegiatan negatif dan akhirnya terjebak dengan amalan merokok, ketagih dadah dan pergaulan yang lepas bebas.

5. Sistem kenegaraan sendiri tidak mengambil pendekatan sepadu dalam proses pembangunan remaja. Orientasi dalam keluarga dan sekolah sedikit sebanyak menekankan pentingnya adab dan akhlak dalam pembinaan diri remaja. Namun, media cetak dan elektronik tidak dikawal programnya hingga menyebabkan percanggahan yang

Page 10: Kecelaruan Remaja

ketara apa yang dididik di sekolah dan di rumah dengan apa yang ditampilkan oleh media cetak dan elektronik. Akhirnya konflik wujud di kalangan remaja dan keadaan seperti ini melahirkan kecelaruan.

6. Keadaan di atas diburukkan lagi dengan isu-isu keagamaan yang dipertikaikan secara terbuka tanpa pendekatan mendidik dan ilmiah hingga menyebabkan sumber rujukan remaja mencari bercelaru. Ada isu-isu yang bercorak keagamaan boleh dibahaskan secara terbuka dan ada isu-isu keagamaan yang perlu dibincangkan di kalangan orang yang mempunyai keahlian.

Bayangkan isu-isu agama, imej ulama dan persepsi tentang Islam menjadi polemik yang tidak sihat. Ia boleh mempengaruhi remaja yang sedang mencari identiti diri dan sumber pengetahuan yang boleh dijadikan sandaran pembentukan pemikiran dan keyakinan dirinya.

Para remaja harus diberi bimbingan dan pedoman sejak awal umur lagi. Keterampilan keibubapaan amat dituntut dan kasih sayang, belaian dan tunjuk ajar menjadi sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Kecelaruan akan berlaku sekiranya persekitaran negatif membentuk anak-anak terutama ketika peringkat pertumbuhan akliah, emosi, rohaniah dan jasmani sedang subur.

Perkara asas yang harus disuburkan di kalangan remaja ialah jalinan komunikasi yang tinggi antara remaja dengan ibu bapa. Ibu bapa harus menjadi pendengar yang baik, menjelaskan dengan sabar dan pendidik yang taat.

Para remaja pula harus memiliki kesediaan dan keterbukaan untuk mendengar, berbincang, bertukar-tukar pandangan, bertanya dan cuba memahami bahawa ibu bapa atau guru adalah orang yang pernah melalui hidup seperti yang dilalui oleh remaja hari ini. Perbezaannya cuma zaman di mana ibu bapa dibesarkan dan zaman bagaimana remaja amat terdedah dengan pelbagai tarikan dan perkara-perkara yang merangsang nafsu-nafsi.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).