KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

24
KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN SEBAGAI KERJAYA ASMAWI HASHIM ZURAIDAH ZAINOL SUZYANTY MOHD SHOKORY KOD PENYELIDIKAN [BATSYA): 06-11-39-07 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2008

Transcript of KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

Page 1: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN

SEBAGAI KERJAYA

ASMAWI HASHIM

ZURAIDAH ZAINOL

SUZYANTY MOHD SHOKORY

KOD PENYELIDIKAN [BATSYA):

06-11-39-07

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008

Page 2: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

ii

PENGAKUAN

Saya mengaku Laporan akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Asmawi Hashim, Zuraidah Zainol dan Suzyanty Mohd Shokory kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

31.12.2008 (Asmawi Hashim)

Page 3: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Terlebih dahulu, kami bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan keizinannya, maka kami telah diberi kekuatan untuk menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna.

Sekalung penghargaan ditujukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) yang telah memberi pembiayaan untuk melaksanakan kajian ini selama setahun bermula Januari 2008 sehingga Disember 2008. Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) juga telah membantu dalam hal urusan pembayaran tuntutan dan nasihat berkenaan cara untuk memudahkan kami berurusan dengan pelbagai pihak di UPSI.

Penghargaan ini turut ditujukan kepada usahawan-usahawan yang bertindak sebagai responden dalam kajian "Kecenderungan Graduan Untuk Menceburi Bidang Perniagaan Sebagai Kerjaya". Ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua pelajar yang bertindak sebagai enumerator yang bersusah-payah mendapatkan data dan membantu dari segi memasukkan dan menganalisis data serta proses menyiapkan laporan akhir kajian ini.

Akhir sekali, penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Pasukan Penyelidik "Kecenderungan Graduan Untuk Menceburi Bidang Perniagaan Sebagai Kerjaya" Universiti Pendidikan Sultan Idris 2008

Page 4: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

iv

ABSTRAK

Menyedari hakikat pentingnya sumbangan keusahawanan ke atas pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk memperhebatkan usaha mempromosikan dan membudayakan keusahawanan di kalangan masyarakat terutarnanya golongan muda. Ekoran daripada itu, bilangan usahawan yang memulakan perniagaan pada usia yang lebih muda di Malaysia semakin meningkat. Malahan, ada juga di kalangan mereka ini yang memiliki kelayakan pendidikan yang lebih tinggi. Meskipun begitu, laporan akhbar di sekitar tahun 2005 menunjukkan bilangan pengangguran di kalangan graduan adalah cukup tinggi. Timbul satu persoalan di sini, adakah para graduan tersebut tidak langsung berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan mengharapkan keijaya makan gaji semata-mata? Sehubungan itu, bagi mengenal pasti mekanisme sesuai untuk menarik minat graduan untuk bekeija sendiri, kajian ini cuba menilai faktor-faktor yang memotivasikan usahawan graduan untuk memilih perniagaan sebagai kerjaya. Data untuk kajian ini dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diubah suai daripada Entrepreneurial Profile Questionnaire (EPQ). Sampel kajian yang terdiri daripada 1000 orang usahawan dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata daripada senarai usahawan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian Chi-square. Dapatan kajian mendedahkan bahawa faktor utama yang mendorong graduan memilih perniagaan sebagai keijaya adalah apabila mereka merasakan bahawa mereka telah cukup bersedia daripada aspek pengetahuan dan pengalaman. Selain itu, dapatan turut menunjukkan bahawa faktor bukan kewangan dan faktor tarikan lebih memberikan impak yang signifikan berbanding faktor kewangan mahupun faktor desakan. Justeru, bagi menggalakkan graduan memilih perniagaan sebagai kerjaya, bidang keusahawanan haruslah menjadi satu bidang yang menarik untuk diceburi.

Page 5: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

V

ABSTRACT

Due to the importance of entrepreneurial activities towards the economic growth, the government has taken drastic steps to promote and instill entrepreneurship among the people, especially youngsters. Therefore, the numbers of entrepreneurs starting their busineses at the younger age increased steadily. In fact, most of them were with higher education level. However, the news report around 2005 disclosed a huge number of unemployed graduates. Were those graduates did not have intention to start their own business? Thus, in identifying the best approach to grab the graduates' intention to be self-employed, this study tried to evaluate factors that really motivate graduate entrepreneurs to choose business as their career. The data for this study were gathered using questionnaire that were modified from Entrepreneurial Profile Questionnaire (EPQ). The sample for this study consisted of 1000 entrepreneurs that were chosen using stratified sampling from Ministry of Entrepreneurs Development and Cooperation (MECD) entrepreneurs' list. Data were then analyzed using descriptive statistic and Chi-square test. The finding revealed that the highest tendency of graduates choosing business as a career because they felt that they were ready enough with the knowledge and skill needed to operate a business. In addition, the finding showed that non-financial as well as pull factors became the significant factors to encourage graduates to involve in business. Hence, for graduates to choose a business as a career, the entrepreneur ship field should be attractive enough to be explored.

Page 6: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

vi

KANDUNGAN

Muka Surat Pengakuan ii

Penghargaan iii

Abstrak iv

Abstract v

Senarai Rajah viii

Senarai Jadual ix

BAB 1: PENDAHULUAN 1.1 Latar Belakang Kajian 1 1.2 Pemyataan Masalah 2 1.3 Persoalan Kajian 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Kepentingan Kajian 5

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR 2.1 Sorotan Literatur 7

BAB 3: METODOLOGI 3.1 Sampel dan Prosedur 11 3.2 Instrumen Kajian 11 3.3 Analisis data 12

BAB 4: DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Profil Responden dan Perniagaan 13 4.2 Perbandingan Profil Usahawan Graduan dan Bukan Graduan 17 4.3 Motif-Motif Yang Menyumbang Kepada Kecenderungan 24

Usahawan Memilih Perniagaan Sebagai Kerjaya Pilihan 4.4 Motif-Motif Yang Tidak Menyumbang Kepada Kecenderungan 29

Usahawan Memilih Perniagaan Sebagai Keijaya Pilihan 4.5 Faktor-Faktor Yang Signifikan Dalam Mempengaruhi 30

Perniagaan Sebagai Keijaya Pilihan

Page 7: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

vii

BAB 5: KESIMPULAN DAN CADANGAN

Bibliografi

Lampiran

34

40

Page 8: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

viii

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

4.1 Profil Responden Mengikut Jantina dan Umur 14 4.2 Profil Responden Mengikut Status Perkahwinan 14 4.3 Profil Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi 15 4.4 Profil Perniagaan Mengikut Jenis 16 4.5 Profil Perniagaan Mengikut Industri 16 4.6 Pengelasan Responden Kepada Graduan dan Bukan Graduan 17 4.7 Perbandingan Jantina Responden 18 4.8 Perbandingan Umur Responden 19 4.9 Perbandingan Status Perkahwinan Responden 20 4.10 Perbandingan Jenis Perniagaan Responden 21 4.11 Perbandingan Industri Perniagaan Responden 22 4.12 Perbandingan Motif di antara Graduan dan Bukan Graduan 27

4.13 Model Faktor-Faktor Yang Memotivasikan Graduan Menceburi Perniagaan

Page 9: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

ix

s e n a r a i j a d u a l

Jadual Muka Surat

4.1 Kecenderungan Keusahawanan Berdasarkan Faktor Kewangan Dan Bukan K e w a n g a n

4 2 Faktor Desakan dan Faktor T a r i k a n Dalam Memotivasikan 26 Graduan Untuk Menceburkan D i r i Dalam Bidang Keusahawanan

Page 10: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

1

BAB 1

PENDAHULUAN

Latar Belakang Kajian

Galakan terhadap aktiviti keusahawanan telah digunakan secara meluas sebagai

salah satu kaedah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi (Harper 1991;

Reynolds, 1991). Menyedari hakikat inilah, maka banyak negara telah

memperhebatkan usaha mereka dalam mempromosikan dan memperkenalkan

aktiviti keusahawanan terutamanya di kalangan golongan muda (GEM, 2004).

Ekoran dapatan kajian lalu yang membuktikan bahawa terdapat hubungan yang

signifikan di antara golongan yang baru memulakan perniagaan dengan tahap

pendidikan (Donkels, 1991; Krueger, 1993; Robinson & Sexton, 1994; Bates,

1995) dan potensi kejayaan yang tinggi bagi perniagaan yang dimiliki oleh

usahawan berpendidikan tinggi (Freshminds, 2006), lebih banyak usaha memupuk

potensi keusahawanan disasarkan kepada kalangan graduan.

Page 11: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

2

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan bagi melihat hubungan di

antara pencapaian pendidilcan ke atas pertumbuhan perniagaan (Robinson &

Sexton, 1994). Malahan, hampir kesemua kajian tersebut merumuskan bahawa

kebanyakan usahawan terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi

(Robinson & Sexton, 1994; Bates, 1995). Namun begitu, kajian yang menjadikan

usahawan berpendidikan sebagai subjek masih terhad. Hanya baru-baru ini dengan

tertubuhnya National Council for Graduate Entrepreneurship (NCGE), kajian

demi kajian telah dijalankan dalam usaha memahami konteks keusahawanan di

kalangan graduan di UK yang secara tidak langsung menyumbang ke arah

memupuk minat graduan menceburi bidang perniagaan. Dapatan daripada kajian-

kajian tersebut juga menekankan perlunya lebih banyak kajian dijalankan

berkaitan dengan keusahawanan di kalangan graduan (Haimon, 2006).

Sehubungan itu, kajian ini cuba meluaskan slcop dan konteks

keusahawanan siswazah dengan menyediakan pemahaman terhadap faktor-faktor

yang mendorong graduan memilih untuk memulakan perniagaan berbanding

makan gaji.

1.2 Pernyataan Masalah

Sekitar tahun 2005, dunia graduan didedahkan dengan satu skim yang dibentuk

oleh kerajaan bagi membantu kira-kira 80,000 graduan yang menganggur. Skim

Latihan Siswazah Menganggur (SLSM) yang di cetuskan ini semata-mata

bertujuan membantu para graduan yang menamatkan pengajian di peringkat tinggi

yang masih berada dalam tahap pengangguran geseran, menjana pengalaman dan

kemahiran bagi membolehkan mereka mampu bekerja dengan lebih komited

apabila memperoleh pekeijaan yang tetap kelak. Oleh itu, kerajaan telah

mengambil langkah drastik membuka ruang kepada kesemua 80,000 graduan

Page 12: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

3

menganggur di seluruh negara menjalani latihan kemahiran selama setahun bagi

memudahkan mereka mendapat pekerjaan atau menjadi usahawan.

Sehubungan itu, satu pasukan petugas lchas telah ditubuhkan bagi

mengesan graduan-graduan menganggur ini. Pasukan lchas ini yang diketuai oleh

pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Yusof Abu

Bakar telah mengguna pakai model di Australia yang ternyata berjaya menangani

masalah isu siswazah menganggur di negara itu. Namun usaha ini tidak berterusan

disebabkan jumlah graduan yang semakin bertambah dari tahun ke tahun,

sedangkan peluang pekerjaan semakin sempit.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dengan cuba

menginovasi sistem pendidikan negara dengan menerapkan elemen keusahawanan

di dalam setiap program yang ditawarkan di setiap institut pengajian tidak kira di

peringkat rendah mahupun tinggi. Di samping itu, Persatuan Usahawan Graduan

Malaysia (PUGM) telah ditubuhkan pada bulan September 2004, bagi menjadi

platform kepada para graduan yang berminat dalam bidang keusahawanan

pertanian terutamanya, sebagai menjana pendapatan yang lumayan, tetap dan

berdaya saing. Sehingga kini keahlian PUGM telah meningkat seramai 2000

orang.

Namun, jika dilihat secara lebih mendalam, didapati graduan di negara ini

rata-rata masih takut untuk menceburi bidang keusahawanan dan kecenderungan

mereka untuk terlibat dalam dunia perniagaan masih samar-samar. Keusahawanan

bagaikan satu "virus" yang melanda para graduan kita khususnya graduan

berbangsa Melayu. Kenapa agaknya? Satu persoalan yang mungkin berlegar-legar

di dalam minda sesetengah orang. Jika dikaji di negara maju, seperti Amerika

Syarikat, hampir 80% lepasan universiti di sana menjadikan bidang perniagaan

sebagai kerjaya pilihan mereka. Di Jepun pula mendapati lebih 70% pelajar di

sana menyatakan minat mereka terhadap bidang perniagaan, bermakna,

keusahawanan menjadi keijaya pilihan mereka. Namun, hanya lingkungan 30%

Page 13: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

4

sahaja graduan kita yang berminat dengan perniagaan. Jelas di sini m e n u n j u k k a n

jurang perbezaan di antara sikap graduan kita dengan sikap graduan di n e g a r a luar

dalam memilih keijaya mereka. Mereka lebih cenderung untuk m e m i l i h kei jaya

yang menjanjikan pulangan pendapatan setiap bulan. Lantaran itulah, k a j i a n ini

dibentuk bagi melihat secara lebih terperinci berhubung kecenderungan graduan

memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Persoalan Kajian

Pelbagai persoalan timbul bagi melihat kecenderungan graduan memi l ih

perniagaan sebagai kerjaya pilihan mereka. Persoalan kajian y a n g perlu

ditekankan dalam kajian ini ialah apakah ciri-ciri usahawan graduan s e r t a profil

perniagaan dan industri yang usahawan diceburi. Oleh itu, satu profil u s a h a w a n

graduan di Malaysia telah dibentuk dalam kajian ini. Di samping itu, k a j i a n juga

melihat apakah perbezaan dan perbandingan bagi motif di sebalik p e m i l i h a n

bidang perniagaan sebagai keijaya pilihan di antara graduan dan bukan g r a d u a n .

Kajian ini juga akan melihat apakah motif utama yang akan m e n d o r o n g

usahawan graduan memilih untuk menceburi bidang perniagaan? A d a k a h faktor

tersebut merupakan faktor kewangan atau bukan kewangan? Selain i t u , adakah

faktor tersebut merupakan faktor desakan atau faktor tarikan yang m e m b u a t k a n

usahawan graduan memilih untuk menjadikan perniagaan sebagai p i l i h a n ker jaya

mereka? Kemudian kajian ini akan membina satu model y a n g akan

menggambarkan faktor-faktor yang memotivasikan graduan untuk m e n c e b u r i

bidang perniagaan sebagai keijaya. Model ini akan menentukan a p a k a h faktor

utama yang memotivasikan graduan agar memilih perniagaan sebaga i pilihan

mereka bagi meneruskan kerjaya mereka.

Page 14: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

5

1.4 Otojektif

Objektif ut am a kajian ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang

menyeluruh tentang proses peralihan daripada graduan kepada usahawan. Secara

spesifiknya, kajian ini akan cuba;

i. membentuk profil usahawan graduan di Malaysia,

ii. membuat perbandingan motif di sebalik pemilihan bidang perniagaan

sebagai kerjaya di antara graduan dan bukan graduan,

iii. menilai motif utama yang mendorong graduan memilih untuk menceburi

bidang perniagaan.

iv. menentukan motif yang mempengaruhi graduan untuk menceburi bidang

perniagaan berdasarkan faktor kewangan dan bukan kewangan; dan faktor

desakan dan tarikan,

v. membina model bagi faktor-faktor yang memotivasikan graduan untuk

menceburi bidang perniagaan sebagai kerjaya.

1.5 Kepentingan Kajian

Diharapkan kajian ini akan dapat meningkatkan usaha badan berwajib dan

pembuat dasar dengan memberikan perhatian yang tinggi dalam bidang

keusahawanan bagi graduan dengan membantu mereka dalam menceburi bidang

perniagaan. Usaha ini akan menjadi serampang dua mata kerana hasilannya akan

membantu negara dalam menangani masalah pengangguran selcali gus akan dapat

meningkatkan ekonomi. Di samping itu, dapatan kajian juga diharapkan berupaya

memberikan panduan kepada setiap graduan yang berminat untuk membentuk

perniagaan mereka sendiri pada masa hadapan.

Kajian ini juga diharapkan dapat mendorong minat setiap komimiti dalam

setiap bidang pendidikan, tidak kira di peringkat rendah, menengah atau tinggi,

Page 15: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

6

untuk menyediakan kurikulum keusahawanan yang bam dan bersifat inovatif

dalam usaha merangsang setiap graduan atau bakal graduan atau lepasan sekolah

untuk menyahut saranan kerajaan untuk melahirkan dan menambahkan usahawan

di kalangan graduan atau lepasan sekolah. Ini sekali gus dapat membantu dalam

mengukuhkan kualiti pendidikan negara terutamanya bagi sistem pendidikan yang

memfokuskan kepada kurikulum keusahawanan.

Page 16: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

7

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Sorotan Literatur

Usahawan graduan mewakili dua unsur yang menarik. Pertama adalah graduan -

output bagi institusi pengajian tinggi; dan kedua adalah usahawan - ejen kepada

pembangunan ekonomi (ISBA, 2004). Menurut Herman, Parvin & O'Brien

(2004), dalam mengkaji usahawan graduan, adalah penting untuk pertama sekali

mendefinisikan apa yang dikatakan "usahawan graduan" memandangkan terdapat

pelbagai huraian yang diguna pakai bagi istilah tersebut. Salah satu definisi yang

boleh digunakan dalam konteks keusahawanan graduan ialah tipologi yang

diperkenalkan oleh Stanworth & Curran. Tipologi ini membezakan usahawan

kepada tiga kategori utama, iaitu artisans yang merujulc kepada usahawan yang

berpendidikan tinggi dalam pengkhususan tertentu atau technopreneur,

classics "yang merujulc kepada opportunity-entrepreneur yang mempunyai

Page 17: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

8

kemahiran pengurusan yang berkesan dan; survivors yang merujuk k e p a d a

necessity-entrepreneur yang melibatkan diri kerana keadaan yang m e n d e s a k

(ISBA, 2004).

Usaha untuk memulakan perniagaan merupakan satu langkah p e n t i n g

dalam proses keusahawanan (European Commission, 2003; Henry, Hill & L e i t c h ,

2003, Reynolds, Baygrave & Autio, 2004). Dalam memahami gelagat u n t u k

membentuk sesebuah perniagaan, terdapat banyak kajian lepas yang cub a u n t u k

menghubungkaitkan di antara ciri-ciri behavioral dengan tindakan s e b e n a r

usahawan. Shapero & Sokol (1982) dan Krueger, Reilly & Carsrud ( 2 0 0 0 ) t e l a h

bersetuju bahawa Entrepreneurial Intentions Model merupakan pengukur t e r b a i k

untuk menilai setiap inisiatif bagi memulakan perniagaan.

Terdapat pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti f a k t o r -

faktor yang signifikan dalam mempengaruhi pembentukan perniagaan b a r u .

Dalam kajian empirikal terdahulu, kecenderungan untuk memulakan p e r n i a g a a n

tertumpu pendekatan sifat dan pelbagai ciri-ciri personaliti usahawan t e l a h

diketengahlcan (Homaday, 1982). Selain daripada itu, terdapat juga k a j i a n y a n g

memfokuskan kepada personaliti ( Sexton & Bowman-Upton, 1990) d a n l a t a r

belakang usahawan (Carr, 1996; Mehta, 1997; Stephens & Feldman, 1 9 9 7 ;

Reynolds, 2000), sementara yang lainnya menumpukan kepada k e p e r l u a n

terhadap bantuan dan masalah dalam perancangan (Adrich, 1989).

Dapatan kajian lepas juga mendedahkan bahawa motif p e r s o n a l

mempengaruhi keputusan usahawan untuk memulakan perniagaan ( L e t o w s k i ,

2001; Nielson 2001; Week, 2001). Menurut salah satu perspektif k l a s i k ,

kewujudan lebih ramai usahawan didorong oleh proses sosialisasi yang m e n c i p t a

keperluan yang tinggi untuk mencapai kejayaan (McClelland, 1961). W a l a u

bagaimanapun, kini terdapat definisi baru dalam menerangkan faktor-faktor y a n g

memotivasikan individu untuk memulakan perniagaan. Alstete (2002) m e n y a t a k a n

bahawa usahawan dipengaruhi oleh dua faktor bertentangan, iaitu faktor t a r i k a n

Page 18: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

9

dan faktor mendesalc. Faktor tarikan merujuk kepada kebebasan, kesempurnaan

diri dan; keinginan usahawan untuk mencari harta, status sosial dan kuasa,

manakala faktor mendesak melibatkan elemen-elemen keperluan seperti

ketidakcukupan pendapatan keluarga, ketidakpuasan dengan gaji, kesukaran untuk

mendapatkan pekeijaan dan desakan terhadap keperluan tugasan yang fleksibel

(Orhan & Scott, 2001; Alstete, 2002), Namun, ekoran daripada kesamaran

menentukan titik pemisah di antara keduanya, sering kali faktor-faktor ini

digabungkan (Alstete, 2002).

Kajian ini akan melihat kepada motif-motif yang ingin dicapai oleh setiap

usahawan graduan yang menceburi bidang perniagaan setelah mereka memilih

bidang perniagaan sebagai bidang keijaya mereka, Kebanyakan kajian lalu

mendapati motif-motif utama yang mendorong individu menceburi bidang

keusahawanan ialah untuk menjana lebih pendapatan (Week, 2001), berdikari

(Letowski, 2001; Nelson, 2001), keperluan untuk pencapaian kendiri (Hisrich et

al., 1996) dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan (Auken 1999; Boyd

& Gumpert, 1983).

Selain itu, kajian ini juga cuba mengungkai persoalan yang mengatakan

bahawa lelaki lebih banyak menceburi bidang perniagaan berbanding wanita.

Harding et al. (2004) dalam Siri Tetjesen (2005) dalam kajian beliau berhubung

dengan Senior women managers' transition to entrepreneurship : leveraging

embedded career capital di United Kingdom mendapati bahawa hanya 13 peratus

sahaja usahawan wanita yang menceburi diri dalam perniagaan. Sementara

Valencia (2006) melaporkan bahawa 40.54 peratus daripada anggaran 73 juta

orang yang merupakan usahawan aktif di 34 negara adalah wanita . Manakala,

Sitterly (2001) mendapati bahawa 40 hingga 50 peratus perniagaan adalah dimiliki

oleh wanita di Asia Tenggara 18 hingga 30 peratus yang bekeija sendiri di

Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand adalah wanita (Licuanan,

1992). Menurut Laporan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (2003),

penglibatan usahawan wanita di Malaysia masih kurang memberangsangkan.

Page 19: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

1 0

Laporan ini disokong oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Normah (2006)

yang mendapati penglibatan wanita dalam IKS pada 2003 adalah sekitar 36.8

peratus sahaja selebihnya lelaki.

Page 20: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

11

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Sampel dan Prosedur

Soal selidik diadaptasi dan dimodifikasi daripada Entrepreneurial Profile

Questionnaire (EPQ). Pemilihan sampel bersaiz 1000 dibuat secara rawak

berstrata daripada senarai usahawan yang berdaftar dengan Kementerian

Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) berdasarlcan negeri dan sektor.

3.2 Instrumen Kajian

Soal selidik yang dimodifikasi daripada EPQ ini telah dibentuk untuk melihat

faktor-faktor yang mempengaruhi graduan untuk menceburi bidang perniagaan.

Page 21: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

12

Faktor-faktor ini seterusnya boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama,

iaitu kewangan-bukan kewangan dan, tarikan-desakan. Skala 5 Liker t telah

digunakan dalam kajian ini di mana skala 1 digunakan untuk penilaian sangat

tidak setuju manakala skala 5 untuk penilaian sangat setuju bagi responden untuk

menggariskan tahap motif mereka dalam memulakan perniagaan barn.

3.3 Analisis Data

Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program Statistical Package for

Social Science (SPSS). Analisis yang dibuat melibatkan prosedur statistik

deskriptif bagi meringkaskan data yang diperoleh daripada responden d a n bagi

mendapatkan kekerapan dan peratusan slcor setiap faktor untuk dibuat

perbandingan. Perbandingan dibuat dalam tiga tahap utama, iaitu mengikut item,

berdasarkan faktor kewangan-bukan kewangan dan faktor tarikan-desakan.

Page 22: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

13

BAB 4

PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIAN

Profil Responden dan Perniagaan

Hasil analisis ke atas data responden menunjukkan bahawa kebanyakan responden

terdiri daripada usahawan lelaki, iaitu sebanyak 63.04 peratus dan selebihnya

adalah usahawan wanita, iaitu sebanyak 36.96 peratus.

Dalam konteks julat umur pula, didapati kebanyakan responden terdiri

daripada usahawan yang berada dalam lingkungan umur antara 30 hingga 50

tahun, iaitu sebanyak 66.43 peratus dan diikuti dengan usahawan yang berumur

sekitar 20-30 tahun, iaitu sebanyak 23 hingga 41 peratus. Peratusan yang terendah

pula terdiri daripada usahawan dalam lingkungan 50 dan ke atas, iaitu sebanyak

10.16 peratus sahaja.

Page 23: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

14

Profil Responden Mengikut Jantina dan Umur

Berdasarkan data berkaitan status perkahwinan, peratusan terbesar

responden terdiri daripada usahawan yang telah berkahwin, iaitu sekitar 77.52

peratus. Ini diikuti dengan usahawan yang masih bujang mencatatkan sebanyak

17.04 peratus dan lain-lain hanya sebanyak 5.44 peratus.

Rajah 4.2

Profil Responden Mengikut Status Perkahwinan

Page 24: KECENDERUNGAN GRADUAN UNTUK MENCEBURI BIDANG ...

15

Rajah 4.3

Profil Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi

Daripada aspek pendidikan tertinggi yang dimiliki oleh usahawan, lebih

daripada 50 peratus responden usahawan memiliki atau mencapai tahap sekolah

menengah (57.49 peratus), manakala peratusan terendah terdiri daripada usahawan

yang mempunyai sijil (2.26 peratus) dan memiliki diploma (3.59 peratus).

Daripada perspektif profil perniagaan dalam rajah 4.4 mendapati bentuk

perniagaan yang paling banyak diceburi oleh usahawan adalah perniagaan tunggal

iaitu sebanyak 64.78 peratus dan di ikuti oleh perniagaan perkongsian, iaitu

sebanyak 31.62 peratus dan peratusan terendah adalah bagi perniagaan berbentuk

syarikat, iaitu sebanyak 3.59 peratus sahaja.