Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

7
Muhammad Iqbal Bin Ramli Muhammad Syahid Bin Abd Aziz Muhammad Amirul Hafiz Bin Sapani Islam Di Alam Melayu

description

Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Transcript of Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Page 1: Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Muhammad Iqbal Bin Ramli

Muhammad Syahid Bin Abd Aziz

Muhammad Amirul Hafiz Bin Sapani

Islam Di Alam Melayu

Page 2: Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

• Alam Melayu meliputi wilayah Selatan Thailand, Selatan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

• Kedatangan Islam telah memberikan pengaruh yang sangat besar kepada Alam Melayu berbanding dengan pengaruh Hindu-Buddha.

• Namun tarikh sebenar kedatangan Islam ke Alam Melayu Masih lagi menjadi bahan perbincangan di kalangan tokoh-tokoh sejarah Malaysia.

• Terdapat 3 teori yang dikemukakan,iaitu:

-Teori kedatangan Islam dari Tanah Arab

-Teori kedatangan Islam dari China dan Champa

-Teori kedatangan Islam dari India

Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu

Page 3: Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

• Datang melalui hubungan perdagangan antara Asia Barat dengan Alam Melayu.

• Pedagang-pedagang Arab yang datang berdagang dipercayai sebagai penganut dan pengamal agama Islam.

• Mereka datang ke Alam Melayu untuk membeli rempah dan kapur barus.

• Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Khalifah Muawiyah Bin Abu Suffian pernah mengirim utusan kepada raja kerajaan Srivijaya di Kepulauan Melayu supaya raja Srivijaya memeluk Islam.

• Raja Kedah yang bernama Derbar Raja II telah memeluk Islam pada tahun 1136 Masihi melalui ulama dari Yaman yang bernama Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad al-Qaumairi.

• Menukar nama kepada Sultan Muzaffar Shah.

• Negerinya digelar “Darul Aman”.

Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab

Page 4: Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

• Pengaruh daripada tulisan dan hasil karangan yang berasal dari Arab.

• Penggunaan tulisan jawi

• Cara pembacaan Al-Quran oleh masyarakat Alam Melayu

• Ulama yang datang ke rantau ini berasal dari tnah Arab.(Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah, Syeikh Ismail al-Siddiq

Hujah Prof. Dr. S.M Naquib Al Attas

Page 5: Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

• Istilah Melaka yang berasal daripada bahasa Arab Mulaqat yang bererti “tempat pertemuan”.

• Tertubuhnya Undang-undang Laut Melaka yang di dalamnya wujud pengaruh pemikiran hukum daripada aliran Mazhab Syafi’e.

• Istilah dan pengucapan Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab.(kalam,kerusi,adil,zalim)

• Nama orang Melayu zaman dahulu ditukar kepada nama yang mempunyai sebutan Arab.

Hujah dan Bukti Yang Menyokong Teori

Page 6: Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

• Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje

• Disokong oleh Brian Harisson.

• Masyarakat Alam Melayu mengambil pandangan masyarakat India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal perdagangan dan kebudayaan.

• Agama Islam di Alam Melayu sama dengan yang dianuti oleh masyarakat Malabar yang berpegang kepada mazhab Shafie.

• Pengaruh perkataan India dalam kehidupan masyarakat Melayu.(lebai)

• Senibina masjid yang mempunyai kubah dikatakan pengaruh daripada senibina India.

Teori Kedatangan Islam dari India

Page 7: Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

• Pemberontakan yang berlaku di Canton sekitar 877 Masihi telah menyebabkan ramai orang Arab-Islam berhijrah ke Kalah(Kedah) dan Palembang.

• Datang melalui sepanjang panjang pantai Laut China Selatan dan dibawa oleh pedagang-pedagang Islam dari China pada 977 Masihi.

• R.A Kern: Islam sampai ke Alam Melayu dari sebelah Champa(Kemboja) pada abad ke-8 Masihi.

• Penemuan inskripsi yang mempunyai tulisan khat kufi yang bertarikh 1039M dan sebuah monumen bertarikh 1025M yang terkandung perkara tentang hukum-hakam Islam.

• Batu bersurat di Terengganu yang mempunyai persamaan dengan batu nisan yang ada di Champa Selatan.

• Persamaan batu nisan Fatimah binti Maimon yang dijumpai di Jawa Timur dengan batu nisan di Phanrany, Champa Selatan.

Teori Kedatangan Islam dari China dan Champa