KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA...

10
Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 760 KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA YANG DIAMALKAN OLEH INSTITUSI FATWA DI NEGERI KEDAH Kamarudin Ahmad & Shukri Ahmad Jabatan Pengajian Umum Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. [email protected] ABSTRAK Matlamat utama syariat Islam bukan sekadar untuk difahami bahkan perlu diamalkan di dalam kehidupan. Maknanya, kefahaman tentang ajaran Islam di zaman ini perlu dinilai bukan setakat dari pengamalan masyarakat awam, malah boleh dilihat melalui fatwa yang dikeluarkan. Semasa hayat baginda Rasulullah s.a.w., sebarang kemusykilan mengenai hukum dirujuk terus kepada baginda s.a.w. Ketetapan hukum yang diberikan oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah muktamad dan tidak timbul sebarang pertikaian mengenainya. Ketika zaman berikutnya, peranan Nabi s.a.w. sebagai tempat rujukan tidak lagi boleh didapati. Kawasan yang dikuasai oleh Islam pula semakin meluas dan pelbagai masalah baru timbul. Dalam keadaan sebegini, al-Quran dan al-Sunnah bertindak sebagai penyelesai kepada setiap persoalan yang timbul. Kertas kerja ini cuba mengupas dan menganalisis kedudukan al-Sunnah dalam konteks pola penulisan fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa negeri Kedah. Dengan kaedah penulisan yang betul dan menjadikan al-Quran dan al- Sunnah sebagai asas dalam penulisan fatwa, masyarakat tidak akan tersalah anggap dan mudah menerima serta memahami setiap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab. Bidang Kajian: fatwa, al-Sunnah, negeri Kedah. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1.0 Pendahuluan Penulisan ini pada asasnya akan melihat kedudukan penulisan fatwa dalam urusan kehidupan manusia yang sentiasa berkembang dan mendepani pelbagai masalah baru. Fatwa berkembang selari dengan perkembangan isu dan permasalahan hukum yang berlaku dalam masyarakat dan perlu difahami. Masyarakat awam kebanyakkannya mengetahui kedudukan fatwa melalui akhbar (media cetak) tanpa melihat kajian dan dalil-dalil yang telah digunakan untuk mengeluarkan hukum. Justeru itu, suatu tranformasi baru diperlukan. Penulisan fatwa perlu menggunakan kaedah penulisan yang baik untuk meredakan kekeliruan dan memberi kefahaman kepada masyarakat awam. Oleh itu, daripada pelbagai persoalan tersebut, maka tulisan ringkas ini cuba melihat kedudukan hadis sebagai suatu sumber hukum yang boleh menjadikan fatwa sebagai pembimbing dalam kehidupan masyarakat Melayu kini. 2.0 Kaedah-Kaedah Penulisan Fatwa Terdapat beberapa kaedah penulisan yang diamalkan oleh ulama semasa yang boleh dijadikan suatu standard dalam menghasilkan penulisan fatwa yang baik. Antara perkara asas dalam penulisan fatwa yang perlu dititikberatkan adalah seperti pertama setiap penulisan harus mempunyai pendahuluan yang menarik dan kesimpulan atau penutup yang tepat dan jitu. Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf Qardhawi (1996) perlu diolah dengan baik, menarik dan bersesuaian dengan pokok persoalan supaya masyarakat tidak merasakan jawapan yang dikeluarkan itu terlalu asing baginya. Penutup

Transcript of KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA...

Page 1: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 760

KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA YANG DIAMALKAN OLEH INSTITUSI FATWA DI NEGERI KEDAH

Kamarudin Ahmad & Shukri Ahmad

Jabatan Pengajian Umum Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah.

[email protected]

ABSTRAK

Matlamat utama syariat Islam bukan sekadar untuk difahami bahkan perlu diamalkan di dalam kehidupan. Maknanya, kefahaman tentang ajaran Islam di zaman ini perlu dinilai bukan setakat dari pengamalan masyarakat awam, malah boleh dilihat melalui fatwa yang dikeluarkan. Semasa hayat baginda Rasulullah s.a.w., sebarang kemusykilan mengenai hukum dirujuk terus kepada baginda s.a.w. Ketetapan hukum yang diberikan oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah muktamad dan tidak timbul sebarang pertikaian mengenainya. Ketika zaman berikutnya, peranan Nabi s.a.w. sebagai tempat rujukan tidak lagi boleh didapati. Kawasan yang dikuasai oleh Islam pula semakin meluas dan pelbagai masalah baru timbul. Dalam keadaan sebegini, al-Quran dan al-Sunnah bertindak sebagai penyelesai kepada setiap persoalan yang timbul. Kertas kerja ini cuba mengupas dan menganalisis kedudukan al-Sunnah dalam konteks pola penulisan fatwa yang dikeluarkan oleh institusi fatwa negeri Kedah. Dengan kaedah penulisan yang betul dan menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas dalam penulisan fatwa, masyarakat tidak akan tersalah anggap dan mudah menerima serta memahami setiap fatwa yang dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab.

Bidang Kajian: fatwa, al-Sunnah, negeri Kedah.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.0 Pendahuluan

Penulisan ini pada asasnya akan melihat kedudukan penulisan fatwa dalam urusan kehidupan manusia yang sentiasa berkembang dan mendepani pelbagai masalah baru. Fatwa berkembang selari dengan perkembangan isu dan permasalahan hukum yang berlaku dalam masyarakat dan perlu difahami. Masyarakat awam kebanyakkannya mengetahui kedudukan fatwa melalui akhbar (media cetak) tanpa melihat kajian dan dalil-dalil yang telah digunakan untuk mengeluarkan hukum. Justeru itu, suatu tranformasi baru diperlukan. Penulisan fatwa perlu menggunakan kaedah penulisan yang baik untuk meredakan kekeliruan dan memberi kefahaman kepada masyarakat awam. Oleh itu, daripada pelbagai persoalan tersebut, maka tulisan ringkas ini cuba melihat kedudukan hadis sebagai suatu sumber hukum yang boleh menjadikan fatwa sebagai pembimbing dalam kehidupan masyarakat Melayu kini.

2.0 Kaedah-Kaedah Penulisan Fatwa Terdapat beberapa kaedah penulisan yang diamalkan oleh ulama semasa yang boleh dijadikan suatu standard dalam menghasilkan penulisan fatwa yang baik. Antara perkara asas dalam penulisan fatwa yang perlu dititikberatkan adalah seperti pertama setiap penulisan harus mempunyai pendahuluan yang menarik dan kesimpulan atau penutup yang tepat dan jitu. Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf Qardhawi (1996) perlu diolah dengan baik, menarik dan bersesuaian dengan pokok persoalan supaya masyarakat tidak merasakan jawapan yang dikeluarkan itu terlalu asing baginya. Penutup

Page 2: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 761

pula adalah merupakan kesimpulan atau rumusan terhadap sesuatu perbincangan dan adalah bahagian akhir sesuatu penulisan. Kedua, ialah kaedah menyediakan jawapan. Oleh itu mufti yang bertindak sebagai pembimbing, pemimpin dan penyuluh jalan bagi umat perlu menyediakan dalil dan hujah dalam penulisan fatwa (Qardawi, 1996). Ibn Qayyim (1955) turut menyatakan, urusan fatwa adalah berkaitan dengan hukum dan agama Allah. Oleh itu dalil dan hujah dari sudut agama adalah diperlukan. Berikut adalah huraian ringkas antara dalil-dalil syarak dalam membuat sesuatu ketentuan hukum. i) Al-Quran

Ulama bersependapat, Al-Quran adalah hujah utama di dalam pembentukan hukum yang wajib ditaati. Terdapat tiga bentuk hukum di dalam Al-Quran iaitu kulliy, ijmaliy dan tafsily (Mohd. Salleh, 1999). Bentuk kulliy ialah ayat-ayat yang memberi keterangan secara keseluruhan. Kedua, ayat-ayat berbentuk ijmaliy. Iaitu menerangkan hukum secara umum yang memerlukan keterangan lebih lanjut. Ketiga, ayat-ayat berbentuk tafsily. Ayat-ayat ini mempunyai keterangan terperinci.

ii) Al-Sunnah

Manakala al-Sunnah menurut ahli usul, adalah segala yang dinukilkan dari Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan atau taqrir (persetujuan) selain dari al-Quran yang menjadi dalil syarak (Zaydan, 1987). Ia terbahagi kepada sunnat qawliyyat (perkataan), sunnat fi‘liyat (perbuatan) dan sunnat taqririyat (persetujuan).

Antara peranan al-Sunnah dalam penetapan hukum adalah: (Zaydan, 1987)

i. Menguatkan (mu’akkid) hukum yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran. Umpamanya sembahyang dan zakat diwajibkan melalui firman Allah s.w.t. yang bermaksud; “dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat” (Al-Quran, al-Nisa’: 77

ii. Memberikan keterangan (bayan) terhadap hukum-hukum Al-Quran. Ia terbahagi kepada tiga keadaan seperti berikut:

a. Menerangkan maksud lafaz mujmal di dalam al-Quran. Misalnya penerangan maksud lafaz mujmal dalam ayat perintah sembahyang.

b. Mentakhsiskan ayat ‘umum. Contohnya, perintah Allah s.w.t. yang umum, terkandung di dalam firmanNya:

Ertinya, “Allah perintahkan kepada kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan”.

(Al-Quran, al-Nisā’ :11)

Ayat ini adalah umum maksudnya. Ia meliputi semua anak, sama ada anak nabi dan anak yang membunuh, sedangkan ada diantara mereka tidak harus menerima pusaka. Perintah yang umum ini telah dikhususkan (takhsis) oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya:

“Kami para Nabi tidak dipusakai”.

(hadis riwayat Bukhari)

c. Membataskan ayat-ayat mutlaq. Contohnya, hukum berwasiat tentang harta benda yang tidak dibataskan had maksimumnya sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud:

“…sesudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau dibayar hutangnya..”

Page 3: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 762

(Al-Quran, al-Nisa’: 12)

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah membataskan had maksimum yang boleh diwasiatkan oleh seseorang ke atas harta yang dimilikinya sesudah mati.1

Selain itu, Hadis juga berperanan menjelaskan hukum yang tidak ada di dalam Al-Quran. Umpamanya, hukum haram memakan binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku kuat sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas r.a.:

“Rasulullah s.a.w. melarang memakan setiap binatang yang bertaring dari kumpulan binatang buas dan setiap binatang yang berkuku kuat dari kumpulan burung.”

(riwayat Muslim)

iii) Al-Ijma‘

Selain itu terdapat beberapa sumber lagi seperti, al-ijma’ al-Qiyas, al-maslahah al-musrsalah, al-urf dan lain-lain. Jumhur ulama berpendapat, al-ijma‘ adalah merupakan dalil yang qat‘iy bagi hukum yang diijma‘kan, jika ia menepati syarat-syaratnya. Ia mengikat kaum muslimin tanpa sebarang pertikaian (Zaydan, 1987). Ertinya ia boleh dijadikan hujah dan dalil bagi hukum syarak dan diwajibkan beramal dengannya (Yaakob, 1988). Terdapat beberapa nas yang menjelaskan hujahan al-ijma‘ antaranya, Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, (Al-Quran, al-Nisa’: 115)

“Dan sesiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan dia berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam neraka Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,“Umatku tidak sepakat untuk membuat kekeliruan” (riwayat Ibnu Majah)

Berkenaan dengan al-qiyas pula jumhur ulama berpendapat bahawa ia adalah hujah syarak ke atas hukum-hukum yang amali. Al-qiyas digunakan setelah tidak ditemui hukumnya dalam Al-Quran, Al-Sunnah dan ijma’. Oleh itu hukum yang diperolehi melalui al-qiyas ialah hukum syarak yang mengikat dan wajib diamalkan oleh kaum muslimin (Zaydan, 1987). Peranan al-Qiyas dalam sejarah hukum syarak sangat penting. Ia adalah satu metodologi hukum yang menjadi satu sendi penting dalam memberi jawapan hukum kepada pelbagai persoalan hidup yang semakin berkembang dan rumit (Firdaus, 2002).

Sementara Al-Maslahah al-Mursalah pula, Al-Ghazali berpendapat, maslahah bertujuan untuk menjaga lima matlamat syarak terhadap seluruh makhluk. Iaitu menjaga kesucian agama, keselamatan diri, kesejahteraan akal, kesucian keturunan dan keselamatan harta benda. Oleh itu, setiap tindakan yang bermatlamat untuk menjaga dan mengawal lima perkara tersebut dinamakan maslahat. Manakala setiap perkara yang boleh mengancam lima perkara tadi dinamakan mafsadat, dan tindakan mencegahnya dipanggil maslahat (al-Ghazali, 1322H; Yaakob, 1987)

1 Sabda baginda s.a.w.: Ertinya, “satu pertiga itu adalah banyak atau besar. Sebab jika kamu meninggalkan ahli

waris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada jika kamu meninggalkan mereka dalam keadaan

miskin yang meminta-minta daripada orang ramai”. (Muttafaq ‘alayh)

Page 4: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 763

Manakala al-’urf menurut al-Ghazali (1332H), adalah perkara yang telah mantap di dalam jiwa manusia dari segi akal fikiran dan diterima oleh tabiat yang sejahtera. Ia menjadi kebiasaan kepada manusia mempunyai tabiat-tabiat yang sejahtera dalam sesebuah masyarakat selagi tidak berlawanan dengan syarak. Al-‘urf juga ialah sesuatu yang telah menjadi kebiasaan kepada masyarakat dalam kehidupan harian sama ada perkataan atau amalan ( Khallaf, 1972). Selain al-‘urf, terdapat istilah al-‘adat yang mempunyai pengertian yang sama (Yaakob, 1996). Bahkan apabila dikatakan “hukum ini thabit dengan ‘urf dan ‘adat” bukanlah bererti ‘adat itu berlainan dari ‘urf, tetapi kedua-duanya adalah sama (Zaydan, 1987)2. Keunikan ’urf kerana ia terbentuk dari kebiasaan manusia yang terbit dari berbagai golongan. Sama ada golongan awam mahupun golongan tertentu. Ini berbeza dengan ijma’ yang terbentuk dari kesepakatan para ulama sahaja (Khallaf, 1985).

3.0 Prosedur Pengeluaran Fatwa

Secara umumnya, sesuatu fatwa wujud apabila ada persoalan daripada masyarakat Islam dan dikemukakan kepada pihak mufti yang bermaksud bahawa sebelum sesuatu fatwa itu dikeluarkan, perlulah ada pihak sama ada individu atau institusi3 yang berkehendakkan kepada fatwa tersebut. Namun, fatwa juga boleh dikeluarkan atas inisiatif mufti sendiri dalam menanggani sesuatu persoalan.

Peruntukan menjelaskan bahawa dari sudut tatacaranya, persoalan mengenai hukum syarak atau fatwa hendaklah diajukan terus kepada mufti. Mufti dan Jawatankuasa Fatwa juga berhak untuk mengeluarkan fatwa sama ada atas daya usahanya sendiri pada bila-bila masa. Begitu juga, fatwa boleh dikeluarkan atas titah perintah Ke bawah DYMM Sultan. Berkenaan hal ini, Seksyen 19(1)(a)(b) memperuntukkan seperti berikut:

Tertakluk kepada Seksyen 21, Jawatankuasa Fatwa hendaklah;

(a) atas titah perintah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, atau (b) atas kehendaknya sendiri mengeluarkan suatu fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau atas apa-apa isu yang berhubung dengan hukum syarak.

Peruntukan juga menyebutkan bahawa fatwa boleh dikeluarkan apabila ada permohonan secara bertulis kepada mufti. Enakmen 2008 menyatakan:

‘Seksyen 19(c): Atas permintaan oleh mana-mana orang melalui surat atau apa-apa cara yang dialamatkan kepada Mufti’.

2 Namun, ‘adat lebih umum daripada ‘urf. ‘Adat mencakupi sama ada perkara yang dibiasakan pada setiap

orang, khusus bagi dirinya mahupun oleh masyarakat. Perbezaan antara keduanya, ‘adat mungkin terbit

daripada orang perseorangan dan kumpulan, manakala ‘urf pula hanya terbit dari kumpulan atau orang ramai.

Selain itu, ‘adat bersumberkan akal fikiran, naluri atau tabiat semulajadi atau sesuatu peristiwa khusus,

sedangkan ‘urf pula hanya bersumberkan kepada akal sahaja (Yaakob, 1988). 3 Dari segi amalan, pemohon sesuatu fatwa diminta memperkenalkan diri dengan menyatakan nama, kad

pengenalan, alamat dan lain-lain. Manakala institusi pula terbahagi kepada agensi kerajaan dan pertubuhan

sukarela (Hidayat, 2004).

Page 5: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 764

Peruntukan di atas menunjukkan bahawa permintaan boleh dibuat dengan surat dan apa-apa cara sahaja. Berdasarkan amalan, permohonan boleh dikemukakan melalui surat, telefon, faks atau berjumpa terus dengan Pejabat Mufti. Setelah menerima persoalan yang dikira sesuai, mufti boleh mengarahkan suatu kajian atau penyelidikan dijalankan oleh pegawai penyelidik dan satu kertas kerja disediakan. Peruntukan Perkara 21(1) menyatakan:

‘Sebelum mengeluarkan sesuatu fatwa, mufti boleh menyebabkan satu kajian atau penyelidikan dijalankan oleh pegawai penyelidik sebagaimana yang diarahkan olehnya dan satu kertas kerja disediakan’.

Peruntukan ini menjadi perkara asas dan penting dalam amalan fatwa kerana fatwa itu sendiri bukan merupakan pandangan hukum yang spontan dan tanpa disiplin tertentu. Bahkan, menurut Daud Bakar (1997), ia adalah satu proses pemetikan hukum yang sistematik. Selain itu, pihak Jawatankuasa Fatwa akan mempunyai waktu yang mencukupi untuk membuat semakan terhadap sesuatu isu.

Kertas kerja tersebut akan menyediakan segala butiran berkaitan dalil-dalil dan rujukan untuk dibincangkan. Namun, kajian dan penyelidikan tersebut tidak hanya dilakukan oleh pihak berkuasa fatwa sahaja, bahkan ia boleh dilakukan dengan bantuan pihak luar seperti, pandangan pakar ekonomi atau pakar kesihatan4 dalam memberikan maklumat tambahan yang diperlukan.

Peruntukan undang-undang juga telah menyatakan tentang prosedur yang menjadi garis panduan bagi mufti dan Jawatankuasa Fatwa Kedah dalam menjalankan tugasnya sebagai sumber rujukan hukum. Peruntukan menyatakan bahawa sebarang persoalan hendaklah diselesaikan berdasarkan pendapat mazhab Syafi’i. Enakmen No. 6, Seksyen 26(1) memperuntukkan:

“Dalam mempertimbangkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 21 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 25 Jawatankuasa fatwa hendaklah, pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafi’i berlandaskan al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulamak dan Qiyas”.

Secara amnya, Mazhab Syafi’i dijadikan sumber rujukan utama dalam menetapkan fatwa. Namun, jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa qaul muktamad dari Mazhab Syafi’i boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, pihak Jawatankuasa Fatwa bolehlah dengan keizinan daripada DYMM Sultan mengikut qaul muktamad dari Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Enakmen 2008 menyebutkan:

Seksyen 26. (2): “Jika Jawatankuasa fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafi’i suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi,

4 Umpamanya, fatwa tentang permohonan bagi mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa mengenai halal

haram vaksin campak dari Jabatan Kesihatan Negeri Kedah. Dr Zahariah bt Yaakob, wakil Jabatan Kesihatan

Negeri Kedah telah dijemput untuk memberikan penerangan tentang vaksin tersebut (Lihat buku 4, fatwa no.

48). Contoh yang lain adalah Dr Anuar Husaini bin Husain, pakar sakit puan Hospital Besar Alor Setar pernah

dijemput untuk menetukan pengesahan status ‘khunsa’ seorang pengad (Lihat buku 4, soalan no. 55). Selain itu,

Jawatankuasa Fatwa juga pernah mendapatkan kenyataan dari tukang-tukang emas yang berpengalaman dan

mempunyai pengetahuan tentang jenis-jenis logam. Kenyataan ini untuk membantu Jawatankuasa Fatwa

menjawab soalan berkenaan apakah hukum memakai cincin suasa (Lihat buku 1, soalan no. 114).

Page 6: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 765

Maliki atau Hambali setelah mendapat perkenan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan”.

4.0 Hasil kajian kedudukan hadis dalam penulisan fatwa di negeri Kedah

4.1 Analisa Statistik Fatwa

Pada keseluruhannya, sehingga tahun 2009, terdapat empat buah buku himpunan fatwa yang dihasilkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah. Ia merangkumi berbagai bidang. Hasil kajian yang dilakukan ke atas fatwa-fatwa yang ditulis oleh Jabatan Mufti dalam koleksi himpunan fatwa adalah seperti berikut:

Rajah 1: Bilangan fatwa mengikut jilid himpunan fatwa.

Keseluruhannya, terdapat sebanyak 566 fatwa yang telah ditulis oleh Pejabat Mufti dalam empat himpunan fatwanya yang telah disediakan untuk tatapan umum. Berdasarkan kepada analisis deskriptif yang dijalankan melalui rajah 1 menunjukkan wujud perbezaan jumlah yang agak ketara. Jilid 1 sahaja sebanyak 351 (62.01%) fatwa dikeluarkan. Jilid 2 sebanyak 83 (14.31%) fatwa dikeluarkan, jilid 3 sebanyak 78 (13.96%) dikeluarkan. Manakala jilid 4 pula hanya 54 (9.72%) sahaja fatwa yang ditulis. Keadaan ini berlaku kerana jilid-jilid ini mewakili fatwa-fatwa untuk beberapa tahun yang berbeza. Jilid 1 bermula dari tahun 1964–1993, jilid 2 dari 1994–2002, jilid 3 dari 2003–2008 dan yang terakhir dari 2008–2009.

Page 7: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 766

Rajah 2: Kategori fatwa mengikut kesesuaian masalah.

Fatwa-fatwa yang dihimpunkan ini secara keseluruhannya telah dikategorikan kepada lima bidang mengikut kesesuaian masalah fatwa tersebut. Kategori pertama berkaitan dengan tauhid mengandungi 7.95% (45) fatwa. Kategori kedua berkaitan ibadat, 39.40% (223) fatwa. Ketiga, pula munakahat sebanyak 8.48% (48) fatwa, keempat, mualamat sebanyak 7.95% (45) fatwa dan kelima, kategori umum sebanyak 36.22% (205) fatwa.

Rajah 2 di atas jelas memaparkan bahawa fatwa berkaitan ibadat adalah merupakan jumlah terbanyak yang dikeluarkan berbanding dengan fatwa-fatwa yang lain. Ia mewakili hampir separuh (39.40%) daripada fatwa-fatwa dalam kategori yang lain. Keadaan ini menggambarkan keperihatinan masyarakat Islam terhadap ibadat yang mereka laksanakan. Apatah lagi ibadat merupakan asas terpenting dalam kehidupan umat Islam demi menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Malahan mereka juga mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam mempelajari dan melaksanakan bidang ibadat dengan sempurna. Selain itu, ibadat sembahyang contohnya merupakan faktor kejayaan seseorang manusia di akhirat. Justeru itu, kebimbangan masyarakat terhadap amalan yang mereka lakukan menyebabkan banyak persoalan diajukan kepada pihak Jawatankuasa Fatwa.

Berdasarkan jadual 1 di bawah, jumlah fatwa yang meletakkan dalil dan rujukan dalam penulisan fatwa adalah sebanyak 163 (28.8%) fatwa dari jumlah keseluruhan fatwa iaitu 566. Berdasarkan kepada pecahan pendalilan bagi jilid-jilid fatwa, dapatan kajian menunjukkan sebanyak 81 (49.7%) rujukan dinyatakan dalam penulisan fatwa. Manakala sebanyak 82 (50.3%) menyatakan dalil-dalil al-Qur’an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas dalam penulisan fatwa di Kedah. Ini menunjukkan sebanyak 403 (71.2%) fatwa lagi tidak menyatakan dalil dan juga rujukan dalam penulisan fatwa yang dikeluarkan. Pecahan kekerapan penulisan berdasarkan rujukan dan dalil dihuraikan secara lanjut di bawah ini.

Page 8: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 767

Jadual 1: Dalil-dalil syarak/rujukan mengikut jilid.

Jilid 1 Jilid 2 Jilid 3 Jilid 4 Jumlah Semua

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

Al-Quran 8 11.3 5 15.2 1 3.03 3 11.5 17 10.4

Ijma' 6 8.5 5 15.2 5 15.15 3 11.5 19 11.7

Qiyas 3 4.2 1 3.0 2 6.06 0 0.0 6 3.7

Rujukan 33 46.5 13 39.4 21 63.64 14 53.8 81 49.7

Sunnah 21 29.6 9 27.3 4 12.12 6 23.1 40 24.5

71 100.0 33 100.0 33 100.00 26 100.0 163 100.0

4.2 Al-Hadis

Berdasarkan peruntukan, hadis adalah sumber yang diaplikasikan oleh pihak Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dalam mengeluarkan fatwa. Peruntukan enakmen 2008 menyebutkan:

“Dalam mempertimbangkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 21 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 25 Jawatankuasa Fatwa hendaklah, pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Syafi’i berlandaskan al-Quran dan hadis”.

Maka berdasarkan peruntukan di atas, hadis juga adalah merupakan sumber kepada hukum yang dilaksanakan di negeri Kedah. Setiap keputusan fatwa yang dikeluarkan akan dirujuk kepada hadis terlebih dahulu. Contohnya ialah yang mana yang afdal witir jamaah selepas tarawih di awal malam atau witir di akhir malam tanpa berjamaah Fatwa Kedah menyebutkan ‘Disunatkan ta’khirkan witir dari awal malam kepada akhir malam sekalipun luput jamaah kerana ta’khir itu di dalam bulan Ramadhan iaitu bagi mereka yang mempercayai dirinya boleh jaga dari lenanya sebelum fajr, jika tidak maka afdal disegerakannya pada awal malam. Diriwayat oleh imam Muslim sabda Rasululullah s.a.w, ertinya: ‘sesiapa yang bimbang tiada dapat bangun di akhir malam maka berwitirlah ia pada awalnya dan barangsiapa yang berkecederungan bangun diakhir malam maka berwitirlah ia di akhir malam kerana sembahyang di akhir malam disaksikan oleh para malaikat’. Dan pada sunat ta’khirnya di atas segala sembahyang yang dilakukan pada waktu malam umpamanya sunat rawatib, tarawih, sembahyang qada, sunnat mutlak sebelum tidur atau sunat tahajjud iaitu selepas tidur. Sabda Rasulullah s.a.w., ertinya hendaklah kamu jadikan witir akhir segala sembahyang di waktu malam. Riwayat Bukhari dan Muslim. (Lihat buku 2 fatwa no 26).

Dapatan kajian menunjukkan hampir 24.5% (40) penulisan fatwa yang dikeluarkan adalah merujuk kepada hadis. Manakala berdasarkan pecahan jilid pula, rajah 3 di bawah memaparkan jilid 1 adalah sebanyak 21 (53%) fatwa, jilid 2, 9 (22%) fatwa, jilid 3 pula 4 (10%) dan jilid 4 sebanyak 6 (15%) fatwa. Antara kitab-kitab hadis yang dijadikan sumber rujukan pula ialah; Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, Sunan al-Nasai dan Sunan Ibn Majah. Manakala kitab hadis hukum pula seperti Bulugh al-Muram oleh Ibn Hajar, Muntaqa al-Akhbar oleh Ibn Taimiyyah, ‘Umdat al-Ahkam oleh Abdul Ghani, Ahadith al-Ahkam oleh ‘Ali Hasan Ahmad al-Dariy, Al-Hadis al-Fiqhiyyah oleh ‘Ali Hasan Ahmad al-Dariy. Selain itu terdapat kitab Nail al-Authar dan Ihkam al-Ahkam dan Syarh Umdat al-Ahkam.

Page 9: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 768

Rajah 3: Kekerapan hadis dalam penulisan fatwa.

5.0 Kesimpulan

Kekuatan sesuatu fatwa adalah bergantung kepada dalil yang dikemukakan. Ringkasnya untuk menghasilkan suatu bentuk penulisan fatwa yang baik dan mampu difahami, maka selain Al-Quran, al-Ijma, al-Qiyas dan lain dalil, Hadis adalah antara hujahan yang perlu dipersembahkan kepada masyarakat. Ini kerana kekuatan fatwa juga diukur dari kefahaman masyarakat. Oleh itu, bentuk penulisan yang baik adalah perlu agar masyarakat memahami, menerima dan mengamalkan setiap fatwa yang dikeluarkan.

Rujukan

Abū Zahrah, Muhammad. (1997). Usūl al-Fiqh. Kaherah: Dār al-Fikr al’Arabī

Mohd Daud Bakar. (1997). ”Instrumen Fatwa dalam Perkembangan Perundangan Islam”. Jurnal

Syariah, Jld. 5. Bil.1. hlm.1-14.

Al-Ghazāli, Abu Hamid. (1324H). al-Mustasfā min ‘Ilm al-Usūl. Kaherah: Matba’ah al-‘Amiriyyah

Al-Qardawī, Yūsuf. (1996). Huda al-Islam: Fatawa Muasirah. Kuwait: Dar al-’Ilm Li al-Nasyr wa al-Tawzi’

Al-Qarafi, Shihāb al-Din. (1976/1387). Al-Ihkām fi tamyiz al-fatwa ‘an al-Ahkām wa Tasarufat al-Qadī wa al-Imam. Matba’ah al-Matbūa’t al-Islāmiyyah.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1955). A’lām al-Muwaqqi’īn ’An Rab al-’Ālamīn. Kaherah: Mataba’ah al-Tijariyyah al-Kubra

Ibn al-Salāh, Abu ‘Amru Uthman. (1986). Fatāwa wa Masāil Ibn al-Salāh. Beirut: Dar al-Mā’rifah Mohd. Salleh Haji Ahmad. (1999). Pengantar Syari’at Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid.

Muhammad Firdaus Nurul Huda. (2002). Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam: Satu Kajian Tentang Metodologi Syariah dan Pelaksanaannya. Selangor: Thinker’s Library Sdn Bhd.

Page 10: KEDUDUKAN HADIS DALAM POLA PENULISAN FATWA …worldconferences.net/proceedings/icssr2014/toc/papers_icssr2014/IC... · Pendahuluan mengikut Dr. Yusuf ... Bentuk kulliy ialah ayat-ayat

Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014, Kota Kinabalu, Sabah, MALAYSIA. Organized by http://WorldConferences.net 769

Yaacob Ismail. (1988). Usul Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam

Zaydān, Abd Karim. (1987). al-Wajīz fī Usūl al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah. Zibari, Amir Sa’id. (1995). Mabahith fi Ahkam al-Fatwa. Beirut: Dar Ibn Hazm