KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian...

24
KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH MENGENAI IKATAN KIMIA HAFILAH BINTI OTHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian...

Page 1: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH

MENGENAI IKATAN KIMIA

HAFILAH BINTI OTHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH

MENENGAH MENGENAI IKATAN KIMIA

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya: HAFILAH BINTI OTHMAN (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 697-B, KG GONG RUSILA 21080 MARANG TERENGGANU

PM. DR. MOHAMMAD YUSOF BIN HJ ARSHAD

Nama Penyelia Tarikh : 17 NOVEMBER 2008 Tarikh : 17 NOVEMBER 2008 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

PENGAKUAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ……………………………………………………………

Nama Penyelia : PM DR. MOHAMMAD YUSOF BIN ARSHAD

Tarikh : 17 NOVEMBER 2008

Page 4: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH

MENGENAI IKATAN KIMIA

HAFILAH BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dihasilkan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2008

Page 5: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ………………………………………………………...

Nama penulis : HAFILAH BINTI OTHMAN

Tarikh : 17 NOVEMBER 2008

Page 6: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

iv

DEDIKASI

Khas buat ayahanda dan bonda yang dikasihi,

Othman bin Ismail dan Zainon binti Ibrahim.

Budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

Berkat doa dan dorongan kalian,

Menjadi penawar dan semangat untukku.

Teristimewa untuk suami yang tercinta,

Mat Yassim bin Mahmood.

Pengorbananmu amat ku hargai,,

Kata perangsangmu ubat paling mujarab buatku,

Akan ku semat ianya dalam kalbuku,

Akan ku ingati sepanjang hayatku.

Dan anak-anak yang disayangi,

Danish Muqri dan Danish Nazrin.

Kalian menjadi sumber inspirasiku,

dalam merempuh liku dan ranjau.

Buat pensyarah-pensyarah, guru-guru, serta teman seperjuangan terutamanya Sy.

Natrah Syahimah yang sentiasa menyokong dan tidak jemu memberi buah fikiran,

ribuan terima kasih ku ucapkan di atas sumbanganmu..

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang kalian berikan.

Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Page 7: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

v

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, saya telah dapat

menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini mengikut waktu yang telah

ditetapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Prof.

Madya Dr. Mohammad Yusof bin Haji Arshad , selaku penyelia PSM yang telah

banyak memberi panduan, bimbingan, teguran dan nasihat tanpa mengenal erti jemu

sepanjang proses perlaksanaan projek ini.

Kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian

Pelajaran Malaysia, guru-guru kimia, pelajar serta pihak pentadbir Sekolah

Menengah Kebangsaan Rusila, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara,

Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Marang dan Sekolah Menengah

Kebangsaan Serating amatlah dihargai.

Selain itu, ucapan terima kasih juga buat semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam mambantu menyiapkan Laporan Projek Sarjana

Muda ini.

Page 8: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kefahaman pelajar dalam menerangkan

konsep asas kimia dalam tajuk Ikatan Kimia. Kajian turut mengenal pasti kerangka

alternatif pelajar yang wujud. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat aliran sains

dari empat buah sekolah menengah di daerah Marang, Terengganu terlibat sebagai

sampel kajian. Soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan

Bahagian B dijadikan sebagai instrumen kajian. Bahagian A terdiri daripada latar

belakang responden manakala bahagian B terdiri daripada 26 item yang menguji

konsep ikatan kimia. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis secara manual dan

dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Tahap penguasaan pelajar

ditentukan berdasarkan rujukan kriteria gred yang biasa digunakan iaitu Penilaian

Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). Secara keseluruhan, kefahaman pelajar

mengenai konsep ikatan kimia adalah pada tahap yang sangat lemah. Beberapa

implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan. Cadangan kajian

lanjutan turut dikemukakan.

Page 9: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

vii

ABSTRACT

The purpose of this research was to identify the students’ understanding of

chemistry basic concepts for chemical bond topic. The research was designed to

identify the alternative frameworks of the students. Sample of 100 form four

students from science stream in four Secondary Schools in Marang district,

Terengganu were involved in this study. Questionnaire which consisted of two parts,

Section A and Section B was used as the instrument. Section A consisted of

student’s personal detail while Section B consisted of 26 items on chemical bond

concepts. All the data obtained were analyzed manually and presented in frequency

and percentage. The students’ mastery level is determined by using Penilaian

Kriteria Berasaskan Sekolah (PKBS). The result of this research showed that the

students’ understanding of the concepts is very weak. Some implications and

suggestions to improve the students’ understanding in chemical bond concept were

discussed. Suggestions for further research were given as well.

Page 10: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI GAMBAR RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif 6

1.5 Persoalan kajian 7

1.6 Kepentingan kajian 7

1.7 Skop kajian 8

1.8 Batasan kajian 8

1.9 Definisi istilah 9

1.10 Penutup 10

Page 11: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

ix

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sains Dan Kurikulum Sains 12

2.3 Masalah Dalam Mempelajari Kimia 14

2.3.1 Kefahaman Pelajar Mengenai Konsep Sains 14

2.3.2 Kerangka alternatif 16

2.4 Masalah Dalam Mempelajari Topik Ikatan Kimia 19

2.4.1 Masalah melukis gambar rajah titik silang 20

2.4.2 Penggunaan istilah/bahasa yang salah 22

2.4.3 Masalah gambaran konsep abstrak 24

2.4.4 Masalah menulis formula kimia, persamaan

kimia dan simbol kimia 24

2.5 Penutup 26

3 METODOLOGI 27

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk kajian 27

3.3 Tempat kajian 28

3.4 Subjek kajian

3.4.1 Populasi 28

3.4.2 Sampel kajian 29

3.5 Instrumen kajian 30

3.6 Prosedur kajian 31

3.7 Analisis data 32

3.8 Penutup 33

Page 12: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

x

4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 34

4.1 Pengenalan 34

4.2 Kefahaman pelajar dalam melukis gambar rajah

susunan elektron sebatian ionik dan sebatian kovalen 35

4.2.1 Kemahiran pelajar melukis gambar rajah

titik silang bagi sebatian kovalen 36

4.2.2 Kemahiran pelajar melukis gambar rajah

titik silang bagi sebatian ionik 41

4.3 Kefahaman pelajar dalam penggunaan istilah/bahasa

dalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik

dan sebatian kovalen 42

4.3.1 Kemahiran pelajar menerangkan pembentukan

ikatan kovalen 43

4.3.2 Kemahiran pelajar menerangkan pembentukan

ikatan ionik 47

4.3.3 Kefahaman pelajar menentukan jenis zarah yang

terdapat di dalam sesuatu sebatian yang diberikan 49

4.4 Kefahaman pelajar dalam menggambarkan

konsep abstrak 51

4.4.1 Kemahiran pelajar menggambarkan

konsep abstrak tentang tindak balas antara molekul

oksigen dan hidrogen 52

4.4.2 Kemahiran pelajar menggambarkan

konsep abstrak tentang gambaran sebatian tertentu

berbantukan simbol 54

4.4.3 Kemahiran pelajar menggambarkan

konsep abstrak tentang bilangan ion klorin yang

terlibat dalam pembentukan sodium klorida

berbantukan gambar rajah 57

Page 13: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

xi

4.4.4 Kemahiran pelajar menggambarkan

konsep abstrak tentang perwakilan gambar rajah

tali dan bola 60

4.4.5 Kemahiran pelajar menggambarkan

konsep abstrak tentang perwakilan ikatan kimia 62

4.4.6 Kemahiran pelajar menggambarkan

konsep abstrak tentang contoh sebatian yang boleh

mewakili gambar rajah tersebut 63

4.5 Kefahaman pelajar dalam menulis formula kimia,

persamaan kimia dan simbol kimia. 64

4.5.1 Kemahiran pelajar menentukan formula kimia

bagi sebatian yang diberikan 65

4.5.2 Kemahiran pelajar menentukan persamaan

kimia yang terlibat berdasarkan gambar rajah 67

4.6 Penutup 68

5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN 69

5.1 Pengenalan 69

5.2 Rumusan 69

5.3 Implikasi Kajian 71

5.4 Cadangan 72

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.6 Penutup 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 80

Page 14: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Bilangan responden bagi setiap sekolah 29

3.2 Taburan item soal selidik 30

4.1 Taburan responden terhadap item 1a (i), (ii), (iii), (iv) 36

4.2 Taburan responden terhadap item 5 (c) 41

4.3 Taburan responden terhadap item 1b (i), (ii), (iii), (iv) 43

4.4 Taburan responden terhadap item 5 (b) 48

4.5 Taburan responden terhadap item 2b (i), (ii), (iii) 49

4.6 Taburan responden terhadap item 3 52

4.7 Taburan responden terhadap item 4 (a), (b), (c), (d) 55

4.8 Taburan responden terhadap item 5 (a) 57

4.9 Taburan alasan terhadap item 5 (a) bagi jawapan 1 Cl- 58

4.10 Taburan alasan terhadap item 5 (a) bagi jawapan 4 Cl- 59

4.11 Taburan responden terhadap item 7 (a) 61

4.12 Taburan responden terhadap gambar rajah yang diberikan 61

4.13 Taburan responden terhadap item 7 (b) 62

Page 15: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

xiii

4.14 Taburan responden terhadap item 7 (c) 63

4.15 Taburan responden terhadap item 2a (i), (ii), (iii) 65

4.16 Taburan responden terhadap item 6 67

Page 16: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

xiv

SENARAI GAMBAR RAJAH

NO. GAMBAR RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Tiga aras pembinaan konsep sains 3

Page 17: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

xv

SENARAI LAMPIRAN

TAJUK HALAMAN

Borang soal selidik pelajar 80

Surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan

dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), KPM

Surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Terengganu

Page 18: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Falsafah Pendidikan Sains Negara, Pendidikan Sains di Malaysia

memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan individu yang kompetatif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta

dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi. Sains merangkumi

matapelajaran Kimia, Fizik dan Biologi. Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang

mengkaji tentang jirim secara makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan

dan penghasilan serta penggunaan bahan. Kimia mempunyai kaitan yang rapat

dengan kehidupan manusia (KPM, 2000).

Perkataan Kimia adalah diterbitkan daripada perkataan orang Egypt iaitu

kemia iaitu bagi orang Egypt ia bermaksud tanah hitam Nil. Kaedah saintifik sedang

dikembangkan dan Kimia telah diletakkan ke dalam asas yang kukuh. Robert Boyle

(1627-1691) telah dianggap sebagai orang yang menemukan Kimia Moden

(Newbury, 1965). Mata pelajaran Kimia adalah program dua tahun untuk pelajar

Tingkatan empat dan lima sekolah menengah atas. Ia dirancang untuk membolehkan

Page 19: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

pelajar memahami bidang kimia dengan lebih mendalam daripada aspek teori,

konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian.

Kimia adalah salah satu cabang ilmu dalam Sains yang mengkaji bahan yang

terdapat dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku terhadap bahan-bahan

tersebut apabila saling interaksi antara satu sama lain (Buni Sunade, 2001). Kimia

merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas yang bertujuan

untuk melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia,

kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta mampu mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni.

Kimia juga merupakan bidang yang sangat mencabar dan penting untuk

dipelajari oleh setiap individu. Kimia merupakan asas Sains yang menitikberatkan

stuktur dan perlakuan atom, komposisi dan ciri-ciri sebatian, tindakbalas antara

sesuatu bahan serta peraturan yang menyatukan fenomena-fenomena tersebut kepada

sistem yang komprehensif. Kebanyakan pelajar melihat kimia sebagai sesuatu yang

menyusahkan dan memerlukan imaginasi yang tinggi. Sebenarnya kimia bukannya

suatu bidang yang asing jika hendak dipadukan dengan Fizik dan Biologi.

Pelbagai perubahan telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam

Kurikulum Kimia bagi membantu guru dan para pelajar dalam mengubah persepsi

mereka terhadap mata pelajaran ini. Bermula dengan Kurikulum Kimia Tradisi

berubah kepada Kurikulum Kimia Moden (1972), seterusnya Kimia KBSM (1989)

dan yang terkini Kimia KBSM baru yang disemak semula (2002). Proses

penyemakan ini adalah bertujuan untuk menyambut cabaran terkini dan akan datang

seperti perkembangan sains dan teknologi yang canggih, ledakan maklumat tanpa

sempadan serta ke arah mencapai wawasan 2020.

Salah satu matlamat Kurikulum Kimia adalah bertujuan untuk melahirkan

murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kimia dan mampu

2

Page 20: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan

nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan

harian. Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan dengan jelas bahawa Kimia

merupakan satu mata pelajaran yang sangat mustahak dipelajari oleh semua murid

sekolah dan pada semua peringkat sebagai persediaan untuk menjadi generasi yang

akan memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kimia merupakan salah satu cabang sains yang mengandungi konsep-

konsep abstrak yang memerlukan aras kognitif yang tinggi untuk mempelajarinya.

Bagi menguasai sains, pelajar perlu menguasai konsep-konsep yang merupakan asas

untuk menguasai prinsip dan hukum-hukum sains yang lebih kompleks. Penguasaan

konsep ini tidak dapat dibina dengan mudah kerana ia memerlukan penguasaan yang

tepat pada ketiga-tiga aras pengkonsepsian itu iaitu aras makroskopik, mikroskopik

dan persimbolan kerana setiap subkonsep ini adalah saling berkaitan dan

mempengaruhi antara satu sama lain. Makroskopik merupakan perkara yang dapat

dilihat, dihidu dan disentuh dan mikroskopik tidak dapat dilihat dan abstrak seperti

atom, elektron dan molekul. Persimbolan pula merujuk kepada suatu simbol sebagai

representasi pengetahuan.

Makroskopik

Mikroskopik Persimbolan

Rajah 1.1 : Tiga aras pembinaan konsep kimia

Pembinaan konsep kimia

3

Page 21: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

Kurikulum Sains dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

menyediakan 14 topik dalam kimia untuk dikuasai oleh para pelajar peringkat

sekolah menengah. Antaranya ialah jadual berkala, ikatan kimia, asid dan bes serta

banyak lagi. Kajian ini akan lebih memfokuskan kepada ikatan kimia. Ikatan kimia

merupakan bab yang ke lima dalam buku teks kimia tingkatan empat. Ikatan kimia

telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ikatan ionik dan ikatan kovalen.

Seluruh dunia ini terdiri daripada bahan yang terbentuk hasil dari ikatan kimia.

Hampir kesemua benda yang dilihat ataupun disentuh dalam kehidupan harian adalah

hasil dari ikatan kimia atau lebih tepat lagi hasil dari banyak ikatan kimia.

Contohnya ialah udara yang disedut, makanan yang dimakan, pakaian yang dipakai

dan lain-lain lagi.

Dalam topik ikatan kimia, perkara yang perlu dikuasai oleh pelajar ialah

memahami asas pembentukan sebatian, mensintesiskan konsep pembentukan ikatan

ion, mensintesiskan pembentukan ikatan kovalen dan menganalisis sifat sebatian ion

dan sebatian kovalen. Walau bagaimanapun, mengikut pengalaman pengkaji semasa

mengikuti latihan mengajar, pelajar-pelajar sangat sukar untuk menguasai topik

tersebut. Pengkaji telah membuat kesimpulan awal bahawa faktor yang

menyebabkan kesukaran tersebut ialah pelajar-pelajar tidak dapat memahami secara

mendalam dalam topik yang sebelumnya iaitu topik jadual berkala.

Ini kerana topik ikatan kimia memerlukan para pelajar mengetahui cas setiap

unsur yang terlibat dalam pembentukan ikatan kimia. Untuk mengetahui cas setiap

unsur para pelajar perlu menguasai jadual berkala. Selain itu, para pelajar juga tidak

dapat membayangkan dengan tepat bagaimana atom-atom yang terlibat boleh

berikatan antara satu sama lain. Ini kerana pembentukan ikatan contohnya antara

atom sodium (Na) dan atom klorin (Cl) tidak dapat dilihat dengan mata kasar

ataupun secara semulajadi.

Konsep ikatan kimia adalah sesuatu yang abstrak. Memandangkan sesuatu

yang mustahil untuk membina konsep yang lengkap dan mudah difahami, para

4

Page 22: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

pelajar dipaksa untuk menerima konsep-konsep tersebut tanpa perbincangan dan

kefahaman yang sebenar-benarnya. Bagi guru-guru, pelajar yang baik ialah pelajar

yang mampu mengingat penerangan secara teori terhadap sesuatu yang mereka tidak

faham. Hal ini menyebabkan para pelajar berlumba-lumba untuk menghafal tanpa

memahamkan konsep-konsep tersebut. Hasil kajian oleh Silberman (1979) telah

membuktikan bahawa kelemahan memahami sesuatu hukum mahupun konsep

merupakan salah satu sebab mengapa pelajar menghadapi masalah dalam

mempelajari subjek kimia.

Di samping itu, terdapat banyak konsep alternatif yang wujud dalam topik

ikatan kimia. Konsep alternatif ini secara terang-terangan menyimpang dari konsep

yang sebenar. Apabila para pelajar menerima konsep alternatif tersebut tanpa

pengetahuan yang sebenar, mereka akan sukar untuk menerima konsep apabila

diberitahu konsep yang sebenar.

Ikatan kimia merupakan tajuk kimia yang kompleks dan memerlukan tahap

pemahaman yang sofistikated (Taber, 1995). Berdasarkan keputusan dalam

peperiksan SPM, ramai pelajar masih keliru menjawab soalan-soalan ringkas

peringkat Kimia KBSM (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1994). Guru-guru

disarankan supaya memberi penekanan kepada tajuk Struktur Atom, Formula Kimia,

Jadual Berkala Unsur dan Ikatan Kimia yang merupakan asas kimia yang perlu

dikuasai pelajar (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004).

1.3 Pernyataan Masalah

Hasil kajian oleh Silberman (1979) telah membuktikan bahawa kelemahan

memahami sesuatu hukum mahupun konsep merupakan salah satu sebab mengapa

pelajar menghadapi masalah dalam mempelajari subjek kimia. Pemahaman konsep

5

Page 23: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

yang salah atau lebih dikenali sebagai miskonsepsi seringkali menyebabkan prestasi

pelajar rendah (Aziz, 1992). Masalah dalam pembelajaran kimia tidak terhad kepada

cara-cara untuk menyelesaikan soalan kimia tetapi turut merangkumi masalah

kelemahan konsep kimia (Ogilvie, 1992). Pelajar hanya menggunakan bahasa buku

semata-mata dan tidak dapat membina perkataan sendiri untuk menjelaskan sesuatu

konsep.

Pelajar-pelajar sering menghadapi masalah apabila mempelajari kimia

disebabkan tidak menguasai formula dan persamaan kimia serta simbol kimia

tersebut, malah sering menghadapi salah konsep berkaitan molekul dan ikatan kimia

(Don, 1992). Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab

soalan-soalan peringkat SPM bagi tajuk Ikatan Kimia ialah tidak dapat menulis

susunan elektron bagi ikatan ionik dan ikatan kovalen yang terbentuk, tidak dapat

melukis gambar rajah susunan elektron bagi menunjukkan pembentukan ikatan ionik

dan ikatan kovalen di samping membuat gambaran mental tentang pembentukan

ikatan ini. Selain itu, pelajar masih keliru untuk membezakan ikatan ionik dan ikatan

kovalen dan sifat-sifat sebatian ionik dan kovalen.

Berdasarkan kepada masalah ini, satu kajian dijalankan ke atas pelajar bagi

mengenalpasti sejauh mana tahap penguasaan pelajar-pelajar tingkatan empat di

empat buah sekolah menengah di daerah Marang, Terengganu terhadap topik Ikatan

Kimia.

1.4 Objektif

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa objekif . Objektif kajian ini

adalah seperti berikut:

6

Page 24: KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH · PDF filedalam pembentukan ikatan kimia sebatian ionik dan sebatian kovalen 42 4.3.1 ... konsep abstrak tentang bilangan ion ... konsep

i) Mengenalpasti kefahaman pelajar mengenai ikatan kimia.

ii) Mengenalpasti konsep alternatif pelajar mengenai ikatan kimia.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini akan menjawab beberapa persoalan tentang kesukaran pelajar

dalam topik ikatan kimia. Antaranya ialah :

i) Apakah kefahaman pelajar mengenai konsep ikatan kimia?

ii) Apakah konsep alternatif pelajar mengenai konsep ikatan kimia?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilakukan ini amat berguna dan berfaedah kepada guru-guru

kimia dan pelajar-pelajar. Dapatan kajian ini sangat berguna untuk guru-guru. Ini

kerana guru merupakan orang yang paling kuat mempengaruhi pembelajaran murid.

Setelah membaca kajian ini, guru-guru akan akan dapat mengenal pasti dengan lebih

mendalam lagi tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kesukaran pelajar dalam

topik ikatan kimia. Guru akan lebih memahami situasi pelajar dan akan mencari

jalan untuk mengurangkan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam topik

ini. Selain itu, guru-guru boleh mengubah atau memantapkan strategi pengajaran

dan pembelajaran di bilik darjah agar objektif sebenar tercapai dan tidak wujud lagi

konsep alternatif.

7