Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

18
Kegemilangan Kerajaan Johor Pada tahun 1641,jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat Semenanjung Tanah Melayu termasuk Klang hingga Singapura seperti Bentan dan Lingga. Johor juga menguasai Bengkalis,Kampar,Siak,Klang,Batu Pahat,Muar, dan Pahang. Kecekapan sultan dan pembesar Johor mentadbir negeri merupakan faktor utama Johor mencapai kegemilangan. Terdapat juga faktor lain yang membantu kegemilangan kerajaan Johor. Antaranya ialah kemajuan dalam kegiatan perdagangan dan perkembangan bidang persuratan.

description

kt

Transcript of Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Page 1: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Kegemilangan Kerajaan Johor

Pada tahun 1641,jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai barat

Semenanjung Tanah Melayu termasuk Klang hingga Singapura seperti

Bentan dan Lingga. Johor juga menguasai

Bengkalis,Kampar,Siak,Klang,Batu Pahat,Muar, dan Pahang.

Kecekapan sultan dan pembesar Johor mentadbir negeri merupakan

faktor utama Johor mencapai kegemilangan. Terdapat juga faktor lain yang

membantu kegemilangan kerajaan Johor. Antaranya ialah kemajuan dalam

kegiatan perdagangan dan perkembangan bidang persuratan.

Page 2: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Johor sebagai Pusat Perdagangan

Johor dapat mengumpul pelbagai hasil dagangan kerana mempunyai

jajahan takluk yang luas. Oleh yang demikian,Johor merupakan pelabuhan

entreport bagi Kepulauan Melayu. Pada tahun 1623,kapal dagangan Johor

telahpun berdagang hingga ke Maluku dan Makasar.

Ramai pedagang asing datang berniaga di pelabuhan Johor. Pedagang

China kebanyakannya datang dari Canton(Guangzao)dan Amoy.Selain itu,

kapal Belanda dan Inggeris juga datang ke pelabuhan Johor.

Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah II pada tahun1685 hingga

tahun 1699, pusat pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah dari

Batu Sawar ke Riau. Kesibukan pelabuhan Riau misalnya,dilihat sendiri

oleh Thomas Silcher,gabenor Belanda di Melaka.Beliau melawat Johor

pada 1689 dan menyatakan bilangan kapal yang berlabuh di pelabuhan

Johor terlalu banyak.

Kemajuan perdagangan Johor adalah disebabkan oleh kepelbagaian

barang dagangannya.Terdapat pelbagai barang tempatan dan luar negeri

yang diperdagangkan di pelabuhan Johor. Barangan tempatan yang

diperdagangkan termasuklah damar,tikar,biji timah,sagu,minyak,lada

hitam,pinang,ikan masin,garam,kayu gaharu, dan beras. Johor terkenal

sebagai pembekal kain corak baru.Barangan dari luar negeri pula

termasuklah benang emas,kain,sutera putih,teh,barangb tembikar,tembaga

dari China .

Page 3: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Di pelabuhan Johor,terdapat pelbagai kemudahan untuk pedagang

seperti gudang dan khidmat membaiki kapal. Perdagangan dijalankan

melalui dua cara iaitu secara tukar barang dan menggunakan mata wang.

Johor memperkenalkan mata wang yang diperbuat daripada emas, perak,

dan timah. Mata wang emas dikenali sebagai mas dan mata wang perak

dikenali sebagai kupang. Manakala mata wang timah pula dinamakan

katun. Mata wang ini dibuat semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat

Shah II (1528-1564). Pada akhir abad ke-18,mata wang asing seperti Dolar

Sepanyol,Dolar Mexico, dan duit Belanda turut digunakan di pelabuhan

Johor.

Kerajaan Johor juga cekap mentadbir pelabuhan danmengamalkan

sistem cukai yang berpatutan. Misalnya, setiap bahara lada hitam yang

diperdagangkan akan dikenakan cukai sebanyak enam keping mas. Bagi

setiap bahara timah cukainya ialah sepulu keping mas.

Page 4: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Kerajaan Johor telah mengamalkan sistem naungan bagi menjamin

keselamatan pedagang asing. Dalam sistem ini, setiap pedagang asing

dilindungi oleh Bendahara,Raja Indera Bongsu,Temenggung, dan

Laksamana.

Bagi menjamin keselamatan pedagang dan kapal yang

berlabuh,kerajaan Johor mengerahkan Orang Laut supaya menjadi

pengawal pelabuhan, pengawas pengairan Johor, penunda, dan penunjuk

arah.

Dari segi geografi,pelabuhan Johor telindung daripada tiupan angin

monsun. Johor menjadi pintu masuk di bahagian selatan Selat Melaka.

Oleh yang demikian,Johor dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari

Barat dan Timur.

Johor juga menjadi pusat membuat kapal persisiran pantai seperti

banteng, baluk, kolek, pencalang, dan pencacap. Ini menunjukkan

kemahiran membuat dan membaiki kapal telah lama wujud di negara kita.

Jika kita mempunyai pengaruh dan dihormati, negara luar akan

berasa yakin untuk berniaga di negara kita. Selain itu, jaminan

keselamatan dan kemudahan juga perlu disediakan dalam menjalankan

kegiatan perniagaan. Keadaan inilah yang telah menjadikan Johor

mencapai zaman kegemilangannya.

Page 5: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Perkembangan Persuratan Melayu

Kegemilangan kerajaan Johor bukan sahaja dalam bidang politik dan

ekonomi, malah dalam bidang persuratan Johor dikenali sebagai pusat

persuratn Melayu sejak abad ke-17. Pada tahun 1621, Tun Sri Lanang

berjaya menyusun Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah kerajaan

Melayu.

Pada abad ke-17, Hikayat Hang Tuah turut dihasilkan. Hikayat ini

mengisahkan kepahlawanan orang Melayu yang ditonjolkan melalui watak

Hang Tuah dan empat orang rakannya. Hikayat tersebut juga

mengagungkan nama Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah

empayar Melayu yang agung pada ketika itu.

Pada abad ke-18,Riau yang menjadi pusat kerajaan Johor telah

menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa, dan buku agama

Islam.Pengarang yang terkenal pada masa itu ialah Raja Haji Ahmad dan

Raja Ali Haji. Naskhah asal yang elah dihasilkan adalah dalam tulisan jawi

bertulis tangan. Kemudian, naskhah tersebut dicetak pada abad ke-19

dengan menggunakan kaedah ‘cap batu’.

Page 6: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Johor juga dikenali sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam sejak abad

ke-17, terutamanya semasa Makam Tauhid menjadi pusat pemerintahan

Johor. Pada abad berikutnya, tradisi itu diteruskan di Riau.

Kemerosotan Kerajaan Johor

Kegemilangan kerajaan Johor mulai merosot apabila berlakunya

persengketaan di kalangan pembesr dan sultan. Terdapat empat faktor

utama yang menyebabkan kemerosotan Johor iaitu Perang Johor-Jambi,

perebutan kuasa, penglibatan Bugis dalam pemerintahan Johor, dan

pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda(V.O.C).

Perang Johor-Jambi

Jambi yang terletak di pantai timur Sumatera merupakan jajahan takluk

Johor. Pada pertengahan abad ke-17, Jambi muncul sebagai sebuah

kuasa politik dan ekonomi yang baru di Selat Melaka. Jambi mula

menyaingi Johor dalam kegiatan perdagangan dan berusaha mendapatkan

kebebasan daripada Johor.

Page 7: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Dalam usahanya itu, Jambi telah meminta bantuan Belanda untuk

menyerang Johor. Peperangan ini bermula pada tahun 1670. Pada

tahun1673, Jambi sekali lagi menyerang Johor Lama dan BatuSawar.

Peperangan ini telah menjejaskan perdagangan Johor. Sultan Abdul Jalil

Riayat Shah III berundur dan bersemayam di Pahang mulai tahun 1677.

Baginda berbuat demikian kerana pada pada masa itu Johor tidak lagi

selama untuk diduki. Keadaan ini menyebabkan beberapa jajahan akluk

Johor berusaha membebaskan diri daripada pengaruh Johor.

Walaubagaimanapun,Laksamana Tun Abdul Jamil telah

menyelamatkan Johor daripada terus merosot.Beliau dapat mengalahkan

Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis pada tahun 1679. Setelah

mengalahkan Jambi, beliau dianugerahi gelaran Paduka Raja. Laksamana

Tun Abdul Jamil amat berkuasa sehingga anak-anaknya dilantik

memegang jawatan kanan dalam kerajaan Johor, seperti Temenggung, Sri

Bija Diraja, dan Sri Amar Diraja.

Perebutan Kuasa

Laksamana Tun Abdul Jamil merupakan pembesar yang berpengaruh di

Johor. Beliau juga merupakan seorang panglima perang yang gagah dan

berani. Laksamana Tun Abdul Jamil mengambil alih tugas Bendahara

sebagai pelantik dan pemangku raja pada tahun 1623. Pada tahun 1677,

Laksamana Tun Abdul Jamil telah melantik menantunya menjadi sultan

Johor dengan gelaran Sultan Ibrahim Shah.

Page 8: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Pengaruh dan kuasa Laksamana Tun Abdul Jamil tidak disenangi

oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang dianggap sebagai pembesar

negeri yang terkanan. Beliau telah mengenepikan Bendahara Tun Habib

Abdul Majid semasa melantik Sultan Mahmud Shah II yang berusia

sepuluh tahun menjadi sulan Johor pada tahun 1685. Anaknya iaitu bekas

permaisuri Sultan Ibrahim Shah dilantik sebagai pemangku raja.

Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang sepatunya menjalankan tugas

sultan berasa tidak puas hati.

Persengketaan antara kedua-dua pembesar ini telah menjejaskan

kestabilan poltik negeri Johor. Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil

meninggal dunia pada tahun 1688, Bendahara Tun Habib Abdul Majid

mendapat semula kuasanya. Beliau berusaha menyatukan pembesar

Johor. Apabila Bendahara Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia,

anaknya, Tun Abdul Jalil dilantik menjadi Bendahara Johor.

Perebutan Takhta

Sultan Mahmud Shah II dianggap sebagai seorang sultan yang zalim.

Kezaliman tersebut menyebabkan baginda dibunuh oleh seorang

pembesar. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘Sultan Mahmud Mangkat

Dijulang’.

Sultan Mahmud Shah mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan

zuriat. Bendahara Tun Abdul Jalil telah dilantik menjadi sultan Johor

dengan sokongan pembesar dan rakyat. Pada tahun 1699, Tun Abdul Jalil

memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718).

Pelantikan Tun Abdul Jalil sebagai telah memulakan kesultanan Johor dari

keturunan Bendahara.

Page 9: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Penguasaan kesultanan Johor oleh keturunan Bendahara

meninbulkan rasa tidak puas hati Raja Kechil dari Siak. Raja Kechil

mendakwa dirinya sebagai putera almarhum Sultan Mahmud Shah. Oleh

itu, Raja Kechil menuntut takhta kerajaan Johor. Pada tahun1717, Raja

Kechil telah menyerang Johor dengan bantuan angkatan perang

Minangkabau.

Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil itu. Mereka

menyokong Raja Kechil sebagai bukti taat setia mereka pada kesultanan

Johor keturunan sultan Melaka. Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah

berjaya menguasai Johor. Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai sultan

Johor dengan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Akibat

daripada perebutan takhta dan peperangan, kemakmuran Johor mulai

merosot.

Page 10: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Penglibatan Bugis di Johor

Apabila Raja Kechil menjadi sultan Johor, Raja Sulaiman, putera Sultan

Abdul Jalil Riayat Shah IV, telah membuat pakatan dengan anak raja Bugis

lima bersaudara unuk mengusir Raja Kechil bagi mendapatkan semula

kuasa.

Pada tahun 1722, Raja Kechil dapat dikalahkan dan Raja Sulaiman

ditabalkan menjadi sultan Johor yang baru. Daeng Merewah yang digelar

sebagai Kelana Jaya Putera, dilantik sebagai Yamtuan Muda Riau dan

Daeng Menampok dikurniakan gelaran Raja Tua.

Pakatan antara orang Melayu Johor dengan Bugis tidak bertahan

lama. Orang Melayu Johor berasa kuasa mereka terhakis. Manakala,

orang Bugis pula mempertahankan kedudukan mereka. Yamtuan Muda

Bugis mempertahankan haknya untuk melantik sultan Johor mengikut

pilihannya. Orang Melayu Johor mula berasakan sultan dan pembesaar

Melayu semakin lemah dan hilang kuasa.

Page 11: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Bugis cuba mengukuhkan kuasanya dengan menggalakkan

perkahwinan antara antara suku Bugis dengan anak raja dan pembesar

Melayu. Anak-anak mereka mengguna gelaran raja pada awal nama

seperti Raja Haji, Raja Ali, dan Raja Jaafar.

Pertikaian antara orang Melayu Johor dengan Bugis berterusan

apabila hendak melantik sultan yang baru. Pertikaian yang berlanjutan itu

telah melemahkan pentadbiran kerajaan Johor. Pembesar Johor telah

meminta bantuan Belanda untuk mengusir orang Bugis dari Riau pada

tahun 1784. Keadaan initelah memberi peluang kepada pembesar Melayu

menguasai semula tampuk pemerintahan kerajaan.

Namun demikian, pada tahun 1802, orang Bugis kembali semula ke

Riau. Persaingan antara orang Melayu Johor dengan orang Bugis berlaku

sekali lagi dan idak dapat diselesaikan. Pembesar Johor terus berusaha

mengekalkan kuasa dan pengaruh di kawasan masing-masing.

Temenggung Johor mula bertapak di Pulau Bulang dan menguasai

Singapura serta tanah besar Johor. Manakala,Bendahara Johor pula

bertapak di Pahang. Sementara sultan Johor bersemayam di Lingga, Riau

terus dikuasai oleh Bugis. Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar

Melayu. Ramai di kalangan mereka yang menjauhkan diri daripada sultan

dan pembesar. Keadaan ini menunjukkan perpecahan telah berlaku dalam

kerajaan Johor.

Page 12: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda

Pada abad ke-17, Syarikat Hindia Timur Belanda(Vereenidge Oostindische

Compagnie,V.O.C) bertapak di Betawi. V.O.C ialah syarikat yang

ditubuhkan oleh pedagang Belanda. Pada tahun 1602, V.O.C memulakan

perdagangan di pelabuhan Batu Sawar.

V.O.C bimbang penguasaan Bugis dalam kerajaan Johor akan

mengancam kedudukan Belanda di Melaka. Beberapa pertempuran telah

berlaku antara pihak Belanda dengan orang Bugis, antaranya di Teluk

Ketapang dan Riau. Selepas itu, Belanda melantik David Ruhde menjadi

gabenor Belanda di Riau. Oleh yang demikian, V.O.C dapat menawan dan

mengusir orang Bugis. Ini menyebabkan orang Bugis memusuhi Belanda.

Persengketaan antara V.O.C dengan orang Bugis sejak tahun 1667

memberi kesan buruk pada Johor. Belanda yang bertapak di Betawi dan

Melaka mencari peluang untuk menguasai Johor. Apabila Belanda

menguasai Riau, jawatan Yamtuan Muda dan sultan dihapuskan.

Page 13: Kegemilangan Kerajaan Johor Dan Kemerosottan Kerajaan Johor

Kesimpulan

Menjelang awal abad ke-19, Johor menjadi lemah dan berpecah.

Perebutan kuasa antara pembesar telah menimbulkan kacau-bilau dan

melemahkan Johor. Selain itu, campur tangan kuasa luar dalam

pemerintahan Johor juga telah menimbulkan pelbagai masalah yang

akhirnya menyebabkan kejauhan kerajaan Johor. Oleh yang demikian, kita

sewajarnyamengambil iktibar daripada kemerosotan dan kejatuhan

kerajaan Johor supaya peristiwa ini tidak akan berulang lagi.