Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi
-
Upload
dzul-firhan -
Category
Documents
-
view
204 -
download
6
Transcript of Kegiatan Rasuah Akan Melumpuhkan Fungsi Perjalanan Sesuatu Organisasi
Bahaya Gejala Rasuah
Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah
negara dan
rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua
sejak wujudnya peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud
sekian lama , malah semakin menjadi amalan biasa. Apa – apa pun amalan
biasa terutama yang buruk , seharusnya tidak menjadi amalan yang
berterusan sehingga sukar dibendung dan dibanteras . Rasuah jika diterima
sebagai amalan biasa, akan membawa kehancuran kepada seluruh
masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam sejarah
tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak
terkecuali dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa,
kesedaran seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana
pertumbuhan ekonomi yang kian pesat .
Rasuah jika tidak dikawal dan diperangi habis – habisan dari awal lagi akan
memberi kesan buruk terhadap sistem pentadbiran negara . Penyakit ini juga
akan turut
menggugat kestabilan sosial negara . Apatah lagi ketika kerajaan sedang
mencanangkan program pembangunan perindustrian yang bertujuan
menjadikan Malaysia sebuah Negara maju. Gejala ini akan menjejaskan
keyakinan orang ramai terutama pelabur asing terhadap kecekapan dan
keberkesanan sistem perundangan serta birokrasi negara ini . Rasuah juga
tidak boleh dimulakan kerana akan berlarutan dan ketagihan . Setelah sebati
dengannya, maka wabak berbahaya ini merebak menjangkiti orang lain
pula . Rasuah menyebabkan seseorang menjual prinsip , maruah dan harga
diri . Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan bertindak di luar batasan
dan peraturan yang telah ditetapkan . kegiatan rasuah akan melumpuhkan
fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada
sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada
sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara
bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada.
Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap
cerdik pandai negara kita. Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana
setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir
daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap
sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan
wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh
segelintir pemberi rasuah. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah
ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-
kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan
ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya
rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah
negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan
kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan
rasuah yang tidak terbendung.
Rasuah ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan
perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti
diabaikan. Rasuah
dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan
perundangan/ legislatif
merosakkan akauntibiliti dan kecekapan juga; rasuah dalam sistem
pengadilan pula
mencabul ketertinggian undang-undang; dan rasuah dalam pentadbiran
awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum,
rasuah mengikis
kemampuan sesuatu sistem; kerana ketidaktertiban prosedur, kemerosotan
sumber
daya/usaha, dan pejabat diiktiraf/dinaikkan oleh jabatan bukan kerana
prestasiKeseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat
terhadap sistem-sistemyang ada. Rasuah juga merosakkan keadilan sosial
dan kesaksamaan ekonomi. Rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila
kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini
diterima pakai dan efektif. Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan
meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja
perundingan dengan pejabat/jabatan yang korup (duit kopi?), dan serta
risiko pembatalan projek/konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa
rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan
terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi
kosnya kerana pejabat/jabatan korup tersebut akan membuat lebih banyak
peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan
dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang
mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan, lantas melahirkan
syarikat/industri yang tidak berdaya maju.
Di samping itu juga, rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam
apabila
perbelanjaan awam untuk projek-projek kemasyarakatan yang
sememangnya banyak,
naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Pejabat/jabatan
awam
(mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut
(selepas menerima
peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya),
walaupun
sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang
berlaku.
Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek
tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan
sektor awam dan
infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang
hebat kepada belanjawan/bajet kerajaan.
Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah
negara
Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang
berbentuk
"penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke
luar negara,
bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa
ramai.diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan
diktator di Asia,seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada
setiap biaya atau keuntunganprojek), namun lebih memberikan perhatian
dalam pelaburan dalaman, seperti dalamprojek prasarana, kewangan,
perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyatjelata Indonesia).
Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun1970
hingga 1996, "perlarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah
sekitar US$187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-
negara tersebut (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi
tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca
lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang
berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta kerajaan
terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan
melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di
seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar" "Rasuah politik" berlaku
di banyak negara dan mengancam jutaan manusia.
Rasuah politik bererti "kebijaksanaan" pemerintah/kerajaan memberikan
pelbagai faedahistimewa kepada penyogok, jauh sekali demi kesejahteraan
rakyat terbanyak. Dari satu sudut yang lain, para politikus memainkan
peranan melindungi syarikat/perusahaan tertentu (lazimnya entiti yang
besar), yang sebenarnya cuba menguburkan perusahaan yang lebih kecil
yang baru bertatih. Mereka memang pintar: melindungi syarikat yang telah
menaja kempen-kempen politiknya sahaja.
Tuntasnya, rasuah merupakan musuh pembangunan. Ia membantutkan
perkembangan
ekonomi dan merencatkan perjalanannya. Rasuah memberi kesan yang
sangat dahsyat bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga
kepada masyarakat dan negara
tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang
kronik dan rumit untuk dihapuskan. Sebagaimana yang disebut oleh Datuk
Ahmad Zaki, SPRM memerlukan kaki tangan yang lebih ramai lagi utnuk
membasmi gejala yang tidak bermoral ini. Ini disebabkan pada masa
sekarang sahaja seorang pegawai SPRM terpaksa mengendalikan 13 kes
dalam tempoh setahun dan ini pasti sesuatu yang amat membebankan
pihgak SPRM. Manakala hal sebaliknya pula berlaku di negara-negara maju
yang mana seorang pegawai hanya perlu mengendalikan sekitar empat kes
setahun.
Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh mestilah
dilakukan dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan
mengenakan
tindakan harus dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tidak patut
tugas untuk
mengatasi dan membasmi gejala rasuah ini secara keseluruhan dalam setiap
aspek
ekonomi, politik mahupun social hanya diserahkan bulat-bulat kepada pihak
BPR sahaja.Sesungguhnya satu operasional dan evolusi bertindak secara
sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan segera.
Penenman nilai-nilai murni dalam diri pegawai-pegawai kerajaan seharusnya
dibuat secara komprehensif . kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya
untuk melihat kepada pembangunan jati diri berbrntuk luaran sahaja bahkan
juga melihat kepada aspek pembangunan rohani yang berteraskan agama.
Dalam konteks yang sama juga, kerajaan semestinya mengerti bahawa
kesempitan
hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan. Belitan
kemiskinan
dan penderitaan disebabkan tanggungan keluarga dan sebagainya apatah
lagi dalam era yang sarat dengan cubaan dan kos kehidupan yang tinggi
semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah menyuburkan
gejala tidak sihat ini. Baja-baja
keimanan sahaja tidak cukup untuk membentengi seseorang daripada
menjauhkan diri
daripada rasuah jika prasarana atau perkhidmatan yang diberikan kepada
rakyat tidak
dipertingkatkan. Seterusnya, satu persidangan dan bengkel yang
mengimpunkan para
cerdik pandai, para ulama’ dan pegawai-pegawai kerajaan, pegawai SPRM
dan pihak
berwajib dengan tidak mengecualikan parti pembangkang serta pimpinan
mahasiswa
harus diadakan segera bagi membincangkan satu resolusi penyelesaian
yang segera.