Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

download Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

of 5

Transcript of Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

  • 8/18/2019 Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

    1/5

    1

    2. Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w 

      Rasulullah s.a.w. bercakap dengan jelas, lancar dan padatsupaya pendengar dapat memahami dan mengingati sabdanyadengan baik.

    Riwayat dari Aisyah R.A.:

    "Rasulullah s.a.w. bercakap dengan jelas supaya dengan demikian

    sahabat-sahabat dapat menghafalnya dengan mudah."

    Apabila bercakap, Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan bercakap cepatdan akan bertutur dengan lancar sehingga orang yang mendengar

    akan memahami bahagian-bahagian ayatnya. Baginda s.a.w. akan

    bercakap dengan jelas supaya orang yang hadir dalam majlisnya akandapat memahami sebaik-baiknya.

    Riwayat dari Anas r.a.:

    "Rasulullah s.a.w. kadangkala mengulangi (mengikut keperluan)

    sabda-sabdanya sebanyak tiga kali supaya para sahabat dapatmengikutinya dengan pengertian."

    Riwayat ini bermaksud apabila Nabi s.a.w. ingin menerangkan sesuatu

    hal yang penting dan rumit, baginda akan mengulanginya sebanyaktiga kali. Pengulangan tiga kali itu merupakan batasannya. Jika tidakbaginda hanya akan menyebut sekali.

      Nabi s.a.w. seorang yang pendiam. Baginda tidak bercakapkecuali apabila perlu.

    Daripada satu riwayat yang panjang, Imam Hasan r.a. menerangkan

    tentang sifat Nabi s.a.w yang sentiasa tenggelam dalam keresahanmemikirkan tentang ALLAH, sifat-sifat-Nya dan Hari Akhirat. Oleh itu

    baginda jarang bercakap kecuali benar-benar perlu. Percakapan yang

    ringkas dan membawa pelbagai makna merupakan mukjizat kenabianbaginda. 

  • 8/18/2019 Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

    2/5

    2

      Nabi s.a.w. bercakap dengan sopan dan tidak biadab untuk

    mengelakkan orang lain tersinggung.Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah biadab apabila bercakap,

    walaupun ketika memberi nasihat. Ketika memberi teguran dalammajlis baginda tidak akan menyebut nama sesiapa untuk mengelakkan

    orang itu dicela oleh orang lain. Nabi s.a.w lebih suka menegur secaraumum.

    "Tentang dunia dan perkara-perkara duniawi, Rasulullah s.a.w. tidakakan tersinggung tetapi jika perkara itu melampaui batas-batas agamadan kebenaran, seorang pun tidak akan terlepas

    dari kemurkaannya..."

    Nabi Muhammad s.a.w. akan menghukum sesiapa yang bercakap ataumelakukan sesuatu yang bertentangan dengan

    agama, namun hukuman itu hanya dilaksanakan selepas bukti-bukti

    yang kukuh diperoleh.

    ".. Jika Rasulullah s.a.w. terkejut, baginda akan membalikkantangannya. Ketika bercakap, baginda akan membuat gerakan isyarat

    dan kadangkala menepuk telapak tangan kanan dengan telapaktangan kirinya. Jika baginda murka maka baginda akan mengalihkan

    wajahnya daripada orang itu: sama ada tidak memberi perhatiankepadanya atau memaafkannya. Jika baginda gembira, baginda akan

    seolah-olah menutup matanya disebabkan kesopanannya. Ketawanyahanyalah senyuman, dan ketika ketawa akan terserlah giginya yang

    mulia seolah butiran hujan batu yang bercahaya."  

    3. Ketawa Rasulullah s.a.w yang Menawan 

      Ketawa Rasulullah adalah senyuman.Jabir r.a. meriwayatkan bahawa:

    "Betis Rasulullah s.a.w. kecil (tidak gemuk) dan ketawanya tidak lebih

    dari hanya senyuman. Apabila aku menemuinya, aku pernahmemikirkan baginda menggunakan celak pada matanya, namunsebenarnya baginda tidak mencalitkan apa-apa celak pada matanya."

    Pada tepi kelopak mata Rasulullah s.a.w. ada warna celak yang

    semulajadi, maka dengan itu mata baginda s.a.w. seolah-olahdikenakan celak.

  • 8/18/2019 Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

    3/5

    3

    Abdullah Ibn Harith r.a. meriwayatkan:

    "Aku tidak melihat seorang yang lebih banyak senyum daripada

    Rasulullah s.a.w."

    Riwayat ini bermaksud Nabi s.a.w. mempunyai kebiasaan tersenyumdaripada ketawa.

    Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa setelah keIslamannya,Rasulullah s.a.w. tidak pernah menghalang beliau daripada mengikutimajlis baginda s.a.w., dan bilamana Rasulullah s.a.w. melihat beliau,

    baginda pernah ketawa.

    Dalam hadis lain dinyatakan baginda tersenyum. 

      Kisah-kisah yang Menyebabkan Rasulullah s.a.w. Ketawa

    Daripada riwayat Abu Dzar r.a. terdapat kisah ini:

    Pada satu ketika Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya akumengetahui orang yang pertama sekali akan masuk ke dalam syurga

    dan orang terakhir yang keluar darinya..."  Baginda pun menceritakan

    sebuah kisah kepada para sahabat..

    "  Pada hari kiamat, akan dihadapkan seseorang , makamalaikat yang bertugas akan memperlihatkan dosa-dosa kecilorang itu dan menyembunyikan dosa-dosanya yang besar.

    "Engkau telah melakukan itu dan ini pada masa itu dan ini.."kata Malaikat. Orang itu membenarkan apa yang dikatakan

    malaikat. Sebenarnya dia lebih bimbang akan dosa-dosabesarnya. ALLAH s.w.t. pun memerintahkan malaikat supaya

    memberikan kebaikan kepadanya untuk menggantikan segalakejahatan yang pernah dilakukannya. Apabila mengetahui

    perintah ALLAH itu, orang itu pun berkata: "Wahai Tuhanku!Sesungguhnya aku masih mempunyai dosa yang tidak

    diperlihatkan lagi!"

    Selepas itu Rasulullah s.a.w. ketawa sehingga menampakkan gigi

    gerahamnya.

  • 8/18/2019 Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

    4/5

    4

    Satu lagi kisah yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. ketawa adalahseperti yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud ini:

    Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui tentang

     penghuni neraka yang terakhir keluar. Ia adalah seorang lelaki yangkeluar dari neraka dengan merangkak..."

    Dikatakan kepada lelaki itu: "Masuklah kamu ke dalam syurga."

    Orang itu pun masuk ke dalam syurga namun mendapati

    syurga itu telah penuh. Dia pun mengadu kepada ALLAH s.w.t.:"Wahai Tuhanku, sesungguhnya syurga itu telah penuh!"

    Dikatakan kepada lelaki itu: "Adakah engkau masih ingat pada

    zaman engkau hidup di dalamnya?"

    "Ya," jawab orang itu.

    "Berangan-anganlah kamu."

    Maka orang itu pun berangan-angan tentang syurga.

    Lalu dikatakan kepada orang itu: "Untuk kamu syurga yang

    luasnya sepuluh kali ganda dunia sebagaimana yang engkauangankan."

    Kata lelaki itu: "Engkau memperolok-olokkanku dan Engkau

    adalah Penguasa."

    Selesai bercerita, Abdullah bin Mas'ud mengatakan beliau melihatRasulullah s.a.w. tertawa (tersenyum) sehingga menampakkan gigigerahamnya.

    Walaupun sering tenggelam di dalam pemikirannya (bertakafur),namun Nabi Muhammad s.a.w. sentiasa tersenyum untukmenghiburkan hati para sahabat yang dikasihinya. Segaris senyuman

    daripada Rasulullah s.a.w. sudah memadai buat para sahabat untukmengetahui bahawa perbuatan mereka diterima. Jika baginda terus-

    menerus tenggelam dalam tafakurnya, maka sudah tentu parasahabat menganggap diri mereka tidak disenangi Nabi s.a.w. Betapa

    pengasihnya Nabi kita : 

  • 8/18/2019 Keindahan Percakapan Rasulullah s.a.w

    5/5

    5

    4. Gurauan dan Jenaka Rasulullah s.a.w. 

     

    Dibuktikan bahawa Rasulullah juga berjenaka, namun bagindamelarang melakukan kelakar yang menyebabkan orang ketawaterbahak-bahak.

      Larangan Nabi s.a.w. ini sangat berasas kerana jenaka yangberlebihan akan menyebabkan hati menjadi keras dan tidak

    mengingati ALLAH s.w.t. Jenaka yang melampau juga bolehmembawa kepada penghinaan dan menyinggung perasaan orang lain. 

      Sifat berjenaka dan periang adalah relevan ada pada Nabi s.a.w.memandangkan baginda merupakan role model dan dikagumi ramai.

    Jika beliau tidak ramah dan periang, maka mestilah menjadikesukaran buat orang ramai untuk berhubung dan mengambil manfaat

    daripadanya. Lebih-lebih lagi, golongan yang bertaqwa dan mulia akanmenuruti setiap perlakuan Rasulullah s.a.w. Jika baginda seorang yang

    tidak senyum dan tidak periang, maka golongan ini juga akanmenjauhkan diri mereka dari senyuman dan keriangan. Sikap ini akanmemberi kesukaran kepada mereka yang hadir untuk memperoleh

    keberkatan. Maha Suci ALLAH. Semoga ALLAH sentiasa mencucurirahmat dan berkatNya yang tidak terhingga ke atas Rasulullah s.a.w.

    yang telah mempusakai jalan-jalan kemudahan buat umatnya.. : 

      Sufyan Ibn Asiyniyah mengatakan jenaka adalah satu sunnah tetapihanya pada mereka yang tahu masanya dan tahu membuat jenaka

    yang baik.