Keistimewaan Misi Satelit RazakSat

download Keistimewaan Misi Satelit RazakSat

of 3

Transcript of Keistimewaan Misi Satelit RazakSat

  • 8/9/2019 Keistimewaan Misi Satelit RazakSat

    1/3

    Keistimewaan misi satelit RazakSat

    Oleh AZMI HASSAN

    Beberapa hari lagi rakyat Malaysia akan melalui

    detik bersejarah dengan pelancaran RazakSat,iaitu satelit pertama yang dibangunkan

    sepenuhnya oleh kepakaran tempatan. RazakSatbakal dilancarkan pada 21 April di tapak

    pelancar Pulau Omelek, Kwajalein, RepublikKepulauan Marshall, Lautan Pasifik.

    Hari pelancaran dikatakan bersejarah bukansahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga

    kepada pengendali pelancar kerana RazakSatakan menggunakan roket pelancar Falcon-1

    milik Space Exploration Technologies (SpaceX)yang dimiliki oleh pengasas PayPal Elon Musk.

    SpaceX menanti dengan penuh harapan haripelancaran kerana RazakSat merupakan satelit pertama Falcon-1 yang akan dilancarkan ke orbit.

    Kejayaan RazakSat bukan sahaja bakal menentukan hala tuju program angkasa negara tetapi juga

    penentu kepada strategi busines SpaceX kerana selama ini kewujudan SpaceX banyakbergantung kepada pembiayaan projek oleh Pentagon, Amerika Syarikat. RazakSat merupakan

    satelit pertama yang akan dilancarkan oleh SpaceX menggunakan dana pemilik satelit awamsepenuhnya.

    Mungkin ramai rakyat Malaysia mula mempersoalkan keperluan membelanjakan wang dengan

    begitu banyak hanya untuk memiliki sebuah satelit di ruang angkasa kerana semenjak dari tahun2000 ketika program ini mula diilhamkan sehingga ke hari ini sebanyak RM150 juta telah

    dibelanjakan.

    Selain daripada jumlah wang yang telah dilaburkan, rakyat juga mempersoalkan mengapa masa

    yang begitu lama diambil untuk membangunkan sebuah satelit.

    Ada yang mempersoalkan keupayaan RazakSat mendapatkan imej beresolusi sehingga 2.5 metertersebut tiada apa yang boleh dibanggakan kerana terdapat banyak lagi satelit yang mempunyai

    kemampuan jauh lebih baik daripada RazakSat.

    Tanpa RazakSat rakyat Malaysia mampu mendapatkan imej daripada agensi Remote SensingMalaysia (RSM) atau pun dari sumber lain. Umpamanya pengguna boleh memperolehi imejsatelit Spot-5 kepunyaan Perancis yang mempunyai keupayaan yang serupa dengan RazakSat.

    Tetapi imej yang diperolehi melalui RazakSat dijangka boleh dijual dengan harga jauh lebih

    murah berbanding dengan satelit sedia ada kerana dua faktor.

    KELEBIHAN teknologi angkasa yang dimiliki oleh satelit RazakSAT memberi

    lonjakan kepada kepentingan geostrategik negara.

  • 8/9/2019 Keistimewaan Misi Satelit RazakSat

    2/3

    Pertama adalah kos RM150 juta untuk membangunkan RazakSat adalah lebih rendah jika hendakdibandingkan kos untuk memperolehi satelit yang telah siap dibangunkan pihak luar.

    Faktor kedua ialah jumlah imbasan yang dapat dilakukan di Khatulistiwa adalah lebih banyak

    jika hendak dibandingkan dengan satelit yang lain.

    Tetapi pengkritik juga perlu menilai dari perspektif yang lebih adil kerana lompatan kemampuanteknologi kepakaran tempatan adalah begitu ketara sekali.

    Ini adalah kerana satelit TiungSat yang pada ketika ini sudah tidak beroperasi hanya mempunyairesolusi 75 meter. Lompatan dari kemampuan resolusi 75 meter hingga ke 2.5 meter begitu jelas

    menunjukkan peningkatan teknologi dan kepakaran saintis dan jurutera satelit tempatan.

    Satu perkara yang paling menarik mengenai RazakSat yang tidak boleh diambil mudah ialahsatelit tersebut merupakan satelit pertama di dunia yang berada pada orbit hampir Khatulistiwa.

    Keistimewaan orbit Khatulistiwa adalah RazakSat mampu membuat imbasan pada kawasan

    tertentu di Malaysia sebanyak 11 hingga 14 kali dalam masa satu hari.

    Kebanyakan satelit Remote Sensing sedia ada (seperti Spot) berada pada orbit polar yang

    memberi maksud bahawa imbasan ulangan hanya dapat dilakukan selang beberapa hari. Olehkerana kawasan Khatulistiwa sering diliputi awan maka lazimnya imbasan akan ditutupi oleh

    awan.

    Tetapi dengan beberapa imbasan selama satu hari sudah pasti kelebihan RazakSat membawa

    manfaat yang tidak terhingga bukan sahaja kepada Malaysia tetapi semua negara yang beradadalam lintasan Khatulistiwa.

    Sebagaimana Beijing, New Delhi, Pyongyang atau pun Teheran mengunakan pembangunanteknologi angkasa lepas sebagai kekuatan strategi geopolitik masing-masing, Kuala Lumpur jugatidak terkecuali dari persepsi sedemikian rupa.

    Kekuatan politik merupakan antara faktor penting yang akan menentukan kejayaan cita-cita

    angkasa lepas masing-masing kerana tekanan sama ada dalaman atau luaran adalah begitu hebatsekali.

    Cuma perbezaan yang ketara ialah ada negara menggunakan teknologi tersebut sebagai strategiketenteraan.

    Nama asal RazakSat ialah MacSat kerana mengambil singkatan teknologi optik yang digunakaniaitu Kamera Aperture Bersaiz Sederhana. Tetapi pada tahun 2003, Perdana Menteri ketika ituTun Dr. Mahathir Mohamad menukar MacSat ke RazakSat sempena mengambil nama bekas

    Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengenang jasa beliau dalammembangunkan negara sesuai dengan gelaran 'Bapa Pembangunan'.

    RazakSat merupakan manifestasi sebenar kekuatan politik Malaysia supaya negara tidak

    ketinggalan dalam teknologi angkasa lepas. Ini adalah kerana teknologi ini bukan hanya

  • 8/9/2019 Keistimewaan Misi Satelit RazakSat

    3/3

    merangkumi ruang litup angkasa lepas tetapi yang lebih penting adalah ia memberi kesanterhadap kepentingan geostrategik negara.

    Sememangnya harapan Malaysia adalah untuk membangunkan teknologi angkasa lepas

    menggunakan kepakaran tempatan seperti mana yang mampu dilaksanakan oleh Iran. Kejayaan

    negara tersebut melancarkan satelit Omid menggunakan pelancar Safir-2 pada bulan Februarilepas adalah contoh nyata bagaimana kesungguhan membawa kejayaan.

    Kepakaran tempatan Malaysia yang berjaya membangunkan RazakSat seberat 150kg tidak bolehdiperkecilkan kerana ia merupakan antara satelit yang ringan bagi kelas satelit kecil.

    Memang benar Malaysia perlu berhati-hati dalam melaksanakan program angkasa lepas negaradan ini termasuklah program membangunkan satelit. Tetapi satu perkara perlu difahami dan

    tidak dapat dielakkan ialah peruntukan yang besar adalah diperlukan jika Malaysia seriusmenceburi bidang tersebut dan di sinilah kemahuan politik yang kuat memainkan peranan yang

    penting untuk menjayakan misi tersebut.

    PENULIS ialahPengarah Pusat Dasar Teknologi & Kajian Antarabangsa (CENTEPIS),Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia