Kejadian empat musim

1
Kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap aktiviti manusia Kejadian empat musim mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelbagai aktiviti manusia. Taburan tenaga suria yang tidak seimbang di permukaan bumi telah mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pertanian, taburan tenaga suria yang banyak pada sepanjang tahun di kawasan tropika lembap membolehkan pelbagai aktiviti pertanian seperti membajak, menanam, membaja dan meracun dijalankan sepanjang tahun. Proses fotosintesis juga berlaku sepanjang tahun kerana proses fotosintesis memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Selain itu, pelbagai jenis tanamn tropika dapat ditanam disini seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, teh dan sebagainya. Sebaliknya di kawasan garis lintang sederhana dan tinggi, aktiviti pertanian hanya dapat dilakukan pada musim bunga dan musim panas sahaja. Ini kerana penerimaan tenaga suria tidak berlaku pada sepanjang tahun.

description

nota geo

Transcript of Kejadian empat musim

Page 1: Kejadian empat musim

Kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap aktiviti manusia

Kejadian empat musim mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelbagai aktiviti manusia. Taburan tenaga suria yang tidak seimbang di permukaan bumi telah mempengaruhi kehidupan manusia. Dalam bidang pertanian, taburan tenaga suria yang banyak pada sepanjang tahun di kawasan tropika lembap membolehkan pelbagai aktiviti pertanian seperti membajak, menanam, membaja dan meracun dijalankan sepanjang tahun. Proses fotosintesis juga berlaku sepanjang tahun kerana proses fotosintesis memerlukan cahaya matahari yang mencukupi. Selain itu, pelbagai jenis tanamn tropika dapat ditanam disini seperti getah, kelapa sawit, koko, kopi, teh dan sebagainya. Sebaliknya di kawasan garis lintang sederhana dan tinggi, aktiviti pertanian hanya dapat dilakukan pada musim bunga dan musim panas sahaja. Ini kerana penerimaan tenaga suria tidak berlaku  pada sepanjang tahun.