KEJAYAAN LAPORAN RAZAK?
Transcript of KEJAYAAN LAPORAN RAZAK?
PENDAHULUAN
Esei ini akan membincangkan mengenai kejayaan Laporan Razak 1956
untuk mencapai objektif utamanya iaitu perpaduan. Laporan Razak (LR) telah
dihasilkan oleh satu jawatankuasa terdiri daripada 15 orang yang dipengerusikan
oleh Tun Abdul Razak bin Dato’Hussein dan ahlinya dilantik oleh kerajaan
perikatan yang memenangi pilihanraya 1955.1
Pada pendapat saya, Saya bersetuju 70% bahawa bahawa LR sebagai asas
pendidikan nasional telah Berjaya meletakkan asas mencapai objektif utamanya
untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
“ Bahawa objektif akhir dasar pendidikan didalam negara ini mestilah menyatupadukan kanak-kanak dari semua bangsa dibawah satu sistem pelajaran kebangsaan yang berbahasa pengantar kebangsaan. Walaupun kita faham kemajuan kearah matlamat ini boleh dipercepatkan dan mestilah beransur”.2
Perpaduan didefinisikan sebagai satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat
agar dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
bangga terhadap tanah air. Menyedari wujudkan implikasi buruk semasa
pemerintahan British di Tanah Melayu yang memecah belahkan perpaduan kaum,
maka satu penyeragaman untuk membaiki hubungan antara kaum adalah perlu
dilakukan. Oleh kerana, melentur buluh perlulah bermula dari rebungnya maka
1 Musa Daia, Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan ( Kelantan: Pustaka Aman Press, 1976) ms. 209. 2 Haris Md Jadi, Etnik , Politik dan Pendidikan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1990) ms. 72.
1
pendidikan merupakan acuan terbaik untuk menyatukan pemikiran masyarakat
pelbagai kaum ini.
SATU KURIKULUM MENYATUPADUKAN RAKYAT
Satu Kurikulum satu negara Berjaya menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum. Pada zaman pemerintahan British, pihak kerajaan British sengaja
mengasingkan kaum Melayu, Cina dan India dalam kawasan berbeza dan sistem
pendidikan yang berbeza. Orang Cina dan India yang merupakan kaum pendatang
ketika itu diajar berdasarkan sukatan pelajaran negara China dan India sehingga
tidak wujud semangat patriotik dan munculnya sifat prejudis antara kaum. Pendek
kata, pendidikan zaman British, terlalu condong kea rah negeri asal.3
Sekolah-sekolah yang wujud pada zaman British sesuai untuk sesuatu
kaum sahaja , tiada bahasa pengantar tunggal, kedudukan geografi yang berbeza
menghadkan pergaulan, serta kurikulum yang tidak sehala. Pendek kata, pihak
British tidak menitikberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajaran .4
Wujudnya sistem pendidikan pelbagai kaum ini menghasilkan fenomena benih-
benih perpecahan, malahan tidak wujud perkongsian dan persamaan antara kaum
di Tanah Melayu. Masing-masing bergerak dengan urusan masing-masing.
Namun, setelah LR diperkenalkan ianya bejaya menyatupadukan masyarakat
3 Sejarah perkembangan pendidikan dan persekolahan, Ms. 2024 Omar Hashim, Pengisisian Misi Pendidikan (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) hlm.75
2
berbilang kaum ini melalui kurikulum yang seragam yang dibina adalah untuk
mendukung cita-cita negara mewujudkan perpaduan berpandukan rukun negara
sehingga ke hari ini.
Hubungan Kurikulum dengan perpaduan negara adalah sangat rapat,
selain memberi ilmu pengetahuan, kurikulum membentuk keperibadian dan
perwatakan murid yang baik yang boleh membawa kepada sikap toleransi dan
perpaduan. Murid dari semua kaum mengikuti kurikulum seragam melalui
sukatan pelajaran yang sama kandungannya, kegiatan luar bilik darjah dan
pengambilan peperiksaan awam yang sama.5 Oleh itu, pelajar-pelajar lebih
terbuka dalam memahami masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.Murid-
murid dari semua kaum diajar berdasarkan Kurikulum seragam yang berfokuskan
Tanah Melayu. Melalui kurikulum yang sama ini, Lepasan sekolah Kebangsaan
memiliki ciri seperti pengalaman sekolah yang sama, menerima jenis pendidikan
yang sama dan mempunyai orientasi dan pandangan dunia yang sama.6 Hal ini
mewujudkan semangat patriotik kepada Tanah Melayu dan sikap saling bertolak-
ansur dan memahami kepelbagaian kaum dan pemahaman bahawa perkongsian
dalam negara yang berbagai kaum adalah perlu bagi menjamin keamananan
negara tercinta.
5 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, (Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia,1980) .ms.67
6Ibid, ms. 69
3
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU MENYATUPADUKAN RAKYAT
Kedua, objektif LR untuk perpaduan tercapai melalui Bahasa Melayu
(BM) sebagai pengantar di sekolah-sekolah. LR dan diikuti Penyata Rahman
Talib 1960 menegaskan BM sebagai bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan
rakyat beraneka rupa dan pemikiran.7 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar secara langsung berkait rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa
Melayu digunakan dalam konteks untuk membantu perpaduan kebangsaan dan
menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan
masyarakat pelbagai dialek. Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu
pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi
yang mudah difahami. Penggunaan BM tidak menimbulkan isu penghapusan
penggunaan Bahasa Cina dan Tamil untuk memelihara peerpaduan kaum. Hanya
di sekolah menengah Kebangsaan sahaja penggunaan BM dipraktikan dengan
tujuan memupuk perpaduan antara kaum.
Penggunaan BM mampu mewujudkan perhubungan dan persefahaman
antara kaum tanpa menimbulkan rasa curiga dari mana-mana pihak. Langkah ini
akan mempercepatkan perpaduan dan keharmonian. Pada tahun 1970, selepas
tragedi kaum 1969 penekanan BM sebagai pengantar dan Bahasa Kebangsaan di
perkuatkan dan dijalankan dengan cara yang paling berkesan. Kementerian
7 Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan, ms 174.
4
Pelajaran Malaysia telah menegaskan penggunaan BM disemua peringkat
bermula dengan aliran sastera kerana banyak buku BM berbanding sains.8
Dari hari ke sehari BM semakin meluas penggunaannya dan Majoriti
rakyat Malaysia boleh bertutur dalam BM. Kini BM menjadi bahasa pengantar
utama disemua peringkat sekolah. Menjelang 1983, semua kursus tahun pertama
di universiti tempatan mengunakan BM sebagai bahasa Pengantar.9 Dengan ini,
soal satu bahasa pengantar, satu sistem pelajaran dan satu sukatan pelajar telah
tercapai.10
Tanpa penggunaan dan pengenalan BM sebagai bahasa pengantar dan
kebangsaan, sudah pasti proses pewujudan masyarakat yang bersatu padu tidak
mampu dibina kerana tunjang dan asasnya yang tiada. Hal ini kerana sebelum LR,
masyarakat pelbagai kaum dinegara ini cenderung melakukan tugas sendiri tanpa
mempedulikan kaum lain. Malahan komunikasi tidak wujud akibat masalah
bahasa. Seolah-olah itik bercakap dengan ayam. Tidak memahami antara satu
sama lain dan mewujudkan sikap prejudis. Jika saling tidak mampu
berkomunikasi dengan baik bagaimananakah perpaduan harus tercapai?. Dengan
8 Mohd Yunus Mohd Nor,”Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR : Prinsip, Konsep dan Rasional KBSR. 21-25 (Mei 1990) , ms.7
9 Pengisian misi pendidikan. ms.10410 Mohd Yunus Mohd Nor,”Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR” Prinsip, Konsep
dan Rasional KBSR, ms.1-10.
5
itu, BM berperanan sebagai alat menyatupadukan rakyat dalam proses untuk
mencapai perpaduan negara yang dicita-citakan. Sesuai dengan matlamat ini BM
dijadikan satu matapelajaran wajib di semua peringkat dan jenis sekolah dan
kelulusan matapelajaran ini adalah dijadikan syarat utama untuk mendapatkan
kelulusan dalam peperiksaan awam seperti SRP/LCE, SPM/MCE dan
SPVM/MCVE.11
SEKOLAH KEBANGSAAN MENYATUPADUKAN RAKYAT
Ketiga, kewujudan sekolah Kebangsaan mencapai objektif perpaduan
kaum. Kewujudan sekolah kebangsaan seperti yang disyorkan oleh LR telah
menggalakkan penyatuan pelbagai jenis kaum dalam satu sekolah. Situasi ini
membantu perpaduan kaum apabila pelajar mula bersahabat dan beraktiviti
bersama dibawah satu bumbung dan menggunakan semua kemudahan sekolah
yang sama tanpa ada diskriminasi.12 Bermula dari titik ini, pelajar dapat
memahami adat, budaya, pemikiran dan perkara-perkara sensitif yang tidak boleh
diungkit dalam sesebuah kaum. Malahan pelajar juga dapat memupuk semangat
kekitaan ataupun spirit de corps antara murid yang mempunyai latar keturunan
yang pelbagai.13
11 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran, ms. 84
12 Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan, ms 17413 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. ms.91
6
Tidak dinafikan bahawa kewujudan sekolah-sekolah jenis Kebangsaan
tetap wujud, tetapi sekolah-sekolah ini juga bersifat terbuka kerana pelajarnya
bukan sekadar daripada satu-satu kaum sahaja malahan terdapat juga kaum lain
walaupun secara minoriti bersekolah disekolah terbabit. Malahan, sekolah-
Kebebasan diberikan kepada para pelajar untuk memilih tempat mereka yang
mereka ingini serta mempelajari subjek yang seragam.
Walaubagaimanapun, LR tetap mempunyai kelemahannya tertentu dalam
memperjuangkan perpaduan kaum. Tekanan yang wujud pada saat itu menjadikan
LR sebuah laporan yang terlalu berhati-hati untuk menjaga sensitiviti kaum.
‘Laporan Razak adalah satu langkah kebelakang kalau dibandingkan dengan kenyataan Barnes yang telah mencadangkan supaya hanya diadakan sekolah nasional dalam Bahasa Inggeris dan Melayu….laporan ini kurang berterus terang mencadangkan supaya dihapuskan sekolah –sekolah lain seperti dibuat oleh kenyataan Barnes’14
Malahan, para pelajar Cina dan India juga akan mengalami masalah dalam
menyesuaikan diri menggunakan BM memandangkan mereka bersekolah di
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan masing-masing yang mengekalkan bahasa
Ibunda masing-masing sehinggakan Kelas Peralihan diwujudkan namun masih
gagal mengatasi masalah tersebut. Kegagalan untuk menyesuaikan diri ini akan
menyebabkan ketinggalan dalam pelajaran terutama bagi kaum India.15
14 Ibrahim saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), ms. 4415 R Santhiram. Education of Minorities: The Case of Indians in Malaysia, CHILD.1999.
7
Guru-guru sekolah Melayu telah menentang LR kerana tidak wujud
ketegasan dalam pelaksanaan untuk mengangkat Bahasa kebangsaan. LR yang
ada masih mengamalkan sistem persekolahan pelbagai bahasa. Kaum bukan
melayu, terutama persatuan Guru-guru sekolah Cina tidak berpuas hati dengan LR
kerana pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina telah diabaikan.
Bantahan ini memaksa kerajaan untuk membuat jawatankuasa yang baru
bagi mengkaji semula LR. Pada 1960, laporan jawatankuasa ini telah siap dan
dinamakan Laporan Rahman Talib sempena nama pengerusi jawatankuasa dan
Menteri pelajaran ketika itu iaitu Abdul Rahman bin Talib. Pada asasnya, Laporan
Rahman Talib (LRT) ini hanya bertujuan untuk memperteguhkan serta
memperbaiki matlamat, konsep dan sistem pendidikan yang terkandung dalam
LR. Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh LRT telah termaktub menjadi
Akta Pelajaran 1961.
Kesimpulannya, LR adalah asas kepada dasar pendidikan nasional yang
berterusan hingga ke hari ini walaupun masih banyak kelemahan dalam
pelaksanaannya namun ianya cuba ditangani dengan pelbagai dasar lain yang
diperkenalkan selepasnya seperti Akta Pelajaran 1961 dan laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979. Kedua-dua dasar ini masih meneruskan dasar perpaduan LR
dengan meletakkan BM sebagai prasyarat utama dan kurikulum yang sama.
Banyak kesan positif LR terhadap perpaduan yang wujud di negara ini setelah
8
ianya diperkenalkan yang membantu mengurangkan jurang antara kaum dan sikap
prejudis.
BIBLIOGRAFI
Francis Wong Hong Kee & Ee Tiang Hong. 1974. Pendidikan di Malaysia.
Singapura: Heinemann ediucational Books.
Haris Md Jadi. 1990. Etnik, Politik dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
9
Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim saad. Pendidikan dan Politik di Malaysia .Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), ms. 44
Mohd Yunus Mohd Nor,”Seminar Kebangsaan Penilaian Pelaksanaan KBSR :
Prinsip, Konsep dan Rasional KBSR. 21-25 Mei 1990 : 1-10.
Musa bin Daia. 1976. Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan.
Kelantan: Pustaka Aman Press.
Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.1980.
Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
10
11