Kejayaan Sekolah Di Bahu Pengetua Dan Guru Besar

2
Pengetua memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju dan kejayaan sesebuah sekolah. Kedinamikan sesebuah sekolah bergantung kepada kebolehan dan kemampuan kepimpinan pengetua. Kecemerlangan sekolah memerlukan seorang pengetua yang mempunyai karakter yang cemerlang dan unggul. Oleh yang demikian, prosedur pemilihan dan kenaikan pangkat pengetua-pengetua sekolah perlu melalui satu kaedah yang teliti dan objektif. Keseluruhan proses ini perlu dikaji semula untuk menjamin kualiti dan ketinggian mutu pendidikan negara. Pemilihan secara terus mengikut senioriti atau kekananan serta kompetensi tugas melalui penilaian kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang diamalkan masa kini adalah tidak begitu jelas kesesuaiannya dalam melestarikan kepimpinan pengetua. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan mengesahkan kerangka konsep serta atribut pemimpin sekolah (pengetua sekolah) ke arah kelestarian kepimpinan dan kecemerlangan sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah penerokaan analisis faktor yang dilaksanakan dalam tiga peringkat dan sampel yang menjadi responden kajian adalah terdiri daripada kalangan guru- guru sekolah rendah dan menengah. Kajian ini mendapati bahawa terdapat lima tret atau atribut penting yang perlu ada bagi seorang pemimpin sekolah atau pengetua sekolah bagi menjadikan sekolah cemerlang dan mewujudkan kepimpinan yang lestari. Lima atribut tersebut ialah atribut Integriti yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Berpendirian dan Rendah Hati, atribut Pandang ke Hadapan yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Pemangkin Strategik dan Penggerak Minda, Atribut Inspirasi yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Pendorong dan Berpengaruh, atribut Kompetensi yang mempunyai sub-atribut Kompetensi Tugas (terdapat

description

Kejayaan Sekolah

Transcript of Kejayaan Sekolah Di Bahu Pengetua Dan Guru Besar

Page 1: Kejayaan Sekolah Di Bahu Pengetua Dan Guru Besar

Pengetua memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan hala tuju dan kejayaan sesebuah sekolah. Kedinamikan sesebuah sekolah bergantung kepada kebolehan dan kemampuan kepimpinan pengetua. Kecemerlangan sekolah memerlukan seorang pengetua yang mempunyai karakter yang cemerlang dan unggul. Oleh yang demikian, prosedur pemilihan dan kenaikan pangkat pengetua-pengetua sekolah perlu melalui satu kaedah yang teliti dan objektif. Keseluruhan proses ini perlu dikaji semula untuk menjamin kualiti dan ketinggian mutu pendidikan negara. Pemilihan secara terus mengikut senioriti atau kekananan serta kompetensi tugas melalui penilaian kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang diamalkan masa kini adalah tidak begitu jelas kesesuaiannya dalam melestarikan kepimpinan pengetua. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti dan mengesahkan kerangka konsep serta atribut pemimpin sekolah (pengetua sekolah) ke arah kelestarian kepimpinan dan kecemerlangan sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah penerokaan analisis faktor yang dilaksanakan dalam tiga peringkat dan sampel yang menjadi responden kajian adalah terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kajian ini mendapati bahawa terdapat lima tret atau atribut penting yang perlu ada bagi seorang pemimpin sekolah atau pengetua sekolah bagi menjadikan sekolah cemerlang dan mewujudkan kepimpinan yang lestari. Lima atribut tersebut ialah atribut Integriti yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Berpendirian dan Rendah Hati, atribut Pandang ke Hadapan yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Pemangkin Strategik dan Penggerak Minda, Atribut Inspirasi yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Pendorong dan Berpengaruh, atribut Kompetensi yang mempunyai sub-atribut Kompetensi Tugas (terdapat dua komponen iaitu Berorientasi Tindakan dan Sosioabiliti), Kompetensi Emosi dan Kompetensi Rohani, dan atribut Efikasi Kendiri.