Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ......

26
Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6 1. PENYERTAAN 1.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan MSSM Negeri yang mana ditubuhkan oleh MSSM. 1.2 Setiap MSSM Negeri yang menyertai pertandingan ini hanya boleh mendaftar satu pasukan sahaja. 1.3 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan- permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari semasa ke semasa. 2. KELAYAKAN PEMAIN 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar tingkatan 6 (tidak termasuk prauniversiti dan matrikulasi) dan warganegara Malaysia adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 2.2 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu pasukan sahaja. 2.2.1 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Status seperti berikut: a. Wajib mengemukakan Kad Pengenalan / My Kad Asal dan Borang Penyertaan yang lengkap. b. Sebarang masalah atas hak atau status pemain ke atas mana- mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad. c. Jika berlaku sebarang bantahan berkenaan status pemain pengurus wajib disertakan salinan Surat Tawaran Tingkatan 6 yang disahkan oleh Pengetua sekolah yang berkenaan sebelum tamatnya kejohanan. 3. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN 3.1 Pendaftaran Pemain Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6A Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini. 3.2 Pendaftaran Pegawai 3.2.1 Setiap pegurus pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah- sekolah dan mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6B.

Transcript of Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ......

Page 1: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

1

PERATURAN AM KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6

1. PENYERTAAN 1.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua pasukan MSSM Negeri yang mana

ditubuhkan oleh MSSM. 1.2 Setiap MSSM Negeri yang menyertai pertandingan ini hanya boleh

mendaftar satu pasukan sahaja. 1.3 Setiausaha Jawatankuasa Pertandingan akan menguruskan permohonan- permohonan dan akan menetapkan tarikh tutup permohonan tertakluk

kepada keputusan atau arahan tertentu yang dibuat dari semasa ke semasa.

2. KELAYAKAN PEMAIN 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar tingkatan 6 (tidak

termasuk prauniversiti dan matrikulasi) dan warganegara Malaysia adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

2.2 Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu pasukan sahaja.

2.2.1 Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Status seperti berikut:

a. Wajib mengemukakan Kad Pengenalan / My Kad Asal dan Borang Penyertaan yang lengkap. b. Sebarang masalah atas hak atau status pemain ke atas mana-

mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

c. Jika berlaku sebarang bantahan berkenaan status pemain pengurus wajib disertakan salinan Surat Tawaran Tingkatan 6 yang disahkan oleh Pengetua sekolah yang berkenaan sebelum tamatnya kejohanan.

3. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

3.1 Pendaftaran Pemain Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6A Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

3.2 Pendaftaran Pegawai 3.2.1 Setiap pegurus pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai

Perkhidmatan Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah dan mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6B.

Page 2: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

2

3.2.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar pegawai mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

3.2.3 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai

Perkhidmatan Pelajaran khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam Borang pendaftaran pasukan. Pegawai ini setaraf dengan penonton, segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan. (rujuk Peraturan Am 8 MSSM)

4. BANTAHAN Rujuk Peraturan Am MSSM (12) 4.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang Pegawai Pasukan

berdaftar hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat tiga puluh (30) minit selepas tamat perlawanan dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA RATUS SAHAJA).

4.2 Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan

Undang-Undang Bola Jaring. 4.3 Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan jika didapati bantahan yang

dibuat itu tidak berasas. 4.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu

hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan. 4.5 Juri Rayuan hendaklah mengadakan mesyuaratnya selepas

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang dibuat perlu dipertimbangkan tiga puluh minit selepas bantahan diterima.

4.6 Keputusan Juri Rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada

pasukan berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

4.7 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara- perkara dan fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

5. LEMBAGA RAYUAN 5.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Lembaga

Rayuan yang mengandungi: Pengerusi : Pengarah Bahagian Sukan atau wakilnya N. Pengerusi: Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan Setiausaha: Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)

Page 3: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

3

Ahli : Pengerusi Teknik Permainan yang berkenaan. 3 orang Pengurus Pasukan / Wakil daripada

pasukan yang tidak terlibat.

5.2 Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri daripada lima (5) orang (minimum) atau tujuh (7) orang (maksimum) daripada sekurang-kurangnya 3 buah pasukan. 5.3 Juri Rayuan adalah bertanggungjawab menyelesaikan segala masalah yang berkaitan dengan pengelolaan dan teknikal permainan semasa kejohanan berlangsung. 5.4 Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang berkenaan dan salinan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. 5.5 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

6. LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN Rujuk Peraturan Am MSSM (14)

Page 4: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

4

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6 TAHUN 2013

1. NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Futsal Kejohanan Sukan Tingkatan 6.

2. PENGANJURAN

2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Sekolah Sukan Malaysia, Bahagian Sukan

dengan kerjasama Penyelaras Sukan MSSM.

3. PENGELOLAAN

3.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan.

4. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

4.1 Selain dari peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang permainan futsal sebagaimana yang telah ditetapkan oleh FIFA berkuatkuasa sekarang.

4.2 Ukuran gelanggang adalah tertakluk kepada tempat sewaan gelanggang dan ukurannya adalah sama bagi setiap gelanggang.

4.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

4.3.1 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada keputusan Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak MSSM Negeri (Tuan Rumah) berpandukan Undang-undang FIFA.

4.4 Sebarang keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan adalah muktamad.

5. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI PASUKAN

5.1 Pendaftaran Pemain Setiap pemain mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6A Hanya pemain yang berdaftar sahaja boleh mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

5.2 Pendaftaran Pegawai

Page 5: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

5

5.2.1 Setiap pegawai pasukan hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (DG) yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah dan mesti mendaftar dalam Borang Pendaftaran 6B.

5.2.2 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar pegawai mengikut jumlah yang telah ditetapkan.

5.2.3 Jika pasukan menggunakan khidmat pegawai bukan Pegawai

Perkhidmatan Pelajaran khasnya jurulatih, mereka boleh mengikuti pasukan itu tetapi tidak boleh didaftarkan dalam Borang pendaftaran pasukan. Pegawai ini setaraf dengan penonton, segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar permainan.

5.3 Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Setiausaha Agung MSS Negeri.

5.4 Kesemua pemain boleh disenaraikan semasa perlawanan di mana 5 pemain

utama dan 3 pemain simpanan. Pendaftaran itu adalah seperti yang dinamakan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

6. FORMAT PERTANDINGAN

6.1 Sistem pertandingan dijalankan mengikut Peraturan AM MSSM (Peraturan 10)

6.2 Peraturan permainan liga digunakan seperti ketetapan berikut:

6.2.1 Pemberian mata – Menang 3 mata, Seri 1 mata dan kalah 0 mata

6.2.2 Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain atau tidak datang atau melapor diri lewat dari 15 minit selepas waktu pertandingan yang diistiharkan dalam Jadual Pertandingan, maka pasukan yang hadir

dengan cukup bilangan pemain iaitu 5 pemain akan diberikan kemenangan percuma, dengan 3 mata dan jaringan 3 - 0.

6.2.3 Penarikan diri mana-mana pasukan semasa kejohanan sedang berlangsung adalah tidak dibenarkan. Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini, dengan apa sebab sekalipun, mata dan jaringan gol yang masuk atau kena dalam semua perlawanan yang dimainkan olehnya tidak diambil kira.

6.2.4 Setelah selesai semua perlawanan liga, dua pasukan yang teratas dalam kumpulan akan layak ke perlawanan peringkat Suku Akhir. Jika ada dua atau lebih pasukan dalam kumpulan tersebut telah mengutip jumlah mata yang sama maka penentuan mengikut hierarki berikut :-

6.2.4.1 perbezaan gol; 6.2.4.2 jumlah jaringan gol;

Page 6: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

6

6.2.4.3 pasukan yang pernah mengalahkan lawan; 6.2.4.4 lambungan syiling.

6.3 Sekiranya dalam perlawanan kalah keluar, berlaku keputusan seri setelah tamat tempoh masa bermain, maka tiada masa tambahan diberi. Pemenang akan ditentukan menerusi sepakan dari tanda penalti mengikut peraturan yang berkuatkuasa. Tiga (3) sepakan penalti akan diberikandan jika masih seri lambungan syiling bagi ‘penalty suddent death’ akan dibuat.

7 JANGKA MASA PERLAWANAN 7.2 Masa permainan ialah 10 minit bagi setiap separuh masa, dengan masa rehat tidak

melebihi 5 minit (10+5+10).

8 PENGGANTIAN PEMAIN 8.2 Tidak lebih dari 3 (tujuh) pemain yang didaftar dalam satu perlawanan itu boleh

diganti dalam satu perlawanan. Mana-mana pemain yang diganti dibenarkan bermain semula dalam perlawanan yang sama (rolling substitution).

9 PAKAIAN PEMAIN 9.2 Semua pemain hendaklah memakai jersi yang didaftar, dengan nombornya mengikut

nama pemain tersebut disepanjang kejohanan. Sebarang pengiklanan jenama rokok, minuman keras, lambang/bertulis parti politik tidak dibenarkan.

9.3 Setiap pemain wajib memakai kasut yang sesuai dengan permukaan gelanggang, stokin dan alas betis ‘shin guard’ mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

9.4 Pemain yang memakai ‘Thigh’ atau ‘Thermal’ atau ‘Body Fit‘ hendaklah bersamaan warna utama seluar dan warna lengan baju.

9.5 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan dan sekiranya digantikan, lilitan lengan itu hendaklah diberi kepada pemain lain yang mengambil alih.

9.6 Setiap pasukan mesti menyediakan 2 set jersi dan mengisytiharkan warna jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukarkan jersi tersebut kecuali pasukan tuan rumah tidak menggunakan warna jersi yang diisytiharkan.

10 JADUAL PERLAWANAN 10.1 Jawatankuasa Teknikal / Pertandingan akan menyediakan Jadual Pertandingan

dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola.

10.2 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa gelanggang tidak sesuai disebabkan

oleh cuaca atau kerana hal-hal yang tidak dijangka, maka keputusan tentang perlawanan berkenaan akan ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.

Page 7: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

7

11 MINIMA PEMAIN 11.1 Setiap pasukan mesti mempunyai minima pemain 4 orang sebelum memulakan

perlawanan.

11.2 Jika permainan dihentikan, kerana salah satu pasukan mempunyai kurang dari 4 (empat) orang pemain, maka pasukan lawan akan diberi kemenangan 3 – 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan atau perlawanan tamat, jika ianya lebih.

12 TINDAKAN TATATERTIB

12.1 Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan akan berbincang perkara-perkara yang

berlaku setelah menerima aduan bertulis daripada Pengadil Bertugas dan pasukan-pasukan yang terlibat. Pasukan yang terlibat dan Pengadil Bertugas tidak boleh mengambil bahagian dalam undian semasa perkara berkenaan sedang dipertimbangkan.

12.2 Untuk kesalahan berikut, Jawatankuasa Tatatertib tidak akan bersidang dan hukumannya adalah automatik:-

12.2.1 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana kesalahan teknikal (penggantungan 1 perlawanan).

12.2.2 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana bermain amat kasar (penggantungan 2 perlawanan)

12.2.3 Seseorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata kesat/lucah atau menunjukkan isyarat tidak tertib / tidak sopan atau berkelakuan ganas dan biadap dengan tidak mengira beliau menerima amaran sebelum itu atau tidak-(penggantungan 3 perlawanan).

12.3 Mana-mana pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam masa pertandingan hendaklah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran kedua. Apabila seorang pemain menerima 1 lagi amaran bertulis selepas pergantungan satu perlawanan, akan sekali lagi digantung untuk satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran ketiga. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis keempat maka digantung satu perlawanan. Apablia seorang pemain menerima amaran bertulis kelima, beliau hendaklah tampil kehadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan yang sewajarnya.

12.4 Apabila seseorang pemain yang menerima 2 amaran bertulis dalam satu perlawanan tanpa mengambilkira amaran bertulis yang diterima sebelumnya maka pemain tersebut akan digantung satu perlawanan berikutnya.

12.5 Jawatankuasa Tatatertib hanya boleh menggantung seseorang pemain daripada terus mengambil bahagian dalam pertandingan ini, jika tindakan yang lebih keras dianggap perlu maka perkara ini perlulah dimaklumkan kepada Jawatankuasa MSSM untuk tindakan seterusnya.

Page 8: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

8

12.6 Mana-mana pegawai berdaftar yang diperintah keluar meninggalkan kawasan teknikal akan digantung secara automatik dua perlawanan berikutnya. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan tertakluk kepada laporan pengawai perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

12.7 Kesemua keputusan Jawatankuasa Tatatertib adalah muktamad dan haruslah tidak tertakluk kepada sebarang rayuan.

13 ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN

13.1 Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab memastikan tiap-tiap pegawai dan pemain termasuk penyokong berpegang teguh kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulen.

13.2 Jawatankuasa Pengelola boleh mengambil sebarang tindakan yang bersesuaian terhadap mana-mana pemain, pegawai dan penyokong yang bertindak tidak mengikut peraturan pertandingan atau objektif pertandingan ini keseluruhannya dan tindakan ini mungkin meliputi hal-hal seperti penggantungan mana-mana pasukan, pemain atau pegawai dari aktiviti futsal Tingkatan 6 bagi jangka masa yang ditimbang sesuai.

13.3 Sebarang penipuan dalam hal pendaftaran pemain atau sama ada sengaja atau tidak adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

13.4 Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan tindakan keluar padang permainan adalah kesalahan berat dan bertentangan dengan etika permainan.

13.5 Jika terdapat pasukan menarik diri daripada mengambil bahagian dalam siri perlawanan ini setelah jadual perlawanan dikeluarkan dengan apa sebab jua pun, pegawai dan pemain akan diambil tindakan.

13.6 Pegawai pasukan dibangku pemain simpanan tidak dibenar memakai seluar pendek, ‘three quarter’, ‘jeans’ dan selipar.

16 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am , Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

Page 9: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

9

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING RIA (5 SEBELAH) KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6 TAHUN 2013

1. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring Ria (5 Sebelah) Kejohanan Sukan Tingkatan 6.

2. PENGANJURAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Sekolah Sukan Malaysia, Bahagian Sukan dengan kerjasama Penyelaras Sukan MSSM.

3. PENGELOLAAN

Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan.

4. PENGENALAN Permainan bola jaring ria adalah modifikasi dari permainan bola jaring sebenar. Permainan ini boleh dimainkan di padang atau di dalam dewan. Permainan ini boleh dimainkan oleh pelajar perempuan atau lelaki sahaja. Pasukan / Pemain hanya boleh bermain dalam kumpulan jantinanya sahaja.

5. UNDANG-UNDANG PERMAINAN Pertandingan Bola Jaring Ria ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA) :

6. PELAKSANAAN PERMAINAN. 6.1 Posisi yang akan bermain ialah C, GA, GS, GD dan GK 6.2 Hantaran permulaan hendaklah dilakukan oleh pemain Centre di dalam bulatan tengah secara bergilir-gilir. 6.3 Pasukan yang memenangi lambungan akan memulakan hantaran dari kawasan tengah. 6.4 Hantaran Tengah mestilah di ambil dalam kawasan tengah. Semua pemain lain

mestilah berada dibelakang garisan tengah. Mengikut posisi dan kawasan permainan masing-masing,

6.5 Hantaran ke dalam dari mana-mana tempat tidak boleh dihantar terus ke dalam bulatan gol.

6.6 Hanya GA dan GS sahaja yang boleh me njaringkan gol. 6.7 Setiap jaringan dikira sebagai satu jaringan (1 mata ) . 6.8 Selepas satu gol dijaringkan , permainan akan dimulakan semula dengan

hantaran tengah .

7. PASUKAN

7.1 Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain 7.2 5 orang bermain dan 7.3 2 orang pemain simpanan. 7.4 jumlah minima pemain yang dibenarkan untuk memulakan sesuatu perlawanan

Page 10: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

10

ialah 4 orang pemain. 8. PAKAIAN

8.1 Pemain memakai pakaian yang seragam dengan pasukannya. 8.2 Seluar pendek dan tights tidak dibenarkan. 8.3 Pemain hendaklah memakai bibs dengan posisi C,GA,GS,GD dan GK

9. MASA BERMAIN

9.1 Masa bermain ialah 14 minit (7minit separuh masa pertama ,1minit rehat ,dan 7 separuh masa kedua).

9.2 Penggantian akan dilakukan serta merta sekiranya ada pemain yang cedera pada bila-bila masa.

10. PERALATAN

10.1 bola saiz 5 10.2 dua tiang gol berketinggian 10 kaki untuk sekolah menengah

10.3 sepasang jaring

10.4 gelanggang berukuran panjang 80’ yang dibahagi tiga dan lebar 50’

10.5 Jejari kawasan gol (bulatan D) ialah 14’.

11. Format Pertandingan

11.1 Liga Satu Pusingan ( sekiranya kurang dari 5 pasukan yang mengambil bahagian) i) Pertandingan di jalankan dalam liga satu pusingan. ii) Pasukan yang mengumpul mata tertinggi dikira sebagai Johan.

11.2 Liga 2 Kumpulan ( sekiranya 6 hingga 8 pasukan yang mengambil bahagian) i) Pertandingan dijalankan secara liga dalam kumpulan ii) Johan A akan berlawan dengan Johan B untuk menentukan tempat pertama dan kedua

iii) Naib Johan A akan berlawan dengan Naib Johan B untuk menentukan tempat ke 3 dan ke 4. 12. Mata

a. Menang - 3 mata b. Seri - 1 mata c. Kalah - 0 mata

Page 11: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

11

13. Kepegawaian a. Dua orang pengadil bagi setiap perlawanan b. 1 orang pencatat dan 1 orang penjaga masa.

GELANGGANG

80 kaki

3’ 40’

14. Modifikasi Gelanggang

14.1 Permainan ini boleh menggunakan gelanggang bola keranjang sebagai

ganti.

15. Sistem Pertandingan

15.1 Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)

15.1.1 Pusingan Pertama

a) Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

b) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A

Naib Johan - Kumpulan B

14 kaki

Page 12: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

12

Ketiga - Kumpulan C

Keempat - Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan

tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan

berkenaan.

c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

15.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)

a) Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingannya akan dijalankan secara kalah mati.

b) Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

i. Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama KUMPULAN akan

didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.

ii. Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua KUMPULAN untuk

ditempatkan di kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan Pemenang

Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di

kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Pemenang Kedua

yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau

8.

iii. Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir

akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan

NAIB JOHAN, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan

bermain untuk menentukan tempat KETIGA dan KEEMPAT.

Page 13: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

13

SUKU AKHIR SEPARUH AKHIR AKHIR

15.2 Secara Liga Tiga Kumpulan (A, B dan C) 15.2.1 Pusingan Pertama

a) Di mana penyertaan mengandungi sembilan (9) hingga sebelas (11) pasukan, maka pertandingan di Peringkat Awal akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam TIGA kumpulan A, B dan C.

b) Johan, Naib Johan dan Ketiga dalam pertandingan Tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A

Naib Johan - Kumpulan B

Ketiga - Kumpulan C

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan

tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan

berkenaan.

c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

1

2

3

4

5

6

7

8

Page 14: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

14

15.2.2 Pusingan Kedua

a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A, B dan C adalah layak memasuki Pusingan Kedua yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan X dan Kumpulan Y.

b) Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di kumpulan-

kumpulan tersebut. Naib Johan Kumpulan akan di tempatkan di kumpulan yang berlainan dengan Johannya.

15.2.3 Pusingan Akhir

a) Johan dari Kumpulan X dan Kumpulan Y akan memasuki Pertandingan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan.

b) Naib Johan Kumpulan X dan Kumpulan Y akan bertanding untuk

menentukan Tempat Ketiga dan Keempat.

15.3 Cara Liga Dua Kumpulan (A dan B) 15.3.1 Pusingan Pertama

a) Di mana penyertaan mengandungi enam (6) hingga lapan (8) pasukan sahaja, maka pertandingan Pusingan Pertama akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam dua kumpulan – Kumpulan A dan Kumpulan B.

b) Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat dalam pertandingan Tahun

lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :

Johan - Kumpulan A

Naib Johan - Kumpulan B

Ketiga - Kumpulan B

Keempat - Kumpulan A

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam dua kumpulan

tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan

berkenaan.

c) Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Page 15: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

15

15.3.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir)

a) Johan dan Naib Johan Kumpulan A dan B adalah layak memasuki Peringkat Separuh Akhir seperti berikut :

Johan A lwn. Naib Johan B (Kum. X)

Johan B lwn. Naib Johan A (Kum. Y)

b) Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati. 4.3.3 Pusingan Akhir

a) Pemenang Kumpulan X akan melawan Pemenang Kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

b) Pasukan kalah kedua-dua kumpulan akan bertanding untuk

menentukan tempat Ketiga dan Keempat. 16. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN 16.1 Cara Liga 13.1.1 Cara memberi mata :

Menang : 3mata Seri : 1 mata Kalah : 0 mata

Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat mata yang sama, pemenang

akan ditentukan seperti berikut :

a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.

b) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan secara

PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.

c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol

terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.

Page 16: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

16

16.2 Cara Kalah Mati Bagi pertandingan yang dijalankan secara KALAH MATI, jika keputusan

pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut :

a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat

selama dua (2) minit. b) Masa tambahan selama (3) minit. c) Sekiranya berlaku seri pada akhir masa tambahan, permainan akan

diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 17. PAKAIAN

17.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA).

17.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.

14.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan sahaja. 14.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat

secara lambungan duit.

15. GELANGGANG / ALATAN 15.1 Ukuran gelanggang ialah 12 M panjang dan 10 M lebar. Tiga sempadan

dipanggil garisan tepi, garisan tengah dan kawasan gol. Jejari kawasan gol 3M dan bulatan tengah berjejari 0.5 M.

15.2 Tinggi tiang gol untuk 11 tahun dan ke bawah ialah 2.44 meter atau 8 kaki. 15.3 Tinggi tiang gol untuk 14 tahun dan ke bawah ialah 3.05 meter atau 10 kaki. 15.4 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5. 16. KELEWATAN

Sepuluh (5) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu sesebuah pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja.

Page 17: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

17

17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am , Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

Page 18: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

18

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR KEJOHANAN SUKAN TINGKATAN 6 TAHUN 2013

1. Nama Pertandingan:

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Kejohanan Sukan Tingkatan 6.

2. Penganjuran

Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Sekolah Sukan Malaysia, Bahagian Sukan dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

3. Pengelolaan:

Kejohanan ini akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan.

4. Undang-undang Permainan:

Undang-undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan bagi semua peringkat umur kecuali ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan Kejohanan Sukan Tingkatan 6.

5. Sistem Pertandingan Akan ditetapkan berdasarkan jumlah pasukan yang akan mengambil bahagian bagi kedua-kedua kategori lelaki dan perempuan.

5.1 Cara Liga Empat Kumpulan [ A, B, C dan D ]

5.1.1 Pusingan Pertama

Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.

i. Kedudukan Johan hingga Tempat Ke-8 dalam pertandingan

tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut: Johan dan Ke-8 -Kumpulan A Naib Johan dan Ke-7 -Kumpulan B Ketiga dan Ke-6 -Kumpulan C Keempat dan Ke-5 -Kumpulan D Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi.

ii. Sekiranya pasukan yang diutamakan [seeded] tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Page 19: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

19

5.1.2 Pusingan Kedua [ Suku Akhir ] Sila rujuk Gambar Rajah 1

i. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan layak ke Pusingan Suku Akhir dan pertandingan akan dijalankan untuk Klasifikasi Kedudukan Johan hingga Ke-8. ii. Perlawanan adalah ditetapkan seperti berikut.

a. 4 Pasukan Johan dalam Kumpulan akan membuat undian

untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5 dan 7.

b. 2 Pasukan Naib Johan dalam Kumpulan akan membuat undian untuk ditempatkan di tempat 2 atau 4, jika Pasukan Johan kumpulannya telah membuat undian dan berada di tempat 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan Naib Johan yang lain akan mengundi untuk ditempatkan di tempat 6 atau 8. [ Pasukan Naib Johan setiap kumpulan perlu ditempatkan di kumpulan lain dari Pasukan Johan kumpulannya ].

c. Pasukan-pasukan yang menang dalam Pusingan Suku Akhir

akan mara ke pusingan Separuh Akhir untuk menentukan Kedudukan Johan, Naib Johan, Ke-3 dan Ke-4. Manakala pasukan-pasukan yang kalah akan bertanding untuk Kedudukan Klasifikasi Ke-5 hingga Ke-8.

d. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh

akhir akan bertanding dalam Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk tempat Ke-3 dan Ke-4.

e. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan

Kedudukan Klasifikasi akan bermain untuk menentukan Kedudukan Ke-5 dan Ke-6, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat Ke-7 dan Ke-8.

f. Pasukan yang gagal ke pusingan kedua akan bertanding

dalam Kumpulan Bowl menggunakan Sistem Kalah Mati untuk menentukan tempat ke-9 hingga Ke-16.

Page 20: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

20

Gambar Rajah 1: 5.1.2 Pusingan Kedua [Suku Akhir]

Suku Akhir

Klasifikasi : Kedudukan 5 - 8 Separuh Akhir / Akhir : Kedudukan 1 - 4

1

JOHAN

2

NAIB JOHAN

3

JOHAN

4

NAIB JOHAN

5

JOHAN

6

NAIB JOHAN

7

JOHAN

8

NAIB JOHAN

5.2 Secara Liga Tiga Kumpulan 5.2.1 Pusingan Pertama

i. Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian,

mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu, A, B, dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

ii. Kedudukan Johan hingga Tempat Ke-6 dalam pertandingan

tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Johan dan Ke-6 -Kumpulan A Naib Johan dan Ke-5 -Kumpulan B Ketiga dan Ke-4 -Kumpulan C

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan undi.

iii. Sekiranya pasukan yang diutamakan [seeded] tidak

mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

Page 21: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

21

5.2.2 Pusingan Kedua (Separuh Akhir) i. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan

ditempatkan ke dalam Kumpulan X dan Kumpulan Y dengan mengadakan undian.

ii. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

iii. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.

iv. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan

lain dari Johan kumpulan.

9.2.3 Pusingan Akhir

i. Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

ii. Naib Johan kumpulan X akan melawan Naib Johan

kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

5.3 Cara Liga 2 Kumpulan

5.3.1 Pusingan Pertama i. Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian,

pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

ii. Kedudukan Johan hingga Tempat Ke-8 dalam pertandingan

tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:

Johan, Ke-4, Ke-5 dan Ke-8 -Kumpulan A Naib Johan, Ke-3, Ke-6 dan Ke-7 -Kumpulan B

iii. Sekiranya terdapat pasukan baru yang menyertai, ia akan

ditempatkan dalam 2 kumpulan itu dengan cabutan undi.

iv. Sekiranya pasukan yang diutamakan [seeded] tidak mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

v. Pasukan yang kalah akan bertanding untuk kedudukan

klasifikasi, iaitu tempat ke-5 hingga ke-8. 5.3.2 Pusingan Separuh Akhir

i. Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.

Page 22: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

22

5.3.3 Pusingan Akhir

i. Pasukan yang kalah dalam Pusingan Separuh Akhir akan bertanding untuk menentukan tempat Ketiga dan Keempat.

ii. Pasukan yang menang dalam Pusingan Separuh Akhir akan

bertanding untuk menentukan tempat Johan dan Naib Johan.

5.4 Cara Liga Satu Kumpulan

5.4.1 Sekiranya 5 atau kurang daripada 5 pasukan mengambil

bahagian, pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan.

5.4.2 Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang

mengambil bahagian pertandingan tidak akan dilangsungkan.

5.5 Perlawanan klasifikasi 5.5.1 Perlawanan klasifikasi adalah wajib dijalankan untuk menentu

Ranking dengan mengikut sistem pertandingan yang berkenaan.

6. Pemberian Mata:

Sistem pemberian mata adalah seperti berikut: Pasukan yang menang 2 Pasukan yang kalah 1 Pembatalan Teknikal 0 6.1 Sekiranya ada pasukan-pasukan mendapat mata yang sama, maka

kaedah berikut digunakan: C= A/B A = Jumlah set menang ( semua perlawanan) B = Jumlah set kalah ( semua perlawanan ) C = Nisbah set Pasukan yang mendapat nisbah set (nilai C) yang lebih tinggi dikira menang.

Page 23: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

23

6.2 Sekiranya ada pasukan-pasukan yang mendapat nisbah set yang sama, maka kaedah berikut digunakan:

Z = X/Y X = Jumlah mata menang ( semua perlawanan ) Y = Jumlah mata kalah ( semua perlawanan) Z = Nisbah set

Pasukan yang mendapat nisbah mata (nilai Z) yang lebih tinggi dikira menang.

6.3 Sekiranya masih ada berlaku seri dan kedua-dua pasukan pernah

bertemu di peringkat awal, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawannya dikira menang.

6.4 Jika tidak , keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi. 7. Pakaian Seragam : 7.1 Tiap-tiap pemain hendaklah memakai jersi dan seluar seragam. 7.2 Pemain Libero hendaklah menggunakan jersi yang berlainan warna daripada warna jersi pasukannya. 7.3 Jersi hendaklah bernombor saiz tidak kurang daripada 15 sm tingginya di depan dan 20 sm di belakang. Nombor yang digunakan adalah dari 1 hingga 20 sahaja. 7.4 Garis nombor hendaklah tidak kurang daripada 2 sm tebal.

7.5 Pasukan yang gagal memakai jersi mengikut peraturan di atas akan dilarang bermain dan pasukannya boleh dibatalkan perlawanan. 7.6 Pegawai pasukan hendaklah memakai pakaian yang seragam dan memakai seluar panjang serta berkasut.

8. Gelanggang : 8.1 Semua garisan adalah 5 sm lebar. 8.2 Ukuran gelanggang untuk Kategori 18 tahun dan ke bawah adalah 9m x

18m dan garisan serang dilukis 3 meter selari dengan garisan tengah gelanggang.

9. Ketinggian Jaring:

9.1 Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM dan kejohanan ini ialah:

Lelaki : 2.43 meter Perempuan : 2.24 meter

Page 24: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

24

10. Set Permainan 10.1 Semua perlawanan akan bermain dengan ”best of 3” sahaja.

11. Pembatalan ( Walkover ):

11.1 Tiap-tiap pasukan mesti bersedia di gelanggang 30 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan.

11.2 Jika satu pasukan datang lewat 10 minit selepas masa yang ditetapkan tanpa sebab yang munasabah, pasukan tersebut akan diisytiharkan kalah dan pasukan lawan akan diberi mata kemenangan percuma.

11.3 Pasukan yang menarik diri dengan sengaja tidak akan dibenarkan meneruskan perlawanan-perlawanan seterusnya dan semua keputusan perlawanannya dibatalkan.

11.4. MSS Negeri yang mengelola akan menyediakan laporan tentang penarikan diri ini kepada urusetia kejohanan.

12. Pengadil :

12.1 Jawatankuasa Pengadilan akan melantik pengadil-pengadil yang Bertauliah untuk bertugas di sepanjang pertandingan.

12.2 Para pengadil adalah terdiri daripada Pengadil Antarabangsa dan calonnya sahaja serta Pengadil Kebangsaan dan calonnya sahaja.

13. Penggantungan: Pembatalan Seseorang Pemain 13.1 Jika seseorang pemain disingkirkan (kad kuning dan merah) daripada

perlawanan oleh pengadil, dia dengan sendirinya ditegah bermain satu perlawanan berikutnya sehingga menerima keputusan dari Jawatankuasa Pertandingan.

13.2 Jawatankuasa Pertandingan terdiri daripada: Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Tampar MSS Malaysia 3 pengurus pasukan yang berdaftar dan tidak terlibat dengan kes tersebut

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan [ Ex-officio ]

14. Bantahan

15.1 Keputusan pengadil di dalam tiap-tiap perlawanan adalah muktamad. Segala bantahan mengenai undang-undang permainan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Pengelola dan keputusan adalah muktamad.

15.2 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan dijalankan

hendaklah mengemukakannya kepada pengadil bertugas melalui ketua pasukan secara lisan. Perlawanan hendaklah diteruskan dengan bantahan.

Page 25: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

25

15.3 Sekiranya selepas tamat perlawanan, pasukan itu masih mahu

meneruskan bantahannya, ketua pasukan hendaklah menulis perkataan “INGIN MEMBANTAH” di dalam ruang catatan “Score sheet” serta menandatangani supaya bantahannya dapat dipertimbangkan.

15.4 Pasukan yang ingin membuat bantahan itu dikehendaki mengemukakan

surat bantahan kepada SETIAUSAHA PENGELOLA atau wakilnya melalui Pengurus Pasukan berkenaan dalam masa SATU JAM selepas perlawanan itu ditamatkan.

15.6 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri

daripada:

Setiausaha Agung MSS Negeri pengelola Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Tampar MSS Malaysia Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Tampar MSS Negeri pengelola 3 orang Pengurus Pasukan MSS Negeri yang berdaftar dan tidak terlibat dengan bantahan / kes tersebut.

16. Juri Rayuan 16.1 Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada: Pengarah Bahagian Sukan atau wakilnya Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya Penyelaras Permainan Bola Tampar MSS Malaysia 3 orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar yang tidak terlibat dalam Jawatankuasa Bantahan Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan [ Ex-Officio ]

17. Lembaga Tatatertib

17.1 Lembaga ini terdiri daripada Pengarah Bahagian Sukan atau wakilnya

Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau wakilnya. Yang Di Pertua MSSM Negeri Pengelola atau wakilnya.

3 orang Setiausaha Agung MSSM Negeri yang tidak terlibat dengan kes tersebut.

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Kejohanan (Ex-Officio) 18. Hal-Hal Lain 18.1 Tiap-tiap perlawanan akan dimulakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Walau bagaimanapun Pengelola mempunyai hak membuat pindaan jika perlu dan memaklumkan kepada pasukan yang terlibat secepat mungkin.

Page 26: Kejohanan Sukan Tingkatan 6 - msspp.com Pertandingan.pdf · Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013 1 ... 2.1 Semua pemain terdiri dari murid sekolah yang mendaftar ... Bahagian Sukan dengan

Kejohanan Sukan Tingkatan 6 2013

26

18.2. Pegawai dan pemain pasukan yang bertanding sahaja dibenarkan masuk ke dalam gelanggang atau duduk di bangku pemain gantian.

18.3 Ahli-ahli pasukan yang dibenarkan duduk di bangku pemain ganti semasa

perlawanan pasukannya adalah seperti: [ Maksimum: 2 pegawai ]

Seorang Jurulatih Seorang Penolong Jurulatih 4 orang pemain gantian.

18.4 Pengurus dan Jurulatih pasukan adalah bertanggungjawab terus ke atas disiplin pemain dan penyokong dari negeri mereka.

18.5 Sebarang pindaan kepada peraturan pertandingan hendaklah

diumumkan sebelum kejohanan.

19. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am, Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.