KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang...

18
0

Transcript of KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang...

Page 1: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

0

Page 2: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 2

PANDUAN PERMOHONAN

PENSIJILAN DISIPLIN MEKANIKAL

KEJURUTERAAN FORENSIK

(MEKANIKAL)

Page 3: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 3

KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. TAHAP PENSIJILAN

4. KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN

5. LATIHAN

6. SYARAT PERMOHONAN

7. CARA MEMOHON

8. PENILAIAN

9. LAMPIRAN

SENARAI KURSUS

SENARAI SEMAK

LAMPIRAN I : BORANG PERMOHONAN

Page 4: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 4

1.0 PENGENALAN

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk

meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan perkhidmatan. Pensijilan ini

adalah sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan hasrat ini. Ianya juga

termaktub di dalam Pelan Peningkatan Kompetensi Cawangan dan adalah selaras

dengan aspirasi pengurusan atasan.

Pengwujudan program sebegini adalah melengkapi usaha jabatan untuk

menjadikan organisasi ini sebagai Pusat Kecemerlangan dan rujukan di peringkat

Negara dan dipersada dunia.

Jurutera Mekanikal (Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)) yang bertauliah adalah

mereka yang telah berjaya melalui asas latihan merangkumi rekabentuk sistem

mekanikal dan kejuruteraan forensic (mekanikal), penyelesaian isu sebenar di

tapak bina bagi menjadikan mereka amat berpotensi, berkemahiran tinggi dan

berkualiti. Mereka yang menerima pentaulihan ini adalah jurutera-jurutera

mekanikal yang telah mendapat kemahiran/kepakaran khusus dalam bidang sistem

mekanikal dan kejuruteraan forensik (mekanikal) di dalam projek-projek kerajaan.

Dengan pensijilan ini, Jurutera Mekanikal adalah diiktiraf telah mencapai tahap

kemahiran kompetensi pakar. Pegawai yang menerima pensijilan ini amat

berpotensi, berkemahiran tinggi, berkualiti dan menjadi sumber rujukan jabatan.

Page 5: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 5

2.0 OBJEKTIF

Mengiktiraf kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan jurutera

dalam bidang mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal);

Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang strategik secara berperingkat

dan sistematik;

Meningkatkan kepakaran serta kualiti sistem penyampaian Kerajaan;

Meningkatkan motivasi jurutera mekanikal pakar dengan memastikan

kesinambungan kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing;

Peluang pembangunan dan kemajuan kerjaya yang lebih baik;

Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang

diberikan oleh jurutera mekanikal pakar.

3.0 TAHAP PENSIJILAN

Selaras dengan COMPETENCY MODEL & DICTIONARY JKR 20700-0285-17,

Program pensijilan ini terbahagi kepada DUA (2) tahap pengkelasan. Tahap

pengkelasan adalah terdiri daripada Tahap - 3 dan Tahap - 4.

Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan diberi

gelaran seperti berikut :

Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)Tahap 3

Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)Tahap 4

Calon yang bertaraf Jurutera Profesional (P.E) layak dipertimbangkan untuk Sijil

Jurutera Mekanikal Tahap 3 Kejuruteraan Forensik (Mekanikal), dengan syarat

calon perlu mempraktikkan bidang kejuruteraan mekanikal (kejuruteraan forensik

(mekanikal)) sekurang-kurangnya 5 tahun serta syarat yang berkaitan.

Page 6: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 6

4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN

Pemohon pensijilan perlu mempunyai pengetahuan seperti yang dinyatakan

didalam syarat -syarat yang disertakan bagi memohon pensijilan ini. Skop

pengetahuan bagi tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti dinyatakan

dibawah.

4.1 Pensijilan Tahap 3 – KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL)

Calon kompeten dalam perkara-perkara berikut:

a. Berkebolehan untuk memahami kod-kod amalan, standard, Garis Panduan

berkaitan kejuruteraan bagi-bagi perkara-perkara yang bercanggah ataupun

yang memberikan kesan dalam kes/kes penyiasatan tapak;

b. Calon berpengetahuan dan berkemampuan dalam rekabentuk terperinci

sistem mekanikal dalam bangunan;

c. Memahami fungsi komponen-komponen dan peranannya dalam operasi

keseluruhan sistem mekanikal;

d. Berkeupayaan untuk membuat syor dan anggaran kos sistem mekanikal

(Retrofitting – penggantian, ubahsuai, penambahbaikan, dll);

e. Pengujian dan pentauliahan pemasangan peralatan sistem mekanikal dalam

bangunan;

f. Berpengetahuan berkenaan penyenggaraan sistem mekanikal dalam

bangunan;

g. Mengetahui prosedur keselamatan untuk melaksanakan kerja-kerja

penyiasatan di tapak;

h. Berpengetahuan dan berkemampuan mengenalpasti spesifikasi bahan yang

digunakan dan pemasangan yang dibuat mematuhi spesifikasi jabatan;

Page 7: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 7

i. Berpengetahuan berkenaan sistem elektrik untuk pemasangan dan kawalan

sistem mekanikal;

j. Calon berpengetahuan tentang kaedah pemeriksaan dan pengujian,

penggunaan peralatan, pengambilan serta pengumpulan data untuk kajian

kes/forensik; dan

Calon perlu dapat menganalisa isu, menjangkakan masalah dan menyediakan

cadangan penyelesaian yang berkaitan dengan sistem mekanikal. Calon perlu

mengetahui rekabentuk di tahap pertengahan dan memahami operasi sistem

mekanikal.

4.2 Pensijilan Tahap 4 – KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL)

Calon cekap dalam perkara-perkara berikut:

a. Berkebolehan untuk menghuraikan dan mengaplikasikan Polisi terkini, kod-

kod amalan, standard, spesifikasi jabatan, Garis Panduan berkaitan

kejuruteraan dan arahan-arahan lain yang berkaitan bagi-bagi perkara-

perkara yang bercanggah ataupun yang memberikan kesan dalam kes/kes

penyiasatan tapak;

b. Teknologi terkini berkaitan sistem mekanikal yang diperlukan untuk memenuhi

garis panduan, piawaian dan arahan-arahan berkaitan;

c. Berupaya merancang prosedur keselamatan untuk melaksanakan kerja-kerja

penyiasatan di tapak;

d. Calon mahir mengaplikasikan dan memanipulasi pelbagai kaedah

pemeriksaan dan pengujian, penggunaan peralatan, pengambilan serta

pengumpulan data untuk kajian kes/forensik;

e. Menganalisis data bagi menghubungkaitkan dengan isu-isu forensik berkaitan

bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan;

f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

mengenalpasti dan menyelesaikan punca masalah melibatkan sistem

mekanikal dalam bangunan (troubleshooting);

Page 8: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 8

g. Berupaya untuk menganalisa isu berkenaan sistem elektrik untuk

pemasangan dan kawalan sistem mekanikal;

h. Berpengetahuan dan berkemampuan mengenalpasti spesifikasi bahan yang

digunakan dan pemasangan yang dibuat mematuhi spesifikasi jabatan; dan

i. Hadir kursus berkaitan forensic mechanical specialist services – equipment

troubleshooting, forensic data science, dll.

Selain memenuhi semua keperluan skop pengetahuan kategori Pensijilan Tahap 4,

calon yang berkelayakan adalah perlu menjadi sumber rujukan kepada pihak lain

yang memerlukan khidmat nasihat dalam bidang berkaitan forensik. Calon juga

perlu berkebolehan membangunkan teknik, prosedur atau proses berkaitan kerja-

kerja forensik dan juga berkeupayaan untuk menjadi mentor kepada pegawai-

pegawai lain serta boleh menjana amalan terbaik di peringkat organisasi dan

peringkat yang lebih meluas.

5.0 LATIHAN

Bagi memastikan calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik, mereka

dikehendaki menyertai kursus teknikal seperti yang termaktub di dalam dokumen

Pelan Pengurusan Kompetensi Dan Program Latihan Jurutera dan Penolong

Jurutera Mekanikal JKR.

Page 9: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 9

6.0 SYARAT PERMOHONAN

Calon calon yang berminat boleh memohon tahap pensijilan yang telah dinyatakan

dengan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.

6.1 Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal) Tahap 3

Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;

a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kejuruteraan Forensik Tahap 3;

b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera Siswazah;

c) Menghadiri dua kursus Modul Mechanical Specialist Services (berkaitan

forensik) atau Pengujian & Pentauliahan, atau Penyelenggaraan; (sila lihat senarai

kursus teknikal wajib)

d) Memperolehi pensijilan kompetensi Tahap 2 untuk sistem penyaman udara

dan satu sistem mekanikal lain yang berkaitan;

ATAU

e) Calon yang mempunyai kelayakan Jurutera Profesional (P.E) layak

dipertimbangkan dengan syarat calon perlu mempraktikkan bidang

kejuruteraan mekanikal (kejuruteraan forensik (mekanikal)) sekurang-

kurangnya 5 tahun serta syarat-syarat lain yang berkaitan.

6.2 Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal) Tahap 4

Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;

a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kejuruteraan Forensik Tahap 4;

b) Berstatus Jurutera Profesional (P.E);

c) Menghadiri dua kursus berkaitan Forensic Mechanical Specialist Services; (sila

lihat senarai kursus teknikal wajib)

d) Calon perlu mempraktikkan bidang berkaitan sistem mekanikal dalam

bangunan sekurang-kurangnya 5 tahun dan berpengalaman melaksanakan

kerja-kerja forensik bagi sistem mekanikal dalam bangunan sekurang-

kurangnya 3 tahun;

Page 10: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 10

e) Memperolehi pensijilan kompetensi Tahap 3 untuk sistem penyaman udara

dan satu sistem mekanikal lain yang berkaitan;

ATAU

f) Mempunyai ijazah sarjana dalam bidang forensik.

7.0 CARA MEMOHON

Hebahan program ini akan disiarkan melalui :

Laman web rasmi JKR / CREaTE

Borang permohonan adalah di seperti Lampiran I.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dikemukakan kepada Urusetia

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya.

Borang permohonan, laporan pengalaman dan kertas kerja/jurnal/artikel yang

lengkap, boleh dikemukakan kepada Urusetia Pelaksanaan Program Pensijilan

Kepakaran Jurutera Mekanikal beralamat seperti berikut :

Urusetia

Program Pensijilan Kepakaran Jurutera Mekanikal

Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteran

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR

Alor Gajah, Melaka

Page 11: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 11

8.0 PENILAIAN

8.1 Kaedah

Proses Penilaian adalah berasaskan kepada temuduga dan laporan pengalaman

beserta sikap yang akan di kendalikan oleh pihak Urusetia Pelaksanaan Program

Pensijilan Jurutera Mekanikal.

Calon yang telah memiliki Ijazah Lanjutan atau pernah menyediakan kertas kerja/

jurnal samada melalui JKR/ Agensi lain akan diberi pertimbangan sewajarnya.

Kertas kerja dan laporan pengalaman hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian/

Ketua Jabatan.

Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai yang ditetapkan

oleh Jawatankuasa Program Pensijilan Jurutera Mekanikal.

8.2 Pemarkahan

Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut :

Kriteria Markah

Temubual 50%

Personaliti dan perwatakan 20%

Pengetahuan Am 10%

Kepimpinan 10%

Kemahiran Komunikasi 10%

Kertas Kerja & Laporan Pengalaman 50 %

Laporan Pengalaman

Sumbangan / Track Record berkaitan dengan

sub bidang kepakaran yang dipilih

Projek/ Khidmat Nasihat berkaitan dengan sub

bidang kepakaran yang dipilih (laporan lengkap

– rekabentuk konsep, pengiraan dan lain-lain)

Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan

Jurnal/ Artikel

Calon calon perlu mendapatkan markah keseluruhan sekurang - kurangnya

80 % untuk lulus dalam sesi penilaian ini.

Page 12: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 12

SENARAI KURSUS

Kursus - kursus teknikal yang wajib dihadiri oleh calon bagi pensijilan tahap yang

berkaitan mengikut bilangan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

1. Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal) Tahap 3

Modul Program Tajuk Kursus Bil. hari

Kepakaran 1. Analisa Forensik Dalam Sistem Mekanikal 2

2. Mould Prevention (Asas) 1

Pengujian dan Pentauliahan

1. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3

rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

2. Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Forensik (Mekanikal) Tahap 4

Modul Program Tajuk Kursus Bil. hari

Kepakaran 1. Analisa Forensik Dalam Sistem Mekanikal 2

2. Mould Prevention (Lanjutan) 1

3. AC Control System (Diagnose & Troubleshooting)

1

Pengujian dan Pentauliahan

1. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3

rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Page 13: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Forensik (Mekanikal)

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 13

SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN

Dokumen dokumen yang perlu dihantar kepada urusetia adalah :

i. Borang Permohonan Pensijilan Jabatan Kerja Raya(Sistem Automasi Bangunan)

ii. Salinan Sijil-sijil berkaitan (Ijazah, PhD, P.E. etc)

iii. Salinan pengesahan Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan Jurnal/

Artikel

iv. Laporan pengalaman dan latihan yang telah dilalui

v. Sijil kehadiran kursus teknikal wajib

vi. Maklumat dan Dokumen Tambahan

Disediakan oleh : Urusetia Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya Disiplin Mekanikal

Page 14: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

LAMPIRAN I

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA BORANG PERMOHONAN

PROGRAM PENSIJILAN KEPAKARAN JURUTERA MEKANIKAL

TAHUN 20....

1. NAMA :___________________________________________________________________

2. No. K.P :___________________________________________________________________

3. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS: ______________________________________________________

________________________________________________________________________________

4. NO. TEL PEJABAT & BIMBIT:________________________________________________________

5. FAKSIMILI :_______________________________________________________________________

6. EMEL :__________________________________________________________________________

7. JAWATAN & GRED:________________________________________________________________

8. KELAYAKAN AKADEMIK:____________________________________________________________

:____________________________________________________________

9. KELAYAKAN PROFESIONAL/KOMPETEN :_____________________________________________

:_______________________________________________________________________________

10. TEMPOH PERKHIDMATAN TETAP DI JKR :_____________________________________________

(Sehingga tarikh memohon)

Sila nyatakan sub-bidang kepakaran yang dipilih dan tandakan (/) pada tahap pensijilan yang dimohon pada petak yang

disediakan.

Sub-Bidang Kepakaran JM Tahap 2 JM Tahap 3 JM Tahap 4

SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KENYATAAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR DAN SAYA TELAH

MENEPATI SEMUA SYARAT YANG DITETAPKAN BAGI PENSIJILAN YANG DIMOHON.

_____________________ ______________________________ TARIKH TANDATANGAN & COP PEMOHON

(A) MAKLUMAT PERIBADI & PERKHIDMATAN

(B) KATEGORI PENSIJILAN

(C) ULASAN KETUA BAHAGIAN

1. SAYA SOKONG/ TIDAK SOKONG PERMOHONAN JURUTERA MEKANIKAL INI UNTUK PENSIJILAN

DIATAS.

_______________________ _________________________________ TARIKH TANDATANGAN KETUA BAHAGIAN & COP RASMI JABATAN

Page 15: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

LAMPIRAN I

TAHUN

BERKHIDMAT

(DARI-HINGGA)

TEMPAT

BERTUGAS JAWATAN, PERANAN & TANGGUNGJAWAB

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

(D) PENGALAMAN KERJA (dari mula berkhidmat hingga kini)

Page 16: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

LAMPIRAN I

BIL

TAJUK DAN KETERANGAN RINGKAS

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

(E) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Kertas kerja/ Laporan/ Jurnal/ dan lain-lain)

Page 17: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,

LAMPIRAN I

BIL KEKOMPETENAN

TAHUN

(F) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Lain-lain Sijil Kekompetenan)

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

Page 18: KEJURUTERAAN FORENSIK (MEKANIKAL) - createjkr.gov.my · bagi tujuan mencadangkan penyelesaian yang bertepatan; f. Berpengetahuan berkenaan pengujian dan pentauliahan, penyenggaraan,