KEK CARAMEL COKLAT MOIST VERSI KUKUS.docx

download KEK CARAMEL COKLAT MOIST VERSI KUKUS.docx

of 22

Transcript of KEK CARAMEL COKLAT MOIST VERSI KUKUS.docx

KEK CARAMEL COKLAT MOIST VERSI KUKUS

STEP 1 ~ KARAMEL:

3 sudu besar gula pasir1 sudu besar air2 sudu besar air

Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air.Panaskan sehingga jadi warna perang.Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi.Tutup api.Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.Make sure karamel td memenuhi ruang loyang tu tau.

STEP 2 ~ Puding:

1 cawan susu cair3/4 cawan susu pekat manis1 sudu teh esen vanila5 bj telur

kacau perlahan bhn2 kat atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td.Cara Bakar:bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15minCara Kukus:kukus sampai masak le.. dlm 30 minit aje, dengan api perlahan kalau x nnt puding nye x cantik berongga2.

STEP 3 ~ Kek Coklat Moist:

BHN A :1 cawan serbuk koko1 cawan susu cair1/2 cawan susu pekat1/2 cawan gula kastor1 cawan minyak masak

CARA:Satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata.Masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil kacau2 hingga sebati.Dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:3/4 cawan tepung gandum1 sudu kecil/KFC soda bikarbonat1 sudu kecil/KFC baking powder*semua bhn di atas di ayak

BHN C:4 biji telur - pukul dgn whisker atau blend sekejap

CARA :Satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau sendukTuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadiCara Bakar:bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hingga masak...bergantung kpd oven masing2Cara Kukus:kukus sampai kek tu betul2 masak dlm 1 jam 30 Minit

Dah masak, biar kek sejuk/suam2 kuku atau hingga kek meregang baru di terbalikkan kekJangan panas2 terus terbalik kan, nnt puding nye pecahSimpan kek dlm peti ais bg menambahkan kelazatan ketika makan.. pergh mmg heaven la bila berada di dlm mulut sejuk-sejuk.

Resepi Kek Evergreen Kukus

Bahan-bahan utk Lapisan Hijau:10 biji kuning telur225 gram mentega1/3 cawan gula halus3/4 cawan horlicks1/2 cawan biskut marie kisar (diayak)1/2 - 1 botol kecil pandan paste cap koepoe-koepoe

Cara-cara:Kuning telur dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, gula halus dan mentega dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Kacau rata-rata. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste. Kacau hingga sebati.

Bahan-bahan utk Lapisan Putih:1 1/4 cawan tepung gandum (diayak)10 biji telur putih1 cawan gula halus1/2 tin susu manis225 gram mentega

Cara-cara:Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi. Didalam mangkuk berasingan, pukul mentega dan susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata.

**Kukus lapisan hijau terlebih dahulu (kira-kira 2-3 senduk nasi) dan apabila masak, tuangkan adunan putih (3 senduk nasi) diatasnya. Buatlah berlapis-lapis hingga habis. Kukus lagi selama 1 jam.

KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS

BAHAN A - GULA HANGUS:2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan

BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:1 cawan susu cair1 cawan susu pekat manis1 sudu teh esen vanila3 bj kuning telur2 biji telur (putih & kuning)

BAHAN C - LAPISAN KEK:140 gm tepung gandum - Ayak bersama baking powder70 gm gula kastor3 bj kuning telur135 ml air biasa1 sudu teh baking powder45 ml minyak masak2 sudu besar susu pekat manis

BAHAN D - MERINGUE6 biji putih telur70 gm gula kastor1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :1.Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan2.Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih3.Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan4.Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. 5.Kemudian ketepikan6.Pukul bahan (D) sampai jadi kembang7.Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati8.Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna9.Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung10.Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja11.Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!

RESEPI KEK KUKUS SERI KAYA

BAHAN-BAHAN:1 cawan marjerin1 cawan gula kastor5 biji telur ayam gred A1 tin susu pekat1 tin kecil kaya1 1/2 cawan tepung gandum4 sudu besar koko1 sudu kecil esen vanilaSedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning

CARA MENYEDIAKAN:1. Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.2. Masukkan susu pekat, kaya, esen vanila dan tepung gandum. Pukul adunan sebati dan bahagikan kepada empat bahagian. Warnakan adunan dengan warna merah, hijau, koko dan kuning.3. Tuangkan adunan di dalam acuan secara berselang-seli dan kukus selama 10 minit setiap bahagian.

Kek Kukus Oreo Cappucino Putih Telur

Bahan-bahan400ml putil telur125gm gula kaster2 sudu teh ovalete1/2 sudu teh garam200gm tepung gandum30gm tepung jagung1/2 sudu teh baking powder150ml susu cair2 sudu besar cappucino emulco / coffee emulco / mocca emulco1/2 sudu teh esen vanila80gm serbuk oreo20keping biskut oreo di buang krim

Hiasan : 30gm chocolate rice untuk taburanLoyang 9 x 6 x 3 di alas dasarnya atau loyang 8 x 8"

Cara-cara :1. Ayak tepung, tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.2. Pukul putih telur, garam dan ovalete hingga berbuih, masukkan gula kaster dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.3. Perlahankan mixer, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu cair dan cappucino emulco.4. Kaup balikkan adunan hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian asal dan satu bahagian lagi di campur dengan serbuk oreo.5. Tuang adunan asal ke dalam loyang dan kukus selama 15minit dalam pengukus yang telah di panaskan terlebih dahulu.6. Setelah masak, susun biskut oreo hingga penuh dan tuang adunan serbuk oreo ke atasnya.7. Tabur permukaannya dengan coklat rice hingga rata.8. Kukus semula selama 25 minit hingga masak.

*** Lap tutup pengukus apabila mengangkat penutupnya untuk mengelak air dari menitis ke atas kek.

Resepi Puding Roti Pandan Kukus

Bahan-bahan:12 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)15 helai daun pandan200 ml santan kotak2 1/2 cawan air2 biji telur3/4 cawan gula pasir1/2 sudu teh esen vanilasedikit pewarna hijausedikit garam

Cara-cara:1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.5. Taburkan kismis sebagai hiasan.6. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.7. Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best.

Kek Kukus Keju Lapis

bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci250 g tepung gandum (diayak)7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)250 g gula halus (dibahagi dua)2-3 sb susu pekat manis300 g mentega (pada suhu bilik)260 g krim keju (pada suhu bilik)260 ml krim putar / whip creamsedikit pandan emulco/pes pandansedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)sedikit esen vanilla

cara-cara :1.Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.2.Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.3.Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.4.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). 5.Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.6.Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.7.Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir8.kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

Kek Gula Hangus Kukus

Bahan-bahan

1cawan gula pasir1cawan tepung gandum1cawan air panas1cawan susu pekat manis (aku kurangkan sket jadi 3/4 cawan je)2sudu besar mentega1sudu kecil soda bikabornat1sudu kecil baking powder1sudu kecil esen vanilla4biji telur

Aluminium foil

Cara-cara

1- Masak gula dalam kuali/periuk hingga hangus-warna bertukar coklat, masukkan air panas sedikit demi sedikit hingga habis (hati-hati gula akan sedikit meletup-letup) kemudian masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Kemudian biarkan sejuk sendiri.

2- Ayak tepung gandum, soda bikabornat dan baking powder.

3- Satu telur dan susu pekat, kacau hingga kuning telur pecah dan sebati dengan susu pekat. Kemudian campurkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit hingga sebati. Campurkan gula hangus tadi dan esen vanilla hingga sebati.

4- Sediakan loyang yang dioles dengan mentega (supaya tidak melekat). Tuangkan adunan tadi dan tutup dengan aluminium foil. Biarkan selama 2jam sebelum dikukus. Aku tak pernah tak biarkan. Nanti nak try kalau tak biarkan jadi ke tak kek aku..hehe

5- Kukus selama sejam atau sehingga masak. Dalam setengah jam or 45minit tu try la tengok and try cucuk sikit kalau tak de melekat tu, so masakla

Resepi Kek Lapis Choco-Horlicks Kukus

Bahan-Bahan250g mentega tulen1/2 cawan gula halus5 biji telur gred A1/2 tin susu pekat manis-Yatie letak 1/2 cwn70g horlicks- Yatie letak 1/2 cwn30g serbuk koko- Yatie letak 3 sudu besar1 sudu teh esen vanila1/2 cawan tepung hongkong/gandum

Cara-Cara1.Panaskan kukusan terlebih dahulu.(pastikan tutup ketika memanaskan pengukus) dan gris loyang dengan mentega dan lapikkan kertas minyak.2.Pukul mentega dan gula halus sampai berkrimMasukkan telur satu persatu. (Masuk sebiji,pukul sebati baru tambah sebiji lagi).3.Masukkan pula esen vanila dan gaul sebati. Masukkan susu pekat dan tepung hongkong sedikit demi sedikit sambil digaul rata.(jika menggunakan mixer,pastikan guna speed paling perlahan.4.Gaul sebati menggunakan senduk dan bahagi 2 bahagianBahagian 1 masukkan horlicks,kacau sebati dan warnakan kuning. Bahagian 2 pula masukkan serbuk koko dan kacau sebati.5.Pastikan pengukus sudah mendidih sebelum mula mengukus.. Kukuslah berselang seli warna sehingga habis.. setiap lapisan mengambil masa 6 minit(bergantung kuat atau perlahannya api dapur)7.Tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus untuk mengelakkan air kukusan menitis di atas kek.Kukus selama setengah jam lagi selepas kukusan terakhir

Resepi Kek Kukus Coklat Mocha Putih Telur

Bahan A525ml putih telur400gm gula pasir1 sudu besar ovalette1 sudu teh garam1 sudu teh baking powder

Bahan B250gm tepung gandum50gm santan serbuk

Bahan C100ml santan pekat (KARA)1 sudu teh esen vanila / coffee90gm mentega cair2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D1 sudu besar coklat emulco1/2 sudu besar mocca emulco

Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)

Cara-cara :1. Bahan A : Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih. Masukkan gula, garam,ovalette dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.2. Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata. Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.3. Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak. Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.4. Panaskan pengukus dahulu. Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit. Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.

KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE...MUDAH DAN SEDAP!..

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT2 biji telur gred A1 cawan gula halus1 camca teh esen vanillaSecubit garam1/2 cawan air panas1/2 cawan susu cair1/2 cawan minyak jagung1 cawan tepung gandum*3 camca besar serbuk koko*1 camca teh soda bicarbonate*1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE250 gram krim cheese60 gram gula halus1 biji telur gred A1 camca besar air1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYAPanaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..

UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.

UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana.

Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).

Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

PUDING KARAMEL KUKUS

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair5 sudu besar gula halus3 biji telur- pada suhu bilik2 biji telur kuning-pada suhu bilik2-3 titik esen vanila[ KARaMEL ]5 sudu besar gula2 sudu besar airCara-cara

1.Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.

2.Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.

3.Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.

4.Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

5.Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit

6.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

7.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

8.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

RESEPI KEK COKLAT MILO KUKUS

Bahan :

2 cawan tepung blue key (guna tepung serbuk penaik )1 cawan gula - izah guna gula perang1 cawan susu pekat manis - izah kurangkan1 cawan milo1 cawan serbuk koko vochelle4 biji telur ayam1 cawan minyak masak1 cawan air panas

Cara-cara membuatnya :

1.Didihkan periuk pengukus terlebih dahulu.

2.Masukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar Kacau dengan sudip besar

3.kacau tangan je...jangan guna mixer nanti telebih naik tak jadi

4.Bila semua bahan-bahan dah sebati dalam 5 minit je kacaunye

5.lepas tu boleh ditapis adunan yag dah siap agar hasil nanti lebih halus dan cantek

6.Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak dan ditabur tepung Kukus selama 40 minit Mas kukus 1 jam dah siap

kalo nak letak topping lagi best....

NOTA : wani bakar dalam 45 - 48 minit. panaskan oven api bawah dan atas dan bila masa pembakaran guna api bawah sahaja suhu 150C atau ikut suhu oven masing -masing dan wani guna kaedah waterbath.. masukkan loyang kek ke dalam loyang lain berisi air panas.

Kek Keju Meleleh

Bahan-bahan untuk Kek*100g tepung hongkong/tepung kek*60g tepung jagung*1 sudu kecil baking powder1 sudu besar ovalette100g gula kastor4 biji telur2 biji kuning telur50ml air sejuk/susu cair75g mentega cair

Cara-cara1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan. Saya letakkan serbuk koko kek yang berwarna coklat.4)Masukkan dalam bekas setelah adunan benar2 ringan dan gebu ya semua..5)Kukus dalam masa satu jam. Angkat pengukus dan cucuk dengan garpu. Jika tidak melekat.. itu bermaksud kek sudah masak. Api sederhana sahaja ya.

Bahan-bahan untuk Cream250g cream cheese120g susu pekat manis50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)

Bahan-bahan Hiasan1 buku (250g) cheddar cheese,diparut1.Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.2.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.3.Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.6) Hias mengikut kreativiti ya semua

Selamat mencuba dan semoga berjaya ya semua

Resepi Kek Velvet Pelangi Kukus

bahan bahan (loyang 8")

4 biji telur A - yang sejuk dari peti ais3/4 cawan gula halus / perang (180g)1 1/2 cawan tepung gandum (180g) - di ayak3/4 sk baking powder1/2 sb penuh ovallete1/4 sk garam7 1/2 sb susu sejat (120g)1 sk esen vanilla1/2 cawan minyak jagung / mentega cair (80g)

Cara - Cara

1.Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris.2. Satukan kesemua bahan2 ke dalam mangkuk mixer kecuali minyak dan pewarna dan pukul hingga kembang.3.Masukkan minyak dan kacau perlahan2 hingga adunan sebati.4.Bahagi adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan dengan warna2 pilihan.5.Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang hingga habis.6.Tutup loyang dengan alum. foil yg digris dan kukus selama 45 min. atau hingga kek masak.7.Buka segera alum.foil tadi dan biar kek di dalam loyang 5-10 min dan terbalikkan atas redai kek untuk disejukkan.Setelah sejuk,potong dan hidangkan.