Kek Coklat Lapis Cheese Kukus

download Kek Coklat Lapis Cheese Kukus

of 31

description

resepei kek coklat terkini

Transcript of Kek Coklat Lapis Cheese Kukus

CHOC MOIST CAKE KUKUS

kepada yang guna gm... convertkan 1 cawan=180gm

2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking soda1 cawan serbuk koko1 cawan serbuk milo1 1/4 cawan gula pasir1 1/2 cawan susu pekat manis1 cawan minyak jagung2 cawan fresh milk + 1 sudu kecil nescafe (dididihkan)4 biji telur gred A1 sudu kecil esen vanilla1 sudu kecil choc emulco

Bahan2 Lapisan Cheese:

400 gm Cream cheese100 gm gula castor40 ml air2 biji telur gred A

Bahan2 untuk CHOC GANACHE(mesti buat semalaman dan simpan di luar sahaja.. baru dia akan dapat struktur mcm nutella dan bukan cair)

400gm choc masakan300gm whipping cream1 sudu besar butter

Cara buat choc ganache

1. Didihkan whipping cream + choc masakkan dengan kaedah double boiler ( kena kacau sentiasa bagi dia sebati cantik..dah cair semua.. masukkan butter.. )

2.Biarkan dia sejuk pada suhu bilik..Lepas dia sejuk,wrapkan dengan cling plastic atau tutup..letakkan di luar semalaman..kira cam perap la..

TOLONG PANASKAN AIR KUKUSAN ANDA DAHULU....AIR MESTI BETUL2 PANAS sebelum anda kukus adunan cake anda..

Buat choc moist cake

1. Satukan semua bahan2 kering

2. Kemudian masukkan semua bahan2 cecair kecuali susu panas..

3. tak payah guna mixer... Guna Whisk untuk sebatikan dia...

4. Didihkan fresh milk + 1sudu kecil nescafe tadi

5. Akhir sekali masukkan susu panas tadi...

6. Kena kacau kuat2 tau dengan whisk untuk sebatikan dia..sehingga dapat struktur camni...Ketepikan sekejap...

lapisan cheese

1. Satukan semua bahan2 untuk membuat lapisan cheese kecuali telur

2. Putar guna mixer sehingga kembang

3. Masukkan telur... dan tak perlu putar lama lepastu..ckup sekadar telur dah sebati dalam adunan..

sediakan loyang

gris loyang/aluminium foil ni dengan butter/marjerin..supayatidak melekat..kalau guna loyang... alaskan bawah dia ngan baking paper then griskan keliling dia gak.

1. masukkan lapisan choc.. buh sedikit je tau adunan.. jangan bubuh tebal..sebab confirm dia akan naik 2 kali ganda..

Kukus 15-20 minit.. atau dah kering camni...

3. Pastu tuang pulak lapisan cheese atas lapisan choc tadi..

4.Kukus lagi 15-20 minit atau sehingga atas dia nampak kering...

5. Buat sampai habis dan make sure atas sekali lapisan choc...

6. Kukus 15-20 minit lagi atau sehingga lapisan betul2 masak..check guna lidi... kalau kering means dah masak..

TIPS

ok.. tips untuk dapatkan choc moist cake sedapp dan moist...sejukkan cake nie betul2 pada suhu bilik....kemudian...wrapkan dengan cling plastic....masukkan dalam fridge biarkan semalaman dalam peti sejuk..kalau cake choc moist kukus biasa tanpa lapisan cheese..ckup after dah wrap tu.. letak je kat luar.. tak payah letak dalam fridge..yang ada lapisan cheese kena letak dalam fridge.. sebab cheese akan rosak kalau letak di luar sahaja..

Guna bekas camni lagi senang simpan...leh tutup kan aja.. then letak dalam fridge..

pastu... esok tu baru la kita make up kan cake kita dengan choc ganache..hasil dia cake akan lebih moist dan jadi sedap...sapukan aja choc ganache seluruh cake atau leh sapu kat bahagian atas je..tabur dengan choc rice..simple.. tapi akan nampak menarik...lepastu leh masuk dalam fridge kejap bagi choc ganache tu set..sapukan choc ganache keliling dia.. lepastu tabur choc rice...

RESEPI BROWNIES LAPIS CHEESE KUKUS.

Bahan2 membuatnya:

untuk Lapisan choc brownies:

200gm marjerin (3/4 cawan + 1 sudu besar penuh)200gm dark chocolate/choc masakan (3/4 cawan choc yang disagat atau dihiris halus)170gm tepung gandum (1 1/2 cawan rata)-ayak30gm serbuk koko (1/4 cawan rata)-ayak170gm gula halus (1/2 cawan + 3 sudu besar rata)4 biji telur

Untuk lapisan cheese:

250gm cream cheese 60gm gula castor25 ml air1 biji telur gred A

Cara2 membuatnya:

1. Panaskan kukus siap2... buat lapisan choc brownies dulu. kita nak cairkan marjerin + coklat masakan guna kaedah double boil.. so kat sini rai nak tunjuk secara jelas camana rai buat double boil... first, Didihkan air dalam periuk yang sesuai.....

2. Bila air dah menggelegak.. letakkan bekas tahan panas yang mengandungi marjerin + coklat masakan tadi... kacau rata dan perlahan2.... kaedah double boil nie bagus untuk mengelakkan pemanasan secara terus yang boleh buatkan coklat kita hangus...

3. ok.. sekarang marjerin + choc dah cair kan... ketepikan seketika...

4. Masukkan gula + telur dalam mixer bowl...

5. Pukul sehingga ia kembang

6.. Kalau dah jadi macamni dah ok..jangan lama sangat...

7. Masukkan tepung + serbuk koko sedikit demi sedikit... Masa nie tak payah guna mixer lagi tau.. nanti adunan jadi bantat...

8. Kita gunakan whisk pula... kalau takde.. guna spatula/senduk pun boleh.... Kacau sebati tepung + serbuk koko... buat sehingga habis..

9. pastikan dah rata dan tidak berketul2...

10. Kemudian, masukkan pula choc + marjerin yang dah dicairkan tadi...

11. Kacau sebati..

12. Griskan loyang dengan marjerin dan alaskan dengan kertas minyak

13. Tuang separuh adunan tadi ke dalam loyang

14. untuk mengelakkan air menitik ke atas permukaannya.. tutupkan dengan aluminium foil.

15. Kukus selama 15 minit

16. Sementara nak tunggu lapisan pertama masak.. kita buat lapisan cheese... Masukkan semua bahan2 kecuali telur ke dalam mixing bowl...

17. Pukul sehingga adunan kembang.

18. Kemudian masukkan telur

19. pukul sekejap je untuk bagi dia rata

20. Tuangkan adunan cheese ke atas lapisan brownies yang dah masak tadi...

21. Kukus selama 20 minit....

22. Lepas lapisan cheese dah masak, tuangkan pula baki adunan brownies tadi...

23. Kukus lagi selama 2o minit.. tutup juga dengan alumnium foil untuk mengelakkan air jatuh ke atas permukaan nya... Bila dah masak... sejukkan brownies pada suhu bilik...

topping bila brownies dah sejuk....

bahan2 yang diperlukan :300gm coklat masakan120 ml whipping cream1 sudu besar marjerin

cairkan semua bahan2 di atas menggunakan kaedah double boil juga...

kacau sehingga menjadi likat dan licin...biarkan ia suam2....

24. Tuangkan choc ganache ke atas permukaan brownies...

25. Biarkan coklat ganache tadi meleleh secara semulajadi...

26. Biarkan choc ganache mengeras sedikit dan kemudian hiaskan dengan strawberry dan choc yang diparut