Kek Lapis Dan Puding 2

download Kek Lapis Dan Puding 2

of 26

Transcript of Kek Lapis Dan Puding 2

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    1/26

    KEK LAPIS OREO COOKIES & CREAM

    Bahan-Bahan:

    450 gm mentega

    150 gm gula halus

    1 sudu teh ovalette

    10 biji telur (saiz besar)

    120 gm sekaya

    1 tin (390 gm) susu pekat manis

    100 g Horlicks

    280 gm tepung HongKong

    15 gm serbuk koko Hersheys

    sedikit pewarna coklat

    170 gm biskut Oreo (setelah dibuang krim dalamannya)-di

    patah2kan

    6 keping cokelat Hersheys Cookies & Cream (dipotong

    kecil2)

    Cara :1) Pukul mentega , gula dan ovalette dengan high speed

    sehingga kembang (kira-kira 7-8 minit).

    2) Masukkan telursebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati.(kira-kira 4-5 minit)

    3) Perlahankan speed (sederhana) lalu masukkan sekaya, susu manis dan Horlicks. Pukul lagi

    hingga rata.

    4) Perlahankan lagi speed dan masukkan tepung HK, dan biarkan adunan sebati. Jangan

    terlalu lama, kira-kira 1-2 minit jer.

    5) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian:

    i) 1 bahagian dibubuh serbuk koko dan pewarna coklat.

    http://rozzan.blogspot.com/2010/11/kek-lapis-oreo-cookies-cream.htmlhttp://rozzan.blogspot.com/2010/11/kek-lapis-oreo-cookies-cream.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNiFhRPbXCI/AAAAAAAAHOY/daQ2H5P8QOM/s1600/lo7.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNqIpVBcUxI/AAAAAAAAHPI/tPcwXv82CHc/s1600/lo4.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNp-Qfu9o1I/AAAAAAAAHOw/GBwPkXxpU5Y/s1600/lo3.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNiFg1_TxjI/AAAAAAAAHOQ/Plb9-zLEPpc/s1600/lo5.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNiFhRPbXCI/AAAAAAAAHOY/daQ2H5P8QOM/s1600/lo7.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNqIpVBcUxI/AAAAAAAAHPI/tPcwXv82CHc/s1600/lo4.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNp-Qfu9o1I/AAAAAAAAHOw/GBwPkXxpU5Y/s1600/lo3.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNiFg1_TxjI/AAAAAAAAHOQ/Plb9-zLEPpc/s1600/lo5.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNiFhRPbXCI/AAAAAAAAHOY/daQ2H5P8QOM/s1600/lo7.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNqIpVBcUxI/AAAAAAAAHPI/tPcwXv82CHc/s1600/lo4.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNp-Qfu9o1I/AAAAAAAAHOw/GBwPkXxpU5Y/s1600/lo3.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNiFg1_TxjI/AAAAAAAAHOQ/Plb9-zLEPpc/s1600/lo5.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNiFhRPbXCI/AAAAAAAAHOY/daQ2H5P8QOM/s1600/lo7.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNqIpVBcUxI/AAAAAAAAHPI/tPcwXv82CHc/s1600/lo4.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNp-Qfu9o1I/AAAAAAAAHOw/GBwPkXxpU5Y/s1600/lo3.JPGhttp://1.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TNiFg1_TxjI/AAAAAAAAHOQ/Plb9-zLEPpc/s1600/lo5.JPGhttp://rozzan.blogspot.com/2010/11/kek-lapis-oreo-cookies-cream.html
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    2/26

    ii) 1 bahagian lagi biar plain

    6) Ambil 2 senduk adunan plain lalu diratakan dlm loyang yg telah dialas dgn kertas tracing

    dan digris. Bakar hingga masak (api atas bawah) dgn suhu kira2 180 -200 darjah Celsius.

    7) Selepas itu, ratakan 2 senduk adunan cokelat ke atas lapisan plain tadi dan taburkanlahpotongan2 kecil cokelat Hersheys tadi di permukaan. Bakar sehingga masak.

    8) Seterusnya, ambil lagi 2 senduk adunan plain dan ratakan di atas l

    apisan coklat tadi. Bubuh pula biskut Oreo dan kemudian dibakar. Buat begini sehingga

    adunan selesai

    KEK LAPIS STRAWBERRY CHEESE

    Bahan-Bahan

    450 gm mentega

    250 gm Philadelphia cream cheese (jenama Kraft)

    1 sudu makan ovalette

    150 gm gula halus

    10 biji telur

    1 tin (kira-kira 400 gm) susu pekat manis

    300 gm tepung Hong Kong

    100 gm Horlick

    180 gm jem strawberry (reduced sugar- kurang manis)

    1 sudu teh esen strawberry

    sedikit pewarna merah/merah jambu (lebih baik jenis yg pekat atau serbuk)

    Cara :1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati.

    2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang.

    3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata.

    4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu manis. Pukul sebentar.

    5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks.

    Gaul rata.

    6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh jem

    strawberry, esen strawberry dan pewarna merah.7. Bakarlah menggunakan loyang 10x7 atau 8x8 yg telah di alas kertas dan digrispada

    dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180200 darjah Celsius.

    8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Bakar dgn api atas bawah

    sehingga masak. Utk l;apisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill).

    Ambil 2 senduk adunan plain lagi dan ratakan dia atas lapisan pertama tadi.

    9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan strawberry dan ratakan atas lapisan kedua tadi.

    Buat begini sehingga habis semua adunan.

    Nota:

    Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 merah atau 1 plain 1 merah, terserah pada kreativiti

    dan citarasa anda.

    http://1.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/TF3anojvjRI/AAAAAAAAHJY/3wX5SLIVkyg/s1600/lsc6.JPG
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    3/26

    AGAR-AGAR LAPIS (GULA MELAKA)

    Bahan A

    10/11 gm serbuk agar-agar

    150 gm gula melaka + 1 sudu makan gula pasir

    870 ml air2-3 helai daun pandan (simpul)

    Bahan B

    10/11 gm serbuk agar-agar

    150 gm gula pasir

    870 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)- saya gunakan 400ml santan KARA + 470 ml air) - ni kes

    mls nak perah lerr..

    1 sudu teh garam

    Bahan C

    Loyang berukuran 8"x 8"x 3"sedikit pewarna cokelat (optional)

    Cara-Cara

    1) Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih.

    2) Tuang ke dalam loyang sebanyak 200ml agar-agar plain (Bahan A). Biarkan sebentar sehingga ia

    hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 200 ml agar2 santan (Bahan B). Biarkan sehingga

    lapisan kedua ini hampir keras juga.

    3) Kemudian tuangkan lapisan seterusnya berselang-seli, plain dan coklat. Ulangi melapis sehingga

    agar-agarnya habis digunakan.

    4) Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair

    dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.

    5) Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak

    dihidangkan dalam keadaan dingin.

    http://1.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SE-3T4WIR-I/AAAAAAAADEY/y_JMQzhPIRg/s1600-h/AGAR2+LAPIS.JPG
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    4/26

    AGAR-AGARPELANGIINDAH(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya)

    Bahan A

    20 gm serbuk agar-agar

    340 gm gula pasir

    1725 ml air

    6-8 helai daun pandan

    Bahan B

    20 gm serbuk agar-agar

    340 gm gula pasir

    1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)

    - saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..1 sudu teh garam

    Bahan C

    Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)

    Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda

    Cara-Cara

    Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang

    sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru

    dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras,

    lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.

    Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-

    agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan

    mudah bila dibancuh dgn pewarna.

    Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak

    dihidangkan dalam keadaan dingin.

    Contoh Lapisan:

    LAPISAN 1 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN

    LAPISAN 2 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG

    LAPISAN 3 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN

    LAPISAN 4 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG

    LAPISAN 5 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN

    LAPISAN 6 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG

    LAPISAN 7 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN

    LAPISAN 8 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG

    LAPISAN 9

    230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTANLAPISAN 10 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG

    http://1.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/R3E66Y40b5I/AAAAAAAACPE/de_unX7WsPM/s1600-h/agar2lapis6.JPG
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    5/26

    PUTU PIRINGsumber : Puan Hjh Asfiah Hj Abdullah

    Bahan-Bahan

    600 g tepung beras, diayak dan dijemur sebentar

    450 g gula melaka

    300 ml air kelapa

    450 ml air sejuk

    1 biji kelapa parut yang dibuang kulit arinya

    5 helai daun pandan, disiat-siat

    Cara :

    1. Tepung dan daun pandan dikukus selama 5 minit. Angkat dan jemur pula sehingga ia kering.

    2. Campurkan air kelapa dan air sejuk. Kemudian dimasukkan ke dalam tepung tadi lalu digesek gesek

    sehingga keadaan tepung tadi menjadi lembap berderai.

    3. Gaul sedikit garam bersama-sama kelapa parut. Kukus selama 15 minit.

    4. Gula melaka dihiris halus-halus.

    5. Siapkan kukusan putu piring. Alaskan acuan putu piring dengan kain bersih lalu dibubuh dengan

    separuh adunan tepung. Bubuh pula gula melaka dan tutupkan dengan separuh lagi tepung. Tutuplah

    acuan ini rapat-rapat dan kukuslah is hingga masak.

    6. Apabila masak, keluarkan dari acuan dan aturkan di dalam piring yang sudah dibubuh kelapa parut.

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    6/26

    REMPEYEK(sumber : Pn Zahrah Roziz, Foto: ALMAS)

    BAHAN

    600 g tepung beras cap gajah

    500 g kacang tanah

    200 g ikan bills

    1 biji telur

    1000 ml santan dari 500 g kelapa parut (ketepikan 300 ml

    dalam mangkuk kecil)

    (Dikisar kasar)

    1/2 sudu teh air kapur

    2 biji bawang putih

    100 g udang kering

    5 sudu makan ketumbar biji

    1 sudu makan jintan halus

    1 sudu makan jintan kasar

    Garam secukup rasa

    Minyak untuk menggoreng

    CARA

    Gaul rata tepung, telur, bahan kisar, garam dan 700 ml santan.

    Masukkan air kapur dan gaul lagi sehingga rata. Jika adunanya pekat curahkan sedikit sedikit santan

    yang diketepikan, sehingga cantik adunanya.

    Panaskan minyak didalam kuali 3/4 penuh. Ambil sedikit adunan dan masukkan kedalam mangkuk,

    masukkan sedikit kacang tanah dan ikan bills. Bancuh sehingga rata.

    Ambil satu senduk kecil adunan tersebut dan tebarkan ditepi kuali. Ia akan perlahan-lahan melurutkedalam kuali. Jika adunanya tidak melurut, perlahan-lahan tolakkan dengan sudip tipis supaya

    melurut.

    Gorenglah sehingga kacangnya garing dan warnanya coklat muda. Angkat dan toskan.

    PANDUAN

    Sebaik-baiknya gunakan satu kuali khas untuk menggoreng rempeyek sahaja. Kuali rempeyek ini

    tidak boleh digunakan untuk menggoreng atau memasak lauk pauk yang lain. Inilah petua mereka

    yang sering membuat rempeyek.

    http://4.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SnciSt3UrII/AAAAAAAAGeM/S8h5qwNnKMc/s1600-h/rempeyek+2.JPG
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    7/26

    KUIH JEPUN(sumber : jiran lama)

    Bahan Untuk Inti

    150 gm kacang merah (rebus hingga empuk)

    150 gm gula , sedikit garam

    (Dimasak seperti inti kuih pau)

    Bahan Untuk Adunan Kuih

    18 oz tepung gandum

    oz yeast

    20 oz santan (dari biji kelapa)

    sudu teh garam (campur pada santan)

    1 oz mentega

    3 biji telur

    1 sudu teh potas/ soda bicarbonate

    5 oz gula

    Sedikit pewarna kuning

    Peraturannya

    1) Mentega dan yeast digaul dgn tepung yg dicampur potas. Gaul hingga rata.

    2) Hangatkan santan diatas api sebentar saja.

    3) Pukul telur bersama gula lalu masukkan ke dalam bahan tepung. Kacau rata.

    4) Masukkan santan dan kacau lagi hingga sebati.

    5) Biarkan sebentar sehingga adunan naik.

    6) Tuangkan 1 sudu makan adunan dalam acuan. Bila masak, bubuh kacang merah dan

    tuangkan sesudu lagi adunan keatasnya. Biarkan ia masak di atas kuali leper.

    * Acuan dan kuali terlebih dahulu dipanaskan dan buat permulaan, taruh sedikit minyak agar tidak

    melekat.

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    8/26

    KUIH JEPUNSumber: Pn Zaleha Osman

    Bahan-bahannya

    18 oz tepung gandum

    2 oz mentega

    5 oz gula

    1 sudu besar yis segera

    3 biji telur

    18 oz santan pekat

    1 sudu teh bicarbonate of soda

    sudu teh garam

    sedikit warna hijau (boleh juga gunakan jus pandan)

    Cara-caranya

    1. Masak santan sehingga mendidih.Sejukkan sebentar.

    2. Pukul telur dan gula. Kemudian masukkan santan tadi.

    3. Campurkan tepung dengan yis dan gaul rata, kemudian masukkan mentega, garam, bicarbonate of

    soda serta adunan telur tadi dan dipukul menggunakan kelajuan perlahan selama 5 minit.

    4. Biarkan adunan itu naik barulah boleh dimasak seperti kuih jepun dan diisikan dengan inti kacang

    ditengahnya.

    Bahan Untuk Inti

    150 gm kacang merah (rebus hingga empuk)

    150 gm gula , sedikit garam

    (Dimasak seperti inti kuih pau)

    Terdapat pelbagai resipi inti kacang merah ni. Yg ni salah satu cara yg biasa. Ada resipi yg gunakan

    sedikit minyak. Ataupun ada boleh gunakan resipi anda sendiri ya.

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    9/26

    Kek Lapis India / Kek Lapis CadburyResepi : dayangjack@dapurku sayang

    bahan-bahan: loyang 9" x 9"

    450g mentega berkualiti tinggi 120g tepung hong kong / tepung gandum (diayak) 220g gula halus 10 biji telur 100g tepung biskut marie 65g serbuk horlicks 50g serbuk santan (1 peket) 300g susu pekat manis 2 bungkus kepingan coklat Cadbury pewarna kuning - optional

    Cara-cara:

    1. Sediakan loyang kek dan griskan dengan mentega.2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan berkrim.3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan.4. Masukkan tepung biskut marie, horlicks dan tepung, santan dan susu pekat sedikit demi

    sedikit. Putar lagi hingga sebati. Masukkan pewarna kuning jika suka. Kacau lagi sebati.

    5. Ambil 7 sudu besar adunan dan ratakan ke dalam loyang dan bakar hingga keperangan.6.

    Ulangi lapisan dan susunkan kepingan coklat pada setiap lapisan yang ketiga.7. Sejukkan kek sebelum dipotong.

    Nota:

    Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang. Serbuk Horlicks boleh digantikan dengan serbuk nestum bayi jika suka. Susu dan gula boleh dikurangkan atau dilebihkan mengikut citarasa sendiri. Gunakan mentega yang berkualiti tinggi untuk dapatkan hasil yang baik. Contoh jenama

    Anchor dan SCS.

    Acuan saiz 9" x 9" digunakan untuk kek yang tidak terlalu tinggi. Boleh juga menggunakanloyang 8" x 8".

    cara menyusun coklat : Bakar adunan terlebih dahulu. Kemudian susunkan coklat secararawak. Tutupkan coklat dengan adunan seterusnya dan bakar hingga keperangan. ATAU

    masukkan adunan dan susunkan coklat secara rawak dan bakar. Terpulang pada keselesaan

    masing-masing.

    Setiap layer dibakar/digril lebih kurang 7-10 minit mengikut kepanasan oven masing-masing.

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    10/26

    http://2.bp.blogspot.com/-t83lLqujQOg/T46O_27xNcI/AAAAAAAAH8M/04gluOMR12g/s1600/P4183182.JPG
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    11/26

    KEK LAPIS 4 RASABy:DayangJack@DapurKu SaYang

    Bahan-bahan : loyang 8" x 8" 10 biji telur gred A 500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor,

    Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) QH gunaSCS

    300 g tepung hongkong/tepung gandum(diayak) QH guna tepung gandum

    150 g gula kastor 100 g serbuk horlicks 150 g serikaya 300 g susu pekat manis 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan

    brand Kopoe-Kopoe) QH guna paste pandan

    biase saje + pewarna hijau 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan

    nescafe atau campuran serbuk koko dan coffeeemulco (dibancuh dengan sedikit air panas) -boleh juga campurkan dengan pewarna coklat ataubrowning sugar QH guna coklat emulco

    http://dayangjack.blogspot.com/2012/07/kek-lapis-4-rasa-salam-ramadhan-al.htmlhttp://dayangjack.blogspot.com/2012/07/kek-lapis-4-rasa-salam-ramadhan-al.htmlhttp://dayangjack.blogspot.com/2012/07/kek-lapis-4-rasa-salam-ramadhan-al.htmlhttp://dayangjack.blogspot.com/2012/07/kek-lapis-4-rasa-salam-ramadhan-al.html
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    12/26

    1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merahjambu

    1 sudu kecil oren emulco + pewarna oren QHtambah

    Cara-cara :1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.

    2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susupekat hingga putih berkrim.

    3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.

    4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan

    sebati.

    5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul

    sebati.

    6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian

    dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi

    diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan

    serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes

    strawberi.

    7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega

    disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih

    dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan

    bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    13/26

    (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-

    masing).

    8.

    Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buatsampai habis.

    9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan

    api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api

    bawah selama 10 minit.

    10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkanterlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk lapisan terakhir,

    QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian

    atas tu berkilat)

    11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap

    minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalambekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti

    sejuk.

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    14/26

    Okay , ni saja bahan2nya. Simple dok? Sangat simple!

    1 Tin rendah susu cap junjung (boleh adjust kemanisan ikut suka hati korang.kalau nak kurang manis, guna setengah tin je ok?)1 Tin/kotak kecil nestle cream (macam mana rupa dia? rujuk je gambar kat atassenang)1 Kotak fresh milk dutch lady (tak pakai habis pon fresh milk ni. pakai sikit je.lebihnya nanti korang boleh minum)3 bungkus roti saltcheese (roti ni aku tak tahu kalau kat semenanjung ada. katmiri sarawak banyak! korang boleh ganti kot dengan roti jenama lain. akudengar, ada orang pakai roti biskut marie pun sedap jugak! cubalah ye. )Tatura Cream Cheese (Seperti gambar di bawah)

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    15/26

    Cara nak buat pulak :

    1. Masukkan tatura cream cheese , susu manis dan nestle cream ke dalam mangkukpengadun .

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    16/26

    2. Putar ketiga2 bahan tadi sehingga sebati .

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    17/26

    3. Yeah ! Sudah pun sebati . Sekarang korang tuang sikit Dutchlady Fresh Milk kedalam mangkuk . Lepas tu , ambil roti saltcheese , celup roti saltcheese ke dalamsusu fresh milk , barulah di susun ke dalam loyang/acuan .

    4. Okay , lepas korang susun roti saltcheese , korang lapis dengan adunan cheesetadi di atas roti saltcheese . Lepas dah habis lapis guna cheese , korang ulang lagilangkah nombor 3 iaitu susun roti saltcheese tu balik . Cisss ! Asyik ter"cis.. ciss" jeaku dalam entry ni ye .

    5. Okay , bila dah habis melapis , korang tutup acuan korang dengan aluminium foil. Lepas tu letak dalam peti sejuk semalaman supaya kek korang jadi keras . Sohasilnya akan jadi macam ni :

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    18/26

    Slrppp ! Sedap gila . Aku baru je habis makan kek cheese ni dengan kek horlickhitam . Kek horlick hitam tu pun senang jugak nak buat , bahan pun sikit je , danrasa memang sedap !!

    Selamat mencuba !

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    19/26

    KEK LAPIS OREO

    Bahan-Bahan

    10 biji telur (saiz besar)

    500 gm mentega

    200 gm gula halus

    300 gm susu manis

    100 gm keju cheddar, diparut (optional)

    50 gm horlicks

    50 gm santan serbuk (peket)

    100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)

    180 gm tpg Hong Kong

    1 sudu teh serbuk vanilli1 sudu teh pes pandan (optional)

    secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)

    pewarna hijau dan merah

    Cara:

    1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

    2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

    3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

    4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong,

    serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

    5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

    a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)

    b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah

    c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

    6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8" x 8" yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan

    digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

    7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah

    sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

    8) Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung)adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut.

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    20/26

    Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

    9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan

    susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di

    bawah ni.

    10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.

    Nota:

    1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.

    2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.

    3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.

    http://4.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtRt3FZ8I/AAAAAAAAGl0/jV5x5yNK3kU/s1600-h/klo3.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtkgjlQjI/AAAAAAAAGmE/-pFyFOpnE2A/s1600-h/klo5.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtkS91fHI/AAAAAAAAGl8/B1Lh9YDeKDY/s1600-h/klo4.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtRt3FZ8I/AAAAAAAAGl0/jV5x5yNK3kU/s1600-h/klo3.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtkgjlQjI/AAAAAAAAGmE/-pFyFOpnE2A/s1600-h/klo5.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtkS91fHI/AAAAAAAAGl8/B1Lh9YDeKDY/s1600-h/klo4.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtRt3FZ8I/AAAAAAAAGl0/jV5x5yNK3kU/s1600-h/klo3.JPGhttp://4.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtkgjlQjI/AAAAAAAAGmE/-pFyFOpnE2A/s1600-h/klo5.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_9x8ceIQlgc4/SvbtkS91fHI/AAAAAAAAGl8/B1Lh9YDeKDY/s1600-h/klo4.JPG
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    21/26

    Ini sebenarnya resipi kek lapis cadbury dari blog"Rozzan"....tapi mat tukar dengan oreo...Apa2 pun

    kredit harus dibagi kepada rozzan kerana kepakaran beliau dalam bab lapis melapis nihh!!!!.

    BAHAN-BAHANNYA :-)

    500 g mentega

    10 biji telur gred A

    150 g gula kastor

    100 g biskut marie, kisar halus

    50 g serbuk santan

    100 g susu pekat manis

    180 g tepung gandum

    Biskut oreo secukupnya, dibuang cream

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Putar mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutarhingga gebu.

    2. Pada speed sederhana, masukkan tepung gandum, biskut marie kisar, serbuk santan dansusu pekat manis. Kacau hingga sebati.

    3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan letak warna kegemaran (mat guba kaler oren danhijau). Letak 4 camca besar adunan oren, bakar dengan api grill pasa suhu 180C selama 5

    kurang lebih minit. Bakar lagi satu lapisan kaler oren hingga masak.

    4. Selang seli kan dengan warna hijau. Lepas lapisan ke lima boleh disusun biskut oreo tadi.buat hingga siap...

    CHOCOLATE GANACHE

    100ml double cream/ whipping cream

    250gm coklat gelap dicincang halus

    sedikit garam ~ ita tak letak

    1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah

    1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah

    1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel

    50 ml air

    Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air

    Biarkan ia kembang

    Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan

    Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.

    http://rozzan.blogspot.com/2008/05/kek-lapis-cadbury.htmlhttp://rozzan.blogspot.com/2008/05/kek-lapis-cadbury.htmlhttp://rozzan.blogspot.com/2008/05/kek-lapis-cadbury.htmlhttp://rozzan.blogspot.com/2008/05/kek-lapis-cadbury.html
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    22/26

    Tambahkan golden syrup

    Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.

    Kacau rata

    Letakkan perisa vanila dan kacau sebati

    Angkat dan sejukkan

    Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.

    Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak

    perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting

    dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache,

    jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.

    Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting,

    cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada

    suhu bilik.

    CREAM CHEESE FROSTING

    125gm Philadelphia cream cheese

    60gm mentega

    1/2 cawan gula aising

    1 sdt vanila ekstrak

    1 sudu kecil jus daripada lemon

    1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambahsedikit pewarna kuning ~ ita tambah

    Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna

    dan jus lemon.

    Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.

    Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.

    Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek

    yang keras.

    Letakkan sekeping kek atas lapik kek

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    23/26

    Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen.

    Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk

    lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.

    Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian

    http://4.bp.blogspot.com/-Tgh3V55ZPP4/T3jOfKE-AzI/AAAAAAAAIkM/ihbfaQuKe1A/s1600/IMG_5909.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-wM8d_WHBVsk/T3jOd-DPb1I/AAAAAAAAIkE/8WEuw8x7UTk/s1600/IMG_5888.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-39tUV7mYfto/T3jOcoe5gWI/AAAAAAAAIj8/yvjWC9Ah0rk/s1600/IMG_5878.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-Tgh3V55ZPP4/T3jOfKE-AzI/AAAAAAAAIkM/ihbfaQuKe1A/s1600/IMG_5909.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-wM8d_WHBVsk/T3jOd-DPb1I/AAAAAAAAIkE/8WEuw8x7UTk/s1600/IMG_5888.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-39tUV7mYfto/T3jOcoe5gWI/AAAAAAAAIj8/yvjWC9Ah0rk/s1600/IMG_5878.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-Tgh3V55ZPP4/T3jOfKE-AzI/AAAAAAAAIkM/ihbfaQuKe1A/s1600/IMG_5909.jpghttp://3.bp.blogspot.com/-wM8d_WHBVsk/T3jOd-DPb1I/AAAAAAAAIkE/8WEuw8x7UTk/s1600/IMG_5888.jpghttp://1.bp.blogspot.com/-39tUV7mYfto/T3jOcoe5gWI/AAAAAAAAIj8/yvjWC9Ah0rk/s1600/IMG_5878.jpg
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    24/26

    keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini

    lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang

    sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.

    Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama

    seperti kepingan yang pertama.

    Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream

    cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek

    mengeras.

    Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut

    permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu

    letak gelatin.

  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    25/26

    Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah

    redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.

    Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan

    permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja .

    http://2.bp.blogspot.com/-OwYfuauHgCc/T3jTz10rk2I/AAAAAAAAIkU/EtvASXpz4v4/s1600/IMG_6066.jpg
  • 7/29/2019 Kek Lapis Dan Puding 2

    26/26

    Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.

    Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

    http://3.bp.blogspot.com/-jYfp-QMmS0g/T3jcxfp19cI/AAAAAAAAIks/syjXzMUpduI/s1600/IMG_7113.jpg