Kek Span Vanilla Coklat Cheese Bersalji

of 21 /21
kek span vanilla coklat cheese bersalji Bahan-bahan : 150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum* 1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama) 150 gm gula kastor 5 biji telor gred A 1 sudu besar ovalette 80 ml susu segar 80 ml minyak masak / mentega cair Perisa vanilla Coklat emulco Cara-cara : 1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing- masing). 2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi. 3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder

Embed Size (px)

description

doc

Transcript of Kek Span Vanilla Coklat Cheese Bersalji

kek span vanilla coklat cheese bersalji

Bahan-bahan :

150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*

1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama)

150 gm gula kastor

5 biji telor gred A

1 sudu besar ovalette

80 ml susu segar

80 ml minyak masak / mentega cair

Perisa vanilla

Coklat emulco

Cara-cara :

1. Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).

2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.

3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.

5. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.

6. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.

7. Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.

UNTUK KRIM

1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)

1/2 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara menghias kek

1. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

2. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

3. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

4. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potongsnow cheesecakeBahan-Bahan-loyang 8x8 inci

6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)

100 gm gula halus

100 gm tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)

60 gm tepung jagung (maizena)

50 ml air sejuk (dr peti ais)

1 sudu teh baking powder

2 sudu teh ovelet

75 gm mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM

1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)

1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING

1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.kek span pandan

Bahan-bahan : (loyang 4 segi 8 inci)

150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum

150 gm gula kastor

5 biji telor A

1 sudu besar ovalette

80 ml susu segar/air pandan

80 ml minyak masak / mentega cair

1 sudu teh pes pandan

1 sudu teh serbuk penaik

Sedikit pewarna hijau

Cara-cara :

1. Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). Yatie pkl telur bersama gula hingga kembang dulu. Lepas tu baru masukkan ovalette dan pukul lagi hingga kembang.

2. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar/air pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau... pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.

3. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4. Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 8 icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.

5. Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.pudding milo lapis oreo

Bahan :( Saiz: 8" persegi )

1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar

750ml Air

160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula

1 tin @ 400g Susu Cair

3/4 cup Serbuk Milo

1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara :

1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.Taburkan biskut oreo.Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:

Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.

Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.agar-agar santan pandan

Bahan-Bahan:

10gm serbuk agar-agar

1 cawan gula pasir

4 cawan air

200 ml santan kotak+ 50 ml air

1 biji telur dipukul dengan santan tadi

secubit garam

2 helai daun pandan

pewarna hijau dan perisa pandan

Caranya:

1. Masak air dengan gula pasir dan daun pandan.

2. Bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut

3. Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.

4. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.Guna api sederhana je dan sentiasa di kacau.

5. Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.

6. Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!KEK COKLAT MOIST KUKUS

resipi : chef zubaidahsumber :[email protected] :[email protected]

Bahan-bahan ( 8-9 inchi ) 100gm Serbuk Koko*

250gm Gula Kastor *1 tin Susu Isian Cair*

200gm Minyak Masak Sayuran*

250gm Susu Pekat*

4 biji Telur - pukul sehingga berbuih

150gm Tepung Gandum

1 sudu kecil Soda Bicarbonat

1sudu kecil Baking Powder

Cara-cara1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Sentiasalah di kacau guna whisk, tak payah sampai menggelegak.

2. Satukan dgn telur yg di pukul dgn mixer tadi. Masukkan tepung gandum yg di ayak bersama b.soda dan b.powder sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata guna whisk je.

3. Masukkan ke dlm loyang yg di lapik dngn kertas minyak. Loyang hendaklah di lenser dngn sedikit minyak di sekelilingnya terlebih dahulu.Tutup loyang dngn aluminium foil. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.

4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing/ ganache.GANACHE SIMPLEresipi :[email protected]

Bahan-Bahan 150gm cooking chocolate

1/4 cawan susu cair

1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil.

2. Padamkan api dan.kacau hingga choc cair.

3. Masukkan.minyak dan kacau.

4. Biarkan seketika baru dicurah atas kek

*kaedah letak minyak ni sbg gantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. Dn juga kek yg dihias.dgn ganache ni,.ganache.nya.tk mengeras/berkeping bila.dh dibiar dlm peti ais. kaedah ni k.nor pelajari kat kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..NASI AYAM

4 cawan beras (saya guna beras siam)

5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)

sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)

2 sudu besar butter

Bahan tumis

4 ulas bawang putih - di hiris

1 inci halia - di hiris

4 btng serai- di ketuk

3 sudu besar minyak

Cara-cara :

1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.

2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.

4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.

5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.

6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.

7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.

AYAM GORENG MADU

1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup

3 sudu besar kicap pekat

3 sudu besar sos tiram

2 sudu besar madu

2 sudu besar sos tomato

Cara-cara :

1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)

2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam

3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.

SOS PEDAS MERAH

4 ulas bawang putih

4 tangkai cili merah

6 biji cili padi merah/hijau

2 sudu besar cuka

2 sudu besar gula dan sedikit garam

2 sudu besar sos cili

1/2 cwn air masak utk blend bhn2

secubit garam

Cara-cara

1. Kisar bawang putih, cili padi dan cili merah.

2. Masukkan cuka dan sos cili.Gaul sebati.

3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah di hidangkan bersama ayam.

SAMBAL KICAP

10biji cili padi hijau/merah

2 ulas bawang putih

1/4 cwn kicap(secukupnya)

gula dan garam secukupnya

sedikit sup ayam

Cara-cara

1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.

2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap.

3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya.

SUP AYAM MUDAH

Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)

2 biji kentang= di potong dadu besar

1 btng carrot- di potong kecil

Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya

2 ulas bawang putih(hiris)

2 ulas bawang merah(hiris)

1" halia(hiris)

Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga

1 kiub pati ayam

Air secukupnya dlm 4 cwn

Garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.

2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.

3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.

4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.

5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.rending daging istimewa sedap

Bahan-Bahan

1 kg daging btng pinang ( dihiris kecil dan nipis)

1/2 cawan cili kisar

2 cawan santan (sedikit pekat)

2 sudu besar kerisik

1/2 ketul gula melaka (hiris halus)

2 keping asam gelugor

garam secukup rasa

2 helai daun limau purut/daun kunyit

1 cawan minyak masak utk menumis

Bahan Kisar Basah

5 biji bawang merah

1 labu bwng besar

4 ulas bawang putih

1/2 inci halia

1 inci lengkuas

3 batang serai - di hiris halus dan kisar

Bahan Tumis

1 batang kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

1 kuntum bunga cengkih

2 biji buah pelaga

2 batang serai - diketuk

Bahan Disangai/digoreng tanpa minyak dan Dikisar Kering

3 sudu besar biji ketumbar

1 sudu besar jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

Cara Memasak

1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan.(Kalau guna daging biasa rebus dulu hingga empuk)

2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau.

3. Masukkan bahan kisar basah dan cili kisar dan kacau lagi.

4. Masukkan bahan kisar kering. Kacau lagi. Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga keluar air daging dan kering sedikit airnya. Kacau sesekali.

5. Masukkan santan dan kacau rata. Masak dengan api sederhana agar daging lembut elok.

6. Masukkan pula gula melaka dan asam gelugor. Masak lagi hingga daging sebati.

7. Bila daging sudah hampir masak, masukkan kerisek,daun limau purut dan garam secukup rasa dan masak hingga kuahnya pekat sedikit. Kacau rata. (bila dah letak kerisek, masakan akan mudah hangus, elok dikacau sesekali.....masa ni guna api kecil je).

8. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, tutup api bila daging sudah benar2 empuk dan kuahnya pekat/kering.

9. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama ketupat, pulut kuning atau nasi impit..daging pelembang

Bahan-Bahan:

700 gm daging - potong lebar dan nipis

2 batang serai - dititik

500ml santan pekat

2 sudu besar kerisek

1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)

minyak utk menumis

Bahan kisar:

1 labu bawang besar

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

3 cm lengkuas

15 biji cili kering- Yatie guna 1 cawan cili kisar

Bahan Tumis

3 cm kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

2 biji bawang merah-hiris-Yatie tambah

2 ulas bwng putih-hiris -Yatie tambah

Cara Memasak

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.

2. Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.

3. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.

4. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.

**Kalau guna daging beku, rebuslah dulu sehingga empuk barulah masak seperti biasa.