Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

9

Click here to load reader

Transcript of Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

Page 1: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

PERLEMBAGAAN KELAB BILIK GURU DAN STAFF

SEKOLAH KEBANGSAAN FELCRA BUKIT KEPONG

PERKARA 1 : NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Kelab : Kelab Kebajikan Guru Dan Pekerja Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit

Kepong.

b. Alamat : Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong, 85300 Labis, Johor.

PERKARA 2 : MATLAMAT

Memupuk semangat kerjasama, menjalin silaturrahim serta menjaga kebajikan ahli

agar suasana bekerja di Sekolah Kebangsaan Bangsar ini lebih kondusif dan produktif.

PERKARA 3 : TUJUAN-TUJUAN KELAB

3.1 Untuk mengadakan sesuatu aktiviti bagi kebajikan dan kemajuan guru-guru dan

pekerja dengan syarat tiada 'faedah'

3.2 Untuk membolehkan guru-guru dan pekerja berinteraksi dalam suasana sosial yang

sihat dan bertukar-tukar idea dalam aktiviti yang dijalankan

3.3 Untuk membentuk dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan produktif

PERKARA 4 : FUNGSI KELAB

4.1 Fungsi kelab adalah untuk menjalankan aktiviti atau program bagi mencapai

tujuan-tujuan kelab yang dinyatakan dalam perkara 3, seperti :

4.1.1 Membantu dalam memajukan perkembangan guru-guru dan pekerja serta

menjaga kebajikan mereka

4.1.2 Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan

antara guru-guru dan pekerja serta sekolah.

Page 2: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

PERKARA 5 : KEAHLIAN

5.1 Terbuka kepada semua guru dan pekerja Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong

5.2 Kelayakan menjadi ahli adalah secara automatik

PERKARA 6 : AHLI JAWATANKUASA

6.1 Kelab hendaklah diuruskan oleh suatu jawatankuasa yang dilantik sebagai

Jawatankuasa Kelab Kejikan Guru dan Pekerja. Jawatankuasa ini dilantik oleh ahli-ahli

kelab setiap mesyuarat agung tahunan.

6.2 Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja hendaklah terdiri daripada

warganegara Malaysia dan masih lagi berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit

Kepong.

6.3 Ahli yang hadir semasa mesyuarat agung layak dicalonkan sebagai ahli

jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab

layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja.

6.4 Pengerusi KBGSSKFBK yang dilantik boleh dalam sesuatu masa melantik mana –

mana ahli untuk menganggotai jawatankuasa bagi melicinkan pentadbirannya.

Namun demikian ahli yang dilantik adalah tidak lebih daripada empat (4) orang.

6.5 Mana – mana kekosongan yang berlaku dalam jawatankuasa boleh diganti oleh

jawatankuasa dengan melantik ahli yang tidak terpilih untuk memegang jawatan yang

dikosongkan sehingga Mesyuarat Agung yang akan datang.

6.6 Jawatankuasa yang telah dipilih dan dilantik memegang jawatan dalam

KBGSSKFBK selama dua (2) tahun berturut – turut secara Automatik akan gugur pada

penggal berikutnya,kecuali dengan kerelaan hatinya bersetuju untuk terus memegang

jawatan.

6.7 Ahli – ahli yang tidak hadir Mesyuarat Agung juga layak dilantik untuk memegang

jawatan dalam jawatankuasa MGK SKML.

6.8 Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong secara automatiknya

akan menjadi Penasihat KBGSSKFBK. Tuan Guru Besar atau wakilnya boleh menyertai

mesyuarat untuk memberi pandangan.

6.9 Mesyuarat Agung perlu melantik dua (2) orang pemeriksa kira-kira yang mana

bukan terdiri daripada ahli jawatankuasa yang dipilih dan mereka tidak terlibat di

dalam mesyuarat jawatankuasa. Namun begitu mereka boleh dijemput untuk

Page 3: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

menyertai mana-mana mesyuarat jawatankuasa tetapi tidak dapat membuat

keputusan.

6.10 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.11 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh pengerusi tanpa mengadakan

mesyuarat.

6.12 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar

surat perletakan jawatan kepada Pengerusi

6.13 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri :-

6.13.1 Pengerusi

6.13.2 Naib Pengerusi

6.13.3 Setiausaha

6.13.4 Bendahari

6.13.5 Lima (5) Ahli Jawatankuasa

PERKARA 7 : TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Fungsi Jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja ialah untuk mengelola dan

mengatur kegiatan dan aktiviti kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara

yang menyentuh perjalanan kelab tanpa bercanggah dengan dasar umum yang

ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan

7.1. Pengerusi

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa TKW dan mesyuarat Agung

Tahunan dan bertanggungjawab ke atas kesempurnaan semua mesyuarat

7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3 Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti dan perjalanan kelab sepanjang

tempoh berkhimat.

7.1.4 Mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat

apabila telah diluluskan

7.1.5 Bertanggungjawab mengawasi pentadbiran kelab serta memastikan apa- apa

peraturan dipatuhi oleh semua ahli kelab

Page 4: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

7.1.6 Sentiasa mematuhi segala peruntukan perlembagaan dalam menjalankan tugas

sebagai pengerusi

7.1.7 Memastikan segala aktiviti dan program kelab dilaksanakan dengan sempurna

dan teratur

7.2 Naib Pengerusi

7.2.1 Bertanggungjawab membantu pengerusi dalam menjalankan fungsi-fungsi

pengerusi

7.2.2 Menjalankan tanggungjawab dan fungsi pengerusi semasa ketiadaan pengerusi

7.3 Setiausaha

7.3.1 Menjalankan urusan kelab mengikut perlembagaan.

7.3.2 Mencatat , menyelia dan menyimpan minit-minit mesyuarat jawatankuasa dan

mesyuarat agung tahunan.

7.3.3 Menyediakan laporan-laporan untuk dibentangkan pada mesyuarat agung

tahunan serta minit-minit yang bersangkutan dengannya.

7.3.5 Menguruskan hal-hal mesyuarat dan menyimpan rekod-rekod kelab.

7.5 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab mengurus dan mengawal hal ehwal kewangan kelab dengan

menyediakan dan menyimpan kewangan yang di kemaskini dari masa ke semasa

7.5.2 Menguruskan perbelanjaan wang kelab seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat

Agung Tahunan dan mesyuarat jawatankuasa.

7.5.3 Menerima bagi pihak kelab semua derma atau sumbangan daripada mana -

mana ahli atau lain-lain sumber dan mengeluarkan resit akuan terima serta dokumen

yang berkaitan

7.5.4 Memastikan tidak ada terlebih pengeluaran atau penyalahgunaan wang dari

akaun kelab

7.5.5 Menyediakan laporan atau penyata kewangan untuk di audit dan dibentangkan

kepada Mesyuarat Agung serta laporan-laporan yang berkaitan.

7.6 AJK Sukan

7.6.1 Merancang dan melaksanakan program sukan/permainan ahli kelab termasuk

jemputan dari luar

Page 5: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

7.6.2 Menyelenggarakan, menguruskan dan menyimpan stok alat-alat permainan

dengan baik

7.6.3 Menguruskan pembelian alat permainan untuk aktiviti kelab

7.7 AJK Lawatan

7.7.1 Menjadi penghubung dan penyampai maklumat di antara pentadbir, ahli kelab

dan pihak luar.

7.7.2 Membuat perbincangan dengan pihak luar sekiranya terdapat aktiviti yang

melibatkan pihak luar.

7.7.3 Menyelaraskan semua aktiviti yang membabitkan penglibatan pihak luar di

dalam aktiviti kelab.

7.7.4 Merancang, melaksana dan mengurus aktiviti atau program lawatan, hari

keluarga dan sebagainya untuk kemudahan ahli.

7.8 AJK Kebersihan/Keceriaan

7.8.1 Membantu pengerusi merancang dan menyelia program keceriaan bilik-bilik

khas kelab sekolah terutamanya bilik guru.

7.8.2 Membeli dan menguruskan alatan yang perlu untuk kecerian bilik guru.

7.8.3 Menyediakan maklumat dan carta organisasi untuk kegunaan ahli kelab.

7.9 AJK Kebajikan

7.9.1 Menjadi ketua dalam aktivitikebajikan dan sosial.

7.9.2 Menyelaraskan kegiatan sosial dan kebajikan yang dirancang, diatur dan disusun

oleh kelab.

7.9.3 Menjaga dan menyelaraskan kebajikan setiap ahli.

7.10 AJK Jamuan

7.10.1 Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan jamuan

7.10.2 Memastikan segala peralatan dan kelengkapan untuk kegunaan jamuan cukup

dan tersusun.

7.10.3 Bekerjasama dalam semua aktiviti sekolah yang melibatkan jamuan

7.10.4 Bertanggungjawab dalam menguruskan tetamu-tetamu yang hadir semasa

majlis diadakan.

Page 6: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

PERKARA 8 : KEWANGAN

8.1 Yuran pendaftaran bagi setiap ahli adalah sebanyak RM 15.00 untuk seumur hidup.

8.2 Setiap ahli diwajibkan membayar yuran RM 100.00 bagi setahun

8.3 Jumlan bayaran kutipan yuran boleh dipinda sekiranya mendapat persetujuan 2/3

ahli semasa mesyuarat agung tahunan

8.4 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti

8.5 Semua pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam akaun yang

telah disediakan oleh bendahari

8.6 Penyata kewangan akan diaudit dan diedarkan bagi setiap tahun berakhir pada

akhir tahun.

8.7 Perbelanjaan Wang hendaklah kepada perkara-perkara yang berfaeadah dan

tidak melanggar undang-undang dan perbelanjaan tetap boleh dibuat dengan kadar

tertentu

8.7.1 Kematian Ahli RM 100.00

8.7.2 Kematian Tanggungan RM 50.00

(Suami atau isteri,anak-anak,ibu atau bapa,

ibu mertua atau bapa mertua)

8.7.3 Perkahwinan Ahli kali pertama RM 100.00

8.7.4 Mendapat Cahaya mata (setiap kali bersalin) RM 50.00

8.7.5 Ahli dan tanggungan yang sakit RM 30.00

Ahli dan tanggungan ( suami/isteri dan anak-anak)

yang sakit dan tinggal dihospital melebihi

satu (1) hari dalam satu masa.Tidak termasuk

ahli yang masuk hospital kerana ingin bersalin.

8.7.6 Bertukar atau bersara ( Mengikut tempoh berkhidmat )

8.7.6.1 ( 1 – 5 Tahun ) RM 50.00

8.7.6.2 ( 6- 10 Tahun ) RM 70.00

8.7.6.3 ( 11 Tahun ke atas ) RM 100.00

8.7.7 Mengerjakan Haji atau Umrah ( ahli sahaja ) RM 50.00

Page 7: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

8.7.9 Derma RM 30.00

( boleh dibuat kutipan dari ahli jika perlu)

Jika kutipan telah dibuat dari ahli,maka

sumbangan tidak perlu dikeluarkan lagi.

8.7.10 Sumbangan kepada anak ahli yang cemelang RM 30.00

Dalam peperiksaan.

( mesti mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan

Yang diduduki- UPSR,PMR,SPM dan STPM )

8.8 Kuasa untuk membelanjakan wang KGSSKFBK ialah Jawatankuasa KGSSKFBK

dengan syarat ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah dan tidak

melanggar undang-undang.

8.2 Pengerusi MGK SKML boleh dalam suatu masa meluluskan perbelanjaan yang tidak

melebihi RM 100.00 bagi menjalankan aktiviti yang berfaedah tanpa memanggil

mesyuarat.

PERKARA 9 : KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli diwajibkan menghadiri mesyuarat agung

9.2 Sekiranya tidak dapat menghadiri hendaklah menulis surat kepada pengerusi kelab

9.3 Ahli yang belum menjelaskan tunggakkan yuran tahunan sebelumnya tidak boleh

menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab pada tahun semasa

PERKARA 10 : AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung tahunan atau

mesyuarat ahli jawatankuasa

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi dan diumumkan kepada

pengetahuan ahli.

10.3 Semua aktiviti yang dianjurkan oleh kelab boleh disertai oleh semua ahli

PERKARA 11 : MEMBERHENTIKAN

11.1 Ahli-ahli yang bersikap tidak senonoh dengan kesopanan atau ketenteraman

kelab, boleh dipecat oleh Jawatankuasa Kelab. Ahli yang dipecat berhak membuat

Page 8: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

rayuan dalam tempoh 14 hari diberitahu pemecatan, kepada mesyuarat agong untuk

membuat keputusan muktamad

PERKARA 12 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli bersama ahli

jawatankuasa semasa mesyuarat agung tahunan

12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa serta ahli

lain akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh

pengerusi

PERKARA 13 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

13.1 Mesyuarat Agung tahunan hendaklah diadakan pada setiap tahun sebelum

tahun persekolahan bermula

13.2 Notis tarikh mesyuarat agung tahunan hendahlah dihebahkan kepada ahli- ahli

selewat-lewatnya TIGA hari sebelum tarikh mesyuarat

13.3 Agenda mesyuarat Agung hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : -

13.3.1 Ucapan pengerusi

13.3.2 Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahun lalu

13.3.3 Membentang dan menerima laporan kewangan/aktiviti

13.3.4 Membahaskan perkara berbangkit

13.3.5 Pemilihan Jawatankuasa bagi tahun berkenaan

13.3.6 Ucapan penangguhan

13.3.7 Lain-lain hal

13.4 Mesyuarat agung tahunan bertanggungjawab memilih pemegang-pemegang

jawatan dalam jawatankuasa serta menimbang lain-lain perkara yang menyentuh

kemajuan dan kebajikan kelab. Pemilihan pemegang jawatan dibuat seperti berikut :-

13.4.1 Setiap pencalonan hendaklah mempunyai pencadang dan penyokong

Page 9: Kelab Bilik Guru Dan Staff Skfbk

13.4.2 Pemilihan dibuat secara undian bagi jawatan yang ditandingi

13.4.3 Calon yang mendapat undian terbanyak dipilih menjawat jawatan yang

dipertandingkan.

13.5 Mesyuarat agung khas bagi kelab ini boleh diadakan :

a) bila difikirkan mustahak oleh jawatankuasa

b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada 1/4

daripada jumlah ahli biasa dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab

mengadakannya.

13.6 Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu

tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh permintaan itu.

13.7 Pengumuman dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agong Khas itu hendaklah

diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang- kurangnya 15 hari

sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat

PERKARA 14 : KORUM

14.1 Korum mesyuarat yang diadakan oleh kelab adalah seperti berikut

14.1.1 Mesyuarat agung tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 ahli

14.1.2 Mesyuarat jawatankuasa hendaklah tidak kurang ½ daripada jumlah bilangan

ahli jawatankuasa

14.2 Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan

untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh

yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab; dan jika korum tidak cukup juga selepas

setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan

itu maka mesyuarat itu berkuasa mengubah undang-undang Kelab atau membuat

keputusan- keputusan mengenai semua ahli