Kelab Buku 2105 Jigsaw

11
KELAB BUKU BOOK CLUB PENGENALAN Membaca bukanlah amalan individu semata-mata sebaliknya perlu diamalkan secara berkumpulan. Sebagai contoh, sewaktu tamadun Islam,, membaca telah pun diamalkan secara berkumpulan ketika membaca Al-Quran. Manakala semasa kecil, anak-anak diajar mengaji dan membaca kitab di kampung bergurukan seorang ustaz. Malangnya, amalan murni dan terancang ini tidak pula dipraktikkan dalam gerakan membaca. Jika ada pun, ia hanya dilakukan ketika anak-anak anda berusia bawah 10 tahun, yang sering kali dianjurkan oleh perpustakaan. Tetapi, rata-rata masyarakat kita tidak pula melihat membaca itu sebagai satu amalan berkumpulan. Berlainan dengan negara-negara maju, yang telah mengamalkan amalan atau lebih bijak jika dirujuk sebagai budaya membaca secara berkumpulan. Misalnya di United Kingdom, telah wujud lebih 50,000 kumpulan pembaca. Manakala di Amerika Syarikat (AS), lebih 100,000 kumpulan pembaca wujud dalam masyarakat mereka.

description

PLC

Transcript of Kelab Buku 2105 Jigsaw

KELAB BUKUBOOK CLUB

PENGENALANMembaca bukanlah amalan individu semata-mata sebaliknya perlu diamalkan secara berkumpulan. Sebagai contoh, sewaktu tamadun Islam,, membaca telah pun diamalkan secara berkumpulan ketika membaca Al-Quran. Manakala semasa kecil, anak-anak diajar mengaji dan membaca kitab di kampung bergurukan seorang ustaz. Malangnya, amalan murni dan terancang ini tidak pula dipraktikkan dalam gerakan membaca. Jika ada pun, ia hanya dilakukan ketika anak-anak anda berusia bawah 10 tahun, yang sering kali dianjurkan oleh perpustakaan. Tetapi, rata-rata masyarakat kita tidak pula melihat membaca itu sebagai satu amalan berkumpulan.Berlainan dengan negara-negara maju, yang telah mengamalkan amalan atau lebih bijak jika dirujuk sebagai budaya membaca secara berkumpulan. Misalnya di United Kingdom, telah wujud lebih 50,000 kumpulan pembaca. Manakala di Amerika Syarikat (AS), lebih 100,000 kumpulan pembaca wujud dalam masyarakat mereka.Budaya membaca bukanlah merupakan satu hobi yang diminati oleh rakyat Malaysia. Malah wujud persepsi negatif terhadap para pencinta buku yang diibaratkan seperti kera sumbang. Tanggapan itu sama sekali tidak tepat. Pencinta buku juga menikmati dan menghargai keseronokan berkumpul dengan rakan-rakan, terutamanya para penikmat buku yang dapat bertukar cerita tentang buku-buku yang telah dibaca. Demi mencipta ruang ini, mereka akan menyertai kelab buku atau kumpulan pembaca tertentu.Menurut agensiReading Groupsyang mengkaji tentang kewujudan kelab-kelab buku di negara Barat, mendapati kelab buku telah wujud seiring dengan sejarah penerbitan buku. Di Malaysia, aktiviti kelab buku boleh dikatakan masih baru, kurang pendedahan, ataupun tidak mendapat sambutan. Walau bagaimanapun, pengaruh membaca kian meningkat, terutama dengan kemunculan beberapa kelab buku terbaru dalam talian atau media sosial seperti Facebook.

Berikut adalah antara beberapa kelab buku dalam talian yang aktif di Malaysia,: Bookster Hub Dinaungi Malaysian Publication House (MPH) yang boleh diakses melalui laman web MPH. Baca@LRT Dinaungi PTS, menggunakan Facebook sebagai medium kumpulan. Aktiviti bertumpu di LRT dan stesennya, dengan tujuan menggalakkan rakyat membaca dalam kenderaan awam tersebut. Goodreads Malaysia Bebas, tetapi tertakluk kepada syarat pengguna-pengguna Goodreads. Aktiviti menjurus perbincangan mengenai buku-buku dan dikendalikan oleh para peminat buku. Sekali sekala ada ahli akan memberikan buku percuma ataupun mengadakan pertukaran buku/bookswap. Cabaran-cabaran membaca turut diadakan seperti menghabiskan sasaran 50 buku setahun. BookCrossing Malaysia Bebas, tetapi tertakluk kepada syarat pengguna-pengguna BookCrossing. Aktiviti melibatkan pembebasan buku-buku untuk dimiliki oleh para peminat secara rawak ataupun secara tangan-ke-tangan. Antara kumpulan yang paling lama bertapak di Malaysia. Kelab Buku Malaysia Bebas, menggunakan Facebook sebagai medium. Konsep santai dan tidak fokus kepada apa-apa aktiviti khusus. Kelab Tidur Dengan Buku Bebas, baru ditubuhkan pada tahun 2014 tetapi giat merancang aktiviti yang pelbagai. Menggunakan Facebook sebagai medium. Turut serta dalam aktiviti Kelab Baca@LRT dan lain-lain.

Kewujudan kelab-kelab buku di atas nyata telah memeriahkan lagi dunia buku tanah air. Kini, pencinta buku dapat menambah luas pengalaman hidup dan persahabatan, merentas minat, kerjaya dan budaya/agama.

Saudara Wasif Wan, salah seorang yang hadir, pernah menjalankan program kem buku di bawah anjuran Jaringan Anak Muda. Sesuatu yang menarik bagi saya, kerana mereka bermalam bersama-sama untuk membaca buku-buku berkualiti dan kemudian saling mengupas isi buku sesama mereka.Maka, jika anda berminat, mari kita lihat apa yang dimaksudkan oleh kumpulan pembaca ini.Penerangan yang mudah; sesuatu kumpulan yang berkumpul untuk berbincang, berkongsi, membedah isi sesebuah buku yang dikongsi bersama untuk sesuatu masa.Malah, kadang kala kumpulan pembaca ini dirujuk sebagai Kelab Buku. Tetapi bagi penulis, kumpulan pembaca ini lebih bersifat mikro jika dibandingkan dengan kelab buku yang lebih bersifat makro. Skop kumpulan pembaca ini lebih kecil dan menjurus kepada kumpulan pembaca yang tidak lebih daripada 10 orang. Manakala ahli kelab buku boleh lebih daripada 10 orang, malah lebih daripada itu sehingga menjangkau ribuan pembaca.Antara contoh kelab buku yang aktif dan popular ialah Kelab Buku Oprah, yang dimiliki oleh Oprah Winfrey, seorang 'pengacara buku' yang popular di AS.Manakala di Malaysia, kelab buku diwujudkan oleh perpustakaan dan juga toko-toko buku. Misalnya Kelab Buku Kanak-kanak Dewan yang telah ditubuhkan pada 14 Julai 1979. Oleh kerana ia bersifat komersial, maka ahli-ahlinya perlu membeli buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dan DBP pula akan menerbitkan Berita Buku Dewan yang akan menyenaraikan tajuk-tajuk buku baru dan kegiatan-kegiatan kelab.Jika peranan kelab buku diuruskan oleh sesuatu organisasi, sama ada perpustakaan atau toko buku, kumpulan pembaca pula diuruskan oleh masyarakat itu sendiri. Malah anda pun boleh mewujud dan menguruskan kumpulan pembaca anda sendiri.Tidak perlu dilantik sebagai Ketua Pustakawan atau mempunyai puluhan juta ringgit untuk berjaya sebagai seorang usahawan buku. Yang anda perlukan ialah perancangan, kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama, makanan dan yang paling penting - buku!Jika dirujuk padaThe Reading Group Handbooktulisan Rachel W. Jacobsohn, beliau menyenaraikan beberapa langkah yang perlu diambil oleh sesebuah kumpulan pembaca ketika 'bersidang' yang lebih dikenali sebagaiRachel's Rule of Order, antaranya:1. Ahli-ahli tidak boleh merokok semasa kumpulan pembaca ini bertemu.2. Kanak-kanak tidak boleh mencampuri urusan pembacaan ketika kumpulan pembaca ini sedang 'bersidang.'3. Ahli-ahli kumpulan pembaca dilarang bersosialisasi atau bersembang-sembang kosong.4. Binatang peliharaan tidak dibenarkan berkeliaran.5. Tiada gangguan kebisingan yang keterlaluan.6. Tiada deringan telefon.7. Tiada urusan kraftangan.8. Kurangkan pergerakan ahli-ahli ketika berbicara.Mungkin ia agak keterlaluan, tetapi percaya atau tidak, inilah antara peraturan yang telah dikenakan pada setiap kumpulan pembaca di negara-negara barat. Malah, perlu ditambah di sini, makanan dan minuman (dan kadang-kala peneraju sesebuah kumpulan pembaca menyediakan menu yang bersesuaian) juga merupakan satu peraturan yang diwajibkan bagi sesebuah kumpulan pembaca.Namun begitu, untuk mewujudkan kumpulan pembaca di dalam masyarakat kita, mungkin tidak perlu mewujudkan peraturan-peraturan ketat seperti di atas. Sebaliknya satu perancangan yang rapi perlu diwujudkan. Mungkin jika gerakan kumpulan pembaca ini sudah serasi dan berjaya di Malaysia, maka kajian lebih mendalam perlu dilakukan untuk memantapkan kumpulan pembaca ini.

OBJEKTIF Memupuk sikap cintakan buku Memartabatkan buku sebagai sumber ilmu Memperoleh pengetahuan dari perbincangan melalui pembacaan rakan kelab

Soalan lazim mengenai garis panduan penubuhan kelab buku

1. Apa kategori kelab buku yang perlu ditubuhkan?

Kelab buku berbentuk sosialKelab buku berbentuk akademik1. Apakah kategori buku yang perlu dibaca?Pemilihan genre buku seperti buku berunsurkan PdP atau buku motivasi.

1. Berapa orang keahlian untuk kelab buku?Empat hingga 15 merupakan keahlian yang sempurna untuk perbincangan dalam kelab buku

1. Berapa kerap ahli perlu berjumpa ?Sebulan sekali merupakan kekerapan yang terbaik untuk perjumpaan.

1. Bilakah waktu perjumpaan dilakukan?Cadangan hari bekerja waktu petang.

1. Dimanakah perjumpaan diadakan?Di kantin, restauran, pusat sumber atau bilik mesyuarat.

1. Apakah nama kumpulan yang perlu diberikan kepada kumpulan kelab buku?Beri kelab buku anda identity contoh SISC + Kinta Utara memberi nama Die Hard Readers. Contoh lain Goodreaders club.

1. Bagaimana ahli kelab berhubung?Hantar peringatan perjumpaan melalui email, whatapps atau memo.

1. Bagaimana menjadikan pembacaan yang dikongsi manfaat untuk semua ahli?Adakan jurnal kelab dalam bentuk sinopsis yang dijilidkan atau simpan dalam fail.

1. Apakah manfaat perbincangan kelab buku ini?Buatkan rumusan dan pendapat ahli untuk sesuatu buku.

MODUS OPERANDI KELAB BUKU PLC Bentukkan kumpulan Kelab Buku dalam panitia. Tentukan masa untuk mengadakan sesi perjumpaan ahli kumpulan. Ketua Panitia menghantar emel kepada ahli panitia untuk menyenaraikan tajuk buku ilmiah ( yang berkaitan dengan motivasi dan PdP ). Ahli kumpulan akan menghantar senarai buku kepada ketua panitia. Semasa perjumpaan, ketua panitia akan menyenaraikan tajuk-tajuk buku kepada ahli panitia untuk dipilih. (Sarana BC01) Perjumpaan untuk pemilihan buku boleh dibuat sekali untuk buku yang perlu dibaca dalam setahun atau boleh dibuat sebelum sesuatu perjumpaan kelab buku dibuat. Sekurang-kurangnya 4 buah buku dipilih untuk di baca. Selepas buku telah dipilih, ada beberapa cara boleh dilakukan untuk pembacaan :a. seorang ahli akan ditentukan untuk membaca dan membuat sinopsis buku tersebut. Sinopsis boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan powerPoint. b. Semua guru membaca sebuah buku dan isikan borang 4A protocol. c. Semua ahli membaca berdasarkan bab tertentu yang ditetapkan oleh ketua panitia dan persetujuan bersama. Selepas 2 minggu, ahli / ahli-ahli yang membaca buku tersebut perlu membuat pembentangan kepada semua ahli kumpulan dalam satu perjumpaan yang telah ditetapkan. Selepas pembentangan, soalan akan ditanya kepada ahli kumpulan secara lisan. Sesi refleksi akan dibuat selepas sesi pembentangan dan soal jawab. Rumusan akan dihasilkan daripada pandangan ahli kelab mengenai buku tersebut dan disimpan dalam fail PLC.Cadangan : -Panitia boleh mewujudkan blog/portal untuk memasukkan sinopsis buku yang telah dibaca.

Sesi perbincangan buku (boleh guna classtool). Contoh yang boleh dijadikan panduan.Bagaimana hendak mengadakan perbincangan buku? Kalau anda mengetuai satu perbincangan buku Pilih satu soalan pada satu masa dan lontarkan kepada kumpulan ( Lihat perbincangan soalan generik di bawah ) 1. Pilih beberapa soalan, tulis setiap satu dalam satu kad indeks, dan edarkan. Setiap ahli / kumpulan, memilih dan mengambil satu kad dan menjawab soalan itu.1. Gunakan latarbelakang / atau objek yang berkaitan dengan cerita. Ia boleh membantu menjana kemahiran berfikir para ahli mengenai beberapa aspek dalam cerita yang dibaca. Ia adalah satu adult show and tell Peta, gambar, lukisan, makanan, pakaian, rakaman muzik, pita filem1. Pilih suatu petikan spesifik dari sebuah buku, 1 idea, 1 ayat dialog dan minta ahli untuk membuat komen. Bagaimana petikan dapat memberi iktibar mengenai suatu watak atau tema cerita atau kehidupan ahli atau kepercayaan kendiri?1. Pilih satu watak utama dan minta ahli untuk memberi komen mengenai watak tersebut. Pertimbangkan : Perwatakan, motivasi, bagaimana watak tersebut memberi kesan kepada peristiwa dalam cerita dan wataknya1. Permainan bahasa dan buat aktiviti icebreaker untuk membuka minda dan merangsang sesi seterusnya.1. Edarkan nota kepada semua yang terlibat untuk mengingat kembali atau menggunakan nota sebagai isi perbincangan. Kenalpasti watak utama dan ringkaskan plot cerita. Sekiranya anda mengambil bahagian dalam perbincangan buku Elakkan istilah suka atau tak suka. Istilah itu tidak membantu untuk merancakkan perbincangan, malah akan menyebabkan ahli yang lain tidak mahu menerima idea atau pandangan yang dikemukakan. Perkongsian mengenai pengalaman kendiri, pandangan mengenai buku yang dibaca adalah lebih sesuai dan lebih baik diutarakan dalam perbincangan buku. Sokong pandangan anda. Gunakan petikan yang terpilih dalam buku yang dibaca untuk menyokong pandangan dan idea yang diberi. Teknik analisis literature ini dikenali sebagai Bacaan Terperinci - Close Reading.

Catat nota semasa membaca. Buat catatan terhadap mana-mana petikan yang menarik: sesuatu yang menarik perhatian anda atau mungkin tidak difahami. Kongsi bersama catatan anda semasa perjumpaan.

Sarana BC01SENARAI BUKU

BUKU AKADEMIK (PdP).....BUKU MOTIVASI...

Sarana BC02FOUR A PROTOCOL

What part of the book do you want to ACT upon?What do you AGREE with the book?What ASSUMPTIONS does the author of the book hold? What do you want to ARGUE with the book?