Kelas Quran 2015

download Kelas Quran 2015

of 2

description

bahan kajian

Transcript of Kelas Quran 2015

PENGENALAN :

ASRAMA SEKOLAH MENENGAH AGAMA SAADAH AL DINIAH AL ISLAMIAH SUNGAI LIMAU DALAM YAN KEDAH

_____________________________________________________________________

KELAS TAHSIN AL QURANPENGENALAN :

Jawatan Kuasa Pentadbiran Asrama SMASDI berhasrat untuk melahirkan kepimpinan pelajar dan pewaris kepimpinan yang dapat membawa Asrama SMASDI dan penghuninya ke arah penghayatan dan pengamalan Islam secara bersungguh-sungguh dan menyeluruh dengan merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti kerohanian dan keilmuan serta memastikan segala aktiviti berjalan dengan baik dan lancar untuk mencapai objektif yang diharapkan.

MATLAMAT :

Menzahirkan insan-insan rabbani dari Asrama SMASDI yang mampu memimpin diri, rakan-rakan pelajar, keluarga dan masyarakat agar dapat menghayati keagungan Islam dan beramal dengan ajarannya dengan kesungguhan dan kesedaran bahawa Islam adalah cara hidup yang terbaik buat semua insan.

OBJEKTIF :

1. Melahirkan sekumpulan pelajar yang boleh membaca Al Quran2. Dapat mengkhatam Al-Quran dari guru-guru yang berkemahiran bagi pelajar-pelajar yang belum mengkhatamkanya di peringkat Sekolah Rendah.

3. Membentuk saf kepimpinan pelajar dan pelapis yang dapat menerajui asrama mencapai matlamat yang dihasratkan melalui program yang berterusan.

4. Memberi pendedahan kepada penghuni asrama pelbagai ilmu pengetahuan terutama Tauhid, Ibadah, Tafsir dan Hadith.

PROGRAM DAN SASARAN:

1- Kelab Tahsin Al Quran:Pelajar Tingkatan 1 dan 22- Kuliah Mingguan:Semua pelajar asrama

3- Berzanji dan Marhaban:Pelajar yang berminat

MASA & TEMPAT

BIL.PROGRAMHARI/MASATEMPAT

1.Kelab Tahsin Al QuranRabu dan Khamis

Kelas

ANGGARAN PERBELANJAAN:

BIL.PROGRAMPERINCIANJUMLAH (RM)

1.Kelab Tahsin Al Quran7 bulan x 8x RM 4056 x 40 = RM 2240

RM 2240.00

JUMLAHRM 2240.00

PENDAPATAN:

1. Wang lebihan makanan Asrama SMASDI

PENUTUP:

Moga Allah merahmati Asrama SMASDI dan menghulurkan inayahNya agar dapat mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat yang diimpikan melalui program yang telah disusun. Semoga program ini mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakannya, terima kasih.Disediakan oleh:

(PN SHUHAILY BINTI ABDUL)Warden Asrama Puteri 2015Disemak oleh:(EN ZAIB BIN TAIB)

Pen. Kanan HEM 2015SMASDIPAGE 1