Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

16
KELAYAKAN & CIRI-CIRI PEMIMPIN TERBAIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Transcript of Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Page 1: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

KELAYAKAN & CIRI-CIRI PEMIMPIN TERBAIK

MENURUT PERSPEKTIF

ISLAM

Page 2: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Siapa Pemimpin Islam..???

Menurut Fiqh Islam :

Khalifah

Imamatul Kubra

Waliyyul Amr

Amirul Mukminin

Sultan/Al-Malik-Raja

Page 3: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Memilih seorang pemimpin (muslim) bagi menguruskan hal ehwal umat Islam adalah WAJIB berdasarkan Al-Quran, As-Sunnah dan Ijma’ ulama.

Umumnya, tugas utama pemimpin umat Islam adalah untuk menjaga urusan agama dan dunia.

Rasulullah SAW bersabda :

%لك%م راع وك%لك%م مسئ%ول عن رعيته فاألمير% الذي على الناس راع ومسئ%ول كعن رعيته

“ Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya berkenaan kepimpinannya. Seseorang amir

(pemimpin) yang menguruskan hal ehwal masyarakat adalah pemimpin, dan ia akan disoal berkenaan urusan

kepimpinannya.”

Page 4: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Siapa yang layak…???

Syarat-syarat yang disepakati oleh Ulama termasuk Al-mawardi, pengarang kitab Al-ahkam Al-sultaniah adalah :

Muslim, Akil Baligh, Lelaki – Kanak-kanak yang belum dewasa tidak boleh dijadikan ketua. Syarat ini didasarkan kepada sekatan atau halangan yang ada pada wanita jika diangkat menjadi pemimpin. Contoh : batasan aurat dan pergaulan.

Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah swt dan Rasulullah saw – Pemimpin perlu bertaqwa dan ikhlas serta tidak meninggalkan kewajipan agama dan juga mampu menjamin hak-hak manusia di bawah jagaannya.

Berilmu /menguasai samada fardu ain ataupun fardu kifayah – Pemimpin haruslah berpegetahuan agar dapat membezakan yang hak dan batil serta proaktif dalam menangani kepimpinan pasukan / jamaah.

Page 5: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Berkemampuan menyelesaikan masalah – Berteraskan ilmu, berhikmah, bijaksana serta melalui penggunaan kaedah-kaedah yang sesuai dengan masalah yang dihadapi. Contoh : mampu berijtihad.

Beradab mengikut akhlak Islam (qudwah hasanah) – Menjadi teladan kepada orang pimpinannya dengan melaksanakan apa yang dikata serta mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti taqwa, ikhlas, jujur, amanah, pemaaf, tegas serta sentiasa refleksi diri.

Sempurna pancaindera dan tubuh badan – Keperluan kesempurnaan dan kesihatan fizikal tubuh badan sama pentingnya dengan aspek keilmuan dan kerohanian. Rasulullah bersabda : “ Lelaki yang mukmin dan kuat tubuh badan lebih disayangi Allah daripada lelaki yang mukmin yang lemah fizikalnya.”

Page 6: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Ciri-ciri tambahan :

Mengenal jemaahnya : Pemimpin harus sentiasa menilai tindak tanduknya dalam mengendalikan aktiviti organisasi dan mengurus sumber manusia dengan teliti dan jujur. Berkemampuan mendalami dan memahami situasi fikiran anggota dan organisasinya.

Mengenali jiwa dan potensi diri : Pemimpin wajib mengetahui sebarang potensi yang ada pada diri seterusnya bertindak mengukuhkan kekuatan dan menguatkan mana-mana kelemahan yang ada. Perlu juga mengkaji tokoh atau pemimpin dahulu untuk mengambil contoh dalam memimpin.

Memberi perhatian kepada anggota jemaahnya : Pemimpin harus mengenali secara dekat ahli-ahli organisasinya yang terdidik dalam pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran supaya potensi mereka dapat dimanfaatkan untuk kepentingan organisasi.

Page 7: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Kuat kemahuan : Merupakan rukun penting bagi seorang ketua. Dengan mempunyai kemahuan yang kuat, seorang pemimpin dapat dan sanggup mendepani segala rintangan yang pasti berlaku dalam organisasi.

Optimisme : Pemimpin adalah sebagai simbol dan model yang berpengaruh dalam kalangan pengikut dan juga ahli organisasi. Sikap pemimpin yang optimis serta berhemah akan menjadi pemangkin kepada anggotanya untuk mencapai visi dan juga matlamat organisasi.

Page 8: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah telah menggariskan beberapa kaedah dalam menentukan siapakah dia pemimpin (bagi umat Islam). Yang dengannya ia perlu ditaati, dihormati serta mendapat hak-haknya sebagai pemimpin atau pemerintah :

Sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang memiliki kedaulatan atau kuasa mentadbir masyarakat atau rakyat. Sama ada dari sudut perundangan, kuasa, kekuatan, sokongan rakyat, ataupun ketenteraan.

Sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam yang telah dipilih, atau telah menang dan memegang kuasa pemerintahan, maka dia adalah pemimpin yang wajib ditaati dan dihormati, tidak boleh dilawan, dan tidak boleh keluar dari ketaatan kepadanya.

Walaupun pemimpin tersebut tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai seorang pemimpin yang sah, namun apabila dia telah memegang kekuasaan dalam pemerintahan, maka wajib untuk ditaati dan haram menentangnya.

Dibolehkan bagi setiap negara, atau wilayah tertentu memiliki pemimpin masing-masing tanpa terikat dengan wilayah yang lain apabila ianya telah berlaku. Setiap masyarakat atau rakyat perlu mentaati pemimpin tertinggi dan wakil-wakilnya bagi wilayah atau negaranya masing-masing.

Page 9: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyebutkan :

وهو أن النبي صلى الله عليه و سلم أمر بطاعة األئمة الموجودين المعلومين الذين لهم سلطان يقدرون به على سياسة الناس ال بطاعة معدوم وال مجهول

وال من ليس له سلطان وال قدرة على شيء أصال

“ Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memerintahkan supaya taat kepada imam (pemimpin) yang

sah (yang wujud), yang diketahui, yang memiliki (memegang) kuasa perundangan untuk mentadbir urusan masyarakat. Tidak

ada ketaatan bagi pemimpin yang tidak wujud, yang tidak diketahui (atau tidak diiktiraf) sebagai pemimpin, dan yang tidak memiliki jawatan (kuasa) kepimpinan ke atas segala

sesuatu yang mana secara asalnya tidak ada ketaatan bagi orang yang tidak memiliki kekuasaan dan tidak memiliki

kemampuan apapun.”

Page 10: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Ibnu Baththal berkata :

“ Para fuqaha’ telah sepakat (ijma’) berkenaan kewajiban mentaati sultan (pemerintah) yang memiliki kuasa

walaupun dia mendapat kuasa tersebut dengan cara rampasan atau pemberontakan (mutaghallib), dan

hendaklah kita berjihad bersama-samanya. Ini adalah kerana ketaatan kepadanya lebih baik dari keluar

meninggalkan ketaatan kepadanya (dengan mengambil sikap membangkang atau memberontak), yang dengannya mampu memelihara darah dan menenangkan orang ramai (masyarakat). Tidak ada pengecualian dalam perkara ini,

melainkan apabila sultan melakukan kekafiran yang nyata.”

(Ibnu Hajar, Fathul Bari, 13/7)

Page 11: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Hak Pemimpin

o Kesetiaan (wala') daripada ahli-ahli.

o Ketaatan daripada ahli-ahli.

o Nasihat dan pembetulan dari ahli-ahli jika tersalah.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Allah menjadi redha kepada kamu dalam tiga perkara; (pertama) bahawa hendaklah kamu sembah Dia dan sekali-kali jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu. (Kedua), bahawa kamu berpegang teguh semuanya kepada tali Allah dan jangan

kamu berpecah-belah. (Ketiga), hendaklah kamu menasihati orang-orang yang ditakdirkan Allah menjadi pemimpin kamu."

(Hadis Riwayat Muslim)

Page 12: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Tanggungjawab Pemimpin

Mentaati Allah dan Rasul-Nya S.A.W. serta melaksanakan perintah-perintah-Nya. Pemimpin mesti dipimpin oleh iman, ilmu dan amal supaya tidak terjerumus melakukan segala macam perbuatan jahat, mengikut tuntutan hawa nafsu dan lebih mengutamakan keuntungan dunia yang sementara.

Bermusyawarah dengan orang yang dipimpin dan menghayati adab berbeza pendapat.

Berlaku adil dalam seluruh tindakan. Jika keadilan ditegakkan, segala bentuk kezaliman, penindasan dan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan.

Melaksanakan amar ma`ruf nahyul mungkar walaupun dalam jemaah yang paling kecil iaitu tiga orang hinggalah kepada jemaah yang lebih besar.

Sentiasa bersedia menerima dan menghargai nasihat dan teguran yang benar dan Membina daripada orang yang dipimpin dengan hati terbuka.

Page 13: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Sabda Rasulullah SAW :

wالv لم wنصwيحة إ vة فلم يحطها ب ي wه رعv ما مwن عبد استرعاه اللwةv wحة الجن يجwد رائ

“ Tidaklah seorang hamba yang diangkat oleh Allah sebagai pemimpin ke atas orang-orang yang

dipimpinnya, kemudian ia tidak menjaga mereka dengan nasihatnya, melainkan ia tidak akan

mencium aroma (wanginya) Syurga.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Page 14: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Konsep Kepimpinan Islam dirumuskan…

• Berteraskan konsep khalifah Allah S.W.T ; setiap manusia (muslim mukmin) adalah Pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarganya serta ahli-ahli di bawa jagaannya.

• Konsep kepimpinan dihubungkan dengan tugas menegakkan amar ma`ruf nahyul mungkar yang merangkumi semua perkara yang dituntut dan diharuskan oleh syarak iaitu meliputi soal-soal akidah, syariah, akhlak yang membawa manusia kepada kesejahteraan kehidupan sekali gus mencegah yang buruk, keji dan mungkar.

• Kepimpinan Islam digerakkan oleh ilmu, iman dan amal soleh yang diterasi oleh keikhlasan dalam semua bentuk tindakan yang diambil, sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik, kebajikan dll. Tidak ada istilah "tindakan menghalalkan cara" dalam kepimpinan Islam.

• Kepimpinan bukan sesuatu jawatan yang boleh dijadikan bahan rebutan. Malahan bukan untuk dipohon atau menawar diri untuk menjawat sesuatu jawatan. Ia bukan suatu profesion dan tidak dimonopoli oleh satu-satu kaum, ras, bangsa atau keturunan.

Page 15: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

• Melantik pemimpin adalah satu kewajipan umat Islam. • Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Jika kamu bertiga, maka

lantiklah salah seorang menjadi ketua."

• Kepimpinan dalam Islam mencakupi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoalkan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

• Tidak ada pemujaan terhadap pemimpin dan tidak ada konsep ma`sum dalam kepimpinan Islam.

• Kepimpinan Islam menganjurkan kepatuhan bersyarat. Seseorang itu tidak perlu patuh, malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T.

Page 16: Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam

Kesimpulan

• Kewujudan seorang pemimpin bagi umat Islam adalah suatu keperluan. Ini bagi tujuan menjaga urusan dan kemaslahatan hal-ehwal umat Islam seperti menjaga keamanan, perpaduan, mengawal serangan musuh, menegakkan agama, menegakkan undang-undang dan seumpamanya.

• Dalam al-Ahkam as-Sulthaniah Imam al-Mawardi menyatakan bahawa pemimpin dilantik adalah bagi tujuan menggantikan Nabi dalam urusan menjaga agama dan mentadbir urusan umat Islam. Jadi, adalah suatu kewajiban untuk melantik pemimpin yang mampu memikul tanggungjawab dalam urusan berkaitan tersebut.