Kelayakan menterjemah

10
KELAYAKAN MENTERJEMAH Nur Adibah Bt Alias A139313 Terjemahan Arab-Melayu-Arab II PPPJ2443 Jab. Peng. Arab dan Tamadun Islam UKM

description

Nur Adibah Bt Alias A139313 Terjemahan Arab- Melayu-Arab II PPPJ2443 Jabtn. Peng. Arab dan Tamadun Islam UKM.

Transcript of Kelayakan menterjemah

Page 1: Kelayakan menterjemah

KELAYAKAN MENTERJEMAH

Nur Adibah Bt AliasA139313Terjemahan Arab-Melayu-Arab IIPPPJ2443Jab. Peng. Arab dan Tamadun Islam UKM

Page 2: Kelayakan menterjemah

Mengetahui dua bahasa sahaja tidak cukup untuk menjadi penterjemah yang baik . Penterjemah yang menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran dengan baik tidak semestinya boleh menterjemah dengan baik.

Penterjemah bukan hanya sekadar mengalihbahasakan karya dari bahasa sumber ke bahasa yang lain tetapi juga wajib memahami situasi dan konteks karya yang diterjemahkannya.

Dalam tiap-tiap bidang ilmu akan terdapat pakarnya masing-masing dan demikian juga halnya dengan ilmu terjemahan. Pakar-pakar dalam bidang terjemahan telah menghasilkan teori-teori dan prinsip –prinsip yang menjadi panduan bagi seorang penterjemah.

Page 3: Kelayakan menterjemah

Menurut Ainon 1985, seseorang yang ingin menjadi seorang penterjemah yang baik haruslah dapat memenuhi empat syarat utama seperti berikut :

Mengetahui bahasa sumber . -iaitu bahasa asal yang akan diterjemahkan

kepada bahasa kedua. - Mestilah mempunyai pengetahuan yang

mendalam . - Penterjemah harus menguasai bahasa itu

sumber secukupnya agar mengetahui selok belok keistimewaan dan keganjilan bahasa sumber supaya mampu membezakan perbezaan-perbezaan makan yang terkandung dalam teks asal. Dengan itu ia dapat mentakrifkan maksudnya dengan tepat.

Page 4: Kelayakan menterjemah

Mengetahui bahasa penerima.

- Iaitu bahasa sasaran- Penterjemah harus menguasai bahasa penerima

dengan lebih baik lagi

- Pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan.- Untuk menjamin supaya maklumat atau makna

yang terkandung dalam teks asal dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna

- Tanpa pengetahuan yang baik dalam bidang yang diterjemahkan terjemahan yang dilakukan sudah pasti banyak maklumat yang bercanggah

- Lebih-lebih lagi dalam bidang yang memerlukan penterjemahan teks-teks khusus seperti bidang sains, teknologi, undang-undang atau falsafah, kesusasteraan.

Page 5: Kelayakan menterjemah

Mengetahui teori dan amalan terjemahan

Pada masa dahulu penterjemahan hanya dianggap sebagai suatu tugas untuk mencari perkataan ang boleh menggantikan perkataan asal dalam bahasa sumbernya.Anggapan ini tidak benar.Penterjamahan bukanlah mencari padanan perkataan semata-mata tetapi bertanggungjawab memindahkan idea, maklumat dan gaya teks yang diterjemahkan.Penterjemah perlu dibantu oleh ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa menterjemah.

Page 6: Kelayakan menterjemah

Beberapa masalah peribadi dalam terjemahan

Salah faham mengenai ciri-ciri bahasa, tugas penterjemahan dan matlamat penterjemahan mudah timbul apabila kita tidak benar-benar bersikap objektif pada maklumat dalam teks.Masalah-masalah peribadi yang sering dialami oleh penterjemah biasanya bukanlah berasal daripada sikap seseorang yang sengaja tidak mahu objektif terhadap tugasnya tetapi biasanya berasal daripada andaian –andaian yang tidak disedarinya yangmempengaruhi tugasnya dan melemahkan hasil yang cuba diusahakannya dengan jujur. (Ainon 1985)

Page 7: Kelayakan menterjemah

Antara masalah-masalah tersebut ialah :

Terlalu mengetahui bidang yang tertentu.- Masalah ini mungkin nampak janggal , kerana

kebiasaannya ciri-ciri lazim yang perlu ada pada penterjemah ialah mempunyai pengetahuan yang baik dalam subjek yang diterjemahkannya.

- Oleh kerana mereka cukup mengetahui sesuatu bidang itu secara mendalam maka mereka sering beranggapan bahawa pembaca juga tahu apa yang mereka ketahui.

- Akibatnya mereka akan menterjemah pada peringkat yang tidaka dapat difahami oleh pembaca.

- Mereka sukar “merendahkan” diri mereka setaraf dengan orang-orang yang tidak mempunyai pengetahuan yang sedemikian

Page 8: Kelayakan menterjemah

Menerima “translationese” tanpa soal jawab.Tradisi “translationese” telah timbul daripada penterjemahan buku-buku teks dan bahan lain yang dibuat dengan cara sekaligus dari satu bahasa ke bahasa yang lain.Gol.ongan terpelajar seperti ini biasanya belajar dalam bahasa asing dan tidak kenal lagi dengan tabiat dan keistimewaan bahasa ibunda mereka sendiriLalu mereka mudah terjerat oleh “translationese”. Sikap mereka ini kadang-kadang terbawa-bawa sehingga tidak menggalakkan penggunaan bentuk-bentuk yang lebih asli dalam bahasanya sendiri.

Page 9: Kelayakan menterjemah

-Tidak yakin pada bahasa sendiri.

Ramai yang merasakan bentuk-bentuk bahasa asing lebih baik prestijnya dan oleh yang demikian mereka meniru bentuk-bentuk tersebutOleh itu mereka meminjam terus perkataan, simpulan bahasa, bentuk-bentuk stilistik malah bentuk nahu juga.Ada pula golongan yang terlalu yakin pada kemampuan bahasanya sehingga ia percaya apa yang dinyatakannay dalam bahasa asing dapat dinyatakan juga dalam bahasanya.

Page 10: Kelayakan menterjemah

-Keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa

Ada sesetengah pihak tertentu yang mempunyai semacam profesionalisme dalam tugas mereka dan kalau sesuatu hal itu telah dijelaskan dengan mudah maka ianya akan mengetepikan fungsi mereka untuk menghurai dan menjelaskan lagi hal tersebut.

Kurang pengetahuan mengenai terjemahan- Kebanyakan orang menyangka oleh kerana

bahasa itu terdiri daripada perkataan-perkataan maka menterjemahkannya sekadar kerja mengganti satu perkataan dalam bahasa sumber dengan perkataan lain dalam bahasa penerima.

- Kemudian baru disedari bahawa perkataan bukanlah unit bahasa yang baik untuk dijadikan dasar terjemahan , tumpuan hendaklah diberi pada ayat malah perenggan dan seluruh wacana.