Kelebihan 3 Media Grafik Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Konteks Pengajaran Dan...

3
1.0 kelebihan 3 media grafik di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 1.1 Pengenalan Media Grafik. 1.1.1 Maksud Media. Media Menurut Jamaludin Badusah, Muhammad Husin dan Abdul Rashid Johar (2000), media adalah suatu kaedah atau perantaraan berkomunikasi, berhubung antara satu sama lain seperti menggunakan akhbar, berita dan gambar untuk menyebarkan maklumat dan pandangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan perantaraan yang menghubungkan maklumat dan tujuan pengajaran guru dengan penerima iaitu pelajar yang akan memproses perantaraan itu, dan jika sesuai dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan. Menurut Heinich, Molenda dan Russell (1991) pula, media boleh didefinisikan sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar, foto, risalah, poster dan sebagainya. Manakala Kamus Dewan (1997) menyatakan media ialah alat atau perantara komunikasi. Ia terdiri daripada media am, media cetak dan media massa. Media boleh juga didefinisikan sebagai apa juga alat atau perkakas yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat di antara manusia (Rossi dan Briddle 1967). Seterusnya, menurut Enright (1972), media adalah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elektronik ataupun cara mekanik. Pada kesimpulannya, media adalah berasal dari perkataan Latin MEDIUM yang bermaksud PERANTARA . Ia merujuk kepada apa juga yang membawa maklumat di antara penyampai kepada penerima. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran

Transcript of Kelebihan 3 Media Grafik Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Konteks Pengajaran Dan...

Page 1: Kelebihan 3 Media Grafik Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Konteks Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah

1.0 kelebihan 3 media grafik di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam konteks

pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1.1 Pengenalan Media Grafik.

1.1.1 Maksud Media.

Media Menurut Jamaludin Badusah, Muhammad Husin dan Abdul Rashid Johar

(2000), media adalah suatu kaedah atau perantaraan berkomunikasi, berhubung antara satu

sama lain seperti menggunakan akhbar, berita dan gambar untuk menyebarkan maklumat dan

pandangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan perantaraan yang

menghubungkan maklumat dan tujuan pengajaran guru dengan penerima iaitu pelajar yang

akan memproses perantaraan itu, dan jika sesuai dapat diterima oleh pelajar dengan berkesan.

Menurut Heinich, Molenda dan Russell (1991) pula, media boleh didefinisikan

sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem,

video, radio, gambar, foto, risalah, poster dan sebagainya. Manakala Kamus Dewan (1997)

menyatakan media ialah alat atau perantara komunikasi. Ia terdiri daripada media am, media

cetak dan media massa. Media boleh juga didefinisikan sebagai apa juga alat atau perkakas

yang biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat di antara manusia (Rossi dan Briddle

1967).

Seterusnya, menurut Enright (1972), media adalah ikhtiar-ikhtiar untuk memperolehi,

memproses dan menyusun kembali maklumat pandang dan dengar atau gabungan maklumat

pandang dan dengar dengan cara grafik, fotografik, elektronik ataupun cara mekanik. Pada

kesimpulannya, media adalah berasal dari perkataan Latin “MEDIUM’ yang bermaksud

‘PERANTARA’. Ia merujuk kepada apa juga yang membawa maklumat di antara penyampai

kepada penerima. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia adalah segala kelengkapan

yang digunakan oleh guru untuk membantu dalam penyampaian pengajaran dengan jelas dan

bermakna. Ia juga melibatkan segala yang digunakan sama ada yang dapat dilihat, didengar,

dipegang, dibaca, dirasai, dihidu, dikisahkan dan digunakan. Jadi dengan memahami definisi-

definisi ini, diharap ia dapat membantu seseorang guru dalam mengaplikasikan media dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan lagi.

Page 2: Kelebihan 3 Media Grafik Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Konteks Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah

1.1.2 Maksud Grafik.

Grafik memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak

dapat atau sukar diterangkan melalui teks. Ia mampu menambah daya tarikan kepada sesuatu

paparan atau persembahan. Menurut kamus dewan edisi keempat grafik merupakan paparan

yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain – lain yang bertujuan untuk

menyampaikan idea, konsep, maklumat dan sebagainya.

Selain itu grafik juga boleh dirujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan

visual yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambarfoto, ilustrasi, dan

sebagainya. Ianya merupakan antara elemen multimedia yang amat penting bagi memberi

penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat terutamanya di dalam proses

Pengajaran dan Pembelajaran. Penggunaan grafik dikatakan dapat menyampaikan maklumat

dengan lebih pantas dan tepat memandangkan ianya disampaikan melalui visual.

2.0 Kelebihan Tiga Jenis Media Grafik.

i. Power Point.

Menurut kamus dewan edisi keempat Power Point merupakan perisian aplikasi

yang digunakan untuk membangunkan bahan persembahan yang terdiri daripada

teks, imej, animasi, grafik, video, atau carta. Di dalam perisian Microsoft Power

Point terdapatnya Slaid yang bertujuan memancarkan imej grafik seperti

gambarfoto, ilustrasi, rajah, simbol dan sebagainya.

Kelebihan.

Perisian Microsoft Power Point mempunyai pelbagai kelebihan terutamanya

untuk tujuan Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah kerana

dikatakan mampu meningkatkan pemindahan maklumat. Antara kelebihan penggunan

perisian Microsoft Power Point ialah mempunyai ciri media seperti animasi, visual,

audio, dan grafik yang dapat menarik minat pelajar dan penonton secara spontan.

Selain itu Power Point juga boleh digunakan sebagai alat persembahan (presentation)

atau alat bantuan instruksi ( Teaching or Instructional support).

Page 3: Kelebihan 3 Media Grafik Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Konteks Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah

Seterusnya Power Point boleh digunakan untuk proses Pengajaran dan

Pembelajaran untuk kumpulan besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti

perbincangan atau tutorial dan individu iaitu melalui Pembelajaran Individu.

Penggunaan Power Point juga membolehkan pengguna membuat pindaan, tambah

atau membina slaid baru semasa persembahan dijalankan dan boleh menyediakan

salinan utama ( Master ) untuk membuat bahan tayangan transperansi.

ii.