Kelebihan Hafaz Quran Ringkas

5
http://blogpbu.blogspot.com/2010/09/kem-tahfiz-perdana-pusat- bimbingan.html KELEBIHAN ORG HAFAZ AL-QURAN 1. Ganjaran Dunia “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah) Orang yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran di akhirat semata-mata bahkan di dunia juga. Seperti didalam maksud hadis diatas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz al-Quran merupakan kerabat Allah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan juga hamba-hambanya yang terpilih. Bayangkan anda menjadi salah seorang kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau kerabat sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala Raja.Tidak mahukah kita merebut peluang seperti ini?. Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud hadith riwayat muslim “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” dan banyak lagi ganjaran dan kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran 2. Mayat Tidak Reput Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUKdan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah a - Para Nabi b - Para Syuhada'

Transcript of Kelebihan Hafaz Quran Ringkas

http://blogpbu.blogspot.com/2010/09/kem-tahfiz-perdana-pusat-bimbingan.htmlKELEBIHAN ORG HAFAZ AL-QURAN1. Ganjaran Dunia

Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah(Ahlullah)dan dan orang-orang pilihannya.(Riwayat Ibnu Majah)

Orang yang mengahafal Al-Quran tidak semestinya mendapat ganjaran di akhirat semata-mata bahkan di dunia juga. Seperti didalam maksud hadis diatas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, penghafaz al-Quran merupakan kerabatAllah S.W.T di dunia dikalangan manusia dan juga hamba-hambanya yang terpilih. Bayangkan anda menjadi salah seorang kerabat kepada Raja segala Raja, sedangkan didunia ini kalau kerabat sultan pun dihormati,inikan pula kerabat Raja segala Raja.Tidak mahukah kita merebut peluang seperti ini?. Selain itu orang yang menghafal Al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin seperti di dalam maksud hadith riwayat muslimYang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.dan banyak lagi ganjaran dan kelebihan di dunia bagi orang yang menghafal Al-Quran

2. Mayat Tidak Reput

Disebutkan oleh hadith Rasulullah S.A.W bahawa sepuluh orang yang mayatnyaTIDAK BUSUKdanTIDAK REPUTdan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati. 10 golongan tersebut ialah

a - Para Nabib - Para Syuhada'c - Para Alim Ulamad - Para Ahli Jihade -Para Hafiz Al-Quranf - Imam atau pemimpin yang adilg - Tukang Azan.h - Wanita yang mati kelahiran/beranaki - Orang mati dibunuh atau dianiayaj - Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

3.Ibu bapanya mendapat kemuliaan

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

4. Penghafaz al-Quran mendapatpengiktirafan dari Nabi Muhammad S.A.W

Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat. (Riwayat Bukhari)

5. Penghafaz al-Quran mendapat pahala yang berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam mim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

6.Al-Quran menjanjikan kebaikan.

Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Quran dan yang mengajarkannya (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7.Penghafaz al-Quran akan mendapatsyafaat(penolong)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).(Riwayat Muslim)

http://badrizam.blogspot.com/2010/02/hafazan.html4.0 KELEBIHAN-KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN

Menghafaz al-Quran adalah ibadat dan ia suatu amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah s.w.t.Menjadi hafiz merupakan nikmat rabbani yang datangnya dari Allah s.w.t kerana kelebihan menghafaz al-Quran sama nilainya dengan nikmat kenabian, Cuma bezanya tidak diberi wahyu. Sabda Rasulullah s.a.w :

.

Terjemahanya: Barangsiapa yang membaca ( menghafaz ) al-Quran, dia menyimpan ilmu kenabian dalam dadanya walaupun tiada lagi wahyu diturunkan untuknya. Adalah tidak wajar bagi seorang hafiz al-Quran memarahi orang yang pemarah dan juga tidak patut bertindak jahil terhadap orang yang jahil, sedangkan al-Quran berada dalam dadanya. ( Hadith Riwayat Hakim ).

Dengan sebab itu, ia mempunyai beberapa kelebihan.Antaranya ialah:4.1 Dimasukkan oleh Allah ke dalam syurga serta diberi kelebihan untuk memberi syafaat kepada sepuluh orang dari kalangan keluarga terdekatnya yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t masuk neraka. Ini digambarkan dalam sebuah hadith Rasullullah s.a.w yang berbunyi:

.

Terjemahannya: Barangsiapa membaca al-Quran dan menghafaznya serta menghalalkan apa yang dihalalkan oleh al-Quran ( mengamalkannya ) serta mengharamkan apa yang diharamkan oleh al-Quran ( meninggalkannya ) nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dan menerima syafaatnya bagi sepuluh orang dari ahli keluarganya yang kesemuanya telah diwajibkan masuk neraka.( Hadith Riwayat Ahmad dan Tarmizi ).

4.2 Diberi nikmat di alam kubur meskipun kesusahan, kepayahan dan huru hara di alam akhirat amat dasyat dan jasadnya akan terpelihara seperti keadaan asalnya tanpa dirosakkan oleh sesuatu pun sedangkan tubuh orang lain tidak terkecuali daripadanya.

4.3 Mendapat penghargaan khusus dari Nabi Muhammad s.a.w. Penghargaan seumpama ini pernah diberikan oleh baginda ketika pengkebumian para syuhada yang hafaz al-Quran seperti yang diriwayatkan dalam sebuah hadith yang bermaksud:

Dari Jabir bin Abdullah r.a, bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w mengumpul dua orang lelaki yang syahid dalam peperangan Uhud dalam satu liang lahad, lalu baginda bertanya , Siapakah di antara kedua-dua ini yang paling banyak menghafaz al-Quran ? Apabila ditunjukkan kepada baginda salah seorang dari mereka maka nabi akan mendahulukan pengkebumiannya lalu bersabda, Aku menjadi saksi terhadap mereka. ( Hadith Riwayat Bukhari, Abu Dawud dan nasaI ).

4.4 Ibubapa yang berusaha menjadikan anaknya sebagai hafiz akan mendapat ketinggian martabat di akhirat.Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

Sesiapa yang membaca al-Quran dan belajar serta beramal dengannya, dia akan dipakaikan pada hari kiamat dengan mahkota dari cahaya yang mana cahayanya lebih terang dari cahaya matahari, dan kedua ibubapanya akan dipakaikan dengan perhiasan yang tidak pernah mereka pakai di dunia. Maka mereka berdua bertanya, Dengan sebab apakah kami pakaikan dengan perhiasan ini?. Mereka akan dikatakan: Dengan sebab bacaan al-Quran oleh anakmu. ( Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim ).

4.5 Para hafiz akan diseru pada masa itu supaya terus menaiki tingkat syurga mengikut kadar bilangan ayat al-Quran yang telah dibacanya semasa di dunia.

4.6 Selalu dilindungi oleh Allah.4.7 Menjadi umat Nabi Muhammad yang mulia.4.8 Tidak merasa takut pada hari kiamat.4.9 Doanya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.4.10 Merupakan mereka yang paling layak untuk menjadi imam serta dipermudahkan segala urusan mereka.

Oleh itu, para hufaz bukan sahaja dipandang mulia di dunia, malah di akhirat kelak mereka akan turut mendapat pelbagai pengiktirafan daripada Allah s.w.t.Sebaliknya rugilah orang yang tidak ada al-Quran di dalam hatinya walaupun satu ayat. Rasulullah s.a.w menganggapkan orang yang tidak membaca al-Quran dan tidak menghafaznya, seterusnya tidak pula beramal dengan ajarannya ialah orang yang sangat rugi seperti rumah buruk yang hampir runtuh. Sabda baginda s.a.w bermaksud: Sesungguhnya orang yang tidak ada sesuatu daripada al-Quran di dalam dirinya adalah seperti rumah usang, buruk dan hamper runtuh. ( Hadith Riwayat Tarmizi ).