Kelebihan Kajian Tindakan
Click here to load reader
-
Upload
ana-twentytwo -
Category
Documents
-
view
18 -
download
4
description
Transcript of Kelebihan Kajian Tindakan
Farhana Saini Binti HamsaUnit K2
Kelebihan Kajian Tindakan
1) Menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Melalui perlaksanaan kaedah kajian tindakan, guru diberi peluang untuk mengutip data
sendiri, seterusnya membuat keputusan professional mengenai sekolah dan bilik darjah mereka.
Semasa menjalankan penyelidikan tindakan, mereka cuba memikirkan intervensi yang kreatif
dan inovatif, seterusnya mengimplementasi teknik, strategi dan program yang berupaya untuk
memenuhi kehendak murid-murid yang diajar.
Disamping itu, mereka juga dapat menggunakan metodologi yang berpadanan dengan
falsafah dan gaya pengajaran masing-masing. Secara tidak langsung, guru menjadi agen
perubahan bagi amalan bilik darjah yang terbaik. Hal ini merupakan satu bonus kepada bidang
pendidikan kerana melalui perlaksanaan kaedah ini guru sendiri mampu mencari jalan
penyelesaian yang wujud dan seterusnya mengekang permasalahan yang wujud daripada
menjadi semakin serius.
Selain itu, melalui penggunaan kaedah ini penghasilan pelbagai teknik pengajaran
baharu mampu dihasilkan. Apabila teknik atau kaedah yang dihasilkan mampu mengatasi
permasalahan yang timbul sudah pasti teknik atau kaedah tersebut boleh digunapakai secara
total di dalam bidang pendidikan khususnya. Hal ini pasti mewujudkan satu inovasi baharu di
dalam bidang pendidikan yang sememangnya memerlukan idea-idea baharu dalam menangani
permasalahan yang wujud pada masa kini.
Farhana Saini Binti HamsaUnit K2
2) Sebagai platform perkembangan professional.
Penyelidikan tindakan boleh disampaikan sebagai latihan perkembangan staf bertujuan
untuk meningkatkan profesionalisme guru. Mengikut kebiasaannya, guru-guru dikumpul untuk
mendengar seorang pakar menyampaikan ceramah mengenai pendekatan atau metadologi yang
tidak mempunyai hubungan dengan situasi bilik darjah atau gaya pembelajaran mereka.
Tambahan pula, maklumat tersebut tidak membekalkan masa, atau mengandungi aktiviti
untuk meningkatkan ilmu atau kemahiran guru-guru. Latihan perkembangan staf yang berkesan
haruslah berlanjutan merentasi beberapa sesi. Menggalakkan pembelajaran aktif dalam
kalangan peserta, meningkatkan penerapan maklumat dan selaras dengan kurikulum, matlamat
atau isu-isu profesion perguruan (Birman, Desimore, Porter dan Garet, 2000 dalam Johnson,
2002)
Melalui penyelidikan tindakan, guru-guru dibekalkan dengan satu landasan untuk
membentangkan dapatan mereka. Dialog professional yang berlangsung bersama rakan-rakan
sekerja dapat meningkatkan profesionalisme perguruan amnya dan perkembangan professional
mereka khasnya.