kelebihan kolaboratif dan koperatif

4
Terdapat banyak kelebihan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini. Antara kelebihan yang dapat dilihat ialah membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik. Seperti mana yang diketahui, di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai jenis murid-murid seperti murid yang banyak bercakap dan juga kurang bercakap. Melalui kaedah pembelajaran kolaboratif ini, secara tidak langsung ia mampu untuk membina sebuah hubungan interaksi sosial yang baik. Murid-murid yang kurang bercakap lama-kelamaan akan mula bercampur dengan murid-murid yang lain di dalam kelas sewaktu pembelajaran. Hal ini memberikan faedah kepada murid-murid dengan memberikan keyakinan dan berani untuk bercakap. Selain itu, kaedah ini juga mampu untuk membina sikap sentiasa menghargai orang lain. Di dalam sebuah perbincangan, sudah tentu pelbagai idea akan dikeluarkan oleh setiap ahli kumpulan. Ahli setiap kumpulan akan dilatih untuk menghargai idea-idea dan sumbangan daripada ahli-ahli kumpulan yang lain. Sikap ini secara tidak langsung akan membantu untuk mengikis sikap negatif seperti sombong, bongkak, ego, dan sebagainya. Di sini, ia memberikan faedah kepada murid-murid untuk memupuk sikap yang baik. Manfaat yang ketiga pula ialah membenarkan komunikasi terbuka serta memanfaatkan aktiviti perkongsian maklumat. Di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja. Tugasan atau soalan-soalan akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan dan mereka akan bersama-sama menyelesaikan masalah dan tugasan tersebut. Harus diingat bahawa perkara yang paling penting di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah hubungan interaksi sesama ahli kumpulan dan bukannya hasil akhir. Di dalam perbiuncangan ini, setiap ahli kumpulan bebas untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan secara tidak langsung aktiviti perkongsian maklumat akan berlaku. Menariknya, di dalam aktiviti perkongsian maklumat ini, pelajar akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan secara tidak langsung pendekatan konstruktivisme iaitu pembelajaran daripada pengetahuan sedia ada dilakukan. Di sini, guru telah mendapat faedahnya, iaitu dapat memberikan pengetahuan yang luas kepada murid walaupun bukan secara terus. Kepada murid pula, mereka dapat mengetahui pendapat yang berbeza-beza dan sekaligus memberi pengetahuan yang lebih baik.

description

kolaboratif dan koperatif

Transcript of kelebihan kolaboratif dan koperatif

Terdapat banyak kelebihan di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ini. Antara kelebihan yang dapat dilihat ialah membina hubungan interaksi sosial yang lebih baik. Seperti mana yang diketahui, di dalam sesebuah kelas, terdapat pelbagai jenis murid-murid seperti murid yang banyak bercakap dan juga kurang bercakap. Melalui kaedah pembelajaran kolaboratif ini, secara tidak langsung ia mampu untuk membina sebuah hubungan interaksi sosial yang baik. Murid-murid yang kurang bercakap lama-kelamaan akan mula bercampur dengan murid-murid yang lain di dalam kelas sewaktu pembelajaran. Hal ini memberikan faedah kepada murid-murid dengan memberikan keyakinan dan berani untuk bercakap.Selain itu, kaedah ini juga mampu untuk membina sikap sentiasa menghargai orang lain. Di dalam sebuah perbincangan, sudah tentu pelbagai idea akan dikeluarkan oleh setiap ahli kumpulan. Ahli setiap kumpulan akan dilatih untuk menghargai idea-idea dan sumbangan daripada ahli-ahli kumpulan yang lain. Sikap ini secara tidak langsung akan membantu untuk mengikis sikap negatif seperti sombong, bongkak, ego, dan sebagainya. Di sini, ia memberikan faedah kepada murid-murid untuk memupuk sikap yang baik.Manfaat yang ketiga pula ialah membenarkan komunikasi terbuka serta memanfaatkan aktiviti perkongsian maklumat. Di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja. Tugasan atau soalan-soalan akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan dan mereka akan bersama-sama menyelesaikan masalah dan tugasan tersebut. Harus diingat bahawa perkara yang paling penting di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah hubungan interaksi sesama ahli kumpulan dan bukannya hasil akhir. Di dalam perbiuncangan ini, setiap ahli kumpulan bebas untuk mengutarakan pendapat masing-masing dan secara tidak langsung aktiviti perkongsian maklumat akan berlaku. Menariknya, di dalam aktiviti perkongsian maklumat ini, pelajar akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada dan secara tidak langsung pendekatan konstruktivisme iaitu pembelajaran daripada pengetahuan sedia ada dilakukan. Di sini, guru telah mendapat faedahnya, iaitu dapat memberikan pengetahuan yang luas kepada murid walaupun bukan secara terus. Kepada murid pula, mereka dapat mengetahui pendapat yang berbeza-beza dan sekaligus memberi pengetahuan yang lebih baik.Seterusnya, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan sosial dalam perbincangan berbentuk ilmiah akan dijalankan. Boleh dikatakan kebanyakan kanak-kanak akan membina sendiri hubungan persahabatan di sekolah, namun kebanyakan aktiviti sosial mereka menjurus ke arah bukan ilmiah seperti bermain semasa rehat, berjalan bersama-sama untuk pergi dan pulang ke sekolah, bermain pada waktu petang bersama rakan-rakan sekelas dan banyak lagi. Akan tetapi di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, hubungan aktiviti sosial mereka lebih menjurus ke arah ilmiah. Hal ini adalah penting bagi mereka supaya mereka dapat merasai suasana berbincang di dalam keadaan separa formal. Sudah tentu sewaktu pembelajaran mereka kurang untuk berbincang mengenai perkara-perkara lain selain daripada pelajaran. Hal ini secara langsung memberi mereka gambaran di dalam keadaan perbincangan yang lebih formal seperti mesyuarat apabila mereka bekerja suatu hari nanti. Hal ini seperti di perenggan yang pertama dapat memupuk sikap yakin kepada murid-murid yang terlibat di dalam perbincangan.Pemupukan nilai-nilai murni merupakan antara agenda yang penting di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif. Antara nilai-nilai murni yang terdapat di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif ialah sikap bertanggungjawab, hormat-menghormati, saling menyokong, kesepakatan, bertolak ansur dan percaya kepada setiap ahli kumpulan. Selain itu, sikap berani di dalam mengeluarkan idea juga dapat dipupuk. Di sini, guru-guru mendapat faedahnya kerana melalui kaedah pemebelajaran ini, secara tidak langsung guru-guru dapat mengajar murid-murid mengenai sikap atau nilai-nilai murni yang perlu ada pada murid-murid.Selanjutnya, di dalam kaedah pembelajaran ini, para pelajar akan menjadi lebih cenderung untuk berfikiran lebih kreatif. Hal ini kerana mereka sentiasa mendengar pandangan yang berbeza-beza daripada setiap ahli kumpulan dan daripada sinilah otak mereka akan sentiasa bergerak dan menjana untuk menjadi seorang insan yang lebih kreatif.Kaedah pemebelajaran kolaboratif juga adalah sesuatu perkara yang mustahak di dalam mewujudkan kehidupan demokrasi dan kehidupan yang lebih harmoni. Demokrasi dalam kata yang mudahnya, setiap orang akan bebas untuk mengutarakan pendapat mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, di dalam sesetangah kelas terdapat murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum. Guru yang baik akan mencampurkan mereka supaya setiap ahli kumpulan terdiri daripada ahli yang berlainan bangsa. Melalui kaedah ini, secara tidak langsung, hubungan baik antara kaum akan dapat dieratkan dan mewujudkan suasana yang lebih harmoni.Akhir sekali, di dalam kaedah pembelajaran kolaboratif, pastinya akan berlaku konflik di antara ahli kumpulan. Tanpa sedar, setiap pelajar secara tidak langsung, pelajar akan belajar bagaimana untuk menguruskan konflik yang berlaku melalui penyelesaian konflik itu bersama-sama. Di sini, secara tidak langsung murid-murid belajar kemahiran penyelesaian masalah di samping menjalankan aktiviti pembelajaran.

Aplikasi kaedah pembelajaran koperatif di dalam kelas.Pertama sekali, setiap guru yang bertingdak sebagai fasilitator atau pembimbing sewaktu pembelajaran kolaboratif berlaku, perlulah membahagikan murid-murid kepada kumpulan mengikut faktor-faktor yang sesuai seperti saiz kumpulan dan ahli-ahli di dalam kumpulan.Beberapa faktor perlulah dititikberatkan seperti percampuran jantina, minat, rantaian hubungan sosial di dalam kelas, kaum, dan lain-lain. Hal ini untuk membina hubungan yang lebih baik di dalam kelas. Konflik yang berlaku di dalam kumpulan akan menjadikan mereka lebih matang di dalam menyelesaiakan sesuatu konflik.Guru perlulah menerangkan tugasan atau permasalahan yang perlu dibincangkan di dalam kumpulan. Seterusnya, guru perlulah menerangkan prosedur pelaksanaan aktiviti jika diperlukan.Selanjutnya, guru perlu menegaskan setiap anggota di dalam kumpulan akan sikap bertanggungjawab dan akauntabiliti masing-masing. Penglibatan setiap pelajar adalah penting untuk menjayakan kaedah pembelajaran kolaboratif ini.Seterusnya, guru sebagai pembimbing perlulah sentiasa mengingatkan murid-murid akan harga sebuah kejayaan bersama-sama. Hal ini berbalik kepada konsep utama kaedah pembelajaran kolaboratif iaitu hubungan interaksi sosial di dalam kumpulan. Akhir sekali, guru-guru perlulah sentiasa memantau pergerakan setiap kumpulan di dalam kelas. Selain daripada untuk kegunaan menaksir atau menilai tugasan yang diberikan, guru juga perlu sentiasa memantau untuk memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.

Kaedah Pembelajaran Kolaboratif adalah satu proses yang menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan secara langsung atau secara berurutan dengan beberapa orang pelajar yang lain. Pembelajaran ini juga menekankan konsep bahawa setiap pelajar belajar dari pelajar yang lain (Wan Zah Wan Ali, 2007).Pembelajaran koperatif pula merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982)