“kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta...

16
1 BIL.9/DISEMBER 2009 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394 erpustakaan Tuanku Bainun telah berjaya menempa kejayaan tiga tahun berturut-turut dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat UPSI. Kemenangan kali ketiga telah berlangsung di Auditorium Utama, UPSI pada 5 November 2009 yang lalu dan sebanyak lapan buah kumpulan telah mengambil bahagian. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Hijrah dari Jabatan Bendahari dan ketiga oleh Kumpulan Senggara dari Jabatan dan Pengurusan Harta Benda, manakala persembahan terbaik diraih oleh Kumpulan Vios dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Projek yang dibentangkan oleh Kumpulan Oasis berjudul “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui kotak pemulangan buku manual (bookdrop)”. Syabas kepada kumpulan Oasis dan semua kumpulan lain yang bertanding kerana menunjukkan kesungguhan yang mengkagumkan. Kepada kumpulan Oasis dan kumpulan-kumpulan yang akan mewakili UPSI ke peringkat IPTA kelak, teruskan kecemerlangan untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang. Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi Email : [email protected] Pendaftar UPSI, Y. Bhg. Dato’ Rusley Taib mengucapkan tahniah kepada ketua kumpulan Oasis

Transcript of “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta...

Page 1: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

1

BIL.9/DISEMBER 2009 http://pustaka.upsi.edu.my ISSN :1675-7394

erpustakaan Tuanku Bainun telah berjaya menempa kejayaan tiga tahun

berturut-turut dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat

UPSI. Kemenangan kali ketiga telah berlangsung di Auditorium Utama, UPSI pada 5

November 2009 yang lalu dan sebanyak lapan buah kumpulan telah mengambil

bahagian. Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Hijrah dari Jabatan Bendahari dan

ketiga oleh Kumpulan Senggara dari Jabatan dan Pengurusan Harta Benda, manakala

persembahan terbaik diraih oleh Kumpulan Vios dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni. Projek yang dibentangkan oleh Kumpulan Oasis berjudul “kelewatan

memproses buku yang dipulangkan melalui kotak pemulangan buku manual

(bookdrop)”. Syabas kepada kumpulan Oasis dan semua kumpulan lain yang

bertanding kerana menunjukkan kesungguhan yang mengkagumkan. Kepada kumpulan

Oasis dan kumpulan-kumpulan yang akan mewakili UPSI ke peringkat IPTA kelak,

teruskan kecemerlangan untuk meraih kejayaan yang lebih gemilang.

Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi

Email : [email protected]

Pendaftar UPSI, Y. Bhg. Dato’ Rusley Taib mengucapkan tahniah kepada ketua

kumpulan Oasis

Page 2: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

2

Page 3: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

3

Penasihat

Zahariah Mohamed Shaharoon

Ketua Pengarang

Rusliza Yaacob

Pen. Ketua Pengarang

Muliati Abdul samad

Pengarang

Azura Adnan

Chin Fei Sing

Anizah Tumin

Noriha Muhammad

Mohamad Zaid Mohamed Idris

Mohd Razalli Ahmad Termizi

Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan

Penyunting

Abdul Halim Ali

Penerbitan dan Edaran

Raja Radiah Raja Ahmad

Ahmad Fazli Ahmad Rasmi

Pereka Web

Rozman Che Ross

Sekapur Sirih

Dari Meja Penasihat

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya bersama kenangan pahit dan manis yang menjadi memori buat Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) dan seluruh warganya. Kejayaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTB yang telah berjaya meraih

tempat pertama dalam pertandingan KIK peringkat UPSI melengkapkan kebanggaan PTB pada tahun 2009. Kini, tahun 2010 membuka tirai baru dengan satu lembaran masa hadapan buat PTB dalam memberikan perkhidmatan perpustakaan dan

maklumat yang lebih cemerlang dan efisyen.

Edisi kali ini telah merakamkan beberapa aktiviti dan program yang telah dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan mengarang esei, aktiviti bersama pusat sumber sekolah angkat dan

sebagainya.

Akhir sekali, saya berharap terbitan Info@Pustaka kali ini akan terus mendapat tempat di hati pembaca sekaligus memberi

informasi berguna kepada semua yang membacanya.

Zahariah Mohamed Shaharoon

Penasihat

Dari Meja Ketua Pengarang

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua ahli Sidang Redaksi yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam menyediakan informasi untuk tatapan semua pembaca. Artikel serta sumbangan idea amat diharapkan bagi memastikan buletin Info@Pustaka terus menjanjikan sesuatu yang

menarik untuk dibaca oleh semua.

Pada keluaran kali ini, pelbagai artikel telah dikongsi untuk tatapan para pembaca. Artikel yang dimuatkan bukan hanya berkisar kepada aktiviti perpustakaan, malah turut berkongsi informasi berkaitan sejarah, personaliti diri dan pelbagai lagi topik istimewa. Keluaran kali ini turut menyingkap kejayaan serta peristiwa yang

berlaku sepanjang bulan September sehingga Disember 2009.

Semoga keluaran kali ini dapat mengimbas kembali setiap peristiwa yang telah berlaku dan seterusnya menjadi panduan kepada warga PTB untuk lebih maju serta memantapkan kualiti kerja masing-

masing. Selamat melangkah ke tahun 2010.

Rusliza Yaacob

Ketua Pengarang

Juara KIK tiga tahun berturut-

turut

1

Carta organisasi PTB 2

Aluan penasihat Info@Pustaka 3

1Malaysia teras perpaduan 4

Santai di ruang sumber media 5

Sekilas pandang kempen

galakan membaca

6-7

Membaca bersama keluarga 8

Kenali peta minda 9

Warna cerminan personaliti 10

Za’ba satu-satunya Pendeta dan

Ketua Penterjemah

11-12

Lawatan organisasi luar ke PTB 13

Aktiviti kelab dan Rakan

Pustaka

14

Berita kakitangan 15

Ulasan buku 16

Page 4: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

4

“1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.”

Apakah itu 1Malaysia? Sejauh manakah pemahaman rakyat

dalam konsep tersebut? Adakah konsep 1Malaysia sama

seperti Malaysian Malaysia? Persoalan-persoalan ini kerap

kali timbul apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam

bercakap mengenainya. Bagaikan suatu kebetulan, Dato’ Seri

Mohd Najib bin Tun Abd Razak dilantik menjadi perdana

menteri ketika negara berada dalam kemelut dan gelombang

politik yang turut menguji ayahandanya yang memegang

jawatan sebagai Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul

Razak Hussein. Tun Abdul Razak dilantik pada September

1970 ketika negara masih dibayangi peristiwa berdarah 13

Mei 1969. Sentimen perkauman yang dibesar-besarkan isunya

dan diapi-apikan oleh segelintir pihak menyebabkan suatu

konflik berdarah dan menjadi sejarah hitam dalam perpaduan

negara sehingga kini.

Pada masa sekarang, isu-isu seperti hak dan kepentingan

bumiputera, ketuanan orang Melayu, penggunaan bahasa

kebangsaan dan perkataan Allah oleh orang bukan Islam mula

dipersoalkan dan seperti sengaja ditolak ke tengah gelanggang

politik untuk diperdebatkan. Oleh itu, ramai yang masih

meragui erti sebenar gagasan 1Malaysia. Tun Abdul Razak

berjaya menjernihkan perhubungan kaum di Malaysia semasa

era kepimpinannya. Maka begitulah yang diharapkan juga

kepada Dato’ Seri Mohd Najib apabila beliau mengambil alih

kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesungguhan beliau dapat dilihat dalam perutusannya ketika

beliau mengangkat sumpah pada 3 April 2009 yang lalu

sebagai Perdana Menteri yang baru. Beliau mengajak seluruh

rakyat melaksanakan satu transformasi besar-besaran atas

semangat “1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian

diutamakan”. Jelaslah di sini bahawa 1Malaysia yang

diletakkan paling hadapan merupakan fokus utama dan

penyatuan rakyat daripada pelbagai kaum menjadi tunjang

dalam membentuk bangsa Malaysia.

Konsep 1Malaysia ini bertujuan mengukuhkan hubungan dan

kerjasama antara pelbagai kaum sebagai senjata utama dalam

menghadapi ancaman dan cabaran dari pihak luar yang

sentiasa cuba untuk mengugat kesejahteraan negara.

Perpaduan yang kukuh dapat mendorong rakyat dalam

meningkatkan produktiviti negara sekaligus membantu dalam

pembangunan negara. Sebalinya, tanpa keteguhan perpaduan

antara kaum di Malaysia, kerajaan tidak akan dapat membantu

rakyatnya di segenap pelusuk tempat sama ada di bandar, luar

bandar mahupun di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah

dan Sarawak. Agenda penyampaian kebajikan kepada rakyat

akan terbantut dan tidak akan dapat merancakkan proses

urbanisasi serta pembangunann negara akan terjejas.

Oleh itu, kekukuhan perpaduan rakyat di negara ini amatlah

penting dalam menjamin keselamatan sosial, politik dan

ekonomi.

Dalam perutusannya juga, Dato’ Seri Mohd Najib ada

menyebut, “kita berdikari, berfikir dan bertindak sebagai

bangsa Malaysia”. Bangsa Malaysia merujuk kepada semua

rakyatnya tidak kira daripada kaum atau kelompok mana

sekalipun. Hal ini menunjukkan perpaduan amat penting

dalam membentuk sebuah negara yang aman,selesa dan

masalah perpaduan tersebut juga merupakan antara sembilan

cabaran utama dalam mencapai Wawasan 2020. Oleh itu,

sebagai rakyat yang sudah lama menjalani kehidupan bersama

sebelum merdeka lagi, haruslah berfikir di luar sempadan

kaum masing-masing dan masing-masing perlu bertindak

tanpa mengambil kira tentang kepentingan kaum atau agama

sendiri. Rakyat Malaysia seharusnya berganding bahu dalam

mewujudkan perpaduan yang kukuh dan para pemimpin perlu

bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat tanpa

perasaan pilih kasih mahupun atas kepentingan politik masing

-masing.

Dalam masyarakat Malaysia, wujud persoalan di mana rakyat

berpendapat konsep 1Malaysia adalah sama seperti konsep

Malaysian Malaysia. Sebenarnya, kedua-dua konsep tersebut

adalah berbeza. Konsep 1Malaysia adalah langkah-langkah

untuk mengharmonikan rakyat daripada pelbagai kaum

membentuk rakyat yang bersatu padu. Walhal, Malaysian

Malaysia adalah satu usaha untuk menggagalkan terus asas

binaan kemasyarakatan yang wujud sebelum ini. Apabila di

bandingkan, konsep 1Malaysia lebih ke arah menyatupadukan

rakyat dan bersifat nasionalisme serta mempunyai ideologi

kenegaraan. Malaysian Malaysia bersifat politik dan lebih

kepada kepentingan politik segelintir pemimpin negara. Oleh

itu, konsep 1Malaysia adalah lebih sesuai untuk rakyat.

Buktinya, konsep tersebut dijadikan tema pada kemerdekaan

negara yang ke-52 tahun.

Kesimpulannya, penerimaan terhadap konsep ini dengan

pemikiran yang terbuka dan memberi masa kepada Perdana

Menteri yang baru untuk menjalankan tugas dan memainkan

peranan sebagai pemimpin negara. Konsep 1Malaysia ini

bakal menentukan kelangsungan tamadun di Malaysia untuk

generasi akan datang. Gagasan 1Malaysia diharapkan mampu

untuk menyatupadukan rakyat dalam usaha negara

mengukuhkan jati diri kenegaraan dan membentuk bangsa

Malaysia yang berjaya. Oleh itu, marilah semua rakyat sama-

sama menyahut saranan Dato’ Seri Mohd Najib dalam

membentuk perpaduan negara kerana 1Malaysia, Teras

Perpaduan.

Oleh: Noor Shuhana Ishak (johan pertandingan mengarang esei) bertemakan

“1Malaysia teras perpaduan” yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku

Bainun sempena Kempen Galakan Membaca.

Page 5: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

5

Unit Sumber Media menawarkan perkhidmatan

rujukan serta pinjaman pelbagai bahan koleksi

sumber media yang terdiri daripada DVD, VCD,

pita video, kaset, disket, kit dan bahan

CD-ROM. Sehingga bulan Disember 2009,

koleksi sumber media berjumlah 7,566 judul /

11,055 naskhah. Bahan ini boleh diperolehi

menerusi kaunter sumber media yang terletak

di aras 4 Perpustakaan Tuanku Bainun di mana

waktu perkhidmatan bermula pada jam 9.00 pagi

hingga 5.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan

kaunter ini ditutup pada waktu rehat.

Untuk kemudahan pelanggan, peralatan yang

lengkap turut disediakan bagi memudahkan

rujukan kepada bahan-bahan sumber media.

Pelanggan juga boleh meminjam dua naskhah

bahan sumber media untuk tempoh tiga hari.

Unit Sumber Media bukan hanya menawarkan

bahan sumber media berkaitan dengan program

pengajian, malah untuk merehatkan minda dan

mengurangkan tekanan dalam kalangan

pelanggan, Unit Sumber Media turut menawarkan

koleksi lagu-lagu dan filem-filem terbaik untuk

ditonton. Di samping itu,

unit ini turut menyediakan

peralatan radio set dengan

saluran yang boleh dipilih

oleh pelanggan sendiri.

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

Page 6: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

6

Pesta buku UPSI telah dijalankan bermula 27-31 Julai 2009 yang bertujuan memperkenalkan kepada warga UPSI bahan bacaan yang pelbagai dan terkini.

Pertandingan mengarang esei bertemakan “1Malaysia teras perpaduan” telah diadakan pada 3 Oktober 2009 untuk mencungkil serta mengetengahkan bakat penulisan dalam kalangan peserta.

Jualan buku terpakai pada 5-7 Oktober 2009 bertujuan untuk memberi peluang kepada warga UPSI membeli buku pada harga terendah.

Persembahan nyanyian oleh pelajar Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak, UPSI pada 6 Oktober 2009.

Y. Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pro Canselor UPSI merasmikan Kempen Galakan Membaca Dan Hari ICT pada 6 Oktober 2009.

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

Page 7: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

7

Ceramah Seni Warisan Islam: Jawi Dan Khat pada 16 Sept. 2009 bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan perkembangan tulisan jawi dan seni khat di Malaysia.

Bengkel Mind Mapping pada 10 Oktober 2009 bertujuan untuk menggalakkan perkembangan minda lebih kreatif dalam kalangan pelajar.

Wacana buku “Tunggu teduh dulu” karya Faisal Tehrani yang dianjurkan bersama dengan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) pada 14 Ogos 2009.

Pameran bahan seni khat dan jawi milik Profesor Dr. Muhammad Bukhari Lubis bagi menambahkan minat pengunjung terhadap penulisan jawi dan khat.

Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI menyampaikan hadiah kepada pemenang pertama pertandingan mengarang esei bertemakan “1Malaysia teras perpaduan” Noor Shuhana Ishak.

Wacana buku “Dare to fail” karya Billi Lim yang dianjurkan bersama dengan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) pada 19 Ogos 2009 di mana objektif wacana buku diadakan adalah untuk menggalakkan perbincangan dan perkongsian idea dalam kalangan pelajar dan pensyarah fakulti melalui bahan bacaan yang disediakan.

Page 8: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

8

Menerapkan amalan membaca bersama keluarga. Melahirkan masyarakat Malaysia yang menjadikan membaca sebagai gaya hidup. Menggalakkan aktiviti pembacaan di rumah. Mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni dalam kalangan ahli keluarga. Menggalakkan penyertaan semua ah l i ke luarga da lam akt iv i t i membaca. Ahli keluarga berkongsi segala ilmu dan maklumat daripada bahan bacaan yang dibaca. Mewujudkan sikap gemar membaca dalam kalangan ahli keluarga.

Peruntukkan masa membaca bersama keluarga. Jadikan sesi bercerita sebagai amalan sekeluarga. Wujudkan sudut bacaan di rumah. Kunjungi perpustakaan, kedai buku dan pesta buku. Hadiahkan buku atau bahan bacaan sempena hari -hari istimewa. Ibu bapa sebagai individu contoh mengamalkan amalan / hobi membaca kepada anak-anak. Adakan aktiviti-aktiviti sampingan berkaitan pembacaan.

Sumber : Panduan membudayakan membaca bersama keluarga : mutiara kata

membaca. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2006.

Page 9: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

9

Peta minda merupakan cara atau kaedah mengingat dan mencatat nota yang berke-san kepada sesiapa yang mengguna-kannya atau cara yang kreatif dan logikal untuk membuat nota dengan menyalurkan idea-idea daripada minda.

Tingkatkan konsentrasi. Pastikan suasana tenang, hindarkan sebarang gangguan yang boleh memberi kesan terhadap penumpuan belajar. Baca teks keseluruhan, terutama tajuk penting, pendahuluan, subtajuk, kesimpulan, soalan / latihan, gambar. Rajah dan carta yang berkaitan. Baca dengan kadar sederhana laju dan tandakan fakta-fakta penting. Kenal pasti tajuk utama dan subtajuk yang hendak dimasukkan ke dalam peta minda. Bina peta minda.

Mula membuat peta minda pada bahagian tengah kertas.

Bezakan tajuk utama dan tajuk kecil dengan menggunakan warna yang terang dan

berbeza supaya lebih menarik.

Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah.

Tuliskan tajuk utama di tengah-tengah kertas dan lukis gambar untuk mewakili tajuk

utama tersebut.

Gunakan warna yang berlainan dan menarik supaya lebih mudah mengingatinya.

Gunakan anak panah atau warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-

cabang.

Sambungkan ranting utama ke tajuk yang berada di tengah-tengah. Kembangkannya

dengan cara melebar ke tepi.

Tulis atau lukis imej yang menggambarkan fakta di atas ranting utama tersebut. Gunakan

simbol yang bersesuaian. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.

Tambahkan ranting utama mengikut fakta yang hendak kita masukkan sebagai fakta

tambahan. Gunakan warna yang berbeza untuk memudahkan untuk mengingat.

Oleh : Noriha Muhammad (dirumus berdasarkan nota bengkel mind mapping)

Email : [email protected]

Page 10: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

10

Warna merah menggambarkan diri anda yang sukakan kebebasan, cabaran dan mahu menjana

kejayaan dalam hidup. Anda sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran

dan aktiviti. Anda juga mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain namun anda memiliki

sikap degil atau keras hati menerima sesuatu yang anda tidak setuju. Selain itu, anda juga

optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.

Sekiranya anda menyukai jingga, ia menggambarkan anda seorang yang bagus dalam hal kerja,

sukakan idea baru, suka bersama teman-teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif.

Walaubagaimanapun, anda juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila melalui tekanan.

Warna kuning menggambarkan diri anda yang berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya

imaginasi yang baik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain. Anda juga

sensitif dan penyayang, ini menjadikan anda sedia membantu orang lain sekiranya perlu. Anda

juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.

Sekiranya anda menyukai hijau, ia menggambarkan anda seorang yang mementingkan

kesejahteraan dan suasana yang harmoni. Anda mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu

membina perhubungan dengan ramai orang. Anda mahukan dorongan dan sukakan penyokong

yang dapat memahami anda serta menolak anda maju ke hadapan. Institusi keluarga dan

mayarakat adalah sesuatu yang anda suka untuk fikir dan bicarakan.

Warna biru menggambarkan diri anda yang mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu

ikatan atau perhubungan. Anda memerlukan pengisian yang lebih rapat dan hangat bagi

menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas ke dalam diri. Anda juga peka pada perasaan

orang lain dan dapat menghayatinya. Anda senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina

kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. Anda

juga bijak menilai serta pandai mentafsirkan penilaian anda. Kedamaian dan keharmonian

hidup merupakan impian yang perlu anda terus cari dan nikmati.

Sekiranya anda menyukai indigo, ia menggambarkan anda seorang yang memilih untuk berfikir

dari terlalu banyak berkata-kata. Anda memiliki ciri kepimpinan yang berpandangan jauh,

menggunakan kepekaan dan pemikiran yang seimbang dalam menilai sesuatu. Anda

mementingkan keselamatan dan berhati-hati dalam tindakan. Keunikan anda menjadi daya

penarik dan anda kreatif bagi menggayakannya melalui cara yang tersendiri. Semangat anda

juga tinggi, namun anda tidak suka menonjolkan diri secara berlebihan. Institusi kerohanian

dan seni adalah sesuatu yang anda minat dan cenderung bagi menghayatinya.

Warna violet menggambarkan diri anda yang memiliki kejernihan dan keaktifan minda yang

tinggi. Daya penilaian anda juga tinggi dan berpandangan jauh, ini menjadikan anda dapat

melihat perkara yang orang lain belum lihat. Anda sukakan dan mahukan sokongan serta

keceriaan dalam hidup, namun anda terlalu mengharapkannya daripada orang di sekeliling.

Ada kalanya sikap orang lain mengecewakan anda kerana anda bercita rasa tinggi. Anda juga

kreatif dan seni, kehalusan jiwa dan minda anda menjadikan anda suka pada keindahan

kejadian alam dan muzik. Anda juga berani bertindak dan mempunyai daya kepimpinan yang

baik.

Sumber :

Mir Hazil Azran Ramli. Aura personaliti warna. Kuala Lumpur: PTS

Millennia Sdn Bhd, 2008.

MERAH

KUNING

JINGGA

HIJAU

BIRU

INDIGO

VIOLET

Page 11: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

11

Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad

(Za’ba) dilahirkan pada 16 September 1895 di

Kampung Bukit Kerdas, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Linggi pada tahun 1907 hingga 1909. Kemudiannya beliau menerima pendidikan Inggeris di St. Pauls’ Institution

Seremban dari tahun 1910 hingga 1915 dan lulus Senior Cambridge. Za’ba mula bertugas sebagai guru bahasa Melayu pada Jun 1916 di Bukit Zaharah Government

English School, sebulan kemudian beliau mula mengajar di Johor Government English College. Dua tahun kemudian iaitu pada 1 Oktober 1918, beliau telah berkhidmat sebagai guru bahasa Melayu di Maktab

Melayu Kuala Kangsar. Pada masa yang sama beliau memasuki kelas Senior Normal Education selama dua tahun di Taiping. Setelah lulus peperiksaan pada

September 1921, beliau telah melayakkan diri sebagai guru terlatih Gred I.

Dalam kesibukan beliau menabur bakti kepada anak watan sebagai guru bahasa Melayu, beliau juga giat menjalankan aktiviti penterjemahan. Za’ba banyak menyumbang rencana di dalam majalah Pedoman Belia

yang kemudiannya menjadi majalah Pengasuh yang diterbitkan pada tahun 1923. R.O. Winstedt yang sudah

lama memerhati

perkembangan penulisan Za’ba telah mencadangkan beliau

menulis dalam Journal of Straits Branch of

Royal Asiatic Society. Pada tahun 1923,

beliau berkhidmat di Pejabat Penolong Pengarah Pelajaran

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat sebagai

penterjemah. Ketika ini juga Za’ba telah berusaha menubuhkan

Persatuan Penulis Melayu Kuala Lumpur yang kemudiannya

dikenali sebagai The Malay Literary Society Kuala Lumpur pada tahun 1924.

Pada 1 April 1924, Za’ba mula berkhidmat di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjong Malim. Semasa bertugas, Za'ba diberikan sebuah rumah dalam kawasan maktab, dan sehingga kini rumah tersebut masih

terpelihara dan dikenali sebagai Rumah Za’ba. Beliau bertugas di Pejabat Penterjemah yang akhirnya ditukar nama kepada Pejabat Karang Mengarang SITC oleh R.O.

Winstedt, Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat.

Penubuhan Pejabat Karang Mengarang sangat kena pada tempatnya kerana pada masa itu pusat pelajaran Melayu

ialah di SITC Tanjong Malim. Pejabat Karang Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan meninggikan bahasa ibunda. Dewan Bahasa dan Pustaka yang ada sekarang ini hanya ditubuhkan setelah

terbubarnya Pejabat Karang Mengarang SITC.

Di Pejabat Karang Mengarang, R.O. Winstedt bertindak sebagai pengarang am, O.T. Dussek sebagai pengarang dan Za’ba sebagai ketua penterjemah. Dalam keadaan

ini, Za'ba bolehlah dianggap sebagai ketua jabatan,

kerana kedua-dua orang pegawai British tersebut lebih merupakan penasihat kepada beliau. Pada tahun 1930, Pejabat Karang Mengarang menambah tiga orang lagi

penterjemah pelatih iaitu Yazid bin Ahmad, Abdul Kudus bin Muhammad dan Ahmad Murad Nasaruddin.

Tugas Za’ba di Pejabat Karang Mengarang SITC ini adalah untuk menterjemahkan dokumen-dokumen penting kerajaan dan juga menerbitkan buku-buku teks The

Malay School Series untuk kegunaan sekolah-sekolah Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan di Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1929, Za’ba ditugaskan mengendali penerbitan buku-buku The Malay Home

Library Series pula. Jabatan Karang Mengarang boleh dikatakan berfungsi secara sendirian dan terasing daripada SITC, tetapi disebabkan ketuanya sama, iaitu

O.T. Dussek, maka terjalin kerjasama yang erat antara kakitangan kedua-dua institusi itu. Oleh itu, kakitangan

Jabatan Karang-Mengarang juga adakalanya terlibat

sama dalam kerja-kerja mengajar dan juga ada dalam pelbagai kegiatan luar yang dijalankan di maktab tersebut.

Pada November 1924, Za'ba dilantik sebagai Pengerusi Majlis Bahasa SITC. Jawatan ini sebenarnya bukanlah sekadar mempengerusikan majlis perbahasan yang

diadakan, tetapi lebih merupakan sebagai Pengerusi Persatuan Bahas dan Syarahan SITC. Tugas Za'ba termasuklah melatih pelajar-pelajar berbahas dan

bersyarah serta menganjurkan majlis perbahasan dan syarahan pada tiap-tiap malam Khamis di maktab itu. Jawatan itu mungkin disandang oleh Za'ba sepanjang masa beliau berada di SITC. Di samping itu, Za’ba turut

terlibat dalam mengadakan sukan tahunan SITC.

Bermula pada 1929, Za'ba ditugaskan untuk mengetuai

Bahagian Pelajaran Bahasa Melayu SITC. Tugas Za'ba termasuklah menyediakan kurikulum dan mengajarkannya kepada pelajar-pelajar tahun satu

hingga tahun tiga. Masa yang diperuntukkan kepada Za'ba ialah enam waktu seminggu, iaitu selama 45 minit bagi setiap waktu. Pada tahun itu juga, Za'ba mengajar bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda

SITC.

Page 12: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

12

Ketika berada di SITC inilah, beliau telah menulis dua buah buku tatabahasa yang menjadi

pegangan dan kajian para pengkaji bahasa sehingga ke hari ini, iaitu buku Pelita Bahasa Melayu I & II (1926) dan Ilmu Mengarang Melayu

(1934). Selain itu, beliau turut mengarang buku Rahsia Ejaan Jawi pada tahun 1929 dan Daftar Ejaan Melayu: Rumi-Jawi (1938).

Seterusnya pada tahun 1939, Za’ba dipindahkan

ke Singapura dan berkhidmat di Jabatan Penyiaran sebagai Juruhebah Perang di Radio Malaya Singapura. Semasa pendudukan Jepun di

Singapura Za’ba kekal berkhidmat di bahagian penyiaran sebagai Ketua Penerangan Berita Radio. Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu, Za’ba kembali bertugas di Kuala Lumpur sebagai

penterjemah bahasa Melayu. Kerja-kerja

penterjemahan ini terus dilaksanakannya sehinggalah beliau dilantik sebagai Penterjemah

Kanan Bahasa Melayu pada tahun 1946. Pada tahun 1953, Za’ba seterusnya dilantik

menjadi Pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, Unversity of London. Pada tahun 1956, Za’ba dianugerahi gelaran Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Persuratan

Melayu III di Johor Bahru. Tiga tahun kemudian, iaitu pada tahun 1959, Za’ba dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Kesusasteraan Melayu oleh

Universiti Malaya. Pada tahun 1962, beliau dianugerahi bintang Panglima Mangku Negara (P.M.N.) bergelar Datuk (kemudiannya Tan Sri)

dan pada Jun 1973, dianugerahi pula Ijazah Doktor Kehormat Persuratan Melayu oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau meninggal dunia

pada 23 Oktober 1973 setelah menaburkan jasa

yang tidak ternilai kepada bangsa dan negara.

Za’ba duduk berkot hitam bergambar di tepi rumah kediamannya di SITC, Tanjong Malim pada Ogos

1929. Berdiri di belakang dari kiri; Yazid Ahmad, Abdul Kudus Muhammad dan Ahmad Murad

Nasaruddin, pelatih penterjemah.

Rumah Za’ba masih terpelihara di bawah seliaan Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.

Oleh: Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan

Email : [email protected]

Antara koleksi Za’ba yang terdapat di

Perpustakaan Tuanku Bainun

Page 13: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

13

Perpustakaan Tuanku Bainun mempunyai

daya tarikan tersendiri dan menjadi destinasi

lawatan oleh agensi-agensi luar ke UPSI.

Seni bina yang menarik, susunan perabot

yang kemas dan teratur serta layanan mesra

kakitangannya menjadi contoh kepada

organisasi luar untuk melihatnya dengan

lebih dekat.

Antara lawatan yang diterima daripada

organisasi luar sepanjang bulan September-

Disember 2009 adalah seperti yang berikut:-

(1) Universiti Teknologi MARA

(UiTM) cawangan Jengka,Pahang.

(2) Perpustakaan, Universiti Pertahanan

Nasional Malaysia (UPNM), Kuala

Lumpur.

(3) Institut Perguruan Tun Hussein

Onn, Batu Pahat, Johor.

(4) Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

Page 14: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

14

Oleh : Afzanizam Dullah Hashim

Email : [email protected]

Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi

Email : [email protected]

Page 15: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

15

Seramai empat orang kakitangan

perpustakaan telah menerima anugerah

perkhidmatan cemerlang pada Majlis

Penyampaian Anugerah Kualiti yang

telah diadakan pada 6 November 2009.

Kakitangan tersebut ialah Pn. Rusliza

bt. Yaacob, Pn. Muliati bt. Abdul

Samad, En. Mohd Hizam b. Samin dan

Pn. Nor Haslina bt. Khalid.

Nurfaizah bt. Kamarudin yang merupakan pustakawan di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan telah mula berkhidmat di

Perpustakaan Tuanku Bainun pada 2 Januari 2008. Peribadi beliau yang peramah serta mudah mesra menjadikan beliau

disenangi rakan-rakan setugas. Nurfaizah atau lebih dikenali sebagai Faez telah dilahirkan pada 5 April 1984 di Seremban,

Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik. Pendidikan awal beliau bermula di

Sekolah Rendah Kebangsaan Abu Bakar Baginda, Bangi dan seterusnya berpindah ke Sekolah Rendah Dengkil, Selangor.

Setelah tamat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), beliau telah menyambung pengajian ke Sekolah Menengah Sungai

Merab, Kajang, Selangor. Hasil daripada keputusan peperiksaan yang cemerlang, beliau telah ditawarkan mengikuti

program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Maklumat di Universiti Teknologi Mara pada Jun 2002.

Setelah menjawat jawatan pustakawan selama 1 tahun 10 bulan, beliau telah ditawarkan biasiswa tenaga pengajar muda

UiTM. Selamat maju jaya diucapkan, jasa serta sumbangan beliau terhadap pihak Perpustakaan Tuanku Bainun tidak akan

dilupakan dan akan dikenang sehingga akhir hayat.

Penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2008, bergambar bersama

Y. Bhg. Dato’ Rusley b. Taib, Pendaftar UPSI.

Oleh : Muliati Abdul Samad

Email : [email protected]

Page 16: “kelewatan memproses buku yang dipulangkan melalui ... dianjurkan PTB iaitu wacana buku, pesta buku, bengkel mind mapping, ceramah Seni Warisan Islam : jawi dan khat, pertandingan

16

Merancang dan menjalankan sesuatu projek penyelidikan boleh

menjadi satu pengalaman yang manis ataupun pahit. Peluang untuk

meneroka sesuatu topik penyelidikan dan keghairahan meraih

sesuatu penemuan yang baru bakal mendatangkan sesuatu

kepuasan yang tidak terhingga. Hal ini hanya akan terhasil dengan

membangunkan satu cadangan penyelidikan (research proposal) yang

efektif. Cadangan penyelidikan ini boleh dijadikan sebagai medium

yang menjelaskan perancangan sesuatu penyelidikan dan sebagai

panduan untuk menghasilkan projek penyelidikan yang

bermanfaat. Justeru itu, buku ini berperanan untuk membantu

pelajar atau penyelidik dengan pendekatan yang mudah, dan ia

dapat dijadikan sebagai rujukan dalam penulisan cadangan

penyelidikan (research proposal). Buku ini dimulai dengan bab

meneroka dalam mengenal pasti permasalahan penyelidikan

(research problem). Penulis juga teliti dalam menerangkan tujuan

ulasan penulisan (literature review) dan juga pelbagai panduan untuk

membantu pelajar atau penyelidik mengelakkan kesilapan dalam

penulisan cadangan penyelidikan (research proposal). Sasaran buku ini

diakui oleh penulis ditujukan kepada pelajar atau penyelidik dalam

bidang Sains Sosial. Namun, panduan dan gambar rajah di

dalamnya mampu membimbing pelajar atau penyelidik dalam

bidang lain. Akhir sekali, penulis menekankan panduan daripada

buku ini beserta dengan bimbingan penyelaras penyelidikan

(supervisor) mampu menghasilkan rancangan penyelidikan dan

seterusnya satu projek penyelidikan yang jitu.

Sebuah buku yang pernah saya baca dan agak menarik

kandungannya ialah The Da Vinci Code. Sebuah novel

Inggeris yang pernah mencetuskan kontroversi dalam

fahaman agama Kristian dan dikatakan satu pembohongan

dan penyimpangan fakta. Buku ini merupakan sebuah kisah

misteri fiksyen berbentuk penyiasatan oleh watak utamanya

Robert Langdon, seorang professor „Symbologist‟ di

Universiti Harvard. Beliau menyiasat kematian seorang

kurator Muzium Paris Louvre yang terkemuka Jacques

Sauniere. Siasatan beliau membawa kepada penemuan

konspirasi sebuah badan rahsia “Priory of Sion” dan “Opus

Dei” mengenai kemungkinan Jesus Christ berkahwin

dengan Mary Magdalene dan melahirkan seorang anak.

Cucu perempuan Sauniere, Sophie Neveu turut datang ke

tempat kejadian dan cuba mencari bukti terhadap

pembunuhan datuknya. Pencarian mereka menemukan

sebatang kunci untuk membuka peti simpanan di Swiss

Bank, yang menyimpan rahsia dalam bentuk „cryptex‟.

Penyiasatan mereka akhirnya membongkar siapa sebenarnya

pembunuh Jacques Sauniere dan dari petunjuk yang ditemui

membawa mereka ke sebuah gereja lama di Scotland. Di

sana mereka bertemu semula dengan nenek dan adik lelaki

Sophie Neveu yang dikatakan telah meninggal dunia.

Sophie Neveu sendiri sebenarnya daripada darah keturunan

Jesus Christ, dan datuknya sendiri adalah ketua “Priory of

Sion” yang menyimpan rahsia tersebut. Keluarga ini

terpaksa dipisahkan demi mempertahankan identiti mereka

yang sebenarnya.

A Comprehensive Guide to Writing a Research Proposal oleh Parmjit Singh, Chan Yuen Fook dan Gurnam Kaur. Kuala Lumpur: Venton Publishing, 2009

The Da Vinci Code oleh Dan Brown. London: Corgi, 2003.

Oleh : Mohd Razalli Ahmad Termizi & Najah Saghirah

Haroman.

Email : [email protected] / [email protected]