Keluarga Dan Personaliti Remaja

download Keluarga Dan Personaliti Remaja

of 90

Transcript of Keluarga Dan Personaliti Remaja

1

BAB 1

PENJELASAN MASALAH

Pendahuluan

Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu. Dalam kehidupan sehari-hari, personaliti dikaitkan sifat dan perwatakan seseorang. Kita biasanya dapat mengetahui personaliti seseorang melalui gaya percakapan, tingkah laku, cara bertindak atau cara bekerja.

Mengikut Allport (1961), personaliti ialah satu organisasi dinamik berkaitan dengan sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menentukan penyesuaian tertentu ke atas persekitaran. Istilah dinamik yang diberikan bermaksud sesuatu yang berkembang dan akan berubah-ubah. Begitu juga sistem psikofizikal ialah merujuk kepada unsur-unsur pemikiran dan juga yang berkaitan dengan keadaan fizikal seseorang.

Personaliti ini merupakan sesuatu yang berubah dan berkembang dan bukan sesuatu yang statik. Sistem psikofizikal ialah tabiat kebiasaan, sikap, nilai kepercayaan, keadaan emosi, sentimen dan motif yang dalam bentuk psikologi tetapi mempunyai asas fizikal di

2 dalam urat saraf, kelenjar dan keadaan tubuh badan am. Sistem ini bukan terhasil daripada baka. Walaupun sistem ini bukan terhasil daripada baka, sistem ini telah terbentuk dengan cara pembelajaran akibat pengalaman seseorang kanak-kanak. Sistem psikofizikal adalah kuasa penggerak yang menentukan penyesuaian jenis apakah yang dibuat oleh seseorang kanak-kanak.

Peringkat remaja merupakan suatu proses membesar dan menjadi individu matang serta mempunyai sikap yang positif dalam pergaulan masyarakat di peringkat dewasa. Bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki tahap remaja pada usia 13 tahun. Manakala remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 19 tahun. Ini bermakna, seseorang manusia akan berada di alam remaja selama lebih kurang tujuh tahun. Di peringkat inilah remaja akan melalui pelbagai perubahan sama ada dari sudut mental, fizikal, emosi, dan personaliti. Pembentukan personaliti remaja merupakan hasil dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran. Faktor-faktor genetik datangnya daripada ibu bapa yang melahirkan remaja tersebut. Manakala faktor-faktor persekitaran terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, didikan agama dan gaya hidup ( Ahmad Tarmizi Zakaria, 2008 ).

Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

3 Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Sesiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-rasulNya dan hari kiamat, sesungguhnya orang itu telah sesat sejauhjauhnya. (An-Nisa : ayat 136)

Setiap manusia akan melalui proses pembelajaran dalam kehidupannya. Proses pembelajaran ini akan membentuk personaliti manusia. Menurut Imam al-Ghazali (1974), personaliti manusia adalah berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Jiwa remaja terdapat unsur-unsur seperti hati, roh, nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran mereka. Akal secara fizikal merupakan otak dan dari sudut kerohaniannya mempunyai kemampuan untuk menyerap ilmu melalui organ-organ deria dan menjalani proses pembelajaran.

Penjelasan Masalah

Pengaruh keluarga menjadi salah satu faktor penting dalam pembentukan personaliti remaja. Remaja daripada keluarga yang berpecah belah atau yang ketiadaan ibu bapa atau kedua-duanya mengalami kehilangan tempat bergantung, tempat menumpahkan kasih sayang serta tempat menerima contoh dan teladan untuk menjadi bekal penghidupan di hari dewasa sebagai ahli masyarakat yang lebih aktif dan dinamis. Keadaan seperti ini boleh menjejaskan perkembangan remaja terutamanya dalam pencapaian akademik serta proses pembentukan personaliti.

4 Keutuhan institusi kekeluargaan dapat menjamin kecemerlangan remaja khususnya dalam alam pendidikan dan perkembangan personaliti. Ibu bapa khususnya, adalah salah satu faktor persekitaran yang banyak mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja. Ini kerana, ibu bapa menjadi sumber utama dan pertama proses pembelajaran dan pembentukan keperibadian remaja. Hakikat ini jelas dinyatakan oleh bapa psikologi moden, Freud (1983). Oleh itu, ibu bapa yang tidak memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku remaja menyebabkan berlakunya kemunduran pembentukan dan perkembangan personaliti atau sahsiah remaja tersebut. Cara gaya keibubapaan atau cara asuhan dipercayai banyak mempengaruhi personaliti remaja khususnya pelajar sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Menurut Maslow, kekurangan perhubungan kasih sayang menjadi punca kecelaruan personaliti yang mungkin melibatkan tingkah laku agresif dan anti sosial. Sebagai contohnya, remaja daripada keluarga yang ibu bapanya bercerai mempunyai IQ yang lebih rendah di samping melahirkan ciri-ciri tingkah laku yang negatif seperti permusuhan, zalim dan tiada kasih sayang. (Goldfarb dalam Wan Azmi, 1987).

Faktor kedua pula ialah pengaruh sekolah kerana remaja menghabiskan hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar yang lemah daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah mempengaruhi perkembangan personaliti

5 remaja. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh, ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970).

Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pada diri remaja, pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku diakui cukup kuat. Walaupun remaja telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri remaja dalam berperilaku banyak dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebaya diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seorang remaja tentang perilakunya. Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang remaja. Remaja yang berasal daripada keluarga bermasalah lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.

Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan personaliti remaja. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, remaja yang membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang

bertanggungjawab, berdedikasi, rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya, masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu, remaja membesar dengan menjadi individu dan remaja yang sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda. Nilai-nilai murni ini mungkin

6 ditinggalkan menyebabkan remaja sanggup menipu dalam peperiksaan, bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa kepada masalah sosial ini.

Tujuan Penyelidikan

Kajian ini mempunyai tiga objektif utama:

1. Untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti remaja.

2. Untuk mengenal pasti tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar.

3. Untuk mengenal pasti pembentukan personaliti remaja berkait dengan adab-adab belajar.

7 Beberapa Persoalan Yang Akan Dijawab

1. Apakah terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti remaja?

2. Adakah terdapat tahap kepatuhan remaja terhadap adab-adab belajar?

3. Adakah pembentukan personaliti remaja itu berkait rapat dengan adab-adab belajar?

Kepentingan Penyelidikan Ini

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang amat berguna kepada pengkaji sendiri sebagai bakal kaunselor dan guru dalam menghadapi dan mengendalikan golongan remaja di sekolah dan permasalahan-permasalahannya.

Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan oleh sekolah-sekolah untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya adab-adab belajar ketika menuntut ilmu bagi membentuk personaliti yang positif.

Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada pengkaji-pengkaji lain untuk meneruskan usaha ke arah pengkajian yang lebih mendalam dalam bidang yang sama.

8

Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pelajar agar dapat membaiki sahsiah, disiplin dan konsep kendiri mereka agar menjadi remaja yang sihat dari segi mental, fizikal, rohani dan sahsiah, rasional dan matang dalam pembentukan personaliti remaja.

Batasan Kajian

Kajian ini menfokuskan kaedah konstruktif dalam pembentukan personaliti remaja berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa Inggeris konstruktivisme yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merealisasikan teori ini.

Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian perpustakaan iaitu koleksi jurnal serta buku-buku tentang tajuk yang dikemukakan dan maklumat-maklumat yang didapati melalui internet (laman-laman web) yang berkaitan.

9 Istilah

Pembentukan

:

Perihal perbuatan atau usaha membentuk.

Personaliti

:

Personaliti berasal dari perkataan Latin Pesona, yang membawa maksud topeng atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 1961, (dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran.

Remaja

:

Dalam Bahasa Inggeris, adolescence berasal daripada perkataan Latin adolescere yang bermaksud membesar atau membesar menjadi matang (Rogers,1981). Ini bermakna zaman remaja merupakan suatu proses dan bukannya jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Secara praktikalnya, zaman remaja dilihat sebagai suatu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan

10 berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan suatu zaman transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa.

Menurut Hall (1904), zaman remaja merupakan zaman storm and stress. Ini kerana remaja akan mengalami perubahan secara biologikal akibat perubahan hormon tubuh badan dan perlu disesuaikan dengan harapan dan kehendak masyarakat. Oleh itu, remaja akan sentiasa menghadapi konflik dalam memenuhi keperluan kejantinaan,

perkembangan egoistik, tingkah laku tidak menentu, perkembangan self esteem dan emosi. Remaja juga bermaksud satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa, biasanya pelajarpelajar ini berumur di antara 12 hingga 17 tahun.

Berdasarkan

:

Berasakan, bersandarkan atau berlandaskan.

Islam

:

Agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kesimpulan

11

Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu.

Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka.

Menuntut ilmu amat diutamakan di dalam kehidupan seseorang muslim. Keutamaan belajar atau menuntut ilmu dalam Islam adalah lebih utama dari sembahyang sunat. Imam Syafii r.a. berkata menuntut ilmu itu lebih utama dari sembahyang sunat. Dalam perkembangan yang sama Abu Darda pula diriwayatkan berkata kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cintai daripada saya bangun beribadat sepanjang malam. Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu adalah dua orang yang

12 berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain dari keduanya adalah sia-sia belaka, tiada berguna sama sekali.

BAB II

13 KAJIAN LAMPAU

Pendahuluan

Pembentukan remaja yang bersikap positif, dinamik dan kreatif bergantung kepada faktor dalaman dan luaran termasuk peranan institusi kekeluargaan. Gaya asuhan yang betul dalam membentuk sahsiah merupakan satu cabaran yang timbul dalam proses perkembangan melalui pendidikan awal yang disediakan oleh sesebuah keluarga walaupun tidak dapat dinafikan bahawa membesarkan dan mengasuh anak-anak bukanlah satu tugas dan tanggungjawab mudah atau boleh diambil ringan sahaja. Namun disini ibu bapalah merupakan orang yang utama dalam keluarga yang akan memberi kesan mendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu.

Tahap remaja merupakan satu jangkamasa yang penuh dengan cabaran di mana di peringkat awal, remaja mula belajar meneroka kehidupan sosial secara berdikari walaupun masih berada dalam lingkungan kawalan keluarga. Semakin lama remaja berada di dalam alam persekolahan semakin luas dunia persekitaran mereka sehingga melangkaui lingkungan keluarga dan jiran-jiran terdekat. Sesuai dengan tuntutan emosi mereka, remaja mula bergaul dan menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dari luar kawasan tempat tinggal mereka serta persekitaran yang lebih kompleks (Harre & Lab dlm. Iran 1996).

Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman (1996),

14 keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di Barat telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah, 1997).

Proses menyesuaikan diri dengan persekitaran bukanlah sesuatu yang mudah. Ini disebabkan zaman remaja adalah zaman di mana jiwa mereka mudah memberontak, mereka sering mengalami keadaan ketidaktentuan emosi, konflik dengan keluarga, mengasingkan diri dan bersikap menentang nilai-nilai murni keluarga dan masyarakat (Papalia, Old & Feldman 1998). Di peringkat ini juga personaliti remaja terbentuk yang kebiasaannya dipengaruhi oleh rakan sebaya dan keluarga.

Menurut Hoffman (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang dalam alam dewasa. Mohd. Othman Najati (1992) pula menyatakan, Al-Quran telah mengklasifikasikan manusia kepada tiga pola iaitu orang-orang beriman, orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah dalam membentuk keperibadian manusia, orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah dalam membentuk keperibadian manusia, membentuk sifat-sifat yang khas dan mengarahkan tingkah lakunya ke satu arah tertentu.

15 Menurut Imam Al-Ghazali (1083M) dari jiwa terbit semua perbuatan yang senang dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa, muncul perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang, maka dinamakan personaliti yang buruk. (AlGhazali disebut dalam Tajul Ariffin Noordin, 1990).

Definisi Personaliti

Kebanyakan aspek tingkah laku manusia mencerminkan dan melahirkan personaliti mereka. Oleh sebab itu, bagaimanakah kita hendak mentakrifkan personaliti? Kepada orang biasa, konsep personaliti mungkin merupakan satu pertimbangan nilai atau huraian yang subjektif. Jika kita suka akan seseorang, ia adalah disebabkan kita mengatakan dia mempunyai personaliti yang baik dan begitulah sebaliknya.

I. Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Menninger (1930). Menurut beliau, personaliti ialah apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseorang. Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseorang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas.

II. Satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Warren & Carmichael (1930). Menurut mereka, personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaiannya kepada persekitarannya.

16

Selain dua definisi yang telah diberikan di atas, terdapat beberapa definisi lain tentang personaliti. Misalnya, Allport (1937) telah mengumpulkan lebih kurang lima puluh definisi. Memandangkan terlalu banyak definisi yang telah dikemukakan maka tidak hairanlah sekiranya tidak ada satu definisi personaliti pun yang dipersetujui umum. Yang boleh dikatakan di sini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa perkara iaitu:

I. Kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti.

II. Setiap satu definisi tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.

Aspek Kajian Personaliti

Kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaruhi tingkah laku. Ia juga boleh merujuk kepada individu dan memperhatikan tingkah laku mereka, manakala personaliti boleh juga ditakrifkan dari segi ciri yang hanya boleh ditafsirkan daripada tingkah laku dan tidak boleh diperhatikan secara langsung. Ia juga merujuk kepada cara seseorang berinteraksi dengan individu lain. Maka yang demikian, beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman bagi

17 seseorang kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu.

Adalah jelas bahawa kita boleh memberikan beberapa definisi tentang personaliti. Setiap satu definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkah laku yang berlainan dan penggunaan kaedah penyelidikan yang berlainan. Definisi-definisi tersebut ada yang konkrit atau jelas, dan ada pula yang abstrak. Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu, atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka. Ia mungkin juga menghuraikan tentang apa-apa yang dapat diperhatikan secara langsung dan ada pula yang boleh dibuat tafsiran.

Pembahagian Personaliti

Setelah meninjau beberapa definisi tentang personaliti, Allport (1961) telah membahagikan personaliti kepada tiga bahagian: kesan luaran, struktur dalaman, dan pandangan positif.

I. Pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan topeng. Ia merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseorang sebagaimana ia diamati

18 atau dilihat oleh orang lain, iaitu kesan seseorang kepada orang lain. Ia juga merujuk kepada kecekapan sosial. Definisi ini tidak mengambil kira ciri-ciri dalaman yang terdapat pada seseorang.

II. Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng sematamata, tetapi merangkumi struktur psikologi atau psikofizikal. Pendekatan ini melihat personaliti sebagai sistem, trait atau ciri. Banyak definisi personaliti tergolong dalam pendekatan yang kedua ini. Namun, pendekatan ini dikritik kerana ciri dalaman tidak boleh diperhati, oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara saintifik.

III. Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar, seperti skor yang diperoleh dalam ujian personaliti. Personaliti adalah satu konstruk dan sistem konstruk yang kompleks. Sebagai satu konstruk, ia ditafsir daripada pemerhatian tingkah laku. Pada masa yang sama, ia terdiri daripada beberapa bahagian kecil, setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk. Setiap satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkah laku dan setiap satu daripadanya merupakan satu konstruk.

Konsep Personaliti

Perkataan personaliti mempunyai beberapa pengertian, dan kebanyakan pengertian tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :

19 I. Pengertian pertama tentang personaliti merujuk kepada kemahiran sosial. Mengikut pengertian ini, personaliti seseorang dinilai melalui cara dia berjaya mendapatkan tindak balas yang positif daripada orang lain dalam pelbagai situasi. Dalam konteks ini, seseorang yang dapat berhubung secara menarik dengan orang lain dikatakan mempunyai personaliti yang menarik. Sebaliknya, sekiranya seorang guru mengatakan dia berhadapan dengan pelajar yang mempunyai masalah personaliti dalam kelasnya, ini bermakna pelajar berkenaan tidak mempunyai kemahiran sosial yang mencukupi untuk membolehkannya berhubung dengan cara yang memuaskan dengan guru dan juga rakan-rakan dalam kelasnya.

II.

Pengertian kedua ini merujuk kepada personaliti sebagai kesan yang diberikan oleh seseorang tentang dirinya kepada orang lain. Oleh sebab itu, seseorang itu boleh dikatakan mempunyai personaliti agresif atau personaliti submisif atau personaliti penakut. Bagi setiap satu contoh yang diberikan tadi, kita telah memberikan atribut atau kualiti untuk menerangkan seseorang. Atribut atau kualiti tersebut merupakan kesan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain. Berdasarkan kedua-dua pengertian tentang personaliti, adalah jelas bahawa konsep personaliti merujuk kepada penilaian yang dibuat terhadap seseorang.

Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona atau personalitas. Yang dimaksudkan dengan persona ialah topeng, yang merujuk kepada rupa luaran yang ada pada seseorang. Walau bagaimanapun, maksud ini tidak kekal kerana perkataan persona kemudiannya memberikan beberapa pengertian, antaranya termasuklah ciri-ciri dan kualiti dalaman seseorang dan juga rupa luaran.

20

Perkembangan Personaliti

Konsep perkembangan memberi implikasi bahawa terdapat perubahan. Oleh itu, konsep perkembangan personaliti merujuk kepada perubahan yang berlaku, sama ada secara perlahan atau mendadak, dalam kehidupan atau personaliti seseorang. Segala perubahan yang berlaku melalui beberapa peringkat atau tahap. Ahli psikologi menggunakan konsep tahap apabila membicarakan zaman peralihan dalam kehidupan manusia.

Misalnya, Freud (1949), membahagikan personaliti kanak-kanak kepada tiga tahap psikoseksual, iaitu tahap mulut, dubur, dan zakar. Bagi setiap satu tahap tersebut akan terdapat pembentukan emosi yang unik.

FREUD

Tahap Mulut (Oral) Bayi Tahap Dubur (Anal) umur 1-3 tahun

Tahap Zakar (Falik) umur 3-6 tahun

Mengikut Erikson (1962) pula, perkembangan personaliti boleh dibahagikan kepada lapan tahap psikososial. Empat tahap pertama dalam model perkembangan Erikson berlaku

21 pada zaman bayi dan kanak-kanak; tahap kelima merupakan zaman peralihan yang berlaku pada zaman remaja; dan tiga tahap lagi berlaku pada zaman dewasa iaitu awal dewasa, umur pertengahan dan umur tua. Setiap satu daripada tahap tersebut mempunyai ciri-ciri personaliti yang tersendiri.

ERIKSON

Zaman Bayi & Kanak-Kanak Bayi Umur 1-3 tahun Umur 3-6 tahun Umur 6- 12 tahun

Zaman Dewasa Awal Dewasa (18-35 tahun) Usia Pertengahan (35-60 tahun) Umur Tua (60 tahun keatas) Zaman Remaja (12-18 tahun)

Proses Pembentukan Personaliti

Teori kognitif sosial memberi penekanan kepada dua proses yang berlainan daripada teori pembelajaran lain tentang personaliti iaitu pembelajaran dengan cara pemerhatian dan pengawalan diri sendiri. Pembelajaran pemerhatian melibatkan kebolehan untuk mempelajari tingkah laku dengan memerhatikan orang lain. Pengawalan diri pula melibatkan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi diri mereka sendiri dan bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran. Kedua-dua proses ini melibatkan proses pemikiran

22 (kognitif), dan kedua-dua proses di pengaruhi oleh dendam dan ganjaran, tetapi tidak ditentukan oleh kedua-dua faktor tersebut.

Membentuk Personaliti Muslim

Dalam sesebuah masyarakat dan negara yang ingin menjadi aman dan makmur adalah penting bagi setiap individu dibentuk berteraskan Islam. Setiap individu Muslim perlu dibentuk mengikut ajaran Allah s.w.t. Seorang Muslim akan menjadi mukmin yamg menghayati seluruh ajaran Islam dan berusaha menerapkan nilai-nilai hidup Islam dalam kehidupan.

Setakat mengubah nama atau adat resam lahir sahaja tidak mencukupi bagi individu Muslim mencapai objektifnya. Yang lebih penting ialah mengubah hati nuraninya supaya menjadi benar-benar mengenali dan memahami hakikat Islam. Kesedaran itu mesti lahir dari jiwa seseorang supaya Islam dijadikan satu cara hidup yang menyeluruh. Islam harus dijadikan obor yang dapat menerangi liku-liku dalam hidup dan juga sebagai teras kekuatan untuk bertahan terhadap ancaman-ancaman ke atas kesejahteraan umat Islam. Islam sebagai cara hidup boleh dijadikan nilai pengukur untuk membezakan antara yang baik dengan yang tidak baik.

Peribadi atau personaliti Muslim adalah peribadi yang tersendiri yang terbentuk daripada latihan-latihan melalui ibadat. Keikhlasan adalah satu sifat yang amat dikehendaki dalam Islam. Keikhlasan dalam menyembah Allah akan melahirkan peribadi yang teguh

23 dan lupus. Dengan keteguhan peribadi akan lahir manusia yang hanya akan tunduk kepada Allah dan tidak mudah mengalah kepada sebarang tipu daya di dunia ini.

Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyeru ke arah kemuliaan budi pekerti dan kesopanan serta malarang akhlak yang buruk. Iman dalam Islam tidak akan sempurna tanpa menghasilkan amal soleh dan akhlak yang mulia. Menurut seorang tokoh Islam, Syaikh Muhammad Al-Ghazali dalam kitabnya khuluq al-Muslim,

Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui daripada perilaku akhlaknya, kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedangkan iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terjerumus pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang lain.

Personaliti Mengikut Pandangan Islam

Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Secara ringkasnya personaliti atau akhlak boleh dibahagikan kepada dua, iaitu akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela. Dipetik dalam psikologi personaliti, (2006).

Personaliti

mengikut

perspektif

Islam

tidak

bertentangan

dengan

teori

behaviourisme. Sebagai contoh, Islam mengakui pengaruh alam sekitar ke atas

24 perkembangan fitrah, seperti sebuah Hadis yang bermaksud, Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah. Hanya ibu bapalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Tetapi ini tidak bermakna bahawa manusia itu menjadi hamba kepada alam sekitar, seperti pendapat pakar-pakar behaviourisme. Tidak dinafikan bahawa alam sekitar memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkah laku seseorang, tetapi al-Quran tidak menganggapnya sebagai satu faktor sahaja yang mempengaruhi tingkah laku .

Antara sifat-sifat yang terpuji yang menjadi matlamat dalam pembentukan personaliti individu Islam ialah taubat, takut kepada Allah s.w.t. sabar, syukur, ikhlas, tawakal, cinta kepada Allah s.w.t., redha qadak dan qadar Allah dan mengingati mati. Sifatsifat yang tercela yang cuba dihindarkan oleh individu Islam ialah tamak kepada makanan, suka bercakap sia-sia, dengki, bakhil atau kedekut, megah, cinta kepada dunia, marah, takbur dan riak atau menunjuk-nunjuk. (Habibah Elias dan Noran Fauziah Yaakub, 2006). Sebagai contoh, sabar ialah satu sifat yang terpuji yang patut diamalkan oleh individu Muslim. Seorang Muslim yang jiwanya terpimpin oleh hidayah Islam sentiasa melatih dirinya untuk mencapai tingkat kesabaran yang tinggi dan menahan marahnya. Menurut kaca mata Islam, orang yang perkasa bukanlah seorang yang mempunyai kekuatan lahiriah sehingga mampu mengalahkan lawan-lawannya. Sebaliknya, orang yang perkasa ialah orang yang dapat bertindak dengan pertimbangan dan sabar serta mampu mengawal nafsunya ketika marah.

Seorang yang boleh mengawal nafsunya, menenangkan fikirannya ketika kusut, menguasai diri ketika dalam kesulitan sebenarnya menunjukkan kekuatannya.

25 Rasulullah s.a.w sentiasa berwasiat kepada para sahabatnya agar tidak cepat marah (Hadis riwayat Bukhari). Seorang Muslim yang sebenar tidaklah marah, sebaliknya dia mudah redha. Rasulullah s.a.w. tidak pernah melakukan balas dendam untuk mempertahankan harga dirinya, kecuali terhadap orang yang tidak menghormati hak-hak Allah seperti menghalalkan apa-apa yang diharamkanNya.

Dengan latihan dan didikan yang betul, individu Muslim memperoleh sifat-sifat yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota seseorang. Anggota termasuklah mata, telinga, mulut, perut, kaki dan tangan. Apabila seseorang dapat mengawal hatinya seperti sentiasa mempunyai niat yang baik, dia tidak terdorong untuk melakukan sesuatu yang tercela, maka anggota badannya akan mengikut kata hati dan lebih berhati-hati supaya tidak sampai melakukan perbuatan yang tercela. Kawalan hati boleh menjadi motivasi kepada individu untuk bertingkah laku dengan baik apabila berhadapan dengan ahli masyarakat yang lain.

Konsep fitrah dalam Islam memastikan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan menguatkan hubungan yang mengaitkan antara manusia dengan Allah. Walau apa pun yang dipelajari oleh kanak-kanak tidak boleh bercanggah dengan prinsip ini.

Membentuk Personaliti Remaja

26 Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabiin hingga kurun ketiga hijrah memperlihatkan bahawa mereka menjalani hidup berasaskan roh Islam yang bukan sahaja berjaya membentuk mereka menjadi insan rabbani malah berjaya menjadi benteng yang kukuh dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan ujian.

Kehidupan Rasulullah s.a.w. sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik sebagai rasul memperlihatkan kepada umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak dan keimanan yang tinggi yang telah membawanya ke maqam (kedudukan) manusia yang teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat terpuji. (Al-Qalam 68 :4)

Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek negatif yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah.

27 Maka dengan sebab itulah para remaja perlu menjadikan asas-asas agama, akhlak dan menghormati ibu bapa sebagai sesuatu yang wajib untuk dipenuhi. Di samping itu, keindahan budi bahasa dan kesantunan masyarakat kita amat sesuai dijadikan sebagai pakaian dan amalan yang amat digalakkan oleh agama Islam. Budaya moden hari ini bukanlah semuanya tidak baik tetapi biarlah ianya sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak agama dan cara hidup kita. Jangan kita terlalu mudah untuk mengambil jalan pintas semata-mata mencari keseronokan segera yang hanya seketika dapat dinikmati.

Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemerlang dan diberkati.

Remaja muslim juga memerlukan kemahiran pengendalian diri kerana mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup untuk memastikan diri mereka betul-betul berada di landasan yang benar. Ini kerana, zaman keremajaan banyak menyentuh perasaan seseorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan persekitarannya. Perkembangan ini ditunjukkan dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah pergolakan dalam diri remaja khususnya dalam memahami hubungan antara berlainan jantina.

28 Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga dia merasa perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan aneka godaan dan dugaan ini. Hindarilah diri dari hanya mengikut kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama.

Kejadian Manusia

Al-Quran mengemukakan penjelasan bahawa manusia terdiri dari dua unsur iaitu unsur rohani dan jasmani. Setelah melalui beberapa fasa penciptaan iaitu dari tanah lumpur hitam yang diberi bentuk, dan kemudian menjadi tanah kering seperti tembikar, Allah kemudian meniup roh kepadanya sehingga tercipta Adam a.s. Rohani dianggap sebagai teras dan pemandu manakala jasmani sebagai kenderaan dalam melayari kehidupan di dunia ini. Inilah identiti keinsanan yang dijelaskan oleh al-Quran.

(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah". Maka apabila telah Kusempurnakan kejadiannya dan

29 Kutiupkan kepadanya roh (ciptaan)Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya. ( Shaad 38:71-72)

Namun apa yang berlaku ialah berlakunya pemisahan dua unsur tersebut dalam kehidupan remaja pada hari ini dan yang lebih parah lagi berlakunya penyelewengan terhadap fungsi bagi kedua-dua unsur tersebut dengan menjadikan unsur jasmani sebagai alat utama dalam menjalani hidup di dunia. Akibatnya, kehidupan remaja mengalami pelbagai gejala yang buruk dan timbul krisis sosial yang hebat. Justeru itu, tumpuan harus diberikan kepada pembinaan rohani remaja yang meliputi asas-asas didikan agama yang sempurna.

Kehidupan Rasulullah s.a.w. yang berasaskan tarbiah Islam telah menjadikan seluruh kehidupan baginda sebagai ibadat dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Keadaan ini membawa erti bahawa nilai-nilai akhlak, peribadi, sikap, tindakan, percakapan dan wawasan hidup baginda ialah berasaskan nilai-nilai Islam yang dididik oleh Allah s.w.t. sesuai dengan kedudukan baginda sebagai kekasih Allah. Jelas sekali ketinggian peribadi Islam ini telah membawa satu perjalanan hidup yang positif. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang abadi di sepanjang zaman dan generasi manusia.

Kedudukan Akal dan Hati

Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting

30 dalam akal ialah ia mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara dan menghasilkan persepsi sama ada ia suatu kebaikan atau keburukan. Manusia yang tidak berakal akan rosak personalitinya seperti orang gila. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal yang memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya itu sempurna.

Akal berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh mempengaruhi atau menyucikannya dan menghampirkannya kepada Allah s.w.t. Menurut Imam al-Ghazali, jasad dihubungkan dengan roh melalui hati. Hati menjadi sumber kerohanian yang terpancar untuk seluruh diri manusia. Hati mengatur tingkah laku remaja dan memainkan peranan penting dalam tingkah laku mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.

Iman dan Personaliti

Iman merupakan asas kepada segala ibadah bahkan asas segala kebaikan. Iman menjadi tunjang kepada rahsia memiliki personaliti yang unggul iaitu di mana kedudukan dan peranan iman dalam menjadikan seseorang itu insan cemerlang. Lukman Thaib dalam

31 bukunya Iman dan Keperibadian Muslim, mengungkapkan hubungan saling perlu antara iman dan amal (tingkah laku) sebagai dua jentera yang beroperasi bagi memproses kesempurnaan peribadi seseorang. (Ahmad Amri Zainal Adnan, 2009)

Tidak dapat dinafikan, iman memainkan peranan dalam mencatur tingkah laku seseorang. Menurut Yusuf Qardhawi (2001), orang yang beriman tiada rasa dengki dan khianat serta berupaya melahirkan sifat amanah, jujur dan tidak mementingkan diri. Orang yang beriman juga digambarkan lebih penyabar dan cenderung kepada kecemerlangan. Semua sifat-sifat ini terdapat pada keperibadian Rasulullah dan para sahabat yang digelar sebagai generasi Quran.

Iman mempunyai tiga ciri iaitu keyakinan dalam hati, pengakuan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan. Iman juga mempunyai beberapa tingkat. Tingkat pertama adalah iman Tasdiqi. Peringkat kedua adalah iman Hali. Di peringkat ini, iman menjadi sebati dalam hati seseorang dan tiada lagi keraguan pada dirinya sebagaimana yang dinyatakan dalam surah al-Hujurat ayat 15.

Keperluan manusia kepada iman umpama tubuh yang memerlukan makanan. Ini dibuktikan melalui surah al-Aaraf, ayat 172 di mana roh yang akan dimasukkan ke dalam janin mengakui Allah adalah tuhan yang patut diimani. Dalam kata lain, beriman kepada Allah adalah fitrah manusia. Pastinya, satu masa dalam hidup manusia, akan timbul jua keinginan untuk mendalami fitrah ini.

32 Bukti iman dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia terlakar dalam sejarah dunia apabila masyarakat Arab sebelum kedatangan Rasulullah dapat ditransformasi kepada tamadun Abbasiyyah yang unggul. Tamadun ini dinobatkan sebagai yang paling cemerlang dalam sejarah peradaban manusia.

Iman Merangsang Tingkah Laku Positif

Abdul Hadi Awang (1985) mengatakan bahawa manusia mempunyai perwatakan yang dapat dilihat melalui tindak-tanduknya, sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan. Ini adalah kesan penghayatan iman terhadap sikap dan pemikiran individu. Ia adalah tanda iman seseorang yang dapat dijadikan ukuran secara fizikal. Sayyid Sabiq (1987) pula menyatakan, baik buruknya kehidupan manusia bergantung kepada keimanan seseorang.

Iman dapat memberi kekuatan kepada manusia dalam menghadapi apa sahaja kesulitan. Perasaan takut mereka hanyalah kepada kemurkaan Allah. Justeru, mereka tidak gentar menghadapi musuh yang ramai ataupun kekurangan harta benda.

Iman juga dapat memelihara kesucian hati. Ini disebabkan kerana orang yang beriman meyakini Allah sentiasa melihat tingkah lakunya dan mendengar setiap gerak hatinya. Dalam surah al-Mujadalah ayat 7, Allah menyatakan Dia Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan bumi. Percaya bahawa Allah melihat segala gerak-geri juga dapat

33 melahirkan sifat amanah dan jujur. Akhirnya, segala kegiatan harian seperti perniagaan, pemerhatian dan pergaulan akan ditunjangi akhlak yang baik.

Antara dorongan iman yang paling besar adalah dorongan untuk beramal. Iman dan amal adalah dua komponen yang saling berkait rapat. Iman menjadi teras kepada amal soleh dan amal soleh menjadi penyempurnaan kepada iman. 70 ayat Quran yang mengaitkan iman dengan amal adalah bukti perkaitannya. ( Mohd Sulaiman Yasin,1987).

Dalam buku Iman dan Keperibadian Muslim, Lukman Thaib menyatakan iman dan amal adalah dua alat yang sentiasa bergerak bagi memproses kesempurnaan dan ketinggian keperibadian seseorang. Tambah Lukman Thaib lagi, keimanan kepada Allah dan keesaannya turut memainkan peranan dalam membina jiwa yang mulia kerana ia menyedari Allah adalah pemilik hakikat setiap kekuatan yang terdapat dalam alam ini. Seorang yang beriman akan bekerja tanpa paksaan dari luar, tetapi didorong oleh semangat dari dalam iaitu atas kewajipan sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Di atas kesungguhan orang yang beriman dalam beramal, mereka memperoleh kejayaan dalam hidup mereka. Kejayaan ini tercapai kerana setiap amalannya dilakukan dengan sebaik mungkin supaya memperoleh keredaan Allah. Di dalam ayat 105 surah atTaubah, Allah menyeru manusia yang baik itu akan diungkit kembali.

Hubungan Ilmu Dengan Personaliti

34 Islam meletakkan kedudukan yang tinggi terhadap orang yang menuntut ilmu. Sekiranya, dibuka lipatan sejarah ketamadunan manusia yang silam, elemen ilmu merupakan sebahagian pra syarat ciri-ciri negara yang bertamadun seperti yang berlaku dalam era kegemilangan Islam silam. Matlamat manusia mencari ilmu pengetahuan adalah untuk memperoleh hakikat ilmu yang benar. Secara tradisinya, kebanyakan golongan intektual menterjemahkan ilmu sebagai kebolehan untuk memahami kedudukan dan fungsi yang tepat dan wajar bagi setiap persoalan alam ini yang membawa kepada pengenalan kepada Tuhan sebagai Maha Pencipta dan Maha Pentadbir segala alam ini. Oleh yang demikian, Islam amat mementingkan penghayatan terhadap ilmu sama ada yang meliputi hal-hal kedunian atau akhirat. Dalam usaha menuntut ilmu, seseorang yang dikenali sebagai pelajar perlu mematuhi etika-etika atau adab-adab supaya ilmu yang diperolehi itu diberkati dan diredhai oleh Allah.

Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para pelajar dan yang mengajarkannya. Adab-adab dalam menuntut ilmu yang harus kita ketahui agar ilmu yang kita tuntut berfaedah bagi kita dan orang yang ada di sekitar kita sangatlah banyak. Adab-adab tersebut di antaranya adalah:

1. Ikhlas kerana Allah.

Para pelajar perlu bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu. Kepentingan nilai ikhlas bertujuan untuk membersihkan jiwa seseorang yang bersifat riak dan takabur sesama

35 manusia. Hakikatnya, manusia yang berilmu memiliki jiwa yang bersih dan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Meskipun manusia dituntut menguasai ilmu-ilmu agama, namun ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keduniaan tidak boleh diabaikan, kerana ia sebahagian daripada fardhu kifayah. Dalam era globalisasi ini, ilmu yang dikategorikan sebagai fardhu kifayah sangat penting bagi masyarakat Islam kerana ia dianggap sebagai satu kemaslahatan ( keperluan ) yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Sekiranya manusia mengabaikan bidang disiplin ilmu ini menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam zaman yang serba canggih. Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud:

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan (Al-Mujadalah 58:11). Ayat ini menjelaskan bahawa seseorang yang berlapang dada itulah kelaknya Allah akan mengangkat iman dan ilmunya sehingga darjatnya bertambah. Orang yang patuh dan sudi memberikan tempat kepada orang lain itulah yang akan bertambah ilmunya. Allah akan mengangkat darjatnya lebih tinggi daripada orang kebanyakan, pertama kerana imannya, kedua kerana ilmunya. Setiap hari pun dapat dilihat pada raut wajah , pada sinar mata orang yang beriman dan berilmu. Terdapat tanda-tanda yang dapat dibaca oleh orang yang arif bijaksana bahawa seseorang itu ialah seorang yang beriman dan berilmu. Iman

36 memberi cahaya pada jiwa, sedangkan ilmu pengetahuan memberi sinar pada mata. Iman dan ilmu membuat seseorang itu menjadi lebih mantap dan agung.

Ini amat penting bagi para pelajar adalah mengamalkan ilmu yang telah diperolehi, kerana amal adalah buah dari ilmu, baik itu aqidah, ibadah, akhlak mahupun muamalah. Kerana orang yang telah memiliki ilmu adalah seperti orang memiliki senjata. Ilmu atau senjata (pedang) tidak akan ada gunanya kecuali diamalkan (digunakan).

Hendaknya niat kita dalam menuntut ilmu adalah kerana Allah dan untuk akhirat. Apabila seseorang menuntut ilmu hanya untuk mendapatkan gelaran agar mendapatkan kedudukan yang tinggi atau ingin menjadi orang yang terpandang atau niat yang seumpamanya, maka Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dalam sabdanya:

Barangsiapa yang menuntut ilmu yang pelajari hanya karena Allah sedang ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan harta-benda dunia, ia tidak akan mendapatkan bau syurga pada hari kiamat". (HR: Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah).

2. Untuk menghilangkan kebodohan dirinya dan orang lain.

Semua manusia pada mulanya adalah bodoh. Kita berniat untuk menghilangkan kebodohan dari diri kita, setelah kita menjadi orang yang memiliki ilmu kita harus mengajarkannya kepada orang lain untuk menghilang kebodohan dari diri mereka, dan

37 tentu saja mengajarkan kepada orang lain itu dengan berbagai cara agar orang lain dapat mengambil faedah dari ilmu kita.

3. Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at.

Sudah menjadi keharusan bagi para pelajar berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at. Kerana kedudukan syari'at sama dengan pedang kalau tidak ada seseorang yang menggunakannya ia tidak bererti apa-apa. Pelajar harus membela agamanya dari hal-hal yang menyimpang dari agama (bid'ah), sebagaimana tuntutan yang diajarkan Rasulullah s.a.w. Hal ini tidak ada yang boleh melakukannya kecuali orang yang memiliki ilmu yang benar, sesuai petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.

4. Lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat.

Apabila ada perbezaan pendapat, hendaknya pelajar menerima perbezaan itu dengan lapang dada selama perbezaan itu pada persoalaan ijtihad, bukan persoalan aqidah, kerana persoalan aqidah adalah masalah yang tidak ada perbezaan pendapat di kalangan salaf. Berbeza dalam masalah ijtihad, perbezaan pendapat telah ada sejak zaman sahabat, bahkan pada masa Rasulullah s.a.w. masih hidup. Kerana itu jangan sampai kita menghina orang lain yang kebetulan berbeza pandapat dengan kita.

38 5. Menghormati para ulama dan memuliakan mereka.

Pelajar harus selalu lapang dada dalam menerima perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ulama. Jangan sampai ia mengumpat atau mencela ulama yang kebetulan keliru di dalam memutuskan suatu masalah. Mengumpat orang biasa saja sudah termasuk dosa besar apalagi kalau orang itu adalah seorang ulama.

6. Mencari kebenaran dan sabar.

Termasuk adab yang paling penting bagi kita sebagai seorang pelajar adalah mencari kebenaran dari ilmu yang telah didapatkan. Mencari kebenaran dari berita-berita yang sampai kepada kita yang menjadi sumber hukum. Ketika sampai kepada kita sebuah hadits misalnya, kita harus meneliti lebih dahulu tentang keshahihan hadits tersebut. Kalau sudah kita temukan bukti bahwa hadits itu adalah shahih, kita berusaha lagi mencari makna (pengertian) dari hadits tersebut. Dalam mencari kebenaran ini kita harus sabar, jangan tergesa-gesa, jangan cepat merasa bosan atau keluh kesah. Jangan sampai kita mempelajari satu pelajaran setengah-setengah, belajar satu kitab sebentar lalu ganti lagi dengan kitab yang lain. Kalau seperti itu kita tidak akan mendapatkan apa dari yang kita tuntut.

7. Menjauhi Maksiat

39 Kita mestilah menghidupkan budaya amar maruf dan nahi munkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju ke arahnya. Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan (internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.

8. Memilih teman yang soleh

Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari. Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan dan kesalahan. Ini akan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita

40 dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Az-Zukhruf 43: 67 yang bermaksud :

Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman. 9. Banyakkan Zikrullah.

Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memuhasabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang mathur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran

41 sekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

10. Menjaga Kehormatan.

Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain. Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita. Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam. Firman Allah dalam surah AlHujuraat 49: 12 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.

42

11. Doa dan Keredhaan Ibu bapa.

Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibu bapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa terhadap kita. Firman Allah dalam surah Al-Israa' 17: 23-24 yang bermaksud :

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekalikali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku semasa kecil".

12. Menghormati Guru

43 Pelajar juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Pelajar mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Pelajar pernah mendengar bagaimana Imam As-Syafi'e walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh ( kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya Imam Malik kerana menghormati gurunya. Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi pelajar mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan seharian. Oleh itu pelajar hendaklah membina kembali keutuhan dan mahabbah dengan guru agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.

Di samping itu, mencari kebenaran dalam ilmu sangat penting kerana sesungguhnya pembawa berita kadang-kadang mempunyai maksud yang tidak benar, atau barangkali dia tidak bermaksud jahat namun dia keliru dalam memahami sebuah dalil.

Menuntut ilmu adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam sama ada ilmu fardu ain atau pun ilmu fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam surah Al-Alaq 96: 1-4 yang bermaksud :

44

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang maha pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam.

Ayat di atas adalah ayat pertama yang diturunkan di dalam al-Quran memerintahkan supaya membaca. Membaca di sini adalah bermaksud menuntut ilmu.

Kepentingan Ilmu dan Kewajipan Menuntutnya

Sebagaimana ulama-ulama Islam lain, Imam al-Ghazali begitu memberikan penekanan dan perhatian terhadap ilmu. Kebahagian dan kesempurnaan manusia menurut Imam alGhazali diperolehi melalui ilmu. (http://sinaronline.tripod.com/Edisi6/Santapan.htm).

45 Tarbiyah dan pembelajaran yang digambarkan oleh Imam al-Ghazali tidak hanya bersifat ibadah tetapi juga berperanan membantu manusia merealisasilan kekhilafah di muka ini. Allah memberikan kepada ulama sifat khususnya iaitu berilmu. Ulama di ibaratkan gudang milik Allah dibumi. Mereka dibenarkan oleh Allah untuk menginfakkan apa jua yang terdapat di dalam gudang kepada yang memerlukan. Inilah kedudukan yang paling tinggi bagi ulama. Ulama berkewajiban menyampaikan ilmu yang dimiliki sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: Dan diketika Allah mengambil perjanjian dengan orangorang yang diberikan kitab untuk diterangkan manusia dan tidak menyembunyikannya. (Ali Amran - ayat 3)

Menurutnya, pergaulan menjadi salah satu cara untuk belajar dan mengajar diri daripada pengalaman dan pemerhatian yang berlaku di persekitaran. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan keperitan yang dilakukan oleh mereka adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar dengan keperitan yang mereka lakukan.

Adab-adab Ketika Belajar

Membaca Doa Penerang Hati

46 Dalam ajaran Islam telah disyariatkan supaya seseorang itu berdoa sebelum memulakan sesuatu urusan. Ini adalah bertujuan untuk memohon keredhaan dari Allah s.w.t. Seseorang pelajar juga tidak ketinggalan, ini kerana melalui amalan berdoa seseorang pelajar itu dapat membentuk personaliti yang terpuji.

Sabar ketika belajar Sebagai seorang pelajar Islam, bersabar dan bersyukur ketika belajar amatlah penting dalam kehidupan seorang pelajar. Seorang pelajar yang memilih sifat personaliti yang terpuji selalu bersyukur, bersabar, reda dan bertaubat (insaf) terhadap kesilapan yang telah dilakukan.

Menghormati guru Setiap pelajar harus berbuat baik dan menghormati guru di dalam menuntut ilmu agar ilmu yang dipelajari itu diredhai. Guru juga merupakan orang yang bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personaliti pelajar .

Adapun hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud :

47 Menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap orang samada muslimin dan muslimat.

Dari hadis ini fahamlah kita bahawa menuntut ilmu itu hukumnya wajib bagi setiap orang tidak kira jantina samada lelaki atau perempuan. Dan tidak hairanlah pada masa sekarang lelaki dan perempuan sama-sama bersaing di Universiti, di kolej dan pusat-pusat pengajian di dalam negara ataupun luar negara, bergantunglah kepada rezeki masingmasing.

Dengan ini, kita hendaklah mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab-adab yang telah digariskan supaya ianya dapat menyemai cintakan ilmu di dalam diri kita. Dengan mengamalkan adab-adab tersebut, insyaAllah kita akan menjadi pelajar cemerlang yang disayangi guru dan rakan serta mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Adab-adab Belajar Menurut Pandangan Islam

Ustaz Ismail Mahmood (1989) telah turut mengutarakan beberapa adab belajar mengikut perspektif Islam. Menurut beliau oleh kerana belajar sebagai salah satu tuntutan agama maka ia hendaklah didahului dengan niat yang ikhlas iaitu semata-mata untuk menuntut keredhaan Allah Taala selaras dengan hadis Rasulullah s.a.w. (hadis sahih Bukhari dan Muslim) yang bermaksud Sesungguhnya amalan-amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seorang perkara itu dia niatkan. Ini bermakna dalam mengejar

48 ilmu, seseorang pelajar itu tidak seharusnya mempunyai niat untuk mencapai tujuan-tujuan keduniaan seperti berharta, kepimpinan, mengatasi kawan-kawan yang sebaya dengannya dan juga mendapatkan pujian manusia. Firman Allah dalam surah Asy-Syuura 42:20 yang bermaksud :

Barang siapa yang mahukan hasil (pahala) akhirat nescaya Kami tambah kepada padanya hasil dan barang siapa yang mahukan hasil dunia nescaya Kami berikan sebahagian daripadanya dan tidak akan ada bahagian pahala baginya di akhirat nanti.

Perbandingan Pelajar Yang Mempunyai Adab Belajar Dengan Pelajar Yang Tidak Mempunyai Adab Belajar.

PERSONALITI PELAJAR YANG MEMPUNYAI ADAB BELAJAR

PERSONALITI PELAJAR YANG TIDAK MEMPUNYAI ADAB BELAJAR

Belajar mengikut jadual yang ditetapkan

Belajar hanya dengan mengikut mood

49

Menguruskan masa belajar dengan baik

Tidak pandai menguruskan masa belajar dengan baik

Menghormati Guru Tidak menangguhkan waktu belajar

Tidak menghormati Guru Suka belajar disaat akhir

Rajin belajar Bermotivasi Mempunyai cita-cita Merancang sistem pembelajaran

Malas belajar Tidak bermotivasi Tidak mempunyai cita-cita Tidak pandai merancang

Dapat disimpulkan disini bahawa perbandingan antara pelajar yang mempunyai adab belajar dengan pelajar yang tidak mempunyai adab belajar dapat dilihat dengan begitu jelas sekali. Jika dilihat pada personaliti yang mempunyai adab belajar, mereka belajar secara bersistematik yang mana dapat kita katakan secara lebih tepat bahawa personaliti pelajar ini cenderung kearah nilai-nilai yang positif berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai adab belajar lebih cenderung kepada nilai-nilai negatif yang mana mereka melakukan sesuatu dengan mengikut kata hati mereka.

Pembentukan Personaliti Melalui Pemakanan

50

Intipati dari Kalam Allah dan Sunnah Rasulullah dalam hal makanan dan pemakanan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan muslim. Sudah pasti ia boleh dijadikan pedoman, baik dalam bab memilih makanan, sumber mendapatkan makanan, jenis makanan dan juga adab makan. Makanan mempunyai pengaruh yang amat besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani. Pada zaman yang serba moden ini, kita seringkali dilalaikan dengan memilih makanan yang bertujuan hanya untuk pertumbuhan jasmani sahaja yang semata- mata berbentuk luaran tetapi kita lupa untuk mencari makanan yang seimbang kesannya dalam pembentukan lahiriah dan rohaniah iaitu pembentukan akal cemerlang dan peribadi yang gemilang.

Menurut Hunayn Ibn Ishaq, roh atau jiwa boleh dibahagikan kepada tiga iaitu yang semulajadi dari hati, yang berhubung dengan keperluan hidup iaitu jantung dan yang terakhir ialah otak manusia. Selaras dengan itu, ketiga- tiga unsur penting ini memerlukan kesejahteraan tubuh badan untuk memeliharanya. Justeru, badan memerlukan makanan yang baik untuk memeliharanya dengan cara mendapatkan zat yang terbaik untuk digunakan oleh tubuh badan manusia. Disini, jelas menunjukkan bahawa kepentingan makanan dan minuman yang mempunyai hubungkait dengan kesihatan hati, jantung dan otak yang merupakan organ penting di dalam jasad manusia dan ia juga diperlukan dalam pembangunan jasmani dan rohani insan mengikut acuan yang berlandaskan lunas- lunas Islam.

Ahli sains dan perubatan tidak menafikan pentingnya peranan hati dalam fungsi badan. Bahkan, Islam juga memandang bahawa hati mempunyai peranan yang besar dalam

51 kehidupan manusia di mana ia mempengaruhi keseluruhan pembentukan peribadi dan akal seseorang insan sepertimana dalam sepotong hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati.

Oleh itu, jelas kepada kita bahawa dari sudut pandangan sains, makanan yang baik adalah penting untuk menjaga kesihatan hati kerana ia mempunyai fungsi penting untuk tubuh antara lainnya mempunyai dua kali ganda bekalan darah, mengkumuhkan bahanbahan beracun dalam badan, membina dan memusnahkan sel darah merah , menukarkan glikogen kepada glukosa untuk diserap oleh badan serta banyak lagi fungsi- fungsi khusus lain yang penting dalam sistem tubuh badan manusia. Manakala dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk keterampilan peribadi seseorang yang akhirnya akan menyumbang kepada pembentukan ummah yang terbilang.

Pemakanan amat penting di dalam membentuk personaliti seseorang itu. Kekurangan zat makanan akan menjejaskan pembentukan personaliti seperti hilang minat dalam berinteraksi dengan keluarga, rakan sebaya, guru dan masyarakat. Ibu bapa bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang seimbang dan secukupnya kepada anak-anak. Antara makanan yang paling kerap seorang pelajar mesti amalkan ialah kismis, air kacang soya, kurma dan kacang pistachios. Ini adalah bertujuan untuk membentuk

52 personaliti yang terpuji dan pada masa yang sama menghindarkan sifat-sifat yang tercela. Sifat-sifat terpuji boleh dihasilkan dengan kawalan pada hati dan anggota seseorang.

Peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara kita adalah kerana gaya hidup yang tidak sihat dan seimbang termasuklah kurangnya kesedaran dalam menjaga keseimbangan dan kesederhanaan dalam hidup. Gaya hidup yang berlebihan ini akan mengakibatkan tekanan dan akhirnya memberi kesan timbulnya pelbagai penyakit. Ruang lingkup keseimbangan rohani, jasmani dan sosial perlu dirangkumkan agar ia dapat diterjemahkan sebagai gaya hidup yang sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan bagi setiap individu agar dapat meneruskan amanah dan tanggungjawab masing- masing secara harmoni.

Makanan yang halal dan baik mampu melahirkan insan yang berkualiti dari aspek rohani dan jasmani. Kesihatan mental yang baik pula mempamerkan bahawa seseorang itu mampu mengawal tekanan hidup yang dihadapi secara bijaksana dan bebas daripada gangguan mental yang boleh mengubah keupayaan seseorang individu. Manakala kesihatan sosial ialah, individu mampu menambah atau mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat yang akhirnya dapat mengekalkan kesihatan diri sendiri mahupun masyarakat umumnya. Gabungan antara kesemua unsur itu perlu diamalkan bagi setiap individu dalam suasana hari ini agar tidak mengundang pelbagai penyakit moden yang kini kian menular dalam masyarakat kita.

Sihatnya manusia itu tidak terlalu bergantung pada zat pemakanan sehari-hari, tetapi pengabdiannya kepada Allah. Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab musabab.

53 Namun begitu, manusia perlu ingat bahawa salah satu sifat Allah adalah maha berkuasa. Dia menciptakan hukum, tetapi tidak tertakluk kepada hukum. Dia bebas berbuat apa sahaja. Oleh itu, pengetahuan tentang pemakanan yang baik adalah usaha untuk hidup sihat.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah untuk kita memelihara kesihatan anugerah Allah ini, seharusnya kita mengamalkan apa yang telah dianjurkan dalam Islam berkaitan dengan pemakanan yang sihat sekaligus dapat menjadikan kita insan yang beradab. Pemakanan yang sihat dan seimbang dari segi kualiti dan kuantitinya mampu melahirkan masyarakat yang bukan sahaja cemerlang dari segi kesihatannya bahkan juga cemerlang dari segi akhlak sahsiah, berperibadi mulia, bertamadun mengikut acuan Islam dan yang paling penting mampu menzahirkan masyarakat yang terbilang dalam mengamalkan ajaran Islam secara lengkap dan menyeluruh.

Kepentingan Makanan Kepada Fungsi Otak

Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak dan juga kecerdasan otak seseorang. Dalam erti kata lain, otak kita membangun dan boleh berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protein, asid amino, lemak, karbohidrat, vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang dimakan.

Protein

54 Dari protein, otak menghasilkan bahan-bahan neurotransmitter untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Dari protein juga terhasilnya enzim-enzim untuk pelbagai fungsi penting sel. Dari protein juga terhasilnya kimia-kimia hormon sex, hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protein.

Lemak

Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel (membran sel). Jika lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel otak. Oleh itu lemak adalah penting untuk otak.

Glukos

Sejumlah besar glukos diperolehi daripada karbohidrat. Glukos ini merupakan sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi.

Garam galian

55 Garam galian seperti magnesium, kalsium, sodium, potassium dan selenium adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim.

Vitamin

Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasilkan bahanbahan penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen yang penting untuk fungsi otak. ( http://blogs.warwick.ac.uk/hassanr/entry/kepentingan_makanan_kepada/)

Maka disini dapat dikatakan bahawa salah satu bahagian tubuh yang paling penting dan sangat berharga dan boleh mengubah dunia adalah otak. Kemampuan otak merupakan potensi yang memungkinkan seseorang dalam mengembangkan diri untuk menjadi makhluk yang menuju kearah kesempurnaan didunia. Dengan ini pemakanan memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti seseorang itu agar menjadi individu yang mempunyai personaliti yang unggul disamping dapat membantu dalam pembinaan otak, menguatkan daya ingatan dan meningkatkan kecerdasan otak.

Kesimpulan

56 Ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam membentuk sahsiah remaja kerana bentuk yang kukuh dan baik tidak akan menjejaskan peribadi remaja yang dibina seumur hidup. Peranan orang dewasa khususnya ibu bapa dianggap paling penting kerana peribadi yang dibentuk pada zaman kanak-kanak memberi kesan kepada pembentukan sahsiah pada zaman remaja. Peranan ibu bapa dalam memberi bentuk asuhan yang baik akan secara tidak langsung mempengaruhi pembentukan personaliti yang baik (Singgah,1982).

Justeru, bersesuaian dengan sifatnya sebagai tempoh menuju kedewasaan, remaja memerlukan persekitaran dan sistem nilai yang baik dalam membentuk identiti diri. Keperluan ini harus wujud di dalam institusi kekeluargaan, kemasyarakatan dan pendidikan di mana remaja sedang melalui tempoh getir dalam kehidupannya. Biarpun begitu, persoalan menyediakan remaja dengan persekitaran dan sistem nilai yang baik bukanlah sesuatu yang mudah dan terbentuk secara semulajadi. Penyediaan ini perlu melalui proses pendidikan bermatlamat sebagaimana ditegaskan oleh Wheeler (1973) iaitu perubahan tingkah laku ke arah yang baik di samping menyediakan individu untuk menjadi anggota masyarakat yang baik, mempunyai perasaan dan mengamalkan nilai-nilai yang baik, sesuai dengan budaya hidup masyarakatnya.

Zaman remaja merupakan tempoh manusia keluar dari alam kanak-kanak menuju kedewasaannya. Melangkah keluar dari alam kanak-kanak menjadikan remaja lebih terdedah kepada aktiviti kemasyarakatan dan merancakkan lagi proses sosialisasinya. Sigmund Freud (1971) beranggapan bahawa manusia haruslah melalui proses sosialisasi yang telah sedia wujud di dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat. Kegagalan manusia

57 melalui proses ini, hanya akan menyaksikan kecelaruan yang boleh merosakkan peraturanperaturan dalam pembentukan disiplin diri, institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.

BAB III

KAEDAH KAJIAN

Pendahuluan

58 Menurut Berenson dan Levine (1987) dan Mohd Sobri Ismail (2000) metodologi atau kaedah dalam penyelidikan adalah satu bentuk kawalan dalam memperolehi maklumat bagi mencapai matlamat sesebuah penyelidikan yang dijalankan. Dalam bab III ini akan menerangkan tentang kaedah kajian iaitu bagaimana mendapatkan maklumat bagi mencapai objektif penyelidikan ilmiah ini. Antara lain yang akan dijelaskan dalam bab ini ialah kaedah, alatan kajian dan kesimpulan bagi bab tiga ini.

Kaedah

Kajian ini memerlukan penyelidik mengkaji perincian yang khusus tentan pembentukan personaliti remaja berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam. Penyelidik mempunyai pandangan mengenai suatu fenomena sosial dan ingin menjelaskan serta memperihalkannya dengan lebih terperinci kepada masyarakat betapa pentingnya pembentukan personaliti remaja itu berdasarkan adab-adab belajar menurut Islam.

Alatan kajian

Penyelidik telah menggunakan beberapa alatan kajian bagi menyiapkan kertas projek ilmiah ini seperti buku ilmiah, pendapat ulama, al-Quran, Hadith Nabi, carian internet, akhbar, majalah dan jurnal.

Penyelidik telah menggunakan kaedah pembacaan yang terdapat di dalam Perpustakaan Al-Mukhtar Universiti Darul Iman Malaysia kampus KUSZA, Perpustakaan

59 Negeri Terengganu dan Perpustakaan Negeri Kelantan. Penyelidik mendapatkan maklumat dan data dengan lebih terperinci yang melibatkan isu-isu semasa daripada akhbar-akhbar tempatan, jurnal-jurnal serta majalah-majalah ilmiah yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Seterusnya penyelidik menganalisis data-data dan maklumat-maklumat tersebut bagi mendapatkan hasil carian yang jelas terhadap kaedah-kaedah yang disarankan Islam.

Sumber berdasarkan carian internet digunakan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan terkini berkaitan dengan hasil-hasil kajian, pandangan pakar dan lain-lain maklumat yang bersangkutan dengan kajian ini serta perbincangan tentang kaedah-kaedah kajian secara meluas dalam pelbagai bentuk persembahan untuk menyokong dan juga mencorakkan isi kajian.

Kesimpulan

Dalam bab III ini penyelidik telah membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan berdasarkan ciri-ciri sebagaimana yang telah dijalankan. Penyelidik juga telah membincangkan alatan kajian yang digunakan sepanjang kelangsungan kertas projek ilmiah ini.

60 Segala dapatan yang diperolehi oleh penyelidik adalah daripada sumber-sumber yang diperakui kesahihannya. Penyelidik akan menghuraikan dan menerangkan sumber tersebut dalam bab yang seterusnya.

BAB IV

KEPUTUSAN

Pendahuluan

61

Pendidikan yang kian mencabar seiring dengan era globalisasi, akan memberi cabaran yang baru kepada ibu bapa dalam memberi tumpuan sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak. Ini ternyata dengan masalah yang bertubi-tubi muncul di dada akhbar berkaitan dengan masalah remaja yang kian meruncing.

Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. (eprints.utm.my/.../AziziYahaya_Persekitaran_Keluarga_dan_Kesannya.pdf)

Namun pada realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh kebimbangan tentang berbagai gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa kini. Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin meningkat dari hari ke hari. Setiap hari dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan oleh remaja baik salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini turut menggambarkan betapa seriusnya fenomena ini dan langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya dari terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat hari ini sedang dilanda kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Apakah pihak sekolah selaku institusi pendidikan gagal menangani masalah itu? Bagaimana pula peranan ibu bapa dan keluarga? Bagaimanakah remaja boleh bertingkah laku sedemikian? Apakah punca yang membawa kepada berlakunya fenomena tersebut?.

62

Erikson (1962), menegaskan bahawa matlamat remaja ini ialah untuk mencapai pengenalan identiti personal berasaskan kematangan fizikal dan seksual. Identiti bukan sahaja terhad kepada personal tetapi meliputi konsep kendiri seperti penyatuan kendiri personal dan perasaan sosial, identiti masa kini dan identiti masa lalu. Identiti yang cuba dibentuk adalah diasaskan kepada konsep kendiri individu yang berkait rapat dengan faktor-faktor fizikal dan psikologi remaja. Interaksi remaja dengan persekitaran terutamanya dengan orang yang signifikan seperti ibu bapa atau ahli keluarga yang mempengaruhi pembentukan identiti dan konsep kendiri remaja. Identiti ini juga dikaitkan dengan perkembangan kognitifnya dalam usaha untuk menyesuaikan diri dengan realiti hidup. Semasa mencari identiti inilah remaja akan menghadapi konflik atau krisis identiti. (http://eprints.utm.my/6578/1/PuspaSuppiahMFP.pdf).

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Personaliti Remaja

Baka Minat terhadap faktor baka sebagai satu faktor yang mempengaruhi personaliti telah tertumpu kepada trait. Khususnya trait yang manakah yang diwarisi dan trait yang mana pula yang mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor-faktor genetik menghasilkan pembawaan atau potensi untuk perkembangan dan bukan menghasilkan trait-trait badan dan tingkah laku secara langsung. Dipercayai bahawa baka meletakkan had-had yang tidak

63 dapat dilintasi untuk perkembangan seterusnya walaupun persekitaran yang diberi sangat baik. Kita tidak mengetahui dan tidak ada cara untuk mengetahui apakah had-had tersebut. Sebagai contoh , ujian kecerdasan tidak dapat mengesan potensi yang diwarisi. Ujian itu hanya menunjukkan taraf perkembangan potensi tersebut pada masa ujian diambil.

Peranan baka di dalam aspek-aspek perkembangan adalah berbeza-beza. Pengaruh baka adalah lebih bagi ciri-ciri fizikal dibandingkan dengan intelek. Begitu juga personaliti sosial tidak begitu terhad oleh baka dan sangat dipengaruhi oleh persekitaran.

Bentuk Tubuh Badan

Bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung, bentuk tubuh badan menentukan perkara-perkara yang dapat dibuat dan tidak dapat dibuat oleh kanak-kanak. Perkara ini sangat penting di semua peringkat umur khususnya apabila aktiviti fizikal membawa nilai prestij yang tinggi untuk kumpulan rakan sebaya. Kanak-kanak yang kecil dan berbadan lemah ataupun terlalu gemuk akan merasa terhalang di dalam berbagai-bagai permainan dan sukan. Secara tidak langsung pula, bentuk tubuh badan mempengaruhi personaliti dengan cara menentukan perasaan kanak-kanak tentang tubuh badannya. Seterusnya, perasaan ini akan dipengaruhi juga oleh perasaan orang-orang disekelilingnya. Ada bukti yang menunjukkan sikap masyarakat dan kebudayaan terhadap bentuk tubuh badan tertentu adalah bertanggungjawab untuk menghasilkan pola-pola personaliti bagi individu yang mempunyai bentuk tubuh badan yang tertentu. Jika seseorang kanak-kanak itu ada kumpulan sebayanya yang lebih kurang

64 sama tinggi dan sama berat tubuh badan, maka konsep kendiri kanak-kanak tidak terjejas. Jika bentuk tubuh badannya berbeza ia akan mempengaruhi personalitinya. Kanak-kanak yang gemuk akan merasa kesedaran kendiri, takut dan malu, lembab dan tidak dapat memegang status yang tinggi di kalangan rakan sebayanya. Ia akan bertambah bergantung kepada ibunya, dan akan membentuk personaliti yang tidak matang bagi tahap umurnya.

Emosi

Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada segi fizikal dan akan menjejaskan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Tindak balas seseorang kanak-kanak terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu emosi dan bergantung kepada pengalamannya yang lalu. Emosi tersebut akan mempengaruhi cara-cara penyesuaian dirinya. Sesetengah kanak-kanak telah belajar menyatakan emosi mereka serta merta dan ada pula yang belajar menghalang dan menyekat emosi mereka tetapi akan mengeluarkan perasaan geram itu pada suatu masa yang lebih sesuai. Apabila seseorang kanak-kanak itu meluapkan perasaannya, ia sering dikatakan sebagai tidak matang oleh orang lain. Sebaliknya jika emosi geramnya itu dipendam ia akan merasa murung dan ini akan menyebabkannya menjadi biadab, lekas marah, bengis, tidak mahu bekerjasama dan merenung tentang dirinya sendiri. Emosi yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak itu merasa gelisah, gentar dan kurang senang. Emosi dominan yang dialami oleh kanak-kanak biasannya lebih mempengaruhi personaliti kanak-kanak jika dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh. Persekitaran pula sering menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik. Sebagai contoh perasaan risau atau susah hati yang terlalu banyak dan selalu

65 akan melemahkan keyakinan kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai tingkah laku kanak-kanak dengan cara yang positif apabila kanak-kanak tersebut menyekat atau mengawal perasaannya yang meluap. (http://eprints.utm.my/6034/1/aziziyah_personaliti.pdf).

Kecerdasan

Perbezaan kecerdasan yang diwarisi antara individu adalah suatu kenyataan. Kecerdasan membantu seseorang individu menyelesaikan masalah sehari-hari dan masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam peperiksaan dan dalam bilik darjah akan membentuk personaliti yang meyakinkan. Sebaliknya seseorang yang kurang kecerdasan menyebabkan sukar untuk menyelesaikan tugasan akademik dan sering mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan. Ini akan menjadikan seseorang itu menarik diri daripada rakan-rakannya dan menjadi pemalu.

Konsep rumahku syurgaku dan sekolah penyayang amat penting dalam meningkatkan kecerdasan emosi anak-anak. Melentur buluh hendaklah dari rebungnya perlulah dijadikan pedoman oleh ibubapa dan para pendidik. Semakin awal kemahiran kecerdasan emosi yang diberikan kepada anak-anak adalah semakin baik dan berkesan. Anak-anak yang diberikan kemahiran emosi akan kelihatan riang, lebih berkeyakinan dan lebih berjaya dan cemerlang di sekolah. Kecerdasan emosi yang diberikan latihan dan diamalkan boleh menjadi tabiat dan kebiasaan dalam kehidupan anak-anak.

66

Pengaruh Keluarga

Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya. Keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan emosi dan penyesuaian kanakkanak yang tidak stabil.

Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanakkanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan minat terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.

Pengaruh Kebudayaan

Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik ketika membesar merupakan pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.

67

Pengaruh Kawan

Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Kanak-kanak yang kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan merasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.

Pengaruh Sekolah

Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanakkanak itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Mereka mula melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan pengacau, pengancam, kesayangan guru, si bodoh dan sebagainya. Guru mempengaruhi penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.

Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan

68 memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir.

Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada jumlah interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah menentukan sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna.

Masyarakat

Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi seseorang individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanakkanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar harta benda dan kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi mencapai tujuan tersebut, anggotaanggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti individu yang tidak diingini.

69

Faktor-faktor Dalam Keluarga Yang Mempengaruhi Pembentukan Personaliti.

I. . Pengaruh keluarga keatas perkembangan personaliti kanak-kanak Berbeza mengikut jenis-jenis keluarga

Datuk mempunyai pengaruh yang besar keatas kanak-kanak di dalam sebuah keluarga luas tetapi sangat sedikit pengaruh dalam keluarga nuklear; kerana hanya bertemu sekali sekala.

Demikian juga pengaruh seorang bapa yang telah bercerai sangat kurang dan terhad jika anak-anaknya dipelihara oleh bekas isterinya di dalam sebuah keluarga ibu tunggal. Ibu bapa yang rapat secara emosi dengan anak-anak serta mengekalkan perhubungan kasih sayang dalam tempoh yang lebih panjang dan selalu, mempunyai pengaruh yang lebih besar keatas anak-anak, seperti di dalam sebuah keluarga nuklear. Kata-kata ibu bapa sahaja tidak memadai tetapi juga apa yang dapat anak-anak perhatikan (perceive) kepada apa yang ibu bapa percaya dan buat yang banyak mempengaruhi mereka. Di dalam tiga situasi di atas, dapat disimpulkan betapa struktur dan komposisi yang berbeza dalam sebuah keluarga, maka pengaruh keatas ahli-ahli keluarganya juga berbeza.

70 II. Faktor perbezaan individu anak-anak itu sendiri, selaku ahli keluarga, menentukan pengaruh keluarga keatas mereka.

Faktor yang menentukan pengaruh keluarga keatas personaliti anak-anak adalah perbezaan dari segi baka, pembawaan (temperament), persepsi kognitif dan perkembangan tipikal anak-anak serta tahap pematangan mereka. Oleh itu, tidak semua anak bertindak balas dengan cara yang sama bila berhadapan dengan isu yang sama pada persekitaran keluarga yang sama. Jika terdapat persamaan pun, tidak pada tingkat atau tahap yang sama. Seorang anak yang dipelihara dalam suasana keluarga yang kucar kacir dan konflik, sukar baginya untuk mewujudkan sebuah perkahwinan yang harmoni kelak.

III. Faktor pengaruh keluarga dari segi kecekapan keibubapaan dan persekitaran keluarga.

Tidak semua ibu bapa mampu mewujudkan persekitaran keluarga yang positif dan sihat. Terdapat tiga proses, pelarasan psikologikal ibu bapa, stail keibubapaan dan kualiti perkahwinan yang memberi kesan terhadap kematangan emosi anak-anak, kecekapan sosial dan perkembangan kognitif.

Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Personaliti

71 Lelaki atau bapa harus terlibat secara langsung dalam aktiviti memelihara dan membesarkan anak kerana bapa memberi impak yang positif dalam perkembangan anakanak. Apabila kedua-dua ibu bapa berkongsi tanggungjawab, hubungan perkahwinan akan menjadi bertambah baik dan harmoni, kesejahteraan individu bergelar isteri meningkat dan anak-anak mendapat faedah kerana kebajikan mereka terpelihara hasil dari kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak telah dipertingkat. Dengan pertambahan bilangan wanita berkahwin yang bekerja, permintaan keatas suami untuk bertanggungjawab keatas kerja-kerja di rumah dan memelihara anak